Sie sind auf Seite 1von 11

1

1.0 PENDAHULUAN

Secara umumnya, masyarakat Melayu tradisional merujuk kepada masyarakat Melayu


yang kaya dengan adat dan budaya serta nilai-nilai murni kesopanan yang telah sebati
dan kekal secara turun-temurun dalam kehidupan mereka. Ia juga merujuk kepada
masyarakat Melayu yang hidup sebelum zaman penjajahan. Jadi, segala bentuk kegiatan
sosio-ekonomi mereka adalah acuan mereka sendiri tanpa adanya pengaruh daripada
negara barat. Masyarakat Melayu tradisional ini sangal terkenal, khususnya pada abad
ke-13 hingga abad ke-16. Ini adalah ekoran kemunculan beberapa buah kerajaan
Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu Melaka, Johor, Perak, Kelantan dan
sebagainya.

Mengikut Andaya dalam A History of Malaysia, Melayu adalah mereka yang beragama
Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu. Muhammad Yusoff Hashim dalam bukunya
Kesultanan Melayu Melaka mengkategorikan orang Melayu Melaka kepada dua
kumpulan, pertama bumiputera Melayu, iaitu Melayu tempatan dari Melaka dan kedua
dari Nusantara. Ini bererti orang Melayu tersebut termasuk juga mereka yang berasal
dari Kalimantan, Kepulauan Indonesia dan Filipina.

asal usul bermaksud salasilah, keturunan, permulaan atau peringkat awal.

2.0 ASAL USUL PEMBENTUKAN MASYARAKAT MELAYU


3.0 PERANAN MASYARAKAT MELAYU DALAM BIDANG POLITIK

Sistem politik tradisional merupakan sistem pemerintahan yang dominan sebelum


berlakunya proses pemodenan politik yang bermula dengan kedatangan penjajah pada
abad ke-18. Sistem politik tradisional ini banyak dipengaruhi oleh kepercayaan, adat
resam dan agama. Ciri utama sistem politik tradisional ialah wujudnya jurang perbezaan
antara golongan pemerintah, aristokrat atau bangsawan dan rakyat jelata. Dalam
masyarakat Melayu tradisional, kuasa politik, ekonomi dan sosial dipegang oleh
golongan pemerintah.

3.1 SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

Raja sebagai tonggak kedaulatan. Di rantau alam Melayu, Raja-Raja Melayu


yang bertakhta di singgahsana kerajaan, memberikan identiti sejarah Kerajaan
Melayu dan kewujudan alam Melayu. Kerajaan Melayu dan alam Melayu sudah
2

bertapak sejak zaman Kerajaan Funan pada kurun pertama Masihi dan Kerajaan
Seri Vijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera pada kurun ke-7M. Alam
Melayu di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu merangkumi kawasan dan
wilayah yang luas meliputi selatan Thailand, Langkasuka, Majapahit,
Mentaram, Brunei, Campa hingga kepada era kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka pada abad ke-15.

Bentuk sistem politik Melayu pada zaman tradisional disusun dalam satu
hierarki. Sistem hierarki ini telah meletakkan raja atau sultan sebagai kuasa
tertinggi. Baginda berkuasa penuh dan rakyat perlu patuh dan setia kepada
baginda. Baginda dibantu oleh Majlis orang Besar Empat yang terdiri daripada
Bendahari, Penghulu Bendahari, Laksamana dan Temenggung. Di bawah empat
pembesar utama ini ialah Majlis Orang Besar Delapan dan selepas itu pula
diikuti oleh Majlis Orang Besar Enam Belas dan Majlis Orang Besar Tiga Puluh
Dua.

Raja merupakan golongan yang wajib ditaati dan raja ini mempunyai
“daulah” yang mana rakyat harus mengikuti setiap perintahnnya dan tidak boleh
sesekali menderhaka kepada raja. Sekirannya rakyat derhaka kepada raja maka
mereka akan mendapat bala bencana sama ada terhadap individu ataupun
kelompak yang besar. Hal ini demikian kerana raja dianggap sebagai bayangan
Tuhan di muka bumi. Oleh sebab itu, setiap sumpahan raja akan menjadi
kenyataan.

