Sie sind auf Seite 1von 15

HSL 333/433 ISU-ISU TERPILIH DALAM

SEJARAH ASIA

7. Apa yang anda faham dengan krisis identiti zaman awal Heisei? Bagaimana

krisis ini boleh berlaku dalam sebuah masyarakat seperti Jepun?

SCHOOL OF HUMANITIES (HISTORY)

AN NASIHAH SILAWATAN

29 MEI 2017

1
Pengenalan

Keadaan Jepun selepas Perang Pasifik mengalami kehancuran fizikal serta korban nyawa besar

dalam kalangan rakyat tempatan yang memerlukan masa untuk memulihkan semula keadaan

dengan perbaharuan melalui pertumbuhan ekonomi, politik mahupun sosial. Akibat daripada

penglibatan Jepun dalam beberapa sisi perang, daripada suatu hukuman namun telah diterbalikkan

sebagai rakan sekutu, Amerika Syarikat telah menjadi negara penting bagi membangunkan semula

Jepun melalui sumber sekeliling dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui

reformasi yang dilihat memberangsangkan. Keadaan ekonomi Jepun yang mula pesat telah

memberi manfaat kepada negara ini melalui hubungan antarabangsa serta teknologi industri dan

maklumat dalam memberi kesan kepada disiplin kehidupan masyarakat pascamoden. Kemajuan

dalam teknologi menjadikan masyarakat Jepun sebagai pengguna tinggi kepada akses pelbagai

maklumat apabila suatu budaya kebergantungan kepada penciptaan inovasi ini telah merubah

disiplin dan tatacara hidup khususnya golongan belia pada lewat Showa dan keadaan ini mula

menimbulkan krisis identiti yang dilihat ketara semasa zaman Heisei. Era Showa yang melihatkan

kebangkitan regim fasis dan peperangan, pemulihan ekonomi selepas perang dan peningkatan

kepada perindustrian masyarakat maklumat, namun telah diakhiri dengan masalah diflasi

kewangan yang dikenali sebagai ‘burst of the bubble economy’, dan kemelesatan ekonomi

berpanjangan dan mendalam dari baik pulih sehingga zaman Heisei.1 Dalam keadaan Jepun yang

mula mengalami masalah ekonomi, masyarakat mula hilang kepercayaan terhadap institusi

pemerintahan apabila signifikan sebelumnya dalam kemajuan teknologi telah memanipulasikan

masyarakat untuk terperangkap dengan status ‘identiti moden’ apabila kehidupan realiti dan maya

1
Yumiko Iida, Rethinking Identity in Modern Japan : Nationalism as Aesthetics (London: Routledge, 2002). hlm.
209.

2
tidak dapat dizahirkan. Oleh itu, penulisan akan dibuat mengenai bagaimana krisis identiti berlaku

dalam masyarakat Jepun terutamanya pada zaman awal Heisei.

Krisis Identiti Awal Heisei

Sering kali menjadi pedebatan ahli sejarah apabila Jepun dikatakan menghabiskan lebih banyak

masa dan tenaga dalam percubaan untuk mencari takrifan bagi membentuk identiti nasional Jepun.

Pada peringkat permulaan fasa modenisme, Jepun pada mulanya diilhamkan oleh frasa

englightenment dengan meminjam idea Barat, institusi dan teknologi, yang mana unsur ini kan

mula kehilangan kesan positifnya.2 Dalam keadaan ini, Jepun telah terperangkap dalam wawasan

permodenan Barat dan juga tradisional. Namun dalam era kontemporari, kuasa globalisasi dan

juga budaya Barat telah menjadi pengerak kepada kencendurungan krisis identiti domestik apabila

warisan daripada Amerika dilihat sebagai punca yang menghakis identiti diri masyarakat Jepun.

Tetapi apakah budaya Barat perlu dipersalahkan semata-mata dalam membuatkan kecelaruan

identiti masyarakat pasca teknologi ini ataupun Jepun masih tercari-cari identiti nasional mereka.

