Sie sind auf Seite 1von 4

TAJUK: PERMATA UNTUK PERWIRA (ROSLI DHOBY)

WATAK 1
PENCERITA
Dengarkan kisah satu riwayat
Kisah pejuang bergadai hayat
Dikarang dinukil jadi hikayat
Agar menjadi tamsil ibarat

Insan terbilang bukan sebarang


Besar baktinya buktinya terang
Bukan petualang tapi pejuang
Nama dijulang Rosli dikenang

Rosli Dhoby dilahirkan pada tanggal 18 Mac 1932 di Kampung Siong Sibu. Merupakan anak kedua
daripada 3 orang adik-beradik kepada pasangan Dhoby Bujang dan habibah Haji Lamit.
Beliau bersifat ulat buku selain suka mendengar radio dan menonton wayang yang
menyangkan kisah bangsawan Melayu. Rosli ialah seorang anak muda yang berperilaku baik, bertutur
kata sopan, berbudi Bahasa, pintar serta kreatif. Rosli juga seorang yang berbakat dalam bidang
penulisan. Hal ini dibuktikan apabila salah sebuah puisinya yang berjudul ‘PanggilanMu Yang Suchi’
terpapar dalam utusan Sarawak. Pernah menjadi guru namun meletak jawatan pada 1947 untuk
mengajar di sekolah rakyat Sibu.
Sejak usia 15 tahun lagi, Rosli Dhoby melibatkan diri dalam salah satu Gerakan Anti-
Penyerahan dengan meneyrtai Gerakan Pemuda Melayu Sibu (GPMS) dan menganggotai Rukun 13
yang bertujuan untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British oleh pemerintahan Sir vyner
Brooke. Sarawak telah diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946. Sir
Duncan Stewart adalah antara Gabenor British yang pernah bertugas di Sarawak.

Khabar bersurat, nyala semangat


Bulat muafakat capai sepakat
Sebelum terlambat elok dihambat
Korban berdarah Tarikh keramat

Pada 3 Disember 1949 Sir Duncan Stewart iaitu Gabenor British yang kedua di Sarawak dijadualkan
akan membuat lawatan rasmi ke Sibu. Perbincangan sulit diadakan oleh Rosli Dhoby Bersama rakan-
rakan Rukun 13 yang lain untuk merancang pembunuhan Sir Duncan Stewart. Hasil perbincangan,
Rosli telah dipilih untuk merealisasikan hasrat Rukun 13 kerana beliau adalah calon yang sesuai
memandangkan Rosli baru sahaja berumur 16 tahun pada masa itu dan menurut undang-undang
beliau tidak dikenakan hukuman mati apabila melakukan pembunuhan kerana dibawah umur.
Pada hari kejadian yakni pada 3 Disember 1949, ahli-ahli Rukun 13 turut berkumpul dengan
penduduk Sibu untuk menyambut kedatangan Sir Duncan Stewart. Kira-kira jam 9.30 pagi, Rosli
meluru kea rah gabenor sambal melaung, ‘Keluar dari Sarawak atau kamu mati’ lalu menusuk sebuah
pisau kelasi yang disapu racun ke perut Sir Duncan Stewart. Akibatnya Rosli Dhoby diberkas Bersama
Morshidi Sidek yang menyerang pegawai Inggeris berhampiran yang bernama Mr. Dilks. Sir Duncan
Stewart yang parah ditikam oleh Rosli meninggal dunia 7 hari kemudian iaitu pada 10 Disember 1949.
Ahli Rukun 13 yang lain kemudiannya ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara.
TAJUK: PERMATA UNTUK PERWIRA (ROSLI DHOBY)

Aduhai pewira pilu rasanya


Kerana angkara sirna benarnya
Luhur budimu tiada bandingnya
Watan dibela nyawa gantinya

WATAK 2
ROSLI DHOBY

(Keadaan menjadi kelam kabut. Lasykar yang mengiringi Sir Duncan Steward terus merengkuh Rosli
Dhoby. Rosli Dhoby dihentak dengan kasar dan ganas oleh lasykar itu)

(Menjerit)