Dalam konteks sistem pemerintahan beraja Melayu, Kesultanan Melayu


Melaka telah berjaya menjana tamadun bangsa dalam sistem politik,
perundangan, keilmuan, kecendekiawanan dan kesusasteraan di alam Melayu
melalui tamadun yang dibina. Walaupun kerajaan silih berganti tetapi setiap
kerajaan sentiasa meneruskan tradisi mengekalkan identiti bangsa. Kesultanan
Melayu adalah satu realiti, satu manifestasi dan satu lambang keagungan
tamadun bangsa.

3.2 SISTEM POLITIK MELAYU TRADISIONAL

Dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional, unit politik yang


paling besar ialah negeri. Secara umumnya, sesebuah negeri tertaluk di
3

kawasan muara sungai besar. Kedudukan yang strategik ini sangat berguna
untuk membolehkan seseorang pemerintah mengawal setiap pergerakan keluar
masuk penduduk ataupun pedagang luar. Negeri dikawal
oleh seseorang pemerintah yang biasanya digelar Raja, Sultan ataupun Yang
Dipertuan Besar mengikut negeri masing-masing. Contohnya, gelaran Raja
digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk Negeri
Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran
sultan. Mereka merupakan pemimpin negeri yang paling penting. Mereka
berfungsi sebagai lambang perpadauan rakyat serta kebajikan negeri. Mereka
selalunya dibantu oleh kerabat diraja ataupun sekumpulan pembesar.

Mereka mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada


rakyat biasa. Misalnya, warna kuning, cop mohor, permainan nobat,
penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk
mereka. Rakyat biasa tidak dibenarkan sama sekali
menggunakannya. Kesemua benda ini adalah untuk mengukuhkan kedaulatan
mereka sebagai ketua unit politik negeri. Mereka adalah lambang perpaduan
rakyat. Oleh sebab adanya konsep daulat dan derhaka, rakyat sentiasa
menjalankan perintah mereka tanpa sebarang persoalan. Rakyat tidak berani
menderhaka kerana takut akan terkena tulah.

Unit politik yang kedua ialah daerah. Daerah merupakan kawasan yang
dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan. Sesebuah daerah
mungkin meliputi sebelah atau kedua-dua belah tebing sungai negeri itu. Unit
politik daerah selalunya diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang
bergelar pembesar daerah. Pembesar daerah ini akan membentuk satu
kumpulan pemerintah yang bersatu bagi seluruh
negeri. Pembesar daerah ini diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang
memerintah negeri tersebut melalui surat tauliah. Penganugerahan kawasan
pentadbiran ini merupakan ini merupakan satu cara Sultan mengukuhkan
sokongan pembesar daerah terhadap baginda. Selain mentadbir, pembesar
daerah mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip
cukai, menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat
biasa dengan Sultan.
4

Terdapat juga pembesar daerah yang mempunyai kuasa politik yang


jauh lebih besar daripada Sultan sendiri. Sebagai contoh, pembesar di Negeri
Perak yang terlalu berkuasa disebabkan kekayaan ekonomi mereka. Majlis
Pembesar Negeri Perak terlalu berpengaruh sehingga pembesar daerah
boleh campur tangan dalam sistem pewarisan takhta negeri Perak. Mereka
boleh meletakkan calon sendiri ataupun mengenepikan seseorang calon. Walau
bagaimanapun, pembesar daerah yang dilantik oleh Sultan tetap memerlukan
institusi kesultanan kerana mereka memerlukan sokongan Sultan untuk
penganugerahan lencana dan gelaran.

