You are on page 1of 9

CENTRE FOR INSTRUCTOR AND ADVANCED SKILL TRAINING ( CIAST )

DEPARTMENT OF SKILLS DEVELOPMENT


MINISTRY OF HUMAN RESOURCES

SkillsMalaysia Journal
_________________________________________________________________________________________

Model Pentaksiran ‘Psikomotor’: Suatu Pendekatan Islam Dalam


Pengajaran Pendidikan Tertiari

Mohd Nor B. Mamat1, Ahmad Zaki B. Abd. Latif2, Zulkifli B. Mohd Sidi3
1,2,3
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor

Abstrak

Kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti model pentaksiran psikomotor yang holistik. Pentaksiran ini adalah hasil daripada
penyepaduan ciri-ciri kognitif, afektif dan psikomotor di dalam satu proses P&P, dan dibentuk dengan berasaskan ciri-ciri Islamik.
Kaedah analisa metadata dengan ‘konsep keimanan’ dan ‘penghayatan akidah’ mendasari perbincangan dalam penyelidikan ini.
‘Keimanan’ yang berpaksikan kepada prinsip Tashdiq, Iqrar dan Amal diintegrasikan dengan konsep ‘penghayatan akidah’ yang
berteraskan item-item Kefahaman, Perasaan dan Amal. Pengolahan kedua-dua konsep tersebut menghasilkan sebuah kerangka
pembangunan model pentaksiran psikomotor Islamik. Kertas ini telah merumuskan bahawa terdapat tujuh aras bagi model
tersebut, yang dinamakan dengan kefahaman, kepercayaan, keyakinan, perasaan (adab & akhlak), pelaksanaan (tindakan),
peneguhan (praktis) dan pembuktian.

Kata kunci: psikomotor, pentaksiran (assessment), konsep Islamik, holistik, iman & penghayatan akidah.

Pengenalan

Pentaksiran (assessment) adalah proses penambahbaikan dan peningkatan kualiti di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Pentaksiran merupakan alat bagi melaksanakan terapi yang signifikan di dalam P&P (Langgulung, H, 2001). Pendekatan
pentaksiran adalah merupakan sebahagian daripada proses P&P yang digunakan oleh pengajar sebagai kaedah meninjau
kemajuan pengajaran, keberkesanan program dan mengukur pencapaian pelajarnya, agar proses penambahbaikan dapat
dilaksanakan untuk mencapai objektif program yang ditetapkan (Rockman, IF, 2002).

Banyak kaedah pengukuran pencapaian pelajar dilaksanakan di dalam proses P&P, salah satunya ialah kaedah amali atau secara
teknikalnya dikenali sebagai pentaksiran gerak kerja psikologikal yang mengamalkan pergerakan ‘motor’ dan neuromuscular
pelajar menjalankan kerja kemahiran (Jelovsek, JE et al., 2013). Pergerakan fizikal ini yang diklasifikasikan oleh B. Bloom dan
rakan-rakannya dengan istilah ‘psikomotor’, adalah salah satu daripada tiga domain pembelajaran mereka yang terdapat dalam
‘The Taxonomy of Educational Objective’ (Krathwohl, DR, 2002).

Penyepaduan ketiga domain tersebut iaitu kognitif, afektif dan psikomotor dikenal pasti sebagai rujukan untuk proses pentaksiran
psikomotor ini. Menurut Langgulung, H (2001), integrasi domain tersebut amat perlu untuk mencerminkan proses pentaksiran
secara menyeluruh yang merangkumi sifat lahiriah dan rohaniah pelajar. Sifat-sifat akal, akhlak dan ‘amal seseorang pelajar
ditaksir dengan mendasari elemen-elemen Islam syumul yang amat menekankan aspek ‘amalan’ untuk kesempurnaan ibadahnya.
Aspek ilmu ini menjadi rujukan penyelidikan sebagai satu kaedah yang jelas bagi pelaksanaan pendekatan pentaksiran
psikomotor semasa proses P&P. Pentaksiran psikomotor Islamik berupaya menyediakan maklum balas, membuat terapi dan
menambahbaik kualiti seorang pelajar dengan ciri-ciri mental, fizikal dan spiritual yang tinggi. Justeru, suatu pendekatan

Vol.1, No.1 | November 2015 | SkillsMalaysia Journal | http://www.ciast.gov.my/journal | 17 - 25


penilaian dan pentaksiran di dalam P&P memerlukan satu pakej yang menyeluruh, tanpa pengasingan elemen emosi, pemikiran
dan amalan seperti mana yang diamalkan oleh pihak-pihak sekularisma di barat.

