Sie sind auf Seite 1von 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN THREE RIVERS

TUISYEN GAPAI GEMILANG SPM BIOLOGI


BAB 1 : SISTEM PENGANGKUTAN

NAMA:

TINGKATAN :

1 (a) Rajah 1 menunjukkan dua sistem penting dalam manusia, P dan Q.

P Q
Rajah 1

(i) Jelaskan perbezaan kedua-dua sistem tersebut.


[6 markah]
(ii) Nyatakan fungsi kedua-dua sistem dalam pengangkutan.
[2 markah]

(b) 2 pesakit pergi jumpa doktor. Pesakit pertama dirawat dengan serum dan pesakit kedua
disuntik dengan vaksin.
Bincangkan jenis keimunan diperoleh oleh kedua-dua pesakit.
[12 markah]

2 (a) Rajah 2 menunjukkan sistem peredaran dalam manusia dan amfibia.

Rajah 2
Bandingkan sistem peredaran dalam manusia dan sistem peredaran dalam amfibia.
[8 marks]
(b) Tekanan darah normal dalam manusia ialah 120/80 mmHg. Tekanan darah murid yang
menduduki peperiksaan telah dipantau selama 1 jam. Pada 10 minit pertama, tekanan
darahnya meningkat ke 145/110 mmHg. Selepas 25 minit, tekanan darah kembali kepada
keadaan normal.
Jelaskan mekanisme pembetulan yang berlaku dalam badannya.
[12 marks]

3 (a) Rajah 3.1 menunjukkan eksperimen menggelang pada bahagian kulit batang suatu
tumbuhan. Tumbuhan tersebut disiram dengan air setiap hari.

Rajah 3.1
Jelaskan apa yang berlaku kepada tumbuhan tersebut selepas satu bulan berdasarkan Rajah
3.1.
[4 marks]
(b) Rajah 3.2 menunjukkan struktur stoma.

Rajah 3.2
Jelaskan peranan stoma yang penting dalam proses transpirasi.
[8 marks]
(c) Rajah 3.3 menunjukkan arteri seorang pesakit jantung. Doktor menasihati pesakit menjalani
pembedahan untuk mengeluarkan seksyen X.

Rajah 3.3

Bincangkan kesan pesakit tersebut jika dia mengabaikan nasihat doktor.


[8 marks]
JAWAPAN TUISYEN GAPAI GEMILANG BIOLOGI BAB 1:

1 (a) (i) P Q
Sistem terdiri daripada satu jantung sebagai Sistem ini tidak mempunyai sebarang
pam pam
Semua salur limfa mempunyai injap
Hanya vena mempunyai injap
kecuali kapilari limfa
Salur berterusan Salur hujung tumpul
Darah terdiri daripada sel darah merah, sel
Hanya sel darah putih hadir dalam limfa
darah putih dan platlet
Darah mengandungi asid lemak dan gliserol Limfa mengandungi asid lemak dan
yang rendah gliserol yang tinggi
Tekanan aliran darah tinggi Tekanan aliran limfa rendah
(ii) - P mengangkut oksigen dan glukosa
- Q mengangkut asid lemak dan gliserol
(b) Pesakit pertama:
- Serum dalam plasma darah mengandungi antibodi yang melawan jangkitan tertentu
- Serum diberikan kepada pesakit yang dijangkiti dengan penyakit
- Apabila serum disuntik ke dalam badan pesakit, antibodi akan memusnahkan patogen
- Tiada antibodi akan dihasilkan dalam badan pesakit
- Selepas beberapa masa, antibodi dalam serum akan mati
- Suntikan kedua diperlukan jika pesakit masih dijangkiti
Pesakit kedua:
- Vaksin adalah patogen yang lemah atau mati
- Ia disuntik ke dalam seseorang untuk merangsang penghasilan antibodi untuk melawan
jangkitan tertentu
- Ia disuntik sebelum seseorang dijangkiti dengan penyakit
- Apabila patogen memasuki badan seseorang, antibodi akan melawannya
- Jika antibodi dihasilkan adalah rendah selepas suntikan pertama, suntikan kedua
diperlukan untuk meningkatkan penghasilan antibodi
- Penghasilan antibodi adalah tahan lama

2 (a) Persamaan:
- Kedua-duanya mempunyai sistem peredaran tertutup
- Kedua-dua sistem mempunyai jantung sebagai pam
- Kedua-dua sistem mempunyai 3 jenis salur iaitu arteri, vena dan kapilari
- Dalam kedua-dua sistem, darah mengalir dua kali melalui jantung dalam satu
pengedaran
- Kedua-dua sistem mengangkut oksigen
Perbezaan:
Sistem peredaran manusia Sistem peredaran amfibia
Jantung terdiri daripada 4 ruang Jantung terdiri daripada 3 ruang
Jantung mempunyai 2 ventrikel Jantung mempunyai hanya satu ventrikel
Darah beroksigen dipisahkan sepenuhnya Darah beroksigen tidak dipisahkan sepenuhnya
dengan darah nyahoksigen dengan darah nyahoksigen
(b) - Peningkatan tekanan darah akan merangsang baroreseptor
- Baroreceptor menghantar impuls saraf ke medula oblongata
- Medula oblongata memproses impuls dan hantar ke efektor
- Otot licin salur darah akan melonggarkan
- Lumen salur darah akan menjadi lebih besar
- Rintangan pengaliran darah akan menurun
- Otot jantung akan menguncup dengan perlahan
- Kadar denyutan jantung juga menurun
- Tekanan darah akan menurun
- Tekanan darah normal tidak akan merangsang baroreceptor
- Tiada impuls saraf dihantar ke medula oblongata
- Effectors berhenti sambutan

3 (a) - Bahagian atas batang akan membengkak selepas satu bulan.


- Hal ini disebabkan pengumpulan hasil fotosintesis.
- Floem diputuskan disebabkan gelangan floem yang telah dibuang dari batang.
- Bahagian bawah batang mengecil.
- Hal ini disebabkan gangguan bekalan makanan dari bahagian atas.
(b) - Setiap stoma dikelilingi oleh dua sel pengawal.
- Kadar penyerapan air daripada tanah dipengaruhi oleh transpirasi.
- Semakin tinggi suhu, semakin tinggi transpirasi.
- Haba memberi tenaga kinetik kepada molekul air untuk keluar daripada daun melalui
stoma.
- Kadar penyerapan air berkurang apabila tanah menjadi kering.
- Hal ini menyebabkan penurunan transipasi dan stoma tertutup dengan cepat untuk
mengurangkan kehilangan air.
- Angin menghilangkan wap air dan meningkatkan kadar transpirasi melalui stoma.
- Angin yang kuat akan menyebabkan stoma tertutup untuk mencegah kehilangan air
yang banyak dan mengurangkan kadar transpirasi.

(c) - Keadaan arteri menunjukkan pesakit tersebut menghadapi arteriosklerosis


- Lumen arteri menjadi sempit
- Kerana pemendapan plak pada dinding dalaman arteri
- Mengeraskan arteri
- Perkembangan selanjut plak akan menyebabkan lumen menjadi lebih sempit dan darah
akan mengalir dengan perlahan
- Boleh membuat darah beku
- Jika darah beku adalah tak alih, ia dipanggil trombus
- Jika darah beku adalah alih, ia dipanggil embolus
- Kedua-dua keadaan akan membuat aliran darah terhalang
- Sakit jantung boleh berlaku

Das könnte Ihnen auch gefallen