Sie sind auf Seite 1von 46

AKTA KONTRAK 1950 (AKTA 136):

KEPERLUAN SEMAKAN SEMULA


by

Sakina Shaik Ahmad Yusoff,

Suzanna Mohamed Isa, Azimon Abdul Aziz

Susur Galur Akta Kontrak 1950 (Akta 136)

Undang-undang kontrak di Malaysia adalah berlatarbelakangkan


sistem perundangan Malaysia yang telah diakui sebelum kemerdekaan
sebagai merupakan sistem yang dicedok daripada zaman penjajahan
British ke Tanah Melayu. Menurut Santana Dass, [1] sehingga ke hari ini,
perkembangan sistem perundangan kontrak tempatan adalah merujuk
kepada empat regim, iaitu;

i. Akta Kontrak 1950

L A W
ii. Perundangan-perundangan spesis kontrak

iii. Undang-undang kes di Malaysia dan Negara-negara Komanwel

iv. Seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 berhubung kes-kes


perdagangan dan mercantile.

Menyorot kembali sejarah Akta Kontrak 1950, perkembangan awal


mengenai undang-undang kontrak di Malaysia secara kasarnya
disimpulkan sebagai tidak licin dan teratur. Ini jelas terbukti apabila
telah wujud ketak seragaman dalam penerimaan perundangan kontrak
yang wujud pada masa itu. [2] Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip ini
akhirnya terhakis apabila negeri-negeri tersebut mula menunjukkan minat
memakai prinsip undang-undang Inggeris berhubung kontrak. [3]
Pertikaian-pertikaian di negeri-negeri Melayu ini berhubung penerimaan
dan pemakaian kontrak telah diselesaikan dengan menerima pakai prinsip

1
undang-undang Inggeris yang menurut mereka adalah untuk tujuan
keseragaman ke seluruh negeri-negeri Melayu yang lain. Dalam kes
Engku Leb v. Che Wok, [4] Murray-Aynsley memutuskan bahawa:

Meskipun Undang-undang Inggeris ataupun Enakmen Kontrak


Negeri-negeri Melayu bukan merupakan sebahagian undang-
undang di Kelantan, jika tiada undang-undang dalam sesuatu
subjek, kita merasakan jika ia berkait dengan polisi awam, maka ia
hendaklah diseragamkan, setakat yang dibenarkan, ke dalam
Malayan Union.

Justeru itu, kesimpulannya, sebelum tahun 1974, terdapat dua


sistem undang-undang kontrak yang ditadbirkan secara berasingan di
Malaysia iaitu Ordinan Kontrak (Negeri-negeri Melayu) 1950 dan Akta
Undang-undang Sivil 1956. Ordinan Kontrak 1950 ini merupakan
perundangan yang menguatkuasakan urusan-urusan kontrak di sembilan
negeri-negeri Melayu bermula pada 23 Mei 1950. Bagi negeri Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, Akta Undang-undang Sivil 1956 yang

L A W
berdasarkan common law Inggeris merupakan perundangan yang
mengawal urusan kontrak di negeri-negeri tersebut. Melalui peruntukan
seksyen 3 dan seksyen 5 Akta ini, ia membenarkan pemakaian undang-
undang Inggeris dalam hal-hal berhubung kontrak. Ini jelas menunjukkan
pada masa tersebut, telah wujud dualisme perundangan kontrak yang
diamalkan di Malaysia. Oleh itu jika timbul sebarang isu kontrak yang
serupa yang boleh diselesaikan dengan merujuk kepada kedua-dua jenis
perundangan tersebut, bagi menentukan perundangan manakah yang akan
digunakan, ianya bergantung kepada negeri manakah pertikaian kes
tersebut berlaku. Jika ianya berlaku di salah sebuah negeri-negeri Melayu
Bersekutu, maka Ordinan Kontrak 1950 akan diterima pakai, sebaliknya
jika konflik terjadi di mana-mana Negeri-negeri Selat, maka seksyen 3
dan seksyen 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 akan digunakan.

2
Memandangkan ketidakseragaman ini telah menimbulkan
kekeliruan, satu semakan undang-undang telah dibuat pada tahun 1974 di
bawah Akta Penyemakan Undang-undang 1968. Melalui semakan ini,
Ordinan Kontrak (Negeri-negeri Melayu) 1950 telah ditukarkan menjadi
Akta Kontrak 1950. [5] Sehingga ke hari ini, Akta Kontrak 1950 ini berdiri
kukuh sebagai satu-satunya perundangan berhubung kontrak yang utama
di Malaysia dengan melalui sekali pindaan iaitu pada tahun 1976 melalui
Akta Kontrak (Pindaan) 1976. Selain daripada menerima pakai undang-
undang Inggeris, sistem perundangan tempatan berhubung kontrak turut
dicorakkan oleh undang-undang kontrak India terutamanya jika
peruntukan tersebut adalah pari materia dengan peruntukan tempatan.
Walau bagaimanapun, mahkamah di Malaysia tidak terikat untuk
menerima pakai keputusan mahkamah-mahkamah di India. [6]

Selain Akta Kontrak 1950, terdapat pelbagai perundangan khusus


lain yang merupakan sumber bagi bidang undang-undang tertentu,

L A W
seperti, Akta Pekongsian 1961 bagi kes-kes kontrak sebuah firma
perkongsian, Akta Syarikat 1965 bagi kes-kes syarikat, Akta Bank dan
Institusi-institusi Kewangan 1989 dan perundangan-perundangan lain
bagi kes-kes perbankan, Akta Insurans 1996 bagi kes-kes insurans, Akta
Jualan Barangan 1957 bagi kes-kes jualan barangan antara penjual dan
pembeli, Akta Sewa Beli 1967 bagi kes-kes melibatkan sewa beli
barangan antara pemilik dan penyewa serta perundangan-perundangan
lain yang menyentuh isu kontrak yang khusus. [7] Undang-undang kes
yang diputuskan di mahkamah di Negara-negara Komanwel turut
mempunyai pengaruh dalam sistem perundangan kontrak tempatan di
mana ianya bersifat ‘persuasive’ dan tahap pemakaian perundangannya
adalah bergantung kepada kedudukan mahkamah berkenaan menurut
hierarki dan interpretasi undang-undang yang dibuat adalah pari materia

3
dengan peruntukan Akta tempatan. Menurut Raja Azlan Shah J dalam kes
Raja Mokhtar bin Raja Yaakob v. Public Trustee, Malaysia, [8] “Walaupun
keputusan-keputusan Mahkamah Komanwel adalah tidak mengikat, ianya
tetap berhak kepada penghormatan yang tertinggi.” Justeru, keputusan
mahkamah dalam bidangkuasa Negara-negara Komanwel masih lagi
dirujuk oleh mahkamah di Malaysia sebagai panduan dalam
menyelesaikan kes-kes sivil, komersial dan jenayah.

Rajah 1.1 berikut merumuskan perkembangan sejarah pembentukan Akta


Kontrak 1950 yang menjadi sumber primer undang-undang kontrak
tempatan. [9]

AKTA KONTRAK 1950 (SEMAKAN 1974) - SEJARAHNYA

1872 INDIAN CONTRACTS ACT digubal mengkanunkan common law Inggeris berhubung
kontrak


L A W 1899
ENAKMEN KONTRAK 1899

Akta Kontrak India diperpanjangkan dengan pindaan kecil


 Terpakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Pahang, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan)

1950

4
ORDINAN KONTRAK (NEGERI-NEGERI MELAYU) 1950

• Terpakai pada semua Negeri-negeri Melayu

1974
ENAKMEN KONTRAK 1899

Melalui Akta Undang-undang Semakan 1968, Ordinan Kontrak (Negeri-negeri Melayu) 1950
telah disemak - kesannya

i. menjadi Akta - AKTA KONTRAK 1950

ii. diperpanjangkan ke semua negeri di Malaysia termasuk Melaka, Pulau Pinang,


Sabah dan Sarawak.

Rajah 1.1 Susur galur Akta Kontrak 1950

Rajah 1.2 di bawah pula merumuskan latar belakang Akta Kontrak 1950.

 L A W RUMUSAN AKTA KONTRAK 1950


Sumber primer undang-undang kontrak di Malaysia kini ialah Akta Kontrak 1950
(Undang-undang Malaysia, Akta 136 Semakan - 1974) sebagaimana dipinda oleh Akta
Kontrak (Pindaan) 1976 (Undang-undang Malaysia, Akta A329).

 Akta yang berasal dari Indian Contracts Act 1872 ini mengandungi peruntukan yang
pari materia dengan seksyen 1-191 Ordinan 1950 yang telah dimansuhkannya. Bahagian
X bertajuk ‘Perkongsian’ yang dahulunya terkandung dalam Ordinan 1950 tidak lagi
kedapatan dalam Akta 1950 ini.

 Akta Kontrak 1950 ini adalah terpakai di seluruh Malaysia, berkuatkuasa di Negeri-
negeri Melayu pada 23hb Mei, 1950 dan di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
pada 1 Julai 1974.

 Akta Kontrak 1950 telah dipinda pada tahun 1976 oleh Akta Kontrak (Pindaan) 1976.

 Akta Kontrak 1950 mengandungi 191 seksyen dan 10 bab.

Rajah 1.2 Latar belakang Akta Kontrak 1950

5
Akta Kontrak 1950 dan Isu-isu Terpilih: Keperluan Semakan Semula

Keusangan peruntukan yang terkandung dalam Akta Kontrak 1950 jelas


kelihatan dalam beberapa peruntukan khususnya berhubung kait
pembentukan kontrak dan isi kandungan kontrak. Dalam era globalisasi
dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi, keusangan
yang dipaparkan menjadi semakin akut dan memerlukan semakan semula
yang harus didasarkan kepada beberapa faktor, inter alia, perkembangan
kes tempatan dalam bidang kontrak, perkembangan yang ditonjolkan
dalam perundangan beberapa negara Komonwel dan kemajuan terkini
dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam membincangkan
bahagian ini, peruntukan-peruntukan yang dibincangkan di bawah
sebagai memerlukan penyemakan semula adalah berasaskan, antara lain,
kepada keputusan-keputusan kes yang berkenaan serta pendapat juga
saranan yang telah dikemukakan oleh para penulis undang-undang
kontrak.[10] Perbincangan yang dipaparkan di bawah hanyalah meliputi

L A W
peruntukan terpilih sahaja dan paparan ini bukanlah satu penelitian
menyeluruh peruntukan Akta Kontrak 1950 secara terperinci. [11]

Pembentukan kontrak

Cadangan dan Penerimaan: Komunikasi Kontrak

Dalam membincangkan tentang komunikasi sesebuah kontrak seksyen-


seksyen yang relevan adalah seksyen 3, 4, 5 dan 6 Akta Kontrak 1950.
Namun berdasarkan keputusan-keputusan kes, seksyen yang dirasakan
agak sukar untuk difahami adalah seksyen 4 dan 5. Untuk itu, kedua-dua
seksyen ini dinyatakan di bawah ini dalam versi bahasa Inggeris.

6
Section 4 Communication, when complete

(1) The communication of a proposal is complete when it comes to the


knowledge of the person to whom it is made.

