You are on page 1of 11

Fenomena

Niqabis

Muhammad Aiman Ghazali Al Payungi


Artikel ringkas ini akan membahaskan kepada beberapa bab iaitu:-

1. Makna Purdah

2. Hukum purdah dalam 4 mazhab

3. Kenapaku perlu Berniqab??

4. Kesimpulan

Makna Purdah Dan Istilahnya

Dalam kamus bahasa arab, purdah membawa makna niqab. Menurut Kamus Besar Bahasa Arab- Melayu
Dewan Bahasa menyatakan bahawa purdah bermaksud kain penutup muka perempuan.

Namun sebenarnya terdapat banyak istilah-istilah yang perlu kita fahami dalam membincang niqab ini,
Iaitu:

1. Khimar : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita. Ini
berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran:

َََ ِ ‫ض ِر ْبنَََ ِب ُخ ُم ِرهِنََ َعلَىَ ُج ُي‬


‎ َّ‫وب ِهن‬ ْ ‫َو ْل َي‬

Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. [Al
Nur: 31]

Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah, manakala khimar
digunakan untuk menutup kepala. Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah.
2. Hijab : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan aurat wanita
tersebut.

3. Burqa' : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.

Menurut Ibn Manzhur , pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan
mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan ta’arif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama
maksud dengan niqab.

4. al-Litham : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut. Kaitan di
antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua
mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah.

Hukum Memakai Purdah Bagi 4 Mazhab

MAZHAB HANAFI

Pendapat mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah hukumnya sunnah
(dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatirkan menimbulkan fitnah.

•Asy Syaranbalali berkata:


‫المختار‬ ‫ وهو‬، ‫وجمٌع بدن الحرة عورة إال وجهها وكفٌها باطنهما وظاهرهما فً األصح‬

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar,
ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami“ (Matan Nuurul Iidhah)
•Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:

‎‫ ولذا‬، ‫ وإنما ٌؤدي إلى الفتنة‬، ‫ ولٌس بعورة على األشبه‬،‫ وكذا صوتها‬، ‫ وقدمٌها فً رواٌة‬، ‫وجمٌع بدن الحرة عورة إال وجهها وكفٌها‬
‫تمنع من كشف وجهها بٌن الرجال للفتنة‬

“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat,
juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita.
Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki” (Ad Durr
Al Muntaqa)

•Al Allamah Al Hashkafi berkata:


‫ٌندب‬ ‫ بل‬، ‫ ولو َس َدلَت شٌ ًئا علٌه َوجَ ا َفته جاز‬، ‫ لكنها تكشف وجهها ال رأسها‬، ‫والمرأة كالرجل‬

“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan
kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan
dianjurkan” (Ad Durr Al Mukhtar)

•Al Allamah Ibnu Abidin berkata:


‫بشهوة‬ ‫ ألنه مع الكشف قد ٌقع النظر إلٌها‬، ‫تم َنع من الكشف لخوف أن ٌرى الرجال وجهها فتقع الفتنة‬

“Terlarang bagi wanita menampakan wajahnya kerana khawatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian
timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, terkadang lelaki melihatnya dengan syahwat” (Hasyiah
‘Alad Durr Al Mukhtaar)
•Al Allamah Ibnu Najiim berkata:


‫للفتنة‬ ‫ تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بٌن الرجال فً زماننا‬: ‫قال مشاٌخنا‬

“Para ulama mazhab kami berkata bahawa terlarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya
di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhawatirkan menimbulkan fitnah” (Al Bahr Ar Raaiq)

Beliau berkata demikian di zaman beliau, iaitu beliau wafat pada tahun 970 H, bagaimana dengan zaman
kita sekarang?

MAZHAB MALIKI

Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah hukumnya
sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhawatirkan menimbulkan fitnah. Bahkan sebagian ulama
Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita adalah aurat.