Tanggungjawab pembesar daerah ialah memungut cukai dalam


jajahan atau daerah masing-masing ,menyediakan tentera sekiranya
berlakunya peperangan, menjaga keamanan dan keharmonian
kawasannya,mengadili dan menjatuhkan hukuman kepada pesalah dalam
daerah kecuali hukuman bunuh,menyerahkan tenaga buruh untuk memenuhi
kehendak ‘kerah’ bagi tugas awam seperti membina istana,
menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pemerintah pusat /daerah
sebagai lambang pengakuan taat setia pembesar kepada pemerintah dan
mengadap sultan dan melaksanakan istiadat menjunjung dulu pada Hari Raya
Puasa. Setiap pembesar mempunyai pengikut setia atau anak buah terdiri
daripada anggota masyarakat di daerah tersebut.
Kekuasaan dan pengaruh seseorang pembesar dinilai mengikut bilangan
pengikutnya,apabila mempunyai pengikut yang ramai, maka
kedudukan ekonominya teguh dan pengaruhnya sangat besar.

Unit politik yang paling kecil ialah kampong. Sesebuah kampong


boleh merupakan satu unit penguasaan politik, tempat tinggal biasa, atau
sebagai satu unit kerjasama ekonomi dan kekeluargaan. Ketua kampong
ialah penghulu kecuali di Negeri Sembilan. Ketua kampung ini merupakan
orang yang penting kerana mereka merupakan orang perantaraan antara orang
kampong dengan pembesar daerah. Mereka selalunya dipilih
daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi
,keturunan orang yang baik-baik dan berpengaruh. Ketua kampung
dicalonkan oleh pembesar daerahdan sultan akan melantik mereka melalui surat
5

tauliah. Penghulu akan melaksanakan pentadbiran di peringkat kampung dan


bertanggungjaab kepada pembesar daerah. Penghulu juga bertindak sebagai
orang perantaraan dan saluran perhubungan antara penduduk kampung dan
daerah. Ketua kampung menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan
kampung, mengadili kes-kes seperti pergaduhan, perkahwinan, harta dan
pencariaan. Mereka juga mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi
pembesar daerah atau sultan semasa peperangan. Merekalah yang mendorong
rakyat untuk taat setia kepada pemerintah. Biasanya, orang kampung lebih rapat
1
dengan ketua kampung berbanding pembesar daerah.

Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya semasa


pemerintahan kerajaan Melayu Melaka: Jepun, China, Asia Barat.
Orang-orang Melayu telah hidup bertamadun sejak beribu tahun yang
lalu. Selain daripada dapat mengatur dan mentadbir negaranya sendiri
sesuai dengan keadaan waktu itu, nenek moyang kita juga telah biasa
mengharungi samudera luas seperti Lautan Hindi, Laut China dan sekitar
Lautan Pasifik Selatan selain daripada laut alam Melayu dengan
menggunakan kapal-kapal layar yang besar yang mereka bina sendiri.
Mereka bukan saja membuat perhubungan dengan negeri China, di
sebelah timur, malah dengan negara yang lebih bertamadun dan kuat di
Barat yang kita kenal dengan nama Benua Rom.
Laksamana Hang Tuah pernah diutus oleh Sultan Melaka sebagai duta
pelawat di kedua-dua buah negara tersebut, selain daripada menjalin
hubungan dan mengikat tali persahabatan di antara kerajaan Melayu
Melaka dengan negeri China dan Benua Rom, hubungan dagang juga telah
turut dijalinkan.
6

4.0 PERANAN MASYARAKAT MELAYU DALAM BIDANG EKONOMI

Sejak dahulu lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India sebagai
“Suvarnabhumi” yang bermaksud “bumi emas.” Ini kerana, hasil bumi Tanah
Melayu kaya dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan perak. Kedudukan Tanah
Melayu yang strategik dari segi geografi juga menjadi daya penarik dan tumpuan
kepada kegiatan perdagangan. Ini membuktikan, bahawa sejak dahulu lagi masyarakat
Melayu telah terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi.
Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang
masih kuat terikat dengan ekonomi tradisional iaitu berbentuk sara diri. Ekonomi ini
tertumpu kepada keperluan ahli keluarga dan barang keperluan yang tidak dapat
dihasilkan sendiri akan diperolehi melalui pertukaran barangan dengan orang luar.
Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah terdapat hubungan perdagangan dengan
negara luar khususnya dari China, India dan Asia Barat. Pusat kerajaan Melayu
lazimnya terletak di pelabuhan-pelabuhan penting yang menjadi tempat singgah para
pedagang asing. Bagi kepentingan itu, kebanyakan pusat bandar tradisional atau
kawasan istana terletak di kawasan-kawasan yang strategik dari segi perdagangan.