(2) The communication of an acceptance is complete:-

(a) as against the proposer, when it is put in a course of


transmission to him, so as to be out of the power of the
acceptor; and

(b) as against the acceptor, when it comes to the knowledge of


the proposer.

(3) The communication of a revocation is complete:-

(a) as against the person who makes it, when it is put into a
course of transmission to the person to whom it is made, so
as to be out of the power of the person who makes it; and

(b) as against the person to whom it is made, when it comes to


his knowledge.

Section 5 Revocation of proposals and acceptances.

L A W
(1) A proposal may be revoked at any time before the communication
of its acceptance is complete as against the proposer, but not
afterwards.

(2) An acceptance may be revoked at any time before the


communication of the acceptance is complete as against the
acceptor, but not afterwards.

Jika diperhatikan, secara tidak langsung, berdasarkan seksyen 4(1),


hanya pihak atau pihak-pihak yang mempunyai pengetahuan tentang
cadangan atau tawaran yang dibuat boleh membuat suatu penerimaan
yang sah. Ini bermakna dalam keadaan di mana seseorang yang memberi
respon kepada suatu tawaran yang dibuat kepada dunia tanpa terlebih
dahulu mengetahui adanya tawaran berkenaan, menurut peruntukan ini, ia
tidak dapat diterima dengan sah. Sehingga kini tiada kes tempatan yang
membincangkan mengenai perkara ini. Namun berdasarkan common law,

7
terdapat dua pandangan yang berbeza. Dalam kes Gibbons v. Proctor [12]
telah diputuskan bahawa pihak yang membuat penerimaan sedemikian
rupa adalah sah dan wajar menerima ganjaran yang ditawarkan. Namun
keadaannya adalah berbeza pula dengan keputusan kes R v. Clarke[13] di
mana hakim telah menyatakan bahawa tidak mungkin satu penerimaan
yang sah dapat dibuat tanpa mengetahui tentang tawaran yang dibuat.
Adalah dirasakan perlu bagi satu peruntukan yang memberi penjelasan
tentang keadaan ini.

Seksyen 4(2) pula melibatkan komunikasi penerimaan yang agak


teknikal. Perkataan ‘and’di antara sub-sub seksyen (a) dan (b) membawa
maksud bahawa kedua-dua perenggan (a) dan (b) perlulah sempurna
sebelum satu penerimaan itu dianggap sebagai lengkap oleh undang-
undang. Seksyen 4(2) dibaca bersama misalan (b) menampakkan seolah-
olah menginkorporasikan prinsip common law mengenai peraturan pos.
Lebih meyakinkan lagi apabila peruntukan dalam seksyen 5(1) juga

L A W
menampakkan sokongan terhadap pandangan ini. Daripada kes-kes
tempatan yang pernah membincangkan perkara ini, keputusan yang
diambil oleh mahkamah lebih mirip kepada apa yang wujud dalam
common law di mana dalam urusan penerimaan melalui pos, komunikasi
penerimaan dianggap lengkap sebaik sahaja surat dimasukkan ke dalam
peti pos. Di bawah common law, keadaan yang sama juga terpakai
walaupun surat berkenaan hilang dan tidak sampai ke destinasinya. Akan
tetapi jika sepucuk surat penerimaan telah diposkan dan hilang dalam
perjalanan, menurut peruntukan ini komunikasi penerimaan masih belum
lengkap kerana seksyen 4(2)(b) ini belum dipenuhi. Oleh yang demikian,
perlu ada ilustrasi tentang pemakaian seksyen 4(2) bagi memperlihatkan
penyelesaian yang lebih jelas bagi keadaan sedemikian. Kesimpulannya
analisis pemakaian peraturan pos di bawah common law yang

8
diperlihatkan dalam seksyen 4(2)(a) dan seksyen 5(1) walau
bagaimanapun tidak kelihatan disokong oleh peruntukan dalam seksyen
4(2)(b) dan seksyen 5(2).

Berbalik semula kepada persoalan penggunaan seksyen 4, satu kes


yang telah membincangkan seksyen ini ialah kes Madam Loh Sai Nyah v.
American International Assurance Co. Ltd., [14] di mana Hakim Abdul
Malek Ahmad dalam memberi penghakiman bagi Mahkamah Rayuan
telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi
dalam membuat keputusan telah merujuk kepada seksyen 4(1) dan (2). Ini
merupakan satu perbezaan daripada keputusan mahkamah dalam
persoalan yang serupa sebelum ini, yakni seperti dalam kes Ignatius v.
Bell [15] dan kes Lee Seng Heng & Ors. v. Guardian Assuarance Co.
Ltd., [16] apabila mahkamah hanya merujuk kepada common law di mana
keadaan undang-undangnya adalah sama dengan seksyen 4(1)(a).
Sungguhpun begitu, Mahkamah Rayuan tidak memberi sebarang

L A W
penjelasan lanjut tentang seksyen ini.

Seksyen 4 juga tidak mengandungi sebarang contoh tentang


penerimaan melalui media elektronik seperti yang mungkin berlaku pada
masa kini. Bahagian misalan hanya tertumpu kepada penerimaan melalui
pos dan teleks sahaja. Oleh itu, memandangkan Akta Perdagangan
Elektronik 2006 menvalidasikan komunikasi cadangan, penerimaan
cadangan dan pembatalan cadangan dan penerimaan atau sebarang
komunikasi yang berkenaan yang dinyatakan secara mesej elektronik,
adalah dirasakan perlu untuk memasukkan rujukan kepada penerimaan
melalui media yang lebih pantas yang kini mempamerkan penggunaan
yang lebih meluas.

Subseksyen seterusnya memperuntukkan tentang pembatalan

9
cadangan dan penerimaan. Untuk membincangkan persoalan pembatalan
ini, seksyen 5 harus dirujuk bersama. Dalam peruntukan seksyen 4(3)
perkataan ‘and’juga diletakkan di antara perenggan (a) dan (b). Ini juga
bermakna bahawa kedua-dua perenggan perlu disempurnakan sebelum
satu tawaran atau penerimaan dikatakan telah dikomunikasikan dengan
lengkap. Masa di sini merupakan suatu perkara yang perlu dititikberatkan
kerana terdapat satu had masa yang dikenakan kepada pencadang dan
penerima untuk bertindak membuat pembatalan. Sekiranya terkeluar dari
had masa yang ditetapkan, maka pembatalan tidak dianggap sah. Keadaan
ini dinyatakan dengan jelas oleh seksyen 5. Dalam membincangkan
tentang pembatalan, pembatalan cadangan akan dilihat terlebih dahulu,
diikuti dengan pembatalan penerimaan.

Daripada peruntukan seksyen 4(3) dan 5(1), dapat diperhatikan


bahawa satu cadangan itu perlulah dibatalkan sebelum satu penerimaan
yang sah berlaku, yakni sebelum atau pada masa penerima janji

L A W
mengeposkan surat pembatalan. Pencadang juga perlu menghantar
pembatalannya kepada penerima janji. Di sini timbul satu persoalan
tentang apakah signifikannya perkataan ‘and’ di antara perenggan (a) dan
(b) itu? Bukankah sipenerima itu perlu mengetahui tentang pembatalan
itu sebelum ianya menjadi efektif, seperti yang dinyatakan dalam
perenggan (b)? Nampaknya persoalan yang serupa juga boleh diajukan
bagi pembatalan penerimaan, di mana peruntukan yang berkenaan adalah
seksyen 4(3) dan 5(2). Mungkin satu misalan yang jelas perlu dimuatkan
bagi menerangkan peruntukan-peruntukan tersebut.

Balasan dan Doktrin Priviti [17]

Salah satu elemen penting pembentukan kontrak ialah balasan.


Berdasarkan seksyen 2(d),’balasan’didefinisikan sebagai:

10
Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa
sahaja yang telah membuat sesuatu, atau membuat atau menahan
diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau
janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

Balasan dalam sesuatu kontrak boleh bergerak daripada pihak


penerima janji atau orang lain. Ini bermakna di Malaysia balasan di
bawah sesuatu kontrak bukan sahaja boleh bergerak daripada si penerima
janji, malahan sesiapa sahaja yang tiada kaitan dengan kontrak itu juga
boleh memberikan balasan kepada kontrak. Kedudukan di Malaysia yang
diperuntukkan dalam seksyen 2(d) di atas adalah berbeza dengan
kedudukan di bawah undang-undang Inggeris yang memerlukan balasan
bergerak daripada pihak-pihak yang merupakan pihak kepada kontrak
bagi mewujudkan kontrak yang sah dan boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang.

L A W
Berkait rapat dengan kaedah balasan yang perlu bergerak daripada pihak-
pihak dalam kontrak sahaja di bawah undang-undang Inggeris ialah
doktrin priviti kontrak. Berdasarkan laporan Suruhanjaya Undang-undang
United Kingdom, [18] ‘doktrin priviti’ boleh ditakrifkan sebagai:

...(i) seseorang tidak boleh menguatkusakan hak-hak di bawah


kontrak yang mana dia bukan merupakan pihak kepadanya; (ii)
seseorang yang bukan pihak kepada kontrak tidak boleh
mempunyai liabiliti kontrak dikenakan ke atasnya; (iii) remedi
kontrak adalah direka bentuk untuk memberi pampasan kepada
pihak-pihak kepada kontrak, bukannya pihak ketiga.

Pemakaian doktrin priviti kontrak jelas kelihatan dalam banyak


kes, antara yang utama termasuklah Tweddle v. Atkinson [19] dan Dunlop
Pneumatic Tyre Co. Ltd. v. Selfridge & Co. Ltd [20] Kelihatan kedudukan

11
doktrin priviti di Malaysia menyerupai kedua-dua kes Inggeris Tweddle
v. Atkinson dan Dunlop Pneumatic Tyre Co. Ltd. v. Seifridge & Co. Ltd.
yang telah dijadikan asas rujukan. Walaupun undang-undang kontrak
secara amnya dikawal selia oleh Akta Kontrak 1950 yang tidak
mempunyai sebarang peruntukan jelas mengenai doktrin priviti, namun
kedudukan ini dapat dilihat dalam kes ulung Malaysia yang
membicarakannya yakni Kepong Prospecting Ltd. v. Schmidt [21] .Di
peringkat Mahkamah Persekutuaa mahkamah mengesahkan bahawa
dokrin priviti terpakai di Malaysia seperti mana yang diterima pakai
dalam kes Dunlop Pneumatic Tyre Co. Ltd. v. Selfridge & Co. Ltd. [22]
Semasa di peringkat rayuan Majlis Privy, beberapa peruntukan Akta
Kontrak 1950 [23] dirujuk dalam menentukan sama ada doktrin priviti
terpakai di Malaysia.

