Sie sind auf Seite 1von 12

BACHELOR OF EARLY CHILDHOOD EDUCATION WITH HONOURS

HBEC 2203

KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEPTEMBER 2018

NAMA : MOHD ANIS BIN MOHD ZIN

NO. MATRIKULASI : 871220035437001

NO. KAD PENGNEALAN : 871220-03-5437

NO. TELEFON : 013-5332600

E-MEL : are_nest87@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM Tanjung Malim


BAHAGIAN 1
1) Pengenalan

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak perlu dipupuk menggunakan pendekatan secara


menyeluruh; holistik. Bagi membantu pembangunan kanak-kanak maka kurikulum yang
berfokuskan kepada kelompok awal kanak-kanak perlu diberikan perhatian. Apakah yang
dimaksudkan dengan kurikulum? Menurut Pertubuhan Kebangsaan Bagi Pendidikan Kanak-
Kanak Muda (NAEYC-National Association for the Education of Young Children) dan National
Assosiation of Early Childhood Specialist (NEACS) di jabatan pelajaran negeri mendefinisikan
kurikulum sebagai rangka kerja yang tersusun serta menggariskan kandungan pembelajaran
untuk kanak-kanak, proses kanak-kanak mencapai matlamat kurikulum yang telah dikenal pasti,
apa yang guru lakukan untuk membantu kanak-kanak bagi mencapai matlamat dan konteks
pengajaran dan pembelajaran (Bredekamp & Rose Grant, 1992).

Pada asasnya, kurikulum merupakan medium yang menyediakan pengalaman yang


bermakna, dirancang khusus untuk kanak-kanak mengikut keperluannya pada setiap hari.
Kurikulum bertujuan memberi bimbingan kepada pengamal pendidikan awal kanak-kanak untuk
menggunakan pendekatan dan pedagogi untuk pembangunan kanak-kanak secara khusus. Oleh
itu, selain daripada matlamat dan objektif bagi menyediakan pengalaman yang bermakna pada
kanak-kanak, pelaksanaan kurikulum turut memerlukan sokongan golongan professional bagi
membantu guru menggunakannya secara optimum.

Kurikulum sewajarnya direka khas dengan mengambil kira beberapa faktor untuk
menjadikannya sebagai satu garis panduan yang lengkap. Antara faktor yang perlu diambil kira
dalam reka bentuk sesebuah kurikulum adalah seperti (a) usia kanak-kanak, (b) tahap
perkembangan kanak-kanak, (c) keperluan pembelajaran kanak-kanak, (d) latar belakang bahasa
dan budaya, (e) status ekonomi, (f) latihan awal guru dan juga (g) pembangunan profesional
guru.

Selain itu juga, kurikulum pendidikan awal kanak-kanak perlu mengambil kira penglibatan
dan perkongsian dari ibu bapa bagi mewujudkan medium komunikasi yang bermakna.

1
Kerjasama antara guru dan juga ibu bapa amatlah penting bagi memastikan kelestarian
pembelajaran kanak-kanak di bilik darjah dan juga di rumah.

2) Empat cara mengekalkan kualiti yang tinggi bagi kurikulum pendidikan awal kanak-
kanak.

Program pendidikan awal kanak-kanak memerlukan kurikulum yang bersifat menyeluruh di


mana setiap corak perkembangan dan gaya pembelajaran kanak-kanak dapat disokong
sepenuhnya. Hal ini amat penting bagi persediaan kanak-kanak untuk menempuh alam
persekolahan kelak. Pada asasnya kurikulum bagi pendidikan awal kanak-kanak perlulah
meraikan fitrah kanak-kanak itu sendiri iaitu bermain. Pendekatan bermain perlu diterapkan di
dalam kurikulum bagi menyokong pembelajaran kanak-kanak secara alami.

Kualiti kurikulum bagi pendidikan awal kanak-kanak tidak boleh lari dari elemen
bermain, penemuan dan kreativiti. Hal ini kerana tiga elemen ini merupakan kecenderungan
semula jadi yang perlu disepadukan di dalam kurikulum bagi menyokong perkembangan
pembelajaran kanak-kanak. Bagi memastikan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak
mengekalkan kualiti yang tinggi, terdapat empat (4) cara yang perlu dilaksanakan iaitu (i)
penilaian berterusan, (ii) guru perlu sentiasa menambah pengetahuan dan kemahiran, (iii)
memastikan ratio antara kanak-kanak dan guru adalah bersesuaian dan (iv) sokongan dari
pelbagai pihak.

