Sie sind auf Seite 1von 20

NOTA KULIAH 1

SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMATIF / DVM

MTA 7013 IMPLEMENT MOTOR TRADE REGULATIONS


KOD/KURSUS

KOMPETENSI 01 COMPLY TO FIRE DEPARTMENT REQUIREMENT


1.1 Comply to fire department requirement
1.1.1 Interpret fire department regulations according to the department’s
rules and regulations
1.1.2 Procedure to obtain fire department certificate according to the Fire
Department rules and regulations
1.1.3 Read building layout and locate strategic location of firefighting
KOMPETENSI UNIT
equipment and poster / warning Sign according to the building plan
and layout
1.1.4 Write report on implementation of firefighting facilities and
firefighting equipment based on the Fire Department Regulation
Booklet

Trainee must be able to:


1. Interpret fire department, machinery department and department
of environmental regulations to their respective rules and
regulations. (C3, PLO3)
KOMPETENSI PEMBELAJARAN 2. Perform inflammable good storage license applications, regulations
and display warning signboard to the respective departments’ rules
and regulations. (P3, PLO2)
3. Discuss insurance coverage according to the insurance policy
regulation. (A2, PLO5)
MTA 7013/K 1/NK 01-07
NO KOD
EDISI JAN 2018
MUKA : 01 DARIPADA 22
TP-800-4
NO KOD JPK
TP-800-4 DUTY01/TASK01.01
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 2 drp : 20

PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN PERNIAGAAN KENDERAAN MOTOR


(MOTOR TRADE REGULATION)

Bagi membanggunkan sesebuah pusat servis atau bengkel kenderaan beberapa akta perlulah
dipatuhi. Pengurus pusat servis perlulah peka terhadap segala peraturan dan undang-undang yang
berkaitan dengan pengurusan pusat servis atau bengkel. Beberapa akta yang berkaitan adalah akta
bomba, akta kilang dan jentera,akta alam sekitar, peraturan papan tanda/iklan dan akta jalanraya. Di
bawah ini dibincangkan beberapa akta yang berkaitan dengan pusat servis berserta badan/agen yang
terlibat dengan akta-akta tersebut.

KOMPETENSI 1: RECTIFICATION COMPLY TO FIRE DEPARTMENT REQUIREMENT

1.1 COMPLY TO FIRE DEPARTMENT REQUIREMENT

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA (JBPM) mempunyai objektif untuk memberi khidmat
pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan
aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan
berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO
9001-2008.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut
peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti
berikut :

1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.


2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya
apa-apa bencana.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain
yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh
menteri untuk dilaksanakan.

1.1.1 AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988 (AKTA 341)

Suatu Akta untuk membuat peruntukan yang perlu untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat berfungsi
dengan berkesan dan cekap, untuk melindungi manusia dan harta daripada risiko kebakaran dan untuk
tujuan yang berkaitan dengannya. Di dalam Akta tersebut terdapat 9 subseksyen.walaubagaimanapun
hanya beberapa subseksyen sahaja yang perlu dibincangkan yang berkaitan dengan tajuk Pengurusan
Pusat Servis iaitu adalah seperti di bawah :
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 3 drp : 20

i. Bahagian iii - Penghapusan Bahaya Kebakaran

Seksyen 8: Notis penghapusan bahaya kebakaran

 Dalam seksyen ini menceritakan bahawa ketua pengarah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan
sebarang notis penghapusan bahaya kebakaran sekiranya didapati premis berkenaan
membunyai tanda-tanda penyebab kepada bahaya kebakaran.

Seksyen 9: Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran di premis kosong atau
tak didiami.

 Notis penghapusan bahaya kebakaran turut boleh dikeluarkan pada premis yang kosong atau yang tidak
didiami sekiranya premis berkenaan boleh mengundang kepada bahayanya kebakaran.

Seksyen 10: Kesalahan kerana tidak, mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran.

 Seksyen ini pula menyatakan mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak notis
menghapuskan bahaya kebakaran yang disampaikan kepadanya menurut seksyen 8 dalam masa yang
dinyatakan dalam notis itu, sama ada suatu perintah di bawah seksyen 13 telah dibuat terhadapnya atau
tidak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga
dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan
selepas sabitan.

Seksyen 11:Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran apabila notis
menghapuskan bahaya kebakaran tak dipatuhi.