Majlis Privy berpendapat hanya pihak yang berkontrak sahaja yang


boleh dituntut ataupun menuntut berasaskan kontrak berkenaan,

L A W
walaupun pihak ketiga itu telah memberi balasan bagi menyempurnakan
kontrak tersebut. [24] Keputusan Majlis Privy ini dipersoalkan penulis-
penulis seperti Grubb dan Koh. Grubb [25] menyatakan bahawa keputusan
yang dibuat oleh mahkamah dalam kes Kepong ini memberi gambaran
bahawa doktrin priviti itu wujud berasingan dari kaedah balasan yang
mesti bergerak dari pemberi janji. Ini turut dipersetujui oleh Koh [26] yang
berpendapat subseksyen 2(a), (b), (c) dan (e) hanyalah memberikan
definisi kepada cadangan, penerimaan, pihak pembuat cadangan, pihak
menerima cadangan dan perjanjian. Majlis Privy seharusnya merujuk
kepada subseksyen 2(i) kerana subseksyen ini adalah lebih relevan
kepada persoalan priviti. Subseksyen (i) berbunyi: “sesuatu perjanjian
yang boleh dikuatkusakan oleh undang-undang atas opsyen satu pihak
atau lebih dari pihak-pihak perjanjian itu, tetapi tidak berdasarkan atas

12
opsyen pihak atau pihak yang lain, adalah suatu kontrak boleh
batal.”(penekanan ditambah). [sic]

Pemakaian priviti kontrak jelas mengenepikan hak pihak ketiga yang


menerima faedah di bawah sesuatu kontrak. Menyedari hakikat ini, di
England, Contract (Rights of Third Parties) Act 1999 telah diperkenalkan
bagi memberikan hak kepada pihak ketiga dalam situasi tertentu yang
diperuntukkan dalam akta. Justeru dalam menyelesaikan permasalahan
yang dibangkitkan oleh priviti dan memberikan perlindungan kepada
pihak ketiga di Malaysia, Akta Kontrak 1950 harus disemak semula. Asas
kewujudan priviti jika dikaitkan kepada kaedah balasan yang wujud di
England (balasan perlu bergerak daripada pihak-pihak kepada kontrak)
adalah berbeza dengan kaedah balasan di Malaysia (balasan boleh
bergerak daripada penerima janji atau sesiapa sahaja) bagi
menjustifikasikan pemakaian doktrin tersebut dalam korpus undang-
undang kontrak tempatan. Anjakan paradigma yang dipertontonkan dalam

L A W
senario perundangan Inggeris dengan tergubalnya Contract (Rights of
Third Parties) Act 1999 perlu dijadikan panduan bagi satu peralihan di
Malaysia. Keperluan melihat semula sekyen 2(d) dan menggubal satu
akta khusus bagi memberikan hak kepada pihak ketiga di Malaysia perlu
diberikan layanan perundangan dengan kadar segera.

Keupayaan

Dalam membincangkan kontrak yang dimasuki oleh kanak-kanak, dua


perkara perlu terlebih dahulu dihuraikan iaitu (i) siapakah yang
dimaksudkan dengan kanak-kanak?; dan (ii) apakah kesan kontrak yang
dimasuki oleh kanak-kanak? Seksyen 11 Akta Kontrak 1950
memperuntukkan bahawa setiap orang adalah layak untuk membuat

13
kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang mana ia
tertakluk. Umur dewasa yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada
peruntukan seksyen 2 Akta Umur Dewasa 1971 yang menyatakan bahawa
setiap orang di Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun adalah
dianggap sebagai telah mencapai umur dewasa. Sebelum pindaan dibuat
kepada Akta Umur Dewasa 1971 ini, akta yang sebelumnya iaitu Akta
Umur Dewasa 1961 memperuntukkan bahawa seorang yang beragama
Islam dianggap telah mencapai umur majoriti apabila berusia 18 tahun
sementara seorang yang bukan Islam pada usia 21 tahun. Kini segalanya
telah diseragamkan. Oleh yang demikian, menurut Syed Ahmad Alsagoff
ungkapan “according to the law to which he is subject” yang terkandung
dalam seksyen 11 Akta Kontrak 1950 tidak lagi relevan dan haruslah
dibuang.

Kesan daripada seksyen 10 dan 11 Akta Kontrak 1950 adalah


bahawa seorang kanak-kanak adalah dianggap tidak berupaya untuk

L A W
memasuki kontrak dan dengan itu kontrak yang dimasuki oleh seorang
kanak-kanak adalah batal dari mula (viod ab anitio). Ini bermakna
kontrak tidak wujud langsung. Ini telah diputuskan dalam kes Mohori
Bibee v. Dhurmodas Ghose [27] yang telah diterima pakai dalam kes
tempatan seperti Tan Hee Juan v. The Boon Kiat, [28] Government of
Malaysia v Gucharan Singh & Ors. [29] dan Leha Binti Jusoh v. Awang
Johari bin Hashim, [30] Dengan keputusan mahkamah ini juga makna
seorang kanak-kanak tidak boleh membawa tuntutan atau dikenakan
tuntutan di bawah kontrak. Namun satu-satunya jalan bagi membawa
tuntutan terhadap kanak-kanak ialah melalui seksyen 69 Akta Kontrak
1950 yang memberikan kausa berbentuk quasi contract. Berdasarkan
seksyen ini, hanya ‘keperluan’ sahaja yang boleh dituntut daripada harta
kanak-kanak itu. Pemakaian seksyen ini walau bagaimanapun adalah

14
kurang jelas memandangkan apakah yang dimaksudkan dengan
‘keperluan’tidak didefinisikan oleh Akta.

Persoalan kontrak kanak-kanak sekali lagi tercabar dalam konteks


salah nyata usia oleh kanak-kanak. Apa akan berlaku jika seorang dewasa
yang telah diberitahu oleh kanak-kanak itu yang dia telah mencapai umur
dewasa (sungguhpun pada hakikatnya belum) lalu mereka berdua
memasuki kontrak? Dengan kata lain, adakah apa-apa tindakan
berdasarkan undang-undang kontrak yang boleh diambil terhadap kanak-
kanak yang telah menyalahnyatakan usianya; dan apakah remedi yang
boleh diawardkan oleh mahkamah kepada pihak yang satu lagi?
Sekiranya dirujuk kepada keputusan mahkamah dalam Mohan Bibee,
tiada tuntutan berasaskan kontrak yang boleh dibuat kerana kontrak
berkenaan tidak wujud langsung. Maka tiada tuntutan yang boleh dibuat
memandangkan kontrak yang dimasuki oleh kanak-kanak yang
menyalahnyatakan usianya tidak wujud. Namun, ini seolah-olah tidak

L A W
membawa kepada keadilan bagi orang dewasa berkenaan. Kalaupun
menjadi niat undang-undang untuk melindungi kanak-kanak, adalah
dirasakan bahawa kanak-kanak di generasi sekarang adalah berlainan dari
suatu ketika dahulu. Pendedahan yang diberikan kepada mereka amat
berbeza berbanding generasi dahulu.

Jika dahulu seorang kanak-kanak lebih bersifat tidak tahu atau


takut, kini mereka lebih berani dan adalah tidak mustahil mereka
berkontrak untuk kepentingan mereka. Namun, apa yang dianggap
penting kepada seorang dewasa mungkin berbeza dari pendapat seorang
kanak-kanak. Maka jika mereka ini terus diberi ruang untuk berkontrak
tentang apa sahaja dengan memberi nyataan yang salah mengenai umur
sebenar mereka, maka ini akan terus memberi ketidak adilan kepada
pihak yang satu lagi. Apa yang lebih mengeruhkan keadaan adalah

15
dengan keputusan kes Mohamed Syedol Ariffin v. Yeoh Ooi Gark [31] di
mana mahkamah telah memutuskan bahawa seorang kanak-kanak itu
tidak boleh dihalang dari membawa dalihan yang dia itu seorang kanak-
kanak dan tidak boleh berkontrak dengan sah (pli infansi), sedangkan
kanak-kanak itu telah membuat nyataan yang salah mengenai umur
sebenarnya semasa ‘membuat’ kontrak berkenaan.

Apa yang dapat disarankan pada ketika ini ialah supaya merujuk
kepada pendapat yang telah dibuat oleh Fifth Indian Law Commission
(13th. Report, Contract Act 1872) yang menyatakan bahawa seorang
kanak-kanak yang telah menerima sesuatu dengan membuat salahnyataan
mengenai usia, maka kanak-kanak tersebut haruslah memulangkan
semula barangan yang diterima. Ini sekurang-kurangnya dapat
mengembalikan status quo. Saranan ini seiring dengan prinsip restitusi
yang telah diutarakan dalam ekuiti dan diterima pakai dalam undang-
undang kontrak Inggeris.

L A W
Walaupun seksyen 11 menggariskan siapakah yang layak untuk
berkontrak, namun Akta Kontrak 1950 gagal untuk memperuntukkan
apakah kesan kontrak yang dimasuki oleh mereka yang tidak layak.
Kontrak kanak-kanak telah dibiarkan kepada interpretasi para hakim
dalam kes-kes seperti yang digariskan di atas. Yang jelasnya, kontrak
yang dimasuki oleh kanak-kanak secara salahnyataan usianya perlu
dibendung melalui peruntukan undang-undang agar pihak yang terkilan
mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang

Niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang merupakan salah


satu elemen penting bagi menentukan sama ada terbentuknya suatu kontrak
yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Namun Akta Kontrak

16
1950, berdasarkan seksyen 2(h) dan seksyen 10, tidak menyenaraikan
elemen ini sebagai salah satu elemen utama kontrak. Namun di Malaysia,
kecenderungan mahkamah untuk mengganggap niat sebagai salah satu
elemen utama pembentukan kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang jelas kelihatan dalam kes-kes seperti Phiong Khon v. Chonh
Chai Fah[32] apabila Lee Hun Hoe J. memutuskan bahawa:

...(perjanjian yang dipertikaikan) adalah terlalu kabur dan tidak


jelas sehinggakan secara serius ianya harus diragui sama ada wujud
dalamnya niat untuk membentuk satu hubungan di sisi undang-
undang. Lihat Jones v. Padavatton [1969] 1 WLR 328.

Justeru memandangkan niat untuk mewujudkan hubungan di sisi


undang-undang merupakan elemen penting pembentukan kontrak yang
mendemonstrasikan kesediaan sesuatu pihak untuk menerima kesan dari
segi undang-undang sekiranya mana-mana pihak gagal melaksanakan

L A W
kontrak, Akta Kontrak 1950 harus disemak semula dengan memasukkan
elemen ini dalam seksyen 10.

Kerelaan bebas

a. Paksaan Ekonomi

‘Paksaan’ diperuntukkan dalam Akta Kontrak 1950 di bawah seksyen 15


seperti berikut:

Section 15 “Coercion”

“Coercion” is the committing, or threatening to commit any act


forbidden by the Penal Code, or the unlawful detaining or
threatening to detain, any property, to the prejudice of any person
whatever, with the intention of causing any person to enter into any

17
agreement.

Daripada peruntukan ini dapat diperhatikan bahawa tumpuan bagi


perbuatan yang dianggap sebagai paksaan bergantung kepada peruntukan
di dalam Kanun Kesiksaan. Selain daripada itu, penahanan yang salah
atau ugutan untuk melakukan sedemikian terhadap harta seseorang juga
dikatakan sebagai paksaan. Persoalan yang timbul kini ialah sama ada
peruntukan ini membolehkan ia diguna pakai bagi paksaan ekonomi.

