Sie sind auf Seite 1von 3

BELIMBING TANAH

animhosnan.blogspot.com/2013/12/belimbing-tanah.html

BELIMBING TANAH (Tacca criststa Jack) merupakan tumbuhan jenis herba yang jarang-
jarang kita menjumpai atau mengenalinya. Nama botani lain bagi tumbuhan unik ini adalah
Tacca integrifolia Ker Gawl dimana tumbuhan ini juga dipanggil Janggut Adam, Janggut Baung,
Kelamoyang Air, Sebiak, Pelemah Urat, Keladi Murai dan beberapa lagi. Dalam bahasa
Inggeris ia dikenali sebagai Bat Lily, Black Lily iaitu tumbuhan dari keluarga Taccaceae (Jarang
kita dengar). Tumbuhan ini adalah natif dikawasan hutan hujan tropikan seperti di negara
kita dan beberapa negara jiran lain. Kali pertama saya kenal tumbuhan ini setelah membuat
lawatan teknikal dan belajar di Taman Herba Negeri Perak di Gopeng bersama pasukan
teknikal. Saya telah diperkenalkan oleh pengurus taman sejenis tumbuhan umbisi yang
bernama Belimbing Tanah. Saya bertanya kenapa ia dinamakan belimbing tanah?. Tidak
ada jawapan yang dapat diberikan masa itu kerana tidak dicatitkan maklumatnya.
Bagaimana pun hasil daripada pemerhatian yang dibuat saya dapati buahnya memang
seperti buah belimbing buluh dan ada segi tetapi keluad dibahah dan hampir dengan tanah.
Hanya terdapat beberapa pokok tanaman belimbing tanah yang sedang berbunga di taman
tersebut dan ianya amat unik sekali. Tumbuhan ini saya fikir memang jarang ditanam oleh
orang kebanyakann. Saya difahamkan tumbuhan herba ini mempunyai banyak khasiat
perubatan dan telah dimenafaatkan oleh pengamal perubatan tradisional sejak lama dulu.
Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis
tumbuhan herba yang kurang pupular untuk bacaan kita semua.

Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1
meter bagi jenis liar di negara lain. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk
bujur telur (ovate) dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut) dan ada
jaluran yang jelas. Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan yang lazimnya akan terbit
dihujung tangkai yang tumbuh tegak (Lihat foto sebelah). Didalam taman yang saya lawati,
didapati tumbuhan ini mencapai ketinggian sekitar 60 cm dari paras tanah. Tumbuhan ini
tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit di negara kita dan juga
negara jiran yang mempunyai iklim dan habitat sama. Cara pembiakan belimbing tanah
adalah dengan mengambil rizom pokok atau anakbenih yang dipecahkan untuk ditanam
dikawasan baru. Sebaiknya kawasan ada sedikit teduhan atau naungan seperti habitat asal
dihutan. Ia sesuai tumbuh dikawasan tanah subur yang agak lembab dan mempunyai saliran
baik. Tumbuhan ini memang subur dalam kawasan yang mempunyai naungan sekitar 60-
70% dimana ia kurang sesuai dalam kawasan yang terbuka.

Mengenai khasiat dan kegunaan, saya telah merujuk banyak laporan dimana ada dakwaan
bahawa tumbuhan ini agak popular di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia dalam
perubatan tradisional. Selalunya air rebusan akar tumbuhan ini lazim digunakan secara
tradisional untuk merawat penyakit seperti penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air
mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan.
Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok Selayar Hitam
(Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah
daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.
1/3
Selain itu terdapat tumbuhan iaitu dinamakan Pelemah Urat iaitu sejenis tumbuhan jenis
herba yang tumbuh tegak, mempunyai ubi dalam tanah, batangnya pendek dan lembut
seakan pokokk belimbing tanah. Daunnya jenis tunggal, bersaiz besar, pangkal daun bentuk
bulat, lebar di bahagian tengah ke hujung, hujungnya tirus runcing, teksturnya tebal, licin
dan lembut, lamina atasnya hijau berkilat, tangkai daun panjang, daun tersusun padat
mengelilingi batang. Jambak bunga bertangkai panjang, keluar tegak dari celah daun, bunga
tersusun padat di hujung atasnya, bunganya besar berwarna ungu kehitaman, mempunyai
struktur seperti benang panjang yang keluar terjuntai berwarna putih keungguan. Buahnya
besar bersegi seperti belimbing, buah muda berwarna hijau bertukar hitam apabila masak.
Tumbuhan berumpun ini agak sukar ditemui namun ia biasanya didapati tumbuh liar
dikawasan yang agak redup terutamanya dikebun getah, dikawasan lembap hutan tanah
pamah dan lereng bukit. .Daunnya lebar dan panjang berukuran kira-kira 15 inci
panjangnya. Ia membiak melalui rizom dan pokoknya jika dilihat sekali imbas menyerupai
pokok kunyit.