4.1 CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional pada zaman kerajaan Melayu


secara jelas dapat memisahkan golongan pemerintah daripada rakyat jelata.
Golongan pemerintah menguasai kedudukan politik dan ekonomi. Selain daripada
menerima cukai daripada pedagang-pedagang asing yang singgah di pelabuhannya,
golongan pemerintah juga berhak mendapatkan sumbangan cukai atau hasil
daripada rakyat jelata. Golongan pemerintah juga secara tidak langsung terlibat
dengan usaha perdagangan dengan pedagang-pedagang luar. Rakyat yang tinggal
berhampiran pelabuhan-pelabuhan penting pada waktu itu turut juga melibatkan
diri dalam usaha perdagangan secara kecil-kecilan. Pelabuhan-pelabuhan penting
di kawasan ini menjadi tumpuan berbagai-bagai golongan etnik pedagang. Jadi
sudah pasti penglibatan orang Melayu dalam perdagangan dan pelayaran tidak
dapat dielakkan, mungkin secara kecil-kecilan.
7

Dalam kegiatan ekonomi tradisional, tenaga buruh bukanlah merupakan faktor


merupakan suatu persoalan yang penting. Aktiviti ekonomi yang diusahakan oleh
seseorang bergantung kepada kemampuan sumbangan tenaga buruh
keluarganya. Masyarakat tempatan pada zaman tradisional tidak mempunyai
tenaga buruh yang mahir. Mereka tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang
khusus dalam satu-satu bidang pekerjaan sebagai contoh pertanian. Mereka hanyak
mengusahakan tanah pertanian mereka secara tradisional tanpa menggunakan
sebarang alat-alatan moden untuk meningkatkan mobiliti buruh.
Seterusnya, dalam ekonomi masyarakat melayu tradisional tidak wujud
pengkhususan pekerjaan. Masyarakat boleh melakukan pelbagai pekerjaan pada
masa yang sama seperti petani, nelayan, penternak dan pembuat sampan. Tiada
pembahagian kerja kecuali berdasarkan jantina dan umur. Pekerjaan juga
melibatkan semua anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua.
Kanak-kanak biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti
menjemur ikan, menganyam tikar, dan memungut rotan. Wanita juga memainkan
peranan penting dalam semua peringkat kegitan pertanian. Di pantai timur seperti
di Terengganu dan Kelantan, wanita memainkan peranan penting dalam kegiatan
ekonomi hingga sekarang.
Selain itu, sistem ekonomi tradisional dikatakan berasaskan teknologi sederhana
yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang yang. Namun demikian
peralatan yang digunakan untuk kegiatan mencari makanan mengalami proses
perubahan dan penyesuaian dari semasa ke semasa. Alatan tradisional tersebut
biasanya dibuat sendiri oleh seseorang pekerja. Misalnya, alat membajak tanah,
perahu, alat-alat menangkap ikan dan alat-alat bertani yang lain. Bahan-bahan yang
digunakan untuk membuat peralatan itu diperoleh dari alam di sekeliling mereka.
Kecekapan mencipta atau menghasilkan peralatan unutk kegitan ekonomi
mencerminkan keahlian orang Melayu sendiri.
Dalam ekonomi tradisional, tiada hasil yang berlebihan diperoleh melalui
pengeluaran kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya. Masyarakat
tempatan ketika itu dikatakan tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan
lebihan penawaran kerana didorong oleh beberapa faktor, iaitu: Masalah tenaga
buruh yang terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung hanya kepada
tenaga keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah dan sawah,
8

Tiada ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu
hanya mula digunakan dalam kerja-kerja membajak pada suku akhir abad ke-19,
iaitu apabila kereta lembu diperkenalkan., Petani terpaksa menanggung beban kerja
kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka diminta untuk
melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan dan Petani
di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan 1/10 daripada hasil mereka kepada
golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang
dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepada golongan pemerintah akan ditambah.