Satu contoh keadaan yang dimaksudkan sebagai paksaan ekonomi


adalah seperti berikut. A telah berkontrak untuk menyiapkan sebuah
rumah bagi B. Setelah rumah itu siap, B menyatakan yang dia tidak
mempunyai wang yang cukup untuk membuat pembayaran. B sedar
bahawa A merupakan seorang kontraktor kecil-kecilan dan amat
memerlukan wang untuk meneruskan perniagaan. Dengan demikian, B
menawarkan untuk menjelaskan hanya separuh daripada bayaran yang

L A W
dijanjikan bagi melangsaikan keseluruhan harga rumah tersebut, dengan
alasan beliau tidak mempunyai wang yang cukup. A, oleh kerana berada
dalam keadaan yang terdesak dan amat memerlukan wang, bersetuju
menerima pembayaran separuh itu bagi melangsaikan keseluruhan harga
rumah. Paksaan yang dilakukan oleh B itulah yang dimaksudkan dengan
paksaan ekonomi.

Satu lagi contoh ialah seperti berikut. A bersetuju untuk membekal


bakul-bakul anyaman kepada sebuah kedai berangkaian. Untuk tujuan ini,
A telah berkontrak dengan B agar bakul-bakul tersebut dapat dihantar
oleh B ke kedai-kedai yang dijanjikan. B telah tersilap dalam
menganggarkan muatan yang boleh dibawanya bagi tiap perjalanan.
Penghantaran yang pertama mengandungi jumlah bakul yang kurang
daripada jangkaan. Oleh kerana B merasakan muatan yang kurang ini

18
tidak menguntungkannya, beliau telah enggan meneruskan penghantaran
sekiranya A tidak menambah bayaran sebanyak RM450 bagi tiap
penghantaran yang dilakukan B. Oleh kerana kewujudan perniagaan A
bergantung kepada kontrak pembekalan bakul-bakul tersebut, maka A
bersetuju untuk menambah bayaran. Perlakuan B di sini merupakan
paksaan ekonomi.

Paksaan di bawah common law adalah mengenai kontrak yang


dimasuki melalui keganasan atau ugutan keganasan. [33] Tindakan
keganasan atau ugutan tersebut mestilah tidak sah di mana ia boleh
membawa kepada tindakan tort atau jenayah. [34] Dalam membincangkan
prinsip paksaan, konsep paksaan ekonomi telah dibincang dan
diperdebatkan sebagai merangkumi konsep paksaan yang turut memenuhi
intipati prinsip-prinsip paksaan di bawah common law, Hakikat ini telah
diakui dalam kes D&C Builders Ltd v. Rees. [35] Dalam konteks
perundangan di Malaysia, kedudukan paksaan ekonomi masih berada

L A W
dalam keadaan kurang jelas. [36] Dalam kes Perlis Plantation Bhd v.
Mohamad Abdullah Ang, [37] Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa
konsep paksaan ekonomi ini tidak wujud di Malaysia disebabkan tiada
satupun dalam Akta Kontrak 1950 yang menunjukkan pemakaiannya.
Namun begitu, dalam kes Mohd Fariq Subramaniam v. Naza Motor
Trading Sdn Bhd [38] Mahkamah Tinggi telah memakai dua kes terdahulu
iaitu Pao On & Ors. v. Lau Yin Long & Anor [39] dan Third World
Development & Anor v. Atang Latief & Anor [40] di mana telah diputuskan
bahawa paksaan ekonomi adalah satu paksaan kehendak yang
merosakkan keizinan. Justeru itu jika di interpretasikan kedudukan
paksaan ekonomi secara tegas di Malaysia, seksyen 15 Akta Kontrak
1950 tidak mencakupi konsep ‘paksaan ekonomi’ yang
mengakibatkannya tidak diterima pakai dalam proses keadilan di

19
Malaysia. Namun jika dilihat daripada contoh-contoh yang diberikan
paksaan ekonomi merupakan kejadian-kejadian yang tidak mustahil
berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Oleh itu adalah dirasakan perlu
bagi Akta Kontrak 1950 untuk memperuntukkan sesuatu bagi meliputi
keadaan ini.

Sebelum itu, adalah dirasakan perlu membincangkan tentang


definisi yang diterima pakai bagi ‘paksaan’ dalam seksyen 15 dan 73.
Adakah definisi yang diperuntukkan dalam seksyen 15 itu terpakai
kepada keseluruhan Akta Kontrak 1950? Dalam kes Kanhaya Lal v.
National Bank of India [41] Lord Moulton dalam memberi penghakiman
bagi pihak Majlis Privy, menyatakan yang berikut tentang definisi
‘paksaan’ dalam seksyen 72 Akta Kontrak India (yang pari materia
dengan seksyen 73 Akta Kontrak 1950):

L A W
The word ‘coercion’ must therefore be there used in its general and
ordinary sense as an English word, and its meaning is not
controlled by the definition in section 15.

Pendapat Lord Moulton ini kemudiannya telah dipersetujui oleh


Hakim Eusoff Chin dalam kes Chin Nam Bee Development Sdn. Bhd. v.
Tai Kim Choo.[42] Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan di sini
bahawa sememangnya ada ruang bagi membawa masuk pengertian
‘paksaan’ yang boleh meliputi paksaan yang bersifat ekonomi. Namun
ada penulis yang menyatakan bahawa telah ada peruntukan dalam Akta
Kontrak 1950 mengenai perkara paksaan ekonomi ini. Menurut Salleh
Buang, isu paksaan ekonomi telah terangkum dalam peruntukan seksyen
15 itu sendiri di bawah ungkapan “any property”. Sementara itu ada pula
yang menyatakan paksaan ekonomi seakan dapat dimasukkan menerusi

20
seksyen 73 yang berbunyi:

Section 73 Liability of person to whom money is paid, or thing


delivered, by mistake or coercion.

A person to whom money has been paid, or anything delivered by


mistake or under coercion, must repay or return it.

Andrew Phang berpendapat bahawa seksyen 73 ini, oleh kerana


berada di Bahagian VI berkenaan dengan “Of certain relations
resembling those created by contract”, maka isu paksaan ekonomi dapat
dimasukkan di bawah seksyen ini. Ini kerana seksyen berkenaan
memperuntukkan pemulangan wang yang telah dibayar akibat paksaan.
Sungguhpun prinsip paksaan ekonomi ini merupakan satu prinsip
common law, beliau berpendapat ia wajar diaplikasikan di rantau ini
kerana ia bersesuaian serta bertepatan dengan keperluan masa kini.
Pendapat beliau ini dipersetujui oleh Shaik Mohd Noor Alam S.M.

L A W
Hussain.

Namun pendapat mereka ini jelas berbeza daripada pendapat yang


dinyatakan oleh Hakim V.C. George dalam kes Perlis Plantation Bhd. v.
Mohammad Abdullah Ang [43] di mana beliau menyatakan Akta Kontrak
1950 tidak memperuntukan apa-apa bentuk paksaaan yang lain selain dari
apa yang didefinisikan oleh seksyen 15. Dengan ertikata lain, paksaan
berkenaan haruslah merujuk kepada Kanun Kesiksaan. Biar apapun
percanggahan yang wujud dalam interpretasi kes terhadap paksaan
ekonomi, yang nyata ialah keperluan terhadap peruntukan dalam
menangani isu-isu berkaitan paksaan ekonomi. Mungkin pihak
mahkamah dalam meneliti persoalan paksaan dapat juga meninjau
kebarangkalian paksaan yang dilakukan itu bersifat ekonomi, lalu
membuat keputusan mengenainya. Sehingga itu berlaku, adalah dirasakan

21
bahawa peruntukan yang sedia ada perlu memuatkan secara jelas tentang
paksaan ekonomi agar ia dapat dirujuk dan diguna pakai tanpa ragu-ragu.
Ini sekali gus akan melenyapkan keadaan teka-teki yang wujud kini.

b. Pengaruh tidak berpatutan

Berbeza dengan konsep paksaan yang bersandarkan kepada common law,


pengaruh tak berpatutan merupakan konsep yang disandarkan kepada
asas ekuiti. Di bawah undang-undang kontrak Inggeris, pengaruh tak
berpatutan terdapat dalam dua situasi yang berbeza iaitu, situasi pertama,
tidak terdapat hubungan yang khusus wujud antara kedua-dua pihak yang
berkontrak di mana, beban untuk membuktikan bahawa kontrak yang
dimasuki adalah didorong oleh pengaruh tak berpatutan adalah terletak
pada pihak yang mendakwa pengaruh tak berpatutan. Situasi kedua pula

L A W
ialah di mana terdapat satu hubungan yang khusus di mana hubungan ini
telah mewujudkan ‘penguasaan’ (dominance) salah satu pihak ke atas
pihak yang lain. Pihak yang menguasai itu juga dikenakan
tanggungjawab untuk tidak mengenakan kelebihan yang tidak adil ke atas
pihak yang lain. Undang-undang kontrak di Malaysia pula telah
memberikan definisi pengaruh tak berpatutan yang lebih luas dengan
memasukkan kedua-dua situasi di bawah undang-undang kontrak Inggeris
itu. Menurut Shaik Mohd Noor Alam[44] pula, fahaman asas berhubung
‘penguasaan’ yang terkandung dalam subseksyen (1) adalah tidak
dipengaruhi oleh kedua-dua kategori kedudukan hubungan menguasai
kemahuan pihak yang lain, la bermaksud doktrin pengaruh tak berpatutan
di bawah Akta Kontrak 1950 memberi maksud yang lebih luas yang
berpotensi merangkumi spektrum ‘unconscionable transactions’. Hakim

22
Zakaria Yatim[45] dalam mengupas persoalan ‘kedudukan menguasai
pihak lain’ menegaskan bahawa suatu kontrak yang dikenali sebagai
‘unconscionable’ dan merupakan kesan atau hasil daripada menggunakan
kedudukan menguasai kemahuan pihak lain adalah menjadi kontrak yang
dimasuki disebabkan oleh pengaruh tak berpatutan. Shaik Mohd Noor
Alam[46] merumuskan bahawa dalam bentuk sekarang, ‘unconscionable
bargain’ tidak boleh wujud sebagai satu fahamannya yang tersendiri dan
tidak dapat dielakkan daripada berkait dengan pengertian luas pengaruh
tak berpatutan.

Kes Saad Marwi v. Chan Hwan Hua & Anor [47] cuba mengaplikasi
prinsip pengaruh tak berpatutan ke dalam konteks yang lebih luas lagi
apabila Hakim Gopal Sri Ram berpendapat bahawa sudah tiba masanya
untuk mahkamah di Malaysia mengiktiraf persoalan ketakseimbangan
kuasa perundingan yang wujud pada pengaruh tak berpatutan sebagai
merupakan ‘unconscionable bargain’ yang dimaksudkan di bawah ekuiti

L A W
jurisprudents Inggeris. Menurut Hakim ini:

What is called for is a fairly flexible approach which adopts the


English doctrine but which applies it in a broad and liberal way as
in Canada, where the courts have strived to protect those incapable
of protecting themselves, not against their own folly, but against
those who would take advantage of them being in a superior
bargaining position.