Prinsip Islamik Dalam Pentaksiran Psikomotor

Menurut ibn-Khaldun (2001) dalam Kitab al-Mukaddimah, ‘amal diistilah sebagai tindakan (action) atau perbuatan kemahiran
fizikal yang jika berterusan dilatih akan menjadi ‘tabiat’ (habit). Kamus Dewan Bahasa & Pustaka Edisi Ke IV (2013) pula
mendefinisikannya sebagai ‘apa sahaja perbuatan yang dilakukan’. Kajian ini merujuk maksud ‘amal ini dengan istilah
kontemporari yang dinamakan‘psikomotor’.

Keutamaan ‘amal di dalam Islam

Hadith ke 24 yang riwayatkan oleh Muslim dalam Kitab Hadith Arba’in Imam An-Nawawi menjelaskan secara qaulnya bahawa
‘amal itu adalah sebahagian dari iman. ‘Amal adalah bukti yang nyata realisasi iman (pengetahuan). Tinggi rendah kualiti ‘amal
pula menentukan tinggi rendahnya kualiti iman manusia tersebut. Menurut Jahja, HZ (2009), keyakinan melakukan ‘amal
perbuatan (ibadah) tersebut adalah tertakluk kepada sejauh mana ilmu pengetahuan yang ada dalam diri mendominasi akal atau
unsur kognitifnya (Al-'Utsaimin, SMS, 2012).
Banyak hadith Rasulullah SAW menekankan aspek ‘amalan’ ilmu di dalam kehidupan dan pelengkap kepada ibadah.

Sebagai contoh, maksud sebahagian Hadith ke 24 Imam An-Nawawi ;

“Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi
kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka
hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela
kecuali mencela dirinya sendiri"
[Riwayat Muslim]

Imam an-Nawawi dalam Al-'Utsaimin, SMS (2012) telah mengaitkan hubungan ‘amal manusia dengan perhitungan yang akan
dinilai dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT, di atas segala tindakan perbuatan manusia. Penyelidikan mendapati kaedah
perhitungan mempunyai perkaitan dengan penilaian terhadap perbuatan dan amalan manusia. Penilaian tersebut dilaksanakan
dengan menghitung nilai-nilai amalan yang dilaksanakan. Sehubungan itu, kajian mengambil pendapat Langgulung, H (2001)
yang menyatakan istilah penilaian dan pentaksiran adalah beriringan kerana ianya membentuk proses penambahbaikan dan terapi.

Hadith di bawah pula menerangkan tentang ketinggian tingkatan amal perbuatan bergantung kepada iman (ilmu pengetahuan)
pengamalnya. Hadith memperjelaskan bahawa iman dan amal saling bergantungan antara satu sama lain.

Maksud hadith;

“Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”

[Riwayat At-Thabrani]

Justeru, kekuatan ilmu pengetahuan (kognitif) seseorang manusia bergantung kepada amal (psikomotor) dan kemahiran bagi
mendapatkan ganjaran dan imbuhan. Menurut syara’, kesempurnaan iman itu bergantung kepada amalan pemiliknya.

Merujuk hadith yang lain, keutamaan amal di dalam melaksanakan tindakan menggunakan ilmu yang dipelajarinya, seterusnya
melaksanakan ilmu di dalam bentuk perbuatan sehingga Allah SWT mewarisikannya ilmu-ilmu lain dengan berterusan.

Maksud hadith;

“Barangsiapa mengamalkan apa yang diketahuinya, nescaya Allah mewariskan kepadanya ilmu yang belum
diketahuinya”.
[Riwayat Abu Nai’im]

Allah SWT telah menyediakan ganjaran berbentuk ilmu kepada sesiapa yang melakukan ‘amal perbuatan (ibadah). Ganjaran
dengan mengamalkan ilmu pengetahuan yang dimiliki berjaya menghasilkan pengamalnya menjadi orang yang ‘alim (berilmu)
(Al-Ghazali, 1993b).

Vol.1, No.1 | November 2015 | SkillsMalaysia Journal | http://www.ciast.gov.my/journal | 17 - 25


Dalil-dalil naqliyyah di atas adalah sebahagian daripada banyak rujukan menguatkan hujah bahawa ‘amal adalah unsur-unsur
penting dalam agama yang dinilai oleh Allah SWT. Dalam Ihya Ulum al-Din, Al-Ghazali (1993b) banyak menekankan prinsip
berkaitan dengan ‘amal. Menurut Ahmad, K (2012) pula, apabila berlaku kesepaduan antara ilmu (iman) dan ‘amal dipercayai
menghasilkan aspek-aspek holistik di dalam pentaksiran, kerana ‘amal menentukan kebolehan menzahirkan ilmunya yang ada
dalam diri manusia.

