Sie sind auf Seite 1von 18

SEJARAH PENTADBIRAN LUKUT, 1810-AN-1878: STATUS ENTITI POLITIK

DAN ORANG BESAR DAERAH

Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria*

Pengenalan
Lukut pada konteks kini (2017) merupakan sebuah kawasan dalam daerah Port Dickson, Negeri
Sembilan. Namun begitu, Lukut pada asalnya merupakan salah sebuah daerah dalam negeri
Selangor. Ia bertukar milik dari negeri Selangor ke Negeri Sembilan berdasarkan Perjanjian
1878 berkuat kuasa 1880. Sehubungan itu, Lukut menjadi milik Negeri Sembilan secara
berdaulat sejak tarikh tersebut hingga kini. Walaupun begitu, majoriti pengkaji terdahulu
kurang meneliti sejarah Lukut dengan begitu baik khususnya dari aspek pentadbiran (R. O.
Winstedt 1934, Emily Sadka 1968, R. J. Wilkinson 1975 dan J. M. Gullick 1998). Namun
begitu, perbincangan mereka adalah sangat baik berdasarkan kehendak kajian yang ingin
dicapai oleh masing-masing. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan memperkenalkan idea
baharu bahawa Lukut adalah milik Kesultanan Selangor berdasarkan sistem persempadanan
yang menggunakan Sungai Udang, Pengkalan Kempas, dan Bukit Sepam yang telah diamalkan
sejak Kesultanan Johor lagi dan seramai lima tokoh yang menyandang jawatan sebagai Orang
Besar Daerah Lukut dari 1810-an hingga dikuasai oleh British pada 1874 berkuat kuasa 1875.

Berdasarkan kenyataan di atas, timbul sebanyak dua persoalan sebagai garis panduan
penulisan ini. Pertama, bagaimanakah perkembangan entiti politik Lukut berlaku dalam lipatan
sejarah Selangor dan Negeri Sembilan? Kedua, siapakah tokoh penyandang jawatan orang
besar daerah ketika Lukut berstatus sebagai sebuah daerah dalam negeri Selangor? Seterusnya,
berdasarkan persoalan kajian ditimbulkan, sebanyak dua objektif kajian dapat diutarakan.
Pertama, menganalisis perkembangan status entiti politik Lukut hingga diserahkan kepada
Sungai Ujong pada 1878. Kedua, menilai tokoh-tokoh dikemukakan sama ada mereka adalah
penyandang jawatan orang besar daerah atau sebaliknya.

Makalah ini bersifat sejarah dan menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif.


Penggunaan sumber primer boleh didapatkan di Arkib Negara Malaysia khususnya di bawah
sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK). Selain itu, sumber primer juga
boleh didapatkan di Arkib Negara England khususnya di bawah sumber Colonial Office (CO).
Sumber kedua juga digunakan dalam penulisan ini sebagai perbandingan antara kajian ini
dengan pengkaji terdahulu. Walaupun begitu, makalah ini lebih menumpukan penggunaan
sumber primer jika dibandingkan dengan sumber kedua. Tujuannya untuk mendapatkan sebuah
penulisan yang baharu dan sahih dari segi akademik.

Makalah ini penting untuk diteliti kerana catatan tersebut direkodkan dalam sumber
dinyatakan di atas. Catatan direkodkan jelas menunjukkan bahawa peristiwa itu berlaku pada
ketika itu. Oleh yang demikian, pasti terdapat peranan-peranan yang dimainkan oleh tokoh-
tokoh Melayu khususnya mengenai Lukut sekitar abad kesembilan belas. Namun begitu,
catatan tersebut banyak direkodkan sekitar 1870-an. Makalah ini dibahagikan kepada dua topik
utama iaitu: pertama, mengenai status entiti politik Lukut; dan kedua, mengenai jawatan orang
besar daerah Lukut.

Status Entiti Politik Lukut: Dari Abad Keenam Belas hingga Abad Kesembilan Belas
Perihal sejarah Lukut perlu diteliti dari abad keenam belas lagi. Tujuannya supaya
mendapatkan satu sejarah yang tidak mempunyai perselisihan faham mengenai perkara
tersebut. Namun begitu, majoriti pengkaji terdahulu kurang menyentuh perkara ini.

1
Mengapakah sejarah Lukut perlu diteliti pada abad dinyatakan? Perkara ini perlu diteliti kerana
sebelum Kesultanan Selangor dibentuk secara daulat pada 1766, negeri Selangor yang
merupakan dari Sungai Bernam hingga Sungai Linggi merupakan salah sebuah jajahan yang
dikenali sebagai Klang yang berada di bawah pentadbiran Kesultanan Johor, 1528-1700, dan
Kerajaan Seri Menanti, 1700-1766.1 Baharulah Lukut di bawah pentadbiran Kesultanan
Selangor pada 1766 hingga 1878 berkuat kuasa 1880. Seterusnya, Lukut dimasukkan dalam
pentadbiran Sungai Ujong yang dikenali sebagai Negeri Sembilan pada konteks kini. Sebanyak
sepuluh fasa berlaku dalam meneliti status entiti politik Lukut sejak abad keenam belas hingga
1878 berkuat kuasa 1880 (Rajah 1).

Rajah 1: Fasa Menunjukkan Perkembangan Status Entiti Politik Lukut Sejak Kesultanan
Johor hingga Kesultanan Selangor

Fasa Pertama Fasa Kedua Fasa Ketiga


• Kawasan Lukut di • Kawasan Lukut di • Kawasan Lukut di
bawah Klang dalam bawah Klang dalam bawah daerah Klang
Kesultanan Johor pada Kerajaan Seri Menanti dalam Kesultanan
1528 pada 1700 Selangor oada 1766

Fasa Keempat Fasa Kelima Fasa Keenam


• Lukut diiktiraf sebagai • Lukut kembali sebagai • Lukut kembali sebagai
daerah tersendiri sekitar sebuah kawasan dalam sebuah daerah pada
1810-an daerah Klang pada 1817 1826

Fasa Ketujuh Fasa Kelapan Fasa Kesembilan


• Daerah Sepang dibentuk • Daerah Sungai Raya • Lukut, Sungai Raya dan
pada 1834 dibentuk pada 1859 Sepang menjadi sebuah
mukim dalam daerah
Langat pada 1874
berkuat kuasa 1875

Fasa Kesepuluh
• Lukut dan Sungai Raya
diserahkan kepada
Sungai Ujong pada
1878

Sumber: John Anderson 1965, pp. 202, Ahmad Farhan 2013, pp. 83, P 77, Straits Settlements
Treaties and Other Paper Connected with the Native States of the Malay Peninsula dan Berita

* Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria merupakan calon Doktor Falsafah di Progam Sejarah, Pusat Penyelidikan
Politik dan Keselamatan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Kebangsaan Malaysia.
1
Colonial Office (CO) 717/117/12, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku
Panglima Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor, Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK) SEL: SEC: 3027/1922/5, Mohamed Tahir kepada Ketua
Setiausaha kepada Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 13 Jun 1924, CO 717/47/36454, Tuanku
Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) kepada L. S. Amery (Setiausaha Tanah Jajahan), 3 Ogos
1925 dan CO 882/3/4, Inclosure 1 in No. 12, Second Continuation of Report on Proceedings of Government
Relating to the Native States in the Malayan Peninsula.