Justeru itu, memandangkan Akta Kontrak 1950 agak kabur dalam soal
pengaruh tak berpatutan ini, pandangan yang diberikan oleh Shaik Mohd
Noor Alam dan Hakim Gopal Sri Ram tidak boleh diketepikan.

c. Salahnyata

23
Berdasarkan seksyen 14(d), kerelaan adalah dikatakan bebas apabila
tidak disebabkan oleh salahnyata. Salahnyata diperuntukkan dalam
seksyen 18 seperti yang berikut:

Section 18 “Misrepresentation”

“Misrepresentation” includes --

(a) the positive assertion, in a manner not warranted by the


information of the person making it, of that which is not true,
though he believes it to be true;

(b) any breach of duty which, without an intent to deceive, gives


an advantage to the person committing it, or anyone claiming
under him, by misleading another to his prejudice, or to the
prejudice of anyone claiming under him; and

(c) causing, however innocently, a party to an agreement to

L A W
make a mistake as to the substance of the thing which is
subject of the agreement.

Terdapat pelbagai pendapat yang disuarakan mengenai peruntukan ini.


Terdapat penulis [48] yang menyuarakan pendapat bahawa peruntukan
dalam perenggan (a) adalah merujuk kepada salah nyata ikhlas,
sementara perenggan (b) amat kabur dan tidak berguna langsung dan
perenggan (c) pula amat mengelirukan. Visu Sinnadurai pula menyatakan
bahawa peruntukan seksyen ini lebih mirip kepada keadaan yang diliputi
oleh salahnyata ikhlas dalam undang-undang common law. [49] Dalam kes-
kes yang telah diputuskan, lazimnya mahkamah akan hanya menyatakan
bahawa telah atau tidak berlaku salahnyata menurut seksyen 18 tanpa
memberi sebarang komen atau pendapat mengenai peruntukan ini. Ini
amat menyedihkan kerana peruntukan statut perlu menerima interpretasi

24
mahkamah tentang pemakaiannya supaya ia jelas kepada semua. [50]

d. Khilaf atau Silap

Berdasarkan seksyen 14(e), kerelaan adalah dikatakan bebas bila tidak


disebabkan oleh khilaf, tertakluk kepada peruntukan seksyen-seksyen 21,
22 dan 23. Prinsip-prinsip mengenai khilaf diterangkan dalam seksyen
21, 22 dan 23 Akta Kontrak 1950 seperti berikut:

Section 21 Agreement void where both parties are under mistake as


to matter of fact.

Where both parties to an agreement are under a mistake as to a


matter of fact essential to the agreement, the agreement is void.

Explanation - An erroneous opinion as to the value of the thing


which forms the subject-matter of the agreement is not to be
deemed a mistake as to a matter of fact

L A W
Section 22 Effect of mistake as to law.

A contract is not voidable because it was caused by a mistake as to


any law in force in Malaysia; but a mistake as to law not in force
in Malaysia has the same effect as a mistake as to fact.

Section 23 Contract caused by mistake of one party as to matter of


fact.

A contract is not voidable merely because it was caused by one of


the parties to it being under a mistake as to a matter of fact.

Daripada peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat


bahawa persoalan mengenai khilaf ini dibahagikan kepada khilaf yang
dibuat mengenai persoalan fakta dan undang-undang. Dalam

25
membicarakan kesan khilaf ke atas kerelaan bebas pihak-pihak yang
berkontrak, wujud perbezaan antara khilaf yang dilakukan oleh satu
pihak dengan khilaf yang dilakukan oleh dua pihak. Apa yang jelas
daripada peruntukan di atas ialah jika kedua-dua pihak kepada kontrak
khilaf tentang perkara fakta maka kontrak berkenaan menjadi batal.
Namun apa yang dipersoalkan adalah kesan terhadap kontrak dalam
situasi di mana hanya satu pihak sahaja yang melakukan khilaf tentang
perkara fakta dan juga apabila khilaf yang dilakukan adalah mengenai
persoalan undang-undang.

Jika diteliti, peruntukan seksyen 22 dan 23 menyatakan bahawa


kontrak di mana pihak berkontrak telah khilaf mengenai perkara undang-
undang atau hanya sebelah pihak sahaja yang melakukan khilaf, maka
kontrak berkenaan menjadi ‘not voidable’ (bukan boleh batal). Adakah
ini bermakna kontrak itu batal (void) atau masih sah (valid)? Terdapat
penulis seperti Syed Ahmad Alsagoff dan Visu Sinnadurai menyatakan

L A W
pendapat yang lebih baik adalah kontrak tersebut masih lagi wujud dan
sah. Sekiranya benar keadaannya adalah sedemikian, maka wajarlah
peruntukan seksyen 22 dan 23 menyatakan sedemikian dengan sejelas-
jelasnya agar kedudukan sebenarnya tidak perlu dispekulasikan.

Isi Kandungan Kontrak

Memperkatakan tentang isi kandungan kontrak, undang-undang telah


lama mengenali bahawa isi kandungan sesebuah kontrak atau obligasi
yang dibentuk oleh sesuatu kontrak mempunyai kepentingannya yang
berbeza. Walau bagaimanapun Akta Kontrak 1950 tidak mengandungi
apa-apa peruntukan tentang isi kandungan sesuatu kontrak. Lakuna
berkisar isi kandungan sesebuah kontrak ini jelas dibangkitkan dalam
penulisan Visu Sinnadurai;

26
Akta Kontrak tidak mengandungi apa-apa peruntukan yang
khususnya mengawal kandungan kontrak. Tiada peruntukan dibuat
mengenai klasifikasi terma dan juga tentang takat obligasi pihak-pihak
berkontrak. Akta ini membisu tentang sama ada pihak-pihak adalah
secara tegasnya terikat pada terma nyata kontrak atau sama ada terma
tertentu boleh disiratkan. [51]

Isi kandungan kontrak terdiri daripada pelbagai terma. Terma-terma


boleh diklasifikasikan dengan pelbagai cara. Lazimnya terma yang
merupakan isi kandungan sesuatu kontrak dikategorikan kepada terma
nyata atau terma tersirat. Terma-terma nyata dan tersirat ini pula boleh
dikategorikan mengikut pendekatan tertentu, sama ada, pendekatan
klasikal syarat-waranti atau pendekatan inominat. Persada undang-
undang kontrak Malaysia mempamerkan ketiadaan peruntukan substantif
mengenai terma tersirat dalam Akta Kontrak 1950. Apa yang
diperuntukkan dalam Akta tersebut yang mungkin secara tidak langsung

L A W
boleh dikaitkan dengan terma tersirat, hanyalah sekadar peruntukan
dalam seksyen 9 yang berbunyi; “Sejauh mana cadangan atau penerimaan
mana-mana janji dibuat dengan kata-kata, maka janji itu adalah dikatakan
nyata. Sejauh mana cadangan atau penerimaan itu dibuat dari kata-kata,
maka janji itu adalah dikatakan disiratkan.” Namun kes Yong Ung Kai v.
Enting, [52] mempamerkan kesediaan mahkamah tempatan untuk
menyiratkan terma. Akta Kontrak 1950 juga tidak mengandungi apa-apa
peruntukan mengenai pemakaian syarat-waranti atau terma inominat.
Pembahagian terma berdasarkan syarat dan waranti ini walau
bagaimanapun terkandung dalam seksyen 12 Akta Jualan Barangan 1957.
Namun seperti tajuk akta itu sendiri, pemakaiannnya adalah terhad
kepada kontrak jualan barang sahaja. Kes-kes di Malaysia menyaksikan
pemakaian kedua-dua pendekatan.[53] Yang jelasnya berdasarkan Visu

27
Sinnadurai, walaupun pengkelasan terma tidak kedapatan dalam Akta
tersebut, mahkamah Malaysia telah mencontohi common law dalam hal
ini. Ketiadaan rujukan perundangan mengenai isi kandungan kontrak di
Malaysia menyebabkan ianya terbuka kepada pelbagai interpretasi oleh
badan kehakiman. Justeru konsistensi dalam penghakiman perlu
difikirkan semula. Keperluan menjelaskan isi kandungan kontrak secara
perundangan mungkin memerlukan penelitian.

Satu lagi aspek isi kandungan kontrak yang telah dibiarkan untuk
interpretasi kehakiman ialah penggunaan fasal pengecualian dalam
kontrak. Secara takrifnya, fasal pengecualian membawa maksud “mana-
mana fasal dalam sesuatu kontrak atau terma dalam satu notis yang
memberikan pengertian menghadkan, mengecualikan atau mengubah
sesuatu liabiliti, tugas atau remedi yang mungkin, kalau tidak, timbul
daripada hubungan yang diiktiraf oleh undang-undang antara pihak-
pihak.”[54] Akta Kontrak 1950 sendiri tidak menyentuh tentang fasal

L A W
pengecualian dan interpretasi fasal sebegini. Dalam konteks jualan
barang, fasal pengecualian adalah dibenarkan di bawah seksyen 62 Akta
Jualan Barangan 1957;” Jika apa-apa hak, tanggungjawab atau liabiliti
timbul di bawah suatu kontrak penjualan melalui penguatkuasaan
undang-undang, ia boleh jadi dinegatifkan atau diubah melalui perjanjian
nyata atau melalui perjalanan urusan antara pihak-pihak, atau melalui
penggunaan, jika penggunaan itu adalah untuk mengikut kedua pihak
kepada kontrak.” Walaupun fasal pengecualian dibenarkan dalam kontrak
jualan barang, namun Akta 1957 gagal untuk memperuntukkan prinsip-
prinsip yang terpakai dalam mentafsir fasal-fasal ini. Justeru itu,
mahkamah tempatan berkecenderungan mengikuti prinsip-prinsip
common law apabila berhadapan dengan isu pemakaian serta pentafsiran
fasal pengecualian dalam urusan kontrak.

28
Penyalahgunaan fasal pengecualian jelas kelihatan khususnya
dalam kontrak bentuk seragam. [55] Di beberapa negara luar,
penyalahgunaan ini telah dapat dibendung dengan menggunakan salah
satu daripada tiga pendekatan berikut: (i) penggubalan perundangan
khusus; (ii) penambahan peruntukan dalam perundangan sedia ada; atau
(iii) penggubalan peraturan khusus. Namun walau apapun pendekatan
yang bakal diambil oleh Malaysia, yang pastinya penyalahgunaan melalui
penggunaan fasal pengecualian ini memerlukan layanan segera.