Sejak zaman Meiji lagi cuba mencari identiti nasional dengan berasakan ‘tradisional’ dan

‘moden’ melalui unsur kebaratan. Keadaan yang mana memperlihatkan adakah Jepun milik ‘Asia’

atau ‘Eropah’ menjadikan bayangan gelap terhadap krisis identiti. Selepas abad ke-18, Jepun telah

belajar bahawa perbaharuan perlu dibuat dalam membentuk sebuah identiti dalam kalangan

masyarakatnya bagi memodenkan Jepun dengan ‘meminjam’ melalui jirannya dan ‘menyuaikan’

berdasarkan suasana tradisional. Tetapi krisis dalam membentuk identiti Jepun tidak berhenti

begitu sahaja selepas Perang Dunia malah mula mengalami perubahan arus yang dilihat secara

kranologi telah mengubah tatacara sosial masyarakat tradisi Jepun untuk disuaikan dengan

‘permodenan’. Demikian keadaan ‘economy miracle’ Jepun pada tahun 1955 telah

2
Yumiko Iida, Rethinking Identity in Modern Japan, hlm. 22.

3
memperlihatkan perbaharuan dalam ekonomi, politik dan sosial malah keadaan seterusnya apabila

peningkatan kemajuan teknologi telah dilihat membawa kepada kecelaruan identiti yang mula

bercampur-aduk pada awal Heisei. Berakhirnya era Showa pada 1989 dengan kematian Maharaja

Hirohita, krisis identiti yang telah pun ada hasil kesinambungan sejarah dahulunya mula dilihat

ketara pada zaman Heisei. Kecelaruan identiti menjadi masalah serius terutamanya kepada

generasi belia apabila ‘Youth Culture’ menjadi identiti baru kepada Jepun malah ikutan kepada

dunia sehingga abad ke-21. Keadaan ini memperlihatkan bagaimana generasi muda (shinjinrui-

new species) berbeza dengan generasi tua apabila kehidupan golongan belia ini mula terasing

daripada kesusahan pengalaman selepas perang malahan tersasar daripada nilai norma tradisi.

Pada tahun 1990-an, pecahan pelbagai rupa politik, ekonomi dan sosio-budaya yang telah

menjadi sumber kestabilan dalam beberapa dekad sebelumnya seperti amalan ‘unik’ dalam

perniagaan dan ciri-ciri sosio-budaya yang sebelum ini dilihat sebagai sumber kebanggaan dan

kemakmuran kini dilihat sebagai sebahagian daripada masalah.3 Kehidupan rakyat Jepun mula

terhakis norma-norma tradisi apabila masyarakat ini semakin terdedah kepada pengaruh-pengaruh

teknologi canggih yang tidak henti-henti dengan rayuan menggoda oleh imej komersial, akhirnya

menyerang kehidupan rakyat. Perubahan arus politik Jepun pada 90-an dan ‘burst of bubble

economy’ telah membuatkan masyarakat awam dalam mencari keselesaan dan penyembuhan

kepada kemerosotan kepercayaan kepada diri dan negara, mereka mula mencari terapi untuk

tekanan yang dihadapi. Sepanjang tempoh ini, Jepun bukan sahaja menghadapi masalah malahan

mereka mencari jalan untuk mengubat luka sendiri dan harga diri negara namun keadaan ini telah

memberi kesan mendalam dalam menggoncang keyakinan sehingga dilihat membawa kecelaruan

identiti serius apabila pengamatan budaya masyarakat yang bersiplin mula menyimpang.