Kaedah Islamik, pendekatan holistik

Islam adalah agama yang syumul dan ‘way of life’ (ad-Deen). Islam agama sesuai sepanjang zaman yang lengkap dan menyeluruh
dalam segala aspek kemasalahatan hidup manusia (Langgulung, H, 2001; Ahmad, K, 2012). Justeru, kajian mendedahkan kaedah
dan pendekatan Islamik ke atas pentaksiran psikomotor yang menyentuh sifat-sifat lahiriah dan rohaniah pelajar. Seterusnya
menghasilkan pentaksiran yang holistik di dalam proses P&P.

i. Prinsip Keimanan

Iman dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan
terhadapnya. Manakala istilah syara’ pula bermaksud menerima dengan yakin perkhabaran Rasulullah SAW tanpa melihat
dengan mata sendiri semata-mata kerana mempercayai Baginda Rasulullah SAW (Khandalawi, SMY, 2012). Maksud
penyampaian atau perkhabaran ini telah dijelaskan oleh Al-Ghazali (1990) sebagai suatu ilmu.

Menurut Imam Malik, Imam as-Syafi’i dan kesepakatan Jumhur Ulamak, iman itu berdiri dengan tiga perkara asas yang utama
iaitu Tashdiq, Iqrar dan ‘Amal. Tashdiq adalah membenarkan dengan hati atau iktikad, yang menekankan tugas hati (qalbu) bagi
iman di atas pengakuannya (al-Tashdiq bi al-Qalb) (Ishak, MS, 2002). Manakala iqrar dengan lisan mesti bersatu bersama hati
(al-Iqrar bi al-Lisan). Dari segi bahasa bermaksud mengucap dan menuturkan perkataan dengan lidah. Manakala ‘amal pula ialah
hati mengamalkan dengan keyakinan sedangkan anggota lahiriah mengamalkannya dalam bentuk ibadah-ibadah atau pun
perbuatan (al-‘Amal bi al-Jawarih) (Jahja, HZ, 2009).

Merujuk hadith yang bermaksud ;

“Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan
perbuatan”
[Riwayat al-Tarmizi]

Hadith ini menekankan keutamaan melaksanakan ‘amal atau perbuatan sebagai ilmu yang berada di dalam diri, dan dizahirkan
sebagai pembuktian.

Imam al-Ghazali telah menghuraikan makna iman dengan menambah ;

“Pengakuan dengan lidah membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-
rukun (anggota-anggota)”

ii. Prinsip Penghayatan Akidah

Akidah adalah sebuah doktrin Islam yang penting meliputi aspek teoritikal (nazhari) yang diperkukuhkan dengan dalil-dalil
naqliyyah dan ‘aqliyyah (Kasim, AY & Tamuri, AH, 2010) dan harus diyakini kebenarannya tanpa ragu-ragu. Akidah juga
merupakan teras kepada syariat yang mengandungi aspek praktis (amali) dengan memuatkan aturan-aturan yang harus dipatuhi
dalam kehidupan manusia (Jahja, HZ, 2009; Kasim, AY & Tamuri, AH, 2010). Dalam al-Quran, akidah disebut ‘al-Iman’ iaitu
kepercayaan dan syariat disebut ‘al-amal al-shaleh’ iaitu perbuatan baik. Kedua-dua iman dan ‘amal disebut dalam al-Quran
secara bersepadu, sehingga dilihat sebagai ada integrasi dalam Islam (Jahja, HZ, 2009).

Akidah berperanan sebagai tunjang untuk melahirkan insan kamil yang berkeyakinan dan mampu membentuk spiritual yang
tenang serta rohani yang seimbang dengan amalan hidup serta tingkah laku (Salleh, NM et al., 2013). Akidah menekankan aspek
keimanan, kerohanian, keilmuan, penghayatan dan amalan. Kekuatan akidah adalah asas yang diperlukan oleh pelajar untuk
membersihkan emosi, spiritual, fikiran (kognitif) dan tingkah laku (Ahmad, K, 2012; Salleh, NM et al., 2013).

