Sie sind auf Seite 1von 13

Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393

Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di


Bandar Baharu, Kedah.

1.0 PENGENALAN

Sumber air merupakan air yang terdapat dari 3 kelompok iaitu air permukaan, air di bawah
tanah, dan air dari langit. Ketiga-tiga sumber ini merupakan sumber air yang dapat memberi
manfaat kepada makhluk hidup. Sebagai contoh, Empangan Hulu Langat merupakan
sumber air utama bagi penduduk di Selangor. Sumber air amat penting dalam kehidupan
seharian di mana segala aktiviti kehidupan seharian menggunakan air seperti untuk mandi,
untuk minum dan sebagainya. Sumber-sumber air ini perlu dijaga dan dipertahankan agar
terus bersih dan tidak tercemar supaya dapat digunakan untuk manfaat masing-masing.

Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kesedaran pelajar mengenai
sumber air. Hal ini demikian kerana pelajar merupakan golongan muda yang harus diberi
didikan sejak dari usia muda untuk menjaga alam sekitar. Kajian ini dijalankan di kawasan
daerah Bandar Baharu, Kedah. Responden yang dipilih secara sampel melibatkan 6 buah
sekolah yang terdiri dari pelajar tingkatan 2 sekitar Bandar Baharu, Kedah. Pengkaji
mengambil tempoh selama 11 bulan untuk menyiapkan kajian ini. Hal demikian kerana
proses untuk mengambil data primer iaitu soal selidik memerlukan masa yang agak lama.

Kesedaran pelajar berkaitan sumber air amat penting kerana sikap cintakan alam sekitar
harus dipupuk sejak kecil. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kesedaran
pelajar mengenai sumber air. Pelajar harus mengetahui jenis-jenis sumber air yang ada di
bumi ini. Mereka juga harus mengetahui punca-punca berlakunya pencemaran dan krisis
air. Selain itu, mereka juga harus mengetahui langkah-langkah yang boleh diambil untuk
menjaga sumber air. Oleh sebab itu, kajian ini sangat penting untuk mengkaji tahap
kesedaran pelajar mengenai sumber air dan seterusya dapat digunakan oleh pihak
berkenaan untuk mengambil langkah yang seterusnya berdasarkan dapatan kajian.

1
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

2.0 LATAR BELAKANG

Air merupakan komponen yang penting bagi kehidupan. Makhluk yang hidup di muka bumi
ini sangat memerlukan air untuk terus hidup. Air dapat ditemui dari pelbagai sumber iaitu dari
atas permukaan tanah, dari bawah tanah serta dari langit juga. Negara Malaysia merupakan
negara yang kaya dengan pelbagai sumber air yang datang dari pelbagai sumber. Malaysia
mengalami purata hujan tahunan sebanyak 2500 mm hingga 3000 mm setahun. Bukan itu
sahaja, sumber-sumber air yang lain seperti Tasik Kenyir dan Sungai Kinabatangan merupakan
sumber air yang besar kepada negara kita. Sumber air bawah tanah juga merupakan sumber air
yang ada di bumi. Namun demikian, tidak dinafikan negara kita juga turut mengalami krisis
air. Krisis air yang berlaku tidak berlaku di ke semua kawasan. Krisis air yang berlaku hanya
melibatkan beberapa kawasan yang tidak dapat dielakkan.
Krisis air berlaku disebabkan oleh fenomena alam seperti kemarau panjang (El Nino) yang
sangat terkesan kepada Malaysia. Kemarau yang panjang (El Nino) akan menganggu kitaran
air yang ada di bumi di mana air yang tersejat melebihi dari air yang ada di bumi. Hal ini
berlarutan dalam tempoh masa yang lama dan secara tidak langsung menyebabkan krisis air
berlaku di negara kita. Fenomena El Nino yang berlaku di Malaysia pada tahun 2016 banyak
memberi kesan kepada berlakunya krisis air di Malaysia sehingga langkah untuk melakukan
pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mengatasi permasalahan yang berlaku. Walau
bagaimanapun, fenomena cuaca ini kebiasaannya menyebabkan krisis air berlaku di kawasan
yang jauh dari sumber air seperti di kawasan bandar. Selain daripada faktor fizikal, faktor
manusia juga turut menjadi punca kepada berlakunya krisis air di Malaysia. Aktiviti
penebangan hutan di kawasan tadahan air merupakan aktiviti yang tidak bermoral yang
menjejaskan kawasan tadahan air yang merupakan sumber air bersih. Aktiviti penerokaan huta
akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah yang membawa kepada pemendapan tanah
berlaku sehingga mencemarkan kawasan tadahan air yang merupakan sumber air yang sedia
ada.
Oleh demikian, pentingnya kesedaran tentang punca-punca berlakunya krisis air supaya dapat
mencegah dari melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya krisis air. Hal ini
kerana kebanyakkan punca berlakunya krisis air disebabkan oleh faktor manusia itu sendiri
yang tidak menjaga alam ini dengan baik. Tajuk berkaitan sumber air telah diterapkan kepada
pelajar dalam subjek geografi untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat
sejak dari usia muda. Hal ini bukan sahaja memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar
berkaitan sumber air, bahkan dapat memupuk sikap pelajar untuk terus menjaga sumber alam
ini dari terus tercemar.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan yang melibatkan pelajar tingkatan 2 di daerah Bandar Baharu, Kedah
sebagai responden yang digunakan dalam kajian ini. Terdapat beberapa faktor yang difikirkan
pengkaji sehingga tercetusnya idea untuk menjalankan kajian ini. Faktor pertama iaitu
mengukur tahap pengetahuan dan kesedaran pelajar tentang sumber air. Hal ini kerana
pengetahuan pelajar berkaitan sumber air amat penting untuk menerapkan ilmu geografi
kepada pelajar sejak dari bangku sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan
kesedaran pelajar terhadap pentingnya menjaga sumber air dari terus tercemar sehingga boleh
membawa kepada krisis air sekiranya tidak dijaga.

