Sie sind auf Seite 1von 14

Rahmat Bin Ismail D20151071245

Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan


Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak.

1.0 PENGENALAN

Pengangkutan merupakan salah satu alternatif dalam sistem perhubungan di dunia. Ia


dianggap sebagai nadi penggerak dan pendapatan bagi sesetengah masyarakat. Pembangunan
sesuatu tempat berkait rapat dengan sistem pengangkutan. Di Malaysia, sistem pengangkutan
awam merupakan aspek terpenting di dalam sistem perhubungan sama ada bagi masyarakat
bandar mahupun luar bandar. Sebagai sebuah negara yang makin meningkat maju, sistem
perhubungan di dalam sesebuah negara seharusnya mempunyai kecekapan dan kemajuan dari
segi perkhidmatan dan juga teknologi yang digunakan. Oleh kerana itu, kerajaan Malaysia
telah berusaha membuat pelbagai pembaharuan dan strategi baru bagi meningkatkan lagi
mutu perkhidmatan pengangkutan awam supaya dapat menarik minat masyarakat.

Sebagai contoh, suatu ketika dahulu lokasi bandar adalah di tepi sungai. Ini
disebabkan oleh terdapatnya kemudahan pengankutan untuk berhubung iaitu menggunakan
pengangkutan air. Pengangkutan memainkan peranan sebagai fungsi ekonomi, fungsi sosial
dan fungsi politik. Dari sudut ekonomi, perpindahan baranagn dan manusia dari satu tempat
ke satu tempat yang lain adalah untutk mencapai utiliti masing-masing. Kegunaannya kepada
manusia adalah sama tetapi, di sesuatu tempat tertentu ia lebih diperlukan sesuai dengan
fungsinya. Sistem pengangkutan merupakan sesuatu yang penting dalam perkembangan
ekonomi sesebuah negara. Kemajuan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara adalah
berkait rapat dengan perkembangan system pengangkutannya. Oleh itu, usaha yang
berterusan telah dibuat oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi keupayaan, kecekapan, dan
kualiti sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Tanjong Malim mempunyai kawasan penempatan dan juga institusi pengajian tinggi
Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjadi tumpuan kepada pelajar pelajar daripada
negeri lain untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan. oleh yang demikian
menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan utama penduduk. Oleh itu, bagi memudahkan
pergerakan penduduk dan juga pelajar penduduk di kawasan tersebut melakukan pergerakan
dengan menggunakan mod pengangkutan awam dan pengangkutan persendirian di samping
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

terdapat stesen KTM di Tanjong malim untuk memudahkan lagi pergerakan penduduk di
kawasan sekitar.

Penulisan ini akan membincangkan kepuasan pelanggan terhdap kualiti kemudahan


yang ada di Stesen KTM Tanjong Malim. Kualiti kemudahan merupakan salah satu
komponen penting dalam industri pengangkutan awam dalam usaha untuk menggalakkan
masyarakat di negara ini menggunakan kemudahan awam dalam aktiviti seharian mereka.
Oleh hal yang demikian, kepuasan pelanggan haruslah dititik beratkan bagi menjamin
kemudahan awam menjadi pilihan hati masyarakat untuk digunakan. Kepuasan pengguna
biasanya dinilai daripada kualiti kemudahan dan kualiti fungsian. Dengan itu, pengguna
biasanya melihat kepada kualiti fungsi merupakan faktor utama untuk membentuk persepsi
sesuatu kualiti kemudahan yang disediakan di sesuatu stesen seperti stesen KTM.

2.0 LATAR BELAKANG

KTMB ditubuhkan pada tahun 1948 untuk kegunaan orang ramai. KTMB
menyediakan perkhidmatan komuter dan kereta api antara bandar kepada pelanggan yang
berkeinginan ke mana-mana destinasi. KTMB menyediakan laluan Pantai Timur dan Pantai
Barat. Bagi perjalanan KTM komuter, perkhidmatan setiap sejam sekali disediakan dari
Tanjong Malim ke Rawang. Dari Rawang, penumpang bolehlah meneruskan perjalanan
mereka dengan menaiki tren komuter lain. KTMB juga menyediakan tren SHUTTLE. KTMB
juga telah melancarkan tren ETS baru-baru ini yang beroperasi antara Sentral KL dan Ipoh.
Tren ETS bergerak lebih laju dan tiba ke destinasi perjalanan dalam masa yang singkat.
Harga yang ditawarkan oleh KTMB agak berpatutan dan potongan harga turut diberikan
kepada warga emas serta pelajar.

