Sie sind auf Seite 1von 50

BAB 2 GEOTEKNIK 1

HUBUNGAN FASA

3.0 Pengenalan

Secara amnya, tanah semulajadi adalah campuran beberapa saiz zarah yang berbeza dan
boleh jadi mengandungi bahan organik. Sebahagian tanah seperti gambut, sebahagian
besar terdiri daripada bahan organik.

Oleh kerana tanah merupakan bahan berzarah, maka ia mempunyai lompang. Lompang
ini terdiri daripada udara dan air.

3.1 Hubungan Fasa Tanah

Komposisi tanah terdiri daripada zarah pepejal tanah, air dan udara seperti rajah 3.1.

Rajah 3.1 : Hubungan Fasa Tanah

Bagi tujuan pengiraan, sampel tanah di atas ditukarkan kepada bentuk gambarajah
hubungan fasa seperti dalam rajah 3.2 dan rajah 3.3. Sampel tanah yang mengandungi
ketiga-tiga unsur zarah iaitu pepejal tanah, air dan udara dikenali sebagai hubungan tiga
Fasa.

11
BAB 2 GEOTEKNIK 1

UDARA

AIR

PEPEJAL

Rajah 3.2 : Hubungan Tiga Fasa

Manakala sampel tanah yang hanya mengandungi pepejal tanah dan air atau pepejal
tanah dan udara, ia dikenali sebagai hubungan Dua Fasa.

AIR UDARA

PEPEJAL PEPEJAL

Rajah 3.3 : Hubungan Dua Fasa

3.2 Hubungan Tiga Fasa

12
BAB 2 GEOTEKNIK 1

ISIPADU JISIM

Va UDARA Ma=0
VV MV
MT
Vw MW
AIR
VT

Vs PEPEJAL MS

VT = Isipadu Sampel Tanah MT = Jisim Sampel Tanah


Vv = Isipadu Lompang MV = Jisim Lompang
Va = Isipadu Udara Ma = Jisim Udara
Vw = Isipadu Air Mw = Jisim Air
Vs = Isipadu pepejal Ms = Jisim Pepejal

MT MS
a. Ketumpatan Pukal,  = g. Graviti Tentu, GS =
VT VS  w

MS
b. Ketumpatan Kering, d = h. Berat Unit,  = g
VT
VV VV
c. Nisbah Lompang, e = i. Keliangan, n =
VS VT
MW
d. Kandungan Lembapan, w =
MS
VW
e. Darjah Ketepuan, Sr =
VV
Va
f. Kandungan Udara, A =
VT
Soalan 3.1

13
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Satu ujian kandungan lembapan dilakukan ke atas suatu sampel tanah. Keputusannya
adalah seperti berikut:

Jisim tin kosong = 15.56 g


Jisim tin dan sampel tanah basah = 65.56 g
Jisim tin dan sampel tanah kering = 54.21 g
Kira kandungan lembapan bagi sampel tanah tersebut.

Soalan 3.2

Satu sampel tanah mempunyai isipadu 56.6 ml dan isipadu air sebanyak 10 ml. Diberi
darjah ketepuan ialah 68%. Kira nisbah lompang, keliangan dan isipadu udara sampel
tanah tersebut.

Soalan 3.3

Satu contoh tanah mempunyai jisim 30.6 kg, isipadu 0.0183 m3 dan dikeringkan dalam
ketuhar selama 24 jam pada suhu 105 0C dan didapati jisimnya berkurangan menjadi 27.2
kg. Diberi graviti tentu tanah ialah 2.65. Kirakan:-

a. Ketumpatan pukal
b. Ketumpatan kering
c. Kandungan Lembapan
d. Nisbah Lompang
e. Keliangan
f. Darjah Ketepuan
g. Kandungan Udara

HUBUNGAN 2 FASA

14
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Sampel tanah yang mempunyai dua unsur dikatakan mempunyai hubungan dua fasa.

a) Tanah Kering

VV=Va Ma=0
UDARA

VT MT=MS

VS PEPEJAL MS

Isipadu Lompang (VV) adalah sama dengan isipadu Udara (Va)

Jisim sampel tanah (MT)adalah sama dengan jisim pepejal (MS)

Nilai Darjah Ketepuan (Sr) adalah sifar .Sr=0

b) Tanah Tepu

VV=VW MW
AIR

VT MT
VS PEPEJAL MS

Isipadu lompang (VV) adalagh sama dengan isipadu air (VW)

Nilai Darjah ketepuan adalah 1 @ 100% . Sr= 1


Soalan 3.4

15
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Suatu sampel tanah kering mempunyai isipadu 30.0 ml. Keliangan 35% dan GS sebanyak
2.73. Tentukan:-

i. Ketumpatan kering
ii. Nisbah lompang
iii. Kandungan udara.

Soalan 3.5

Suatu sampel tanah tepu mempunyai isipadu 40.5 ml dan jisimnya 59.2 g. Setelah
dikeringkan di dalam ketuhar selama 24 jam pada suhu 105 0C. Didapati jisimnya
menjadi 48.3 g. Nilai GS adalah 2.7. Tentukan :-

i. Ketumpatan pukal
ii. Kandungan lembapan
iii. Nisbah lompang
iv. Keliangan.

Soalan 3.6

Satu sampel tanah mempunyai jisim 23g dan dikeringkan dalam ketuhar selama 24 jam
pada suhu 1050C. Didapati jisimnya berkurang menjadi 20 g. Nilai ketumpatan kering
dan GS masing-masing adalah 1.67 g/ml dan 2.68. tentukan:

i. Nisbah lompang

ii. Keliangan

iii. Kandungann Udara

Penyelesaian 3.1

16
BAB 2 GEOTEKNIK 1

UDARA Ma

AIR Mw
MT

PEPEJAL Ms

MW
Kandungan lembapan, w =
MS
MT  M S
w =
Ms
65.55  54.21
w =
54.21  15.61
= 0.294 @ 29.4%

Penyelesaian 3.2

Va UDARA
VV
Vw
VT AIR

VS PEPEJAL

Diberi VT = 56.6ml, Vw = 10ml, Sr = 68%

VV
Nisbah Lompang, e =
VS
VW
Sr =
Vv

17
BAB 2 GEOTEKNIK 1

VW
VV =
Sr

10ml
=
0.68
= 14.7 ml

VV VV 14.7 ml
e = = =
VS VT  VV 56.6ml  14.7ml

= 0.351

VV 14.7 ml
n = =
VT 56.6ml

= 0.26 @ 26%

Va = VV - VW
= 14.7 ml - 10 ml
= 4.7 ml.

