Sie sind auf Seite 1von 3

SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA

42700 BANTING, SELANGOR

1. VISI SK JUGRA
”SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG”

2. MISI SK JUGRA
SK Jugra diwujudkan untuk memberi pendidikan berkualiti kepada murid-murid
melalui budaya kerja yang cemerlang bagi melahirkan insan yang berketerampilan
selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

3. PENDAHULUAN
Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah acara tahunan yang julung-julung
kali diadakan pada tahun 2014. Ia diadakan bagi memberi penghargaan kepada
murid-murid yang aktif dalam bidang kokurikulum, menggalakkan murid aktif dalam
bidang kemasyarakatan di samping itu memberi peluang kepada ibu bapa
menghargai kegiatan anak mereka di sekolah.

4. RASIONAL
Matlamat Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum pada tahun ini adalah
bertujuan bagi mencapai beberapa sasaran ;
2.1 Pemberian anugerah ko-kurikulum akan memberi dorongan kepada
murid bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
2.2 Menanam sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan di
kalangan murid.
2.3 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan di kalangan murid.
2.4 Memberi peluang kepada ibu bapa melihat perkembangan sahsiah anak
mereka di sekolah.

5. OBJEKTIF
Objektif Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah bagi menggalakkan
pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang akan dianjurkan
oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah;
3.1 Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu kumpulan sama
ada persatuan, kelab atau unit beruniform.
3.2 Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan dedikasi serta mampu
menjadi pemimpin yang berkaliber.
3.3 Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat
memupukkan sikap disiplin yang tinggi.
3.4 Memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dengan pihak sekolah
demi kebaikan anak mereka.

HARI ANUGERAH KOKORIKULUM 2014


SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA
42700 BANTING, SELANGOR

6. SASARAN
Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
akan melibatkan kepada:
4.1 Murid-murid SK Jugra yang berjaya dalam aktiviti yang dipertandingkan .
4.2 Semua guru SK Jugra.
4.3 Ibu bapa/penjaga murid SK Jugra
4.4 Ahli Jawatankuasa PIBG.

7. PELAKSANAAN
Tarikh : 24 Oktober 2014 (Jumaat malam Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Muafakat SK Jugra

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

NILAI JUMLAH
BIL
(RM) (RM)
8.1 MAKAN
Jamuan VIP/Perasmi
AJK PIBG 10 10.00 100.00
Guru 68 5.00 340.00
Murid (penerima hadiah) 146 5.00 730.00
Tetamu / ibu bapa 146 5.00 730.00
Jumlah 1900.00
8.2 HADIAH
Hadiah murid 146 10.00 1460.00
Plak guru 5 50.00 250.00
Plak murid 6 50.00 300.00
Anugerah khas 2 300.00
cenderahati perasmi 1 50.00 50.00
Cenderahati penyampai 4 20.00 80.00
Cenderahati guru dan
214 3.00 642.00
ibu bapa
Jumlah 3082.00
8.3 PELBAGAI
Kain Rentang 1 100.00 100.00
Bunga tangan (konvo)
2 200.00
(anugerah khas)
Lain-lain 100.00
Jumlah 400.00
Jumlah keseluruhan 5382.00

HARI ANUGERAH KOKORIKULUM 2014


SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA
42700 BANTING, SELANGOR

9. SUMBER KEWANGAN
a. PIBG : RM 500.00
b. Galakan : RM 4000.00
c. Sumbangan persendirian : RM 882.00
Jumlah keseluruhan : RM 5382.00

9. PENUTUP
Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum yang akan dijadikan acara tahunan akan
memberi dorongan kepada murid-murid supaya lebih aktif dalam menyumbangkan
sesuatu yang bermakna bagi menaikkan nama baik SK Jugra. Semoga perancangan
yang diatur dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berkesan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………….. …………………………..
(EN. NAZRI BIN DAIM)
(PN.NUR ADANI HAMDAN)
Penolong Kanan Kokorikulum
AJK Dokumentasi
Sekolah Kebangsaan Jugra
Sekolah Kebangsaan Jugra

Disahkan Oleh :

.........................................
(PN. NOORIAH BT ZAKARIAH)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jugra

HARI ANUGERAH KOKORIKULUM 2014

Das könnte Ihnen auch gefallen