•Az Zarqaani berkata:

‎‫ وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما‬. ‫ حتى داللٌها وقصَّتها‬، ‫وعورة الحرة مع رجل أجنبً مسلم غٌر الوجه والكفٌن من جمٌع جسدها‬
ً‫ كما للفاكهان‬، ‫ كنظر ألمرد‬، ‫ إال لخوف فتنة أو قصد لذة فٌحرم‬، ‫ فله رؤٌتهما مكشوفٌن ولو شابة بال عذر من شهادة أو طب‬،
ً‫والقلشان‬

“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan.
Bahkan suara indahnya juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh
dinampakkan dan dilihat oleh lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat
ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika khawatir timbul fitnah atau lelaki melihat wanita untuk
bersedap-sedap, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga
diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani” (Syarh Mukhtashar Khalil)
•Ibnul Arabi berkata:

‎‫ أو سؤالها‬، ‫ أو داء ٌكون ببدنها‬، ‫ كالشهادة علٌها‬، ‫ أو لحاجة‬، ‫ فال ٌجوز كشف ذلك إال لضرورة‬، ‫ وصوتها‬، ‫ بدنها‬، ‫والمرأة كلها عورة‬
‫عما ٌَعن وٌعرض عندها‬

“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan
wajahnya kecuali dharurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada
badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan)”
(Ahkaamul Qur’an)

•Al Qurthubi berkata:

‎‫ فعلٌها ستر ذلك ؛ وإن‬، ‫ إن المرأة اذا كانت جمٌلة وخٌف من وجهها وكفٌها الفتنة‬: ‫قال ابن خوٌز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكٌة ـ‬
‫عجوزا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفٌها‬ ً ‫كانت‬

“Ibnu Juwaiz Mandad – ia adalah ulama besar Maliki – berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan
khawatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya ia menutup wajahnya. Jika ia
wanita tua atau wajahnya hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya” (Tafsir Al Qurthubi)

•Al Hathab berkata:

‎‫ ونقله عنه الشٌخ أحمد زرّوق فً شرح‬، ‫ قاله القاضً عبد الوهاب‬. ‫واعلم أنه إن خشً من المرأة الفتنة ٌجب علٌها ستر الوجه والكفٌن‬
‫ وهو ظاهر التوضٌح‬، ‫الرسالة‬

“Ketahuilah, jika dikhawatirkan terjadi fitnah maka wanita wajib menutup wajah dan telapak
tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam
Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat” (Mawahib Jaliil)
•Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:

ً ‫وهو الذي البن مرزوق فً اغتنام الفرصة‬


‎‫ أو ال‬، ‫ ونقل الحطاب أٌضًا الوجوب عن القاضً عبد الوهاب‬، ‫ إنه مشهور المذهب‬: ‫قائال‬
‫ وفصَّل الشٌخ زروق فً شرح الوغلٌسٌة بٌن‬. ‫ وهو مقتضى نقل مَوَّ اق عن عٌاض‬، ‫ وإنما على الرجل غض بصره‬، ‫ٌجب علٌها ذلك‬
‫ وغٌرها فٌستحب‬، ‫الجمٌلة فٌجب علٌها‬

“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, ia berkata:
‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil perkataan Al Qadhi Abdul
Wahhab bahwa hukumnya wajib. Sebagian ulama Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya
tidak wajib namun laki-laki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari
Iyadh. Syaikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak
cantik maka sunnah” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani)

MAZHAB SYAFIE

Pendapat mazhab Syafie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh.
Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat
muktamad mazhab Syafie.

•Asy Syarwani berkata:

‎: ‫ وعورة بالنسبة لنظر األجانب إلٌها‬. ‫ وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفٌن‬، ‫ عورة فً الصالة‬: ‫إن لها ثالث عورات‬
‫ كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بٌن السرة والركبة ـ‬: ‫جمٌع بدنها حتى الوجه والكفٌن على المعتمد وعورة فً الخلوة وعند المحارم‬

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat -sebagaimana telah dijelaskan- yaitu seluruh
badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, yaitu seluruh tubuh
termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang mu’tamad, (3) aurat ketika berdua
bersama yang mahram, sama seperti laki-laki, yaitu antara pusar dan paha” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala
Tuhfatul Muhtaaj)
•Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

‎. ‫ فما بٌن السرة والركبة‬، ‫ وأما عورتها عند النساء المسلمات مطل ًقا وعند الرجال المحارم‬. ‫ وهذه عورتها فً الصالة‬: ‫غٌر وجه وكفٌن‬
‫وأما عند الرجال األجانب فجمٌع البدن‬

“Maksud perkataan An Nawawi ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat
di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram
adalah antara pusat hingga paha. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh
badan” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj)

•Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

‎ ‫ أما خارج الصالة فعورتها جمٌع‬، ‫ وهذه عورتها فً الصالة‬، ‫وجمٌع بدن المرأة الحرة عورة إال وجهها وكفٌها‬
‫بدنها‬

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun
di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan” (Fathul Qaarib)

•Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:

‎‫ فإن خٌف‬، ‫ والمرأة متنقّبة إال أن تكون فً مسجد وهناك أجانب ال ٌحترزون عن النظر‬، ‫وٌكره أن ٌصلً فً ثوب فٌه صورة وتمثٌل‬
‫من النظر إلٌها ما ٌجر إلى الفساد حرم علٌها رفع النقاب‬

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita
memakai niqab ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya sulit terjaga dari pandangan lelaki ajnabi.
Jika wanita khawatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya
melepaskan niqab” (Kifaayatul Akhyaar)
MAZHAB HAMBALI

•Imam Ahmad bin Hambal berkata:


‫الظفر‬ ‫كل شًء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى‬

“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya” (Zaadul Masiir)

•Syaikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:

‎ ‫ وأما خارجها فكلها عورة حتى‬. ‫ اهـ إال وجهها فلٌس عورة فً الصالة‬. ‫ صرح به فً الرعاٌة‬، ‫وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها‬
«
‫وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بٌن السرة إلى الركبة‬

“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini
telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat.
Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk pula wajahnya jika di hadapan lelaki
atau di hadapan khunsa. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusar hingga paha” (Raudhul
Murbi’)

•Syaikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:

‎« ‫ « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصالة « باعتبار النظر كبقٌة بدنها‬. ‫ الكفان‬: ‫» وهما » أي‬

“’Keduanya, yaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan,
sama seperti anggota badan lainnya” (Kasyful Qanaa’)
KENAPAKU PERLU BERNIQAB?

Wajah wanita merupakan salah satu dari perhiasan yang berharga dan perlu dijaga dengan sebaiknya.
Terdapat beberapa sebab perlunya wanita itu berniqab iaitu:-

1. Berpurdah kerana muka terlalu cantik sehingga menyebabkan lelaki terpegun dan merosakkan hati
lelaki tersebut.

2. Berpurdah kerana muka kurang cantik, bimbang orang lain berdosa sebab mengumpat tentangnya.

3. Berpurdah untuk kemuliaan suami. Dengan kata lain menyimpan wajah hanya untuk dipandang oleh
suami.

KESIMPULAN

Isu purdah ini hanyalah perkara khilafiyyah dan agak mustahil ia boleh mencapai kata sepakat daripada
para ulama Islam sepanjang zaman. Perselisihan ini boleh dileraikan jika kita masing-masing boleh
bertolak-ansur dengan mengutamakan sifat saling hormat-menghormati di antara satu sama lain dan
perkara khilafiah perlu dihadapi dengan baik bahkan telah disebut dalam kaedah Fiqhiyyah menyatakan:

‎ ‫ال ٌنكر المختلف فٌه وإنما اإلنكار على المتفق‬


‫علٌه‬

“Tidak boleh menafikan perkara yang berlaku khilaf padanya, tetapi penafian atas perkara yang
disepakati tentangnya”

(al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).
Maka dalam situasi kita di Malaysia yang majoritinya bermazhab syafie namun tidak berpurdah adalah
tidak salah kerana menggunakan Qaul dhaif dalam mazhab syafie yang membolehkan membuka wajah.
Antara yg berpegang pada pandangan ini ialah Syeikh Ramli. Dikiaskan dengan haji dan solat.

Namun tanda tanya yang berlegar dibenak pemikiran penulis kenapa mengambil langkah
ihtiyat(berjaga-jaga) bagi golongan wanita,apatah lagi menjadi tabiat yang buruk bagi lelaki sekarang
untuk melihat kepada wajah para wanita?1

‫وهللا أعلم‬

1
Selesai menulis risalah ini pada 29 julai 2015, di asrama Kampus Institut Al-Quran Terengganu, Padang Midin.
Seterusnya selesai dikemaskini penulisan ini pada 12 Julai 2018 di Kampung Berangan Pak Ayu, Bukit Payong,
Marang, selepas disemak oleh para guru dan mendapat keizinan untuk menyebarkannya.