2
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

Faktor kedua, jika tahap kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang sumber air kurang
memberangsangkan, pada masa akan datang berkemungkinan ia akan menyebabkan pelbagai
masalah alam sekitar berlaku. Perkara ini pasti akan menjejaskan pelbagai perkara termasuklah
kualiti hidup penduduk serta kualiti air dan boleh menyebabkan krisis air berlaku. Hal ini
demikian kerana, kesan negatif aktiviti manusia tidak dapat diminimumkan sekiranya kurang
kesedaran dan pengetahuan tentang sumber air itu sendiri. Jika pelajar tidak mengambil berat
dalam menjaga sumber air, kelestarian alam sekitar tidak dapat dikekalkan dan pelbagai
masalah alam sekitar akan berlaku disebabkan tiada kesedaran dan sikap tanggungjawab dalam
menjaga alam sekitar.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

1) Menilai tahap kesedaran pelajar berkaitan sumber air.


2) Apakah faktor faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar mengenai sumber
air.
3) Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam mengaplikasikan
penjagaan sumber air.

5.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

5.1 Matlamat Kajian


Kajian ini bermatlamat untuk mendapatkan gambaran sebenar berkaitan dengan tahap
kesedaran pelajar mengenai sumber air. Selain itu juga, faktor-faktor yang mempengaruhi
tahap pengetahuan pelajar mengenai sumber air juga ingin dikenalpasti dan ingin melihat
masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam mengaplikasikan penjagaan sumber air.

5.2 Objektif Kajian


1. Mengenalpasti tahap kesedaran pelajar mengenai sumber air.
2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan pelajar mengenai
sumber air.
3. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam mengaplikasikan
penjagaan sumber air.