2
Harian. (1958). Kesan2 Lama Peninggalan dari Sa-buah Kerajaan di-Lukut. 24 Disember, p.
4.

Namun begitu, apakah kaitan sejarah Klang dengan pentadbiran Lukut? Berdasarkan
persempadanan dinyatakan di atas jelas menunjukkan Lukut merupakan milik Klang. Siapakah
pentadbir Klang pada ketika itu? Tokoh yang mentadbir Klang pada ketika itu bergelar sebagai
Dato’ Ungku Klang. Tokoh penyandang jawatan ini merupakan putera kepada Sultan Johor
dengan Puteri Mayang Selida. Walaupun begitu, putera mereka yang bernama Nenek Landasan
masih belum bergelar sebagai Dato’ Ungku Klang tetapi beliau adalah pentadbir pertama di
Klang era Kesultanan Johor. Kemudian, anak Nenek Landasan ini yang tidak diketahui
namanya tetapi memiliki nama kampung iaitu Pinang Tunggal baharulah memakai gelar Dato’
Ungku Klang buat pertama kali. Perkara ini dicatatkan dalam salasilah milik To’ Ungku
Mohamed Tahir bin Dato’ Ungku Kaluk (Orang Kaya To’ Ungku Maha Bijaya Hulu Langat,
1928-1931) dan To’ Ungku Samsudin bin To’ Ungku Mohamed Tahir (Orang Kaya To’ Ungku
Maha Bijaya Hulu Langat, 1931-1948).2

Adakah keluarga Dato’ Ungku Klang memiliki hubungan daerah dengan pembesar-
pembesar Negeri Sembilan pada konteks kini antaranya Dato’ Kelana Sungai Ujong? Secara
genealogi, berdasarkan salasilah milik Dato’ Bandar Mohamed Hasan Rembau, mereka amat
jelas memiliki hubungan darah yang sama kerana berpunca daripada Sultan Johor dan Puteri
Mayang Selida (Rajah 2).3 Menurut salasilah itu, Nenek Landasan merupakan abang sulung
dalam keluarga ini dan Nenek Tukul (tokoh pengasas jawatan Dato’ Kelana Sungai Ujong)
merupakan adik lelakinya. Mereka juga mempunyai adik beradik perempuan yang bernama
Nenek Jelandung (tokoh pengasas jawatan Dato’ Menteri Akhir Zaman Jelebu) dan Nenek
Kerbau (tokoh pengasas jawatan Dato’ Penghulu Johol). Rentetan itu, Sultan Johor
menurunkan kuasanya kepada: Nenek Landasan sebagai Pentadbir Klang; Nenek Tukul
sebagai Pentadbir Sungai Ujong; Nenek Jelandung bersama-sama suaminya sebagai Pentadbir
Jelebu; dan Nenek Kerbau bersama-sama suaminya sebagai Pentadbir Johol.

Berdasarkan kenyataan di atas, persempadanan jajahan tersebut sudah dilaksanakan dan


diseragamkan. Ahmad Farhan berpendapat bahawa persempadanan antara Klang dengan
Sungai Ujong adalah berdasarkan Sungai Udang, Pengkalan Kempas, dan Bukit Sepam
manakala antara Klang dengan Jelebu pula adalah Genting Himpun (Ahmad Farhan 2013, pp.
56-57). Persempadanan ini dilaksanakan secara kuat kuasa ketika era pentadbiran Dato’ Ungku
Penaga didapati dengan Dato’ Kelana Chantak sekitar akhir abad ketujuh belas. Perkara ini
dijelaskan dengan baik oleh Dato’ Ungku Kaluk ketika beliau ditemu bual era pentadbiran
British. Ini bermakna status entiti politik Lukut pada ketika itu merupakan sebuah kawasan
dalam kerajaan Klang.

2
B/SUK Sel. Sec. General 672/1936/1, Ruayat Dato’ Engku Klang (Selangor). Salah-silah dan Kediaman-nya
oleh To’ Ungku Samsudin, Tanpa Tarikh dan B/SUK SEL: SEC: 3027/1922/1A, Mohamed Tahir (Penghulu
Mukim Hulu Klang) kepada Ketua Setiausaha kepada Kerajaan, 28 Julai 1922.
3
Surat Persendirian (SP) 16/2, Dudley Francis Amelius Hervey, Cherita Nenek Moyangkeban Salasilah Rembau
Milik Dato Bandar Mohamed Hasan Rembau, Pejabat Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan (N/SUL) ARN/2,
Salinan Chatetan Rampaian, Rekod2 dan Surat2 Utusan antara Tahun 1773 dan 1961 di-Patek daripada Buku
Peringatan Almarhom Yang Teramat Mulia Tunku Besar Burhanuddin ibni Yam Tuan Antah, Tunku Besar, Seri
Menanti (Di-salin dengan Izin daripada Anak2-nya) dan N/SUL ARN/5, Sejarah Raja-raja dan Adat Istiadat
Negeri Sembilan.

3
Rajah 2: Salasilah Nenek Moyang Beban yang Berkait Rapat dengan Keturunan Dato’ Klang
dengan Dato’ Sungai Ujong, Dato’ Jelebu, Dato’ Johol dan Dato’ Rembau

Nenek Moyang Keban X Nenek


Bangkuang (p)

Dato' Raja di Gunung


(Batin Merah Seribu Jaya) Batin Chapa (Rembau)
(Semujong)

Puteri Mayang Selida (anak


Batin Pa' Nila (Rembau)
Ungka Siamang Puteh) (Nenek
(melahirkan keturunan Lela
Berchanggai Besi) X Raja Jaya
Raja)
Putra Johor

Nenek Lendasan (Klang)

Nenek Jelandung (p)


(Jelebu)

Nenek Tukul (Sungai


Ujong)

Nenek Kerbau (p) (Johol)

Sumber: Surat Persendirian (SP) 16/2, Dudley Francis Amelius Hervey, Cherita Nenek
Moyangkeban Salasilah Rembau Milik Dato Bandar Mohamed Hasan Rembau.

Kemudian, sebanyak dua kali perjanjian ditermeterai antara Sultan Selangor dengan
Dato’ Kelana Sungai Ujong mengenai pengesahan persempadanan dinyatakan sebelum ini iaitu
pada 24 November 1863 dan 11 Julai 1868. Surat bertarikh 11 Julai 1868 adalah:

We, the Ruler of Salangore, Sultan Abdulsamat, son of the late


Tunku Raja Abdullah, give this paper to Datu Klana Putra in Sungie
Ujong, showing what are the relations between Salangore and Sungei
Ujong, which are not to change in any way the arrangements of old
times till the present day.

With regard to Tanjung Tuan (Cape Rachado), the Governor’s


request was for as much place as (was neccesary) for a lighthouse, one
hill only. The English Government is our friend, and in our thinking
will be the friend of our great men also. With the exception of what has
been mentioned, all on the left, ascending the River Lingie up to Sungie
Udang, we and the great men agree to be the Datu Klana’s territory,

4
and no one else can claim it, down to our descendants and the Datu
Klana’s descendants, and this shall not be changed, as long as the sun
and the moon revolve, &c., as is stated in this writing and stamped with
our chop.4

Berdasarkan hujah dinyatakan di atas jelas menunjukkan bahawa seluruh lembangan


Sungai Langat (termasuk ranting-ranting sungai seperti Sungai Semenyih, Sungai Beranang
dan Sungai Reko) adalah milik Klang bukannya Sungai Ujong. Akhirnya, setelah Raja Lumu
ibni Daeng Chelak bergelar Sultan Salehuddin, Sultan Selangor pertama, secara berdaulat pada
1766, seluruh jajahan Dato’ Ungku Klang dimasukkan dalam negeri Selangor. Negeri baharu
ini dikenali sebagai Selangor kerana ia merupakan pusat pentadbiran Sultan Salehuddin ketika
bergelar Raja Selangor pada 1743. Perubahan ini disokong dan disahkan oleh Dato’ Ungku
Naga Mengulur sekiranya Raja Lumu berjaya diiktirafkan dan ditabalkan sebagai Sultan
Selangor, beliau akan menundukkan taat setianya kepada baginda sultan. Kewibawaan,
ketaatan dan kesetiaan keluarga Dato’ Ungku kepada Kesultanan Selangor masih kekal hingga
kini dan perkara ini patut diberi penghormatan yang begitu tinggi terhadap tindakan mereka.

