Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Kajian Rekaan Seni Visual mesti dilaksanakan secara individu dari bulan Februari
hingga bulan Julai 2019.
3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian mesti ditulis tangan atau menggunakan
cetakan komputer.
4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan mesti asli, dihasilkan sendiri oleh
calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.
5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran
lebih kurang 28 cm × 38 cm.
6. Calon mesti mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan
dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.
7. Calon mesti mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi
perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.
8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred
Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian
calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana
dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.
10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.
11. Hasil kerja calon mesti dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.
12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon
digalakkan menjilid hasil kajian.
13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa
kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.
14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.
TUGASAN 1
SITUASI
Sebuah restoran makanan laut eksklusif ingin menghias dinding restorannya dengan hiasan
dinding yang diperbuat daripada tembikar.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah reka bentuk hiasan dinding
bertemakan makanan laut.
1. Koleksi gambar pelbagai jenis hiasan dinding sebagai sumber ilham dengan catatan.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis makanan laut sebagai sumber ilham dengan catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.
Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk hiasan dinding anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
2. Hasil kerja anda hendaklah dibakar dan disepuh.
3. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
TUGASAN 2
SITUASI
Dalam usaha menyedarkan orang awam tentang spesies haiwan yang semakin terancam
dan pupus, Zoo Negara mengambil inisiatif mengadakan jualan baju-T yang mempunyai
reka corak spesies haiwan yang terancam.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka corak baju-T yang bertemakan
spesies haiwan yang terancam dengan menggunakan teknik batik lukis dan batik ikat celup.
1. Koleksi gambar pelbagai reka corak baju-T sebagai sumber ilham dengan catatan.
2. Koleksi gambar batik lukis dan batik ikat celup sebagai sumber ilham dengan catatan.
3. Koleksi gambar pelbagai aksi haiwan sebagai sumber ilham dengan catatan.
4. Lukisan atau catan realistik aksi haiwan yang dipilih dengan catatan.
11. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.
Bahan : Baju -T
Ukuran minimum : Bebas
Tema : Spesies haiwan terancam
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Batik lukis dan batik ikat celup
Kapsyen : Berdasarkan kajian
Contoh:
Nota:
1. Hasil batik anda hendaklah dimatikan warna.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
TUGASAN 3
SITUASI
Majlis Perbandaran di tempat anda memerlukan sebuah arca untuk diletakkan di tengah
bulatan persimpangan sebagai mercu tanda tempat tersebut.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model arca binaan bertemakan
senjata tradisional. Arca tersebut hendaklah boleh menjadi identiti tempat tersebut.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis arca sebagai sumber ilham dengan catatan.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis senjata tradisional sebagai sumber ilham dengan catatan.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan produk mengikut urutan
dengan catatan.
Berdasarkan kajian tersebut, model arca anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas dan bersesuaian
Ukuran minimum : 40 cm × 20 cm
Teknik : Bebas
Tema : Senjata Tradisional
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
TUGASAN 4
SITUASI
Pusat Kebudayaan akan mengadakan Festival Kebudayaan sempena Tahun
Melawat Malaysia.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan karya cetakan timbulan yang
bertemakan kebudayaan berbilang kaum di Malaysia untuk dipamerkan di festival tersebut.
1. Koleksi gambar pelbagai cetakan timbulan sebagai sumber ilham dengan catatan.
2. Koleksi gambar tradisi dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sebagai
sumber ilham dengan catatan.
3. Lukisan atau catan realistik tradisi dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
sebagai sumber ilham.
9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah mengikut disiplin cetakan.
2. Hasil kerja anda perlu dibuat kemasan.
3. Anda boleh menukar bahan alternatif jika bersesuaian.
4. Blok cetakan hendaklah disertakan bersama hasil karya.
5. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
TUGASAN 5
SITUASI
Sebuah syarikat korporat akan mengeluarkan sampul duit sempena perayaan utama
di Malaysia.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi pada sampul duit tersebut.
