Sie sind auf Seite 1von 6

MAJLIS AMANAH RAKYAT

(MARA)

LAPORAN RASMI PERTANDINGAN ANTARABANGSA ( NAMA PERTANDINGAN )

MRSM : TAIPING
TEMPAT PERTANDINGAN : Surabaya Convention Hall, Surabaya Indonesia
BILANGAN PEGAWAI : Seorang Guru ( Cik Shahizah Binti Shukri)
BILANGAN PELAJAR : Tiga (3) orang pelajar
- Meor Anwar Aiman Bin Meor Mohd Zumir
- Muhammad Zamfirdaus Bin Mohd Saberi
- Alia Nazifa Binti Aminuddin

KEPUTUSAN PERTANDINGAN : 1 Gold and 1 Bronze


TARIKH PERTANDINGAN : 6th- 8th September 2016

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pertandingan IYIA 2016 merupakan pertandingan peringkat antarabangsa yang
diadakan kali ketiga anjuran Indonesia Invention and Innovation Promotion
Association (INNOPA). Pertandingan IYIA 2016 memberi peluang kepada pelajar
untuk mempertandingkan projek terkini yang mampu meningkatkan kualiti
kehidupan. Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) peringkat iaitu peringkat
awal (penghantaran abstrak) dan peringkat akhir (persembahan).

2.0 HASIL / KEBAIKAN PERTANDINGAN


2.1 Memupuk semangat kompetetif dalam kalangan pelajar MRSM Taiping
melalui usaha yang ditunjukkan.
2.2 Menggalakkan ciptaan dan inovasi dalam kalangan pelajar dalam bidang
teknologi.
2.3 Memberi peluang kepada pelajar untuk mempertandingkan projek terkini
yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan.
2.4 Menggalakkan kerjasama dan dialog antara budaya dalam kalangan pelajar
dan guru pengiring dengan pelajar dan guru dari negara-negara lain.

3.0 MASALAH YANG DIHADAPI SEPANJANG PERTANDINGAN


3.1 Penyampaian maklumat dalam pengurusan pertandingan tidak jelas
3.2 Beberapa alatan perlu diperbaiki semasa disana kerana sedikit kerosakan
dalam perjalanan.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKAN DATANG


4.1 Perlu membuat persiapan lebih awal dan lama dari segi kualiti projek
4.2 Perlu mencari dana yang lebih bagi melancarkan urusan

5.0 PENUTUP
MRSM Taiping merupakan satu-satunya institusi MARA yang menyertai
pertandingan ini. Pertandingan ini dapat meningkatkan daya saing dan keyakinan
diri pelajar di peringkat antarabangsa dan seterusnya boleh bersaing di peringkat
global. Selain itu ianya menggalakkan budaya pemikiran kreatif, analitik dan kritikal
melalui usaha penyelidikan yang dilakukan oleh pelajar.
Kepulangan pelajar dengan kemenangan pingat emas dan gangsa turut
membakar semangat pelajar lain untuk berfikiran lebih kritis dan kreatif.

6.0 GAMBAR SEPANJANG PERTANDINGAN


Bersama peserta dan guru pengiring

Penyampaian hadiah
Keputusan pertandingan ( Pingat Emas dan Gangsa)

Pelajar di booth projek


Sesi perbentangan idea peserta dengan pelajar University Indonesia.
Disediakan oleh :

SHAHIZAH BINTI SHUKRI

GURU PENGIRING IYIA 2016

MRSM TAIPING

Tarikh : ………………………..

Das könnte Ihnen auch gefallen