Penyelesaian 3.3

ISIPADU JISIM

Va UDARA Ma=0

VV MV
18
AIR

PEPEJAL
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Vw MW
MT
VT

Vs MS

Diberi : MT = 30.6 kg, VT = 0.0183m3, GS = 2.65

MT
a. Ketumpatan Pukal,  =
VT

30.6kg
=
0.0183m3
= 1672 kg/m3

MS
b. Ketumpatan Kering, d =
VT
27.2 kg
= 0.0183 m 3

= 1486 kg/m3

MW
c. Kandungan Lempaban, w =
MS

MT  M S
=
MS
30.6  27.2
=
27.2
= 0.125 @ 12.5%

19
BAB 2 GEOTEKNIK 1

VV
d. Nisbah Lompang, e =
VS

MS
 GS =
VS  W

MS 27.2 kg
 VS  =
GS W 2.65  1000 kg / m3

= 0.0103 m3

 VV  VT  VS = 0.018 m3 – 0.0103 m3

= 0.008 m3

VV 0.008 m3
 Nisbah lompang , e  
VS 0.0103 m3

= 0.777

VV
e. Keliangan , n =
VT
0.008 m 3
= 0.0183 m3

= 0.437 @ 43.7%

VW
f. Darjah Ketepuan, Sr =
VV

MW
 W 
VW

MW
VW 
w

MT  M S
=
MS

20
BAB 2 GEOTEKNIK 1

30.6 kg  27.2 kg
= 1000 kg / m3

= 0.0034 m3

VW
 Darjah ketepuan , S r 
VV
0.0034 m3
= 0.008 m 3

= 0.425 @ 42.5%

Va
g. Kandungan Udara A =
VT

VV  VW
=
VT
0.008  0.0034
=
0.0183
= 0.251 @ 25.1%

Penyelesaian 3.4

VV=Va Ma=0
UDARA
VT=30ml MT=MS
VS MS
PEPEJAL

Diberi; n = 35%
Gs = 2.73
21
BAB 2 GEOTEKNIK 1

VV
n =
VT
VV = n(VT)

= 0.35 ( 30.0 ml)


= 10.5 ml.

VS = VT - VV

= 10.0 ml –10.5 ml

= 19.5.5 ml
MS
GS =
VS W
MS = GSVS W W = 1g/ml
= 2.73 x 19.5 ml x 1g/ml
= 53.24 g

MS 53.24 g
i. Ketumpatan Kering,  d = =
VT 30.0ml

= 1.77 g/ml

VV 10.5ml
ii. Nisbah lompang ; e = =
VS 19.5ml

= 0.538

Va
iii. Kandungan Udara; A = ; Va  VV = 10.5 ml
VT
10.5ml
=
30.0ml

22
BAB 2 GEOTEKNIK 1

= 0.35 @ 35%

Penyelesaian 3.5

VW =VV MW = 0
AIR
VT = 40.5ml MT=59.2g
PEPEJAL MS=48.3g
VS

MT 59.2 g
i. Ketumpatan pukal,  = =
VT 40.5ml

= 1.46 g/ml

MW MT  M S
ii. Kandungan lembapan, w = =
MS MS

59.2 g  48.3 g
= 48.3 g

= 0.226@ 22.6%

VV
iii. Nisbah lompang , e =
VS

MS
Gs =
VS W
MS
VS =
GS W

23
BAB 2 GEOTEKNIK 1

48.3 g
= 2.7  1 g / ml

= 17.89 ml

VV = VT - VS
 VV  40.5ml  17.89ml

= 22.61ml

22.61 ml
e = 17.89 ml

= 1.26

VV 22.61 ml
iv. Keliangan, n = = x 100
VT 40.5 ml

= 55.8 %

Penyelesaian 3.6

Diberi : MT = 25g, Ms = 20g,  d = 1.67 g/ml , Gs = 2.68

VV
(i) Nisbah lompang , e =
VS

MS MS 20
d =  VT = = = 11.976 ml
VT S 1.67

MS
Gs =
VS W
MS
VS =
GS W
20 g
= 2.68  1 g / ml

= 7.46 ml

24
BAB 2 GEOTEKNIK 1

VV = VT - VS
 VV  11 .976ml  7.46ml

= 4.516 ml

4.516 ml
e = 7.46 ml

= 0.605

VV 4.516 ml
(ii) n = = x 100
VT 11 .976 ml

= 37.7 %

Va
(iii) A =
VT

Va = Vv - Vw

MW MW 23  20
w =  Vw = = = 3 ml
VW W 1

Va = 4.516 – 3 = 1.516 ml

Va 1.516
A = = x 100
VT 11 .976
= 12.7 %

25
BAB 2 GEOTEKNIK 1

ANALISIS SAIZ ZARAH

4.0 Pengenalan

Pengelasan tanah adalah penting dalam kejuruteraan geoteknik. Melalui pengelasan


tanah kita menentukan sama ada tanah tersebut adalah tanah liat berpasir atau sebaliknya.
Dalam kod amalan penyiasatan tapak BS 5930 : 1981, sistem pengkelasan saiz zarah
adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

Jenis Tanah Saiz Julat (mm)


Batu Tongkol - > 200
Batu Bundar - 60 – 200
Kasar 20 – 60
Kerikil Sederhana 6 – 20
halus 2–6
Kasar 0.6 – 2
Pasir Sederhana 0.2 - 0.6
halus 0.06 – 0.2
Kasar 0.02 – 0.06

26
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Kelodak Sederhana 0.006 – 0.02


halus 0.002 – 0.006
Tanah Liat - < 0.002

Jadual 4.1 : Jadual Sistem Pengkelasan Saiz Zarah (BS 5390 : 1981)