Menurut Al-'Utsaimin, SMS (1995) pula, akidah adalah berkaitan hal-hal yang asasi di dalam kehidupan seorang Islam. Akidah
akan mendasari sikap, amalan dan segala perbuatan yang dikerjakan. Al-Ghazali juga berpendapat kaedah pembangunan diri

Vol.1, No.1 | November 2015 | SkillsMalaysia Journal | http://www.ciast.gov.my/journal | 17 - 25


manusia amat berkait rapat dengan akal, emosi dan fizikal, dan sentiasa menitik beratkan spiritual sebagai paksi utama dalam
pembangunan diri manusia (Ghani, ZA & Mansor, NSA, 2006).

Justeru, penghayatan akidah amat diperlukan untuk memberi rangsangan (stimuli) kepada deria-deria fizikal dan spiritual pelajar.
‘Penghayatan akidah’ dimaksudkan oleh Salleh, NM et al. (2013) adalah merupakan ‘sebuah proses untuk menjiwai dan
berpegang teguh dengan isi kandungan akidah dengan penuh kefahaman, perasaan (emosi) dan diikuti dengan amal perbuatan
yang selari dengan tuntutan iman’.

Salleh, NM et al. (2013) juga merujuk kepada penghayatan akidah oleh al-Qaradawi yang menyatakan bahawa penghayatan
akidah juga berlaku apabila keimanan meresapi dalam hati dan perasaan, menguasai akal dan fikiran sehingga mencetuskan
perasaan tanggung jawab dan amanah. Mereka kemudiannya pula melaksanakan dan mengamalkan dakwah kepada orang lain
agar melakukan kebaikan. Salleh, NM et al. (2013) menambah lagi, Prof. Dr. Hamka ada menyebut bahawa akidah itu ialah
integrasi antara kepercayaan dan penyerahan diri, pengakuan hati dan amal perbuatan. Penghayatan akidah merupakan
gabungan antara lahiriah dan rohaniah yang sentiasa perlu dipupuk dalam diri agar impak yang mendalam tersemai (instilled) di
hati dan diri pelajar tersebut (Ghani, ZA & Mansor, NSA, 2006).

Menurut Salleh, NM et al. (2013) lagi, tahap keyakinan dan kefahaman kepada iman (ilmu) membentuk manusia yang bertaqwa.
Justeru, al-Ghazali juga telah mengkategorikan penghayatan akidah kepada tiga konstruk utama iaitu kefahaman, perasaan dan
amalan (Jahja, HZ, 2009). Mengambil pandangan dan pemikiran al-Ghazali menyentuh kontek konsep keimanan dan
penghayatan akidah sebagai model utama penerapan elemen Islamik ke dalam proses mendidik. Kaedah pedagogikalnya yang
menyeluruh dan signifikan dapat membantu menambahbaik (tahseen) dan meningkatkan kualiti dalam proses P&P (Jahja, HZ,
2009).

Pendekatan Pentaksiran Psikomotor Islamik

Rasulullah SAW amat menekankan aspek akidah yang terdiri dari keimanan, kerohanian, keilmuan, penghayatan dan amalan.
Salleh, NM et al. (2013) menyatakan bahawa aspek ini menyumbang kepada keseimbangan akal, tingkah laku dan nilai-nilai
murni pelajar dalam P&P. Catatan Muda, AL & Ali, R (2007) dalam buku mereka menyebut juga bahawa akidah adalah amalan-
amalan hati yang berbentuk yakin. Jahja, HZ (2009) juga sama pendapatnya dengan menyatakan bahawa akidah itu menjurus
kepada amalan teori yang menjadi pegangan jiwa, manakala syariat merangkumi amalan muamalat dan ibadah.

Pengamalan kemahiran gerak ‘motor’ dalam domain pembelajaran

Tinjauan mengenal pasti jelmaan istilah baru yang secara teoritikalnya menyemai sifat-sifat ‘amalan’ dalam setiap perkara
perbuatan dan gerak kerja. Kajian menamakan dengan istilah Amalan Kemahiran Kognitif, Amalan Kemahiran Afektif dan
Amalan Kemahiran Psikomotor, atau disebut juga dengan nama Psikomotor-Kognitif, Psikomotor-Afektif dan Psikomotor-
Psikomotor.

i. Amalan Kemahiran Kognitif (Psikomotor-Kognitif)

Dalam Ihya Ulum al-Din, al-Ghazali menyatakan akal dianugerahkan Allah SWT membezakan manusia dengan haiwan. Akal
merupakan amanah kepada manusia, dengan akal juga manusia adalah makhluk paling mulia di dunia.

