Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Ini dilakukakn
berdasarkan jenis klausa yang dipancangkan kepada klausa induk. Jenis klausa
pancangan tersebut adalah: klausa relative, klausa keterangan dan klausa komplemen
(Abdullah Hassan, Seri Lanang, Zulkifli dan Razali, 2006).
a. Definisi
Ayat majmuk pancangan relatif mengandungi klausa induk dan menerima klausa relatif
bagi menerangkan frasa nama yang menjadi subjek atau predikat dalam klausa induk
tersebut. Maksud istilah relatif ialah berkaitan dengan kata nama yang diterangkan.
Klausa relatif itu dipancangkan ke dalam frasa nama berkenaan. Klausa relatif itu
dipancangkan ke dalam frasa nama berkenaan. Klausa relatif hanya menerangkan frasa
nama dan tidak berkait dengan unsur lain dalam ayat. Klausa relatif ini dikaitkan kepada
frasa nama yang diterangkan dengan menggunakan kata ganti nama hubung relatif
yang. Dengan demikian, klausa yang dihubungkan kepada frasa nama itu dipanggil
klausa relatif. Klausa relatif ini adalah klausa kecil (Abdullah Hassan, Seri Lanang,
Zulkifli dan Razali, 2006).
Formula:
(Klausa induk (FN)) yang (klausa relatif) = Ayat Majmuk Pancangan Relatif
b. Contoh
Contohnya:
a) Cerita ini dikhaskan kepada orang-orang yang ada menonton di dalam panggung
ini sahaja.
b) Kepada ibu-ibu yang ada membawa anak-anak kecil mereka, tolonglah jaga
budak-budak itu.
c) Kalau ada orang yang menghisap rokok, nampak macam berkepul-kepul asapnya
keluar, tolong kurangkan asapnya sedikit.
c. Aktiviti
Role Play
1. Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang watak dalam video (filem) dan
watak tersebut yang menyebut klausa yang mempunyai penggunaan ayat majmuk
pancangan relatif.
3. Murid membuat persembahan dengan memainkan watak yang telah diberikan dan
pelajar yang menonton diminta untuk mengesan sebutan dialog yang mempunyai
penggunaan ayat majmuk pancangan relatif.
d. Latihan
1. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kata hubung untuk ayat majmuk
pancangan relatif?
A. seperti
B. untuk
C. bahawa
D. yang
2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ayat majmuk pancangan relatif?
A. I
B. I, II dan III
C. I dan III
C. I dan IV
I II
A. Kanak-kanak yang cedera itu rupa- Jefri membeli novel A. Samad Said
rupanya anak Leman yang baru dipasarkan.
B. Murid itu lewat kerana ketinggalan Meon tidak pergi ke padang kerana
bas. hari hujan.
C. Budak yang pandai itu adik Siti Ketua Jabatan mencadangkan supaya
permohonan itu diterima.
D. Ibu bapa datang ke sekolah untuk Ismaliyana pergi ke pasar untuk
menghadiri mesyuarat tersebut. membeli daging dan sayur-sayuran.
4. Bina ayat dengan menggabungkan kedua-dua ayat tersebut untuk membentuk ayat
majmuk pancangan relatif.
(Klausa induk (FN)) yang (klausa relatif) = Ayat Majmuk Pancangan Relatif
i.
ii.
iii.
iv.
v.
Rujukan
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifili Osman dan Razali Ayob (2006).
Sintaksis. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Lampiran
https://www.youtube.com/watch?v=XEVORFxHMSM