Sie sind auf Seite 1von 16

PENDAHULUAN

Rawatan kecemasan merupakan rawatan atau bantuan awal yang diberikan kepada
mangsa sebelum bantuan perubatan tiba. Bantuan diberikan oleh orang yang dilatih dan
mempunyai pengetahuan asas dalam perubatan.

Tujuan rawatan kecemasan adalah untuk menyelamatkan nyawa mangsa, mengelakkan


kecederaan menjadi lebih teruk, mengurangkan kesakitan dan memulihkan keadaan mangsa.

Antara garis panduan untuk memberi rawatan kecemasan :

1. Cuci tangan dengan air dan sabun sebelum memberikan rawatan


2. Guna sarung tangan semasa memberi rawatan
3. Jika terdapat luka, balut luka anda dengan pembalut kalis air sebelum memberi
rawatan
4. Berhati-hati agar tidak tercucuk jarum atau benda tajam
5. Buang bahan-bahan yang telah kotor sebagai sisa biohazard.

BEBATAN

Pembebatan dilakukan untuk menutup luka dengan tujuan untuk memberhentikan


pendarahan serta memastikan luka bersih dan mencegahnya daripada tercemar. Kain bebat
boleh membersihkan kekotoran bagi memusnahkan sebarang bakteria. Kebiasaannya, ia
dibungkus atau ditutup rapat dalam bungkusan kedap udara dan sedia untuk diguna. Kain bebat
seharusnya diperbuat daripada kain kapas yang halus, putih serta tidak berbulu. Bahagian
dalam sapu tangan yang bersih atau kertas tisu boleh disesuaikan penggunaannya jika perlu.

Penggunaan bebatan
1. Cuci tangan sebelum menyentuh luka atau kain bebat
2. Guna kain bebat yang menutupi keseluruhan luka tersebut
3. Memegang kain bebat di sebelah tepi
4. Tambah alas pada luka supaya lebih selesa dan lapik bersama-sama kain balutan
IKATAN ANDUH

Apabila mengikat anduh, gunakan lipatan buku sila kerana ia adalah ikatan yang rata,
kemas dan tidak mudah lucu. Skaf pengakap boleh digunakan untuk pelbagai guna. Skaf
pengakap boleh diguna sebagai anduh . Selain itu skaf ini juga boleh dilipat dan gulung bagi
membalut dan membebat luka.

BALUTAN ANDUH

Balutan dalam bantuan kecemasan biasanya menggunakan pembalut berbentuk segitiga


yang diperbuat daripada kain belacu yang kukuh. Kebiasaanya kain yang digunakan adalah
selebar satu meter persegi yang dipotong separuh pada bahagian 2 penjuru bertentangan.
Lipatan anduh segitiga terdiri daripada 3 jenis lipatan iaitu :

1. Lipatan lebar - lipat adalah dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta) atau
bebatan pada bahagian besar badan.
2. Lipatan kecil – lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil.
3. Lipatan pelapik – Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan.

BALUTAN ANDUH SEGITIGA

KEGUNAAN
1. mengampu bahagian cedera
2. menahan darah
3. membalut bahagian cedera/patah

Terdapat 3 jenis anduh


i. anduh besar / lebar
ii. anduh leher dan lengan
iii. anduh segi tiga
JENIS BALUTAN ANDUH

a) PEMBALUT CINCIN

Balutan ini digunakan apabila cedera terkena atau tertusuk objek tajam. Balutan ini juga
diperbuat daripada pembalut tirus yang digunakan untuk menutup luka.

b) ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN

Cara-cara menggunakan anduh kecil atau anduh pergelaangan tangan ini adalah dengan
meletakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu
atas kain anduh di atas tangan. Selepas itu, silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas
dan bawah. Akhir sekali, gunakan ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan
tangan.
c) ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN

Cara penggunaanya adalah menggunakan bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan
pada siku lengan yang cedera. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu, seterusnya
bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian
dalam supaya nampak lebih kemas. Fungsi utama anduh besar ini adalah untuk mengampu
bahagian anggota atas yang luka atau cedera dan juga untuk mengurangkan pergerakan serta
sakit anggota atas.

CARA MEMBUAT ANDUH

a) ANDUH LENGAN.

Anduh lengan dibuat dengan cara menggunakan bucu atas kain anduh yang diletakkan
pada siku lengan yang tercedera . Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. Bucu atas
kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk
lebih kemas.
b) ANDUH PERGELANGAN TANGAN

Bagi membua anduh pergelangan tangan pula adalah dengan meletakkan tapak kaki /
tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di
atas kaki/tangan. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. Penggunaan
ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di
gambarajah di bawah. Akhir sekali, ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat
kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut.