Fasa kedua, status entiti politik Lukut adalah sebuah kawasan dalam kerajaan Klang
yang di bawah pentadbiran kerajaan Seri Menanti pada 1700. Kerajaan ini merangkumi Seri
Menanti (pusat), Klang, Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Naning, Hulu Muar dan Jelai.
Kerajaan Seri Menanti membentuk sistem yang dikenali sebagai Undang yang Enam
merangkumi Klang sebagai Undang paling kanan pada ketika itu, Sungai Ujong, Jelebu, Johol,
Rembau dan Naning. Bagaimanakah dengan status Sungai Ujong sebagai Undang paling kanan
yang dilontarkan oleh para pengkaji terdahulu? Status Sungai Ujong menjadi Undang paling
kanan selepas Klang dimasukkan dalam Kesultanan Selangor secara sahih pada 1766 dan kekal
hingga kini.

Fasa ketiga, setelah Kesultanan Selangor dibentuk secara daulat pada 1766, Ahmad
Farhan memberikan pandangan bahawa Sultan Salehuddin membentuk dua pendekatan iaitu
pendekatan istana dan pendekatan negeri (Ahmad Farhan 2013, pp. 60-61, Ahmad Farhan
2015, pp. 38-41, Ahmad Farhan 2016, pp. 126-127 dan Ahmad Farhan 2016, pp. 127-128).
Bagi pendekatan negeri, Sultan Salehuddin membentuk dua buah daerah ketika era baginda.
Pertama, daerah Klang yang merangkumi dari Sungai Klang hingga Sungai Linggi ditadbir
oleh Raja Ibrahim ibni Sultan Salehuddin. Kedua, daerah Selangor yang merangkumi dari
Sungai Bernam hingga Sungai Klang ditadbir oleh Raja Nala bin Sultan Salehuddin.
Berdasarkan kenyataan dinyatakan sebelum ini jelas menunjukkan bahawa Lukut berada di
bawah pentadbiran daerah Klang.

Apakah status entiti politik Lukut pada ketika itu? Statusnya hanya sebagai sebuah
kawasan yang masih belum diterokai oleh tokoh-tokoh penting kerana sesebuah daerah atau
mukim akan diiktirafkan setelah seseorang tokoh dilantik sebagai pembesar daerah atau
penghulu oleh baginda sultan bagi mentadbir kawasan tersebut. Kemudian, setelah Raja
Ibrahim dilantik sebagai Sultan Selangor kedua pada 1782, baginda amat menitikberatkan
perusahaan bijih timah terutamanya di daerah Klang sekitar awal abad kesembilan belas.

Fasa keempat, Sultan Ibrahim merupakan tokoh bertanggungjawab dalam membuka


Lukut untuk tujuan perlombongan bijih timah sekitar awal 1810-an. Sehubungan itu, baginda

4
CO 882/3/4, Inclosure 1 in No. 12, Second Continuation of Report on Proceedings of Government Relating to
the Native States in the Malayan Peninsula.

5
melantik Raja Muhammad ibni Sultan Ibrahim (kemudian bergelar Sultan Muhammad pada
1826) sebagai Orang Besar Daerah Lukut pertama sekitar 1810-an. Tarikh sebenar tidak
diketahui. Ekoran itu, status entiti politik Lukut menjadi sebuah daerah secara sahih dan daulat
yang ditadbir oleh Raja Muhammad sebagai Orang Besar Daerah Lukut.

Fasa kelima, Raja Muhammad dipindahkan ke daerah Bernam pada 1817. Akibatnya,
Lukut yang memiliki status entiti politik sebagai dari sebuah daerah jatuh kepada kawasan
kerana Sultan Ibrahim melantik Kapitan Cina untuk mengawal perlombongan bijih timah di
Lukut. Berdasarkan penelitian, Lukut kembali menjadi salah sebuah kawasan yang terdapat
dalam daerah Klang yang ditadbir oleh Sultan Ibrahim selepas Raja Muhammad berpindah ke
Bernam pada 1817. Bagi mengukuhkan kenyataan sebelum ini, Anderson mencatatkan perihal
Lukut pada 1824 bahawa:

Has lately become a great place for tin. There are about 1000
inhabitants up this River, of which 200 are Chinese, who work the
Mines, and the Settlement is under charge of a China Captain,
appointed by the King of Salengore (John Anderson 1965, pp. 202).

Fasa keenam Lukut kembali menjadi sebuah daerah pada 1826. Perkara ini berlaku
kerana Sultan Muhammad melantik tokoh-tokoh kerabat raja Selangor yang berwibawa dan
berpengaruh sebagai orang besar daerah ditetapkan. Sultan Muhammad merupakan seorang
Sultan Selangor yang berpandangan jauh bukanlah seperti yang ditohmahkan oleh pengkaji
terdahulu yang menyatakan pentadbiran baginda lemah adalah kurang tepat (Ahmad Farhan
2013).

Berikutan itu, Sultan Muhammad melantik: pertama, Raja Usoh bin Sultan Ibrahim
sebagai Orang Besar Daerah Bernam merangkumi seluruh lembangan Sungai Bernam; kedua,
Raja Abas bin Sultan Ibrahim sebagai Orang Besar Daerah Selangor merangkumi seluruh
lembangan Sungai Selangor; ketiga, Raja Haji bin Sultan Ibrahim sebagai Orang Besar Daerah
Klang merangkumi seluruh lembangan Sungai Klang; keempat, Raja Abdullah bin Sultan
Ibrahim sebagai Orang Besar Daerah Langat merangkumi seluruh lembangan Sungai Langat;
dan kelima, Raja Hassan atau Raja Busu bin Raja Nala sebagai Orang Besar Daerah Lukut
merangkumi seluruh lembangan Sungai Lukut hingga Kuala Sungai Linggi dan Sungai Udang
yang merupakan ranting Sungai Linggi. Berdasarkan kenyataan ini, status entiti politik Lukut
diiktiraf sebagai daerah berkuat kuasa 1826.

Fasa ketujuh, sebuah daerah baharu dikenali sebagai Sepang dibentuk pada 1834.
Daerah ini dibentuk kerana Sultan Muhammad memberi penganugerahan kepada Raja Husain
bin Raja Bulang dalam jasanya menentang masyarakat Cina yang memberontak di Lukut atas
peristiwa pembunuhan Raja Hassan sekeluarga. Raja Husain merupakan Orang Besar Daerah
Sepang pertama. Kemudian, Raja Berkat menggantikan ayahnya.

Fasa kelapan, sebuah daerah baharu dikenali sebagai Sungai Raya dibentuk pada 1859.
Daerah ini dibentuk berdasarkan cadangan Raja Jumaat kepada Sultan Abdul Samad yang
menempatkan adindanya bernama Raja Hussin bin Raja Jaffar sebagai Orang Besar Daerah
Sungai Raya. Kemudian, jawatan ini digantikan kepada Raja Suleiman bin Raja Hussin setelah
ayahandanya meninggal dunia. Seterusnya, Raja Daud bin Raja Hussin menggantikan
abangnya selepas mati terbunuh dalam Perang Klang.

6
Fasa kesembilan, status entiti politik Lukut menjadi sebuah mukim dalam daerah
Langat pada Oktober 1874 berkuat kuasa Januari 1875. Mengapakah perkara ini berlaku? Ia
berlaku kerana jawatan orang besar daerah dimansuhkan setelah British menguasai Selangor
pada tarikh tersebut. Ini bermakna Raja Haji Bot bin Raja Jumaat yang asalnya sebagai orang
besar Daerah Lukut telah menurun status Mobiliti Sosial dan Strafikasi Sosialnya kepada ketua
mukim dikenali sebagai penghulu. Selain itu, Sepang dan Sungai Raya yang merupakan sebuah
daerah juga di turun taraf statusnya sebagai mukim yang ditadbir oleh Raja Berkat bin Raja
Husain (Orang Besar Daerah Sepang) dan Raja Daud bin Raja Hussin (Orang Besar Daerah
Sungai Raya). Dalam pada itu, sebuah mukim baharu dibentuk iaitu Tanjung Gemuk yang
ditadbir oleh Raja Muhammad bin Raja Abdullah (Penghulu Mukim Tanjung Gemuk). Ketiga-
tiga buah mukim ini di bawah pentadbiran daerah Langat pada Oktober 1874 berkuat kuasa
Januari 1875.

