Sie sind auf Seite 1von 11

Daniel Perret

Konsep “negeri” dalam sumber Melayu lama berunsur sejarah dan hukum

Penggunaan istilah “negeri” sejak 500 tahun dahulu merupakan bukti bahawa
konsep ini telah wujud dalam masyarakat Melayu. Sumber tunggal dan
istimewa untuk mengkaji konsep ini terdapat dalam kesusasteraan Melayu
tradisional.

A. Definisi-definisi lama dan pentarikhan munculnya:


Definisi negeri dalam kamus-kamus Barat sangat luas. Awal kurun ke-19,
William Marsden mencatat – city, town; a country; province, district. Pada
tahun 1916, Klinkert menambah – capital, region, state. Kurang 20 tahun
kemudian Wilknson mencatat bahawa istilah egeri´berasal dari bahasa Sanskrit
dan bermakna – settlement, city-state, used loosely of any settlement, town or
land. Kamus Dewan Bahasa – daerah tempat tinggal atau daerah yang di
bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Pierre Labrousse
mendefinisikannya sebagai – region or land dan memberi istilah Sanskrit
“negari” sebagai asalnya. Yang jelas “negeri” bukanistilah Sanskrit secara
langsung tetapi merupakan kata turunan dari istilah Sanskrit. Sukar dikenal
pasti bilakah istilah negeri digunapakai di Alam Melayu kerana tiada Batu
Bersurat di Dunia Melayu yang mencatatkan istilah negeri. Karya terawal yang
menggunakan istilah tersebut – Hikayat Muhammad Hanafiyah besar
kemungkinan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu pada kurun ke-14,
mengandungi istilah neheeri. Istilah ini juga ditemui beberapa kali dalam
Hikayat Raja Pasai yang mungkin disusun pada akhir kurun ke-14 atau kurun
ke-15.

B. Dari “nagara” ke “negeri”


Berdasarkan batu bersurat yang dijumpai di kawasan Dunia Melayu didapati
istilah “nagara” telah digunakan. “nagara” adalah satu istilah Sanskrit di India
digunakan untuk unsur-unsur berkaitan dengan “city”. Bagi Marsden dan
Wilkinson, dalam bahasa Melayu lama, makna utama “Negara” adalah
“province, district” atau “capital-city”. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan
penyelidik mendapati bahawa istilah nagara atau Negara jarang ditemui dalam
kesusasteraan Melayu tradisional. It appears that in old Malay language istilah
Negara atau negeri mempunyai makna yang hampir sama. Dalam Sejarah
banten dan Babad Banten, yang disusun pada tahun 1662-1663 mengandungi
istilah nagara, nagri, nagari dan negari. Dalam kesusasteraan Melayu
tradisional, istilah Negara digunakan untuk beberapa nama tempat dan
1
gelaranpembesar sahaja. Dalam Hikayat Banjar terdapat nama “negeri Negara
Dipa”, dibuka oleh seorang India di Hujung Tanah (Kalimntan tenggara) serta
“negeri Negara Daha” di daerah yang sama, yang menjadi satu desa bernama
Negara. Dalam Hikayat Siak terdapat Negara Siak semasa orang Belanda
menguasai Melaka. Di dalam SIlsilah Melayu dan Bugis terdapat sebuah syair
mengenai daerah Sambas yang isinya seperti berikut:

“sangatlah suka sulta mengindera


melihatkan keduanya adinda putera
baginda pun berfikir berkira-kira
upu nan patut memerintah Negara

habis berfikir di dalam diri


baginda pun memanggil hulubalang menteri
baginda bertitah berperi-peri
upu nan patut memerintah negeri

Terdapat juga gelaran dengan istilah Negara:


a. Kerajaan Banjarmasin – Pangeran Mantjanagara, Pangeran
Mangkunagara dan Kiai Djajanagara (ada pengaruh Jawa)
b. Kalimantan tenggara dalam Kerajaan Martapura – Raden Kasuma
Nagara,Kiai Tumanggung Raksanagara
c. Kerajaan Borneo barat - Opu Daeng Marewah menjadi raja negeri
Mempawah dengan gelaran Pangeran Mas Seri Negara, Pangeran Suma
Negara dan Pangeran Dipati Mangku Negara – diberi kepada dua orang
keturunan Bugis Upu Daeng Menambun.
d. Terdapat nama Raja Negara p kemungkinan pemimpin suku orang Laut.
e. Dalam Hikayat Siak – Raja Negara Selat.

