Sie sind auf Seite 1von 8

1.

0 PENGENALAN

Kualiti alam sekitar yang kurang baik ini boleh menyebabkan perubahan iklim berlaku. Perubahan
iklim terjadi disebabkan oleh beberapa faktor khususnya disebabkan oleh aktiviti manusia seperti
penebangan hutan, pembangunan hutan baru, kegiatan perkilangan dan industri, dan pengautan
khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi (Haliza, 2015). Keadaan suhu
bumi ini meningkat disebabkan kandungan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon
monoksida dan nitrogen dioksida di atmosfera. Menurut The United Nation (2009), faktor kegiatan
manusia merupakan penyebab dominan kepada fenomena perubahan iklim. Kejadian pemanasan
global, peingkatan paras air laut, kekerapan fenomena banjir, serta kemarau merupakan antara
kesan daripada perubahan iklim yang sedang berlaku di Malaysia.

Sektor ekonomi di negara Malaysia yang pesat dan berkembang disebabkan oleh
peningkatan industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah ini telah menjadi
penyumbang utama terhadap berlakunya perubahan iklim di Malaysia. Kadar pengeluaran yang
kian meningkat menyebabkan gas-gas rumah hijau ini bertambah dalam atmosfera. Walau
bagaimanapun, kesedaran terhadap pencemaran alam sekitar dan kejadian perubahan iklim telah
menjadi isu yang semakin serius dan seharusnya ditekankan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan. Kewujudan persatuan-persatuan yang berperanan penting dalam memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang perubahan iklim telah berjaya melakukan perkara yang
sepatutnya. Di Malaysia, antara persatuan-persatuan yang terlibat ialah Persatuan Perlindungan
Alam Sekitar (EPSM), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Alam Semulajadi Malaysia
(MNS), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA) . Kesedaran dan perasaan tanggungjawab yang tinggi dalam diri setiap individu harus
diterapkan dalam diri setiap individu bagi mewujudkan pengetahuan masyarakat mengenai
perubahan iklim ini.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Menurut Saiyidatina Balkhis Norkhaidi et. al (2017) dalam kajian mengenai Literasi karbon dalam
kalangan pelajar sekolah menegah rendah: Kajian kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya bertujuan
untuk mengenal pasti tahap literasi karbon dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah di
Malaysia. Pemboleh ubah literasi karbon yang dikaji meliputi empat pemboleh ubah iaitu
pengetahuan jejak karbon, sikap rendah karbon, nilai celik karbon dan amalan rendah karbon.
Dapatan ini membuktikan tahap literasi karbon pelajar berada pada tahap tinggi dan dapatan ini
jelas memberi implikasi positif ke arah Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai Bandar Rendah
Karbon dan Bandar Hijau 2025.

Kajian yang telah dilakukan oleh Cacundangan dan Garcia (2017) dalam artikel yang telah
dihasilkan adalah mengenai literasi perubahan iklim dalam kalangan pelajar sekolah menengah
awam. Beliau menyatakan tahap pengetahuan pelajar tentang konsep asas mengenai perubahan
iklim dan kesan perubahan iklim adalah sederhana. Bagi tahap pengetahuan pelajar terhadap faktor
berlakunya perubahan iklim pula, majoriti responden mempunyai tahap pengetahuan yang rendah
terhadap faktor penyebab berlakunya perubahan iklim. Manakala untuk penglibatan afektif pelajar
mengenai perubahan iklim adalah yakin bahawa perubahan iklim sedang berlaku dan penglibatan
tingkah pelajar berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan menunjukkan bahawa pelajar
terlibat dalam mengambil tindakan terhadap kesan perubahan iklim
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Suhana, Fazliyana dan Hair (2018)
mengenai pengetahuan dan sokongan belia terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan dan sokongan pelajar terhadap dasar
kerajaan mengenai perubahan iklim berdasarkan dua bidang pengajian sains dan sains sosial.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya pengetahuan menunjukkan perbezaan yang signifikan
di antara dua bidang pengajian. Bagi sokongan terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim
pula, pengetahuan menyumbang pengaruh yang tertinggi. Aspek kesedaran perlu dilihat dari
pelbagai komponen bagi meningkatkan sokongan terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan
iklim.