3
Ibid., hlm. 209-210.

4
Penghakisan Hegemoni Sosial dan Identiti Krisis

Kejutan dalam dan luaran sebelum 90-an telah memberi kesan kepada tahap sosio budaya apabila

permodenan yang dikecapi mula menyedarkan masyarakat untuk mencari makna kehidupan

sebenar. Menyedari keadaan ini, muncul generasi yang menyerap teknologi media dan imej

komersial diri dalam strategi membina identiti. Secara terbuka budaya ini berbeza dengan nilai

dan tingkah laku sebelum ini yang tidak pernah difikirkan apabila muncil kumpulan-kumpulan

sub-budaya generasi muda yang dipanggil shinjinrui (manusia baru), otaku (lelaki yang

menghambakan diri kepada media maya), kogyaru (gadis muda yang melanggar peraturan - little

gals).4 Suasana ‘identiti binaan’ secara bukan semula jadi, dianggap sebagai pemulihan identiti

yang hilang untuk membebaskan diri daripada pengamatan budaya ketinggalan zaman pada 90-

an, memainkan peranan kepada pembangunan budaya masyarakat dengan membentuk imaginasi

belia Jepun dan orang dewasa ke dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam konteks ini, penghasilan komik dan animasi merupakan bentuk media yang

berpengaruh dengan kepelbagaian besar sasaran mengikut peringkat umur, jantina, kerjaya dan

selera. Paparan nilai moral yang rendah berunsurkan lucah dan imej ganas mendapat permintaan

sebagai kebebasan ekspresi yang memberi kepuasaan nafsu yang dapat dizahirkan dalam imaginasi

pemikiran para peminat tegar zon anime seperti otaku yang menganggap penghasilan maya adalah

tempat ungkapan seks. Penghasilan manga yang bergenrekan kawaii girl dicipta bersesuaiaan

dengan cita rasa remaja namun sering kali mengambarkan cerita provokatif yang terang-terangan

mengekspoitasi imej wanita sebagai objek seks ke dalam fikiran fantasi golongan muda. Watak

wanita yang digambarkan comel, seksi mencerminkan keinginan reflektif sebagai gadis seksual

yang hanyalah sebagai tapak fantasi untuk mengelakkan daripada kesukaran dan

4
Ibid., hlm. 226.

5
ketidaksempurnaan dunia serta wanita sebenar. Kecanggihan teknologi visual telah membina

hubungan maya dengan watak-watak gadis ideal yang memberi semangat kepada peminat

berbanding realiti sehingga persahabatan maya ini menyaksikan perkembangan pesat dalam

animasi-permainan televisyen, perisian komputer, untuk terus mengeskpoitasi medium maya ke

dalam pasaran budaya remaja. Media maya yang menjadi medium wacana lucah secara terang-

terangan menghasilkan belia otaku yang merupakan computer maniac ataupun obses kepada

perisian berkaitan komputer sehingga menjadi anti-sosial dan mungkin juga mudah terjerebak

dengan tingkah laku jenayah.

Jenayah otaku belia Tsutomu Miyazaki (1988-89) mengemparkan Jepun apabila belia ini

menculik, merogol dan membunuh beberapa kanak-kanak perempuan pra-remaja.5 Penemuan

hampir 6,000 seram dan video lucah dalam koleksi peribadi Miyazaki memberi motivasi kepada

beliau untuk memenuhi seksual fantasi yang berkaitan dengan kanak-kanak perempuan muda,

serta keinginan untuk menyeberangi sempadan antara fantasi dan dunia sebenar. Jepun yang

duhulunya aman tanpa jenayah melibatkan kanak-kanak bawak umur mula melihatkan keadaan

tidak aman terutamanya fenomena masalah sosial otaku yang taksub dengan hobi sesat mendapat

perlindungan maya sehingga mengasingkan pemikirannya daripada dunia sebenar. Sikap

mengurung diri sendiri bersama alam fantasi mungkin sahaja dilihat sebagai dunia khayalan yang

lebih nyata daripada keadaan realiti menyakitkan namun keadaan ini memisahkan fikiran

masyarakat untuk berfikir secara kritis. Demikian fenomena otaku menjadi tempat kepada

khalayak ramai yang kemudiannya memperlihatkan kejayaan global dalam industri animasi pada

dekad ini. Penyongsangan imej fantasi daripada kehidupan sebanar mendapat tempat kepada

masyarakat yang separuh maya sehingga menghakis nilai moral dan kasih sayang semula jadi.