Pertama, ialah proses penilaian berterusan yang merupakan salah satu cara yang boleh
dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan kualiti kurikulum yang tinggi. Dalam pembinaan
sesebuah kurikulum terdapat struktur yang perlu dilalui iaitu merancang, merekabentuk,
melaksanakan dan akhir sekali adalah penilaian (Mahani, Nik Noraini & Arlina, 2017). Penilaian
ialah suatu proses yang mempunyai ciri-ciri yang boleh mengukur sejauh mana keberkesanan
sesuatu kurukulum. Penilaian juga merupakan kayu ukur yang menilai garis panduan didalam
kurikulum sama ada ianya berkesan mengikut tahap perkembangan kanak-kanak atau sebaliknya.
Penilaian juga dapat menentukan tahap atau kualiti sebenar tujuan sesuatu kurikulum itu

2
dibangunkan. Oleh itu, guru merupakan penilai utama yang boleh memberikan respon terhadap
keberkesanan kurikulum.

Penilaian dilaksanakan bermula dengan mengkaji matlamat asal keseluruhan program.


Bagi mengesahkannya, bukti bahawa kurikulum memenuhi kebolehan dan keperluan kanak-
kanak adalah diperlukan. Seterusnya penilaian juga perlu meneliti objektif asal kurikulum
samada ia memenuhi keperluan, kebolehan perkembangan, pertumbuhan, dan minat kanak-kanak
mengikut umur mereka. Selain itu, persediaan dan juga prosedur dalam melaksanakan kurikulum
juga perlu dinilai sama ada kakitangan iaitu guru sedia maklum tentang tanggungjawab mereka
bagi melaksanakan pembelajaran bagi mengikut garis panduan kurikulum. Elemen aktiviti juga
tidak boleh abaikan daripada proses penilaian iaitu adakah aktiviti yang disarankan
menggalakkan pembelajaran, merangsang pemikiran kreatif, melibatkan elemen keseronokan
dan menguji kecekapan kanak-kanak. Akhir sekali, elemen penilaian juga perlu dilaksanakan
dalam kontek rumusan keseluruhan pelaksanaan aktiviti yang dilaksanakan oleh guru. Penilaian
yang berjaya adalah penilaian yang membantu membina keyakinan dan keupayaan guru dalam
membantu perkembangan kanak-kanak sekaligus memastikan kurikulum terus mengekalkan
kualitinya.

Kedua, guru perlu sentiasa menambah pengetahuan dan kemahiran bagi


mengekalkan kualiti kurikulum. Pelaksanaan kurikulum itu sendiri memerlukan kemahiran dan
pengetahuan yang selari dengan keperluan perkembangan semasa kanak-kanak. Guru dilihat
sebagai faktor utama dalam mengekalkan kualiti kurikulum kerana mereka perlu memastikan
objektif yang ditetapkan dapat memajukan diri kanak-kanak. Bimbingan berterusan dan juga
motivasi guru dalam menambah pengetahuan sedia ada diperlukan selain daripada kelayakan dan
juga pengalaman. Konsep pembelajaran secara berterusan dapat membantu guru dalam
merancang apa yang akan diajar dan bagaimana ianya akan tercapai mengikut perkembangan
terkini kanak-kanak. Setiap kanak-kanak itu merupakan individu yang unik dan berbeza dengan
mengambil kira latar belakang budaya, keperluan, minat dan tahap perkembangan kanak-kanak.
Menurut Patton dan Kokoski (1996), pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih bermakna
apabila mereka berhubung dengan pengalaman dunia sebenar termasuk budaya mereka. Oleh itu,

3
kreativiti dan profesioanalisme seorang guru dapat membantu kanak-kanak menerima
pengalaman pembelajaran yang mengikut keperluan mereka.