Psikomotor-Kognitif, perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan tindakan pelajar menggunakan akal fikiran waras (ilmu)
untuk membentuk kefahaman di dalam gerak kerja kemahiran.

Hadith Rasulullah yang bermaksud;

‘Seseorang itu tidak menjadi ‘alim (berilmu) sehingga ia mengamalkan ilmunya’


[Riwayat ibn-Hibban]

Firman Allah SWT bermaksud;

‘Allah memberikan kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan
yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan
yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang yang
menggunakan akal fikirannya’
[al-Baqarah, Ayat 269]

Vol.1, No.1 | November 2015 | SkillsMalaysia Journal | http://www.ciast.gov.my/journal | 17 - 25


Menurut pendapat ulama Ahli al-Sunnah, akal itu adalah alat atau wasilah untuk memahami akidah yang ditetapkan syara’. Akal
adalah penyokong untuk mencari bukti atau dalil serta menolak keraguan (Muda, AL & Ali, R, 2007). Justeru, kemahiran
menggunakan akal bagi menentukan dalil-dalil aqli diaplikasikan oleh pelajar-pelajar. Aras kefahaman dalam model pentaksiran
ini menentukan pelajar yang berakal, berilmu dan berkemahiran mengamalkan ilmu dan perbuatannya.

ii. Amalan Kemahiran Afektif (Psikomotor-Afektif)

Al-Ghazali (1993a) dan Athaillah, SAI (1999) mencatat, pemilihan baik-buruk sesuatu tindakan dan amalan adalah datang dari
hati (qalbu), tindakan seseorang manusia terletak kepada pandangan kepercayaan hati masing-masing.

Psikomotor-Afektif, pengamalan kemahiran kerja dengan nilai-nilai murni, adab dan akhlak yang tinggi. Membentuk jiwa pelajar
dengan roh, emosi dan sikap yang baik dalam setiap tindakan menurut arahan hati (qalbu), yang mempunyai keikhlasan, adab dan
akhlak yang murni. Hatilah menentukan perlakuan dan akhlak serta adab yang terpuji atau sebaliknya (Al-Ghazali, 1993a;
Athaillah, SAI, 1999). Ihya Ulum al-Din menyentuh, ‘tashdiq’ adalah meletakkan keyakinan hati kepada ilmu (pengetahuan)
dipelajari untuk mendorong ‘akal melakukan tindakan (kerja atau amalan) (Al-Ghazali, 1993b).

Al-Ghazali mencatat ;

‘Tanda-tanda orang berilmu ialah di mana kata-kata dan tindakan lahiriahnya sama. Ilmu yang ada dalam diri
mereka mencerminkan akhlaq dan adab yang dijelmakan secara zahir dalam amalannya’

Sifat Afektif & Ruh Amalan yang Ikhlas

Amalan yang bermanfaat adalah tindakan yang mempunyai rohnya. Roh amalan yang ikhlas adalah apabila datangnya di dalam
hati manusia sifat-sifat ketuhanan dan rahsia kerohanian. Roh amalan keikhlasan yang hadir dalam setiap amalan perbuatan
menyebabkan manusia itu memperolehi manfaatnya. Setiap amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak memberi manfaat
sama sekali kepada dirinya dan manusia lain (Athaillah, SAI, 1999).

Menurut Al-Ghazali (1993b);

“Apabila marah dan nafsu syhawat boleh ditunduk dan dikawal oleh akal dan agama, marah akan bertukar menjadi
keberanian dan nafsu syhawat pula bertukar menjadi penjagaan diri. Diri akan terdidik dengan akal dan agama
mencerminkan akhlak yang baik” (Ghani, ZA & Mansor, NSA, 2006).

Rasulullah bersabda bermaksud;

‘Sesungguhnya Allah Taala tidak akan melihat bentuk badan dan rupa kamu, akan tetapi Dia hanya melihat
kepada hati kamu (keikhlasan hati kamu)’
[Riwayat Muslim]

Al-Ghazali (1993a) mencatat kejiwaan manusia itu berkait dengan unsur-unsur seperti nafsu, ruh, qalbu dan akal. Unsur-unsur
tersebut, mempunyai dua makna berbeza iaitu lahiriah (fizikal) dan batin (rohaniah). Unsur kerohaniah merupakan hakikat diri
manusia yang dapat mengerti perintah-perintah syara’. Unsur inilah membentuk faktor-faktor lahiriah yang mempengaruhi
anggota badan, deria dan faktor spiritual pelajar.