UNDANG-UNDANG KONTRAK TEMPATAN: LAYANAN ASPEK


TERPILIH

Kontrak Bentuk Seragam

Era globalisesi yang menjustifikasikan liberalisasi perdagangan telah


memperlihatkan satu anjakan paradigma dalam aktiviti pengeluaran,
agihan dan penggunaan barangan serta perkhidmatan pengguna masa
kini. Perubahan sosio ekonomi pengguna yang ketara dikepilkan dengan

L A W
perkembangan teknologi dalam era ini membawa bersamanya cabaran-
cabaran baru dalam persekitaran transaksi pengguna. Dalam struktur
masyarakat moden yang semakin kompleks ini, penggunaan kontrak
bentuk seragam telah menjadi satu amalan yang rancak menular dalam
industri pembekalan barang dan perkhidmatan. Hakikat bahawa kontrak
bentuk seragam telah mengundang permasalahan dalam persoalan teoritis
dan amalan suatu pembentukan kontrak semakin diterima umum
disebabkan ciri berat sebelah, ketiadaan rundingan dan persetujuan serta
slogan ‘terima atau tolak’ yang ada padanya. Akur akan kewujudan
hakikat ini, kawalan undang-undang menjadi satu instrumen penting bagi
menghakis ketidakadilan kepada kelompok pengguna. Namun realitinya
ketiadaan perundangan yang mengawal kontrak bentuk seragam di
Malaysia telah menjadikan ketidakadilan yang ditampilkan oleh kontrak

29
jenis ini semakin akut. Bagi membawa satu perubahan dalam korpus
undang-undang kontrak tempatan, tiga alternatif pendekatan perundangan
mungkin boleh dikemukakan kepada Malaysia sebagai jalan
penyelesaian: [56]

i. Penggubalan akta khusus

Penggubalan akta khusus yang mengawal kontrak bentuk seragam


berasaskan pengalaman Israel melalui penggubalan The Israeli Standard
Contracts Law 1964. Kerangka perundangan Israel menampakkan
perlindungan pengguna yang menyeluruh; merangkumi persoalan bentuk
dan substans kontrak bentuk seragam. Kewujudan kawalan berdasarkan
kerangka institusi, yakni, badan yang telah dilantik untuk tujuan The
Restrictive Trade Practices Law, 5719-1959 yang bertanggungjawab
memberikan kebenaran untuk menggunakan ‘restrictive terms’ dalam
sesuatu kontrak menampakkan satu ciri kawalan yang mapan. Mengguna

L A W
pakai pendekatan negara Israel ini membawa maksud Malaysia mungkin
perlu menggubal:

a. Akta Kontrak Bentuk Seragam - Namun penggubalan akta khusus


ini mungkin lebih bersifat spesifik memandangkan ia mungkin
terpakai bagi semua jenis kontrak bentuk seragam sama ada dalam
konteks B2B atau B2C; atau

b. Akta Kontrak Bentuk Seragam (Pengguna) - Akta sebegini lebih


mengkhusus dan terfokus kepada kumpulan sasaran tertentu iaitu
pengguna. Pendekatan ini memudahkan layanan perundangan
diberikan bagi menangani permasalahan bentuk dan amalan kontrak
bentuk seragam dalam konteks kontrak pengguna sahaja.

ii. Pindaan akta sedia ada

30
Pengalaman negara jiran Singapura, dan negara China, mempamerkan
pendekatan yang agak berbeza daripada Israel. Di kedua-dua negara ini,
peruntukan yang menyentuh kontrak bentuk seragam membentuk
sebahagian daripada akta perlindungan pengguna seperti The Consumer
(Fair Trading) Act 2003 di Singapura dan The Law of the People’s
Republic of China on the Protection of Consumer Rights and Interests
1994 di China, ataupun perundangan yang berasaskan kontrak seperti The
Contract Law of The People’s Republic of China 1999 di China.
Mengguna pakai pendekatan ini di Malaysia, bermaksud, beberapa
bahagian tambahan mungkin perlu dimasukkan ke dalam peruntukan
sedia ada, sama ada di dalam Akta Kontrak 1950 atau Akta Pelindungan
Pengguna 1999 atau kedua-duanya sekali.

iii. Penggubalan peraturan khusus

Satu lagi pendekatan yang mungkin boleh difikirkan adalah dengan

L A W
menggubal peraturan khusus bagi mengawal kontrak bentuk seragam.
Seksyen 150 Akta Pelindungan Pengguna 1999 memberikan kuasa
kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan yang perlu atau
suaimanfaat bagi maksud melaksanakan Akta ini. Justeru, satu set
peraturan, Peraturan-peraturan Pelindungan Pengguna (Kontrak Bentuk
Seragam), boleh digubal di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 bagi
memastikan penindasan yang ditonjolkan oleh kontrak jenis ini mendapat
layanan yang mapan.

Penggunaan Terma Tidak Adil Dalam Kontrak

Seiring dengan permasalahan yang ditampilkan oleh penggunaan kontrak


bentuk seragam, penggunaan pelbagai terma tidak adil dalam kontrak
yang semakin berleluasa harus diberikan perhatian yang serius. Abad ke
19 menyaksikan sistem laissez-faire dan prinsip caveat emptor, kelahiran

31
kapitalisme, menduduki singgahsana perdagangan di Eropah. Idea
keseimbangan kuasa berunding telah diwujudkan oleh pemain pasaran
pada ketika itu bagi menjustifikasikan kewujudan doktrin kebebasan
berkontrak, doktrin primer yang menjadi landasan undang-undang
kontrak. Penjual atau pembekal telah membentuk suasana pasaran bebas
yang mutlak bagi melicinkan pengaliran produk mereka dalam pasaran
dan pada yang sama bagi membolehkan mereka melepasi diri dari liabiliti
dan memperkasakan hak mereka sewenang-wenangnya; seringkali
mengambil kesempatan ke atas kelompok yang lebih lemah iaitu
pengguna. Alat paling utama yang digunakan bagi melepaskan diri
mereka dari liabiliti adalah melalui utilisasi metod manupulatif
bersandarkan kontrak yang lebih dikenali sebagai fasal pengecualian
liabiliti. Fasal pengecualian liabiliti merupakan legasi laissez-faire dalam
perjuangan memartabatkan doktrin kebebasan berkontrak. Pengecualian
liabiliti yang merupakan sebahagian daripada rejim perdagangan tidak

L A W
adil seterusnya telah melenyapkan perlindungan pengguna dalam
transaksi perdagangan.

Kontrak perdagangan pengguna sehingga kini jelas menampakkan


penggunaan fasal-fasal tidak adil yang dilabelkan sebagai ‘exemption’,
‘exclusion’ atau ‘exception’ atau ‘disclaimers’, bertujuan mengecualikan,
membatasi, menghadkan hak, tugas, liabiliti dan remedi yang mungkin
timbul di bawah undang-undang.[57] Secara takrifnya, fasal pengecualian
liabiliti membawa maksud “mana-mana fasal dalam sesuatu kontrak atau
terma dalam satu notis yang memberikan pengertian menghadkan,
mengecualikan atau mengubah sesuatu liabiliti, tugas atau remedi yang
mungkin, kalau tidak, timbul daripada hubungan yang diiktiraf oleh
undang-undang antara pihak-pihak” [58] . Memperkatakan tentang
keburukan fasal pengecualian, Suruhanjaya Undang-undang United

32
Kingdom dipetik sebagai berpendapat bahawa;

... ianya menghalang orang terhadap siapa fasal ini boleh


dibangkitkan, daripada memperolehi hak khusus tertentu yang
mana polisi sosial menghendakinya memperolehi (contohnya hak
seorang pembeli dalam jualan pengguna untuk dibekalkan dengan
barangan yang berkualiti boleh dagang...) atau hak yang mana
penerima janji secara munasabahnya percaya bahawa pembuat janji
telah memberikan kepadanya.[59]

Fasal pengecualian liabiliti merupakan antara fasal yang


terkandung dalam kontrak bentuk seragam yang kini semakin berleluasa
penggunaannya di pasaran. Bagi David Yates, [60] fasal pengecualian yang
dimasukkan dalam kontrak bentuk seragam dianggap sebagai senjata
penindasan pengguna memandangkan terma-termanya tidak tertakluk
pada perundingan antara pihak-pihak yang berkontrak. Hujah ini seiring
dengan teori eksploitasi fasal pengecualian dalam kontrak pengguna; [61]

L A W
hujah yang dilandaskan atas konsep ketidakseimbangan kuasa berunding
mengandaikan situasi monopoli atau hampir monopoli di mana pengguna
berhadapan dengan kekurangan atau ketiadaan pilihan melainkan
menerima tawaran yang dibuat berdasarkan terma-terma tersebut
sekiranya pengguna inginkan barangan yang ditawarkan. [62]

Pengecualian liabiliti oleh peniaga berbentuk fasal pengecualian


sehingga kini masih merupakan barah yang memakan kepentingan
pengguna dalam pasaran. Namun bermula abad ke 20, di kebanyakan
negara kini, sama ada di Barat atau Timur, satu anjakan paradigma jelas
dipamerkan dalam perjuangan memartabatkan dan memperkasakan hak
dan kepentingan pengguna di pasaran. Dalam senario perdagangan kini,
ketidakseimbangan kuasa khususnya dalam konteks kuasa berunding,

33
jurang maklumat dan ketidakseimbangan sumber antara pengguna dan
peniaga, seharusnya dijadikan landasan campur tangan kerajaan dalam
mempraktikkan peranan paternalistiknya bagi menyeimbangkan
ketidakseimbangan kuasa yang wujud seterusnya mengadakan satu
persekitaran pasaran yang sihat.

Menjelang abad ke 20, wujud peralihan daripada ideologi yang


berteraskan market individualism kepada consumer welfarism yang
mempamerkan penerapan sikap paternalistik kerajaan dalam penggubalan
perundangan khususnya di negara-negara Barat. Akur bahawa
ketidakseimbangan tiga dimensi (kuasa berunding, maklumat dan
sumber) yang wujud antara peniaga dan pengguna harus ditangani,
pelbagai perundangan telah digubal bagi mewujudkan senario urusan
kontraktual yang lebih seimbang.

L A W
Di England, pengenalan kepada Unfair Contract Terms Act 1977
dan Unfair Terms in Consumer Contracts Regulations 1999 berupaya
meremedikan ketidakseimbangan kuasa dalam pasaran antara peniaga dan
pengguna. Perkembangan undang-undang dalam bidang ini di England,
dengan yang terkini penggubalan Unfair Contract Terms Bill 2005,
seharusnya mencelikkan mata kepada keperluan mengawal terma-terma
tidak adil ini melalui instrumen perundangan. Namun senarionya begitu
berbeza di Malaysia. Akta Kontrak 1950 tidak mengandungi sebarang
peruntukan tentang terma tidak adil, sementara Akta Jualan Barangan
1957 pula membenarkan penggunaan terma tidak adil berbentuk fasal
pengecualian liabiliti. Pemakaian Akta Pelindungan Pengguna 1999 pula,
walaupun melarang pihak-pihak berkontrak keluar daripada
peruntukannya, hanyalah bersifat tambahan, tanpa menjejaskan undang-
undang lain yang mengawal selia hubungan kontrak. Ketiadaan

34
peruntukan dalam perundangan sedia ada atau ketiadaan perundangan
khusus yang mengawal penggunaan terma tidak adil ini telah
menyebabkan permasalahan ini bertambah akut dinegara ini. Justeru
senario yang dipaparkan ini mengundang keperluan kepada peruntukan
dalam perundangan sedia ada atau satu perundangan yang mengawal
penggunaan terma tidak adil khususnya fasal pengecualian liabiliti dalam
kontrak di Malaysia.

Kesimpulan

Era globalisasi memaparkan peralihan dalam pelbagai aspek kontrak.


Kini pelbagai perubahan dipamerkan dalam fungsi, pembentukan dan
pelaksanaan sesuatu kontrak. Namun peralihan yang dipertontonkan ini
tidak seiring dengan perkembangan dalam beberapa aspek perundangan
yang menyokong perkembangannya. Satu ketika dahulu kebanyakan
kontrak dibuat secara bersemuka. Keadaan ini kemudiannya berubah

L A W
kepada kontrak secara pos. Seterusnya kemajuan komunikasi
membolehkan kontrak dibuat melalui telefon, teleks, mesin faksimili dan
yang terkini melalui komputer. Perubahan pesat yang dialami dunia dari
segi perhubungan dan usaha-usaha mengglobalisasikan dunia harus
diberikan pertimbangan yang serius dalam mengkaji kedudukan undang-
undang sedia ada. Usaha ini dirasakan penting bagi menghadapi pelbagai
cabaran yang sedang dan bakal melanda akibat perubahan ‘struktur’
dunia.