Stesen KTM ini yang berada di Tanjong Malim merupakan stesen KTM yang menjadi
titik pertemuan antara penumpang dari Kuala Lumpur, Seremban, Rawang, dan Ipoh.
Tambahan pula, ia juga merupakan satu-satunya stesen KTM yang terdapat di Tanjong
Malim yang menjadi tumpuan perhentian mengambil dan menurunkan penumpang. Kualiti
kemudahan merupakan salah satu komponen penting dalam industri pengangkutan awam
dalam usaha untuk menggalakkan masyarakat di negara ini menggunakan kemudahan awam
dalam aktiviti seharian mereka. Kepuasan pelanggan adalah keutamaan pihak kerajaan bagi
menjamin kemudahan awam menjadi pilihan hati masyarakat untuk digunakan.
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Pengguna yang menggunakan stesen KTM ini terdiri daripada penumpang, peniaga,
pengusaha, dan pemandu tren. Penumpang yang telah datang ke stesen KTM, Tanjong Malim
terdiri daripada semua golongan lapisan masyarakat yang ingin mengunakan kemudahan
stesen KTM sebagai mod pengangkutan. Pengurusan stesen yang bersepadu dan jitu
merupakan antara aspek penting yang perlu diberi perhatian agar pengguna yang
menggunakan kemudahan stesen KTM berada dalam keadaan selesa ketika berada di stesen
KTM.

Fokus utama kajian ini ialah mengenaikepuasan penduduk terhadap kualiti


kemudahan di stesen KTM, Tanjong Malim dimana pengguna selalu menghadapi masalah
seperti pengurusan kualiti kemudahan di stesen KTM yang kurang memuaskan. Ini kerana
terdapat kemudahan yang tidak mencukupi, dan pengguna berasa tidak selesa terutamanya
melibatkan tempat ruang menunggu yang sedikit dan sebagainya. Oleh sebab itu, penyelidik
ingin membuat kajian berhubungan dengan kualiti kemudahan di stesen KTM di Tanjong
Malim khusus memberi fokus kepada persepsi, tahap kepuasan dan juga faktor
penambahbaikan dari segi keualiti kemudahan di stesen KTM.

PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan menarik yang boleh dikupas berdasarkan kepuasan pelanggan
terhadap kualiti kemudahan perkhidmatan stesen keretapi (KTM) Tanjung Malim. Antara
persoalan yang diutarakan dalam kajian ini ialah

I. Sejauhmanakah kepentingan perkhidmatan KTM kepada penduduk?


II. Apakah kemudahan yang disediakan di stesen KTM Tanjung Malim?
III. Adakah kemudahan yang disediakan memberi manfaat kepada pelanggan?
IV. Sejauh manakah kepuasan pelanggan terhadap kualiti kemudahan?

4.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pandangan serta persepsi penduduk yang
menfokuskan kepada tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti kemudahan yang terdapat di
stesen KTM. Oleh itu beberapa objektif telah dibuat untuk mencapai matlamat tersebut.
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

1. Mengkaji sosiodemografi serta ciri-ciri perjalanan yang dibuat oleh penduduk yang
menggunakan perkhidmatan KTM. Ciri-ciri perjalanan melibatkan beberapa persoalan
tentang kekerapan membuat perjalanan, tujuan membuat perjalanan serta faktor
menggunakan KTM
2. Menganalisis persepsi penduduk yang menggunakan perkidmatan KTM mengikut
ciri-ciri sosiodemografi mereka. Setiap pengguna mempunyai persepsi berbeza
mengikut khohot-khohot umur tertentu. Kajian diperincikan lagi kepada persepsi
pengguna terhadap perkara seperti tambang perjalanan, keselamatan dan
perkhidmatan yang disediakan. Tujuannya adalah untuk melihat tahap kepuasan
pengguna terhadap fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan.
3. Mengenal pasti kualiti kemudahan yang disediakan di stesen KTM.
4. Mengenal pasti tahap kepuasan penduduk terhadap kualiti kemudahan yang
disediakan di stesen KTM.