Al-Ghazali menyatakan, bahawa roh itu juga bermaksud hati rohani (qalbu), ia merupakan urusan ketuhanan yang melangkaui
batasan akal dan kefahaman manusia. Justeru itu, keteguhan jiwa menghasilkan pelajar yang beradab mulia dan berakhlak tinggi
dalam gerak kerja harian. Mengawal perasaan dan emosi membentuk sifat-sifat lahiriah yang dipandukan oleh hati dengan
tindakan ilmu (akal) dipelajari.

Aras ‘keyakinan’ dalam model pentaksiran membentuk kekuatan ilmu yang dipelajari. Manakala aras ‘kepercayaan’ menentukan
pelajar menerima ilmu pengetahuan sehingga ke dalam hati, menzahirkan dengan adab dan akhlak yang baik seorang pelajar.
Seterusnya pelajar diserapi dengan roh iman, perasaan dan nilai-nilai murni dalam amalan hariannya.

Vol.1, No.1 | November 2015 | SkillsMalaysia Journal | http://www.ciast.gov.my/journal | 17 - 25


iii. Amalan Kemahiran Psikomotor (Psikomotor-Psikomotor)

Segala gerak kerja dan amalan manusia dikawal oleh hati yang mengarah akal untuk anggota lahiriah (fizikal) melaksanakan
amal. Pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dijelmakan sebagai tindakan yang dizahirkan, seterusnya menjadi perangai (habit)
(Al-Ghazali, 1993b; ibn-Khaldun, 2001).

Firman Allah SWT bermaksud;

‘Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan sedang ia orang beriman,
maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka tidak dianiaya sama sekali’
[Surah an-Nisa’, Ayat 124]

Psikomotor-Psikomotor, melaksanakan tindakan itu menurut sifat-sifat hati (qalbu), ilmu dizahirkan oleh akal yang waras.
Hubungan kedua-dua Psikomotor-Afektif dan Psikomotor-Kognitif menyumbang kepada pelaksanaan gerak kerja dan
pelaksanaan (tindakan) sebagai alat penjelasan kepada ilmu (iman) dan syariat (akidah). Dan peneguhan (praktis) agar
pengamalan secara berterusan (istiqamah) melahirkan pelajar yang berkepakaran bidang (trade expert) tersebut (ibn-Khaldun,
2001).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

‘Perbuatan yang paling utama (secara mutlak) adalah beriman kepada Allah dan RasulNya’
[Riwayat al-Bukhori]

Pembuktian amalan atau psikomotornya yang jelas adalah seperti yang dicatat oleh Muda, AL & Ali, R (2007), segala ilmu
dipelajari bukan sekadar iqrar dan ucapan sahaja, namun hendaklah dibuktikan dengan perbuatan. Ilmu (iman) adalah asasnya,
manakala amalan merupakan penjelasan kepada ilmunya. Aras amalan (pelaksanaan & peneguhan) dan ‘pembuktian’ dalam
model pentaksiran menentukan segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni dizahirkan.

Muda, AL & Ali, R (2007) turut mencatat ‘amalan zahir atau sudut penggunaan anggota sebagai petunjuk keimanan yang
tersemat di hati dan amalan boleh dikira sebahagian daripada iman’. Penyataan ini menguatkan hujah bahawa proses
pentaksiran psikomotor amat berkesan untuk mengukur lahiriah dan rohaniah kemajuan pelajar.

Pembangunan Model Pentaksiran Psikomotor Islamik

Model konstruk yang dipadankan dengan konsep iman dan penghayatan akidah ini mampu menyumbang kepada pembinaan
struktur kurikulum dan item-item soalan yang berasaskan kerja kemahiran fizikal dan seterusnya mentaksir kemajuan prestasi
psikomotor secara holistik (kaffah) yang berpandukan pengukuran keupayaan pelajar secara fizikal dan spiritual. Rajah 1
menunjukkan struktur kerangka penyelidikan bagi pembangunan model tersebut.

Konsep Islamik Objekt if Model


Elemen
Pemb elajaran Pent aksiran Psikomotor
 Keimanan Psikomotor
Psikomotor Pend ekatan Islamik
 Penghayatan Akidah

Rajah 1: Kerangka Konsep (Conceptual Framework) penyelidikan bagi menghasilkan ‘Model Pentaksiran Psikomotor Pendekatan Islamik’.

