Sie sind auf Seite 1von 3

Besut Sebahagian Kelantan??

pp-sk.blogspot.com/2015/02/besut-dan-jerteh-sebahagian-kelantan.html

Pendahuluan

Besut dan Jerteh adalah daerah Terengganu yang bersempadan dengan Jajahan Pasir Puteh,
Kelantan. Ramai yang maklum Terengganu mempunyai dialek tersendiri sepertimana orang-
orang Kelantan. Satu kehairanan bagi orang-orang Kelantan dan juga orang Terengganu
sendiri berkenaan orang-orang Besut dan Jerteh kerana dari segi sempadan kedua daerah
ini terletak dalam Negeri Terengganu Darul Iman, tetapi mereka bertutur Dialek Kelantan.
Justeru, ramai orang Kelantan menyangka kedua-dua daerah Terengganu itu asalnya
sebahagian Kelantan.

Sejarah Besut dan Jerteh mengikut versi lisan masyarakat di Kelantan menyatakan kedua-
dua daerah itu menjadi bahagian Terengganu kerana Kelantan tewas dalam sabung ayam,
berikut dari itu tercetus juga peperangan antaran Kelantan dengan Terengganu berebutkan
dua daerah tersebut. Kisah inilah diturunkan temurun hingga menimbulkan salah faham
dikalangan khalayak umum. Rekod Kelantan tidak menyatakan dengan jelas pemilikkan
daerah Besut ini, dalam versi sejarah Kelantan dikenali dengan nama Negeri Kerat Lintang
menyatakan Long Yunus diberi kuasa memerintah dari Kuala Kemasin, Kota Bharu, Tabal,
hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat) manakala Long Ghafar memerintah dari Limbat hingga
ke Jeram (Pasir Puteh), Besut tidak dinyatakan.

Sejarah Besut

Penamaan daerah ini sebagai Besut mempunyai pelbagai versi, ada menyatakan nama Besut
ini nama Siam yang bermaksud Daerah Pengkahiran dengan BE bermaksud daerah dan SUT
membawa maksud Hujung atau Pengkahiran. Versi masyarakat setempat di Besut pula
menyatakan bahawa, pada satu masa, terdapat Ketua Lanun dari kalangan Orang Darat,
mereka sangat ganas dan kejam hingga tidak ramai yang tinggal di kawasan tersebut. Ketua
Lanun itu bergelar BESUT dan juga dikenali sebagai Raja Sang Nyana, setelah kematian
beliau, kumpulan Orang Darat tersebut menggelar tempat tinggal mereka itu sempena nama
Raja mereka iaitu BESUT.

Catatan rasmi dalam Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan karangan Abdullah Munsyi dan
Tuhfatulnafis karangan Raja Ali Haji yang mengisahkan sekumpulan pedagang dari Patani
yang diketuai oleh Chik Wan Abdul Latif (Cik Latif) telah datang ke Besut. Cik Latif dipercayai
berasal dari Sumatera dan sudah biasa berdagang di Patani, beliau disebut telah berjaya
memujuk Orang Darat untuk berpindah ke kawasan Hulu Besut dengan habuan segantang
mata kail. Kemudian beliau dan orang-orangnya telah membina sebuah penempatan

1/3
ditebing Sungai Besut dan diberi nama Palembang sempena nama negerinya di Sumatera
dan ia menjadi pusat pentadbiran yang pertama untuk Besut sebelum berpindah ke
Kampung Raja.

Setelah kematian Cik Latif, anaknya Cik Namat telah menjadi Ketua orang-orang di Kampung
Palembang, Lanun-lanun yang berkubu di pulau sekitar Besut telah melancar serangan
keatas Besut dan pentadbiran Cik Namat tidak berdaya untuk menangkis serangan ganas
lanun yang diketuai oleh Panglima Ebeh dan Panglima Garang. Cik Nama telah meminta
bantuan dari Terengganu yang pada masa itu dirajai oleh Sultan Mansur I dan pihak
Terengganu tidak berkeberatan untuk membantu Besut. Baginda Sultan telah menghantar
Tengku Kadir untuk mengetuai angkatan Terengganu bagi membenteras ancaman lanun
tersebut seterusnya memaksa lanun tersebut berundur ke Pulau Perhentian.