Sebagai seorang guru, amat penting untuk mereka komited dalam mencari peluang
membangunkan diri agar dapat memenuhi cabaran pendidikan awal kanak-kanak pada masa kini.
Kemahiran yang mencukupi dan pengetahuan yang luas amat penting bagi seseorang guru itu
membuat penambahbaikan dalam program atau aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Menurut
Mahani dan rakan-rakan (2017) seseorang guru itu perlu sentiasa bertanyakan pada diri sendiri
sebagai reflektif seperti, “Adakah saya merancang pembelejaran mengikut kurikulum dengan
baik?”, “Adakah objektif yang dikehendaki dapat dicapai dengan baik?” dan “Adakah saya
memberikan panduan dan arahan yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk melakukan
aktiviti?”. Bagi tujuan mengekalkan kualiti sesebuah kurikulum, guru sebagai agen pelaksana
perlu sentiasa memberi maklum balas untuk membina kekuatan yang sedia ada di dalam
kurikulum tersebut bagi memnuhi keperluan kanak-kanak.

Cara ketiga adalah memastikan ratio kanak-kanak dengan guru adalah bersesuaian.
Hal ini amat penting bagi memastikan guru dapat memberikan panduan dan sokongan kepada
kanak-kanak secara optimum. Bilangan kanak-kanak yang terlalu besar di dalam sesebuah kelas
akan menyebabkan berlaku keciciran pemantauan oleh guru. Bilangan kanak-kanak perlulah
bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Keadaan dan saiz kelas juga turut menyumbang
kepada bilangan kanak-kanak yang sepatutya berada di dalam kelas agar aktiviti yang dijalankan
oleh guru dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Apabila menyentuh isu kanak-kanak, perhatian yang lebih diperlukan bagi mengelak
sebarang insiden yang tidak dingini. Selain itu, kanak-kanak perlu melalui pengalaman bagi
membantu proses pembelajaran mereka, namun jika bilangan mereka terlalu ramai terdapat
kemungkinan mereka tidak memperoleh apa yang diharapkan. Setiap kanak-kanak memerlukan
pemantauan oleh guru agar kebolehan, kecenderungan dan minat mereka dapat dikenal pasti dan
diasah dengan baik.

4
Akhir sekali, sokongan daripada pelbagai pihak. Tidak dapat dinafikan selain guru, ibu
bapa merupakan penyumbang kepada perkembangan kanak-kanak. Hal ini juga merupakan
falsafah yang digunakan oleh Reggio Emilia melalui konsepnya gestione sociale yang
menggalakkan penglibatan kolaboratif keluarga dalam perkhidmatan awal kanak-kanak (New,
Mallory & Mantovani, 2000). Komunikasi yang berkesan diantara guru dan ibu bapa amat
penting bagi memastikan kesinambungan proses pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak
dapat difahami dan diteruskan oleh ibu bapa. Pusat pendidikan awal kanak-kanak telah
menyediakan platform pembelajaran yang lebih formal, oleh itu pembelajaran di rumah boleh
berlaku secara tidak formal oleh ibu bapa dan hal ini tidak boleh dipandang enteng bagi
menyokong perkembangan kanak-kanak.

Selain daripada ibu bapa, sokongan dari pihak pentadibir juga penting dalam
menyediakan persekitaran kondusif untuk proses pembelejaran kanak-kanak. Sebagai seorang
yang mempunyai autoriti, pihak pentadbir secara langsung membantu dalam membentuk kanak-
kanak. Kebebasan yang diberikan oleh pihak pentadbir bagi seorang guru melaksanakan
kurikulum dengan kreatif adalah penting. Selain itu, hubungan antara guru dan juga pakar dalam
bidang pendidikan awal kanak-kanak juga sangat signifikan kerana dapat membantu
meningkatkan prosfesionalisme guru itu sendiri dalam melaksanakan perancangan di dalam
kurikulum. Bantuan dari segi idea, kemahiran, pengetahuan terkini dan maklum balas dari pakar
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dapat terus mengekalkan kualiti yang tinggi bagi
kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.

BAHAGIAN 2
1) Empat (4) ciri-ciri kurikulum pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti.

Kurikulum mempunyai falsafah tersendiri yang bersandarkan kepada prinsip yang menjadi
panduan pelaksanaan sesebuah kurikulum. Terdapat empat ciri-ciri kurikulum pendidikan awal
kanak-kanak yang berkualiti iaitu (i)integrasi bermain, (ii)matlamat yang jelas, (iii)pembelajaran
mengikut tahap kanak-kanak dan (iv)komprehensif mengikut standard.