Justeru, penyelidikan mendapati bahawa pembangunan objektif pembelajaran yang bersifat perbuatan, kemahiran, ‘amal atau
psikomotor perlu diberikan keutamaan di dalam P&P. Prestasi psikomotor ini mampu menjelaskan kebolehan kerja membuat
(doing), seterusnya membantu pentaksiran dilaksanakan dalam P&P (Oermann, MH, 1990; Salim, KR et al., 2012). Di dalam
catatan Ahmad, K (2012), penerapan nilai-nilai agama (Konsep Islamik) yang mengandungi sifat-sifat fizikal dan spiritual di
dalam proses P&P dapat merealisasikan semangat yang holistik.

Vol.1, No.1 | November 2015 | SkillsMalaysia Journal | http://www.ciast.gov.my/journal | 17 - 25


Rajah 2 menunjukan struktur pembangunan pentaksiran psikomotor yang holistik dengan aspek amalan atau psikomotor
diutamakan. Integrasi prinsip Islamik dalam penyelidikan mendapati beberapa Elemen Psikomotor yang menjadi teras kepada
domain Kognitif, Afektif dan Psikomotor.

Akhirnya, penyelidikan mengenal pasti model pentaksiran psikomotor Islamik tersebut dengan membahagikannya kepada tujuh
aras utama iaitu kefahaman, kepercayaan, keyakinan, perasaan (adab, akhlak & nilai murni), pelaksanaan (tindakan), peneguhan
(praktis) dan pembuktian.

Objekt if Elemen Model


Konsep Islamik Pent aksiran Psikomot or
Pemb elajaran Psikomot or
Psikomot or Pend ekat an Islamik

Tashdiq Kefahaman

Psikomot or - Kepercayaan
Iqrar
Kognit if
Iman
Keyakinan
Psikomot or-
Amal
Af ekt if Perasaan
(Adab, Akhlak &
Nilai Mu rni )
Peng hayat an Psikomot or-
Perasaan
Akidah Psikomot or
Pelaksan aan
(Tind akan)
Kefahaman
Peneguh an
(Prakt is)

Pembukti an

Rajah 2 : Model Pentaksiran Psikomotor Pendekatan Islamik di dalam P&P.

Kesimpulan

Pentaksiran adalah proses mengumpul maklumat untuk menganalisa pencapaian pelajar yang signifikan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Pentaksiran juga bertindak di dalam proses meningkatkan kualiti pencapaian pelajar, menjamin kualiti
penyampaian pensyarah dan menambahbaik kurikulum serta program P&P.

Jaminan kualiti melaksanakan kerja kemahiran bagi pelajar-pelajar di peringkat sekolah dan tertiari ditingkatkan untuk
memenuhi kebolehan membuat kerja. Pentaksiran psikomotor berkonsepkan Islamik merupakan kaedah yang mendasari prinsip
amalan yang menjadi keutamaan di dalam ibadah. Model pentaksiran psikomotor ini menyediakan pendekatan yang holistik,
dengan integrasi dan kesepaduan elemen-elemen fizikal dan spiritual, tanpa mengasingkan nilai murni seperti akhlak, adab, ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam proses P&P. Pentaksiran dilaksanakan menurut fitrah manusia atau pelajar kerana
berkonsepkan agama iaitu iman dan akidah. Sehingga ianya menepati dan merentasi definisi kontemporari pentaksiran
(assessment) itu sendiri.

Sifat-sifat afektif, kognitif dan psikomotor dalam P&P disepadukan dan diamalkan secara menyeluruh untuk mendapatkan hasil
yang mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan ilmu, kemahiran dan akhlak.

Vol.1, No.1 | November 2015 | SkillsMalaysia Journal | http://www.ciast.gov.my/journal | 17 - 25


Rujukan

Ahmad, Khodori. (2012). Kepemimpinan Pentaksiran Holistik Memacu Modal Insan Kreatif & Inovatif. Paper presented at the
Kolokium Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tahun 2012, Institut Aminuddin Baki (IAB).

Al-'Utsaimin, Syaikh Muhammad Shalih. (1995). Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah (Muhammad Yusuf Harun, Trans.). Jakarta:
Yayasan al-Sofwa.

Al-'Utsaimin, Syaikh Muhammad Shalih. (2012). Syarah Hadits Arba'in Imam An-Nawawi: Penjelasan 40 Hadits Inti Ajaran
Islam (Mujtahid, U., Trans. Qura, T. E. U. Ed.). Jakarta Timur: Ummul Qura.