Fasa kesepuluh, mukim Tanjung Gemuk, mukim Lukut dan mukim Sungai Raya
diserahkan kepada Sungai Ujong berdasarkan perjanjian ditandatangani pada 10 Februari
1878.5 Mengapakah ketiga-tiga mukim ini diserahkan? Ini disebabkan Raja Haji Bot
mengalami hutang yang begitu banyak kerana beliau dan adik-beradiknya iaitu Raja Yahya bin
Raja Jumaat dan Raja Abdul Majid bin Raja Jumaat kurang berjaya dalam mengusahakan
perlombongan bijih timah di sekitar daerah Lukut.6 Impaknya menyebabkan Tanjung Gemuk
dan Sungai Raya terkena tempiasnya kerana berdekatan dengan Lukut dan Sungai Ujong.

Mengapakah perkara ini berlaku? Adakah Raja Haji Bot kurang cekap dalam mentadbir
daerah Lukut? Perkara ini berlaku kerana: Pertama, perusahaan bijih timah oleh Raja Abdullah
bin Raja Jaffar, orang besar daerah Klang, 1850-1869, di mukim Ampang, mukim Hulu Klang
dan mukim Batu dalam daerah Klang begitu memberangsangkan menyebabkan ramai
masyarakat berbilang etnik Melayu berhijrah di kawasan dinyatakan. Antaranya, etnik Buru,
Minangkabau, Mandailing, Rawa dan Kerinci. Kedua, saudagar dari Singapura yang memajak
kawasan-kawasan dalam daerah Klang menyebabkan ekonomi menjadi lebih baik dari masa
ke masa. Ketiga, perang yang berlaku dikenali sebagai Perang Klang dan Perang Sungai Ujong
menyebabkan ekonomi daerah Lukut merundum lalu menyebabkan Raja Haji Bot memiliki
hutang yang begitu banyak dan sukar untuk dilangsaikan. Keempat, kesungguhan Dato’ Kelana
Sungai Ujong untuk mendapatkan kawasan pantai bagi jajahan Sungai Ujong yang
mendapatkan pertolongan daripada British. Berdasarkan hujah-hujah ini, pandangan yang
menyatakan Raja Haji Bot kurang cekap adalah kurang sesuai kerana memiliki sebab-sebab
lain sebagai penyebab perkara tersebut berlaku.

Akhirnya, Raja Haji Bot tidak berjaya melangsaikan hutang tersebut. Kerajaan
Selangor yang ditadbir oleh British juga tidak mampu menanggung perbelanjaan tersebut
kerana: pertama, hutang yang begitu tinggi akibat Perang Klang yang melibatkan Pahang,
Perak, Melaka dan Singapura; dan kedua, hutang daerah Lukut adalah berpunca daripada
kelalaian Raja Haji Bot sendiri. Rentetan itu, daerah Lukut diserahkan kepada Sungai Ujong
pada 1878. Walaupun begitu, menurut Straits Times bertarikh 22 Januari 1906, daerah Lukut
sebenarnya dibeli oleh kerajaan Sungai Ujong dengan jumlah $27,000.7 Akhbar ini
memaklumkan perkara yang sebenar kerana perihal penjualan Lukut kepada Sungai Ujong

5
Perjanjian dan Persetiaan (P) 77, Straits Settlements Treaties and Other Paper Connected with the Native States
of the Malay Peninsula. Rujuk Lampiran A untuk melihat perjanjian ini.
6
B/SUK 213/1876, F. A. Swettenham kepada Setiausaha kepada Negeri-negeri Melayu, 21 Ogos 1875.
7
Straits Times. (1906). Peeps into the F. M. S. Pats. Lukut of Old. 22 January, p. 9.

7
tidak dicatatkan dalam Laporan Tahunan Selangor dan Laporan Tahunan Sungai Ujong pada
1879 dan 1881.8 Akhbar itu mencatatkan bahawa:

Not long after, Raja Bot, goaded by family quarrels, the fear of
invasion, and jealousies amongst his own relations, went down to
Singapore to interview the Governor, and sold Lukut to the State of
Sungei Ujong for $27,000-about one-twentieth of the price of a ruber
estate now-a-days.9

Setelah perjanjian ditandatangani pada 10 Februari 1878, Raja Haji Bot bersama-sama
Raja Yahya dan Raja Abdul Majid kurang menyenangi terhadap penyerahan tersebut.10 Mereka
sering berusaha untuk mendapatkan kembali daerah Lukut tetapi gagal. Berikutan itu,
perbincangan antara Raja Haji Bot dan Raja Daud bin Raja Hussin (Orang Besar Daerah Sungai
Raya Ketiga) dengan F. A. Weld (Gabenor Negeri-negeri Selat) pada 31 Julai 1880. Hasilnya
adalah: Pertama, Raja Haji Bot diberikan wang tunai sebanyak $14,000. Kedua, Raja Daud
juga diberikan wang tunai sebanyak $10,000. Ketiga, Raja Haji Bot mendapat seluas 3,000
ekar dalam daerah Lukut. Sehubungan itu, daerah Lukut dan Sungai Raya secara sahih dan
berdaulat di bawah pentadbiran Sungai Ujong atau Negeri Sembilan pada konteks kini.

Orang Besar Daerah Lukut


Setiap kerajaan pasti memiliki sistem pentadbiran tersendiri sama ada bersistematik atau
sebaliknya bergantung kepada tampuk pimpinan pentadbir atau pemerintah tersebut.
Berdasarkan pendekatan sosiologi, sistem ini dikenali sebagai monarki. Sesebuah entiti politik
berstatus daerah akan menjadi sah selepas baginda sultan memilih dan melantik tokoh-tokoh
berwibawa sebagai pembesar daerah atau orang besar daerah. Pelantikan ini jelas menunjukkan
baginda sultan amat menitikberat terhadap pentadbiran sama ada peringkat negeri atau daerah.
Sehubungan itu, seramai lima tokoh kerabat raja dilantik sebagai Orang Besar Daerah Lukut
sejak 1810-an hingga 1878 berkuat kuasa 1880 (Rajah 3).

Rajah 3: Tokoh-tokoh Dilantik sebagai Orang Besar Daerah Lukut, 1810-an-1878

1810-an-1817
Raja Muhammad ibni Sultan Ibrahim (Sultan Muhammad)
1826-1834
Raja Hassan atau Raja Busu bin Raja Nala
1834-1846
Raja Jaffar bin Raja Ali
1846-1864
Raja Jumaat bin Raja Jaffar
1864-1874
Raja Haji Bot bin Raja Jumaat

Sumber: Ahmad Farhan 2013, pp. 83.


8
Laporan Tahunan Sungai Ujong tidak dibuat pada 1878 dan 1880. Namun begitu, Laporan Tahunan Sungai
Ujong dibuat pada 1879 dan 1881. Untuk keterangan lanjut, lihat CO 275/24, No. 261, Report on the State of
Sungei Ujong 1879 dan CO 275/27, No. 28, Financial Report on the State of Sungei Ujong for the Year 1881.
9
Straits Times. (1906). Peeps into the F. M. S. Pats. The Lukut of Old. 22 January, p. 9.
10
P 77, Straits Settlements Treaties and Other Paper Connected with the Native States of the Malay Peninsula.
Rujuk Lampiran B untuk melihat perjanjian ini.

8
Majoriti pengkaji terdahulu melontarkan pandangan masing-masing bahawa Raja
Hassan merupakan pengasas daerah Lukut yang membawa maksud sebagai pembuka kawasan
baharu. Antaranya, L. D. Gammans menyatakan bahawa:

Lukut, although attaining apparently at one period to the dignity of an


independent state, has not a very long or exciting history to its credit.
It was founded by Raja Busu, a Selangor Malay, who collecting
together a band of followers from Selangor, Kedah and other parts,
came and settled on the banks of the Lukut River (L. D. Gammans
December 1924, pp. 291).