 Jika suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran telah disampaikan kepada mana-mana orang
menurut seksyen 8, dan jika orang itu tidak mematuhi apa-apa kehendak notis itu dalam masa
yang dinyatakan di dalamnya, maka Ketua Pengarah boleh menyebabkan dijalankan dalam
premis itu apa-apa kerja yang didapatinya perlu untuk menghapuskan bahaya kebakaran itu dan
untuk mencegah berulangnya bahaya tersebut.

ii. Bahagian iv - Air Dan Pili Bomba

Seksyen 22: Penstoran air dalam premis untuk tujuan menentang kebakaran
 seksyen ini menjelaskan bahawa bagi sesebuah premis perlu adanya penstoran air bagi
membantu menentang kebakaran sementara menunggu jabatan bomba tiba di premis
berkenaan. Ini sangat penting bagi mengawal kebakaran pada peringkat awal supaya kebakaran
dapat diatasi pada peringkat permulaan.

Seksyen 23: Notis bagi kerja yang menjejaskan pili bomba.


NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 4 drp : 20

 Di bawah seksyen ini menyatakan bahawa (2) Semua pili bomba hendaklah ditentukan
supaya berada dalam keadaan baik setelah siapnya apa-apa kerja yang dijalankan oleh
mana-mana orang di bawah subseksyen (1). (3) Apa-apa kerja yang berhampiran dengan
atau di sekitar pili bomba yang menjejaskan laluan ke pili bomba itu, kedudukan pili bomba
itu berhubungan dengan tepi jalan yang sedia ada, atau penjajaran alur keluarnya dengan
paras jalan, hendaklah disifatkan sebagai kerja yang menjejaskan pili bomba. Mana-mana
orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Seksyen 25: Kuasa memasang plat tempat pili bomba 25.

 Seksyen ini menyatakan (1) Setelah memberi tujuh hari notis secara bertulis kepada
pemunya mana-mana harta yang terletak berhampiran dengan pili bomba, Ketua Pengarah
boleh menyebabkan suatu plat yang menunjukkan tempat pili bomba itu dipasangkan pada
mana-mana bahagian harta tersebut yang, pada pendapat Ketua Pengarah, adalah paling
sesuai untuk menunjukkan tempat tersebut. (2) Mana-mana orang yang enggan
membenarkan pemasangan apa-apa plat sedemikian sebagaimana yang tersebut dalam
subseksyen (1) atau menggalang mana-mana orang yang sedang memasangnya atau
mengalih atau mencacatkan apa-apa plat sedemikian setelah ia dipasang melakukan suatu
kesalahan.

Seksyen 26: Menyembunyikan dan menyalahgunakan pili bomba 26

 Akhir sekali, seksyen ini menjelaskan mana-mana orang yang menutup, mengepung, atau
menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan,
atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain tujuan
menentang kebakaran melakukan suatu kesalahan.

iii. Bahagian v -Perakuan Bomba


 Seksyen ini menjelaskan bagaimana prosedur sesebuah premis berusaha untuk
mendapatkan perakuan bomba dari jabatan jabatan bomba dan penyelamat.

1.1.2 PERAKUAN BOMBA

 Perakuan bomba adalah suatu sijil yang dikeluarkan kepada premis yang dikategorikan sebagai premis
ditetapkan. Semua premis ditetapkan perlu mempunyai sijil perakuan bomba yang dikeluarkan oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kategori premis ditetapkan adalah seperti jadual berikut:-

JADUAL PREMIS DITETAPKAN.


NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 5 drp : 20

Bil Penggunaan Premis Saiz Tempat


Seluruh
1 Perpustakaan Lebih daripada 1000 meter persegi (keluasan jumlah lantai)
Malaysia
(i) 3 tingkat dan lebih di mana setiap kawasan lantai melebihi 250 meter
Hospital dan Rumah Seluruh
2 persegi
Rawatan Malaysia
(ii) 5 tingkat dan lebih
(i) Reka bentuk laluan langkan terbuka
(a) 4 tingkat dan lebih dengan lebih daripada 50 bilik
(b) 6 tingkat dan lebih Seluruh
3 Hotel
Malaysia
(ii) Rekabentuk lain
21 bilik dan lebih
(i) 4 tingkat dan lebih di mana setiap kawasan lantai melebihi 250 meter
Asrama dan persegi Seluruh
4
Dormitori Malaysia
(ii) 6 tingkat dan lebih
Ketinggian melebihi 30 meter atau 10,000 meter persegi (keluasan jumlah Seluruh
5 Pejabat
lantai) Malaysia
Seluruh
6 Kedai 2001 meter persegi dan lebih (keluasan jumlah lantai)
Malaysia
(i) Satu tingkat 2001 meter persegi dan lebih yang terpasang sistem
semburan automatik
(ii) 2 tingkat di mana setiap lantai dibina sebagai ruang berasingan,
pembinaan tunggal atau teres melebihi 1000 meter persegi (keluasan
jumlah lantai)
Seluruh
7 Kilang (iii) 3 tingkat dan lebih
Malaysia
(iv) Kilang Bertingkat Pembangunan Blok Pendekatan Langkan Terbuka 2
tingkat dan lebih di mana setiap ruang melebihi 7000 meter padu
(v) Struktur Khas -
(a) Kompleks kilang seperti kompleks kisar minyak sawit, kilang penapis
minyak, kerja simen, dll (b) Proses berbahaya
(i) Bangunan tanpa sistem penyaman udara pusat 2000 meter persegi dan
Tempat lebih Seluruh
8
Perhimpunan (ii) Bangunan dengan sistem penyaman udara pusat melebihi 1000 meter Malaysia
persegi atau dengan muatan 1000 orang dan lebih
(i) Struktur tempat letak kereta bawah tanah melebihi 1000 meter persegi
(ii) Lebih daripada 7000 meter padu Seluruh
9 Storan dan Am
(iii) 2 tingkat dan lebih dengan lebih daripada 1000 meter persegi Malaysia
(keluasan jumlah lantai)

Bagi premis baru(bangunan baru) hendaklah membuat permohonan sebaik sahaja memperolehi Sijil
Kelayakan Menduduki Bangunan (Certificate of Fitness – CF ) atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara
(Temporary Certificate of Fitness – TCF) atau Certificate of Completion and Compliance (CCC).

Permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat JBPM Negeri atau Pejabat Zon Bomba di mana tempat terletak premis
ditetapkan tersebut yang merupakan pejabat memproses apa-apa permohonan Perakuan Bomba.
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 6 drp : 20

Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan Borang I dan menyediakan


maklumat-maklumat berikut:-

i. Salinan CCC atau CFO


ii. Pelan Bangunan (yang telah diperakukan oleh JBPM semasa pengeluaran CCC/CFO)
iii. Surat pemilikan premis terkini
iv. Hak milik tanah
v. Salinan cukai pintu
vi. Lesen perniagaan

Suatu tarikh akan ditentukan oleh JBPM kepada pemohon bagi melakukan pemeriksaan ke atas premis ditetapkan.
Sekiranya semua sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran berada di dalam keadaan yang baik, dan memuaskan,
sijil perakuan bomba akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh pembayaran fi dibuat. Tempoh berkuat
kuasa suatu perakuan bomba ke atas sesuatu premis ditetapkan adalah selama dua belas (12) bulan.

Semua premis ditetapkan hendaklah disambungkan secara elektrik atau melalui telefon ke Balai Bomba yang paling
hampir dengan memirau papan suis untuk mengadakan penyampaian penggeraan dengan serta merta dan secara
automatik dalam hal kecemasan.
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 7 drp : 20

BORANG I

JADUAL A

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PERAKUAN BOMBA) 2001

BORANG I

(Peraturan 2)

PERMOHONAN BAGI PERAKUAN BOMBA

BAHAGIAN I

Pengarah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Negeri………………………………

Saya/
Kami…………………………………………………………………………………………………………............
Ingin memohon perakuan bomba bagi premis ditetapkan di bawah:
(Nyatakan alamat penuh premis ditetapkan)

………………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………..

BAHAGIAN II

1. Nama pemohon (pemunya/ penghuni/ orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya


mengenai premis):
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

2. Nombor kad pengenalan: ………………………………………………………………………………..

3. Nombor pemunyaan terbaru premis: …………………………………………………………………..


(sila sertakan salinan yang sah)

4. Nombor pendaftaran perniagaan:………………………………………………………………............


Daerah:………………………………… Negeri:…………………………………………….