6.0 DEFINISI OPERASI

6.1 Sikap
Menurut Aiken (2000), sikap merupakan kecenderungan untuk bertindak secara positif ataupun
negatif terhadap objek tertentu, situasi, institusi, konsep ataupun seseorang. Menurut Rashid

3
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

(2001), sikap memberi maksud kesan yang khusus kepada tingkah laku, daya usaha, kesedaran
dan minat. Mueller (1986) pula menyatakan, sikap adalah gambaran sejauh mana seseorang itu
menyukai atau tidak menyukai sesuatu. Dalam kajian ini, sikap merujuk kepada sikap pelajar
mengenai sumber air.
6.2 Pengetahuan
Menurut Abdul Hamid (2004) pengetahuan adalah suatu peringkat dalam bentuk kebenaran,
prinsip dan maklumat. Ia berkaitan dengan perkara yang sudah dialami ataupun pengalaman
baru yang diperolehi. Oleh itu, dalam kajian ini pengetahuan ditafsirkan sebagai maklumat
sedia ada pelajar berkaitan dengan sumber air.
6.3 Kesedaran
Menurut Amar Mahmood (2007) kesedaran ialah tahap peka ataupun pemahaman berkenaan
sesuatu perkara. Kesedaran adalah langkah pertama dalam minda manusia bagi semua perkara.
Dalam kajian ini, kesedaran ditafsirkan sebagai kesedaran pelajar mengenai kepentingan
sumber air yang ada di Malaysia.
6.4 Sumber Air
Menurut Sipes (2010) sumber air adalah melibatkan air di permukaan tanah, air di bawah tanah,
dan air yang jatuh dari langit. Dalam kajian ini, tahap pengetahuan, kesedaran, dan sikap pelajar
berkaitan sumber air merupakan aspek yang dikaji.

7.0 LIMITASI KAJIAN

Mana-mana kajian yang dijalankan pengkaji pasti akan mempunyai batasan tertentu. Dalam
kajian ini, limitasi yang akan wujud adalah seperti berikut:
7.1 Masa
Tempoh masa yang digunakan dalam mengjalankan kajian ini dalam lingkungan 2 semester
iaitu setahun sahaja. Dalam tempoh tersebut, masa yang terhad tidak mencukupi untuk
mengkaji tahap kesedaran pelajar mengenai sumber air. Responden yang terlibat juga hanya
pelajar di daerah Bandar Baharu, Kedah sahaja, jika peruntukan masa yang lebih panjang kajian
ini boleh melihat tahap kesedaran pelajar mengenai sumber air di seluruh Kedah.
7.2 Perbelanjaan
Dalam setiap kajian yang dijalankan, peruntukkan kewangan sememangnya diperlukan
memandangkan setiap kos perjalanan dan kos lain-lain adalah ditanggung sendiri. Bagi
mendapatkan data daripada pelajar di berlainan sekolah, ia pasti melibatkan kos.
7.3 Kejujuran respoden
Limitasi yang biasa yang dihadapi oleh pengkaji adalah masalah berkaitan dengan kejujuran
respoden sewaktu mengisi borang soal selidik. Bagi sesetengah responden yang mengambil
jalan mudah, mereka hanya sekadar isi dan tidak memahami atau membaca sepenuhnya
pernyataan di setiap item di dalam borang selidik.