4.1 Analisis Saiz Zarah

Dalam analisis saiz zarah terdapat dua (2) ujian yang dilakukan iaitu ujian pengayakan
bagi sampel tanah berbutiran kasar dan ujian pengenapan bagi sampel tanah berbutiran
halus. Ujian pengayakan terdiri daripada dua (2) jenis ujian iaitu ujian pengayakan
basah dan ujian pengayakan kering. Terdapat dua (2) kaedah bagi ujian pengenapan iaitu
ujian hidrometer dan ujian pipet. Teori analisis ujian pengenapan adalah berdasarkan
pengenapan sedimen menurut hukum Stoke. Butiran berbentuk sfera terenap dalam air
pada kadar yang berlainan bergantung kepada saiz sfera. Halaju enapan tamatan zarah
tanah yang berbentuk sfera dinyatakan oleh hukum Stoke sebagai;

s  w
  D2 (4.1)
18 w

Di mana,  = Halaju enapan tamatan zarah


s = Ketumpatan zarah tanah
w = Ketumpatan air
w = Kelikatan dinamik air
D = Diameter zarah tanah

27
BAB 2 GEOTEKNIK 1

4.1.1 Pengayakan Basah

Sampel tanah yang telah diketahui jisimnya (biasanya 200 gram) dimasukkan ke dalam
ayak bersaiz 63 mikron dan kemudian dibasuh dengan air sehingga bersih agar tanah
yang tertahan pada ayak hanya tanah berbutiran kasar sahaja. Sampel tanah yang
tertahan pada ayak dikeringkan untuk tujuan pengayakan kering dan sampel yang telus
pada ayak tersebut digunakan untuk analisis pengenapan.

4.1.2 Pengayakan Kering

Sampel tanah kering yang diketahui jisimnya, dimasukkan ke dalam satu siri susunan
ayak. Jisim yang tertahan pada setiap ayak dicatat dan dikira untuk mendapatkan peratus
telus. Data-data yang diperolehi dilakarkan di atas kertas graf semilog bagi peratus telus
melawan saiz ayak seperti rajah 4.1.

% Telus

Gred Tak Baik


Tanah
Seragam

Gred Baik

28
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Saiz Ayak (Semi log)

Rajah 4.1 : Analisis Ayakan

Daripada graf semi log peratus telus melawan saiz ayak, nilai pekali keseragaman dan
pekali kelengkungan boleh ditentukan melalui formula seperti berikut :-
D60
Pekali Keseragaman, Cu = (4.2)
D10
2
D30
Pekali Kelengkungan, Cc = (4.3)
D10 D60
Di mana,
D10 = Saiz ayak untuk sampel 10 % telus
D30 = Saiz ayak untuk sampel 30 % telus
D60 = Saiz ayak untuk sampel 60 % telus

Daripada parameter Cu dan Cc kedudukan gred sampel tanah boleh ditentukan. Kerikil
dikatakan bergred baik apabila nilai Cu mesti lebih daripada 4 dan nilai Cc di antara 1
hingga 3. Manakala pasir dikatakan bergred baik apabila nilai Cu mesti lebih daripada 6
dan nilai Cc di antara 1 hingga 3. Sekiranya salah satu nilai Cu dan Cc tidak masuk
dalam julat yang ditetapkan maka sampel tersebut dikatakan mempunyai gred tidak baik.

Contoh 4.1
Satu analisis ayakan dilakukan ke atas sampel tanah dan keputusan adalah seperti dalam
jadual 4.1. Tentukan nilai Cu dan Cc dan jenis gred bagi sampel tanah.

Saiz Ayak (mm) Jisim Tertahan (g)

29
BAB 2 GEOTEKNIK 1

5.0 11
2.36 18
1.18 24
0.6 21
0.3 41
0.212 32
0.15 16
0.063 22
Panci 20

Jadual 4.1 : Keputusan Analisis Ayakan


Penyelesaian

Daripada data-data yang diberi, peratus telus bagi setiap saiz ayak ditentukan seperti
jadual 4.2 :-

Saiz Ayak (mm) Jisim Tertahan (g) Jisim Telus (g) % Telus
5.0 11 205 – 11 = 194 (194/205)100 = 95

2.36 18 194 – 18 = 176 (176/205)100 = 86

1.18 24 176 – 24 = 152 (152/205)100 = 74

0.6 21 152 – 21 = 131 (131/205)100 = 64

0.3 41 131 – 41 = 90 (90/205)100 = 44

0.212 32 90 – 32 = 58 (58/205)100 = 28

0.15 16 58 – 16 = 42 (42/205)100 = 20

0.063 22 42 – 22 = 20 (20/205)100 = 10

Panci 20 20 – 20 = 0 (0/205)100 = 0

= 205

30
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Jadual 4.2 : Kiraan Peratus Telus

Daripada keputusan jadual 4.2, satu graf diplotkan pada kertas graf semi-log seperti
dalam rajah 4.1. Melalui graf ini jenis tanah dan grednya boleh ditentukan.

31
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Rajah 4.1 : Graf analisis ayakan

32
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Dari graf semi-log (rajah 4,1), keputusan adalah seperti berikut :-

% Tanah Pasir = % Telus Ayak saiz 2.35mm - % Telus Ayak Saiz 0.06 mm
= 83 % – 10 %
= 73 % > 50% (Tanah Pasir)

D10 = 0.063, D30 = 0.22, D60 = 0.52

Oleh itu,
D60
Pekali Keseragaman, Cu =
D10
0.52
=
0.063
= 8.25 > 6

2
D30
Pekali Kelengkungan, Cc =
D10 D60

0.22 2
=
(.063)(0.52)

= 1.5 ( 1 < Cu < 3)

Oleh itu, sampel tanah adalah tanah pasir bergred baik.

4.1.3 Ujian Pipet

33
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Ujian pipet digunakan untuk menentukan peratus tanah berbutiran halus. Dalam kaedah
ini air basuhan yang mengandungi zarah-zarah halus ( M b ) dicampurkan dengan air
suling sehingga isipadunya menjadi 500 ml dan direndamkan di dalam air pada suhu
malar seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.2.

Apabila ampaian mencapai suhu yang sama dengan suhu air terendam, ia hendaklah
dikeluarkan dan digoncang untuk menyerakkan zarah-zarah. Seterusnya ia dimasukkan
semula ke dalam air rendaman dan masa permulaan dicatatkan oleh jam randik.

