Sie sind auf Seite 1von 9

SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE) 2018

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 PENGENALAN 2

2.0 ULASAN ARTIKEL 2

3.0 KRITIKAN UMUM DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 5

4.0 KESIMPULAN 6

RUJUKAN 8

LAMPIRAN 9

NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI (818461)


1
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE) 2018

1.0 PENGENALAN

Kurikulum merupakan satu pelan atau reka bentuk keseluruhan untuk sesuatu kursus dan

bagaimana kandungan bagi kursus berubah menjadi satu pelan tindakan untuk pengajaran dan

pembelajaran yang membolehkan hasil pembelajaran yang diinginkan dapat dicapai. Menurut

Shubert (1987), menakrifkan kurikulum adalah isi kandungan sesuatu mata pelajaran, konsep dan

tugas-tugas yang akan dilaksanakan, aktiviti dirancang, hasil pembelajaran yang diinginkan dan

pengalaman yang diperlukan. Tujuan artikel ini diselidik adalah untuk menjawab beberapa

persoalan dan andaian bahawa terdapat tiga strategi utama reka bentuk kurikulum yang digunakan

di luar negara dalam pengajaran bahasa iaitu reka bentuk ke hadapan ‘Forward Design’, reka

bentuk pusat ‘Central Design’ dan reka bentuk ke belakang ‘Backward Design’. Ketiga-tiga reka

bentuk ini memainkan peranan yang tersendiri dan mempunyai kelebihan pada guru untuk

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid.

2.0 ULASAN ARTIKEL

Artikel ini membincangkan tentang isu berkaitan dengan pendekatan kurikulum yang

digunakan dalam pengajaran bahasa di luar negara iaitu reka bentuk ke hadapan, reka bentuk pusat,

dan reka bentuk ke belakang. Menurut Wiggins & McTighe (2006), kurikulum adalah kandungan

dari standard luar dan matlamat perlu dibentuk dalam perancangan untuk menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Dengan itu, ‘input’ merupakan senarai topik

dan fakta serta kemahiran untuk mencapai ‘output’ iaitu pencapaian murid dalam aktiviti

pembelajaran dan penilaian untuk mencapai sasaran yang dikehendaki. Dalam pengajaran bahasa,

‘input’ merujuk kepada kandungan linguistik kursus, di mana sebelum guru mengajar, guru perlu

memutuskan apa kandungan untuk diajar. Terdapat pelbagai konsep yang berbeza dalam sukatan

NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI (818461)


2
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE) 2018

pelajaran bahasa antaranya adalah perbendaharaan kata, tatabahasa, fungsi bahasa atau jenis teks.

Setelah ‘input’ telah ditentukan, maka domain ‘proses’ ditentukan berkaitan dengan kaedah

pengajaran dan reka bentuk aktiviti di dalam bilik darjah. Manakala ‘proses’ pula merujuk kepada

proses pengajaran yang dijalankan dan mengandungi domain metodologi (kaedah) dalam

pengajaran bahasa. Metodologi merangkumi jenis pembelajaran secara aktiviti, prosedur dan

teknik yang digunakan oleh guru apabila mereka mengajar serta prinsip-prinsip yang menjadi asas

reka bentuk aktiviti dan latihan adalah di dalam buku teks dan sumber pengajaran lain.

Pada abad ke-20, pendekatan aktiviti berorientasikan kepada murid dan memberi tumpuan

pada pembelajaran interaktif dan kolaboratif. Maka, ‘output’ yang dihasilkan dapat disasarkan

pada skala penguasaan seperti ACTFL Kemahiran Skala atau ujian standard seperti TOEFL iaitu

ujian keupayaan untuk melibatkan diri dalam penggunaan bahasa yang berkualiti pada satu tahap

kemahiran. Dengan ini menunjukkan, terdapat tiga dimensi dalam kurikulum dapat digunakan oleh

guru dalam pengajaran bahasa iaitu bermula dari input (silibus), proses (metodologi) dan output

(hasil pembelajaran). Maka, terdapat pula perbezaan di antara reka bentuk ke hadapan, reka bentuk

pusat dan reka bentuk ke belakang. Reka bentuk ke hadapan bermula dengan perancangan sukatan

pelajaran, metodologi dan seterusnya diikuti dengan penilaian hasil pembelajaran. Ia merupakan

pergerakan linear atau disebut juga dengan pendekatan tradisional. Reka bentuk sukatan juga

merupakan reka bentuk kurikulum iaitu terdiri daripada senarai perkataan, sukatan pelajaran

tatabahasa, corpora dan analisis wacana. Pelaksanaan reka bentuk ke hadapan bermula dari isi

kandungan, sukatan pelajaran, metodologi, hasil pembelajaran dan akhirnya penilaian kepada

murid. Walaupun perkembangan dari input, memproses dan output menjadi satu pendekatan yang

logik untuk perancangan dan penyampaian pengajaran, tetapi ia hanya satu jenis reka bentuk yang

dijadikan rujukan.

NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI (818461)


3
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE) 2018

Seterusnya, reka bentuk kedua pula ialah reka bentuk pusat. Ia bermula dengan pemilihan

aktiviti pengajaran, teknik dan kaedah dan bukannya dengan penghuraian bahasa sukatan pelajaran

atau penentuan hasil pembelajaran. Isu-isu yang berkaitan dengan input dan output diselesaikan

selepas kaedah yang telah dipilih atau dibangunkan atau semasa proses pengajaran itu sendiri.

Penyelidikan mengenai amalan guru di sekolah kebanyakan menunjukkan guru-guru sering

mengikuti pendekatan reka bentuk pusat apabila membangunkan pengajaran mereka terlebih

dahulu dengan mempertimbangkan aktiviti dan seterusnya prosedur pengajaran mereka. Guru

bukannya bermula dengan proses perancangan mereka dengan pertimbangan terperinci input dan

output, tetapi guru memikirkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di bilik darjah

terlebih dahulu.

Pendekatan ketiga dalam reka bentuk kurikulum adalah reka bentuk ke belakang di mana

ia bermula dengan spesifikasi output pembelajaran iaitu hasil pembelajaran terlebih dahulu, diikuti

dengan kandungan dan kemudian proses iaitu aktiviti pengajaran yang sesuai digunakan. Ia

merupakan satu reka bentuk yang mantap dalam pendidikan pada tahun-tahun kebelakangan ini

dalam pengajaran bahasa. Pendekatan ini ada digambarkan dalam Model Tyler (1949) dan Model

Taba (1962) di mana kita melihat sebagai arahan spesifikasi hujung pra syarat bagi merangka cara-

cara untuk pencapaian. Peranan metodologi adalah untuk menentukan kaedah pengajaran dengan

paling berkesan dalam mencapai objektif dan pendekatan kriteria digunakan untuk penilaian pada

murid.

Sebagai rumusan untuk ketiga-tiga pendekatan kurikulum ini iaitu reka bentuk ke hadapan

(forward design), reka bentuk pusat (central design) dan reka bentuk ke belakang (backward

design) adalah terdapat andaian bahawa tidak terdapat pendekatan yang terbaik di antara ketiga-

NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI (818461)


4
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE) 2018

tiga reka bentuk tersebut, tetapi setiap pendekatan mempunyai kelebihan dan kelemahan yang

tersendiri yang wujud daripada perbezaan dari segi laluan, cara penyampaian guru dan kesesuaian

pada pengajaran. Setiap pendekatan yang diamalkan oleh guru boleh dilihat berdasarkan pada

contoh-contoh kejayaan pelaksanaan dan pembuktian dari penyelidik yang berpengalaman. Antara

andaian lain adalah sama ada bertujuan untuk pelaksanaan berskala besar atau berskala kecil,

peranan bahan pengajaran dan ujian, tahap latihan guru, peranan guru dan murid, penguasaan

kemahiran dalam bahasa, serta jumlah bahan sokongan yang disediakan oleh guru tersebut.

3.0 KRITIKAN UMUM DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan pada artikel yang dibincangkan, saya sebagai pendidik mencadangkan ketiga-

tiga reka bentuk kurikulum tersebut digabungkan menjadi satu reka bentuk kurikulum yang lebih

sistematik dan dapat dipraktikkan oleh semua guru untuk memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Penggabungan reka bentuk tersebut dapat diselaraskan oleh semua

sekolah di luar negara terutama dalam isu pengajaran bahasa yang dibincangkan dalam artikel ini.

Dengan ini, guru tidak perlu membandingkan pendekatan yang digunakan oleh guru lain kerana

hanya mempunyai satu reka bentuk kurikulum sahaja yang diselaraskan.