5.0 DEFINISI OPERASI

Pengangkutan merupakan salah satu alternatif dalam sistem perhubungan di dunia.


Sistem pengangkutan dianggap sebagai nadi penggerak dan sebagai sumber pendapatan
bagi sesetengah masyarakat. Oleh yang demikian, kerajaaan Malaysia telah berusaha
membuat pelbagai pembaharuan dan strategi baru bagi meningkatkan lagi mutu
kemudahan di stesen-stesen awam supaya dapat menarik minat masyarakat serta
memberikan kepuasan kepada pengguna dalam pelbagai aspek. Kebanyakan negara sedang
membangun percaya bahawa jaringan jalan dan perkhidmatan pengangkutan untuk
penumpang dan barangan merupakan syarat mutlak untuk mendaki ke puncak ketinggian
tamadun dan keselesaan hidup, serta memudahkan urusan kehidupan seharian (Abd Rahim
Md Nor & Mazdi Marzuki, 2000).

Menurut Roselena (2001), kualiti perkhidmatan adalah penilaian pelanggan selepas


menggunakan perkhidmatan di sesebuah organisasi dengan membandingkan harapan dan
pandangan sedia ada terhadap perkhidmatan yang disediakan. persepsi pelanggan terhadap
produktiviti dan perkhidmatan organisai perlu dikaji secara berterusan supaya maklum balas
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

tentang prestasi organisasi dapat diperolehi untuk membolehkan institusi mencari jalan
menambah baik prestasinya. Pelanggan perkhidmatan dan pelanggan produk merupakan
pengguna perkhidmatan sesebuah organisasi.

6.0 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini hanya akan dijalankan di daerah Tanjong Malim Perak ( peta 1 ) dan akan
menfokuskan di Stesen KTM Tanjong Malim ( Peta 2) . Stesen KTM Tanjong Malim
merupakan stesen KTM utama di Tanjong Malim yang menjadi tumpuan penduduk dan
masyarakat di Tanjong Malim kursusnya dan merupakan hub pengangkutan di Tanjong
Malim. Stesen KTM ini menyediakan pengguna dengan pelbagai kemudahan seperti tandas
awam, kedai runcit, jambatan, surau, dan juga terdapat tong sampah serta tempat duduk yang
selesa kepada pengguna stesen KTM Tanjong Malim terutama kepada pengguna yang datang
dari luar Tanjong Malim.

Kajian ini hanya terhad kepada pengguna stesen KTM Tanjong Malim sahaja.
Populasi (pengguna) ini terdiri daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama serta budaya
hidup yang menggunakan stesen KTM ini.Kajian akan dijalankan terhadap semua pengguna
Stesen KTM ini. Hal ini demikian untuk mengetahui tentang sejauh mana kepuasan pengguna
stesen KTM Tanjong Malim terhadap kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak
pengurusan yang menguruskan stesen ini. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di
stesen ini ialah ruangan menunggu tren, tong sampah, tempat meletak kereta, tandas untuk
golongan orang kurang upaya (OKU) dan tandas untuk orang awam lain juga, surau dan
kedai runcit.

Peta 1 : Daerah Tanjong Malim


Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

Sumber: Google map (2017)

Peta 2 : Stesen KTM Tanjong Malim


Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

Sumber : Google map (2017)

7.0 REKABENTUK TEORI/ REKABENTUK KONSEP

Model SERVQUAL digunakan dalam kajian ini untuk mengukur kepuasan pelanggan
terhadap kualiti kemudahan di stesen KTM Tanjong Malim. Dalam kajian Nurulhuda (2009),
beliau telah memetik pendapat daripada Parasuraman, Berry, dan Zeithaml yang menyatakan
bahawa pengukuran SERVQUAL bertujuan untuk mengukur tahap prestasi kualiti
perkhidmatan dalam bidang pemasaran dan seterusnya digunakan secara meluas dalam
pelbagai bidang. SERVQUAL mengenal pasti jurang potensi antara jangkaan dan persepsi
dalam penyampaian perkhidmatan.

