Sie sind auf Seite 1von 4

Sejarah Negara Besut

diniahfalahiah.blogspot.com/2012/04/sejarah-negara-besut.html

Untuk
menjelaskan mengenai daerah Besut secara jelas adalah sesuatu yang agak
mustahil. Ini kerana kurangnya sumber yang menerangkan mengenai daerah ini
melainkan hanya beberapa sumber seperti penulisan Hikayat Abdullah Munsyi dalam
Pelayaran Abdullah ke Kelantan juga kitab karangan seorang Bugis iaitu Raja Ali
Haji yang bertajuk Tuhfat al Nafis serta juga sumber-sumber lisan daripada
masyarakat tempatan.
Asal-Usul Nama Besut.
Besut
bukanlah perkataan dielek yang digunakan oleh masyarakat tempatan. Oleh itu,
Besut kemungkinan Besar tidak merujuk kepada sesuatu peristiwa atau tanda
tempat seperti Kg Pengkalan Kastam, Kg Raja yang jelas menunjukkan tanda
sesuatu tempat. Oleh itu, ada beberapa pendapat yang menyatakan bagaimana Besut
mendapat nama. Sumber pertama menyatakan bahawa nama Besut diperolehi daripada
perkataan Siam iaitu Be bermaksud “ daerah” dan Sut bermaksud “ yang
jauh”. Dikatakan bahawa pada masa ini, Besut merupakan sebuah daerah dibawah
naungan kerajaan Siam. Sebuah daerah yang jauh mungkin merujuk kepada jauhnya
daerah ini daripada pusat pengtadbiran Siam yang berada di Bangkok. Namun
sumber ini masih boleh diperdebatkan lagi. pertama sekali dalam sumber ini
tidak menyatakan secara jelas bilakah jangkasamasa dan waktu pentadbiran Siam
keatas Besut. Dan bagaimana Siam boleh menguasai Besut sedangkan beberapa
negeri di utara Besut masih merupakan negeri yang merdeka seperti Patani
sekurang-kurangnya sehingga abad ke-19.
Pendapat
kedua pula menyatakan nama Besut diperoleh daripada nama seorang ketua suku
kaum Pangan yang bernama Besut. Suku
kaum tersebut dikenali sebagai suku kaum Sakai yang telah mendiami kawasan
Besut lebih awal sebelum kedatangan en Latif. Besut telah dating dan mendiami
kawasan ini selepas Raja Sang Nyanya yang merupakan seorang lanun yang kejam
dan zalim meninggal dunia.
Dalam
catatan Abdullah Munsyi dan Tuhfat al Nafis pula menyatakan mengenai kisah en
Latif yang telah membeli daerah ini dengan segantang mata kail dan permata.
Dikisahkan bahawa Cik Latif merupakan seorang saudagar yang sering berulang
alik dari Patani untuk menjalankan kegiatan jual beli. Beliau dikatakan berasal
daripada Sumatera Indonesia. Dengan menawarkan segantang mata kail dan permata,
orang Pangan daripada suku Sakai tersebut telah diminta untuk berpindah
daripada situ. Dengan itu, Besut dan pengikutnya telah mudik ke Teluk Bida dan
1/4
dikatakan mendiami kawasan Hulu Besut sekarang ini. Dengan itu, Cik Latif dan
pengikutnya telah membina petempatan dikawasan Sungai Besut dan memberi nama
kawasan tersebut Palembang mungkin disebabkan tempat asal beliau ataupun
kawasan tersebut seperti Palembang di Sumatera. Palembang telah dijadikan pusat
pentadbiran pertama di Besut sebelum Kampung Raja.
Selepas
Cik Latif meninggal dunia, Palembang pada masa itu telah menghadapi ancaman
lanun yang serius. Pemerintah ketika itu iaitu Cik Kamat telah gagal
menyelesaikan masalah tersebut sehingga beliau terpaksa untuk meminta bantuan
kerajaan Terengganu untuk menumpaskan lanun di kawasan perairan Palembang pada
masa itu. Sultan Mansur 1 ( 1726-1793 ) telah menghantar anak baginda iaitu
Tengku Kadir sebagai panglima untuk menghapuskan lanun di kawasan
tersebut.Tengku Kadir telah berjaya dalam peperangan tersebut yang mana telah
memaksa lanun untuk meninggalkan kawasan Palembang ke kawasan Pulau Perhentian.
Tengku Kadir telah dilantik oleh Baginda Sultan Terengganu sebagai pemerintah
di kawasan Besut dan Cik Kamat telah dilantik menjadi Orang Besar Besut dan
diberikan kawasan Pulau Rhu. Sepanjang
pemerintahan Tengku Kadir beliau telah cuba memperkuatan lagi pertahanan di
kawasan ini dengan membina benteng-benteng dikawasan sekitar Sungai Besut dan
kawasan sekitar Kota Palembang. Baginda telah memindahkan kawasan pentadbiran
dan juga mendiami kawasan yang dikenali sehingga sekarang sebagai Kampung Raja.
Membebaskan Diri Dari Pengaruh
Terengganu
Selepas
kemangkatan Tengku Kadir, Tengku Ali telah dilantik sebagai pemerintah
seterusnya. Tengku Ali pada masa itu telah cuba untuk membebaskan Besut dari
pengaruh Terengganu yang dikenali sebagai Perang Besut. Tengku Ali telah
bertindak secara sulit untuk memerdekakan Besut dengan cuba mendapat bantuan
daripada Kelantan. Beliau telah melakukan pemberontakan keatas Kerajaan
Terengganu di Kuala Terengganu pada tahun 1876. Tindakan ini diambil apabila
Sultan Omar pada masa itu telah mengawal secara langsung Negeri Besut sehingga
minimbulkan rasa tidak puas hati Tengku Ali. Semasa upacara perlantikan Tengku
Ahmad sebagai Yam Tuan Muda Terengganu, Tengku Ali tidak hadir dalam majlis
tersebut sehingga baginda menghantar rombongan ke Besut dan mendapati Tengku
Ali sedang mengumpul kekuatan untuk melakukan pemberontakan dengan bantuan
Kelantan. Dengan itu baginda telah menghantar surat kepada kerajaan Singgora,
Siam dan Kelantan untuk tidak campur tangan dalam urusan hal-ehwal tanah
jajahan Terengganu. Baginda juga telah menyediakan angkatan tentera seramai
8000 orang untuk menyerang Besut dari jalan laut.
Tengku
Ali telah melarikan diri ke Kelantan. Dengan itu, Sultan Terengganu telah
melantik Tengku Ngah sebagai pemerintah di Kampung Raja. Selepas berlakunya
krisis meruncing di Besut antara Tengku Ngah dan Tengku Muda di Kampung Lampu
maka Tengku Ngah telah menyerahkan pemerintahannya kepada adiknya Tengku Chik