Kajian oleh Hafizah et. al (2011) mengenai perhubungan antara kesedaran alam sekitar
dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar universiti mendapati terdapat
perhubungan antara tahap kesedaran dengan tingkahlaku mesra alam sekitar. Namun, perhubungan
yang terhasil adalah sangat lemah. Berdasarkan pada keputusan analisis ini, keputusan
menunjukkan bahawa tahap kesedaran yang tinggi dalam diri pelajar tahun satu di UPM tidak
memberi impak yang kuat terhadap tingkah laku mesra alam sekitar yang diamalkan.

3.0 KAWASAN KAJIAN

Penyelidikan ini dijalankan di kawasan persisiran pantai yang terdapat di Port Dickson khususnya
Pantai Teluk Kemang. Pantai Teluk Kemang terletak lebih kurang 10 km di bahagian selatan
bandar Port Dickson. Pantai Teluk Kemang merupakan salah sebuah kawasan tarikan pelancongan
di negeri tersebut. Di lokasi kajian turut mempunyai bilangan belia yang ramai ekoran di daerah
Teluk Kemang tersebut mempunyai institusi awam iaitu Politeknik Port Dickson. Penyelidikan ini
dijalankan adalah untuk mengenal pasti literasi iklim dalam kalangan belia di Malaysia. Oleh hal
yang demikian, Pantai Teluk Kemang di pilih untuk menyempurnakan bahagian dapatan dalam
penyelidikan ini.
Peta lokasi: Port Dickson
Sumber: Google map(https://www.google.com/maps/@2.5643755,101.7411724,12z)

Peta lokasi: Port Dickson


Sumber: Google map(https://www.google.com/maps/@2.5643755,101.7411724,12z)

4.0 METODOLOGI

Metodologi kajian atau kaedah kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memperoleh pelbagai
jenis data dengan pengelasan yang lebih spesifik dan terperinci. Data digunakan sebagai petunjuk
asas bagi membentuk infrensi dan pentafsiran bagi tujuan menghurai dan membuat jangkaan
tentang sesuatu fenomena.
4.1 DATA

Pengumpulan data boleh dibahagikan kepada dua bentuk utama iaitu pengumpulan data primer dan data
sekunder. Data primer yang dikutip melalui borang soal selidik yang diberikan kepada pengguna
secara rawak di sekitar Port Dickson iaitu seramai 400 responden diperlukan untuk melengkapkan
borang soal selidik yang disediakan bagi mengetahui pengetahuan literasi iklim oleh setiap
responden yang di pilih. Kajian ini turut menggunakan data sekunder bagi menyokong setiap data
yang diperolehi daripada data primer.

4.2 ANALISIS

Dalam konteks kajian ini golongan belia telah dipilih dan diselidik. Pensampelan Rawak Berstrata
telah kami gunakan untuk memudahkan analisis yang telah kami jalankan kemudian. Analisa
melalui Ujian Kepercayaan telah dilakukan dengan menggunakan analisis kepercayaan
Cronbach’s Alpha. Setelah diuji dengan 38 soalan yang merangkumi pengetahuan perubahan alam
sekitar mendapati nilai Cronbach’s Alpha ialah 0.827 yang menghampiri 1.Data yang telah
diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS. Para pengkaji
menggunakan kaedah kualitatif dalam menghuraikan dapatan data dan maklumat. Beberapa
kaedah diskriptif seperti kekerapan, peratus serta min digunakan dalam kajian ini. Selain itu,
kaedah korelasi pearson turut digunakan. Analisis statistik iaitu korelasi parametrik iaitu ujian
pearson digunakan dalam mengenalpasti kesignifikan trend data sikap mitagasi dan adaptasi
responden terhadap perubahan iklim.