Al-Ghazali. (1990). Bimbingan Mu'minin (Semait, S. A., Trans. Al-Qasimi, S. M. J. Ed. PN 1978 ed.). Singapore: Pustaka
Nasional Pte. Ltd.

Al-Ghazali. (1993a). Ihya Ulum Al-Din (The Book of Destructive Evils) (Ul-Karim, F., Trans. 1st. ed. Vol. 3rd.). Karachi: Darul
Ishaat.

Al-Ghazali. (1993b). Ihya Ulum al-Din (The Book of Worship Contents) (Fazl-ul-Karim, Trans. 1st. ed. Vol. 1st.). Karachi,
Pakistan: Darul Ishaat.

Athaillah, Syeikh Ahmad Ibn. (1999). Hiasan Rohani Insan Mukmin Mutiara Hikmah al-Hikam. Kuala Lumpur, Malaysia: al-
Hidayah Publishers.

Dewan, Kamus. (Ed.) (2010) (Edisi Ketiga ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Ghani, Zulkiple Abd., & Mansor, Nor Salimah Abu. (2006). Penghayatan Agama Sebagai Asas Pembangunan Pelajar: Analisis
terhadap beberapa Pandangan al-Imam al-Ghazali.

ibn-Khaldun. (2001). Mukaddimah (Masturi Irham, L., Malik Supar, L. & Zuhri, A., Trans. Ridwan, M. N. Ed.). Jakarta Timur,
Indonesia: Pustaka Al-Kautsar.

Ishak, Mohd Said. (2002). Konsep Iman & Kufur: Perbandingan Perspektif Antara Aliran Teologi. Jurnal Teknologi, UTM, 36(E),
pp. 61-74.

Jahja, HM Zurkani. (2009). Teologi al-Ghazali - Pendekatan Metodologi (Wajidi, F. Ed.). Yogyakarta, Indonesia: Pustaka Pelajar.

Jelovsek, J. Eric, Kow, Nathan, & Diwadkar, Gouri B. (2013). Tools for the direct observation and assessment of psychomotor
skills in medical trainees: a systematic review. John Wiley & Sons Ltd. Medical Education, 47(7), 650-673. doi:
10.1111/medu.12220

Kasim, Ahmad Yunus, & Tamuri, Ab. Halim. (2010). Pegetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Kajian Kes
Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Journal of Islamic & Arabic Education, Vol. 2(No. 2), pp. 13 - 30.

Khandalawi, Syaikh Muhammad Yusuf. (2012). Muntakhab Ahadis (Hadis-hadis Pilihan) (Chin, U. A. H. B. & Wahab, U. M. R.
B. A., Trans. Ed. 1 ed.). Kuala Lumpur: Maktabah Ilmiah Sdn. Bhd.

Krathwohl, David R. (2002). A Revision of Bloom's Taxonomy: An Overview. Theory into Practice, The Ohio State University,
Vol. 41(No. 4), pp. 212-218.

Langgulung, Hasan. (2001). Islamisasi Pendidikan dari Perspektif Metodologi. Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 9, Bil. 3(Jun 2001).

Muda, Abdul Latif, & Ali, Rosmawati. (2007). Perbahasan Akidah Islam (Rujukan Pengajian Usuluddin). Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nawawi, Imam. Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Salih) Jilid 1.

Oermann, Marilyn H. (1990). Psychomotor Skill Development. ProQuest Education Journals: The Journal of Continuing
Education in Nursing, Vol. 21(No. 5), p. 202.

Vol.1, No.1 | November 2015 | SkillsMalaysia Journal | http://www.ciast.gov.my/journal | 17 - 25


Rockman, Ilene F. (2002). The Importance of Assessment. Emerald - Reference Service Review, Vol. 30(No. 3), pp. 181-182. doi:
10.1108/00907320210435455

Salim, Kamilah Radin, Puteh, Marlia, & Daud, Salwani Mohd. (2012). Assessing Students’ Practical Skills in Basic Electronic
Laboratory based on Psychomotor Domain Model. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 56, 546-555. doi:
10.1016/j.sbspro.2012.09.687

Salleh, Norsaleha Mohd, Tamuri, Ab Halim, & Amat, Salleh. (2013). Kesahan & Kebolehpercayaan Instrumen Penghayatan
Akidah. International Journal of Islamic Thought, Vol. 3.

Vol.1, No.1 | November 2015 | SkillsMalaysia Journal | http://www.ciast.gov.my/journal | 17 - 25