Sie sind auf Seite 1von 3

~CONTOH UCAPAN WAKIL MURID UNTUK MAJLIS PERSARAAN~

Assalammualaikum wbkth dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha Tuan Pegawai PPD, Encik


________________________________________, Guru Besar SK Hosba
yang diraikan, Tuan Hj Ismail b. Jaafar dan Pn. Siti Mariam bt.
Hamzah, YDP PIBG En Abdul Ghafar b. Yahya, Guru-guru
Penolong Kanan, Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati
sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih


kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada saya
untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid
SK.Hosba.

Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap


pantun :

Terbang serindit ke pohon meranti,


Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan Tn Hj Ismail dan Pn Siti tersayang.

Tiada kata seindah bicara,


Dapat dilafazkan seiring jasa,
Tiba ketika Tn Hj Ismail dan Pn. Siti bersara,
Bakti dicurah di ingatan sentiasa.
Bibir merah tergigit lada,
Lada dicampur bersama laksa,
Walau di mana Tn Hj Ismail dan PN Siti berada,
Ingatlah kami anak didik tercinta.

Berkilau-kilau cincin permata,


Begitu indah cantiknya rupa,
Biarpun kelak jauh di mata,
Namun di hati tidak kan lupa,

Petang hari menuju ke pekan,


Ingin membeli popia dan samosa,
Doa ikhlas kami hulurkan,
Semoga Tn Hj Ismail dan Pn Siti sihat sentiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap dihalalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan


ucapan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj Ismail b. Jaafar dan
Pn Siti Mariam Bt. Hamzah kerana telah banyak menabur bakti
dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami semua di SK
Hosba. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Cikgu berdua tidak
dapat kami balas hanya Allah sahaja yang mampu membalas
segala-gala-Nya. Terima kasih juga kepada Cikgu berdua kerana
tidak pernah jemu mendidik kami ke arah pembentukan
sahsiah yang baik serta kecemerlangan akademik yang
berterusan.

Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin


memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan
perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan Cikgu
berdua samada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan
segala ilmu yang telah Cikgu berdua berikan kepada kami
selama ini. Terima kasih di atas segala-galanya. Terima kasih
cikgu.

Das könnte Ihnen auch gefallen