Sie sind auf Seite 1von 5

Tugasan 1 - Laporan Amali (1.

1)

Melaksanakan amali praktis keseluruhan dan praktis sebahagian yang


berdasarkan Teori Skema Schmidt dan Peringkat Pembelajaran Motor.

1.0 Tujuan Amali

Tujuan amali ini adalah untuk menganalisis pelaksanaan praktis keseluruhan dan
praktis sebahagian dalam mempelajari kemahiran jaringan sambil berpusing dalam
permainan bola baling berdasarkan Teori Skema Schmidt.

2.0 Hipotesis

Praktis keseluruhan akan dilaksanakan apabila kemahiran mempunyai tahap


kompleksiti yang rendah dan pengelolaan yang tinggi.

3.0 Radas

1. Bola Baling 2. Penanda

3. Video

4.0 Prosedur

1. Pelajar merancang belajar kemahiran kemahiran jaringan sambil berpusing


dalam permainan bola baling.
2. Pelajar belajar kemahiran jaringan sambil berpusing dengan merujuk video
yang ditunjukkan oleh guru
3. Pelajar praktis beberapa kali kemahiran jaringan sambil berpusing dengan
 tanpa bola secara perlahan.
 dengan bola secara perlahan.
 dengan bola secara peningkatan kelajuan.

1
4. Pelajar meminta rakan merakam video semasa melakukan kemahiran jaringan
sambil berpusing.
5. Pelajar mengesan kesalahan dengan membuat perbandingan antara video
yang dirujuk dengan video yang dirakam tersebut atau mendapatkan nasihat
daripada guru.
6. Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan dan mengadakan satu
pertandingan bola baling antara kedua-dua kumpulan tersebut.
7. Pelajar diminta melakukan beberapa kali lagi kemahiran jaringan sambil
berpusing sebelum pertandingan.
8. Pertandingan bola baling dijalankan selama 7 minit.

5.0 Keputusan Ujian

Berdasarkan amali mepelajari kemahiran jaringan sambil berpusing dalam


permainan bola baling yang menggunakan Teori Skema Schmidt, saya telah
mendapati bahawa praktis sebahagian telah dilaksanakan pada peringkat
menentukan kemahiran walaupun kemahiran tersebut tahap kompleksasi rendah dan
pengelolaannya tinggi. Pada peringkat sebelum pertandingan, praktis keseluruhan
dilaksanakan.

6.0 Perbincangan

Malalui amali mempelajari kemahiran jaringan sambil berpusing dalam


permainan bola baling, Teori Skema Schmidt telah saya gunakan dalam proses
pembelajaran. Menurut Sherwood (2004), Teori Skema Schmidt menerangkan
bahawa bagaimana kita belajar dan mengambil tindakan dengan menggunakan badan
dalam masa yang singkat. Terdapat lima Teori Skema Schmidt dalam proses
pembelajaran. Lima peringkat tersebut ialah merancang kemahiran, belajar kemahiran,
menentukan kemahiran, mengesan kesilapan dan melakukan beberapa kali sebelum
pertandingan.

Berdasarkan amali yang telah menjalani, praktis sebahagian telah


dilaksanakan pada peringkat menentukan kemahiran. Menurut Rainer (2012), praktis
sebahagian merupakan satu strategi praktis yang mana kemahiran dipecahkan ke
dalam bahagian yang berbeza dan praktis secara berasingan sebelum praktis
keseluruhan. Terdapat tiga strategi bagi praktis sebahagian iaitu pecahan
(fractionisation), pensegmenan (segmentation) dan pemudahan (simplication)
(Wightman dan Lintern, 1985). Kemahiran jaringan sambil berpusing merupakan
kemahiran yang mempunyai kompleksiti yang rendah dan tinggi pengelolaanya.

2
Menurut Briggs dan Naylor (1962), ciri-ciri kompleksiti dan pengelolaan sesuatu
kemahiran boleh dijadikan asas penimbangan bagi praktis keseluruhan dan praktis
sebahagian. Kompleksiti didefinisikan sebagai jumlah bahagian atau komponen dalam
kemahiran tersebut dan juga keperluan tumpuan tugasan. Selain itu, pengelolaan
merupakan perhubungan antara bahagian komponen sesuatu kemahiran. Kemahiran
yang mempunyai kompleksiti yang rendah dan tinggi pengelolaannya, praktis
keseluruhan merupakan piihan yang lebih baik (Yusop Ahmad, 2014). Namun begitu,
praktis sebahagian masih digunakan pada peringkat menentukan kemahiran. Hal ini
demikian kerana praktis sebahagian adalah sesuai kepada pelajar baru belajar. Walau
bagaimanapun, strategi praktis sebahagian yang dilaksanakan ialah pemudahan iaitu
satu varisi daripada praktis keseluruhan. Berdasarkan strategi tersebut, kemahiran
tidak dipecahkan kepada beberapa bahagian tetapi hanya memudahkan keseluruhan
kemahiran tersebut. Contohnya, memudahkan melakukan kemahiran jaringan sambil
berpusing tanpa bola secara perlahan, dengan bola secara perlahan dan dengan bola
secara peningkatan kelajuan.