Namun begitu, tokoh pertama sebagai orang besar daerah Lukut adalah Raja
Muhammad ibni Sultan Ibrahim yang dilantik oleh ayahandanya sekitar 1810-an hingga 1817.
Tarikh tepat tidak diketahui. Kemudian, Raja Muhammad ditukarkan ke daerah Bernam
selepas dipilih dan dilantik sebagai Raja Muda Selangor pada 1817. Perkara Raja Muhammad
sebagai Orang Besar Daerah Bernam dicatatkan dalam laporan John Anderson. Catatannya
adalah:

Ia a large River, navigable only for small Vessels, in consequence


of the Mud Flats which project from its mouth. There is small Town at
the distance of two days pull from the entrance, having about 1000
Inhabitants. This place is celebrated for Rattans, of which large
quantities are exported, and occasionally some Tin, which is brought
down the small Channels from the Perak Country. The Raja Mooda of
Salengore is the Chief of this place, and frequently resides here.
Beyong Burnam are (John Anderson 1965, pp. 190).

Seterusnya, menurut Tengku Badar Shah ibni Sultan Alae’eddin Sulaiman Shah dalam
memorandumnya menyatakan bahawa Sultan Muhammad diangkat sebagai Sultan Selangor
ketiga pada 1826 hingga mangkat pada 1857. Sultan Muhammad dimakamkan di Makam Raja
Selangor Kuala Selangor. Catatan itu adalah:

Sultan Ibrahim died in 1826 and was succeeded by the Raja Muda
Mohamed who thus became the 3rd Sultan of Selangor...11

Tokoh kedua, Raja Hassan atau Raja Busu bin Raja Nala yang dilantik oleh Sultan
Muhammad pada 1826. Menurut Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria, beliau merupakan
Orang Besar Daerah Bidor terlebih dahulu pada 1819. Baharulah, beliau memainkan peranan
sebagai Orang Besar Daerah Lukut selepas dipaksa berhenti meletak jawatan berdasarkan
Perjanjian Anderson 1825, Perjanjian Ligor-Selangor 1825, Perjanjian Low 1826 dan
Perjanjian Burney 1826. Beliau meninggal dunia pada 1834 akibat dibunuh oleh masyarakat
Cina di Lukut kerana tidak berpuas hati dengan pentadbirannya. Beliau dimakamkan di Makam
Raja Selangor Lukut.

Namun begitu, menurut Abu Talib, pentadbiran Raja Hassan banyak menyekat aktiviti
masyarakat Cina yang bertentangan dengan agama Islam. Misalnya, pelacuran, riba dan aktiviti
gangsterisme. Oleh itu, masyarakat Cina tidak berpuas hati terhadap polisi Raja Hassan yang

11
CO 717/117/12, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima Besar
of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja Muda of Selangor.

9
begitu menitikberatkan agama Islam. Walaupun begitu, keluarga Raja Hassan masih memiliki
keturunan hingga kini. Antara keturunannya yang paling popular dalam sejarah Selangor
adalah Raja Uda bin Raja Muhammad bin Raja Osman bin Raja Omar bin Raja Hassan atau
Raja Busu bin Raja Nala bin Sultan Salehuddin yang merupakan kerabat raja Selangor dari
sebelah patrilineal pertama sebagai MSC berkuat kuasa 1 Januari 1924 (Ahmad Farhan 2016,
pp. 216)

Tokoh ketiga, Raja Jaffar bin Raja Ali yang dilantik oleh Sultan Muhammad sebagai
Orang Besar Daerah Lukut pada 1834. Beliau datang dari Johor-Riau ke Selangor bersama-
sama putera-puteranya yang bernama Raja Jumaat, Raja Abdullah dan Raja Husin. Menurut
Straits Times Overland Journal bertarikh 13 Julai 1878, mereka berhijrah ke Selangor setelah
Sultan Muhammad berkahwin dengan Raja Seah binti Raja Ali yang merupakan adinda Raja
Jaffar. Catatan itu menyatakan:

In 1846, Rajahs Abdullah and Jumahat, sons of Rajah Jaffar of Rhio,


having rendered great services to Sultan Mahomed of Salangore, who
married Seah, Rajah Jaffar’s sister, were invited by him to settle in
Salangore.12

Namun begitu, majoriti pengkaji terdahulu tidak memutuskan untuk menempatkan Raja
Jaffar sebagai Orang Besar Daerah Lukut walaupun beliau dan putera-puteranya mengadap
Sultan Muhammad di Kuala Selangor. Adakah pandangan sebelum ini tepat? Adakah
pandangan ini tidak boleh diragukan? Pandangan pengkaji terdahulu adalah baik tetapi
sekiranya perihal ini dikaji dengan lebih teliti jelas menunjukkan bahawa Raja Jaffar dilantik
sebagai Orang Besar Daerah Lukut bagi menggantikan Raja Hassan atau Raja Busu pada 1834.

Mengapakah pendapat ini dilontarkan? Antara hujah-hujah yang membolehkan


kenyataan ini adalah benar adalah: Pertama, Raja Husain yang datang dari Johor-Riau berjaya
membanteraskan perselisihan faham di Lukut menyebabkan beliau dilantik sebagai Orang
Besar Daerah Sepang. Raja Haji Mahmud bin Raja Berkat yang menyatakan bahawa datuknya
dilantik sebagai Orang Besar Daerah Sepang sebelum ayahnya menyandang jawatan tersebut.13
Namun begitu, tidak diketahui sama ada Raja Husain dikahwinkan dengan kerabat raja
Selangor atau sebaliknya. Walaupun begitu, anak Raja Husain yang bernama Raja Berkat jelas
berkahwin dengan kerabat raja Selangor iaitu: pertama, Raja Busu binti Raja Haji yang
melahirkan Raja Haji Mahmud; dan kedua, Raja Lebar binti Raja Abdullah yang melahirkan
Raja Manan.14

Kedua, Sultan Muhammad berkahwin dengan Raja Seah iaitu adindanya Raja Jaffar
pasti secara pratikal melantik beliau sebagai orang besar daerah bagi menunjukkan hubungan
kedua-dua keluarga ini sangat rapat. Buktinya, Sultan Abdul Samad yang berkahwin dengan
Raja Arfah binti Sultan Muhammad dilantik sebagai Orang Besar Daerah Selangor selepas
perkahwinan tersebut. Begitu juga, Raja Berkat yang berkahwin dengan Raja Lebar dilantik
sebagai Orang Besar Daerah Sepang bagi menggantikan ayahnya. Perkara ini sangat pratikal
dalam corak Kesultanan Selangor pada ketika itu. Oleh yang demikian, tulisan ini berpendapat

12
Straits Times Overland Journal. (1878). News from the Peninsula. 13 July, p. 3.
13
B/SUK 2611/1901, Raja Haji Mahmud bin Raja Berkat kepada Residen Kaunsilor Melaka, 23 Julai 1889 dan
B/SUK 2611/1901, Statement of Batin Pa Lanteh Son of Pa Pera the Permatang Buah Dusun, 13 November 1899.
14
The Selangor Journal: Jottings Past and Present Vol. III, No. 11, The Royal Family of Selangor, [Salasilah Milik
Raja Mahadi], 8 February 1895 dan B/SUK 4618/1902, Allowance to Chiefs, Without Date.

10
bahawa Raja Jaffar sememangnya dilantik sebagai Orang Besar Daerah Lukut ketiga pada
1834.