C. Tema- tema

1. Pembukaan Negeri
Berbagai alasan mengakibatkanpenghijrahan – kekalahan , atau mencari
tempat baru bagi seorang anak raja. Penghijrahan kadang-kadang
memakan masa yang lama

Pilihan lokasi berdasarkan 4 unsur:

a. Keputusan untuk membuka satu negeri diambil oleh pembesar


berdasarkan kesesuaian seperti lokasi terletak ditepi sungai, tanah

2
rata yang cukup luas, jumlah penduduk di sekitarnya, lokasi
berhampiran sumber ekonomi alam (seperti emas atau gajah di
Pahang), atau seringkali kawasan penuh haiwan perburuan atau ikan.
Mpunyai persamaan dengan ZamanPertengahan di Eropah –
berhampiran hutan yang menajdi sumber mendapatkan kayu untuk
mendirikanbangunan, haiwan bagi perburuan dan ikan, merupakan
satu unsur yang sering diambilkira untuk memilih tempat kediaman.
Contoh: Sejarah Melayu – Wan Seri Benian, Bentan adalah satu
kawasan yang kaya dengan pelanduk dan kijang rusa dan terdapat
berpuluh-puluh kolam ikan dan udang. Di Kalimantan – dipilih
berdasarkan mutu tanah: “rasanya hangat seperti sumap api dan
baunya harum seperti bau daun pudak” Di Barus, pilihan lokasinya
berdasarkan berat air yang dibawa oleh rombongan berimbang air
lokasinya.
b. Jenis kedua, meliputi lokasi selepas pemimpin rombongan melakukan
sesuatu yang luar biasa. Biasanya panah dilepaskan dengan satu
busur yang ghaib. Negeri diperbuat ditempat panah jatuh.
c. Jenis ketiga, lokasi dipilih selepas kemunculan yang dipercayai
menguntungkan, satu binatang luar biasa, biasanya seekor pelanduk.
d. Jenis terakhir, lokasi dipilih mengikut petua-petua orang tua.

Semua teks menunjukkan idea yang sama: pembukaan sebuah penempatan


adalah hasil keputusan seorang, biasanya seorang raja, untuk mendiami satu
ruang kosong yang perlu ditebas tebang. Citra peristiwa-peristiwa itu jelas
memuliakan pembuka negeri sendiri atau keturunannya dan mengetepikan
unsur-unsur yang sebenarnya berperanan utama dalam membuka sebuah
penempatan.

Negeri tidak dibuka di satu tempat yang telah didiami. Selepas peperangan,
tempat kediaman pihak yang kalah tidak digunakan untuk membuka satu
negeri baru.

Biasanya jumlah orang yang mengiringi pemimpinya tidak mencukupi. Seluruh


tenaga kerja yang ada disekitar lokasinya dihimpunkan dan raja
memerintahkan, berdasarkan adat, agar tempat ditebas tebang, kota
diperbuat dan istana dibangun. Penduduk-penduduk tinggal bersama secara
tetap dan disatukan: “serta dihimpunkan segala orang yang duduk bertaburan
pecahbelah itu, maka disatukan sekeliannya”.
Jika ibukota dipindahkan di satu kawasan yang tertakluk, pemimpin “menyuruh
mengerah segala hulubalang rakyat sekali daripada teluk rantau dan segala

3
anak-anak sungai semuanya, disuruh segera datang membawa parang
beliung”. Kalau tidak ada penduduk di sekitar, pemimpin memohon bantuan
daripada negeri lain agar menghantar tenaga kerja. Keadaanini berlaku
misalnya semasa Singapura dibuka oleh Seri Teri Buana yang memohon
bantuan dari Ratu Pulau Bentan.