Dalam aspek kontrak, undang-undang kontrak tempatan yang


terkandung dalam sumber primernya, Akta Kontrak 1950, tidak
menampakkan kepekaan kepada transformasi ini. Justeru wujud satu
keperluan yang akut untuk satu kajian komprehensif dijalankan mengenai
Akta Kontrak 1950 agar ianya merefleksikan perkembangan terkini dunia

35
kontrak. Dalam negara meniti fasa kedua hayatnya (fasa 50 tahun kedua),
bedah siasat ke atas peruntukan sama ada yang terkandung dalamnya atau
yang sepatutnya diambil kira oleh Akta ini seharusnya dilakukan dengan
kadar segera bagi memastikan kerelevanannya dalam dunia tanpa
sempadan masa dan geografikal ini. Dalam menyemak semula Akta ini,
terdapat peruntukan-peruntukan tertentu yang terkandung dalamnya yang
mengelirukan dan wajar diperbetulkan. Antara peruntukan yang
dimaksudkan adalah berkenaan komunikasi kontrak, paksaan, salahnyata,
salahnyata oleh kanak-kanak dan khilaf. Sementara beberapa
penyelewengan juga harus diberikan layanan khusus dalam menyemak
semula Akta ini seperti penggunaan kontrak bentuk seragam yang kini
digunakan sebagai instrumen penindasan melalui penggunaan terma tidak
adil yang terkandung didalamnya.

Dalam menyemak semula Akta Kontrak 1950, beberapa aspek [63] yang
memerlukan penyemakan semula adalah dirumuskan seperti berikut:

i.
L A W
Merujuk kepada peruntukan tentang komunikasi, kekeliruan timbul
kerana wujudnya perbezaaan antara masa sipencadang dan
sipenerima cadangan terikat kepada penerimaan yang dilakukan.
Begitu juga bagi keadaan yang melibatkan penarikan balik
cadangan atau penerimaan. Kedua-dua pihak terikat pada waktu
yang berbeza, dan hanya setelah kedua-dua pihak dianggap sebagai
terikat barulah komunikasi antara mereka dianggap sebagai
lengkap. Keputusan-keputusan kes mengenainya juga tidak banyak
menolong untuk mengenengahkan bahawa kaedah pos di Malaysia
adalah berbeza daripada apa yang terdapat dalam undang-undang
Inggeris. Justeru ada yang beranggapan bahawa kedua-dua kaedah
berkenaan adalah sama. Prinsip-prinsip cadangan, penerimaan dan
penarikan balik cadangan dan penerimaan juga perlu dilihat semula

36
dalam konteks mesej elektronik selaras dengan peruntukan Akta
Perdagangan Elektronik 2006.

ii. Memandangkan balasan boleh diberikan oleh pihak ketiga kepada


sesuatu kontrak, tidakkah wajar pihak ketiga ini juga diberikan hak
dibawah kontrak walaupun dia bukan ahli kepada kontrak tersebut?
Dalam skop yang lebih luas, doktrin priviti harus disemak semula
agar pihak ketiga yang menjadi benefisiari sesuatu kontrak
dibolehkan dalam keadaan tertentu untuk membawa tuntutan di
bawah kontrak tersebut. Pemansuhan doktrin priviti kontrak, dalam
keadaan tertentu, dapat dilihat di beberapa negara seperti England,
New Zealand, Singapura dan banyak lagi.

iii. Bagi menjadi janji-janji yang membentuk kontrak itu sesuatu yang
boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang, perlu wujud antara
pihak-pihak yang berkontrak niat untuk mewujudkan hubungan di

L A W
sisi undang-undang. Namun elemen penting ini tidak diperuntukkan
dalam Akta Kontrak 1950. Penyemakan semula Akta ini perlu
mengambil kira elemen ini.

iv. Dalam persoalan paksaan pula, bagaimanakah kedudukan sebenar


paksaan ekonomi di Malaysia. Adakah paksaan bersifat sedemikian
diiktiraf oleh undang-undang kontrak Malaysia? Bolehkah ia
disiratkan melalui peruntukan yang sedia ada? Sekiranya tidak
wajar, adakah patut ianya diketepikan begitu sahaja tanpa apa-apa
usaha untuk mengawalnya? Sungguhpun telah ada keputusan
mahkamah yang menyatakan bahawa ianya terkeluar daripada
peruntukan seksyen 15 tentang paksaan, namun mahkamah
berkenaan tidak pula menafikan yang ianya mungkin berlaku di
Malaysia. Oleh yang demikian, haruslah difikirkan cara atau

37
mekanisme yang sewajarnya untuk mengendalikan keadaan
berkenaan.

v. Elemen ‘pengaruh tidak berpatutan’ sebagai salah satu elemen yang


boleh menggugat kerelaan bebas juga perlu disemak semula.
Adakah pengertian konsep ini boleh dilihat pada spektrum yang
lebih luas merangkumi, antara lain, ketidak seimbangan kuasa
berunding dan sebagainya?

vi. Peruntukan mengenai salah nyata dalam seksyen 18 wajar diberikan


nafas baru kerana telah ada ramai pengkaji seperti Visu Sinnadurai,
Pollock dan Andrew Phang yang mengutarakan pendapat yang
hampir-hampir serupa - iaitu ia amat mengelirukan serta tidak
bermakna. Keputusan-keputusan kes juga tidak banyak membantu
dalam menerangkan isi kandungan sebenar seksyen berkenaan.
Justeru sudah tiba waktunya keadaan ini diperbetulkan.

L A W
vii. Mengenai salahnyata yang dilakukan oleh kanak-kanak pula, ini
merupakan satu perkara yang tidak disentuh oleh Akta Kontrak
1950. Namun adalah disarankan supaya penelitian diberikan kepada
perkara ini kerana ia mungkin kerap membawa ketidakadilan di
pihak orang dewasa yang ditujukan salahnyata tersebut.

viii. Permasalahan mengenai peruntukan khilaf lebih tertumpu kepada


peruntukan seksyen 23 yang melibatkan khilaf satu pihak dan
khilaf dua pihak berkenaan perkara undang-undang yang terpakai
di Malaysia. Ungkapan “a contract is not voidable” wajar
dipertimbangkan semula kerana ia memungkinkan dua interpretasi
yang berbeza. Pertama, kontrak berkenaan adalah batal dan
keduanya, kontrak berkenaan masih sah. Perbezaan antara
anggapan ini amat besar kerana ia sudah semestinya melibatkan

38
persoalan gantirugi dan remedi. Maka satu peruntukan yang lebih
jelas adalah diperlukan.

ix. Walaupun tidak dinafikan penggunaan kontrak bentuk seragam


dalam senario pasaran sedia ada adalah suatu instrumen yang
diperlukan bagi memudahkan urusan kontrak, penyelewengan yang
dipaparkan oleh penggunaannya kini membangkitkan pelbagai
persoalan yang mengundang campur tangan perundangan dalam
mengawal bentuk dan isi kandungannya. Penggunaan terma tidak
adil dalam kontrak harus dibendung. Ketiadaan peruntukan khusus
dalam perundangan kontrak sedia ada atau perundangan khusus
yang mengawal terma-terma jenis ini menyebabkan penindasan
yang diakibatkan olehnya semakin parah. Justeru penindasan
melalui kontrak bentuk seragam dan penggunaan terma tidak adil
dalam kontrak harus dikawal dengan kadar segera.

L A W
Dalam menyemak semula peruntukan-peruntukan Akta Kontrak
1950, beberapa faktor yang mempengaruhi persekitaran kontrak dan
undang-undang kontrak yang wajar dipertimbangkan adalah seperti
berikut:

i. Konsep asas yang mendasari pembentukan kontrak harus dikaji


semula bagi merefleksikan realiti masa kini. Peruntukan-
peruntukan yang terkandung dalam sesuatu perundangan adalah
juga merefleksikan doktrin landasan yang menjadi asas prinsip-
prinsip yang menjadi tunjangnya. Akta Kontrak 1950 adalah
berlandaskan doktrin kebebasan berkontrak. Namun kini dalam
konteks perubahan struktur dunia khususnya perdagangan,
kerelevanan doktrin ini harus dikaji semula. Kini sudah wujud
beberapa keadaan yang berbeza dari masa Akta ini mula-mula

39
diperkenalkan. Adakah wajar konsep ini di Malaysia diambil alih
oleh konsep-konsep baru seperti keadilan berkontrak dan
keseimbangan kuasa tawar-menawar seperti mana yang
diperlihatkan di beberapa negara lain seperti England, Kesatuan
Eropah dan negara-negara lain?

ii. Kemajuan teknologi masa kini telah membolehkan kontrak dibuat


atau dimeterai dengan lebih pantas dalam konteks dunia tanpa
sempadan masa dan geografikal. Justeru daya saing dan daya tahan
global peruntukan Akta Kontrak 1950 perlu dilihat semula bagi
mencerminkan dan kekal relevan dalam keadaan peralihan ini.

iii. Peruntukan-peruntukan yang telah disuarakan sebagai kabur dan


tidak munasabah perlu dipinda atau diketepikan keseluruhannya
dan digantikan dengan peruntukan yang lebih bermakna dan jelas.
Peruntukan-peruntukan yang wujud di negara lain seperti Australia,

L A W
New Zealand, Amerika dan negara-negara di Afrika boleh
dijadikan panduan bagi meneliti perubahan keadaan serta
kebolehgunaan dan kesesuaian undang-undang berkenaan. Namun,
perhatian harus diberikan kepada nasihat yang diberikan oleh Gopal
Sri Ram JCA dalam kes Tengku Abdullah ibni Sultan Abu Bakar &
Ors. v. Mohd. Latiff bin Shah Mohd. & Ors. [1996] 2 MLJ 265
dalam mengaplikasikan prinsip undang-undang Inggeris mengenai
pengaruh tidak berpatutan:

While we may refer to the decisions of those jurisdictions


where the law is akin to our own, we must therefore
ultimately have regard to the words of our own statute. In our
judgement, it would be quite wrong, and indeed wholly out of
place, to decide a Malaysian case solely by reference to

40
English or other Commonwealth decisions. Indeed, the more
recent decisions of the English courts demonstrate that their
concept... do not accord to the standards of our society.

Walaupun petikan berkenaan adalah mengenai pengaruh tidak


berpatutan, namun dirasakan ia boleh dan harus juga diaplikasikan dalam
semua keadaan yang melibatkan penelitian kepada undang-undang luar.

iv. Pertimbangan bagi perlunya kepada peruntukan yang baru juga


wajar diambil kira. Apa yang dimaksudkan di sini ialah keadaan
seperti hak pihak ketiga di bawah kontrak, paksaan ekonomi, salah
nyata oleh kanak-kanak, kontrak bentuk seragam dan terma tidak
adil.