5
Ibid., hlm. 227.

6
Malah keadaan ini telah memperlihatkan peningkatan pengambilan kesempatan budaya barangan

melalui idea 'virtuality,' iaitu barang maya lebih bernilai daripada barangan 'sebenar', misalnya

skrin skrin LED ‘haiwan peliharaan maya’, ‘idola maya’ dan lain-lain telah memperlihatkan objek

diberi kasih sayang berbanding keadaan sebenar.6 Dalam hal ini memperlihatkan bagaimana

teknologi yang dibina Jepun sendiri telah memanipulasi masyarakatnya sendiri untuk

menghambakan diri kepada alam fantasi.

Seterusnya pula, adalah kedudukan wanita Jepun sebelum abad ke-19 hanyalah memainkan

peranan disebalik tadbir sahaja namun pada 90-an, kedudukan waita berubah dramatik, kepada

wanita yang bekerjaya dan berpendidikan. Keadaan dan status wanita yang bekerjaya pada 90-an

melihat peningkatan dan perubahan dengan adanya enekmen undang-undang yang mejamin

persamaan gender dalam sektor pekerjaan. Perubahan kehidupan generasi wanita muda mula

mewujudkan jurang bagi budaya tradisi dalam peranannya dan hubungan kekeluagaan apabila

mereka mula menolak perkhawinan dan melahirkan anak. Gologan wanita muda ini berasa mereka

membuang masa dengan berputus asa untuk mengembangkan kerjaya walaupun hanya untuk

perkhawinan.7 Cabaran identiti krisis yang dihadapi oleh belia Jepun juga mencabar tradisi apabila

mereka dilihat sebagai generasi tidak bermoral dan juga dilihat kehilangan kejantanan

(feminization of men ) apabila lelaki tidak lagi dilihat sebagai ketua keluarga yang berupaya

mencari nafkah.8 Malahan fenomena kematian awal akibat terlalu banyak pekerjaan, menjadi

budaya biasa dalam kalangan masyarakat kelas pertengahan akibat daripada kesungguhan beban

kerja dan tanggungjawab. Keadaan perindustrian Jepun, mula merubah organiasasi syarikat yang

dahulunya menjaga hubungan pekerja ibarat keluarga mula berubah dengan merubah dasar

6
Ibid., hlm. 228.
7
Andrew Gordon, A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present ( New York: Oxford
University Press, 2003), hlm. 312.
8
Yumiko Iida, Rethinking Identity in Modern Japan, hlm. 230.

7
pekerjaan baru yang memihak golongan muda, berkemahiran, pekerja fleksibel dan kenaikan

pangkat berdasarkan kecekapan. Dasar-dasar yang baru ini telah membawa kepada kadar kes

bunuh diri bagi pekerja yang dipecat, dibuang kerja atau berlebihan kerja sehingga menjadikan

budaya membunuh diri untuk melarikan diri menghadapi kennyatan sebagai masalah sosial yang

sering kali dihadapi di Jepun. Masalah ini dapat dilihat sehingga sekarang apabila budaya disiplin

Jepun terutamanya dalam bekerja menjadi contoh ikutan kepada negara-negara jiran, namun realiti

ini hanyalah dilihat membunuh masa rakyat sehingga tiada waktu untuk bersosial.