Negeri dinamakan selepas pembinaan kota dan istana. Perubahan fizikal


tempat diikuti penggantian nama tempat. Pada umumnya nama baru
berdasarkan satu unsur alam – contohnya Temasik bertukar kepada Singapura.
Samudra – berdasarkan adanya seekor semut besar. Pasai berdasarkan nama
seekor anjing; nama Melaka dipercayai berdasarkan adanya sejenis pokok
Melaka.

2. Morforlogi Negeri

Negeri meliputi seluruh kawasan yang telah dibersihkan. Pada umumnya dua
struktur utama – kota parit dan istana balairung, dibina sebelum pemimpin
memasuki negerinya. Kota parit mengelilingi negeri manaala istana terletak di
pusat negeri. Ia menjadi model citra orang tempatan – contohnya semasa
Sultan ISkandar menyuruh membuat istana di Perak:
“Adapun dinding balairung itu daripada kertas yang bertulis berbagai-bagai
rupanya dan warnanya diperbuat oleh Raja Bendahara ditulisnya seperti sebuh
negeri cukup lengkap dengan kota paritnya dan istana rajanya […]”.

Kota parit bukan syarat wajib adanya negeri. Contoh:seingga sultan ketiga,
Sultan Alauddin Riaayat Syah, negeri Acheh tidak berkota oleh sebab system
pertahanannya berdasarkanunsur lain, iaitu gajah perang. Negeri Negara-Dipa,
ditepi Laut Hujung Tanah (Borneo) juga tidak berkota tetapi alasannya tidak
diberikan.

Selain kota parit dan istana balairung, negeri dianggap lagi lengkap sekiranya
terdapat masjid, pasar, balai gendang, pedapuran dan penanggah. Kampung
saudagar juga dapat dibuka di dalam negeri. Kepadatan rumah juga merupakan
ciri khas sebuah negeri, contoh Melaka:
“[…] Maka dari Ayer Leleh dating ka Hulu Muar pasar tiada berputusan lagi,
dari sebelah Kampong (Keling) lalu ka Kuala Penajeh tiada berputusan; jika
orang pergi-pergian dating ke Jungkra tiada membawa api lagi, barang ke mana
ia berhenti di sana adalah rumah orang […]”
‘[…] jikalau kucing berjalan di atas rabungan rumah orang Melaka itu tiada lagi
turun ke tanah”.

4
Terdapat kumpulan teks kesusasteraan Melayu tradisional memberi bukti
bahawa konsep negeri juga digunakan oleh orang tempatan untuk
menggambarkan ruang-ruang di luar Dunia Melayu. Contoh: Sejarah Melayu
(SEME) memberi satu gambaran negeri Bija Nagara di India seperti berikut:
“[…] kotanya daripada batu hitam tujuh depa tebalnya tingginya Sembilan
depa […] pintunya daripada emas melela, bertatahkan mas bepermata.
Bermula peri luas kota itu, tujuh buah gunung di dalamnya; syahdan maka
pada sama tengah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luas […] maka serba ikan
dilepaskannua di dalam (tasik itu. Maka di) tengah tasik itu ada pulau terlalu
tunggi […] maka di atas pulau itu ditanaminya pelbagai kayu-kayuan dan segala
buah-buahan dan segala bunga-bungaan […] Maka ditepi tasik itu diperbuatnya
pula suatu hutan terlalu besar, maka dilepasinya segala binatang liar […]”.

HHT (Hikayat hang Tuah) – terdapat satu gambaran negeri Rom yang hampir
sama dengan gambaran negeri Bija Nagara:
“[…] kota negeri itu selapis dating kepada tujuh lapis […] sama tengah negeri
itu ada sebuah tasik terlalu luas, seperti laut rupanya […]. Segala jenis ikan ada
dilepaskannya ke dalam tasik itu. Maka ditengah tasik itu ada sebuah pulau
terlalu tinggi […]. Maka di atas pulau itu ditanai pelbagai rupa tanam-tanaman
dan bunga-bungaan dan segala buah-buahan. […] Maka di tepi tasik itu
dibuatnya suatu hutan terlalu besar, maka dilepaskannua segala binatang
yangliar-liar ke dalam hutan itu. Apabila raja hendak berburu, ke sanalah
baginda pergi”.

