Sie sind auf Seite 1von 3

3.

0 PANDUAN PELAKSANAAN STRATEGI PEMULIHAN PERINGKAT


MENGEJA

Pengenalan

Strategi pemulihan untuk peringkat mengeja dihasilkan untuk mengatasi


masalah-masalah yang sering dihadapi oleh murid sewaktu menulis iaitu,
peninggalan huruf, penambahan huruf, serta pengubahsuaian huruf yang
menyebabkan kesalahan ejaan pada perkataan.

Gambar 7: Kesalahan ejaan murid

Beberapa aktiviti latihan dapat dijalankan untuk melatih murid-murid mengeja


dan menulis perkataan dengan betul. Antara aktiviti latihan tersebut dapat
diperolehi melalui aktiviti “Adik Mari Mengeja” yang direka khas untuk
mengatasi masalah murid dalam mengeja.

9
Nama Aktiviti: “Adik Mari Mengeja”

Bahan-bahan: Kad huruf, kad perkataan, gambar dan lembaran kerja

Kemahiran: Perkataan dengan suku kata KV + KV

Langkah-langkah Pelaksanaan:

Peringkat Pertama:

1. Guru menunjukkan gambar kepada murid, dan menamakan gambar


tersebut.
Contoh: mata

2. Guru mengedarkan kad huruf dan meminta murid menyusun huruf-


huruf itu menjadi perkataan yang bermakna.
Contoh:

m a t a

3. Guru meminta murid membaca perkataan yang telah disusun.


4. Pada lembaran kerja 1, murid menyambungkan garisan-garisan
menjadi huruf supaya membentuk perkataan. (Lihat Lampiran 1)

Peringkat Kedua:

1. Murid diminta meneliti semula gambar yang diberikan tadi dan diminta
mengeja perkataan berpandukan gambar tersebut. Setelah murid
mengeja perkataan yang diminta, guru menunjukkan kad perkataan
sebagai pengukuhan.

10
2. Pada lembaran kerja 2, murid memadankan suku kata untuk
membentuk perkataan. (Lihat Lampiran 2)

Peringkat Ketiga:

1. Guru menunjukkan semula kad perkataan tadi. Guru bersama-sama


murid membaca perkataan pada kad tersebut.
2. Pada lembaran kerja 3, murid mengisi tempat kosong dengan huruf
yang sesuai, dan menuliskan perkataan yang dibentuk pada ruangan
yang disediakan. (Lihat Lampiran 3)

11

Das könnte Ihnen auch gefallen