Seterusnya adalah mengenai bagaimana ajaran agama baru iaitu, Aum Shinrikyo diakui secara

rasmi dan menjadi ikutan apabila organisasi ini menjadi terkenal semenjak peristiwa serangan gas

beracun pada sistem kereta bawah tanah Tokyo pada tahun 1995. Ajaran Aum Shinrikyo

mengatakan bahawa dunia ini ditakdirkan untuk kehancuran (Armageddon) dan dalam

usaha untuk mengawal Tokyo, fasa pertama mereka adalah dengan mengisytiharkan 'misi'

penyelamat untuk membersihkan kerosakan rohani di seluruh dunia dan untuk merasmikan satu

era baru di bawah kepimpinan manusia psychically-gifted. Aum berjaya menarik umatnya, apabila

keinginan mereka sukar dibicara, mereka diberikan peluang untuk bersuara, mengemukakan diri

untuk mencari tempat perlindungan yang dipanggil rumah dan menyediakan diri mereka untuk

mampu kembali ke rumah.9 Bagi umatnya, Aum Shinrikyo menjanjikan dua perkara yang

masyarakat Jepun kontemporari tidak boleh iaitu khayalan kolektif di mana hidup penuh dengan

makna, dan visi yang ideal bernilai hidup, dan sesungguhnya, untuk mati.10 Keadaan ini

sebenarnya dilihat disebabkan tarikan agama itu sendiri yang menggunakan penceritaan

berdasarkan kisah yang dipinjam dari agama dengan dicampur aduk unsur fantasi popular ke dalam

imej tersendiri. Aum yang terdiri daripada pelajar dan orang dewasa untuk membantu berjuang

9
Ibid., hlm. 242-243.
10
Ibid., hlm. 244.

8
menyucikan Jepun apabila masyarakat mula berada terpisah antara realiti dan fantasi malah

ketiadaan pegangan agama mahupun kefahaman menjadikan Aum sebagai ajaran ikutan.

Yang menariknya dalam kekacauan identiti yang dihadapi oleh masyarakat Jepun, sistem

pendidikan Jepun terhadap golongan belia dilihat berada dalam krisis tahap kronik pada 90-an.

Pembelajaran universiti dilihat gagal dalam menyediakan golongan muda untuk mampu berfikir

secara kritikal dan menyerap perubahan persekitaran global, malah peringkat sekolah

memperlihatkan budaya sosial membuli dan fobia kepada sekolah menjadikannya masalah sosial

yang dihadapi sejak 1980-an.11 Dalam 1990-an, siri jenayah sensasi telah memperlihatkan sekolah

sebagai penternak kepada tingkah laku jenayah apabila saban hari berita kerap kali memaparkan

jenayah yang terdiri daripada pelajar sekolah. Faktanya apabila graduan kejuruteraan Universiti

Tokyo menjadi ketua kepada Aum Shinrikyo dalam membantu menghasilkan beracun yang

mengejutkan awam. Kepemimpin Aum yang terdiri daripada minda cemerlang negara, dengan

ijazah sains dari universiti berprofil tinggi, menjadi tanda tanya bagaimana dan mengapa

masyarakat gagal ini menjadi golongan berpelajaran. Malah pada 1997, pelajar sekolah berumur

14 tahun telah membunuh pelajar lelaki 11 tahun tanpa sebab di sekolah dan pada tahun 1999,

terdapat beberapa kesen pembunuhan ataupun penyeksaan dalam kalangan remaja mula menjadi

tumpuan berita apabila orang awam membuat spekulasi bahawa sistem pendidikan gagal dalam

memberi kesan moral kepada golongan belia.

Krisis Ekonomi (The burst of the ‘bubble economy) dan Pengakhiran Hegemoni LDP

Dalam mengenal pasti penyebab terjadinya masalah krisis identiti dalam kalangan masyarakat

Heisei adalah perlu melihat bagaimana pada 90-an, masalah ekonomi dan politik yang

berpanjangan akibat kemelesetan dan kegawatan kewangan apa yang dipanggil 'pecah ekonomi