Selepas sela masa t (iaitu 3 – 4 minit, bergantung pada graviti tentu sampel) 10 ml
ampaian diambil dengan menggunakan pipet pada kedalaman 100 mm dari permukaan
air. Kemudian jisim pepejal di dalam sampel ditentukan (MD). Pembetulan hendaklah
dibuat terhadap jisim yang dihasilkan oleh agen penyerak (natrium heksametafosfat) di
dalam ampaian. Pembetulan ini dibuat dengan mengambil larutan agen penyerak secara
berasingan dan diuji pada masa dan dengan cara yang sama. Prosedur keseluruhannya
diulang semula selepas 40-50 minit dan sekali lagi selepas 6-7 jam.

Rajah 4.2 : Ujian Pipet

Mengikut hukum Stoke, halaju zarah,  diberi oleh persamaan

34
BAB 2 GEOTEKNIK 1

 = KD2
s  w
K  (4.4)
18 w

= pemalar.
Selepas masa t1, semua zarah yang berukuran tertentu, iaitu D1 akan terenap dari
permukaan ke kedalaman 100 mm. Zarah-zarah yang lebih besar daripada saiz D1, akan
tenggelam ke bawah dari tanda 100 mm. Oleh itu, halaju zarah yang berukuran D 1 dapat
dikira dengan membahagikan jarak 100 mm dengan masa t1, maka
h
 =
t1

2
h
KD1 =
t1

h
 D12 =
Kt1

h
D1 = (4.5)
Kt1

Dengan ini, saiz butiran maksimum, D 1 dapat dikira apabila nilai-nilai h, t 1 dan K telah
diketahui. Semua saiz zarah yang lebih kecil daripada D 1 akan tinggal di dalam ampaian
pada kedalaman tersebut. Peratus saiz zarah yang lebih kecil daripada D1 di dalam
larutan asal dapat dikira seperti yang berikut :

Jisim pepejal per ml pada kedalaman 100 mm selepas masa t1


N =
Jisim pepejal per ml di dalam larutan asal

( M D1 / 10)
= x 100 % (4.6)
( M b / 500)
Nilai-nilai D2 dan D3 dapat diketahui selepas masa t2 dan t3 . Semua nilai ini boleh
diplotkan pada carta pengagihan saiz untuk bahagian kelodak dan tanah liat.

35
BAB 2 GEOTEKNIK 1

4.1.4 Ujian Hidrometer


Dalam kaedah hidrometer, 1000 ml ampaian zarah halus disediakan seperti mana dalam
kaedah ujian pipet dan graviti tentu ampaian pada kedalaman h diukur pada selang masa
tertentu, penggunaan hidrometer seperti rajah 4.3. Hidrometer akan memberi bacaan
terus untuk graviti tentu ampaian. Biasanya pada hidrometer nilai 1 dikeluarkan dari
bacaan graviti tentu dan titik perpuluhan diambil 3 tempat ke arah kanan, iaitu bacaan 12
pada hidrometer bermakna graviti tentu ampaian adalah 1.012 .

Kedalaman h

Pusat Isipadu
Hidrometer

ampaian

Rajah 4.3 : Alat Hidrometer

Anggap unit adalah dalam gram dan mililiter, maka  w = 1.


Pada ampaian asal 1000 ml : Dalam ujian hidrometer, kita perlu mengetahui perkara-
perkara berikut:-

36
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Berat pepejal = Ws
WS
 Isipadu pepejal, Vs =
Gs w

WS
 Isipadu air, Vw = 1000 -
Gs w

Ws
 Berat air, Ww = 1000  w -
Gs

Ws  1000 w  Ws G s
Ketumpatan ampaian awal,  i =
1000

Ws  Gs  1
= w   
1000 Gs
 
Ketumpatan ampaian pada kedalaman h selepas masa t1

WD  Gs  1
t = w   
10000 Gs
 

Peratus zarahan kurang daripada


100 000 G s  w R
saiz D1 dalam ampaian asal , N1 = Wb (G s  1) x 1000

di mana
S = Graviti tentu ampaian
R = Bacaan pada hidrometer
= ( S – 1 ) 1000
tetapi,  w  1

100 Gs R
 N1 = Wb (G s  1)

37
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Bacaan hidrometer perlu diambil selepas ½, 1,2,4,8,15 dan 30 minit, 1, 2 dan 4 jam dan
kemudian 1 atau 2 kali setiap hari.

Pembetulan mestilah dilakukan untuk perubahan suhu dan pertambahan agen serakan.

HAD-HAD ATTERBERG

38
BAB 2 GEOTEKNIK 1

5.0 Pengenalan

Tanah berbutiran halus seperti tanah liat dan tanah kelodak mempunyai ciri keplastikan
dan berkaitan rapat dengan kandungan air. Pada awal tahun 1900an seorang ahli sains
Sweden bernama Atterberg telah menjumpai satu kaedah untuk menerangkan konsistensi
tanah berbutiran halus dengan perubahan kandungan lembapan. Pada kandungan
lembapan yang sangat rendah tanah lebih berkelakuan pepejal dan bila kandungan
lembapan yang sangat tinggi ia bersifat cecair. Oleh itu pada asasnya kelakuan tanah
boleh dibahagikan kepada empat peringkat bergantung kepada kandungan lembapan iaitu
pepejal, separa pepejal, plastik dan cecair. Perubahan dari setiap peringkat fasa tersebut
dinamakan had kecutan, had plastik dan had cecair seperti rajah 5.1. Had-had ini dikenali
sebagai had Atterberg atau had konsistensi. Had Atterberg ini amat penting untuk
menentukan keplastikan tanah dalam pengkelasan tanah.

Isipadu

Pepejal Separa Cecair


Plastik
Pepejal
Had Had Had Kandungan Air
Kecutan Plastik Cecair

Rajah 5.1 : Perubahan Peringkat Fasa Had-had Atterberg

5.1 Had Cecair (LL)

39
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Had cecair ialah kandungan air minimum bagi tanah yang boleh mengalir dengan
beratnya sendiri. Had cecair boleh ditentukan melalui dua kaedah ujian iaitu kaedah
Casagrande dan kaedah tusukan kon.

5.1.1 Kaedah Casagrande

Tanah dikeringkan pada suhu bilik dan digaul dengan teliti dan sekurang-kurangnya 200
g daripadanya diayak dengan ayak saiz 0.425 mm. Tanah ini diletakkan di atas kepingan
kaca dan dicampurkan dengan air suling. Tanah basah dimasukkan ke dalam mangkuk
casagrande (seperti rajah 5.2) sehingga separuh penuh dan pemukaannya diratakan. Satu
lurah 2 mm dibuat di atas permukaan tanah tadi dengan menggunakan alat pelurah.