Terdapat lima dimensi yang digunakan dalam teori ini iaitu kewujudan/nyata,
kebolehpercayaan, jaminan, tanggungjawab dan empati. Menurut Johari (2007), setiap
dimensi memberikan penilaian yang tersendiri dimana keterangan bagi setiap dimensi adalah
seperti berikut; bukti fizikal atau kewujudan/nyata bermaksud kemudahan fizikal, keadaan
peralatan dan penampilan peribadi. Dimensi kebolehpercayaan pula bermaksud keupayaan
untuk melaksanakan servis dengan betul dan tepat serta boleh dipercayai, manakala dimensi
responsif atau tindakbalas/tanggungjawab ialah kesediaan untuk bertindak membantu
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

pelanggan dan melakukan servis dengan kadar segera. Dimensi jaminan bermaksud
pengetahuan dan kesopanan pekerja serta kemampuannya untuk menanam kepercayaan dan
keyakinan kepada pihak pelanggan. Dimensi yang terakhir ialah empati, bermaksud
keprihatinan, perhatian secara individu yang diberikan oleh pembekal servis kepada
pelanggannya.

8.0 SOROTAN LITERATUR

Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Pengertian pengankutan yang dinyatakan membawa maksud pergerakan di mana
kebarangkalian bagi manusia untuk melakukan pergerakan ke sesuatu tempat itu adalah
tinggi. Pengangkutan juga disifatkan sebagai salah satu alternatif dalam sistem perhubungan
di dunia yang dianggap sebagai nadi penggerak dan pendapatan bagi sesetengah masyarakat.

Di Malaysia, sistem pengangkutan awam merupakan aspek terpenting di dalam sistem


perhubungan sama ada bagi masyarakat bandar mahupun luar bandar (Siti Faridah, 2011). Ia
merupakan sebuah pengangkutan untuk kemudahan orang ramai dan digunakan dalam
kehidupan seharian. Dalam masyarakat bandar misalnya, sistem pengangkutan yang cekap
adalah salah satu komponen asas struktur sosial, ekonomi dan fizikal. Malahan, ia telah
menjadi kompetitif dan menarik kepada pencari transit.

Azlinda Kasma Azizan (2010) pula mendefinisikan kualiti perkhidmatan sebagai


perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan di mana output yang dihasilkan bukan
dalam bentuk fizikal yang biasa diberikan semasa ia dihasilkan. Dalam masa yang sama
menerut Czepiel (1990) kualiti kemudahan boleh ditakrifkan sebagai persepsi pelanggan
mengenai sejauh mana sesuatu kemudahan memenuhi atau melebihi atau mengalami
kekurangan daripada jangkaan pelanggan

Selain itu, menurut Bitner (1992) kualiti kemudahan melibatkan tiga aspek iaitu
membentuk perkhidmatan barangan, membentuk persekitaran perkdimatan yang sesuai dan
membekalkan perkhdimatan. Persekitaran perkhidmatan adalah kaedah pengendalian
kedudukan yang sesuai dengan perkhidmatan itu sendiri yang melibatkan bagaimana kualiti
kemudahan dibekalkan kepada pengguna.Kepuasan pelanggan merupakan kunci kepada
sesebuah perniagaan yang mana kepuasan dalam penerimaan sesebuah perkhidmatan akan
dinilai oleh pelanggan. Kajian kes ini merupakan satu kajian berhubungan dengan kualiti
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

kemudahan di stesen KTM di Tanjong Malim khusus memberi fokus kepada persepsi, tahap
kepuasan dan juga faktor penambahbaikan dari segi kualiti kemudahan di stesen KTM.

9.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Metodologi kajian ini digunakan bagi mendapatkan data yang tepat dalam menjalankan
kajian menggenai kepuasan pelanggan terhadap kualiti kemudahan keretapi tanah melayu di
kawasan Tanjong Malim. Kaedah-kaedah yang digunakan bagi bertujuan untuk mendapatkan
data maklumat sama ada dalam bentuk primer atau sekunder. Dalam kajian ini, pengkaji
memerlukan dua jenis data bagi memenuhi objektif kajian. Ini bagi mendapatkan hasil kajian
yang berkualiti dan tepat. Dalam konteks ini, data primer dan data sekunder merupakan
antara data yang digunakan dalam penyelidikan ini. Data primer merupakan data yang
diperolehi secara langsung dari Stesen Keretapi Tanjong Malim iaitu Keretapi Tanah Melayu
(KTM) yang mana dilakukan secara kerja lapangan. Kaedah tersebut termasuklah
pemerhatian dan pembahagian borang soal selidik kepada pengguna-pengguna KTM Tanjong
Malim.
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