5
Pertamanya ialah integrasi bermain. Ia merupakan gabungan elemen bermain dengan
pembelajaran kanak-kanak. Walaupun bermain bukan perkara utama di dalam kurikulum tetapi
ianya merupakan bahagian yang penting untuk kanak-kanak kerana bermain menyediakan cara
untuk mengukuhkan keperluan pembelajaran dan keperluan kanak-kanak. Pendekatan bermain di
dalam kurikulum dapat menyokong keperluan kanak-kanak untuk melalui proses kreatif dan
imaginatif. Pendekatan bermain di dalam kurikulum sebenarnya perlu bersifat terancang dan
terbuka dimana kanak-kanak dapat mengaitkan pembelajaran melalui konsep bermain.

Melalui kaedah bermain juga kanak-kanak sebenarnya mendapat rangsangan kemahiran


bagi menyelesaikan permasalahan, contohnya seperti menggunakan blok lego dan blok kayu
teras bagi membina struktur bangunan yang kukuh. Namun pada peringkat aplikasi, guru perlu
merancang aktiviti, sumber dan persekitaran di mana aktiviti bermain dapat digabungkan supaya
kanak-kanak dapat melalui proses pembelajaran. Konsep belajar melalui bermain telah banyak
dibincangkan. Antaranya adalah menentukan ciri-ciri bermain dan mengaitkannya dengan apa
yang boleh menghubungkan dunia dalaman dan luaran kanak-kanak (Meckley, 2002). Fitrah dan
hak kanak-kanak tidak dinafikan tetapi diraikan dengan cara atau pendekatan belajar melalui
bermain yang diterapkan sebagai langkah pelaksanaan sesebuah kurikulum kanak-kanak yang
berkualiti.

Kedua adalah matlamat yang jelas. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, kurikulum
yang berkualiti perlu mempunyai matlamat yang jelas dan kemahiran yang diterapkan perlulah
bersesuaian dengan tahap kanak-kanak. Menurut NAEYC dan NAECS/SDE (2004), satu
daripada lapan petunjuk kurikulum yang berkesan adalah mempunyai matlamat yang jelas dan
dikongsi dengan semua; sama ada ia dikongsi secara visual melalui gambar, label, papan buletin
atau carta. Matlamat yang jelas akan menggalakkan perkongsian atau perbincangan dengan pihak
lain contohnya ibu bapa dan juga pentadbir bagi menyediakan pembelajaran yang terbaik untuk
kanak-kanak. Ini penting agar terdapat kesinambungan antara pembelajaran kanak-kanak dalam
bilik darjah dan juga di rumah.

Matlamat di dalam kurikulum amat penting bagi membolehkan agen pelaksana iaitu guru
memahami garis panduan aktiviti bagi memenuhi keperluan kanak-kanak dalam rancangan

6
pengajaran mereka. Matlamat yang jelas juga sebenarnya memudahkan guru untuk merancang
pembelajaran berterusan tetapi masih mempunyai fleksibiliti dari segi kemahiran dan
pengalaman yang dirancang untuk kanak-kanak. Selain itu, penilaian yang berterusan juga dapat
dilaksanakan apabila mempunyai struktur matlamat yang jelas.

Ketiga adalah pembelajaran mengikut tahap kanak-kanak. Kurikulum perlu


menyediakan medium untuk kanak-kanak mempelajari ilmu pengetahuan dan ilmu yang baru
tanpa mengenepikan pengalaman yang terdahulu. Sebuah kurikulum yang berkualiti perlu
menyepadukan pengalaman terdahulu kanak-kanak dalam pembelajaran baharu agar proses
pemikiran yang kreatif dan kritis dapat dilahirkan mengikut tahap kanak-kanak. Ini bertepatan
dengan teori yang menyatakan bahawa skema kanak-kanak terbentuk melalui pengetahuan
terdahulu dan akhirnya membawa kepada skema yang baharu (Piaget, 1952). Oleh itu, amat
penting bagi seorang guru menyediakan pembelajaran yang mengikut tahap dan keupayaan
kanak-kanak.