Tokoh keempat, Raja Jumaat bin Raja Jaffar yang dilantik oleh Sultan Muhammad
sebagai Orang Besar Daerah Lukut pada 1846.15 Sultan Muhammad tidak melantik Raja
Jumaat sebagai Orang Besar Daerah Lukut secara langsung selepas kematian Raja Jaffar pada
1846. Mengapakah Sultan Muhammad bertindak sedemikian? Baginda hendak memerhati
kewibawaan dan kebolehan Raja Jumaat terlebih dahulu. Baharulah, Sultan Muhammad
melantik Raja Jumaat sebagai Orang Besar Daerah Lukut selepas beliau membayar hutang-
hutang baginda sultan berjumlah $169,000 kepada saudagar Cina di Melaka.16

Ekoran itu, Sultan Muhammad berhasrat untuk membalas budi Raja Jumaat dengan
mengahwinkan beliau dengan Raja Senai dan sekaligus memberi jawatan sebagai Orang Besar
Daerah Lukut dan Raja Tua yang berfungsi seperti Bendahara pada 1846.17 Kedua-dua jawatan
ini diteruskan ketika era Sultan Abdul Samad ibni Raja Abdullah (Sultan Selangor Keempat,
1857-1898). Raja Jumaat merupakan tokoh bertanggungjawab dalam memperkenal daerah
Lukut khususnya mengenai bahan komiditi bijih timah kepada dunia perusahaan bijih timah.
Menurut Abdul Halim Nasir, Raja Jumaat berjaya membentuk sebuah daerah yang begitu baik
dengan membina Kota Lukut, Rumah Kedai dan jalan raya yang efisien untuk kemudahan
masyarakat di Lukut (Abdul Halim Nasir 1993, pp. 189).

Berdasarkan kejayaan ini, Raja Jumaat wajar diangkat sebagai “Bapa Pengasas Lukut”
yang membawa maksud memperkenalkan dan mempopularkan daerah Lukut kepada negeri-
negeri lain menyebabkan berlakunya peningkatan dari aspek pentadbiran, ekonomi, sosial dan
sosioekonomi sepanjang tempoh pentadbirannya. Raja Jumaat meninggal dunia pada 1864.
Beliau dimakamkan di Makam Raja Selangor Lukut.

Tokoh kelima, Raja Haji Bot bin Raja Jumaat yang dilantik oleh Sultan Abdul Samad
sebagai Orang Besar Daerah Lukut bagi menggantikan ayahnya pada 1864. Menurut Singapore
Free Press and Mercantile Advertiser bertarikh 18 April 1915 memaklumkan Raja Haji Bot
meninggal dunia ketika berumur 63 tahun.18 Berdasarkan kiraan matematik, Raja Haji Bot
diputerakan pada 1853. Menurut Malaya Tribune dan Singapore Free Press and Mercantile
Advertiser bertarikh 13 April 1916, nama sebenar beliau adalah Raja Mohamed Salleh. Akhbar
itu mencatatkan bahawa:

The sudden death is reported at Johore of Raja Hadji Mohamed Salleh


who was known as Raja Hadji Bot. He was for many years a member
of the State Council.19

Raja Haji Bot dilantik berdasarkan sistem warisan yang menyatakan bahawa daerah
Lukut diserahkan secara turun menurun selagi masih ada bintang dan bulan di alam semesta

15
CO 273/102, Raja Bot to Colonial Secretary, 13 December 1879, B/SUK Native 2481/82, Minutes, Without
date dan B/SUK 548/83, Minute Paper of No. __, Sheet No.__ to F. A. Swettenham (British Resident of Selangor),
23 April 1883.
16
CO 273/98, Memorandum Relative to the Seed of Gift Bestowing the District of Lukut on Raja Jumaat His Heir
and Successor, Executed by the Late Sultan Mohamed of Selangor, 4 August 1846.
17
B/SUK 295/98, Surat Watikah daripada Sultan Abdul Samad ibni Raja Abdullah kepada Raja JUmaat bin Raja
Jaffar, 20 Mei 1861.
18
Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. (1916). Untitled. 18 April, p. 5.
19
Malaya Tribune. (1916). Local and General. 13 April, p. 9 dan Singapore Free Press and Mercantile Advertiser.
(1916). Death of Rajah Bot. 13 April, p. 6.

11
ini. Raja Haji Bot turut melantik adik beradiknya sebagai Penolong Orang Besar Daerah Lukut
iaitu Raja Yahya dan Raja Abdul Majid. Raja Haji Bot kurang berkebolehan seperti ayahnya.
Kesannya, Lukut mengalami kemelesatan ekonomi. Berikutan itu, Raja Haji Bot mempunyai
hutang yang begitu banyak menyebabkan Lukut dijual kepada Sungai Ujong pada 1878.20

Kemudian, Ahmad Farhan menyatakan bahawa Raja Haji Bot dilantik sebagai
Penghulu Mukim Sungai Buloh pada 1887 hingga 1891 yang jelas menunjukkan Mobiliti
Sosial beliau menurun iaitu dari pembesar daerah kepada penghulu mukim (Ahmad Farhan
2013, pp. 112). Namun begitu, menurut Ahmad Farhan, Raja Haji Bot turut dipilih dan dilantik
sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada 1888 hingga 1916 (Ahmad Farhan 2014,
pp. 31). Raja Haji Bot juga memainkan peranan sebagai Raja Tua ketika era Sultan Sulaiman
Shah. Pelantikan ini jelas menunjukkan bahawa kedudukan status sosial Raja Haji Bot dalam
pentadbiran Selangor begitu tinggi walaupun beliau pernah mengharungi pelbagai rintangan.
Beliau meninggal dunia pada 11 April 1916 dan dimakamkan di Makam Raja Mahmoodiah,
Johor Bahru, Johor.

Rajah 4 menunjukkan dengan jelas bahawa tokoh-tokoh penyandang jawatan Orang


Besar Daerah dari jurai yang sama iaitu La Madusalat tetapi berlainan status sosial antara
keturunan dari Selangor dengan Johor-Riau. Status sosial keturunan dari Selangor diiktiraf
sebagai aristokrat Melayu Selangor berkategorikan kerabat raja Selangor. Mereka digelar
sebagai Waris Negeri Selangor kerana pucuk akarnya yang dimulakan oleh Sultan Salehuddin
sebagai “Bapa Pengasasan Kesultanan Selangor” tidak kira dari aspek patrilineal atau
matrilineal.

Status sosial keturunan dari Johor-Riau pula diiktiraf sebagai aristokrat Melayu Johor
berkategorikan kerabat raja Johor. Mereka digelar sebagai Waris Negeri Johor kerana pucuk
akarnya yang dimulakan oleh Daeng Marewah ibni Daeng Rilekkek dan Daeng Chelak ibni
Daeng Rilekkek sebagai Orang Besar Johor bergelar Yang di-Pertuan Muda yang mentadbir
Kepulauan Riau (tidak termasuk Singapura dan Lingga) dan Seri Menanti (Seri Menanti,
Klang, Sungai Ujong, Rembau, Johol, Naning, Jelebu, Jelai dan Hulu Muar). Mereka layak
diiktiraf sebagai aristokrat Melayu Johor berstatuskan Orang Besar Johor sebelum Sultan
Mahmud Muzaffar Shah ibni Sultan Muadzam Shah (Sultan Johor; 1835-1857) dilucutkan
jawatan sebagai Sultan Johor pada 1857.21

Kesimpulan
Secara keseluruhannya jelas menunjukkan bahawa seluruh lembangan sungai yang terdapat
sebelum garis persempadanan utama iaitu: antara Selangor dengan Sungai Ujong adalah Bukit
Sepam dan Sungai Udang, Pengkalan Kempas; dan antara Selangor dengan Jelebu adalah
Genting Himpun, adalah milik sejak era Dato’ Ungku Klang yang kemudian diserahkan kepada
Kesultanan Selangor secara daulat pada 1766. Walaun begitu, Lukut dan Sungai Raya telah
diserahkan secara sah dan daulatnya berdasarkan Perjanjian 1878 berkuat kuasa 1880 kepada
Sungai Ujong yang konteks kini dikenali sebagai Negeri Sembilan. Garis persempadanan
antara Selangor dengan Negeri Sembilan adalah Sungai Sepang. Setelah Lukut diiktiraf sebagai
sebuah daerah, seramai lima tokoh kerabat raja berjaya dinilai bahawa mereka adalah Orang
Besar Daerah Lukut yang sah dan tepat sejak diaplikasikan pada 1810-an hingga 1874 berkuat
kuasa 1875.

