Sie sind auf Seite 1von 2

Raja merupakan pemerintah berkuasa dan simbol kedaulatan bagi sesebuah

negara. Raja memainkan pelbagai peranan yang penting untuk memelihara


kesejahteraan penduduk di bawah jajahnya. Jika seseorang raja tidak
mengambil berat tentang negara dan penduduknya , maka sudah semestinya
negara tersebut tidak akan maju dan akan menghadapi pelbagai masalah
yang tidak disangka.

Jika saya diberi peluang untuk menjadi seorang raja, sudah semestinya
saya akan memberi naungan yang saksama kepada setiap warga tanpa
mengira kaum dan agama seperti Sultan Nazrin Muizuddin Shah. Perpaduan
yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu mewujudkan kejayaan dan
kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh itu , saya
akan sentiasa menyeru rakyat saya supaya berpegang teguh kepada elemen
perpaduan demi mengekalkan keharmonian dalam kalangan mereka.
Tambahan pula, raja seharusnya menjadi contoh yang baik untuk rakyatnya,
maka saya sendiri akan melibatkan diri dalam setiap majlis atau kegiatan yang
mengekalkan perpaduan. Sebagai contohnya, raja kita menghadiri majlis
perkahwinan atau sambutan rumah terbuka perayaan kaum lain tanpa
sebarang pengumuman . Ini akan memberi peluang kepada beliau untuk
umtuk memantau situasi yang berlaku di negaranya.

Saya ingin menjadikan negara saya sebuah negara yang maju


dalam pelbagai aspek. Misalnya, dari aspek pendidikan, politik dan ekonomi.
Selain itu, saya juga akan menjadikan negara saya amat disukai oleh semua
rakyat termasuklah rakyat di negara lain Saya akan berusaha menjadikan
negara saya sebuah negara yang terkenal disebabkan keindahan alam
semula jadinya dan memiliki sistem pentadbiran yang sistematik. Saya dan
rakyat jelata akan bersama-sama mendirikan bangunan-bangunan yang
mesra alam, menjaga alam sekitar sebaik mungkin, menambah baik dan
membaik pulih sistem perhubungan jalan raya supaya rakyat jelata dapat
bergerak ke tempat lain dengan mudah dan selamat di samping menyediakan
kemudahan pengangkutan awam yang setaraf dengan negara-negara maju di
dunia ini seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Kemudahan -kemudahan ini
akan saya berikan secara percuma kepada semua rakyat di negara saya.

Seterusnya, saya akan memastikan bidang pendidikan di negara saya


berada di tahap yang sangat tinggi. Saya akan memberi pendidikan secara
percuma dari peringkat rendah, hingga universiti demi mengurangkan
kebebanan ibu bapa. Saya akan memastikan pendidikan negara saya
melahirkan murid yang berilmu pemikiran aras yang tinggi dan berakhlak yang
tinggi. Rakyat yang berfikiran tinggi akan meningkatkan mutu pendidikan
seperti menyumbangkan tenaga mereka. Selain itu ,saya juga akan
memastikan pendidikan di negara saya mampu melahirkan pemimpin dan
golongan berpendidikan yang cemerlang supaya membantu saya dalam
pentadbiran dan ekonomi negara serta menaikkan imej negara di peringkat
antarabangsa.

Saya akan member penekanan kepada memelihara dan memulihara alam


sekitar. Pembalakkan haram akan diistiharkan sebagai musuh nombor satu
kepada alam sekitar negeri ini. Ganjaran yang setimpal akan diberikan kepada
rakyat yang memberi maklumat tentang pembalakkan haram. Semua
undang-undang berkaitan akan diperkukuh.Penanaman semula hutan akan
diperluaskan kepada setiap daerah bermula dengan s a s a r a n s a t u
keluarga satu pokok.Kawasan tadahan hujan akan
diselia secara berkala dan ditambah bagi mengelakkan
masalah kekurangan bekalan air bersih.Projek
mendalamkan sungai dan sungai angkat akanditeruskan
dengan penglibatan semua pihak bagi mengelakkan
berulangnya kejadian banjir yang luar biasa.

Kesimpulannya, saya juga ingin menjadi raja yang


sentiasa dikenang dan disayangi. Saya akan sentiasa
memastikan semua rakyat mendapat segala bantuan.

Das könnte Ihnen auch gefallen