Istilah “negeri’ juga digunakan untuk menggambarkan satu ruang yang dibuka
oleh penjajah Barat di kepulauan Melayu:
“Dan orang Inggeris pun membuatlah negeri di Singapura dan banyaklah
orang-orang Melayu (dan rakyat-rakyat dan) Cina-Cina berhimpun (lah) ke
Singapura makan gaji (bekerja) berbuat negeri setiap-tiap hari serta dagang
pun banyaklah dating adanya” (Tuhfat Al-Nafis).

3. Sempadan Negeri
Kesusasteraan Melayu tradisional- menunjukkan bahawa negeri merupakan
satu ruang tertentu yang perlu dibezakan daripada ruang lain.Disebut misalnya
bahawa Sultan Alauddin dari Melaka mahu menyerang Kampar yang negerinya
Pekan Tua.

Negeri dan Bandar sering dibezakan. Contoh: “negerinya terlalu ma’mur dan
beras padi pun terlalu murah dan bandar pun terlalu ramai […]” (HP)

5
Apabila Raja Culan dari Seilon pergi ke Tanah Melayu: “di mana ia bertemu
negeri dan bandar yang ramai di sanalah ia singgah bermain […]” (HHT).
Contoh lain terdapat dalam Hikayat Patani:
“ Maka baginda pun menyuruhkan orang memongkar sauh, lalu berlayar ke
bandar. Setelah sampai lalu naik berjalan ke dalam negeri […]” (HPAT).

Tempat dibukanya negeri dan Bandar memerlukan ciri khas, misalnya sebuah
bukit dengan satu tanah lapang bagi negerinya dan sungai besar bagi
bandarnya. Kadang-kadang negeri dan Bandar mempnyai nama yang berbeza,
comtoh: Perak dengan nama Pulau Indera Sakti dan Bandar Makmur.

Tempat dibukanya negeri dan Bandar memerlukan ciri khas – cth: sebuah bukit
dengan satu tanah lapang bagi negerinya dan sungai besar bagi bandarnya.
Kadang2 negeri dan Bandar mempunyai nama berbeza – misalnya Perak, -
negeri Pulau Indera Sakti dan Bandar Makmur.

Negeri dan kuala juga dibezakan – cth: apabila ada ancaman musuh mereka
lari masuk ke negerinya; atau apabila ada kapal datang sampai ke kuala,
seorang mata-mata dari negeri dipanggil untuk memeriksa kapalnya – setelah
kapal diperiksa dibenarkan mudik ke negeri. Perbezaan antara ketiga-tiga
ruang dibuktikan dengan adanya tiga jawatan khas:
- Panglima Negeri
- Panglima Bandar
- Panglima kuala

Sempadan negeri menjadi kenyataan apabila pemimpin menyuruh memalu


gong berkeliling negeri untuk menyampaikan perintah atau maklumat atau
apabila pencuri didapati bersalah. Unsur paling berkesan mengenai sempadan
negeri di dapati dalam Upacara mengelilingi negeri – ketika seorang raja
ditabalkan atau sewaktu perkahwinan seorang raja. Tdapat dlm kesusasteraan
Melayu tradisional – raja berkenaan naik atas satu usungan dan berkeliling
negeri, diiringi rombongan yang mencanangkan nobat dan tabal.

Negeri juga dibezakan dari ruang-ruang biasanya lebih jauh daripada Bandar
atau kuala, iaitu anak sungai, rantau hulu, dusun, teluk rantau, tokong pulau.
Semuanya merupakan jajahan dari negerinya.

Sistem pemerintahan berlainan dari satu negeri ke satu negeri lain, tetapi
pemimpin jajahan sentiasa dibetulkan oleh negerinya. Contoh:
Di negeri Bentan:

6
- Batin dan mandalika – anak sungai dan teluk rantau yang berada di
sekitar
- Penghulu – memegang orang sakai

Negeri Inderapura:
- Pembesar2 – menguasai anak sungai dan teluk rantau

Negeri Melaka:
- Anak raja, bendahara, Temenggung dan Laksamana masing-masing
memegang – beberapa anak sungai
- Penghulu – dusun
Rakyat daerah jajahan boleh dipanggil ke dalam negeri misalnya untuk
membina/ membangun sebuah istana, memperbaiki kota atau
mengambil bahagian dalam peperangan – sistem kerah.