Ilustrasi hendaklah kreatif, menarik dan menggambarkan suasana perayaan.
1. Koleksi gambar pelbagai ilustrasi pada sampul duit sebagai sumber ilham
dengan catatan.
3. Lukisan atau catan realistik suasana perayaan yang dipilih sebagai sumber ilham.
6. Kajian reka letak ilustrasi dan tipografi pada hamparan dengan catatan.
8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi sampul duit pada situasi sebenar.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.
Berdasarkan kajian tersebut, ilustrasi pada sampul duit anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran minimum : 25 cm × 45 cm
Tema : Perayaan
Teknik : Ilustrasi
Contoh:
Hadapan
Belakang
Nota:
1. Ilustrasi hendaklah dilukis pada muka hadapan dan muka belakang.
2. Setiap hasil karya hendaklah dibuat kemasan.
3. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
TUGASAN 6
SITUASI
Sebuah kedai kek akan mempromosikan produknya kepada pengguna.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk kotak pembungkusan kek.
Reka bentuk kotak pembungkusan kek itu mestilah menarik serta menggambarkan identiti
kedai kek tersebut.
1. Koleksi pelbagai gambar reka bentuk pembungkusan, muka taip, ilustrasi dan
aspek-aspek lain yang berkaitan sebagai sumber ilham dengan catatan.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis kotak kek sebagai sumber ilham dengan catatan.
3. Koleksi gambar pelbagai jenis kek sebagai sumber ilham dengan catatan.
6. Lukisan hamparan reka bentuk pembungkusan yang dipilih dengan skala dan catatan.
7. Lakaran perkembangan idea muka taip, ilustrasi dan aspek-aspek lain yang berkaitan
dengan catatan.
8. Lakaran reka letak muka taip, ilustrasi dan aspek-aspek lain pada pelan hamparan
dengan catatan.
13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 14 2611/3
Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kotak pembungkusan kek anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan kemas.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
TUGASAN 7
SITUASI
Persatuan Alam Sekitar Malaysia akan mengadakan kempen untuk memupuk rasa sayang
dan cintakan alam sekitar.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk grafik papan peraga
kreatif yang bertemakan alam sekitar untuk diletakkan di tengah pusat bandar yang sedang
pesat membangun.
1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk grafik papan peraga sebagai sumber ilham
dengan catatan.
6. Lakaran perkembangan idea ilustrasi, muka taip dan aspek-aspek lain yang berkaitan
dengan catatan.
12. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.
Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk grafik papan peraga anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum : 40 cm × 80 cm
Teknik : Bebas
Kapsyen : Mengikut kajian
Contoh:
Sumber : http://kargadandesign.ir/
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
TUGASAN 8
SITUASI
Pemilik sebuah pangsapuri ingin mereka bentuk hiasan dalaman ruang dapur rumahnya
yang terhad.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk hiasan dalaman
ruang dapur pangsapuri tersebut supaya kelihatan luas, selesa, dan elegan yang
bertemakan kontemporari.
1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang dapur pangsapuri sebagai sumber ilham
dengan catatan.
2. Koleksi gambar perabot dan kelengkapan dapur yang bercirikan kontemporari sebagai
sumber ilham dengan catatan.
7. Lukisan pelan lantai berserta perabot dan kelengkapan dapur mengikut skala.
12. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.
Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk hiasan dalaman anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Contoh :
Sumber : http://uwcxroundtables.com/
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah dibuat secara manual.
2. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
3. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
TUGASAN 9
SITUASI
Sebuah syarikat pengeluar perabot akan menghasilkan katil kanak-kanak pelbagai guna.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan model katil kanak-kanak pelbagai
guna. Katil tersebut hendaklah menarik dan berinovasi.
3. Lukisan atau catan realistik katil kanak-kanak dan hal benda yang dipilih.
10. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan
dengan catatan.
Berdasarkan kajian tersebut, model katil kanak-kanak pelbagai guna hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Contoh:
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kemas, kukuh dan stabil.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.
TUGASAN TAMAT