2/4
Haji. Bagi menyelesaikan kemelut ini, Sultan telah turun sendiri dan melantik
Tengku Chik Haji sebagai Raja Besut kerana kedudukan Kampung Raja yang seperti
matahari naik. Tengku Ngah merupakan Raja Terakhir Besut dan baginda telah
meneruskan legasi Tengku Chik Haji. Baginda telah mangkat selepas 19 tahun
memerintah iaitu pada tahun 1899. Selepas itu, Besut telah diperintah oleh
pesuruhjaya yang dilantik oleh Sultan Terengganu.
Benarkan Besut Pernah Berada Di
Bawah Kelantan?
Cerita
rakyat banyak menyebut bahawa Besut pada mulanya merupakan wilayah Kelantan.
Selapas Sultan Kelantan kalah judi maka Besut telah diserahkan kepada
Terengganu. Cerita rakyat ini bukan hanya tersebut di kawasan Terengganu dan
Kelantan sahaja namun saya pernah mendengar cerita ini daripada orang yang luar
daripada Kelantan dan Terengganu bahkan ada pensyarah jabatan Sejarah Upsi
sendiri yang berpendapat demikian. Sehingga sekarang saya tidak menemukan peristiwa
laga ayam sebagaimana yang dimaksudkan itu.
Namun
kisah laga ayam tersebut pernah berlaku semasa pemerintahan Sultan Mansor
Terengganu yang juga dikenali sebagai Tun Dalam. Pertandingan laga ayam ini
antara baginda dengan orang Bugis dan mempertaruhkan sebahagian daripada negeri
Terengganu. Baginda Sultan Mansor amat membenci Bugis kerana Bugis telah
menguasai pemerintahan Johor pada masa itu dibawah Sultan Sulaiman Badrol Alam
Syah. Sultan Sulaiman Badrol Alam Syah merupakan ayah ipar kepada Sultan
Mansor. Semasa pertandingan laga ayam itu, ayam Sultan Terengganu telah
mengalami kekalahan dan Besut telah diserahkan kepada Bugis. Semasa Long Yunus
( pewaris raja Kelantan yang diabaikan, namun kemudian menjadi raja Kelantan
juga ) dan Long Ghafar dating ke Besut, beliau berdua berasa sedih kerana Besut
telah jatuh kepada Bugis. Oleh itu dalam senyap-senyap mereka berdua telah
berpakat untuk sekali lagi laga ayam dengan Bugis dengan taruhannya ialah
Besut.,Kali ini mereka berdua berjaya mengalahkan Bugis dan Besut sekali lagi
di serahkan kepada Terengganu. Kisah kedua menyebut bahawa Sultan Terengganu
telah meminta ayam sabung Long Yunus yang terkenal hebat itu. Long Yunus telah
membantu Terengganu sebagai membalas jasa Terengganu kerana menolongnya
merampas kembali takhtha Kelantan.
Melalui
peristiwa ini, dapatlah dirungkaikan bahawa Besut tidak pernah berada dibawah
kerajaan Kelantan bahkan hanya dibawah pengaruh Terengganu sehinggalah
sekarang. Cerita-cerita yang tersebar dalam kalangan masyarakat itu kemungkinan
merupakan salah faham dalam kalangan masyarakat dalam menentukan hakikat
sejarah. Mungkin disebabkan Long Yunus yang mengalahkan Bugis maka penduduk dan
masyarakat pada masa itu menganggap Besut telah berada dibawah Kelantan dan
cerita ini telah diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga cerita ini
seolah-olah menjadi fakta sejarah….

3/4
4/4

Das könnte Ihnen auch gefallen