Pembentukan maklumat dan objektif

Pembentukan kerangka teori

Keperluan data

Data primer: Kaedah Data sekunder:


Perhatian dan temubual pengumpulan data Kajian perpustakaan, bahan
rujukan buku dan internet
Analisis data

Literasi iklim dalam kalangan belia

Cadangan dan
kesimpulan
Rajah 1: Kerangka Metodologi Kajian

5.0 HASILAN DAN PERBINCANGAN


5.1

5.2 PENGETAHUAN BERKENAAN PERUBAHAN IKLIM

Sebanyak tiga item ujian yang digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan responden
berkenaan perubahan iklim iaitu alam sekitar, sosial dan ekonomi. Untuk menguji tahap
pengetahuan belia berkenaan alam sekitar, sebanyak 18 soalan diajukan kepada responden.
Sejumlah 346 (86.8%) responden yang mengakui bahawa perubahan iklim sedang berlaku di bumi
ini. Bagi pembolehubah seterusnya iaitu sosial, berdasarkan data yang telah dianalisis, pengkaji
dapati bahawa kira-kira separuh daripada responden mempunyai pengetahuan sosial yang baik
terhadap perubahan iklim. Namun, hampir separuh iaitu 49.5% responden berpendapat bahawa
aktiviti manusia tidak mempunyai kesan langsung terhadap perubahan iklim. Menurut Shahiddan
Saidi (2014), seorang pakar dalam hal tenaga dan perubahan iklim dari Amerika Syarikat hairan
dengan tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan penduduk Malaysia mengenai perubahan
iklim. Beliau juga dikatakan terkejut apabila mengetahui bahawa salah satu syarikat pembuat
kereta tempatan tidak menganggap kereta elektrik yang mesra alam sebagai satu peluang untuk
pasaran yang baik.

Jadual 1 Pengetahuan sosial terhadap perubahan iklim


Bil Aspek sosial Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
. tidak setuju (%) setuju setuju(
setuju (%) (%) %)
(%)
1 Kesedaran dalam kalangan masyarakat 0.3 2.3 15.5 39.0 43.0
diperlukan untuk menangani
perubahan iklim
2 Media sering memaparkan mengenai 0 4.8 20.5 50.7 24.0
isu-isu seperti perubahan iklim
3 Aktiviti manusia adalah penyebab 0.8 2.5 11.5 50.5 34.8
utama terjadinya perubahan iklim
4 Aktiviti manusia tidak mempunyai 19.5 12.0 19.5 34.3 15.5
kesan langsung terhadap suhu global
5 Pencemaran dari industri adalah punca 0.8 2.5 23.3 47.8 25.8
utama perubahan iklim
6 Aktiviti penyahutanan menyebabkan
perubahan iklim bumi 0.5 3.3 15.5 49.0 31.8
7 Penggunaan baja kimia dlm bidang
pertanian merupakan punca perubahan 0.8 5.0 26.0 45.8 22.5
iklim
8 Gelombang haba boleh menyebabkan 0.5 2.0 15.3 51.3 30.8
strok haba dan dehidrasi kepada
manusia
9 Gelombang haba boleh menyebabkan 1.0 1.5 15.8 56.0 25.8
kematian kepada hidupan
10 Perubahan iklim menganggu proses 0.3 2.5 18.5 52.5 26.3
perolehan air bersih utk kegiatan
harian
*Nota: 1= Sangat Tidak Setuju, 2= Tidak Setuju, 3= Kurang Setuju, 4= Setuju, 5= Sangat Setuju
Sumber: Kajian Lapangan, 2018

Pembolehubah pengetahuan ekonomi pula, sebanyak 77.8 % responden yang berpendapat


bahawa perubahan iklim boleh merosakkan harta benda awam akibat bencana alam seperti La-
Nina iaitu banjir yang teruk akan menyebabkan kemusnahan harta benda awam. Selain itu,
66.8% responden bersetuju bahawa perubahan iklim meningkatkan permintaan untuk tenaga
elektrik di musim panas. Bekalan elektrik adalah penting, namun menjadi bertambah penting
pada musim panas sebagai contoh kuasa elektrik diperlukan untuk menggerudi telaga, sekiranya
tiada elektrik maka akan berlakunya krisis air yang dahsyat (Friedman, 2009).