Selain itu terdapat istilah lain yang merangkumi konsep ruang


sempadan negeri – sar-had, samaryyada - Sanskrit yangterdapat dari
batu prasasti Telaga Batu kurun ke-7. Konsep lain “peminggir”. Terdapat
contoh konsep ruang – sempadan daerah taklukannya – terdapat dalam
Hikayat Pahang. Cth: Semasa orang Inggeris berada di Johor timbul soal
sempadan antara Johor dan Pahang…”[…] sempadan Pahang dengan
Johor itu dekat Tangung Lebak”.

4. Negeri Sebagai ruang hukum:

Setiap negeri mempunyai hukum kanun tersendiri, satu pancaran dari


pusat ke segala dusun, anak sungai dan teluk rantau. Cth: Undang2
Kedah memberi satu contoh perbezaan mengenai kesamaan Orang
besar negeri dan Orang Besar bukan negeri (hutan):
“[…] seorang bergelar “Seri” di negeri seorang bergelar “Paduka” di
hutan, sama tara duduknya; dan seorang bergelar “Raja” di negeri
seorang “Maha” di hutan, sama tara duduknya; jika seorang bergelar
“Tan” di negeri, seorang bergelar “Raja” di hutan, sama tara duduknya;
ertinya setara itu bertimbalan duduknya: demikian beza di hutan dengan
negeri itu”.

Semua jenayah yang berlaku di dalam negeri disiasat oleh Temenggung:


“[…] maka diserahkan segala pekerjaan negeri kepadanya seperti kota,
parit […] dan disiasatnya segala ehwal pasar, seperti lorong dan pekan

7
dan seperti sukatan dan timbangan […] ialah raja pada malam
mengawali segala orangyang nakal di dalam negeri […]”.

Bendahara – di anak sungai sendiri boleh membunuh tanpa kebenaran


dari raja terlebih dahulu.

Syahbandar – berhak bertindak demikian di kuala.

Sistem ukuran dan timbangan:


- Ia merupakan pancaran dari negeri ke segala jajahan. Sistemnya
dikuatkuasakan selepas pemimpin berkeliling negeri dan segala
jajahannya untuk mengumumkannya. Legitimasi politik ini ditambah
legitimasi agama Cth: Di dalam adat Sungai Ujong terdapat system
tersebut yang diselaraskan dengan firman Tuhan dan sesuai dengan
sistem yang telah dipakai oleh orang Mekah dan orang Al-Madinah.
Dalam Undang-Undang Kedah, Sultan Riyalu’din Muhammad Syah
difardukan menyelaraskan segala ukuran dan timbangan:
- “[…] hendaklah sempurna oleh kamu segala sukatan dan timbangan
segala isi negeri kamu”. Keturunannya serta panglima dan syahbandar
juga bertanggungjawab menjaga dan tetapnya sistem ukuran dan
timbangan. Jika syarat ini tidak dipenuhi negeri diancam pembinasaan
hujan api. Hal yang sama juga terdapat di Jelebu.
- Semua tindakan diambil untuk memelihara sistemnya dan memeriksa
penggunaannya, bukan sahaja sebab ancaman yang telah disebut tetapi
juga supaya memastikan kemakmuran negeri berdasarkan keramaian
pedagang.
- Setiap negeri yang berasaskan perdagangan harus mengawasi kerapian
pertukaran-pertukaran untuk menarik kepercayaan pedagang asing dan
demikian membawa keuntungan kepada semua orang negeri serta
banyak cukai kepada negerinya sendiri. Cth: Undang2 Kedah:
“Tatkala tetap adat negeri, maka segala dagang pun banyaklah mari ke
negeri itu; maka ramailah. Tatkala ramai, maka isi negeri [un jadi
maamor”.