10.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian terhadap kualiti kemudahan di Stesen KTM tanjong Malim adalah untuk mendapatkan
pengetahuan dan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan kepada penduduk sekitar.
Hal ini adalah penting kerana KTM ini merupakan salah satu mod pengangkutan awam
penduduk sekitar. Penyelidikan ini dapat membantu pengguna dan pihak pengurusan stesen
KTM untuk memenuhi keperluan pengguna terhadap tahap kualiti kemudahan di stesen
KTM.

Secara tidak langsung melalui kajian ini pihak kerajaan dapat meningkatkan penambahbaikan
kualiti kemudahan yang berada di stesen KTM agar dapat memberikan kepuasan terhadap
pengguna khasnya di stesen KTM, Tanjong Malim. Dengan itu, kualiti kemudahan di stesen
KTM tersebut mampu menampung permintaan dan memenuhi keselesaan pengguna yang
tinggi pada masa akan datang. Di samping, Kajian ini dapat membantu pelajar khususnya
pelajar IPT untuk membuat rujukan dan analisa yang berkaitan dengan aspek pengangkutan
awam khususnya kualiti perkhidmatan KTM.

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL Senarai Keperluan Kuantiti Jumlah (RM)

1 Borang Soal Selidik 250 125

2 Kos Pengangkutan 30

155
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

12.0 JADUAL KERJA

Tahun (2018/2019)

Bulan 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5

Mencari √
Tajuk

Mengenal
pasti

kesesuaian
tajuk

Menilai,
memiliih dan
mengesahkan
tajuk yang √
dipilih

Menulis
proposal

Menyemak
keseluruhan

proposal yang
ditulis

Menilai dan
mengsahkan

proposal

Mencari
bahan rujukan
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

melaluiinterne √ √
t dan buku

Mengumpul
data melalui
keadah
pemerhatian √ √
dan soal
selidik

Membuat
analisis data

Menilai dan
mengesahkan

penulisan
penyelidikan
tesis

Hantar
penulisan dan
penyelidikan
kepada √
penyelia
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

13.0 RUJUKAN

Abdul Rahim Md Nor dan Mazdi Marzuki. (2000). Pengangkutan Awam dan
Pelestarian Hidup di Bandar: Menilai Kemampuan LRT. Prosiding Seminar
Kebudayaan Alam Manusia dan di Malaysia. Dasar Strategi dan Kelestarianya.
Jabatan Geografi. UKM.

Azlinda Kasma Azizan Bt Kamal A Nasir. (2010). Kepuasan Pelajar Fakulti Pendidikan
UTM Terhadap Kualiti Perkhidmatan Di Pusat Kesihatan UTM. Universiti Teknologi
Mara

Bitner, M.J. (1992). Servicesscapes: The Impact of Physical Surrounding on Cutomers and
Employees. Journal of Marketing 56:57-51

Czepiel, J.A (1990). Services Encounter and Services Relationship: Implication For
Research. Journal of Business Research. 20: 13-21

Johari, R. (2007). Identifying what services need to be improved by measuring the library
performance, Malaysian journal of library and information science, 12, m.s 35 – 53.

Nurulhuda Ramli. (2009). Kajian Kepuasan Pelanggan terhadap Perkhidmatan


Perpustakaan Awam di Malaysia.

Tanjong Malim Map. (2017). Google Map. Diperolehi Daripada:


http://www.malaxi.com/perak/perak_map.html 8 November.

Roselena Mansor. 2001. Kualiti Pendidikan Kolej Profesional Mara Daripada Perspektif
Pelajar.

Siti Faridah Binti Mohd Sarif. (2011). Perkhidmatan Pengangkutan Awam DI Malaysia.
Disertatai Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan. (Pengajian Islam). universiti
Teknologi Malaysia
Rahmat Bin Ismail D20151071245
Persepsi Penduduk Terhadap Mod Pengangkutan KTM : Satu Tinjauan Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Kemudahan
di Stesen KTM Tanjong Malim, Perak

Das könnte Ihnen auch gefallen