Selepas itu, apabila pelajar sudah mahir dalam kemahiran tersebut, praktis
keseluruhan dilaksanakan. Menurut Rainer (2012), definisi bagi praktis keseluruhan
adalah satu strategi praktis yang melibatkan pratiks kemahiran secara keseluruhan.
Contohnya, melaksanakan praktis keseluruhan sebelum pertandingan.

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kemahiran yang mempunyai tahap kompleksiti yang rendah


dan tinggi pengelolaannya digalakkan melaksanakan praktis keseluruhan. Sebaliknya,
kemahiran yang mempunyai tahap kompleksiti yang tinggi dan rendah pengelolaanya
digalakkan melaksanakan praktis sebahagian. Jadi, walaupun praktis sebahagian
dilaksanakan terhadap kemahiran yang tahap kompleksasi rendah dan
pengelolaannya rendah tetapi strategi pemudahan digunakan. Hal ini kerana strategi
pemudahan adalah satu variasi daripada praktis keseluruhan. Oleh itu, hipotesisi telah
mencapai.

3
8.0 Refleksi

Kedua-dua jenis praktis iaitu praktis keseluruhan dan praktis sebahagian


merupakan satu yang penting dalam proses pembelajaran motor. Oleh itu, untuk
meningkatkan kemahiran seseorang pelajar secara berkesan, guru harus
melaksanakan praktis yang sesuai. Guru perlu merujuk kepada tahap kompleksasi
dan pengelolaan sesuatu kemahiran untuk menentukan praktis yang dilaksanakan
(Rainer, 2012). Contohnya, bagi kemahiran yang mempunyai tahap kompleksasi yang
tinggi dan pengelolaan yang rendah seperti melakukan kemahiran lompat tinggi gaya
flop dalam olahraga, guru boleh melaksanakan praktis sebahagian dengan strategi
pecahan untuk bahagikan kemahiran tersebut kepada beberapa bahagian dan berlatih
secara berasingan. Selepas melatih semua bahagian, praktis keseluruhan akan
dilaksanakan untuk berlatih kemahiran tersebut secara menyeluruh dari awal hingga
akhir.

Kekuatan bagi amali ini adalah video yang disampaikkan mempunyai informasi
dan maklumat yang terkini dan lengkap. Selain itu, rumusan yang ditambah pada akhir
video juga dapat mengukuhkan pengetahuan seseorang pelajar selepas menonton
video tersebut. Selain daripada itu, guru dapat melibatkan semua pelajar dalam aktiviti
yang dijalankan secara aktif. Guru juga menerapkan unsur teknologi dalam amali ini
dengan menggunakan Kod QR dan meminta pelajar merakam rakannya semasa
melakukan kemahiran tertentu. Terdapat juga kelemahan bagi amali ini iaitu video
yang dimuat naik ke Youtube tidak disemak dengan teliti. Contohnya, bahasa yang
digunakan adalah salah seperti “berbanding” harus ditukar kepada “membuat
perbandingan” dan harus mention asalnya dari IPGK Perlis dengan meletakkan logo
IPGK Perlis atau meletakkan IPGK Perlis pada akhir video.

Akhirnya, terdapat tiga cadangan penambahbaikkan daripada pensyarah,


rakan dan diri sendiri selepas melakukan amali ini. Pertama sekali, video harus
disemak semula oleh pensyarah sebelum muat naik ke Youtube. Kedua,
membahagikan murid secara berpasangan, seorang merakam video dan seorang
melakukan pergerakan. Ketiga, menambahkan satu peraturan dalam pertandingan
iaitu hanya boleh menjaring menggunakan kemahiran jaringan sambil berpusing.

4
Rujukan

Briggs, G.E., dan Naylor, J. C. (1963). Effects of task complexity and task organization
on the relative efficiency of part and whole training methods. Journal of
Experimental Psychology, 65(3), 217.

Rainers, M. (2012). Successful coaching - 4th edition. United States: Human


Kinetics.

Sherwood, D. (2004). Schema Theory: Critical Review and Implications for the
Role of Cognition in a New Theory of Motor Learning. Research quarterly for
exercise and sport. 74. 376-82. 10.1080/02701367.2003.10609107.

Wightman, D. C., dan Lintern, G. (1985). Part-Task Training for Tracking and Manual
Control. Human Factors, 27(3), 267–283.
https://doi.org/10.1177/001872088502700304

Yusop Ahmad. (2014). Pembelajaran motor - edisi kedua. Malaysia: Open University
Malaysia.

Das könnte Ihnen auch gefallen