Kurikulum yang mengambil kira aspek kebolehan kanak-kanak dalam merangsang


kebolehan serta kemahiran baru mereka adalah penting agar ia dapat menyokong pembelajaran
kanak-kanak dengan berkesan. Rangsangan terhadap pengetahuan sedia ada kanak-kanak perlu
agar peningkatan tahap kemahiran mereka dapat dirancang oleh guru dengan baik.

Keempat adalah komprehensif mengikut standard. Kurikulum yang komprehensif dan


bersifat menyeluruh iaitu merangkumi kandungan dari pelbagai subjek dan kemahiran
berdasarkan tahap kanak-kanak merupakan antara ciri-ciri kurikulum yang berkualiti.
Komprehensif bermaksud merangkumi idea pelaksanaan aktiviti, direka berdasarkan
penyelidikan yang sesuai, strategi pengajaran disediakan berdasarkan teori kanak-kanak,
melibatkan pembangunan sosial emosional kanak-kanak, menggalakkan perkembangan kognitif
kanak-kanak, amalan budaya yang bersesuaian serta merangsang rasa ingin tahu kanak-kanak.
Keperluan dan kebolehan setiap kanak-kanak itu berbeza. Oleh itu, pendekatan merentasi
kurikulum adalah perlu ketika guru mengajar mengikut kesesuaian objektif yang ingin dicapai.

7
Komprehensif membolehkan aktiviti pembelajaran masih menggunakan konsep yang
diterangkan di dalam kurikulum tetapi dapat diolah bersesuaian mengikut peringkat
perkembangan kanak-kanak yang berbeza-beza. Oleh itu, proses pembelajaran yang memberi
manfaat dan makna kepada kanak-kanak boleh digunakan, diintegrasikan, disepadukan, diolah
dan dihubungkan dengan menggunakan kurikulum yang bersifat komprehensif mengikut
standard yang telah digariskan.

2) Pengenalan tentang SATU kualiti kurikulum atau program awal kanak-kanak

Kurikulum yang berkualiti dapat dilihat dari segi penetapan objektif dan matlamat yang ingin
dicapai serta falsafah yang diterapkan. Tidak kira apapun jenis kurikulum, kebanyakan pengamal
pendidikan awal kanak-kanak (profesional atau guru) bersetuju bahawa kurikulum mestilah
mencerminkan keseluruhan program kanak-kanak dan berfungsi secara menyeluruh bagi
merangsang pembelajaran serta perkembangan kanak-kanak. Hal ini bermaksud kurikulum
pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang amat penting bagi tujuan menyediakan
medium yang kondusif dan berkualiti untuk menyokong setiap perkembangan kanak-kanak
bermula dari awal lagi.

Salah satu daripada kurikulum berkualiti yang digunakan dalam pendidikan awal kanak-
kanak adalah Kurikulum Standard P(KSPK). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan telah ditambah baik bagi memenuhi
tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
dan keperluan semasa mengikut tanda aras antarabangsa. Penyemakan ini dilaksanakan bagi
memastikan kualiti kurikulum yang dilaksanakan di prasekolah Malaysia adalah setanding
dengan standard antarabangsa.

KSPK telah digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan


kanak-kanak dan juga teori pembelajaran kanak-kanak. Kandungan KSPK adalah berasaskan
enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan;
Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan Diri.

8
Kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya merupakan pengetahuan
dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di
peringkat sekolah rendah kelak. Oleh itu, adalah penting bagi kurikulum untuk pendidikan awal
kanak-kanak ini merangsang kemahiran dan pengetahuan sedia ada kanak-kanak bagi membina
pengetahuan baru. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini memberi focus kepada
penyuburan potensi individu secara menyeluruh agar potensi kanak-kanak dapat dikembangkan
secara menyeluruh.

KSPK juga sebenarnya mencerminkan hasrat Negara kita yang ingin melihat generasi
kini menjadi insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan juga sahsiah.
Maka, KSPK dilihat sebagai medium yang menjadi panduan guru dalam mendukung hasrat
Negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf antarabangsa kepada kanak-kanak. Kurikulum ini
juga dihasilkan dengan mengambil kira kehendak dan keperluan masyarakat kini serta akan
dating yang dilihat mencerminkan identity Negara Malaysia.