5. Alamat premis:……………………………………………………………………………………............
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
Daerah:………………………………… Negeri:……………………………………………..

6. Alamat pos:………………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………………..……...
……………………………………………………………………………………………………………...
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 8 drp : 20

7. Reka bentuk premis (bilangan tingkat, luas lantai, jenis penghuni dsb.)
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

8. Lokasi premis (nyatakan lokasi premis dan sertakan pelan lokasi)


………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………

9. Tarikh kelulusan dan nombor rujukan pelan yang diluluskan bagi premis:

(a) Nombor rujukan Pihak Berkuasa Tempatan:………………………………………………… Tarikh

kelulusan:………………………………………………………………………………...

(b) Nombor rujukan Jabatan Bomba dan Penyelamat:


…………………………………………………………………………………………………….

Tarikh kelulusan:………………………………………………………………………………...

10. Butir-butir tentang kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran, perlindungan kebakaran
dan menentang kebakaran bagi premis.

(Tandakan _/ jika berkenaan)

10.1 Kemudahan keselamatan diri


ADA / TIADA

(a) Tanda tempat keluar kecemasan …………… / ……….

(b) Lampu kecemasan …………… / ……….

(c) Tatacara semasa kebakaran …………… / ……….

(d) Notis keselamatan kebakaran …………… / ……….

(e) Tangga terlindung …………… / ……….

(f) Koridor terlindung …………… / ……….

(g) Pintu keluar …………… / ……….

(h) Pintu keluar tingkat …………… / ……….

(i) Sistem lain (nyatakan): ………………………………………………………………


………………………………………………………………
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 9 drp : 20

10.2 Kemudahan Pencegahan kebakaran

ADA / TIADA

(a) Sistem pengesan api automatik …………… / ………

Nyatakan jenisnya:……………………..

(b) Sistem siar raya …………… / ………

(c) Sambungan talian terus elektrik atau talian terus telefon ke balai bomba:

(i) Sistem pengawasan berkomputer …………… / ………

(ii) Lain-lain (nyatakan):…………………….

(d) Pusat pemerintahan dan …………… / ………


kawalan

(e) Lain-lain (nyatakan):………………………………………………………………………

10.3 Kemudahan Perlindungan kebakaran


ADA / TIADA

(a) Pintu api …………… / ………

(b) Pendawaian elektrik …………… / ………

(c) Petak ……………. / ………

(d) Pengadang api ……………. / ………

(e) Sesekat api ……………. / ………

(f) Sistem pengudaraan asap ……………. / ………

(g) Suis pengasing elektrik …………… / ………

(h) Lain-lain (nyatakan):………………………………………………………………………

10.4 Kemudahan menentang kebakaran


ADA / TIADA

(a) Alat pemadam api ……………. / ………

(b) Pili bomba ……………. / ………

Unit:………………………………………………..

(c) Pili bomba bertekanan ……………. / ………

Unit:………………………………………………..
(d) Sistem hos gelung
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 10 drp : 20

(e) Sistem pancur basah ……………. / ………

(f) Sistem pancur kering ……………. / ………

(g) Sistem semburan automatik ……………. / ………

(h) Sistem penyimbah ……………. / ………

(i) Sistem karbon dioksida ……………. / ………

(j) Lif bomba …………….. / ……

(k) Tangga menentang …………….. / ……


kebakaran
…………….. / ……

(l) Ruang laluan masuk …………….. / ……


menentang kebakaran
…………….. / ……
(m) Sistem penyampaian suara
…………….. / ……
(n) Laluan masuk perkakas
bomba …………….. / ……

(o) Bekalan air

………………… liter

(p) Simpanan buih ……………... / ……

………………… liter

Jenis:……………………………

(q) Lain-lain (nyatakan):………………………………………………………………………

10.5 Peruntukan khas


ADA / TIADA

(a) Landasan helikopter …………… / ………

(b) Tingkap kecemasan …………… / ………


(c) Lain-lain
(nyatakan):…………………………………………………………………………

10.6 Organisasi keselamatan kebakaran di premis


ADA / TIADA

(a) Pengurus keselamatan kebakaran …………… / ………

(b) Pegawai keselamatan kebakaran …………… / ………

(c) Bilangan kakitangan …………… / ………


NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 11 drp : 20

(d) Bilangan kenderaan …………… / ………

(e) Peralatan …………… / ………

(f) Latihan berkala …………… / ………

11. Butir-butir tentang penyelenggaraan kemudahan keselamatan kebakaran

(a) Nama kontraktor:………………………………………………………………………………...