4
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

8.0 REKABENTUK TEORI/ REKABENTUK KONSEP

9.0 SOROTAN LITERATUR


Ang Kean Hua (2014) telah menjalankan kajian mengenai Sungai Melaka dan pelan
pembangunan sumber air. Seramai 200 orang responden yang terdiri daripada penduduk
tempatan telah di temubual menggunakan kaedah soal selidik. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif bagi mengetahui persepsi warga tempatan dengan menggunakan kaedah
soal selidik. Antara pendekatan kajian yang digunakan dalam Teknologi Hijau adalah
melibatkan program biodiesel, program tenaga solar, penggunaan kereta elektrik, dan program
pemuliharaan sungai. Program ini telah dirumuskan sebagai dasar atau polisi yang sesuai untuk
mengekalkan persekitaran dalam jangka masa panjang. Undang-undang dan peraturan
memainkan peranan penting dalam menjayakan program Teknologi Hijau. Dapatan kajian
menunjukkan meskipun pada umumnya warga tempatan amat menyanjung program mesra
alam ini namun mereka merasakan adalah paling mustahak bagi kerajaan negeri memberikan
tumpuan kepada penyelesaian sumber air sungai Melaka.
Abdul Afiq Masleh (2014) pula telah menjalankan kajian tentang penglibatan stakeholder
dalam pengurusan sumber air tawar. Kajian ini telah dilaksanakan selama tiga tahun bermula
dari 2010 sehingga 2013 di kawasan tadahan air tawar meliputi 11,600 hektar yang
merangkumi sepuluh buah kampung di Mukim Kirokot, Tambunan Sabah. Fokus kajian adalah
di dua cabang sungai utama iaitu sungai Nukakatan dan sungai Mensangoh. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif. Hasil tinjauan mendapati terdapat konflik di antara
komuniti dan alam sekitar di mana komuniti Dusun telah lama mendirikan penempatan di
sepanjang sungai tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapatkan data
primer. Sumber air domestik di kawasan ini juga bergantung kepada sistem air graviti.
Kepelbagaian akses terhadap semula jadi ini memerlukan pengurusan alam sekitar yang
mampan. Hasil dapatan kajian mendapati pada peringkat kerajaan, agensi yang terlibat telah
memberikan khidmat bantuan teknikal dalam menguruskan sumber sungai dan hutan.
Peringkat institusi pendidikan tinggi telah menjalankan ekspedisi saintifik bagi mewujudkan
data maklumat persekitaran. Peringkat bukan organisasi kerajaan telah memberikan khidmat
sokongan aktiviti pemeliharaan alam sekitar manakala peringkat komuniti dan sekolah telah
melaksanakan aktiviti yang memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kesedaran
menjaga alam sekitar melalui pendidikan, bengkel serta forum.
Seterusnya, Ang Kean Hua (2014) telah menjalankan kajian mengenai potensi instrumen moral
dalam melestarikan sumber air di Malaysia. Kajian ini telah dijalankan di Sungai Melaka,
Melaka. Kajian ini dijalankan untuk menilai penilaian moral terhadap sumber air lestari di
sungai Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah yang melibatkan pengumpulan data kuantitatif
melalui soal selidik. Kajian ini menggunakan 400 orang responden yang tinggal berhampiran
dengan sungai Melaka memandangkan pengalaman dan pengetahuan mereka mengenai
sumber air semula jadi, khususnya sungai Melaka. Kajian ini juga menggunakan perspektif
responden terhadap empat pembolehubah (peranan individu dalam mewujudkan sikap prihatin
dan menghormati alam sekitar, peranan ibu bapa dalam memupuk sifat kasih sayang terhadap
alam sekitar, peranan masyarakat dalam mengembeling nilai murni agama dan moral terhadap
alam sekitar) disukat dengan menggunakan lima skala Likert (sangat tidak setuju, tidak setuju,
biasa, setuju, sangat setuju). Hasil kajian menunjukkan bahawa bahawa sebahagian besar
responden menyatakan setuju dan sangat setuju dengan pembolehubah peri pentingnya
peranan individu dalam mewujudkan sikap prihatin dan menghormati alam sekitar
(88.5%), peranan ibu bapa dalam memupuk sikap menyayangi alam sekitar (84.8%),
peranan masyarakat dalam mengembeling sikap melindungi alam sekitar( 82.8%), dan

