Sie sind auf Seite 1von 3

ALAYSIA adalah sebuah negara yang unik kerana mempunyai penduduk

yang menganuti pelbagai agama. Menurut Jabatan Perangkaan, pada


2010, daripada jumlah penduduk negara ini seramai 28 juta, 61.32 peratus
daripada penduduk Malaysia beragama Islam, 19.84 peratus beragama
Buddha, 9.24 peratus beragama Kristian, 6.27 peratus beragama Hindu,
dan 1.26 peratus menganut agama tradisi lain orang Cina. Selebihnya
menganuti agama lain termasuklah Animisme, Sikhisme dan kepercayaan
lain.

Di Malaysia, agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan.


Bagaimanapun, lain-lain agama adalah bebas untuk dianuti dan diamalkan.
Hak ini adalah dijamin oleh Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 11 (2) memperuntukkan - “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan
mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),
mengembangkannya.”

Di dalam kes Daud Mamat & Ors v. Majlis Agama Islam/Adat & Anor
(2001) 2 CLJ 161, Hakim Mahkamah Tinggi di muka surat 171
memutuskan:-

“Apart from the above jurisdictional flaw, which could not support their
applications, the plaintiffs have unwittingly alluded to art. 11(1) of the
Federal Constitution as the main ground of their grouses. This provision
reads that every person has the right to profess and practise his religion
and, subject to cl. (4), to propagate it. This brief but meaningful article in
crystal clear terms guarantees the right and freedom of every citizen, of
whatever race or religion to profess and practise his or her beliefs
unhindered...”

Akan tetapi kebebasan beragama yang dibenarkan oleh Perkara 11 (1)


Perlembagaan adalah tertakluk kepada sebarang sekatan yang dikenakan
oleh Perkara 11(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 (4)
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang negeri dan
berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau
menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam
kalangan orang yang menganuti agama Islam manakala Perkara 11 (5)
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tidaklah membenarkan apa-
apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am
yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau
prinsip moral.

Di dalam kes Hajjah Halimatussaadiah Kamaruddin v. Public Services


Commission, Malaysia & Anor. (1994) 3 CLJ 532, perayu, seorang kerani
yang berkhidmat dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak,
telah dipecat oleh responden selaras dengan satu tindakan disiplin
terhadapnya di bawah Perintah Am Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam
(Kelakuan & Disiplin) (Bab “D”) 1980, kerana memakai purdah sebagai
pakaian pejabatnya yang melanggari tatatertib pakaian yang ditentukan
bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam oleh Pekeliling Perkhidmatan
No. 2 Tahun 1985 yang mana melarang pemakaian pakaian sedemikian.

Perayu mencabar keesahan pemecatannya dan berhujah di hadapan


Mahkamah Tinggi, antara lainnya, bahawa perenggan 2.2.1 Pekeliling
Perkhidmatan tersebut adalah tidak jelas dan tidak dapat dipastikan serta
adalah batal dan tidak sah, sebagai melanggari Perkara 11(1)
Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Mahkamah Agung di muka surat 538 memutuskan: “It is trite that
Article 11(1) of the Constitution guarantees the freedom of religion, where
every person has the right to profess and practise his religion. However,
such right is not absolute as Article 11(5) provides that this article does not
authorise any act contrary to any general law relating to public order, public
health or morality. In the context of Service Circular 2 of 1985 prescribing
the mode of dress and prohibiting the wearing of an attire covering the face
by a lady officer in the public services during work, we are of the opinion
that such prohibition does not affect her constitutional right to practise her
religion. ”

Oleh yang demikian, Mahkamah telah memperkenalkan satu pendekatan


yang perlu diambil oleh mahkamah dalam menentukan sama ada sesuatu
amalan adalah sebahagian daripada amalan penting sesuatu agama.

Pada hemat penulis, hak kebebasan beragama adalah hak yang dijamin
oleh Perlembagaan. Walaubagaimanapun hak tersebut adalah tidak mutlak
tetapi tertakluk kepada sekatan-sekatan yang diperuntukkan di bawah
Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan pada umumnya
mempunyai kuasa untuk menyekat pengembangan agama lain terhadap
umat Islam.

Sebagai contoh, dewasa kini semakin ramai penganut agama Islam yang
dikatakan murtad atau mempersoalkan ajaran Islam itu sendiri. Untuk
membendung gejala ini, pada pandangan penulis adalah wajar untuk
kerajaan campur tangan agar masalah ini tidak berterusan. Oleh itu, harus
difahami dan diterima dengan hati terbuka bahawa kebebasan beragama
yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu
yang mutlak.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kebebasan-
beragama-1.486418#ixzz5hyh6BXTj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Das könnte Ihnen auch gefallen