(b) Kelas kontraktor:…………………………………………………………………………………

(c) Alamat:……………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………...

(d) Nombor pendaftaran:……………………………………………………………………………

(e) Penyelanggaraan berkala:……………………………………………………………………...

(f) Tempoh kontrak:………………………………… tahun…………………………………….

(g) Tarikh penyelenggaraan terakhir:……………………………………………………………...

MUSTAHAK

Butir-butir mengenai tarikh pemasangan, kelulusan sistem oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat
bersama maklumat tentang kontraktor perlulah dikemukakan.

Saya/ Kami mengaku bahawa sepanjang pengetahuan saya / kami, segala keterangan yang
diberikan dalam borang permohonan ini adalah benar dan betul.

Tarikh:…………………………………….

Tandatangan pemohon:………………………………..

(Cop rasmi)
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 12 drp : 20

PEMBAHARUAN

Suatu Perakuan Bomba berkuatkuasa untuk satu tahun daripada tarikh ianya dikeluarkan hendaklah diperbaharui
setiap tahun.

Permohonan bagi pembaharuan Perakuan Bomba hendaklah menggunakan Borang III dan dibuat tidak kurang
daripada 30 hari sebelum tarikh tamat tempoh perakuan bomba itu. Fi bagi perakuan bomba pembaharuan adalah
separuh daripada fi perakuan bomba yang pertama.

Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba yang dikemukakan kurang daripada 30 hari daripada tarikh
tamat tempoh boleh dikenakan penalti lewat sebanyak RM 100. Permohonan bagi pembaharuan perakuan bomba
yang dikemukakan selepas tarikh tamat tempoh perlu mengemukakan permohonan perakuan bomba iaitu dengan
menggunakan Borang I dan pembayaran penuh sebagai permohonan yang pertama akan dikenakan.

PENGUBAHSUAIAN (PERUBAHAN KEADAAN) PREMIS DITETAPKAN

Sekiranya mana-mana premis ditetapkan yang telah mempunyai Perakuan Bomba yang masih berkuatkuasa tidak
boleh membuat apa-apa pengubahsuaian (perubahan keadaan) yang menyebabkan kelengkapan keselamatan
kebakaran menjadi tidak mencukupi. Pemohon hendaklah mengemukakan pelan cadangan kepada jabatan ini
sebelum melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan. Pihak jabatan akan menyemak pelan yang
dikemukakan dan menurunkan perakuan ke atas pelan cadangan. Seterusnya suatu pemeriksaan akan di aturkan
sebelum pengeluaran sijil perakuan bomba. Sijil perakuan bomba baru akan dikeluarkan jika membuat
pembayaran fi manakala perakuan bomba pindaan dikeluarkan jika tidak membuat pembayaran fi.

RAYUAN

Mana-mana pemohon boleh membuat rayuan kepada Menteri setelah pemberitahuan keengganan atau keputusan
tersebut:-

i.Ketua Pengarah enggan mengeluarkan perakuan bomba;


ii.Syarat-syarat yang dikenakan atas perakuan dikeluarkan tidak boleh dipatuhi; atau
iii.Dengan apa-apa keputusan oleh Ketua Pengarah dengan meminda perakuan bomba atau perakuan bomba yang
baru.
KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH PERAKUAN BOMBA

i. Membuat perubahan keadaan pada premis ditetapkan yang perakuan bomba sedang berkuatkuasa tanpa notis.

ii. Tidak mematuhi arahan supaya mengambil langkah-langkah menjadikan pepasanagn keselamatan kebakaran
mencukupi.

iii.Tidak mempunyai perakuan bomba.

iv. Membuat atau memalsukan atau memiliki suatu perakuan bomba.

v. Membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat palsu semasa membuat permohonan bagi
perakuan bomba.

vi. Memindahkan atau menyerahhakkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan perakuan
bombanya.

vii. Tidak memberitahu secara bertulis kepada Ketua Pengarah mengenai perakuan bomba hilang atau musnah,

viii. Tidak mengemukakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki.

