Sie sind auf Seite 1von 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM HARI

ANUGERAH SAHSIAH & HARI KANAK-


KANAK 2018
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BELAH, KLANG
JALAN RANTAU PANJANG,42100 KLANG, SELANGOR D.E

_____________________________________________________________________________

TAJUK AKTIVITI : Program Hari Anugerah Sahsiah & Hari Kanak-


Kanak 2018
PEGAWAI MEJA : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
KOD : SKBB/700-2/1/1

1. TUJUAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959,
setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan Hari Kanak Sedunia
dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai satu hari bagi
persaudaraan Dunia dan persefahaman di kalangan kanak-kanak. Malaysia adalah
diantara 150 buah negara yang menyambutnya pada bulan Oktober setiap tahun.
Sebagai membuktikan keperihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan
kanak-kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia pada setiap
tahun.
Disamping itu, pihak sekolah turut mengadakan Hari Anugerah Sahsiah
sebagai salah satu cara untuk menghargai Kanak-Kanak. Program ini juga diharapkan
dapat memupuk kasih sayang antara guru dan murid.

2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada Surat Siaran KP (PPK) 1200-1/1(380) bertarikh 04 Disember
2006 bertajuk PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU
PENYAYANG DI SEMUA SEKOLAH SK DAN SJK NEGERI SELANGOR 2016.
b. Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama para pentadbir serta semua guru-guru
telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk melaksanakan Hari
Anugerah Sahsiah & Hari Kanak - kanak.

3. OBJEKTIF
Hari Anugerah Sahsiah & Hari Kanak – Kanak diadakan setiap tahun bertujuan:
a. Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia
dengan mengadakan persembahan yang menarik dan jalinan mesra antara
kaum.
b. Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
c. Mewujukan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan
masa depan kanak-kanak.
d. Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal,
kognitif, bahasa, sosio emosi, sahsiah dan rohani.

4. ASAS PERTIMBANGAN
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan
kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk
menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka sentiasa
dipelihara.

5. TARIKH
2 November 2018 (Jumaat)

6. MASA
7.25 Pagi – 12.15 Tengah Hari

7. KUMPULAN SASARAN
Semua murid sesi pagi dan petang (1627 orang murid)
Murid Pra sekolah (25 orang)

8. IMPLIKASI KEWANGAN
1. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Program Hari Anugerah Sahsiah & Kanak
– Kanak berjumlah RM 11,894.00

2. Sumber kewangan :
i. Sumbangan Pihak Luar

3. Anggaran Perbelanjaan :

ASAS PENGIRAAN
BIL PERIHAL JUMLAH BIL
AMAUN BIL HARI
Makanan dan
1 6.00 1652 1 9912.00
minuman
2 Hadiah 1.00 1652 1 1652.00
3 Banner 130.00 1 1 130.00
4 Hiasan Pentas 200.00 1 1 200.00
JUMLAH KESELURUHAN 11894.00

9. JAWATANKUASA AKTIVITI
Rujuk lampiran 1

10. STRATEGI PELAKSANAAN


Rujuk Lampiran 2
Tempoh Pelaksanaan selama 1 hari (2.11.2018/ Jumaat)
Aktiviti yang akan dijalankan melibatkan:
a. Penyampaian Anugerah Sahsiah
b. Jamuan makanan dan minuman
c. Persembahan murid dari setiap tahun
d. Pemberian ‘goodies bag’

11. PELAN PENGURUSAN RISIKO


Tiada

12. KAEDAH PEMANTAUAN


Laporan dan Pemantauan Program

13. PENUTUP
Menjadi harapan agar Program Hari Anugerah Sahsiah & Hari Kanak–Kanak yang
dirancang ini dapat dijayakan dengan sempurna dan sebaik mungkin bagi memastikan
matlamat dan objektif program tercapai.

14. SYOR
Guru Besar di pohon menimbang dan bersetuju;
a. Mengadakan Program Hari Anugerah Sahsiah & Hari Kanak–Kanak 2018; dan
b. Anggaran peruntukan sebanyak RM11,894.00

Disediakan oleh,

………………………………………….
(ROZAIMAH BINTI ZAINON)
Penyelaras Hari Kanak-Kanak
Sekolah Kebangsaan Batu Belah

Disahkan oleh,

…………………………………………
(MAHAT BIN ABD HAMID)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Batu Belah

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………………………………..
(HASMAWATI BINTI MAHAMUD)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Batu Belah, Klang

Cop :

Tarikh :

Das könnte Ihnen auch gefallen