11
Andrew Gordon, A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present, hlm. 324.

9
gelembung,' menandakan dengan jelas penamatan pertumbuhan ekonomi selepas perang dan

hampir empat dekad yang dimonopoli LDP iaitu Sistem 1955.12 Kemuncak kuasa ekonomi Jepun

pada 1980-an telah dicapai di bawah naungan LDP dengan perniagaan gabungan elit telah berjaya

mewujudkan satu struktur politik dan ekonomi yang berkembang dibawah rangka kerjasama

keselamatan AS-Jepun. Menjelang 90-an, kuasa saing firma Jepun berkurangan dalam sektor

ekonomi antarabangsa dengan beralih kepada pengeluaran nilai tambah barangan industri tinggi

dalam teknologi dan maklumat. Walau bagaimanapun, Jepun menghadapi masalah keadaan

ekonomi melambung tinggi dalam pasaran saham dan tanah yang dilihat berada dalam paras

bahaya.13

Antara tahun 1985 dan 1988, nilai Yen hampir dua kali ganda daripada Dolar yang mana

pengeluaran Jepun berhadapan dengan keadaan Yen lebih tinggi dan semakin dilindungi pasaran

asing bermakna bahawa permintaan untuk barang-barang mereka akan cepat mengecut.14 Dalam

ekonomi, pengeluar Asia berjaya memperoleh peratusan pasaran AS yang sepadan dengan

peratusan pasaran tewas kepada pengeluar Jepun, dan juga peningkatan bahagian mereka dalam

pasaran Jepun, manakala eksport teknologi tinggi Jepun ke Timur dan Asia Tenggara turut

meningkat. Hasilnya, pengeluar Jepun tidak dapat mengelakkan daripada kejatuhan mendadak

dalam kadar pertumbuhan eksport perkilangan yang gagal mencapai pemulihan dalam keuntungan

pembuatan dalam menyesuaikan diri dengan struktur produktif dan gaji antarabangsa

menyebabkan Jepun mula hilang daya saing terhaap AS. Antara kegagalan yang dilihat adalah

masalah sistem bahasa Jepun sendiri yang gagal mengambil pendekatan terhadap pengajaran

bahasa Ingeris yang merupakan komunikasi global. Tambahan lagi, kapitalisma korporat Jepun

12
Yumiko Iida, Rethinking Identity in Modern Japan, hlm. 213.
13
Andrew Gordon, A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present, hlm. 314.
14
Yumiko Iida, Rethinking Identity in Modern Japan, hlm. 214.

10
pada 1980-an tahun telah didorong oleh satu siri amalan ekonomi spekulatif dalam pelaburan

hartanah dan dasar manipulasi serta kawalan maklumat oleh golongan elit kumpulan kuasa.

Di Jepun, bahagian terbesar stok adalah secara korporat dan bukan milik individu, dan telah

lama wujud sistem sokongan bersama dalam kalangan syarikat-syarikat iaitu keiretsu

(konglomerat perniagaan besar) melalui perniagaan yang akhirnya membawa kepada skandal

rasuah dalam kalangan ahli politik itu sendiri. Dalam sistem ini, ketua-ketua syarikat keiretsu

mengadakan mesyuarat tertutup tanpa mendedahkan keputusan mereka kepada pemegang saham

individu, satu amalan yang dilihat tidak adil kepada wakil-wakil AS dalam Strategik Rundingan

Halangan Initiatif (Nichibei Kozo Kyogi).15 Selain itu, bank-bank swasta Jepun turut berada

dibawah pengaruh kuat Kementerian Kewangan yang dilihat sebagai amalan tidak liberal oleh

dasar kerajaan dan sektor swasta, yang dilihat mendiskriminasi kepentingan pelabur individu.

Kementerian pula memperbesarkan pelaburan dalam projek-projek pembinaan domestik dengan

meminjam daripada bank-bank tempatan malahan keadaan ini turut memperlihatkan kegagalan

pihak berkuasa dalam menyelenggara dan memantau secara rapi kegiatan perbankan. Dengan

berbuat demikian, kerajaan Jepun dan bank-bank secara senyap mengalihkan beban hutang yang

ditanggung bank sebagai institusi kewangan kepada penduduk (seperti pelabur dalam bank) dalam

siri pembelian semula dan kenaikan cukai. Hal ini menyebebabkan sistem perbankan turut

menimbulkan krisis keyakinan dalam kalangan pengguna. 16

Krisis ekonomi pada tahun 1990-an mempunyai beberapa hasil penting dalam politik

negeri, yang menjadi asas kepada kuasa sangat melarat dan kesahihan LDP dalam terlibat skandal

wang, seks, dan juga cukai.17 Kekalahan yang dialami LDP pada 1993 dalam pilihan raya Dewan,

15
Ibid., hlm. 216.
16
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), hlm. 315.
17
Andrew Gordon, A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present, hlm. 313.