Ketara juga mengenai negeri Riau:


“Maka ramailah negeri Riau dengan beberapa dagang yang keluar
masuk. Beberapa ratus kapal, keci yang dating dari Benggala […] dari
Jawa […] dari negeri China […] Siam […]. […] dan segala bicara hukum
hakam dengan kebetulan dengan menurut syarak dan adat serta
memegang undang-undang yang sudah ditetapkan dan dimuafakatkan

8
dengan segala orang besar-besar dan datuk-datuk. Dan dibetulkan
segala timbangan dacing dan cupak gantang”.

Syahbandar, panglima Bandar serta Temenggung bertanggungjawab


mengawasi kerapian pertukaran. Dari segi ekonomi, syahbandar yang
berperanan penting:
- “Adapun Syahbandar itu mengetahui segala dagang, membicarakan
segala dagang benar dan salahnya dan mengetahui segala dagang yang
masuk dan yang keluar dan mengetahui segala cupak dan gantang dan
dacing kecil dan besarnya dan jika ada perselisihan segala dagang sama
dagang, Syahbandarlah yang membicaraknnya”.
- Kecekapan tugas syahbandar dibantu oleh satu rombongan mata-mata
yang meronda siang dan malam di seluruh Bandar. Panglima Bandar – di
anggap sebagai penolong syahbandar juga menggunakansatu pasukan
yang mengawasi pertukaran yang dijalankan dalam Bandar.
- Temenggung bertanggungjawab mengawasi pertukaran-pertukaran yang
dijalankan di semua pasar dalam negeri.
- Pemeriksaan kesamaan ukuran dan timbangan dijalankan juga di semua
jajahan negeri. Misalnya di Kedah, kwengnya (ketua daerah)
bertanggungjawab memukul canang memanggil semua orang yang
mempunyai alat ukuran atau timbangan. Alat-alat itu diperiksa
kesamaannya dengan ukuran dan timbangan yang telah ditetapkan di
negeri:
“Barangsiapa menaruh gantang atau cupak kecil besarnya daripada
sukatan negeri, pada hukum diambil cupak gantang itu dipukulkann
kepadanya”.

5. Negeri sebagai pengerah, pusat keunggulann dan pengungkap identiti:

Tingkat kemakmuran negeri biasanya diukur mengikut jumlah penduduk dan


pedagang yang ada.
- Meramaikan negerinya merupakan matlamat utama pemimpinnya sejak
dibuka sesebuah negeri.
- Segala orang yang ada di sekitar terlebih dahulu dikerahkan untuk
berbuat kota dan istana. Mereka akan menjadi rakyat negeri.
- Pemimpin kemudian cuba memperbanyakkan perdagangan di dalam
negerinya dengan menarik perhatian daripada pedagang dan saudagar2
atau pekebun2.
- Kadang2 negeri diisi dengan orang tawanan yang dibawa ke dalam
negeri oleh perompak.

9
Kemakmuran negeri juga diukur melalui kemudahan untuk memperolehi
makanan dan barang keperluan serta kemurahannya. Kemerosotan
perdagangan dianggap sebagai punca utama kemusnahan sebuah negeri.

- Negeri juga digambarkan sebagai pusat keunggulan. Bahasa Sanskrit


istilah “nagaraka” – nagarika didefinisikan sebagai “living in a town,
clever, cunning”. Negeri merupakan model kehalusan adat dan bahasa.
Upacara perkahwinan seorang putera diadakan di dalam negeri dan
rakyat dari jajahan, teluk rantau dan lain-lain dipanggil untuk mengambil
bahagian dalam persiapan upacara2 serta memberi persembahan seni
musik atau wayang.
- Alat kebesaran juga merupakan unsur identiti sebuah negeri.

6. Negeri dan konsep ruang dan pemerintah Melayu lama lain:

Kerajaan:
Gelaran ‘raja’ / raka – ditemui dalam prasasti2 di kawasan Kutei (Kalimantan
Timur) bertarikh awal kurun ke-5 M serta batu bersurat di Jawa.

