Sie sind auf Seite 1von 2

Kesan Pencemaran Alam Ke Atas Manusia

perlukekesah.blogspot.com/2010/08/kesan-pencemaran-alam-ke-atas-manusia_17.html

NOR AMIRUL ALIFF BIN NORHAROZI


206043
Di dalam al-Quran,manusia telah beberapa kali diberi peringatan supaya tidak
melakukan kerosakkan di atas muka bumi kerana perbuatan itu sangat-sangat
dibenci Allah selain amat merugikan manusia.Pelbagai kesan negatif timbul akibat
daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam
sekitar.Kesan-kesan negatif daripada pencemaran ini adalah seprti pemanasan
global,bencana alam,jerebu,pencemaran air,kimia dan lain-lain lagi.Kesemua kesan-
kesan ini mampu memberi kesan yang negatif ke atas diri manusia.

Kesan Pemanasan Global


Isu pemansa global kerap kali diperdebatkan di peringkat dunia.Kita sering kali
melihat dan mendengar pelbagai berita mengenai isu pemanasan global dan kesan
buruknya ke atas kehidupan manusia.Pemanasan global merupakan satu fenomena
di mana keadaan di permukaan bumi semakin bertambah panas.Hal ini terjadi
kerana kandungan tinggi karbon dioksida dan kloroflorokarbon(CFC) yang tinggi di
atmosfera.Bahan kimia CFC yang terkandung di dalam udara mampu menyebabkan
lapisan bumi iaitu lapisan ozon semakin menipis.Hal ini menggalakkan penembusan
sinaran matahari yang merbahaya seperti sinar UV.Kesannya manusia yang terdedah
kepada cahaya ini boleh dijangkiti penyakit yang merbahaya iaitu penyakit kanser
kulit.Pemanasan global memberi impak kepada kehidupan manusia.Contohnya cuaca
yang terlalu panas akan menjejaskan tanaman dan mampu menyebabkan kematian
haiwan ternakan.Ini benar-benar menyebabkan kerugian yang cukup tinggi kepada
golongan petani dan peladang terutamanya.Pemanasan global juga boleh
menyebabakan berlakunya bencana alam yang mampu meragut ratusan nyawa
manusia.Contohnya,banjir besar yang sering melanda negara China dan dianggarkan
beratus terkorban manakala beribu lagi hilang tempat tinggal.Puncanya,apabila ais di
kutub utara dan selatan semakin mencair maka paras air dunia mula meningkat lalu
melimpahi dan mengelamkan pulau-pulau kecil.Sekiranya fenomena ini tidak
dibendung maka tragedi 24 disember 2004 akan berrulang kembali.

Kesan Jerebu
Fenomena yang sering kali melanda negara kita.Komponen-komponen yang terdapat
perhatian dalam jerebu adalah seperti karbon monoksida,sulfur dioksida,nitrogen
dioksida,ozon.habuk-habuk dan lain-lain lagi gas-gas yang merbahaya.kesemua gas-
gas ini mampu memberi kesan kepada kesihatan manusia terutamanya golongan
yang mempunyai penyakit asma,alahan,penyakit paru-paru,golongan ibu
mengandung,golongan warga tua dan golongan kanak-kanak.Selain itu,jerebu mampu
menyekat kehidupan seharian manusia.Bagi mereka yang bekerja di luar
bangunan,rutin harian kerja mereka akan terganggu.Ini memnyebabkan mereka tidak
dapatr menumpukan perhatian dan seterusnya menyebabkan produktiviti kerja
1/2
mereka menurun.Bagi mereka yang gemar melakukan aktivi luar pula,keadaan cuaca
yang berkabus dan udara yang kotor menyebabkan semua aktiviti mereka terpaksa
dihentikan.Selain daripada itu hujan yang turun ketika jerebu boleh mendatangkan
mudarat kepada manusia.Ini kerana air hujan tersebut telahpun bercampur dengan
gas-gas yang merbahaya dan terhasillah hujan asid.

Kesan Pencemaran Air


Lebih daripada 70 peratus planet kita diseliputi air.Tidak sampai 1 peratus pun air
yang boleh dijadikan minuman.Justeru itu,air merupakan nadi kehidupan.Semua
kehidupan di muka bumi ini memerlukan air sebagai asas untuk hidup.Tanpanya,
mustahil untuk manusia meneruskan kehidupan.Air yang tercemar merupakan 1
masalah besar buat manusia.Semua aktivit harian manusia yang berkaitan dengan air
tidak dapat dilaksanakan.Sekiranya kita menggunakan sumber air yang tercemar,ia
mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia.Baru-baru ini di Lubuk Yu
Maran di Pahang telah mencatatkan kematian akibat daripada pencemaran kencing
tikus di kawasan terbabit.Selain itu pelbagai lagi penyakit boleh dijangkiti akibat
daripada pencemaran air iaitu penyakit taun,keracunan,penyakit kulit dan macam-
macam lagi.Pendek kata sekiranya kesemua sumber air bersih sedia ada telah
dicemari maka manusia akan menghadapi kesukaran untuk hidup di masa hadapan.

2/2

Das könnte Ihnen auch gefallen