3) Elemen utama pendekatan kurikulum

Elemen utama yang ditekankan di dalam KSPK (2017) adalah Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara jelas untuk kegunaan guru-guru. KBAT melibatkan
kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran pada dasarnya merujuk kepada empat aras teratas
dalam Taksonomi Bloom; i) mengaplikasi, ii) menganalisa, iii) menilai dan iv) mencipta.

Selain itu, elemen kedua dalam KSPK adalah kurikulum ini menekankan kepada hasil
pembelajaran iaitu (outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang kanak-
kanak perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus
diperolehi dan dicapai oleh murid itu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperolehi ciri-ciri seperti (i)kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi (ii)kemahiran berfikir, (iii)berakhlak mulia dan beretika,
(iv)berkeyakinan dan berdisiplin, (v)sihat dan cergas dan (vi)imaginatif, kreatif dan ekspresif.

9
Elemen ketiga di dalam KSPK adalah ‘Belajar sambil bermain’ yang merupakan konsep
keseluruhan yang diterapkan dalam pendekatan pengajaran guru di prasekolah. Definisi bagi
‘belajar sambil bermain’ adalah pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan
menyelitkan unsur permainan yang mengarah kepada pembelajaran. Hasil daripada permainan
yang bersesuaian dengan naluri kanak-kanak dan fitrahnya dapat membantu mereka belajar
dengan baik (Bustam Kamri 2004; Putri Zabariah 2005).

Elemen-elemen ini yang memberikan nilai yang tinggi kepada Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan. Ketiga-tiga elemen ini merupakan elemen yang menjadikan KSPK
sebagai kurikulum yang setanding dengan kurikulum bertaraf global.

4) Kesimpulan

Kurikulum merupakan garis panduan yang penting dalam membantu guru sebagai agen
pelaksana untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan kepada
kanak-kanak. Kurikulum sebagai alat yang boleh digunakan dan bersifat fleksibel. Guru boleh
menyesuaikan aktiviti yang ingin dijalankan berdasarkan kesesuaian tahap kanak-kanak dan juga
kesesuaian alatan dan fasiliti yang sedia ada.

Kualiti-kualiti yang diterapkan di dalam kurikulum menjadikan pelaksanaan kurikulum


menjadi mudah. Ciri-ciri tertentu seperti objektif, matlamat dan penilaian yang dijalankan di
dalam kurikulum merupakan antara elemen yang perlu dikenal pasti sebelum sesebuah
kurikulum itu dilaksanakan.

Keseluruhannya, Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan garis panduan


yang sangat penting untuk memastikan kanak-kanak bersedia untuk memasuki alam
persekolahan kelak.

(2601 patah perkataan)

10
Rujukan

Bredekamp. S., & Copple, C . (2009). Developmentally appropriate practice in early childhood
programs serving children from birth through 8 (Ed. Ke-3). Washington, DC: National
Association for the Education Young Children.

Mahani Abdul Malik, Nik Noraini Nik Abu Bakar, Arlina Ahmad Zaki (2017). Kurikulum
Pendidikan Awal Kanak-kanak: Struktur kurikulum awal kanak-kanak. Open University
Malaysia, OUM.

Meckley, A. (2002). Observing children’s play: Mindful methods. Kertas kerja dibentangkan di
International Toy Research Association, London.

New, R., Mallory, B., & Mantovani, S. (2000). Cultural images of children, parents and teachers:
Italian interpretations of home-school relations. Early Education Development, 11(5),
597-616.

NAEYC. (2004). Where we stand – NAEYC & NAECS/SDE: On curriculum, assessment and
program evaluation. A joint position statement of the National Association for the
Education of Young Children and the National Associations of Early Childhood
Specialists in the State Departments of Education. Dicapai dari
http://www.naeyc.org/positionstatements/cape

Patton, M. M., & Kokoski, T.M. (1996) How good is your early childhood science, mathematics,
and technology program? Strategies for Extending Your Curriculum. Young Children,
51(5), 38-44.

Piaget, J., & Cook, M. T. (1952). The origins of intelligence in children. New York, NY:
International University Press.

11

Das könnte Ihnen auch gefallen