5.0 PERANAN MASYARAKAT MELAYU DALAM BIDANG SOSIAL

Ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu tradisional mencerminkan tamadun yang


tinggi. Hal ini sedemikian kerana corak hidup mereka berubah mengikut kesesuaian
masa berdasarkan beberapa siri pertembungan budaya luar seperti Hindu, Islam dan
Barat. Walau bagaimanapun, corak hidup masyarakat Melayu semakin matang dan
lebih teratur dengan kedatangan agama Islam kerana sebelum itu, mereka sangat
mempercayai tahyul dan animisme. Masyarakat Melayu mengamalkan budaya dari
pelbagai kepulauan Melayu, terutamanya budaya Melayu-Indo dan Melayu-Islam.

Ciri kedua adalah dari segi kekeluargaan. Masyarakat Melayu merupakan


masyarakat yang paling kuat mempertahankan sistem kekeluargaan kerana daripada
9

keluargalah bermulanya sistem sosialisasi seseorang individu Melayu. Di rumahlah


mereka dididik dengan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua dan belajar
untuk menjadi insan yang baik.

Ciri seterusnya adalah pengenalan undang-undang untuk mengawal tingkah laku


masyarakat, iaitu undang-undang laut dan tanah. Kepentingan undangundang dan adat
dalam masyarakat Melayu boleh dilihat melalui perumpamaan berikut ‰Biar mati
anak, jangan mati adat‰. Perumpamaan ini sengaja direka untuk menggambarkan
betapa pentingnya undang-undang dan adat bagi menjaga tatasusila dan kelakuan
individu dalam bermasyarakat. Pada masa ini, setiap negeri mempunyai undang-
undangnya sendiri, contohnya Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan
sebagainya.

5.1 KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Adat resam merupakan suatu perbuatan yang menjadi kebiasaan tetap dan
dihormati oleh masyarakat. Perbuatan yang diikuti tadi akan menjadi adat dan
amalan dalam kehidupan harian mereka. Adat resam masyarakat Melayu
bertujuan untuk mengawal tingkah laku masyarakat untuk kesejahteraan dan
keharmonian masyarakat. Adat dalam masyarakat Melayu ialah segala yang
berkaitan dengan proses kehidupan manusia bermula ketika sesorang dilahirkan
sehinggalah beliau menemui ajal.[18] Adat resam terbahagi kepada dua iaitu
adat golongan bangsawan dan adat rakyat biasa.

Terdapat pelbagai jenis adat istiadat raja pada zaman Melayu tradisional.
Antara adat istiadat tersebut ialah adat mengadap dan menyembah Sultan di
balairung, adat pertabalan dan pelbagai lagi jenis adat yang lain. Kepercayaan
terhadap kemuliaan dan keagungan Sultan telah membawa kepada adat
menyembah Sultan yang dikenali sebagai ‘adat menjunjung duli’. Adat ini
dilakukan oleh pembesar negeri bagi menunjukkan kedaulatan Sultan dan taat
setia mereka kepada pemerintah. Kebiasaannya, adat ini hanya dilakukan dalam
balairung.

Selain itu, pertabalan sultan juga mempunyai adat yang tersendiri. Terdapat
pelbagai protokol dalam perlantikan Sultan. Adat ini dimulakan dengan
membersihkan kawasan istana dan seluruh kawasan negeri. Setelah itu,
10

pertabalan Sultan ini akan dihebahkan ke segenap pelosok negeri agar rakyat
mengetahui bahawa terdapat pertabalan Sultan yang akan berlangsung.
Pertabalan Sultan akan berlangsung dengan penuh adat istiadat dan berakhir
dengan majlis santapan. Seperkara yang perlu diingat ialah adat melaungkan
‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali berturut-turut terdapat dalam adat pertabalan
Sultan.