Mengenang jasa Tengku Kadir, ayahandanya telah memberi kuasa kepada beliau untuk
memerintah Besut, Cik Namat pula dilantik sebagai Orang Besar Besut serta mendapat hak
keatas Pulau Rhu. Tengku Kadir telah mentadbir Besut dengan baik. beliau telah membina
benteng dan kubu di sepanjang Sungai Besut selain itu telah membina penempatan baru
dan dikenali sebagai Kampung Raja seterusnya menjadi pusat pentadbiran Besut. Setelah
beliau mangkat, anakandanya, Tengku Ali sebagai Raja Besut, ketika pemerintahan beliaulah
telah tercetusnya konflik antara Besut dan Terengganu yang dicatat dalam rekod Sejarah
Terengganu sebagai Peperangan Besut.

Peperangan Besut

Perang ini tercetus pada 23 Syawal 1292H bersamaan 22 November 1875 ia dikatakan
berpunca daripada perasaan tidak puas hati Tengku Ali kepada dasar pemerintahan Sultan
Umar yang memerintah daerah-daerah secara langsung. Perkara ini jelas mencabar
kekuasaan Tengku Ali ke atas Besut, sedangkan beliau sudah memerintah di situ selama 15
tahun tanpa campur tangan Kerajaan Negeri. Ekoran itu, Tengku Ali secara rahsia
mendapatkan bantuan daripada Kelantan untuk menjatuhkan Sultan Umar di Kuala
Terengganu. Sewaktu isiadat melantik Tengku Ahmad sebagai Yang diPertuan Muda
Terengganu. Tengku Ali tidak menghadirkan diri dan perkara ini jelas diragui oleh baginda
Sultan Omar, lantas menghantar rombongan ke Besut untuk mendapatkan penjelasan dari
Tengku Ali. Rombongan tersebut mendapati Tengku Ali sedang mengumpulkan pasukan
bersenjata dari Kelantan untuk menentang Sultan Umar.

Serentak dengan itu, Kerajaan Negeri Terengganu telah menghantar surat bantahan kepada
pemerintah Siam di Singgora dan juga bantahan serta amaran kepada Sultan Muhammad
II supaya tidak mencampuri hal ehwal di Terengganu, khususnya di Besut. Sultan Umar juga
telah menghantar Mufti Haji Wan Abdullah bin Muhammad Amin ke Kelantan untuk
menyampaikan hasrat baginda yang tidak berhasrat hendak mengubah sempadan antara

2/3
Kelantan-Terengganu. Sebelum ini Kelantan dan Terengganu telah terlibat dalam siri
peperangan yang panjang dan kerana itu pihak Kesultanan Kelantan juga tidak berhasrat
untuk terlibat dalam kancah peperangan lagi.

Kerajaan Terenganu telah menggerakkan 8000 askar mengikut darat dan laut diketuai oleh
Panglima Besar Orang Kaya Megat Seri Mahkota Raja (Wan Abdul Rahman bin Idris) dan telah
membedil Besut dari Laut, setelah angkatan ini mendarat di Besut, Tengku Ali telah
melarikan diri ke Kelantan dan meinggal dunia di sana pada 9 Disember 1875. Pemerintahan
Besut telah diwakilkan kepada Tengku Ngah dan kemudiannya diteruskan oleh Tengku Chik
Haji anak kepada Tengku Kadir, setelah itu Besut berada dalam keadaan aman dan damai.

Penutup

Kesultanan Terengganu pada hari ini adalah dari susur galur dari Tun Zainal Abidin, putera
kepada Tun Habib Abdul Majid Bendahara Seri Maharaja, Bendahara Johor ke-19, yang mana
beliau juga telah menjadi anak angkat kepada Raja Mas Kelantan yang juga Raja Patani 1690-
1707. Semasa menjadi anak angkat kepada Raja Patani inilah, beliau telah ditabalkan
menjadi Raja Terengganu dengan gelaran Sultan Zainal Abidin. Apa konflik yang timbul pada
zaman silam antara Kelantan dan Terengganu ia hanya menggambarkan kepada generasi
sekarang bahawa, segala permasalahan haruslah diselesaikan dengan rundingan, siapa pun
memerintah di antara Kelantan dan Terengganu mereka tetap bersaudara.

Sejarah adalah sesuatu untuk kita hayati, agar perkara yang berlaku pada masa silam tidak
akan berlaku pada zaman kini dan juga masa hadapan. Lapangkan dada, teruskan
kehidupan, dan sesekali toleh la ke belakang, andai menemui kesamaran.

Rujukan:
Buku : Sejarah Darul Iman Hingga 1337H = 1918M
https://jawinusantara.wordpress.com/2014/10/25/haji-umar-cik-ahmad-al-fathoni/
http://www.pulauperhentian.com.my/sejarahbesut.php

3/3

Das könnte Ihnen auch gefallen