20
B/SUK 21/75, Raja Bot kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, 8 Februari 1875 dan B/SUK Langat 145/78, James
Innes (Pemangku Pemungut Cukai Langat) kepada W. B. Douglas (Residen British Selangor), 22 Mei 1878.
21
CO 273/6, Setiausaha Dewan Perniagaan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Selat, 31
Oktober 1862.

12
Rajah 4: Genealogi Tokoh-tokoh Penyandang Jawatan Orang Besar Daerah Lukut Yang
Berkait Rapat Antara Satu Sama Lain

La Madusalat
(Sultan Luwu')

Daeng Marewah Daeng Chelak


(Yang di-Pertuan (Yang di-Pertuan
Daeng Parani
Muda Riau Muda Riau
Pertama) Kedua)

Daeng Kemboja
Sultan Salehuddin Raja Haji (Yang
(Yang di-Pertuan
(Sultan Selangor di-Pertuan Muda
Muda Riau
Pertama) Riau Keempat)
Ketiga)

Sultan Ibrahim
Raja Ali (Yang (Raja Muda Raja Nala (Raja
di-Pertuan Muda Pertama Selangor Muda Selangor
Riau Kelima) dan Sultan Kedua)
Selangor Kedua)

Sultan Raja Abdullah


Muhammad Raja Hassan atau
(Tengku
Raja Jaffar (Orang Besar Raja Busu (Orang
Panglima Besar
(Orang Besar Daerah Lukut Besar Daerah
Selangor
Daerah Lukut Pertama, Raja Lukut Kedua)
Pertama)
Ketiga) Muda Selangor
Ketiga dan Sultan
Selangor Ketiga)
Sultan Abdul
Samad (Tengku
Panglima Besar
Raja Jumaat
Selangor Kedua
(Orang Besar
Raja Senai (p) dan Sultan
Daerah Lukut Selangor
Keempat)
Keempat)

Raja Haji Bot Raja Abdul


(Orang Besar Majid (Penolong
Daerah Lukut Orang Besar
Terakhir) Daerah Lukut)

Sumber:CO 717/117/12, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah,
Tungku Panglima Besar of Selangor, Concerning His Right and Claim to be Appointed Raja
Muda of Selangor, The Selangor Journal: Jottings Past and Present Vol. III, No. 11, The Royal
Family of Selangor, [Salasilah Milik Raja Mahadi], 8 February 1895, B/SUK 532/1903,

13
Genealogical Tree of the Royal Family of Selangor Showing in Red Ink Those Who Were
Alive in Jun 1903 with the Approximate Year of Their Birth and Present Place of Residence
[Salasilah Dibina oleh Sultan Alae’edin Sulaiman Shah, Raja Laut dan Raja Haji Bot], 16
October 1903 dan B/SUK SECRETARIAT SELANGOR 2030/1914/1, Salasilah Berpunca
daripada Yam-tuan Muda Riyaw, Daing Chelak oleh Raja Haji Bot, 18 April 1914.

Sumber Rujukan

Sumber Primer
Colonial Office 273, Straits Settlements: Original Correspondence.
Colonial Office 275, Straits Settlements: Sessional Papers.
Colonial Office 717, Federated Malay States: Original Correspondence.
Colonial Office 882, Confidential Print: Eastern, 1847-1952.
Malaya Tribune.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK).
Pejabat Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan (N/SUL).
Perjanjian dan Persetiaan (P) 77.
Singapore Free Press and Mercantile Advertiser.
Straits Times.
Straits Times Overland Journal.
Surat Persendirian (SP) 16/2, Dudley Francis Amelius Hervey.
The Selangor Journal: Jottings Past and Present Vol. III.

Sumber Sekunder
Abdul Halim Nasir. (1993). Kota-kota Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Farhan bin Abdullah@Zakaria. (2013). Pentadbiran Mukim di Kuala Lumpur, 1874-
1942: Penelitian terhadap Penglibatan Penghulu dalam Pentadbiran Selangor. Malaysia
dari Segi Sejarah 41. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, pp. 97-122.
_____. (2013). Menyelusuri Jawatan Raja Bergelar dan Orang Besar Selangor dalam
Pentadbiran Raja Selangor, 1766-1942. Purba 32. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium
Malaysia d/a Jabatan Muzium Malaysia, pp. 54-93.
_____. (2014). Tokoh Melayu dalam Mesyuarat Persekutuan dan Negeri di Selangor. Malaysia
dari Segi Sejarah 42. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, pp. 17-37.
_____. (2015). Pentadbiran Mukim di Sungai Langat, 1874-1942: Tugas dan Penglibatan
Penghulu. Seri Alam. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, pp. 37-
81.
_____. (2016). Menyelusuri Tokoh Melayu sebagai Pegawai Tadbir di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, 1895-1941. Malaysia dari Segi Sejarah 44. Kuala Lumpur: Persatuan
Sejarah Malaysia, pp. 166-222.
_____. (2016). Surat Menyurat Aristokrat Melayu dalam Memohon Jawatan Orang Besar
Selangor 1898-1938. Dalam: Ramlah Adam (editor). Pemerintahan Beraja di Alam
Melayu Merentas Zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, pp. 125-169.
_____. (2016). Tugas dan Penglibatan Penghulu dalam Pentadbiran Mukim Lembangan Sungai
Selangor, 1895-1942. Dalam: Ishak Saat dan Mohd. Kasri Saidon (editor). Sejarah
Penelitian Pembinaan Negara Bangsa: Belasungkawa Prof. Madya Dr. Haji Mohd Isa
bin Othman. Alor Setar: Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman, pp. 125-180.
Anderson, John. (1965). Political and Commercial Considerations Relative to the Malayan
Peninsula and the British Settlements in the Straits of Malacca. Singapore: The
Malaysian Branch of Royal Asiatic Society.

14
Gammans, L. D. (December 1924). The State of Lukut. Journal of the Malayan Branch of the
Royal Asiatic Soceiety 2(3). Singapore: The Malayan Branch of the Royal Asiatic
Society, pp. 291-296.
Gullick, J. M. (1998). A History of Selangor (1766-1939). Petaling Jaya: Falcon Press Sdn Bhd.
Sadka, Emily. (1968). The Protected Malay States, 1874-1895. Kuala Lumpur: University of
Malaya Press.
Wilkinson, R. J. (1975). A History of the Peninsular Malays with Chapters on Perak &
Selangor. New York: Ams Press.
Winstedt, R. O. (1934). A History of Selangor. Singapore: Malayan Branch, Royal Asiatic
Society.

Lampiran A

BOUNDARY AGREEMENT BETWEEN SELANGOR AND SUNGEI UJONG.

10th February, 1878.

(Translation.)

THIS Agreement made between Sultan ABDUL SAMAD Yang-dipertuan of Selangor of the
first part and Tunku Syed ABDUL RAHMAN Datoh Klana of Sungei Ujong of the other part.

ARTICLE I.
That by the advice of Captain BLOOMFIELD DOUGLAS, R. N. R., the British Resident of
Selangor, the Sultan ABDUL SAMAD Yang-dipertuan of Selangor for himself, and his son
Raja MUSA or whoever is installed as Sultan His Heirs and Successors, that from this time all
the land called Lukut which is now under the rule of Raja BOT and all the land called Sungei
Raya which is now under the rule of Raja DAUD and both of which are under the powers of
the said Sultan ABDUL SAMAD now have been granted to Syed ABDUL RAHMAN Datoh
Klana of SUngei UJong his heirs and successors for ever.