Rajah 5.2 : Alat Ujian Had Cecair Kaedah Casagrande

Pemegang radas itu dipusingkan selaju 2 pusingan per saat. Ini akan menggerakkan
sesondol yang akan menyebabkan mangkuk terangkat setinggi 10 mm dan kemudian
jatuh ke atas tapak getah. Bilangan ketukan yang diperlukan untuk menutup luruh
40
BAB 2 GEOTEKNIK 1

sepanjang 13 mm dicatatkan dan sebahagian daripada tanah yang diuji diambil untuk
menentukan kandungan lembapan.

Ujian ini diulangi, biasanya tiga atau empat kali dengan menggunakan air yang lebih
sedikit bagi setiap ujian. Untuk mendapat had cecair, kandungan lembapan diplotkan
pada graf semi-log. Nilai had cecair diambil pada nilai kandungan lembapan untuk 25
hentaman.

5.1.2 Kaedah Tusukan Kun

Satu sampel tanah yang telah dikeringkan di dalam ketuhar dan diayak dengan ayak
0.425 mm dicampur dengan air suling sehingga menjadi ketekalan kaku. Kemudian
sebahagian daripada sampel tersebut dimasukkan ke dalam mangkuk meter tusuk
(penetrometer) dan dipotong searas dengan bahagian atas mangkuk. Kun meter tusuk
diketatkan setelah bahagian hujung kun bersentuhan dengan permukaan tanah (seperti
rajah 5.3). Pengetat dilepaskan dan kun dibiarkan menusuk tanah selama 5 saat. Jumlah
penusukan ditunjukkan oleh bacaan meter. Penusukan ini diulang beberapa kali sehingga
bacaan tusukan menjadi sama dan bacaan ini dicatatkan. Pada keadaan ini, kandungan
lembapan tanah di dalam mangkuk akan ditentukan.

Prosedur yang sama diulangi semula setelah sedikit air suling ditambah kepada tanah.
Dengan ini, satu hubungan antara kandungan lembapan dengan penusukan dapat
diplotkan. Satu garisan dapat dilukis melalui titik-titik tersebut dan kandungan lembapan
ketika penusukan 20 mm diambil sebagai had cecair.

41
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Rajah 5.3 : Alat Tusukan Kun

5.2 Had Plastik (PL)

Had plastik ialah kandungan air minimum bagi tanah yang boleh diuli kepada diameter 3
mm tanpa terlerai.

Had plastik boleh ditentukan dengan mengambil sampel tanah kering lebih kurang 20 g ,
yang telah diayak dengan ayak saiz 0.425 mm, dicampurkan dengan air suling dan
diadunkan sehingga membentuk sebiji bebola. Bebola tanah ini digelek dengan tangan di
atas permukaan kaca dengan tekanan yang mencukupi untuk membentuk bebenang.
Apabila diameter bebenang tersebut menjadi 3 mm, tanah tersebut diuli semula dan
kemudian digelek sekali lagi. Proses ini diteruskan sehingga bebenang tersebut pecah
ketika diameter 3 mm. Pada ketika ini, kandungan lembapan akan ditentukan. Prosedur
ini hendaklah dijalankan dua kali untuk memperoleh nilai purata bagi kandungan
lembapan. Kandungan lembapan ini dikira sebagai had plastik sampel tanah tersebut.
5.3 Had Kecutan (SL)

42
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Had kecutan ialah kandungan air maksimum bagi tanah yang mengalami kehilangan air
seterusnya tidak mengakibatkan pengurangan isipadu tanah. Terdapat dua (2) kaedah
untuk menentukan had kecutan iaitu kaedah linear dan kaedah isipadu.

5.3.1 Kaedah Kecutan Linear

Sampel tanah lebih kurang 150 g yang melepasi ayak saiz 0.425 mm dicampurkan
dengan air suling sehingga membentuk satu campuran yang homogen. Kuantiti air
semasa campuran adalah kandungan air pada had cecair. Kemudian sampel dimasukkan
ke dalam acuan separa bulatan (acuan had kecutan) yang mempunyai ukuran panjang 140
mm dan berjejari 12.5 mm. Langkah berjaga-jaga diperlukan supaya tidak ada udara
terperangkap dalam sampel. Sampel tanah dibiarkan kering pada suhu 60 oC sehingga
kelihatan jelas berlaku kecutan dalam acuan dan pengeringan diteruskan pada suhu 105
o
C sehingga pengecutan lengkap. Kemudian sampel dibiarkan sejuk dan panjang sampel
tanah diukur. Peratus kecutan linear diberi seperti di bbawah :-

 Panjang Selepas Pengeringan 


Had Kecutan, SL = 1-   X 100 (5.1)
 Panjang Asal 
 

5.3.2 Kaedah Kecutan Isipadu

Kaedah kecutan isipadu dilakukan dengan menggunakan satu cakra tembikar yang
mempunyai diameter 44.4 mm dan tinggi 12.7 mm. Di dalam cakra ini disapukan dengan
sejenis jeli petroleum dan kemudian diisikan dengan sampel tanah yang betul-betul
basah. Jisim sampel tanah di dalam cakra tembikar dicatat. Kemudian sampel ini
dikeringkan dalam ketuhar. Kemudian isipadu sampel tanah yang telah dikeringkan
dalam ketuhar ditentukan dengan kaedah penggantian bahan kimia raksa. Had kecutan
ditentukan seperti berikut :-

Had Kecutan, SL = wi - w (5.2)

43
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Di mana, wi = Kandungan lembapan awal semasa sampel tanah


dimasukkan ke dalam cakra had kecutan.
w = Perubahan kandungan lembapan iaitu antara kandungan
lembapan awal dan kandungan lembapan pada had kecutan.

Walau bagaimanapun,
m1  m2
wi = x 100 (5.3)
m2

Di mana, m1 = Jisim awal sebelum dimasukkan dalam ketuhar


M2 = Jisim selepas dikeringkan dalam ketuhar

(Vi  V f )  w
Juga, w = x 100 (5.4)
m2

Di mana, Vi = Isipadu awal sampel tanah basah.