Adat resam rakyat biasa pula amat penting bagi megawal tingkah laku
rakyat demi keharmonian masyarakat pada zaman Melayu tradisional. Adat
yang diamalkan oleh rakyat biasa lazimnya seperti adat perkahwinan dan adat
menyambut kelahiran. Selain itu, terdapat juga adat lain seperti adat serumah
tangga. Adat serumah tangga ialah adat yang berkaitan dengan cara kelakuan
dalam rumah dan bersama keluarga. Selain itu, adat menziarahi tetamu juga
diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional. Adat ini dimulakan dengan
memberi salam kepada tuan rumah, membuka kasut dan membasuh kami
sebelum bersalaman dengan tuan rumah. Tetamu yang datang pula perlu diberi
hidangan.

Dalam adat perkahwinan pula terbahagi kepada beberapa peringkat.


Peringkat yang pertama ialah merisik anak gadis sebelum majlis meminang
dengan pihak lelaki memberikan sebentuk cincin kepada perempuan sebagai
tanda pertunangan. Selepas itu, barulah tarikh pernikahan akan ditetapkan.
Kemuncak perkahwinan adalah adat bersanding dan setelah itu pihak
perempuan akan dibawa ke rumah lelaki untuk beberapa hari. Akhir sekali
adalah adat kelahiran yang juga mempunyai beberapa peringkat. Semasa tujuh
bulan mengandung, adat melenggang akan diadakan dan apabila sudah lahir
upacara bercukur rambut akan diadakan menandakan anak tersebut diterima
oleh masyarakat.

5.2 PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam masyarakat Melayu


tradisional. Pendidikan pada umumnya bercorak pendidikan tidak rasmi dan
pendidikan rasmi . pendidikan tidak rasmi termasuklah mengaji Al-Quran,
pertukangan, kepahlawanan dan yang berkaitan dengan adat resam Melayu.
11

Corak ini bermula di rumah. Nilai-nilai murni dan budaya selalunya


disampaikan melalui cerita lisan, pantun, peribahasa dan gurindam. Apabila
Tanah Melayu menerima pengaruh daripada agama Islam, maka terdapat
banyak surau dan masjid telah dibina untuk mengajar ilmu agama dan membaca
Al-Quran. Dengan itu, bermulalah pendidikan formal. Asas rujukan utama
pendidikan zaman dahulu ialah Muqaddam dan Al-Quran. Setelah selesai
mengaji Muqaddam dan Al-Quran, majlis khatam Al-Quran akan dilakukan.
Selain itu, pelajar juga mempelajari ilmu fardhu ain serta pendidikan akhlak
yang berlandaskan ajaran Islam di samping ilmu mengira, menulis tulisan jawi,
tajwid, rukun Islam dan rukun Iman.

5.3 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Pada awalnya, masyarakat Melayu menganut kefahaman animisme.


Kepercayaan ini telah dianuti oleh masyarakat Melayu sejak sebelum
kedatangan agama Hindu lagi. Animisme merupakan suatu kepercayaan
masyarakat Melayu terhadap makhluk-makhluk halus dan kuasa-kuasa ghaib.
Seterusnya, pada abad ke-4 masihi, pengaruh Hindu-Buddha telah mula
bertapak di Tanah Melayu. Maka, bermula abad ke-4, masyarakat Melayu
tradisional mula menganut agama ini. Terdapat dua tempat yang menjadi tapak
tersebarnya agama ini di Tanah Melayu iaitu kawasan Kedah Tua dan
Langkasuka. Kedatangan agama ini membawa pengaruh dalam kebudayaan
masyarakat ketika itu seperti adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat
Melayu. Akhir sekali ialah agama Islam yang mula bertapak di Tanah Melayu
pada abad ke-7. Agama Islam ini datang ke Tanah melayu melalui pedagang
daripada China, India dan Tanah Arab. Kedatangan agama ini telah membawa
kepada bermulanya sistem pendidikan secara formal dan peraturan yang
menjadi garis panduan masyrakat Melayu. Seperkara yang pasti, agama Islam
membawa kepada perubahan dalam sistem sosial masyarakat Melayu seperti
pentadbiran, pendidikan dan adat budaya.

Das könnte Ihnen auch gefallen