Sie sind auf Seite 1von 5

SMK POKOK SENA

CADANGAN KERTAS KERJA UNTUK MEMBINA SEBUAH


TAMAN MINI SAINS

1. PENGENALAN:
Memandangkan era sains dan teknologi, mata pelajaran sains bukan sahaja melibatkan
pembelajaran di dalam bilik darjah atau makmal sains, pihak KPM memberi peluang
kepada setiap sekolah membina satu taman berkonsepkan sains dan alam sekitar bagi
memupuk pelajar meminati sains yang berkaitan dengan alam sekitar.

2. LATAR BELAKANG:
2.1 Taman sains ini terletak berhadapan dengan kantin SMK Pokok Sena
2.2 Keluasan yang dicadangkan adalah lebih kurang 400 kaki persegi.
2.3 Reka bentuk taman yang dicadangkan adalah sebagaimana lakaran pelan
yang dilampirkan.

3. OBJEKTIF:
3.1 Memupuk pelajar supaya meminati mata pelajaran sains yang banyak berkaitan
dengan alam sekitar.
3.2 Guru serta pelajar boleh mengadakan beberapa aktiviti luar yang berkaitan
apabila terbinanya taman ini.
3.3 Merangsang minda dan kreativiti pelajar dalam menjayakan taman ini.
3.4 Memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar supaya cinta kepada tumbuhan/flora.

4.RASIONAL:
4.1 Melahirkan pelajar yang peka kepada alam sekitar. Justeru itu dapat
mengaplikasi pelajar dengan projek ini.
4.2 Menanam semangat kerjasama kepada pelajar supaya sayangkan alam sekitar.

5. ANGGARAN KOS PROJEK:


5.1 Kos projek dianggarkan sebanyak RM 2500.00 yang dipecahkan seperti mana
berikut;
(a) Fasa Pertama
5.1.1 Tanah (1 lori) = RM 180.00
5.1.2 Batu kelikir (1/2 lori) = RM 170.00
5.1.3 Pagar kayu yang lengkap bercat = RM 250.00
JUMLAH (a) = RM 600.00
(b) Fasa Kedua
5.1.7 Pokok –pokok(kaktus/herba/0rkid) = RM 200.00
5.1.9 Jambatan dalam taman (kayu) = RM 100.00
5.1.10 Laluan dalam taman = RM 300.00
5.1.11 Upah pekerja = RM 800.00
5.1.12 Lain-lain kos = RM 500.00
JUMLAH (b) = RM 1900.00
JUMLAH (a +b) RM 2500.00

6. RUMUSAN:
Memandangkan banyak aktiviti perlu dilaksanakan dan melibatkan kos yang agak
tinggi. Justeru itu, pihak kami memohon sumbangan PIBG agar projek taman mini sains
dapat dijalankan dengan lancar.

.............................................. ..............................................
(SAIDATUL AINOOR BINTI SHAHARIM ) ( MISRAJAH BINTI ISMAIL )
Guru Penasihat Penolong Kanan Kokurikulu
Kelab STEM SMK Pokok Sena
SMK Pokok Sena 13220 Kepala Batas
13220 Kepala Batas

Diluluskan oleh,

........................................
( AZMA BINTI ISMAIL)
Pengetua
SMK Pokok Sena
13220 Kepala Batas
LAMPIRAN

CADANGAN REKA BENTUK LANDSKAP TAMAN MINI SAINS


Kelab Stem
SMK Pokok Sena
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang.

Pengetua
SMK Pokok Sena
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang 18 MAC 2019
Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBINA SEBUAH TAMAN MINI SAINS

Berhubung perkara di atas, saya selaku ketua penasihat Kelab STEM memohon
sumbangan dari pihak sekolah untuk menjayakan projek tersebut.

2. Cadangan kertas kerja telah dilampirkan bersama-sama surat ini untuk


pertimbangan pihak tuan.
3. Segala kerjasama yang diberi didahului dengan ribuan terima kasih.

“SAINS PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA”

YANG MENJALANKAN AMANAH,

-----------------------------------
Disediakan oleh,
(SAIDATUL AINOOR BINTI SHAHARIM)
Ketua Penasihat Kelab STEM
SMK Pokok Sena
Pulau Pinang

KERATAN JAWAPAN

Saya/kami ----------------------------------------------------------------------- bersetuju memberi


sumbangan ikhlas sebanyak RM---------------------------- kepada pihak pengetua bagi tujuan
pembinaan taman mini sains.

Tandatangan:

(Nama dan cop syarikat)


Tarikh
Kepada
__________________
__________________
__________________

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH


TAMAN MINI SAINS SMK POKOK SENA

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Pokok Sena melalui Kelab Steam akan
melaksanakan satu projek yang dikenali sebagai projek taman mini sains SMK
Pokok Sena yang telah dilaksanakan sejak awal Mac 2019. Anggaran kos
adalah sebanyak RM 3050.00 sebagai mana cadangan kertas kerja yang
dilampirkan bersama-sama ini.

3. Sehubungan itu sukacita kiranya pihak tuan dapat memberikan sumbangan


ikhlas bagi menjayakan projek tersebut. Bersama-sama ini disertakan kertas
jawapan untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

4. Kerjasama pihak tuan amat kami hargai dan sanjungi.

5. Sekian terima kasih.

“SAINS PEMANGKIN KEMAJUAN NEGARA”

YANG MENJALANKAN AMANAH,

--------------------------------------------------------------
(SAIDATUL AINOOR BINTI SHAHARIM)
Memangku
Pulau Pinang.
KERATAN JAWAPAN

Saya/kami ----------------------------------------------------------------------- bersetuju memberi


sumbangan ikhlas sebanyak RM---------------------------- kepada pihak pengetua bagi tujuan
pembinaan taman mini sains.

Tandatangan:
(Nama dan cop syarikat):

Tarikh :

Das könnte Ihnen auch gefallen