Vf = Isipadu sampel tanah selepas dikeringkan dalam ketuhar

5.4 Indeks Keplastikan (PI)

Indeks keplastikan merupakan julat kandungan air bagi tanah bersifat plastik dan
ditandakan dengan simbol PI.

PI = Had Cecair (LL) – Had Plastik (PL) (5.5)

Contoh 5.1

44
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Ujian had cecair dan had plastik bagi satu sampel tanah kelodak tak organik telah
dilakukan dan keputusannya didapati had cecair dan had plastik masing-masing adalah
45% dan 35 %. Tentukan indeks keplastikan tanah tersebut.

Penyelesaian:

Indeks Keplastikan, PI = Had Cecair (LL) – Had Plastik (PL)


= 45 % - 35 %
= 10 %

5.5 Indeks Kecairan (LI)

Indeks kecairan menghubungkaitkan kandungan air asal dengan had plastik dan had
cecair, iaitu

Kandungan Air Asal ( w)  Had Plastik ( PL)


Had Cecair, LI = Indeks Keplastika n ( PI )
(5.6)

Contoh 5.2

Satu sampel tanah dari tapak bina didapati mempunyai kandungan lembapan 33%.
Apabila diuji untuk mendapatkan had cecair dan had plastik didapati had cecair 45% dan
had plastik 31%. Tentukan indeks kecairan (LI).

Penyelesaian:

45
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Kandungan Air Asal ( w)  Had Plastik ( PL )


Had Cecair, LI = Indeks Keplastika n ( PI )

33%  31%
= 45%  31%

= 0.142

5.6 Aktiviti (A)

Aktiviti boleh didefinisikan sebagai perbezaan antara had cecair dengan had plastik dan
dibahagikan dengan peratus tanah bersaiz tanah liat dalam sesuatu sampel tanah. Tanah
bersaiz tanah liat adalah zarah tanah yang saiznya lebih kecil daripada 0.002 mm. Oleh
itu, aktiviti boleh ditulis seperti berikut;

Indeks Keplastikan ( PI )
Aktiviti, A = Peratus Tanah Liat
(5.7)

Contoh 5.3

Ujian had cecair dan had plastik bagi satu sampel tanah tak organik telah dilakukan dan
keputusannya didapati had cecair dan had plastik masing-masing adalah 45% dan 35 %.
Sampel tanah ini juga dilakukan ujian hidrometer dan didapati 20% saiz zarahnya kurang
dari 2 m . Tentukan aktiviti tanah tersebut.

Penyelesaian

46
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Indeks Keplastikan ( PI )
Aktiviti, A = Peratus Tanah Liat

45%  35%
=
20%

= 0.5

5.7 Carta Keplastikan

Carta keplastikan digunakan dalam pengelasan tanah bagi menentukan keplastikan


sesuatu jenis tanah. Carta keplastikan sistem Pengelasan Tanah Bersekutu ditunjukkan
seperti dalam rajah 5.4.

Rajah 5.4 : Carta Keplastikan

Di mana, CL = Tanah liat yang mempunyai keplastikan rendah


CH = Tanah liat yang mempunyai keplastikan tinggi
ML = Tanah kelodak yang mempunyai keplastikan rendah

47
BAB 2 GEOTEKNIK 1

MH = Tanah kelodak yang mempunyai keplastikan tinggi


OL = Tanah organik yang mempunyai keplastikan rendah
OH = Tanah organik yang mempunyai keplastikan tinggi

Contoh 5.4

Ujian had cecair dan had plastik bagi satu sampel tanah kelodak tak organik telah
dilakukan dan keputusannya didapati had cecair dan had plastik masing-masing adalah
45% dan 35 %. Tentukan keplastikan tanah tersebut.

Penyelesaian

Indeks Keplastikan, PI = Had Cecair (LL) – Had Plastik (PL)


= 45 % - 35 %
= 10 %

Daripada carta keplastikan, didapati tanah ini adalah dari kumpulan ML. Oleh itu
tanah ini adalah tanah kelodak yang mempunyai keplastikan rendah.

Contoh 5.5

Berikut adalah keputusan ujian kun penusukan pada suatu tanah jelekit.

Purata ketelusan (mm) 15.2 17.3 18.9 21.1 22.8


Purata kandungan lembapan % 33.4 42.6 49.2 59.4 66.8

(a) Tentukan had cecair tanah tersebut.

(b) Jika had keplastikan tanah itu adalah 33%, tentukan indeks keplastikannya dan
kelaskan tanah tersebut.
Penyelesaian

Lukiskan graf ketelusan melawan kandungan lembapan.

48
BAB 2 GEOTEKNIK 1

(a) Daripada graf, had cecair tanah adalah 54%

(a) Daripada graf, had cecair tanah adalah 54%


(b) Had cecair = 54%
Had plastik = 33%
Oleh itu, PI = LL - PL = 54% - 33%
= 21%
Merujuk kepada carta keplastikan, tanah tersebut dikelaskan sebagai MH

Contoh 5.6
Data-data berikut adalah hasil dari ujian had cecair dengan menggunakan kaedah
casagrande bagi tanah tanpa organik. Had plastik bagi tanah ini ialah 32%.

49
BAB 2 GEOTEKNIK 1

No. Ujian 1 2 3 4
Jisim tanah + tin (g) 48.61 55.53 51.71 50.51
Jisim tanah kering + tin (g) 41.19 46.05 42.98 41.54
Jisim tin (g) 17.33 17.41 17.45 17.36
Bilangan hentaman 34 27 22 17

Sekiranya kandungan lembapan tanah ditapak adalah 35% dan setelah melalui analisis
ayakan, didapati peratus tanah liat adalah 40%
Tentukan :-
i. had cecair
ii. indeks keplastikan
iii. indeks kecairan
iv. aktiviti tanah
v. jenis keplastikan tanah ( dengan bantuan carta keplastikan)

Penyelesaian

Daripada data-data dalam jadual;


Kandungan lembapan boleh diperolehi dengan menggunakan formula
Jisim air
m = Jisim pepejal
x 100%

No. Ujian 1 2 3 4
Jisim Tanah + Tin (g) W1 48.61 55.53 51.71 50.51
Jisim Tanah Kering + Tin (g) W2 41.19 46.05 42.98 41.54
Jisim Tin W3 17.33 17.41 17.45 17.36
Jisim Air ( W1 – W2 ) 7.42 9.48 8.73 8.97
Jisim Pepejal ( W2 – W3 ) 23.84 28.64 25.53 24.18
Kandungan Lembapan,
W1  W 2 31.1 33.1 34.2 37.1
m = X 100%
W 2 W3

50
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Bilangan Hentaman 34 27 22 17

Lukiskan graf kandungan lembapan, m melawan bilangan hentaman. Seterusnya daripada


graf tersebut had cecair tanah boleh diketahui.