ARTICLE II.
That by the advice of Captain MURRAY, R. N., the British Resident of Sungei Ujong, Tunku
Syed ABDUL RAHMAN Datoh Klana of Sungei Ujong for himself his heirs and successors
or whoever rules Sungei Ujong by the title of Datoh Klana that from this time all the land on
the bank of River Langat called Rekoh and all the land called Labu (but the Labu land is only
as far as the boundary line which already fixed by the Residents of Selangor and Sungei Ujong
as per plan attached to this Agreement), now have ben granted to the Sultan ABDUL SAMAD
of Selangor his heirs and successors for ever.

ARTICLE III.
As witness to the said Agreement of land the Sultan ABDUL SAMAD Yang-dipertuan of
Selangor, and the Resident Captain BLOOMFIELD DOUGLAS, R. N. R., have hereunto set
their seals and hands in the presence of witnesses on the 15th day of February in the year One
thousand eight hundred and seventy-eight.

ARTICLE IV.
As witness to the said Agreement of land the Dato Klana of Sungei Ujong and the Resident
Captain MURRAY, R. N., have hereunto set their seals and hands in the presence of witnesses,
on the 10th day of February, in the year One thousand eight hundred and seventy-eight.

15
{L. S. of Sultan of ABDUL SAMAD}
{L. S. of Klana ABDUL RAHMAN}

(Signed) B. DOUGLAS,
Resident of Selangor.
(Signed) P. J. MURRAY,
Resident of Sungei Ujong.

Sumber: Perjanjian dan Persetiaan P. 77, Straits Settlements Treaties and Other Paper
Connected with the Native States of the Malay Peninsula.

Lampiran B

CONVENTION BETWEEN THE SULTAN OF SELANGOR, THE DATOH KLANA OF


SUNGEI UJONG, RAJA BOT OF LUKUT, AND RAJA DAUD OF SUNGEI RAYA,
31st July, 1880.

APPROVED.

(Signed) FRED. A. WELD.


Governor and Commander-in-Chief, Straits Settlements.
September 8th, 1880.

A convention made at Singapore the thirty-first day of July One thousand eight hundred
and eighty, through the mediation of His Excellency Sir FREDERICK A. WELD, K. C. M. G.,
Governor of the Straits Settlements, between the Sultan of Selangor of the first part, the Datoh
Klana of Sungei Ujong of the second part, Raja BOT, son the late Raja JEMAAT formely of
Lukut of the third part, and Raja DAUD, son of Raja HUSSAIN of Sungei Raya of the fourth
part.

WHEREAS in terms of an arrangement entered into between the Sultan of Selangor


and the Datoh Klana of Sungei Ujong for the rectification of the boundaries between the States
of Selangor and Sungei Ujong, it was decided, that the river and district known as Lukut
(including Sungei Raya) as defined in the said arrangement did and should belong to, and be a
part of Sungei Ujong : AND WHEREAS Raja BOT, son of Raja JEMAAT, was the Ruler of
the said territory of Lukut, and Raja DAUD, son of Raja HUSSAIN, was or claimed to be the
Ruler of Sungei Raya, under the sovereignty of the Sultan of Selangor, and on the transfer of
the sovereignty of the said territory from the Sultan of Selangor for the Datoh Klana of Sungei
Ujong the said Raja BOT has notified to the Governor of the Straits Settlements his desire to
retire from his position as Ruler if suitable arrangements are made for the future maintenance
and support of himself and those dependent on him, and the Governor of the Straits Settlements
has communicated with the Sultan of Selangor and the Datoh Klana of Sungei Ujong, who
have severally agreed to the arrangement hereinafter set out :

1. A sum of $14,000 in cash shall be paid to the said Raja BOT from the revenues of
Sungei Ujong on the signing of this convention.
2. A sum of $10,000 shall be paid to the said Raja DAUD from the revenues of Sungei
Ujong in manner following:-Ten Bonds of $1,000 each bearing interest at the rate of
six per cent per annum payable by the Government of Sungei Ujong and signed by Her

16
Majesty’s Resident on behalf of the said Government of Sungei Ujong shall be given
to the said Raja DAUD on the signing hereof.
3. A grant of a portion of land on the sea board of the territory of Lukut as delineated in
the annexed plan and which is estimated to contain not more than 3,000 English acres
shall be given by the Government of Sungei Ujong to Raja BOT to hold to himself, his
heirs and assigns for ever and free of all rents and payments to the said Government
other than such export duties as may be at any time levied by the said Government on
the export of the produce of lands in Sungei Ujong, but the persons living on or
occupying the said lands shall be subject to the laws of Sungei Ujong and to such
imposts and taxation as other persons living on or occupying lands in perpetuity in
Sungei Ujong may from time to time be subject to.
4. The house and premises with the surrounding land now occupied by Raja BOT in Lukut
is hereby made over to the Government of Sungei Ujong with all houses, sheds, huts
and other buildings and erections on the said land together with the fixtures thereon and
by way of compensation for the same the Government of Sungei Ujong shall pay to
Raja BOT the sum of $3,000.
5. The lands, tenements and hereditaments with the appurtenances thereon now held by
the persons being relations of or dependents of Raja BOT set out in the schedule
annexed hereto shall be confirmed to them to hold the same as of the same tenure as
they are now held on, and subject to the laws of Sungei Ujong in all respects as to the
property and persons living on or occupying the same as other lands are held, and as
other persons live on and occupy private lands in Sungei Ujong.
6. The ground on which the late Raja JEMAAT father of the said Raja BOT was buried
in Lukut together with such portion of surrounding ground as may be necessary for
ornamenting or preserving the grave not exceeding two acres shall be granted by the
Government of SUngei Ujong to the said Raja BOT and his heirs for ever to be
preserved as the burial ground of Raja JEMAAT, but without power to the said Raja
BOT and his heirs to sell, mortgage or otherwise alienate or encumber the same.
7. In consideration of the premises, the said Raja BOT and the said Raja DAUD hereby
give up and renounce all claims which they or either of them may have had in any part
of Lukut including Sungei Raya, whether as Ruler or proprietor of property or otherwise
therein and admit that the territory of Lukut including Sungei Raya now forms part of
the State of Sungei Ujong subject in all respects to the laws and Government of Sungei
Ujong as fully and effectually as any other part of the territory of Sungei Ujong.
8. This Convention is hereby sanctioned by His Excellency Sir Frederick A. WELD, K.
C. M. G., Governor of the Straits Settlements, as a fit and proper arrangement of the
differences and difficulties existing in relation to the position of Raja BOT and Raja
DAUD in Lukut including Sungei Raya, and for the better securing the tranquillity of
the State of Sungei Ujong and providing for the future welfare of Raja BOT and Raja
DAUD, and is signed and sealed by the parties thereto as follows:-

Signed and sealed by the {L. S. of Sultan ABDUL SAMAD of Selangor}


Sultan of Selangor at Jugra on
5th August, 1880, in the presence of

(Signed) B. DOUGLAS,
H. B. M.’s Resident, Selangor.

Signed and sealed by the {L. S. of Klana Petra of Sungei Ujong}


Datoh Klana of Sungei Ujong

17
At Sungei Ujong, August 24th, 1880,
In the presence of

(Signed) P. MURRAY,
Resident.

(Signed) Klana Petra


YUSUF
(in Malay)

Signed and sealed by Raja BOT [L. S]


At Singapore, on the 31st of July,
1880, in the presence of

(Signed) JOHN BURKINSHAW,


Advocate, Singapore.

(Signed) RAJA BOT


(in Malay)
31st July, 1880.

Signed and sealed by Raja DAUD {L. S. Raja Daud)


At Singapore, on the 31st July,
1880, in presence of

(Signed) CECIL C. SMITH


Colonial Secretary, S. S.
(Signed) RAJA DAUD.
31st July, 1880.

Sumber: Perjanjian dan Persetiaan P. 77, Straits Settlements Treaties and Other Paper
Connected with the Native States of the Malay Peninsula.

18

Das könnte Ihnen auch gefallen