11
menandakan berakhirnya 'Sistem 1955,' penguasaan LDP berdasarkan perjanjian keselamatan AS-

Jepun dan perikatan elit dalam kalangan ahli politik, birokrat, dan syarikat gergasi kewangan yang

berada dalam lingkaran kuasa asas konservatif.18 Kegagalan dalam menerima pembaharuan serta

penyelenggaran secara sistematik telah menyebabkan krisis awal berpanjangan hasil daripada

kepimpinan lemah malah telah mencipta kekecewaan secara meluas dalam kalangan rakyat yang

tidak lagi peduli terhadap politik secara keseluruhannya.

Tambahan lagi, Gempa bumi Kobe ataupun The Great Hanshin pada 1995 turut

menimbulkan persoalan mengenai pemulihan ekonomi semasa kemelesatan ekonomi berlangsung

apabila keadaan Jepun yang dahulunya cepat pulih daripada masalah ekonomi namun berbalik

keadaannya apabila ekonomi Jepun pada 90-an lambat untuk dipulihkan. Gempa bumi Kobe yang

menyebabkan kematian ribuan nyawa dan kemusnahan serta kerosakan fizikal bangunan dan

infrastruktur asas bandar ini. Sistem pengangkutan utama termasuk kereta api peluru (Sanyo

shinkansen), kereta api bawah tanah, dan lebuh Hanshin telah dimatikan, sistem komunikasi dan

bekalan air telah musnah, malahan pelan pembagunan yang melambangkan kejayaan ekonomi

melalui pembinaan bay- front dengan pembangunan pulau buatan manusia dan bangunan-

bangunan futuristik runtuh tenggelam. Keadaan ini telah memperlihatkan kemusnahan

kemakmuran dalam menyebabkan kehilangan malahan turut melihat keadaan kerajaan yang

bertindak perlahan dalam merangka pelan dan persiapan kecemasan sistematik untuk menghadapi

masalah gempa bumi. Selain itu, bencana ini diburukkan lagi oleh pengabaian syarikat pembinaan

Jepun dalam 'pembinaan taraf keselamatan’ malahan Kementerian Pembinaan, bersekongkol

dengan syarikat-syarikat, menunjukkan tiadanya penilaian serius terhadap penyemakan semula

piawai keselamatan di bandar ini. Imej malapetaka, yang memperlihatkan kemajuan kehidupan

18
Yumiko Iida, Rethinking Identity in Modern Japan, hlm. 218.

12
bandar teknologi turut musnah walaupun secara semula jadi namun memperlihatkan kesannya

apabila keadaan ini menghilangkan kepercayaan masyarakat awam terhadap kerajaan apabila

mereka beranggapan bahawa pihak berkuasa tidak berminat menyelamatkan kehidupan mereka

tetapi lebih kepada kepentingan kerajaan sendiri.

Kesimpulan

Kematian Maharaja Hirohito pada 1989 telah menandakan penghujung era Showa yang

merupakan maharaja terlama dalam sejarah Jepun selepas kematian Maharaja Meiji. 19 Kematian

Maharaja Hirohito ini menandakan tamatnya satu zaman lama dan akan digantikan dengan satu

zaman yang baru iaitu regim Heisei. Kematian maharaja ini menjadi simbol penyatuan semua

rakyat Jepun apabila mereka bersama-sama berkabung atas kematian maharaja dan mendapat

liputan media secara meluas dalam perincian tentang penyakit, keadaan maharaja sehinggalah ke

kematian untuk kepentingan komersial demi mengaut keuntungan yang maksima. Golongan

politik mahupun swasta berlumba-lumba menunjukkan rasa simpati mereka terhadap kematian

Maharaja Hirohito yang dianggap sebagai permulaan kuasa baru yang akan naik maka penting

bagi mereka untuk mendapatkan tempat dalam kuasa baru itu demi menjaga kepentingan dan

kedudukan.