(i) Daripada jadual had cecair = 34 %


( Kandungan lembapan adalah pada 25 bilangan hentaman )

(ii) Indeks keplastikan, PI = LL – PL


= 34% - 32%
= 2%

(iii) Indeks kecairan


Andaikan kandungan lembapan asal adalah %,
wasal  PL
Indeks kecairan, LI =
PI
35%  32%
=
2%
= 1.5

51
BAB 2 GEOTEKNIK 1

PI
(iv) Aktiviti = Peratus Tanah Liat

2
=
40
= 0.05

(v) Daripada carta keplastikan, jenis tanah tersebut adalah dari kumpulan ML

SISTEM PENGELASAN TANAH

6.0 Pengenalan

52
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Pengelasan tanah bertujuan untuk menyusun jenis tanah yang tak seragam kepada
beberapa kumpulan hanya berdasarkan ciri bahan supaya menghasilkan satu
sistem pengelasan tanah ringkas dan mudah difahami oleh jurutera-jurutera.
Di Amerika Syarikat, Casagrande telah memperkenalkan satu sistem
pengelasan tanah yang memilih ciri keplastikan sebagai asas untuk pengelasan
tanah di samping penggredan kerana keplastikan merupakan sifat utama bagi
tanah liat. Sekarang ini, terdapat beberapa kaedah pengelasan tanah, antaranya
adalah seperti berikut :-

(a) Sistem Pengelasan Tanah Bersekutu


(b) Sistem Pengelasan Tanah British
(c) Sistem Pengelasan Aashto

Dalam modul geoteknik 1 (CC 304) ini hanya sistem Pengelasan Tanah Bersekutu sahaja
yang akan dibincangan.

6.1 Sistem Pengelasan Tanah Bersekutu (Unified Soil Classification Systems)

Sistem pengelasan tanah bersekutu ini telah dicadangkan oleh Casagrande pada
tahun1947 dan diterima pakai oleh U.S. Corps of Engineers untuk pembinaan landasan
lapangan terbang. Dalam sistem pengelasan ini, beberapa simbol digunakan seperti
jadual 6.1.

Jenis Tanah ‘Suffix’ Sub-Kumpulan ‘Prefix’


Kerikil G Gred baik W

Pasir S Gred tak baik P

53
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Kelodak M Bertanah kelodak (silty) M

Tanah liat C Bertanah liat (clayey) C

Tanah organik O Had cecair (LL) < 50% L

Tanah gambut Pt Had Cecair (LL) > 50% H

Jadual 6.1 : Simbol–Simbol Dalam Sistem Pengelasan Tanah Bersekutu

Untuk melakukan pengelasan tanah, jadual Sistem Pengelasan Tanah Bersekutu seperti
dalam jadual 6.2 dan juga carta keplastikan seperti dalam rajah 6.1. perlu dirujuk

Rajah 6.1 : Carta Keplastikan

Perihalan Simbol Nama Tipikal Kritiria Pengelasan


Kump. Tanah Berbutiran Kasar
Kerikil

Kerikil gred baik, campuran kerikil-pasir, Cu = D60 / D10 > 4


GW sedikit atau tiada yang halus. 1 < Cc = D230 / (D10D60) < 3

54
BAB 2 GEOTEKNIK 1

(Ayak No. 200 > 50 % tertahan)Tanah berbutiran kasar

(Ayak No. 4 > 50% tertahan)

Kerikil bersih
Kerikil gred tak baik, campuran kerikil- Tidak memenuhi keperluan GW
GP pasir, sedikit atau tiada yang halus.

Kerikil bertanah kolodak, campuran Had Atterberg di Di atas garisan A


GM kelodak kerikil-pasir. bawah garisan A dengan 4<PI<7
atau PI < 4 adalah kes
Kerikil bertanah liat, campuran tanah liat Had Atterberg di sempadan, perlu
menggunakan

Pasir bersih material halus.Kerikeril dengan


GC kerikil-pasir. atas garisan A
atau PI > 7 kedua-dua
simbol.
(Ayak No. 4 > 50% telusPasir

SW Pasir gred baik, pasir berkerikil, sedikit Cu = D60 / D10 > 6


atau tiada yang halus. 1 < Cc = D230 / (D10D60) < 3
SP Pasir gred tak baik, pasir berkerikil, Tidak memenuhi keperluan SW
sedikit atau tiada yang halus.
Had Atterberg di Had plotan
SM Pasir bertanah kolodak, campuran pasir- bawah garisan A dalam zon rapat
atau PI < 4 dengan 4<PI<7
material halus.Pasir dengan

kelodak.
adalah kes
Pasir bertanah liat, campuran pasir- tanah Had Atterberg di sempadan, perlu
SC liat. atas garisan A menggunakan
atau PI > 7 kedua-dua
simbol.
(Ayak No. 200 > 50% telus)Tanah berbutiran halus

Kelodak tanpa organik dan pasir yang 1. Tentukan


ML amat halus, habuk batuan, pasir halus peratus pasir dan kerikil dari graf
(LL < 50%) Kelodak dan tanah liat

bertanah kelodak atau bertanah liat atau lengkung saiz butiran.


kelodak bertanah liat dengan sedikit 2. Bergantu
keplastikan. ng kepada peratus butiran halus
(lebih kecil dari ayak No. 200),
Tanah liat tanpa organik mempunyai tanah berbutiran kasar dikelaskan
keplastikan rendah atau sederhana, tanah seperti berikut:-
CL
liat berkerikil, tanah liat berpasir, tanah < 5% : GW, GP, SW, SP
liat sahaja > 12% : GM, GC, SM, SC
5 – 12 % : kes sempadan, perlu
menggunakan kedua-dua simbol.
OL Kelodak organik dan tanah liat organik Nota
bertanah kelodak mempunyai keplastikan GW - Well grade graval
randah. GP - Poorly graded gravel
Kelodak tanpa organik, miseous atau GM - Silty gravel
MH diatomaseous halus berpasir atau tanah GC - Clayey gravel
SW - Well grade sand
(LL > 50%)Kelodak dan tanah liat

berkelodak, kelodak elastik.