Seterusnya, saya mencadangkan bahawa sekiranya dibuat pemilihan antara ketiga-tiga reka

bentuk tersebut, saya memilih untuk menggunakan pendekatan reka bentuk pusat. Ini kerana reka

bentuk ini lebih mencirikan pada pembelajaran abad ke-21, di mana ciri-ciri pembelajaran abad

ke-21 lebih memfokuskan kepada strategi pengajaran murid, teknik dan kaedah yang dipilih

terlebih dahulu sebelum menentukan kandungan pelajaran dan hasil pembelajaran. Antara ciri-ciri

pembelajaran abad ke-21 adalah pembelajaran berpusatkan murid, penggunaan komputer,

pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri iaitu konstruktivisme, memerlukan persekitaran yang

NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI (818461)


5
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE) 2018

kondusif, pelajar faham dan mematuhi arahan, saling menghormati antara guru dan murid,

penilaian berasaskan pencapaian dan pembelajaran kolaboratif.

4.0 KESIMPULAN

Pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia sedang mengalami transformasi untuk

mencapai wawasan 2020 di mana pembelajaran murid di sekolah ke arah pembelajaran abad ke-

21. Banyak perubahan telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), antaranya

adalah Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah ditransformasikan kepada

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan

penambahbaikan kepada KBSR yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,

pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Kurikulum yang dibentuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid, memupuk kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran membuat keputusan bagi melahirkan warganegara

yang cukup pakejnya iaitu berpengetahuan, melaksanakan pengetahuan dan menyampaikannya

kepada orang lain untuk kemanfaatan bersama. Warganegara yang berpengetahuan,

bertanggungjawab dan berkebolehan ini mampu mencapai taraf hidup yang lebih baik serta

memenuhi kehendak negara. Ini selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

yang bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu

berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Seterusnya, di Malaysia pengurusan kurikulum bilik darjah di sekolah melibatkan beberapa

pendekatan utama iaitu analisis kurikulum, menentukan keperluan pelaksanaan, perancangan

pengajaran, pelaksanaan pengajaran pembelajaran, penilaian dan akhirnya kajian semula. Ini

bermakna reka bentuk kurikulum di Malaysia dan di luar negara adalah berbeza dan mempunyai

NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI (818461)


6
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE) 2018

matlamat yang tersendiri. Pada masa kini, pengurusan kurikulum bilik darjah ditumpukan pada

pembelajaran abad ke-21, yang mana mempengaruhi faktor-faktor seperti perkembangan

teknologi maklumat dan komunikasi serta cabaran arus globalisasi dan ledakan pengetahuan serta

maklumat terkini. Menurut laporan pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and

Science Study (TIMSS) tahun 2011 adalah pada kedudukan ke-20 bagi Matematik dan ke-32 bagi

Sains dalam kalangan 49 buah negara. Manakala laporan Program for International Student

Assessment (PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan ke-57 bagi

Matematik, ke-55 bagi Sains dan ke-52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 buah negara. Ini

menunjukkan sistem pendidikan Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma yang hebat

setanding dengan negara-negara yang telah lama menempah nama.

Walau bagaimanapun, peranan guru di dalam bilik darjah sangat penting dalam

merealisasikan konsep pengajaran dan pedagogi dengan lebih berkesan. Pengurusan kurikulum

bilik darjah perlu mencapai tahap yang optimum dan memenuhi Falsafah Pendidikan Negara

(FPN), memenuhi keperluan murid dan memastikan kelancaran proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih berkesan dan berkualiti.

NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI (818461)


7
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE) 2018

RUJUKAN

Allan C. Ornstein, & Francis P. Hunkins. (2014). Curriculum foundations, principles, and issues

(6th ed.). United States of America: Penerbit Pearson New International Edition.

Jack C. Richards. (2013). Curriculum approaches in Language Teaching: Forward, central, and

backward design. RELC Journal, 44(1), 5-33. doi:10.1177/0033688212473293

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Preliminary Report of Malaysia Education Blueprint

2013 – 2025. Diakses daripada

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf.

NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI (818461)


8
SGDC 5043 : CURRICULUM DESIGN AND DEVELOPMENT (THEORY & PRACTICE) 2018

LAMPIRAN ARTIKEL

NOR ELITA BINTI HJ MD RADZI (818461)


9

Das könnte Ihnen auch gefallen