JENIS BALUTAN

i. BALUTAN LUKA DADA HADAPAN

ii. BALUTAN LUKA DADA BELAKANG


iii. BALUTAN LUKA BAHU

iv. BALUTAN LUKA SIKU

v. BALUTAN LUKA PEHA


vi. BALUTAN LUKA LUTUT

vii. BALUTAN LUKA KEPALA

viii. SEMUA BALUTAN MENGGUNAKAN IKATAN BUKU SILA


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 26 September 2018

Masa : 1.30 petang hingga 3.00 petang (1 jam 30 minit)

Bil Pelajar : 20 orang pengakap tahun 4

Tajuk/Topik : Balutan Anduh

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mengetahui asas pertolongan cemas, jenis
kain
pembalut dan ikatan buka sila

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :


a. Menerangkan langkah membuat anduh besar ( balutan lengan, balutan tapak
tangan, balutan lutut dan balutan kepala) menggunakan skaf pengakap.
b. Membuat demonstrasi membuat anduh besar ( balutan lengan, balutan tapak
tangan, balutan lutut dan balutan kepala ) menggunakan skaf pengakap dengan
cara yang betul.

Kemahiran berfikir : membanding beza, mengklafikasi

Nilai murni : teliti, tepat bekerjasama

Bahan bantu mengajar : gambar, kad manila dan skaf pengakap

Kaedah : perbincangan, kooperatif


Langkah/ masa Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan
a) Pengenalan jenis-jenis pembalut i. Guru menunjukkan gambar
b) Contoh jenis-jenis pembalut iaitu : berkaitan dengan jenis-jenis
Set Induksi pembalut Triangular
( 5 minit ) i. Triangular Bandage Bandage
ii. Guru menunjukkan bahagian yang
ii. Cravat Bandages terdapat pada skaf
iii. Trauma Pack
point
iv. Roller Bandages
v. Sterile Gauze Pads
vi. Bandage Compress
vii. Adhesive compress
end base end Cravat
Bandages

Trauma
Pack
Roller
Bandages

Sterile Gauze
Pads

Bandage
Compress

Adhesive
compress
Perkembangan  Memperkenalkan jenis-jenis balutan  Guru memperkenalkan jenis balutan Bahan
luka luka menggunakan pembalut serta  kad manila
 Jenis-jenis balutan luka iaitu : kecederaan yang terlibat  skaf pengakap

Nilai Murni
 tepat
 teliti
Langkah 1
i. Balutan tapak tangan Kemahiran berfikir
( 20 minit )  banding beza
 klasifikasi

ii. Balutan lengan

iii. Balutan lutut

iv. Balutan kepala


Demonstrasi cara ikatan balutan bagi :  Guru melakukan demonstrasi ikatan Bahan
Langkah 2 a) Balutan tapak tangan balutan tapak tangan ke atas seorang  skaf pengakap
(25 minit ) b) Balutan lengan murid.
c) Balutan lutut  Murid yang tidak terlibat akan melihat Nilai Murni
d) Balutan kepala dan memahami cara guru merawat  teliti
dan memberi bantuan awal kepada
mangsa. Kemahiran berfikir
 Selepas 5 minit, guru melakukan  klasifikasi
ikatan balutan bagi lengan, lutut dan
kepala

Aktiviti berkumpulan Murid melakukan TIGA cara ( pilihan  murid dikehendaki memilih pasangan Bahan
(30 minit) guru ) bagi ikatan balutan  setiap pasangan dikehendaki memiliki  skaf pengakap
i. balutan tangan helai skaf pengakap
ii. balutan lengan  guru memberikan arahan tugasan Nilai Murni
iii. balutan lutut  tukar peranan selepas seorang  teliti
iv. balutan kepala menjadi mangsa  kerjasama

Kemahiran berfikir
 klasifikasi

Penutup  Penilaian dan rumusan  Guru bertanyakan kepada murid


(10 minit) mengenai jenis luka yang terdapat
pada anggota badan mangsa
 Murid menjawab jenis ikatan balutan
yang sesuai bagi gambaran kecederaan
yang digambarkan oleh guru
 Guru merumuskan pengajaran
Lampiran

1. Ikatan balutan tangan

Langkah 1

Letakkan tangan yang luka ditengah-tengah kain anduh


. Kemudian hujung kain dilipat ke hadapan

Langkah 2

Ibu jari dibawa ke tengah sedikit dan lilit secara


bersilang

Langkah 3

Lilit secara berulang sehingga kemas dan selesa

Langkah 4

Ikat buka sila di hadapan dan kemaskan dengan kain


anduh
2. Ikatan balutan lengan

a) Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera
b) Kemudian ikatan buka sila diikat pada atas bahu
c) Bucu atas kain anduh diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipatkan ke
bahagian dalam untuk lebih kemas
3. Ikatan balutan lutut

Langkah 1

Lipatkan kain anduh secara memanjang dan letakkan di


kawasan luka

Langkah 2

Silangkan kain di belakang dengan sebelah kiri hujung


kain di bawah dan hujung kanan kain di atas

Langkah 3

Ikat dengan kemas balutan tadi dan pastikan pesakit


selesa
4. Ikatan balutan di kepala

Langkah 1

Sediakan pembalut cincin dan letakkan dia atas kepala

Langkah 2

Tarik kedua-kuda bucu ‘End” kain anduh ke belakang


kepala

Langkah 3

Silangkan bucu “End” kain anduh dan ikat buku sila


kedua-dua bucu “End” tersebut di bahagian hadapan
kepala. Manakala bucu “Point” ditarik ke atas belakang
kepala dan dipinkan

Das könnte Ihnen auch gefallen