Hubungan antara kognitif (kepercayaan), psikomotor dan afektif (emosi) responden


terhadap perubahan iklim

Hasil analisis menunjukkan bahawa korelasi pearson, bagi kepercayaan dan emosi responden
adalah r=0.422 dan nilai p= 0.000. Oleh itu, varians, r2=0.178 (17.8%). Ini bermakna wujudnya
korelasi positif yang sederhana antara kognitif dan afektif responden. Varians r2=0.178
menunjukkan bahawa 17.8 peratus sahaja daripada emosi disebabkan boleh kognitif atau
kepercayaan responden. Maka, 82.2% ini mungkin disebabkan boleh faktor-faktor lain yang tidak
dikaji oleh pengkaji.

Seterusnya, hubungan antara kognitif dan psikomotor pula menunjukkan nilai r=0.092 dan
nilai p=0.067. Varians, r2= 0.008 (0.8%). Nilai r dalam kes ini menunjukkan korelasi yang sangat
lemah antara kognitif dan psikomotor. Ini menunjukkan kepercayaan responden adalah kurang
selari dengan tindakan yang diambil oleh mereka. Ramai responden yang tahu dan sedar dengan
isu perubahan iklim yang sedang berlaku, namun hanya segelintir daripadanya yang bertindak
melakukan sesuatu untuk mengurangkan faktor perubahan iklim yang mana terdiri daripada
golongan yang berpendidikan tinggi. Sebagai contoh, ramai responden yang sedar tentang
kepentingan sumber tenaga, namun tidak ramai yang mengambil tindakan yang sewajarnya semasa
menggunakannya. Hasil kajian ini adalah sejajar dengan dapatan kajian Jamilah Haji Ahmad et al.
(2011) dimana sebahagian besar daripada responden bersetuju bahawa penggunaan sumber tenaga
adalah sangat penting dalam kehidupan seharian, namun mereka masih tidak mengetahui
bagaimana cara atau amalan yang sepatutnya berhubung isu cekap tenaga.

Jadual x Korelasi Pearson antara Kognitif, Afektif dan Psikomotor terhadap isu perubahan iklim
dalam kalangan belia
Psikomotor Kognitif Emosi
Psikomotor Korelasi Pearson 1 .092 .159**
Sig. (2-hala) .067 .001
N 400 400 400
Kognitif Korelasi Pearson .092 1 .442**
Sig. (2-hala) .067 .000
N 400 400 400
Emosi Korelasi Pearson .159** .442** 1
Sig. (2-hala) .001 .000
N 400 400 400
**. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-hala).
Sumber: Kajian lapangan

5.3

6.0 KESIMPULAN
Keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu mengenal pasti
pengetahuan belia terhadap alam sekitar dan perubahan iklim, mengkaji sikap belia terhadap
mitagasi dan adaptasi perubahan iklim, menganalisis kemahiran mitagasi dan adaptasi perubahan
iklim dalam kalangan belia dan mengenal pasti amalan mitagasi dan adaptasi perubahan iklim
dalam kalangan belia di Malaysia dengan menggunakan indikator terpilih. Kajian literasi iklim ini
sebenarnya penting untuk mengetahui pengetahuan golongan belia tentang perubahan iklim yang
berlaku. Hal ini kerana, tahap pendidikan yang rendah mempengaruhi pengetahuan tentang
perubahan iklim yang berlaku sekarang.

Dari aspek pengetahuan perubahan iklim ini dibahagikan kepada tiga iaitu alam sekitar,
sosial dan ekonomi mempunayi hasil yang berbeza. Golongan belia lebih mengetahui perubahan
iklim melalui alam sekitar dan sosial sekeliling kerana menerima banyak maklumat. Dari aspek
sikap mitagasi dan adaptasi perubahan iklim ianya merangkumi indikator kongnitif, afektif dan
psikomotor yang melibatkan jiwa dan semangat golongan belia dalam menjaga alam sekitar serta
mengetahui mengenai perubahan iklim di Malaysia atau dunia. Golongan belia perlu memupuk
sikap tersebut dalam diri mereka bagi mengekalkan kesejahteraan alam sekitar. Seterusnya, dari
aspek kemahiran dan adaptasi perubahan iklim golongan belia mempunyai kreativiti dan idea yang
bernas untuk menjaga alam sekitar dari berlakunya perubahan iklim. Golongan belia juga yakin
dan berani untuk berkomunikasi di hadapan khalayak membicarakan tentang isu perubahn iklim
yang berlaku. Seterusnya, bagi amalan mitagasi dan adaptasi perubahan iklim ini, golongan belia
berminat untuk pembangunan secara lestari denagn membina ruang hijau, menanam pokok,
membawa bekalan dari rumah dan sebagainya. Penglibatan yang berkesan oleh golongan belia
ialah bergiat aktif dalam kempen kesedaran untuk mencegah perubahan iklim berlaku.