Keadaan krisis ekonomi dan politik yang berlarutan hingga ke zaman Heisei telah

membawa kepada krisis identiti berterusan akibat ketiadaan keadilan politik yang berkesan dalam

menerajui Jepun. Walaupun adanya Sistem 1955, kemajuan dalam teknologi, prindustrian dan

makluman serta sebagainya, namun masyarakat Jepun kekurangan keyakinan terhadap kerajaan

selepas perang. Jepun hanyalah memperlihatkan usaha bagi memajukan ekonomi selepas perang

namun masyarakat awam pascamoden yang dimewahi dengan kemudahan prasarana dan teknologi

19
Marius B. Jansen, The Making of Modern Japan (Cambridge: The Belknap Press of Harvard University Press,
2000), hlm. 759.

13
kekurangan nilai jati diri kerana mungkin sahaja tidak mengharapkan sesuatu yang memberi

keyakinan ekoran kelemahan kerajaan untuk tidak terlepas daripada pelbagai masalah. Dalam

keadaan ini, masyarakat awam terutamanya generasi belia mula membina suatu identiti baru yang

dianggap sebagai pengubat kepada kemurungan yang dihadapi.

Demikian dalam mewujudkan identiti baru, masyarakat pascamoden mula menyimpang

daripada nilai tradisional yang berdisiplin. Generasi ini mula membina ruang hidup yang berbeza

dengan mengasingkan diri daripada realiti dan fantasi dengan adanya teknologi maya, penulisan

manga, komik, animasi dan kemajuan gadget maya telah menyebabkan golongan belia seperti

otaku tidak dapat membezakan kehidupan mereka dengan realiti sebenar apabila golongan ini

terlalu taksub akan ciptaan fantasi yang menjanjikan keghairahan. Malah begitu juga dengan ajaran

Aum Shinrikyo apabila rata-rata yang mengikuti ajaran ini terdiri daripada golongan berpendidikan

misalnya pelajar universiti telah memperlihatkan bahawa kekurangan identiti nasional itu sendiri

apabila masyarakat mula ingin membebaskan diri daripada kehidupan yang membosankan.

Kecelaruan identiti yang bdilihat berlaku kerana perbaharuan Jepun dalam kemajuan teknologi

maklumat dilihat sebagai keadaan tidak siap sedia kepada masyarakat awam khususnya golongan

belia kerana mereka berada dalam keadaan yang menerima sahaja perbaharuan dibuat tanpa

tapisan. Keadaan ini memperlihatkan kecelaruan identiti apabila makna ‘identiti’ masyarakat

moden itu sendiri masih lagi tercari-cari sejak zaman Meiji dan dilihat sebagai jalan untuk

melarikan diri daripada ketidak sediaan politik dan ekonomi. Dalam keadaan krisis identiti zaman

Heisei telah pun ada hasil daripada kesinambungan sejarah sebelumnya namun dilihat ketara

apabila bermulanya kemajuan teknologi maklumat yang mula menghakis fikiran realiti

masyarakat.

14
Rujukan

Abu Talib Ahmad. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.

Gordon, Andrew. A Modern History of Japan: From Tokugawa Times to The Present. New York:

Oxford University Press, 2003

Iida, Yumiko. Rethinking Identity in Modern Japan : Nationalism as Aesthetics. London:

Routledge, 2002.

Jansen, Marius B. The Making of Modern Japan. Cambridge: The Belknap Press of Harvard

University Press, 2000.

15

Das könnte Ihnen auch gefallen