ix. Tidak mempamerkan perakuan bomba pada setiap masa


NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 13 drp : 20

JADUAL FI PERAKUAN BOMBA


JADUAL B

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988


PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PERAKUAN BOMBA) 2001
(Subperaturan 3(3) dan 4(3))
FI BAGI PERAKUAN BOMBA DAN PERAKUAN BOMBA YANG DIPERBAHARUI

Fi

Premis ditetapkan Perakuan Bomba Perakuan Bomba


yang
Diperbaharui
(RM) (RM)

1
. Perpustakaan 310.00 155.00
2
. Hospital dan rumah jagaan 400.00 200.00
kejururawatan
3
. Hotel 400.00 200.00
4
. Asrama dan dormitory 310.00 155.00
5
. Pejabat 400.00 200.00
6
. Kedai 400.00 200.00
7
. Premis yang di tempatnya 620.00 310.00
proses berbahaya berlaku
8
. Kilang selain kilang yang 400.00 200.00
di tempatnya proses berbahaya
berlaku
9
. Tempat perhimpunan 310.00 155.00

10. Premis penstoran dan premis 400.00 200.00


lain

NOTA: Jika mana-mana premis digunakan bagi lebih daripada satu tujuan, fi yang dikenakan
dibayar hendaklah fi yang paling tinggi yang ditetapkan bagi tujuan itu.

Dibuat 18 Julai 2001.

(KPKT (S) 704/95:PN(PU ) 471/III)

Dato’ Seri Ong Ka Ting


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 14 drp : 20

BORANG III

AKTA PERKHIDMATAN BOMBA 1988

PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (PERAKUAN BOMBA) 2001

BORANG III

(Perenggan 4(2)(a))

PERMOHONAN BAGI PEMBAHARUAN PERAKUAN BOMBA

Pengarah,
Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Negeri………………………………

Saya/
Kami………………………………………………………………………………………………………………….
ingin memohon pembaharuan perakuan bomba bagi premis ditetapkan yang berikut: (Nyatakan alamat
penuh premis ditetapkan)

………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………

1. No. rujukan tuan ialah:..…………………………………………………………………………………

*3. Saya/ Kami dengan ini mengakui bahawa tiada terdapat perubahan keadaan pada premis itu dan
dengan itu maklumat yang diberikan dalam Bahagian II permohonan saya/ kami berkenaan dengan
premis ditetapkan itu yang bertarikh …………………….. masih terpakai.

*4. Saya/ Kami dengan ini mengakui bahawa terdapat perubahan yang ketara pada premis itu, dengan itu
saya/ kami mengemukakan semula Bahagian II permohonan saya/ kami berkenaan dengan premis
ditetapkan itu.

(Sila ini Bahagian II Borang I Jadual A)

Tarikh:……………………………………..

Tandatangan pemohon:……………………………..

(Cop rasmi)

* potong mana yang tidak berkenaan


NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 15 drp : 20

SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI (CFO)


Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina selamat dan selesa untuk didiami.
Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau
membenarkan menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki
Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi
kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa.
CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi.
CFO akan dikeluarkan setelah :
(1) Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang permohonan iaitu Borang E
secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan
mereka bangunan tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya mengenai
bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka.
(2) Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan
(3) Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi keperluan asas seperti jalan
akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah
dan lain-lain disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti Jabatan Bekalan
Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur,
hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi.
Dengan lain perkataan, permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh orang yang mengemukakan
pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan
penyiapan bangunan berkenaan.
PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang ditetapkan dipatuhi. Ini adalah
untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami oleh pembeli.

Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan;
1) Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau pelukis pelan berdaftar perlu
mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance).
2) Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan masih belum mengeluarkannya
dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan CFO (borang E) yang lengkap diterima.
Walau bagaimanapun, pindaan kepada UKBS ini hanya akan berkuatkuasa setelah semua negeri mewartakan
pindaan ini.
Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah bangunan kediaman hanya
dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran
daripada PBT terlebih dahulu
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 16 drp : 20

Gambarajah 1: Contoh sijil layak duduki banggunan


NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 17 drp : 20

1.1.3 STRATEGI PENCEGAHAN KEBAKARAN

Untuk mematuhi kehendak-kehendak Fire Service Act 1988 ( Akta 341 ) adalah menjadi tanggungjawab
Syarikat Dynamic Auto Cooler untuk menentukan keadaan premis perniagaan selamat kepada pekerja
dan pelanggan yang berurusan dengan syarikat. Oleh itu syarikat telah mengambil strategi pencegahan
kebakaran seperti berikut:-