Hasil kajian teks oleh sekumpulan sarjana mendapati sekurang2nya pada suatu
zaman negeri tidak semestinya diperintah oleh seorang raja. Misalnya: Sang
Sapurba di Palembang, orang besar2 dan orang kaya2 Singapura dan negeri
bentan tidak beraja dan segala orang negeri yangtidak beraja pergi ke Bukit
Seguntang memohon seorang raja.

- Hal yang sama di Samudra semasa pembukaannya pada masa itu k


etuanya bernama merah Silu kemudian bergelar Sultan Malikus Salih
selepas lawatan Shaikh Ismail (diIslamkan). Negeri Rimba Jerana juga
tidak beraja semasa kedatangan Merah Silu. Ia diperintah oleh orang
besar2 dan orang tuha2 sahaja.
- Cth lain di Negara Dipa, di tepi Laut hujung Tanah (Borneo), menteri2
sakai datangmenyembah rajanya yang baru menaklukan mereka dan
selepas itu mereka balik ke negeri masing2.
- Sejarah Melayu semasa Sultan Mahmud Syah dikalahkan oleh Portugis di
Pulau Bentan citra negeri lain; negeri semestinya diperintah oleh
seorang raja. Jawapan Seri Nara diRaja kepada Sultan Mahmud yang
mahu berjuang sampai mati:
- “Silap titah tuanku, kerana ada raja dinegeri sekelian; jika ada hayat yang
diPertuan, sepuluh negeri boleh diadakan”.

10
- Istilah “kerajaan” dan “negeri” juga ditemui bersama seperti misalnya
kerajaan negeri Pasai. Dalam erti ini “kerajaan” berkaitan dengan
pemerintah sebuah negeri dan pengaruhnya. “[…] memegang kerajaan
dalam negeri”, “menjadi raja di atas takhta kerajaan di dalam negeri
[…]”, ‘[…] kerajaan raja-raja Melayu masa dahulukalanya berpindah-
pindah dari satu negeri kepada satu negeri”.

- Kota boleh bermakna “sistem pertahanan” sendiri, biasanya satu


banteng dan satu parit yang mengelilingi tempat kediaman:
“[…] disitulah aku perbuat negeri dan kota parit tempat aku berdiam”
“[…] kepada tempat itulah diperbuat kota parit, dijadikan negeri […]”.
“[…] empat puluh hari juga mahu sudahlah negeri ini dengan kotanya
dan istananya patik perbuat […]”.
- Maksud lain adalah “tempat kediaman yang dipertahankan”. Makna ini
terdapat misalnya dalam beberapa nama negeri seperti Negeri Kota
Mahligai atau Negeri Kota Kuala Muda.
- Tidak semua kota berkaitan dengan sebuah negeri. Misalnya kota dibina
sebagi unsur pertahanan sementara sebelum peperangan atau tempat
kediaman sementara yang tidak akan menjadi negeri.

Istilah tanah, benua, desa:


- Istilah tanah digunakan untuk menggambarkan satu ruang yang
mengandungi beberapa negeri tetapi juga satu ruang yang mungkinsama
dengan ruang negeri. Cth: Negeri bentan, tanah Bentan, tanah Bugis,
dan negeri Bugis, tanah Mengkasar, negeri mengkasar.
- Benua juga sering digunakan untuk ruang yang mungkin sama dengan
ruang negeri misalnya Benua Siam, negeri Siam, benua China, negeri
China, benua Keling dan negeri Keling. Istilah Benua mungkin
mempunyai persamaan denganvanua yangterdapat dalam prasasti2 dari
Sriwijaya pada kurun ke-7 M – membawa maksud “ruang keliling
kedatuan (tempat kediaman pemimpin) yang kurang didiami”
- Istilah desa dikaitkan dengan “negeri” dalam Misa Melayu – desa negeri
Perak, takhta desa negeri yang terang; rantau desa negeri; “maka
berhimpunlah segala orang isi negeri Perak ini daripada laki2 dan
perempuan daripada segenap desa” (…) masyhurlah kepada negeri dan
desa, Riau baik daripada binasa”.

11

Das könnte Ihnen auch gefallen