Dialog 1: Aku puas! Aku sungguh gembira hari tok! Toklah detik bersejarah anak Melayu yang menikam
dada penjajah yang paling kubencik sekali dalam hidupku! Allah hu akhbar! Allah hu akhbar! Allah hu
akhbar! Biar mampus kau ya Duncan Steward! Aku puas ngirim kamu ke neraka jahanam nun! Aku
gembira sekali hari tok. Aku gembira sekali detik tok! Ya! Aku ngakuk membenamkan kebencianku ke
dada penjajah ya dengan penuh semangat perjuangan nasionalisme tanpa rasa prejudis diri! Biar
sejarah menjadi saksi bahawa kebencian rakyat selamak tok terbukti bukan kebencian yang murahan
seperti tanggapan Inggeris! Selamat tinggal Duncan Steward yang budiman! Aku rela mati demi
agama, demi bangsa, demi negeri berdaulat tok dan demimu Sarawak tanahairku yang tercinta!
Allahhu akbar! Allahhu akbar! Allahhu akbar!

Dialog 2: Wahai kitak orang Sarawak bangkitlah demi membebaskan tanahair bermaruah tok dari
dipijak oleh perakus dan penjajah yang kejam dan sik bertamadun ya! Mari kita ikrarkan semangat
perjuangan yang sik kan lenyap walau sedetik pun di negeri berdaulat tok! Mari kita bersama-sama
menidakkan kesombongan dan keangkuhan perompak Inggeris tok! Inggeris adalah perompak!
Inggeris dan Brooke peroboh tembok kedamaian! Sidaknya lah bangsa penjajah yang kejam dan
prejudis! Mari kita halaukan Inggeris dari tanahair yang berdaulat tok! Jangan biarkan sidaknya terus
menjajah anak cucuk cicit kitak kelak! Merdeka! Merdeka!

(Hentakan bertali arus terus mengena belakang dan susuk tubuh Rosli Dhoby. Namun tidak sedikit dia
mengerang kesakitan, malahan dia terus tersenyum puas sambil mengacungkan tangannya)

Dialog 3: Rosli Dhoby sik kan mati! Rosli Dhoby sik kan mati! Rosli Dhoby akan hidup dalam hati dan
perasaan segenap generasi negeri tok! Rosli Dhoby sik kan mati dengan jerutan tali gantung Inggeris!
Rosli Dhoby akan hidup di dalam semangat negeri tok. Rosli Dhoby adalah catatan sejarah Sarawak
yang berjuang demi tanahair tercinta! Rosli Dhoby sik mati! Rosli Dhoby terus hidup dalam hati dan
perasaan pejuang nasionalisme bangsa yang berdaulat! Allah hu akhbar! Allah hu akhbar! Allah hu
akhbar!
TAJUK: PERMATA UNTUK PERWIRA (ROSLI DHOBY)

WATAK 1
PENCERITA

Sebelum menjalani hukuman, Rosli Dhoby menyerahkan surat terakhirnya kepada seorang warden
yang bernama Sumarja Mohamad atau Pak S. Berikut adalah isi kandungannya:

Dengan secharek kertas ini dan se-putung pensil untuk renungan sepanjang
masa. Sayasi-penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa-perjuangan, saya
ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah
bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya
menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga
sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di- budaki oleh penjajah, saya
mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima
hukuman yang telah di jatohkan di-mahkamah.

Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di-akhir kelak balek ke-pengkuan
Ibu-pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan
datang-nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa-genap
plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan.

Amin ya rabbul alamin berkat doa laillaha-illahi Muhammada Rasulullah. Dan saya uchapkan
jutaan terima kasih kepada saudara Pak. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa-nya dengan
penuh layanan, nasehat yang belom pernah di-dengar oleh saya dari awal hingga akhir.

Harapan ini surat jangan sekali di-beri sesiapa pun. Simpan baik-bai, barangkali di-lain masa
ada guna-nya.

Ditulis pada 1-3-1950


TAJUK: PERMATA UNTUK PERWIRA (ROSLI DHOBY)

PERMATA UNTUK PERWIRA

Telah kusiapkan satu daerah paling sunyi


Dalam hatiku untuk kau isi
Sebagai srikandi

Untuk kau penuhi dengan kehebatan


Seorang perwira
Untuk kau beri erti nilai perjuangan
Untuk dihargai dengan kasih sayang

Kau ingin kujadi bangsa mulia


Yang tahu harga jasa dan budi
Pejuang berani
Rosli Dhoby di hati

Setelah engkau pergi


Kuingin kau mengerti
Bahawa diri ini
Setia berjanji yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Demi kau selamanya

PENULIS SKRIP: HALIMAH BINTI MENTALI

Das könnte Ihnen auch gefallen