Terdapat banyak lagi peruntukan dalam Akta Kontrak 1950 yang


memerlukan semakan semula. Namun yang dipaparkan dalam bab ini

L A W
hanyalah merupakan beberapa peruntukan major yang memerlukan
pindaan. Justeru, wujud satu keperluan yang mendadak untuk menyemak
semula Akta Kontrak 1950 yang telah sekian lama dipinggirkan. Satu
kajian komprehensif tentang peruntukan-peruntukan Akta Kontrak 1950
adalah diperlukan mengambil kira pelbagai faktor persekitaran yang telah
berubah khususnya dalam dunia perdagangan. Perimeter kajian perlu
diperluaskan. Selain menyemak semula peruntukan-peruntukan sedia ada
dalam Akta Kontrak 1950, kajian ini juga harus mengambil kira
keperluan menangani isu-isu berkaitan kontrak yang tidak terkandung
dalam peruntukan sedia ada, melalui penggubalan perundangan-
perundangan lain yang lebih komprehensif seperti penggubalan Akta
Kontrak Bentuk Seragam, Akta Terma Tidak Adil, Akta Salah Nyata atau
Akta Priviti bagi menangani perkara-perkara khusus tentang kontrak,

41
yang sehingga kini masih lagi merupakan perkara-perkara yang penuh
dengan tanda tanya. Justeru dalam negara meniti fasa kedua hayatnya
(Fasa ke 2:2008 - 2057), kerelevanan Akta Kontrak 1950 (Akta 136),
akta yang menjadi tunjang kepada pelbagai urusan kontrak, harus
disemak semula bagi memastikannya berdaya tahan global.

*
Published with kind permission of the Publication Committee of the Law Faculty,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Endnotes:
[1]
Santhana Dass, General Principles of Contract Law in Malaysia, Marsden

L A W
Law Book Sdn Bhd, 2005, hlm. 1. Seksyen 3 Akta Undang-undang Sivil 1956
yang memperuntukkan pemakaian common law, kaedah-kaedah ekuiti dan
statut-statut tertentu, juga harus dirujuk dalam membicarakan sistem
perundangan kontrak tempatan.
[2]
Pengaruh undang-undang Inggeris dalam aspek undang-undang kontrak
telahpun bermula apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menerima Contracts Act 1872 (India)
yang dibawa masuk dari India pada tahun 1899. Akta ini diterima pakai
dengan beberapa pindaan kecil dalam Enakmen Kontrak 1899 yang pada
ketika itu terpakai kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu itu. Bagi Negeri-
Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kedah, Perlis, Kelantan.Terengganu
dan Johor, mereka masih lagi berpegang kepada undang-undang perdagangan
yang berteraskan prinsip-prinsip Islam dan adat tempatan.
[3]
Johor telah menerima pakai Akta Kontrak tersebut secara rasmi pada tahun
1914.
[4]
(1948) 9 MLJ Supp.8.
[5]
Pemakaiannya telah diperluaskan meliputi seluruh Malaysia di mana di
Negeri-negeri Melayu, ia berkuatkuasa pada 23 Mei 1950, manakala di
Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, ia mula berkuatkuasa pada 1 Julai
1974.

42
[6]
Syed Ahmad Alsagoff, Principles of The Law of Contract in Malaysia,
Malayan Law Journal Sdn. Bhd., 2003, hlm. 14.
[7]
S. Santhana Dass, General Principles of Contract Law in Malaysia, hlm. 8.
[8]
[1970] 2 MLJ 151.
[9]
Lihat juga Sakina Shaik Ahmad Yusoff & Azimon Abdul Aziz, Mengenali
Undang-undang Kontrak Malaysia, International Law Books Services, 2003.
[10]
Visu Sinnadurai, Andrew Phang Boon Leong, Shaik Mohd Noor Alam SM
Hussain, Syed Ahmad Alsagoff.
[11]
Perlu juga dinyatakan di sini bahawa Akta Kontrak 1950 yang merupakan
naskhah sahih dan diperakui oleh Parlimen adalah dalam versi bahasa
Inggeris. Naskhah bahasa Malaysia yang terdapat dalam pasaran merupakan
naskhah yang dialih bahasakan oleh para penerbit sendiri dan tidak pernah
menerima perakuan Parlimen. Sekiranya diteliti, terdapat beberapa perbezaan
dengan naskhah bahasa Inggeris. Yang paling ketara adalah seksyen 19 di
mana dalam naskhah asal bahasa Inggeris seksyen berkenaan dibahagikan
kepada subseksyen (1) dan (2). Manakala versi bahasa Malaysia yang
dipasarkan tidak langsung dibahagikan. Oleh yang demikian, segala rujukan
yang dibuat kepada Akta Kontrak 1950 dalam penyelidikan ini adalah
merujuk kepada naskhah sahih bahasa Inggeris.
[12]
(1891) 64 LT 594.
[13]
(1927) 40 CLR 227 (Australia).

L A W
[14]
[1998] 2 MLJ 310.
[15]
(1913) FMSLR 115.
[16]
[1932] MLJ 17.
[17]
Lihat Sakina Shaik Ahmad Yusoff & Suzanna Mohamed Isa, ‘Doktrin priviti
ke jus quaesitum tertio: Rasional peralihannya’ (2007) 11 Jurnal Undang-
undang & Masyarakat 41; Sakina Shaik Ahmad Yusoff, ‘Kontrak jualan
barang-barang: Doktrin Priviti kontrak sebagai halangan tuntutan pengguna’
[2000] 3 MLJ cclvii.
[18]
The Law Commission Consultation Paper No. 121, Privity of Contracts:
Contracts for the Benefit ofThird Parties (diterjemahkan).
[19]
(1861) 1 B & S 393.
[20]
[1915] AC 847.
[21]
[1968] 1 MLJ 170; [1968] A.C. 810.
[22]
[1915] A.C.79.

43
[23]
Seksyen 2(a), (b), (c), (d) dan (e).
[24]
[1968] A.C. 810, 826: “Their Lordships were not referred to any statutory
provision by virtue of which it could be said that the Malaysian law as to
contracts differs in so important a respect from English law. It is true that
s. 2(d) of the Contracts Act gives a wider definition of ‘consideration’ than
that which applies in England, particularly in that it enables consideration
to move from another person than the promisee, but the [defendant] was
unable to show how this affected the law as to enforcement of contracts by
third parties, and it was not possible to point to any other provision having
this effect. On the contrary, paragraphs (a), (b), (c) and (e) support the
English conception of a contract as an agreement on which only the parties
to it can sue.”
[25]
Andrew Grubb (pnyt. siri), Butterworths Common Law Series The Law of
Contract, London: Butterworths, 1999, hlmn.898.
[26]
KL Koh, ‘Privity of contract and Contracts (Malay States) 1950’ (1968) 10
MLR 125.
[27]
(1903) 30 Cal 539; 30 IA 114 PC (India).
[28]
[1934] MLJ 96.
[29]
[1971] 1 MLJ 211.
[30]
[1978] 1 MLJ 202.

L A W
[31]
[1916] 1 AC 575.
[32]
[1970] 2 MLJ 114.
[33]
P. H. Richards, Law of Contract. 5 th edition, Longman, 2002, hlm. 224.
[34]
Di bawah common law, paksaan mestilah ditujukan kepada individu,
bukannya ke atas barangan.
[35]
[1966] 2 QB 617.
[36]
Sakina Shaik Ahmad Yusoff & Azimon Abdul Aziz, Mengenali Undang-
undang Kontrak Malaysia, International Law Books Services, 2003.
[37]
[1988] 1 CLJ 670.
[38]
[1998] 6 MLJ 193.
[39]
[1979] 3 ALLER 65.
[40]
(1990) 1 SCR 533.
[41]
(1913) 40 Cal.598.
[42]
[1988] 2 MLJ 117.

44
[43]
[1988] 1 CLJ 670.
[44]
Shaik Mohd Noor Alam, ‘Pre-contractual fairness: Section 15 and 16 of The
Malaysian Contracts Act 1950’ [1993] 2 MLJ cxxi.
[45]
Malaysian French Bank Bhd v. Abdullah bin Mohd Yusoff & Ors. [1991] 2
MLJ 475.
[46]
Shaik Mohd Noor Alam, 2 MLJ cxxi.
[47]
[2001] 3 CLJ 98.
[48]
Nilma Bhadbhade (pnyt), Pollock & Mulla on Indian Contract and Specific
Relief Acts, Butterworths Tripathi Publication, 2001.
[49]
V. Sinnadurai, The Law of Contract for Malaysia and Singapore: Cases and
Commentary, Butterworths, 1987.
[50]
Dalam menyelesaikan persoalan ini kemungkinan peruntukan mengenai
salahnyata yang dimuatkan dalam Akta Pelindungan Pengguna 1999 boleh
dijadikan rujukan. Peruntukan mengenai representasi palsu di bawah
Bahagian II memberi lebih tumpuan kepada kontrak yang dibuat oleh
pengguna.
[51]
Sinnadurai, Law of Contract in Malaysia and Singapore: Cases and
Commentary, Butterworths, 1987, hlm. 155.
[52]
[1965] 2 MLJ 98.

L A W
[53]
Pendekatan klasikal diterima pakai dalam kes Tan Hock Chan v. Kho Teck
Seng [1980] 1 MLJ 308 dan Tan Ah Kian v. Haji Hasnan [1962] [1963] MLJ
175, sementara pendekatan inominat diterima pakai dalam kes Syarikat Jaya
v. Star Publications (M) Sdn Bhd [1990].
[54]
Yates dan Hawkins, Standard Business Contracts: Exclusion and Related
Devices, Sweet & Maxwell, 1986, hlm. 4.
[55]
Lihat Kontrak Bentuk Seragam.
[56]
Azimon Abdul Aziz & Sakina Shaik Ahmad Yusoff, Globalisasi dan
perlindungan pengguna: Kontrak bentuk seragam sebagai isu global -
Layanan perundangan beberapa negara terpilih, Prosiding Persidangan
Undang-undang 2007 Undang-undang dan Etika: Menangani Cabaran
Globalisasi, Universiti Utara Malaysia, 2007.
[57]
Benjamin’s Sale of Goods, Sweet & Maxwell, 1997, hlm. 603.
[58]
Yates dan Hawkins, Standard Business Contracts: Exclusions and Related
Devices, Sweet & Maxwell, 1986, hlm. 4 (diterjemahkan).
[59]
Second Report on Exemption Clauses, Law Com. No. 69, Scot. Law Com. No.
39 (1975), perenggan 146 (diterjemahkan).

45
[60]
Yates, Exclusion Clauses in Contracts, London Sweet & Maxwell, 1982, hlm.
2.
[61]
Kessler, ‘Contracts of Adhesion - Some Thoughts About Freedom of
Contract’ (1943) 43 Colum L Rev 629; Slawson, ‘Standard Form Contracts
and Democratic Control of Lawmaking Power’ (1971) 84 Harv LR 529.
[62]
Oughton, Consumer Law Text, Cases and Materials, Blackstone Press Ltd.,
1991, hlm. 125.
[63]
Terdapat banyak lagi peruntukan yang memerlukan semakan semula
khususnya yang menyentuh keesahan kontrak dan remedi kontrak yang tidak
terkandung dalam kertas kerja ini. Justeru satu kajian semakan semula yang
komprehensif adalah diperlukan memandangkan adalah wajar dilakukan
kajian berpendekatan komparatif bagi memperolehi satu set peruntukan yang
lebih mapan.

L A W

46

Das könnte Ihnen auch gefallen