5
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

peranan pendidikan nilai murni agama dan moral terhadap alam sekitar (60.3%). Dapatan ini
menunjukkan potensi instrumen moral dalam melestarikan pengurusan sumber alam
khususnya sumber air di Sungai Melaka.
Selain itu, Mohd Ekhwan Toriman, Mokhtar Jaafar, dan Sharifah Mastura Syed Abdullah
(2008) telah menjalankan kajian mengenai permodelan aliran persekitaran sebagai alat kepada
pengurusan sumber air. Kajian ini telah dijalankan di lembangan Sungai Perlus, Malaysia.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian ini merupakan kajian terperinci
penilaian impak alam sekitar yang menggunakan permodelan aliran persekitaran. Model ini
penting kepada penggerak projek bagi membina rekabentuk yang sesuai terhadap keperluan
alam sekitar, terutamanya untuk pengurusan sumber air masa hadapan. Kajian ini juga
menggunakan Penilaian Aliran Persekitaran (EFA) bagi menganggar kuantiti dan masa aliran
sungai untuk melestarikan nilai- nilai ekosistem. Kajian ini menggunakan cadangan
pembinaan projek kuasa eletrik hidro di Sg. Pelus, Perak bertujuan menilai ciri aliran sungai
semasa dan memodel EFA bagi tujuan pengalihan Sg Pelus. Luahan sungai harian (m3/s)
yang direkodkan di Sg Pelus (Stesyen No. 6035) dan Sg. Yum (Stesyen No. 6044) telah diguna
bagi mereka bentuk keluk kadar luahan. Aliran rendah kemudian telah dikira menggunakan
persamaan 7Q10 bagi menganggar purata 7-hari aliran rendah yang direkodkan sekali dalam
tempoh 10 tahun. Hasil kajian menunjukkan purata luahan harian bagi kedua-dua stesyen (6035
dan 6044) ialah 5.080 m3/s dan 11.391 m3/s. Keluk kadar luahan menunjukkan 50 peratus
luahan 4 m3/s akan bersamaan atau melepasi di Stesyen 6044 manakala 8.2 m3/s akan melebihi
atau bersamaan di Stesyen 6035. Keperluan Penilaian Aliran Persekitaran bagi kedua-dua
parameter ialah 0.613 dan 0.426 m3/s. Hasil kajian yang diperolehi bagi model tersebut
penting dalam menguruskan sungai sekurang-kurangnya ke tahap Kelas II selepas projek
pengalihan sungai dilaksanakan.
Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Zainudin Othman, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, dan
Yazid Saleh (2014) telah menjalankan kajian mengenai air hujan sebagai sumber air alternatif
yang berpotensi. Kajian in telah dijalankan di Tanjong Malim, Perak. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif. Kajian ini telah membuat penelitian terhadap trend hujan tahunan untuk
tempoh 40 tahun bagi melihat keupayaan sumber jangka panjang serta ujian kualiti air turut
dilakukan bagi mengenal pasti tahap kebersihan air bagi kegunaan domestik.Dapatan kajian
menunjukkan kawasan Tanjong Malim sememangnya menerima hujan tahunan yang tinggi
iaitu melebihi 2400 mm setahun sejak tahun 1960 dan amat bersesuaian untuk ditakung sebagai
alternatif kepada sumber air. Dengan penemuan ini, masyarakat dapat menjadikan sumber air
hujan sebagai sumber alternatif bekalan air selain menjimatkan perbelanjaan bil utiliti.

10.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN

Metodologi penyelidikan adalah merupakan kaedah, pendekatan atau pun cara yang
digunapakai dalam mendapatkan data-data penting untuk digunakan dalam mencapai objektif
dan matlamat kajian. Kaedah kajian yang sesuai dan sistematik akan mengarahkan kajian untuk
mencapai objektif yang diinginkan.
Bahagian ini akan membincangkan metodologi kajian yang digunakan sepanjang kajian ini
dijalankan. Pengkaji telah merancang dengan teratur susunan kaedah yang sesuai dalam
melaksanakan kajian ini bagi memperolehi maklumat yang tepat. Pengkaji akan menggunakan
kaedah penyelidikan secara kualitatif dalam menyiapkan kajian ini yang mana ia lebih bersifat

6
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

subjektif . Dalam bahagian ini juga, akan membincangkan dengan lebih terperinci perkara yang
penting dalam metodologi dan strategi yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini.
I. Pengumpulan data
II. Instrumen kajian
III. Persampelan

Metodologi kajian ini disusun dengan baik beserta dengan strategi yang tersusun bagi
mendapatkan data dan maklumat yang tepat bagi mencapai objektif dan matlamat kajian.

10.1 Peta Lokasi


Kajian ini dijalankan dengan memilih daerah Bandar Baharu, Kedah sebagai kawasan kajian
yang mana mengfokuskan kepada sekolah-sekolah menengah daerah Bandar Baharu, Kedah.

