Sie sind auf Seite 1von 2

KERJAYA SEORANG DOKTOR

Latar Belakang Kerjaya Seorang Doktor.


Secara umum, untuk melayakkan diri diterima sebagai penuntut perubatan ini
ialah mempunyai keputusan SPM yang cemerlang terutama dari aliran sains dan
mempunyai keputusan subjek-subjek sains seperti kimia, matematik tambahan,
biologi, fizik, matematik dan bahasa inggeris. Antara subjek sains itu pula,
subjek biologi dan kimia serta bahasa inggeris paling sinonim dan paling
ditekankankecemerlangan termasuk menguasai bukan sahaja teori malahan
aplikasinya.

Kelebihan Dan Keistimewaan Kerjaya Seorang Doktor.


Kerjaya sebagai seorang doktor adalah satu daripada kerjaya yang banyak
berbakti kepada masyarakat.Mereka yang bergelar doktor akan dicari-cari
ketika seseorang itu sakit dan memerlukan rawatan lanjut.Kerjaya sebagai
seorang doktor juga mempunyai kelebihan dalam mengetahui pelbagai jenis
penyakit dan cara merawat penyakit.Kebiasaannya,mereka yang memilih kerjaya
ini akan memastikan keluarganya mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya
terhindar daripada terkena penyakit-penyakit yang berbahaya.Dengan
itu,kesihatan keluarga seorang doktor akan lebih terjamin.Seorang doktor juga
mempunyai keyakinan diri yang tinggi contohnya apabila sesi pembedahan
dijalankan.Doktor juga mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.Contohnya,doktor
perlu banyak bersabar dalam melayan kerenah setiap pesakit.
TOKOH YANG MENJADI IDOLA

TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD

Das könnte Ihnen auch gefallen