KEGUNAAN BELIMBING TANAH

Tumbuhan ini didakwa berkhasiat dan sesuai untuk mengatasi masalah masaalah seperti
darah tinggi, kencing manis dan juga mengurangkan bengkak. Daripada laporan yang saya
baca, berikut adalah maklumat berguna yang mungkin boleh dijadikan panduan mengenai
khasiat daripada belimbing tanah. Batang Daun (Leaf stalks) sesuai untuk merawat Penyakit
Kulit (Skin disease) dan bahagian Daun (Leaves) untuk kawalan masaalah Darah Tinggi (high
blood pressure), diabetes, bengkak dan benjolan (swelling). Dilaporkan juga keseluruhan
Tanaman (Whole plant) memang boleh digunakan untuk rawatan diabetes, masalah buah
pinggang (kidney problem) dan hypertension. Bahagian akar muda (Tubers) boleh mengatasi
masallah gatal disebabkan ulat bulu (rash caused by caterpillar poison).

CARA MENGGUNAKAN

Bagaimanakah kita hendak menggunakan tumbuhan ini?. Mungkin ramai tidak pernah tahu
atau pernah menggambil tumbuhan ini sebagai bahan untuk kesihatan. Jika kita hendak
gunakan bahagian daun, maka ambil daun muda yang sesuai dibersihkan kemudian
direbus. Air rebusan daun muda diminum sebagai tonik kesihatan untuk megubati darah
tinggi dan kencing manis. Cara lain adalah dengan daunnya yang lebar dilayur atas api
supaya panas sedikit, kemudian digunakan sebagai pembalut atau dibuat tekap pada
bahagian buku lali dan lutut yang sakit untuk menghilangkan bengkak urat dan sakit sendi.
Saya ada baca laporan cara perubatan tradisional diThailand menggunakan empulur pokok
belimbing tanah bagi menggawal tekanan darah tinggi dan didakwa mampu untuk
menambah baik fungsi seksual. Di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia pula
dilaporkan bahawa air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat
beberapa masaalah. Antaranya adalah ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi.
Caranya adalah dengan mengambil seluruh pokok ini termasuk akar dan buahnya direbus
hingga mendidih dan airnya diminum dua kali sehari. Ia seperti laporan diatas merupakan
satu itu tonik yang juga berupaya mengubati masalah buasir, kencing manis dan lemah
jantung.

2/3
Di Terengganu juga ada dilaporkan bahawa pelepah daunya pula boleh digunakan untuk
merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu. Sebaiknya kita joleh jadikan
tumbuhan ini sebagai satu ramuan dalam mandian bagi merawat wanita selepas bersalin
dan untuk membuang angin dalam badan. Terkini ada laporan iaitu tumbuhan ini
mampu mengugat akan bahan penyebab kanser (Cytotoxic) dan boleh mengelakkan
serangan Kanser Sel Payudara. Diharap artikel ini menambahkan pengetahuan penulis dan
pembaca semua. Wasallam!

BELIMBING TANAH... APA BENDANYA....


POKOK HERBA... MEMANG JARANG ADA...
IA BERKHASIAT...PELBAGAI GUNANYA...
KENCING MANIS & GATAL... ANTARANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1203, Muar Traders Hotel,
Muar, Johor,
Malaysia.
(9 Safar 1435H)

3/3

Das könnte Ihnen auch gefallen