7.0 PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kajian ilmiah ini telah berjaya disiapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Prof Madya Dr Nasir
Nayan, selaku pensyarah subjek Metodologi Penyelidikan dalam Geografi ( HGR 3023) dari
Jabatan Geografi dan Alam Sekitar di bawah Falkulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar, perhatian, semangat
dan nasihat di dalam menjalankan kajian ilmiah ini.

Jutaan kalungan kasih kepada keluarga tercinta kami yang berada di kampung yang tidak
jemu memberikan nasihat, semangat dan sokongan fizikal serta mental sepanjang tempoh kami
menyediakan kajian ilmiah ini. Sahabat-sahabat seperjuangan yang satu kumpulan bertungkus-
lumus untuk menyiapkan kajian ini bersama dengan jurnal. Tidak lupa juga jasa kawan-kawan
sekumpulan yang banyak membantu dalam mengedarkan borang soal selidik dengan mengambil
masa selama satu hari sahaja bagi menyediakan 400 helai soal selidik.

8.0 RUJUKAN
Cacundangan, K. L., & Garcia, M. E. (2017). Students‟ Climate Change Literacy:
Implication for Climate Change Education in Public Secondary Schools in Kabacan,
North Cotabato. In 2017 Cebu International Conference on Agricultural, Chemical,
Biological and Environmental Sciences (pp. 1–7). Cebu,Philippines: Technological
Institute of the Philippines, Philippines.

Suhana Saad, Tuan Fazliyana Tuan Kamarudin , & Abdul Hair Awang. (2018). Pengetahuan
dan sokongan belia terhadap dasar kerajaan mengenai perubahan iklim (Youth
knowledge and support for government policy towards climate change). Geografia-
Malaysian Journal of Society and Space, 14(1), 130-141.

Hafizah Abu Bakar, Nazalina Abd Aziz, Nur Afiqah Mohd Narwawi, Najihah Abd Latif,
Norfaryana Mohd Ijas & Amir Hamzah Sharaai. (2011).Kajian perhubungan antara
kesedaran alam sekitar dengan tingkah laku mesra alam sekitar dalam kalangan pelajar
universiti; kajian kes: pelajar tahun satu Universiti Putra Malaysia (UPM). Tourismos,
6(1), 297-305

Haliza, A. R. (2015). Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap Manusia dan Persekitarannya: Isu dan
Cabaran. (I. Mohd Hairy, S. Haryati, & K. L. See, Eds.) (1st ed.). Batu Pahat, Johor:
Universiti Tun Hussein Onn.

Saiyidatina Balkhis Norkhaidi et. al (2017) Literasi karbon dalam kalangan pelajar sekolah
menengah rendah: Kajian kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya , 9(2), 25-32.

The United Nations. (2009). Growing together in a changing climate: The United Nations, young
people, and climate change. Youth and climate change. The United Nations Joint Framework
Initiative on Children

Friedman, T. L. (2009). Hot, Flat and Crowded 2.0 (1st ed.). New York: Farrar, Straux & Giroux.

Jamilah Haji Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid, & Juliana Abd Wahab. (2011).
Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar. Journal of
Southeast Asia Social Sciences and Humanities, 81(3).

Shahiddan Saidi. (2014). Kesedaran Isu Tenaga Dan Perubahan Iklim Rendah Dalam Kalangan
Rakyat. Retrieved from http://www.ukm.my/news/arkib/index.php/ms/berita-kampus/1703-
malaysians-needed-to-be-more-aware-of-energy-issues-.html

Das könnte Ihnen auch gefallen