Rajah 2.0: Peta Daerah Bandar Baharu, Kedah


Sumber :
https://www.google.com/maps/place/Bandar+Baharu,+Kedah/@5.1127244,100.4514896,11.
01z/data=!4m5!3m4!1s0x304aad922d96665b:0x5b73836f615df9a!8m2!3d5.131163!4d100.4
95534

7
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

10.2 Pengumpulan Data


10.2.1 Kaedah Pengumpulan Data
10.2.1.1 Data Primer
Menurut Umar (2003), data primer merupakan data yang diperolehi secara langsung di kajian
lapangan oleh pengkaji sebagai objek penulisan. Data primer ini diperolehi bagi mendapatkan
data-data baru yang belum diperolehi oleh mana-mana pihak lain lagi yang menjadi sumber
utama dalam memperoleh data. Data primer ini yang membantu kajian menjadi lebih tepat
memandangkan data primer ini diambil secara terus di kawasan kajian pengkaji. Dalam kajian
ini, data-data primer diperolehi daripada maklum balas borang soal selidik yang diedarkan
dalam kalangan pelajar tingkatan 2 yang berada di daerah Bandar Baharu, Kedah.
10.2.1.2 Data Sekunder
Menurut Sugiyono (2005), data sekunder adalah data yang tidak langsung diperolehi kepada
pengkaji. Data sekunder ini diperolehi bagi menyokong data primer dari segi dapat
menjelaskan dan membuktikan tajuk kajian berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah
dijalankan. Data sekunder yang diperolehi dalam kajian ini diambil daripada laman web rasmi
seperti laman web Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dalam mendapatkan data-
data sokongan untuk digunakan dalam kajian ini.

10.3 Instrumen Kajian


Kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif serta
kuantitatif dalam mendapatkan data kajian. Terdapat beberapa instrumen kajian yang dipilih
oleh pengkaji untuk digunakan sepanjang kajian ini dilaksanakan seperti kaedah soal selidik,
kaedah pemerhatian serta kaedah temu bual yang berstruktur dalam mengukuhkan lagi dapatan
kajian yang diperolehi nanti.

10.3.1 Soal Selidik


Bagi pemerolehan data primer ini, pengkaji akan menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen kajian. Menurut Mohd Majid Konting (1990), instrumen soal selidik dianggap sesuai
dalam bidang pengumpulan data. Pembinaan item yang baik akan menghasilkan borang soal
selidik yang baik dan mudah difahami oleh responden. Setiap item yang akan dijawab oleh
responden akan menggunakan skala likert.

10.3.2 Pemerhatian
Pengkaji akan mengadakan kaedah pemerhatian ini selain daripada kaedah-kaedah yang
dinyatakan di atas bagi mendapatkan data pengkaji sendiri melalui penilaian dan pemerhatian
di kawasan kajian pengkaji. Pemerhatian yang dilakukan pengkaji adalah berdasarkan perkara-
perkara tertentu termasuklah aspek perbuatan dan kehidupan seharian tanpa mempedulikan
kehadiran pengkaji.

8
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

10.3 Persampelan
Persampelan merujuk kepada proses memilih sejumlah subjek yang ditetapkan daripada
sekumpulan populasi untuk dijadikan responden kajian. Dalam kajian ini, persampelan
dilakukan dengan mengambil sampel dari setiap sekolah untuk dijadikan responden kajian.

11.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi melihat tahap kesedaran pelajar mengenai sumber air. Kajian ini
dapat memberi manfaat kepada semua pihak antaranya:
11.1 Pelajar
Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat kefahaman pelajar dalam tajuk sumber air yang
telah dipelajari semasa di tingkatan 1. Dalam kajian ini, pelajar tingkatan 2 di daerah Bandar
Baharu, Kedah telah dipilih sebagai responden. Pelajar dapat mengetahui tahap pengetahuan
dan kesedaran mereka berkaitan topik sumber air yang merupakan topik dalam silibus yang
telah mereka belajar semasa di tingkatan 1.

1.2 Ibu Bapa


Kepentingan kajian ini juga turut diperolehi oleh ibu bapa di mana mereka dapat menyedari
tahap kesedaran dan tahap pengetahuan anak mereka mengenai sumber air. Oleh itu, ibu bapa
dapat membuat keputusan untuk menghantar anak mereka ke tuisyen untuk memahirkan lagi
kefahaman anak mereka jika tahap kefahaman anak mereka kurang memberangsangkan.

11.3 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)


Kepentingan kajian ini turut diperolehi kepada Pejabat Pelajaran Daerah, terutama dalam
mengetahui tahap pengetahuan pelajar tentang sumber air yang merupakan tajuk yang diajar
dalam sukatan pelajaran. PPD juga dapat menambah baik dan membuat langkah seterusnya
dalam memastikan pelajar dapat menguasai subjek geografi dengan baik.