SP - Poorly graded sand
CH Tanah liat tanpa organik mempunyai SM - Silty sand
keplastikan tinggi, tanah liat subur. SC - Clayey sand
Tanah liat organik mempunyai ML - Silt with low plasticity
OH keplastikan sederhana hingga tinggi, CL - Clay with low plasticity
kelodak organik. OL - Organic with low plasticity
MH - Silt with high plasticity
CH - Clay with high plasticity
OH - Organic with high plasticity
Pt - Peat

55
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Tanah organik
Pt Tanah gambut dan lain-lain tanah dengan
organik tinggi.

tinggi Jadual 6.2 : Jadual Sistem Pengelasan Tanah Bersekutu


6.2 Prosedur Pengelasan Tanah

Terdapat empat langkah yang perlu dilakukan untuk memudahkan pengelasan tanah
dilakukan dengan kaedah pengelasan tanah bersekutu. Langkah-langkah tersebut adalah
seperti ditunjukkan dalam jadual 6.3 :-

Langkah 1
Lihat % telus pada ayak no. 200 :
Jika < 50%, maka tanah tersebut adalah S dan G.
Jika > 50%, maka tanah tersebut adalah M,C, O dan Pt
Langkah 2
Sekiranya =>S dan G : Sekiranya => M, C, O dan Pt:
Lihat peratus telus ayak no. 4 : Lihat nilai LL :
Jika < 50% - GW, GP,GM dan GC. Jika < 50% - ML, CL dan OL.
Jika > 50%, - SW. SP, SM dan SC. Jika > 50% - MH, CH, OH.

Langkah 3 :
Sekiranya => GW, GP,GM dan GC: Sekiranya => ML, CL dan OL:
Lihat peratus telus ayak no. 200: Lihat carta keplastikan :
Jika < 5%, - GW dan GP Untuk menentukan salah satu jenis
Jika > 12%, - GM dan GC. tanah sama ada ML atau CL atau OL.
Jika 5% - 12%, - Kes sempadan, perlu
kedua-dua simbol di atas. Sekiranya => MH, CH dan OH:
Lihat carta keplastikan :
Sekiranya => SW, SP,SM dan SC: Untuk menentukan salah satu jenis
Lihat peratus telus ayak no. 200: tanah sama ada MH atau CH atau OH
Jika < 5%, - SW dan SP (Selesai)
Jika > 12%, - SM dan SC.

56
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Jika 5% - 12%, - Kes sempadan, perlu


kedua-dua simbol di atas.

Langkah 4
Sekiranya => GW dan GP : Sekiranya => SW dan SP :
Lihat lengkung agihan saiz zarah, Lihat lengkung agihan saiz zarah,
Tentukan Cu dan Cc Tentukan Cu dan Cc
 GW : Cu > 4, 1 < Cc < 3  SW : Cu > 6, 1 < Cc < 3
 GP : Tidak masuk julat di atas  SP : Tidak masuk julat di atas
(Selesai) (Selesai)

Sekiranya => GM dan GC. Sekiranya => SM dan SC.


Lihat carta keplastikan : Lihat carta keplastikan :
Untuk menentukan salah satu jenis Untuk menentukan salah satu jenis
tanah sama ada GM atau GC. tanah sama ada SM atau SC.
(Selesai) (Selesai)

Jadual 6.3 : Prosedur Pengelasan Tanah

57
BAB 2 GEOTEKNIK 1

Contoh 6.1

Satu sampel tanah tanpa organik diambil untuk analisis agihan saiz zarah. Keputusannya
adalah seperti berikut. Buat pengelasan tanah tersebut mengikut Sistem Pengelasan
Tanah Bersekutu.

% Telus
No. Ayak
Tanah A Tanah B
# 4 (4.75 mm) - 91

# 10 (2.00 mm) 68.5 79.5

# 20 (0.85 mm) 54.9 -

# 40 (0.425 mm) 36.1 69.0

# 60 (0.25 mm) - -

# 100 (0.15 mm ) 22.5 61.0

# 200 (0.075 mm) 18.1 54.3

LL 34.8 54.5

PL 17.5 30.7

Penyelesaian

Merujuk kepada jadual 6.2 : Sistem Pengelasan Tanah Bersekutu dan


rajah 6.1 : Carta Keplastikan.

Untuk Tanah A :

Peratus melepasi ayak # 200 = 18.1 < 50%

58
BAB 2 GEOTEKNIK 1

 Tanah berbutiran kasar iaitu G dan S


Peratus Pasir = % melepasi ayak # 4 - % melepasi ayak # 200
= 100 % - 18.1 %
= 81.9 % > 50 %
 Tanah jenis pasir – S

Peratus melepasi ayak # 200 = 18.1 % > 12 %


 Tanah jenis SM atau SC

Diberi, LL = 34.8 % , PL = 17.5 %


PI = LL - PL
= 34.8 % - 17.5 %
= 17.3 %

Daripada carta keplastikan,

 Tanah jenis CL

Oleh itu, sampel tanah A adalah pasir bertanah liat yang mempunyai keplastikan rendah.

Untuk Tanah B :

Peratus melepasi ayak # 200 = 54.3 % > 50 %


 Tanah jenis M, C, O atau Pt.

LL = 54.4 % > 50 %
 MH, CH dan OH

Diberi, LL = 54.5 % , PL = 30.7 %


PI = LL - PL
= 54.5 % - 30.7 %

59
BAB 2 GEOTEKNIK 1

= 23.8 %
Daripada carta keplastikan,

 Tanah jenis MH

Peratus pasir = % melepasi # 4 - % mepelasi # 200


= 91.0 % - 54.3 %
= 36.7 %

Peratus kerikil = % melepasi # 100 - % mepelasi # 4


= 100 % - 91 %
= 9%

Oleh itu, tanah B adalah jenis tanah kelodak berpasir yang mempunyai keplastikan tinggi.

60

Das könnte Ihnen auch gefallen