1. Persekitaran
a) Memastikan semua jalan masuk ke bangunan selamat daripada pencerobohan.
b) Memastikan laluan menghala jalan masuk ke bangunan bebas daripada sebarang
halangan.
c) Barang-barang yang disimpan di luar bangunan dalam keadaan teratur dan bebas
daripada sebarang halangan.
d) Memastikan pokok-pokok tidak menghalang pendawaian letrik.
e) Mengadakan kemudahan-kemudahan yang selamat untuk pembuangan sampah-
sampah.
f) Memastikan jentera dan perkakas bomba boleh menghampiri bangunan untuk tujuan
menyelamat mangsa dan melawan kebakaran.

2. Penstoran
Penstoran barang-barang yang tidak teratur boleh membawa kepada kemerebakan kebakaran
dan menghalang pasukan Bomba mencari punca kebakaran atau menghalang keberkesanan
tindakan system seperti penyembur air automatic. Oleh kerana itu pihak syarikat mengambil
langkah-langkah berikut:-

a) Barang-barang disusun dengan teratur dan mempunyai ruang laluan yang secukupnya.
b) Kawasan penstoran dipisahkan daripada kawasan atau bahagian lain dalam premis
perniagaan.
c) Kawasan penstoran mudah dilalui pasukan Bomba.
d) Tanda larangan merokok dipamirkan dengan jelas.

PANDUAN KESELAMATAN KEBAKARAN BENGKEL.

Untuk mencegah berlakunya kebakaran di premis perniagaan, Syarikat Dynamic Auto Cooler telah
mengadakan panduan keselamatan kebakaran bengkel seperti berikut:-

1. Panduan AM
a) Mengadakan alat pemadam api yang sesuai jenisnya dan diletakkan dilokasi yang strategic.
b) Bengkel dilengkapi dengan alat pengesan kebakaran jenis asap atau haba.
c) Mengadakan papan tanda amaran ‘DILARANG MEROKOK’.
d) Mengadakan bakul atau tong sampah yang mencukupi.
e) Menentukan bengkel dan bilik-bilik sentiasa bersih dan punca-punca kebakaran dihapuskan.
f) Menyediakan senarai semakan keselamatan ( Firesafety Checklist ).
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 18 drp : 20

2. Panduan Keselamatan Bengkel.


a) Penggunaan semua jenis mesin mestilah dibawah pengawasan sepenuhnya oleh individu
yang bertanggungjawab.
b) Aspek keselamatan perlu dititikberatkan bagi kerja-kerja kimpalan yang menggunakan alat
pemotong ( Gas Oxitylene ).
c) Bahan-bahan mudah terbakar dan cecair merbahaya diasingkan dan disimpan di tempat
selamat.
d) Sampan dan sisa-sisa ( contohnya cebisan kertas, kayu, besi, habuk papan ) dibersihkan dan
di tempatkan di lokasi yang dikhaskan.

ALAT-ALAT PEMADAM API DAN LOKASI.

Berikut adalah alat pemadam api yang digunakan di premis perniagaan Dynamic Auto Cooler dan lokasi
alat pemadam api tersebut ditempatkan.

1. Jenis-jenis alat pemadam api yang digunakan.


NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 19 drp : 20

2. Tanda Larangan Dan Tanda Amaran

Dilarang Merokok Dilarang Menyalakan AWAS


Mancis
Mudah Terbakar
NO. KOD MTA 7013/K1/NK 01-07 Muka : 20 drp : 20

3. Lokasi Alat Pemadam Api

13
6
4 3
12
8 7

5 11
2 1

10

Pemadam Api Mudah Alih H - Fire Hose Reel

Kaunter/Kerani Kewangan Stor Barang Berbahaya


Bilik Menunggu Pelanggan Ruang Pembaikan
Pej. Pengurus Ruang Pembaikan
Pej. Pen. Pengurus Bilik Compressor
Bilik Mesyuarat Tandas Lelaki
Bilik Rehat Tandas Perempuan
Stor Alatganti

Sumber rujukan:www.bomba.gov.my

Das könnte Ihnen auch gefallen