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Perkara Kegunaan Bilangan kos Jumlah

9
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

Borang soal Diedarkan kepada responden 400 keping RM0.50 x 400 RM200
selidik untuk mendapatkan data primer
Pengangkutan Digunakan semasa bergerak ke 7 Hari RM5 x 7 RM35
kawasan kajian untuk bertemu
responden
Buah tangan Diberikan kepada pihak sekolah 6 buah RM10x 6 RM60
setelah selesai soal selidik.
(cenderahati)
JUMLAH KESELURUHAN RM295

13.0 JADUAL KERJA

Tahun (2018/2019)
Bulan 7 8 9 10 11 12 1 2 3 4 5
Mencari √
Tajuk
Mengenal
pasti √
kesesuaian
tajuk
Menilai,
memiliih dan
mengesahkan √
tajuk yang
dipilih
Menulis
proposal √
Menyemak
keseluruhan √
proposal yang
ditulis
Menilai dan
mengsahkan √
proposal
Mencari
bahan rujukan √ √
melalui

10
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

internet dan
buku
Mengumpul
data melalui
keadah √ √
pemerhatian
dan soal
selidik
Membuat
analisis data √
Menilai dan
mengesahkan √
penulisan
penyelidikan
tesis
Hantar
penulisan dan
penyelidikan √
kepada
penyelia

11
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

14.0 RUJUKAN

Abdul Hamid, M, A. (2004). Andragogi: Mengajar orang dewasa belajar. Bentong, Pahang:
PTS.
Abdul Afiq Masleh. (2014). Pengurusan Alam Sekitar: Penglibatan Stakeholder dalam
Pengurusan Sumber Air Tawar di Kawasan Tadahan. Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris, 2 (1), 120 – 135.
Aiken, L., R. (2000). Psychological Testing and Assessment, Ed, ke-10: Allyn & Bacon.
Ang Kean Hua. (2017). Sungai Melaka dan Pelan Pembangunan Sumber Air Negeri: Kajian
kes persepsi warga tempatan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space,
10(6).
Ang Kean Hua. (2014). Potensi instrumen moral dalam melestarikan sumber air di Malaysia-
Kajian kes Sungai Melaka. Geografia Malaysian Journal of Society and Space, 10 (5),
44- 55
Amar Mahmood. (2007). Rahsia minda jutawan. PTS Professional.
Google Maps (2017). Peta Daerah Kota Bharu. Diperolehi pada Oktober 8 2018 daripada
https://www.google.com/maps/place/Bandar+Baharu,+Kedah/@5.1127244,100.4514
896,11.01z/data=!4m5!3m4!1s0x304aad922d96665b:0x5b73836f615df9a!8m2!3d5.1
31163 4d100.495534 .
Husien Umar. (2003). Metode Penelitian Untuk Skripsi Tesis dan Bisnis. Jakarta.
Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (2018). Isu dan Cabaran. Diperoleh pada 24
Oktober 2018 daripada http://www.kats.gov.my/ms-my/air/Pages/default.aspx.
Mueller, D. J. (1986). Measuring Social Attitudes, New York : teachers college.
Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Zainudin Othman, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, dan
Yazid Saleh. (2014). Rainwater as a Potential Alternative Source of Water in Tanjong
Malim, Perak.
Mohd Ekhwan Toriman., Mokhtar Jaafar., Sharifah Mastura Syed Abdullah. (2008).
Permodelan aliran persekitaran sebagai alat kepada pengurusan sumber air: kajian
terperinci penilaian impak alam sekitar di Lembangan Sungai Pelus, Malaysia. e-
Bangi : Journal of Social Sciences and Humanities, 3(1).
Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Sipes, J. L. (2010). Sustainable solutions for water resources: policies, planning, design, and
implementation. John Wiley & Sons.
Sugiyono (2005). Memahami Penelitian Kualitatif. Bandung : Alfabeta.

12
Mohamad Razif Bin Ismail & D20161074393
Tahap Kesedaran Sumber Air Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Bandar Baharu, Kedah.

13

Das könnte Ihnen auch gefallen