Sie sind auf Seite 1von 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JLN SAN PENG,KL.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU


KALI 1/ 2018 BIL 1 /TAHUN 2019

Tarikh : 11 Januari 2019

Masa : 1.30pm- 3.30pm

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : .Pn. Magret a/p Easiah @ Yesoo

Kehadiran :

1. Pn. Margret a/p Easiah @ Yesoo - Guru Besar (Pengerusi)


2. Pn. K. Elizabeth - GPK Pentadbiran
3. Pn. M. Sundary - GPK HEM
4. Pn. M. Thanavallee - GPK Kokurikulum
5. Pn. V. Kamalavasini
6 Pn. I. Ammarahmbigai
7. Cik. R. Selvarani
8. Pn. B. Sathia Bama
9. En. S. Ramu
10. Pn. Joanne Renu Alexander
11. En. U. Rajan
12. En. P. Sri Prakash
13. En. Zool Fadli bin Abd. Rahman
14. Pn. K. Hema
15. Cik. P.Roghini
16. Pn. R. Ratha

Urus Setia : Pn. Joanne Renu Alexander


1 PERUTUSAN GURU BESAR

1.1 Puan Guru Besar mengucapkan salam dan terima kasih kepada
semua guru yang hadir untuk mesyuarat panitia yang pertama.
1.2 Beliau mengalu alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan
syabas kepada tindakan guru-guru pada tahun ini.
1.3 Beliau menegaskan bahawa guru-guru perlu memberi tumpuan kepada
matapelajaran Bahasa Melayu kerana ianya merupakan tunjang
kepada agihan kelas murid-murid ke kelas peralihan atau Tingkatan
Satu.

Tindakan: makluman
2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Minit Mesyuarat Bil 1/ 2018 dicadangkan pengesahannya oleh En. P.


Sri Prakash dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

3 PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Tiada perkara berbangkit

Tindakan: makluman

4 PERUTUSAN PENGERUSI:

4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana dapat hadir ke mesyuarat


kali pertama bagi panitia bahasa melayu tahun 2019.

4.3 Semua guru perlu menyediakan dan melengkapkan rancangan


pengajaran harian, dskp dan rancangan pengajaran tahunan.
Semua guru diminta menghantar buku rph bersama rpt dan dskp pada
setiap hari Jumaat.

4.4 Pengerusi bersama guru menetapkan buku tulis yang akan digunakan
bagi setiap tahap iaitu:
a) Tahap 1 sebanyak 2 buah (pemahaman, ejaan)
b) Tahap 2 sebanyak 3 biji (pemahaman, tatabahasa, penulisan)

4.5 Ketua Panitia iaitu Puan Joanne juga menambah bahawa terdapat buku
PKJR yang dijalankan satu masa seminggu. Beliau juga menambah
bahawa guru-guru Bahasa Melayu perlu membawa murid-murid ke
pusat sumber untuk program NILAM.
4.6 Ketua Panitia juga membentangkan penulisan rancangan pengajaran
harian yang akan digunakan secara sama oleh semua guru Bahasa
Melayu.

4.7 Guru besar mengulas bahawa guru mata pelajaran digalakkan


membuat ujian dalaman dan perlu rekodkan semua markah dan
analisis ujian dalaman murid dalam buku rph. Sebuah ujian diagnostik
akan dijalankan terhadap pelajar Tahun 6 untuk semua matapelajaran
teras untuk menguji tahap mereka.

5. PEMBENTANGAN DATA LINUS

5.1 Penyelaras LINUS iaitu Puan Joanne telah membentangkan hasil


dapatan LINUS 2018. Terdapat beberapa orang murid yang masih
tidak menguasai LINUS dan mereka dicadangkan untuk berada di
dalam kelas pemulihan yang akan dikendalikan oleh Puan Hema.

6. PEMULIHAN

6.1 Puan Joanne juga menyatakan bahawa kelas Pemulihan khas adalah
berdasarkan murid yang gagal saringan k1-k2. Namun demikian,
semua murid yang gagal k1-k2 dan k3-k8 perlu mengikuti kelas
pemulihan.

6.2 Guru besar menyarankan program intervensi bagi murid-murid yang


tidak boleh membaca dan menulis dijalankan.

7. HAL-HAL LAIN

7.2 PK1 menyatakan untuk mengunakan ujian diagnostik Tahun 6 sebagai


TOV . Harapan guru besar- agar semua guru dapat menjalankan tugas
dengan penuh amanah, dan beliau akan memberikan sepenuh
sokongan kepada semua guru.

Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Diisahkan oleh,


................................ ..............................................
(JOANNE RENU ALEXANDER) (EN. R. CHANDRASEKHARAN)
Ketua Panitia Guru Besar
SJKT Jln San Peng SJKT Jln San Peng

Das könnte Ihnen auch gefallen