Sie sind auf Seite 1von 12

TUGASAN/ASSIGNMENT

_________________________________________________________________________
BBAW2103
FINANCIAL ACCOUNTING
SEMESTER MAY 2018
_________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS

1. This assignment contains only ONE question that is set in both Malay and English./
Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris.

2. Answer in Malay or English./ Jawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

3. Learners are to submit assignment only in MsWord format unless specified otherwise.
Please refrain from converting text/phrases into picture format such as .gif/ .jpeg/print
screen / etc. / Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord
melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa
tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg /.gif / print screen / dan lain-lain
format berkaitan.

4. Download the language version of the assignment template concerned from the
myINSPIRE for preparation and submission of your assignment. Your assignment should
be typed using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing. /Muat turunkan
templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myINSPIRE untuk penyediaan
dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan
saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

5. Your assignment should be between 2500 to 3000 words excluding references. The
number of words should be shown at the end of your assignment. Do not copy the
assignment question and instructions to your answer. /Tugasan anda hendaklah antara
2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan
hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalinsoalan dan arahan
tugasan dalam jawapan anda.

6. You must submit your assignment ONLINE via the myINSPIRE. Refer to the portal for
instructions on the procedures to submit your assignment online. You are advised to
keep a copy of your submitted assignment for personal reference. /Anda dikehendaki
menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui myINSPIRE. Sila rujuk kepada portal untuk
arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara online.Anda dinasihatkan
menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

7. You can submit your assignment ONCE only in a SINGLE file./ Anda hanya boleh
menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.
8. Your assignment must be submitted between 9th July 2018 until 22th July 2018.
Submission after 22th July 2018 will NOT be accepted . /Tugasan anda hendaklah
diserahkan antara 9hb Julai 2018 hingga 22hb Julai 2018. Serahan selepas 22hb Julai
2018 TIDAK akan diterima.

9. Your assignment should be prepared individually. You should not copy another person’s
assignment. You should also not plagiarise another person’s work as your own. /
Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain.
Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Please take note that PENALTY will be imposed on late submission of assignment as
specified in the Registrar’s Office circular 6/2012 (Refer to Registrar’s Announcement in
myinspire)./Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan keatas
penghantaran lewat tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012
(Rujuk Registrar’s Announcement di myinspire).

11. Please ensure that you keep the RECEIPT issued upon submisson of your assignment as
proof of submission. Your assignment is considered as NOT submitted if you fail to
produce the submission receipt in any dispute arises concerning assignment submission.
/Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan
sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang
timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK
dihantar.
PENILAIAN / EVALUATION
Tugasan ini menyumbang sehingga 60% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik yang dilampirkan. / This assignment accounts for 60% of
the total marks for the course and shall be assessed based on the Rubrics attached.

Anda akan diberikan maklumbalas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula. / You would be given feedback on the assignment before the Final Semester
Examination commences.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM: MARKS DEDUCTION

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan
kadar pertindihan. Jika plagiarism dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: /
Warning: The submitted assignment will automatically undergo a similarity check. If
plagiarism is detected, marks would be deducted as follows:

% Kumpulan Pertindihan (Similarity % PotonganMarkah (Marks


No.
Group) Deduction)
1 0 – 30 0
2 30.01 – 50 5
3 50.01 – 70 10
4 70.01 – 100 100

Tugasan yang dikenalpasti mempunyai pertindihan tugasan bagi mana-mana kumpulan


pertindihan di atas tidak dibenarkan untuk rayuan. Bagi pelajar dalam kategori pertindihan
tugasan kumpulan 70.01-100, akses online rayuan semakan semula tugasan bagi subjek
berkaitan dilupuskan dari pilihan rayuan. / Assignments found to have similarities under any
of the categories above; will not be entitled to apply for appeal. For learners who fall into the
70.01-100 similarities group, the access for online appeal for assignment remarking of the
subject will be disabled from the appeal options.
ASSIGNMENT QUESTION

PURPOSE
The purpose of this assignment is to enhance learners’ understanding on the qualitative
characteristics, assumptions, principles and constraints in financial accounting information. It is also
to enhance learners’ skills in recording journal entries, adjusting entries and preparing the trial
balance.

REQUIREMENT

Answer all the questions and show your detailed workings clearly and systematically.

[Total: 60 marks]

SOALAN TUGASAN

TUJUAN
Tujuan tugasan ini adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar tentang ciri-ciri
kualitatif, andaian-andaian, prinsip-prinsip dan kekangan-kekangan dalam maklumat
perakaunan kewangan. Ia juga adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam
merekod catatan jurnal, catatan pelarasan dan menyediakan imbangan duga.

KEPERLUAN
Jawab semua soalan dan tunjukkan jalan kerja yang terperinci anda dengan jelas dan sistematik.
[Jumlah: 60 markah]

MUKA SURAT TAMAT / END OF PAGE


QUESTION / SOALAN 1

Hazran started a computer business on 1 June 2016 by the name Smart Computer. This business
operates at Shah Alam, Selangor. Besides the main activities of selling and buying computers,
hardware and software, Hazran also provides computer training and services. This business
operates as a sole proprietorship with a cash contribution of RM200,000. He employed fifteen
employees including Encik Daniel who was appointed as an accountant. Encik Daniel with a
professional certification is responsible in handling all accounting records.

At the beginning of the operation, Hazran bought a few computers using funds from the business
and one of the computers was taken home as a present for his son. All the computers were
recorded and depreciated using the declining method. However, commencing from 2018, the
depreciation method will be changed to straight line basis. Hazran expects to sell about 30% of
computers for cash. From the credit sales, 70% are expected to be collected in full in the month of
the sale and the remainder in the following month. When Encik Daniel is in doubt on the amount
of revenue or expense, he takes a view that it is better for him to understate rather than overstate
the net income.

Over the last three years, some computer retail businesses have declined whilst others have
discontinued their operations. However, Hazran’s business is still in a strong financial position, with
a 34% increase in gross profits and he has no plan to cease operations. However, Encik Daniel has
prepared the financial statements of the business on the assumption that the business might close
and liquidate at any time. In addition, Smart Computer recognises expenses when they are
incurred during the period rather than when paid. Revenues are recognised when they are
earned, not when the cash is received from customers.

Required:

Discuss the qualitative characteristics, accounting principles, assumptions and constraints


apply in the above case.
(16)

(Total : 16 marks)
Hazran memulakan perniagaan komputer pada 1 Jun 2016 dengan nama Smart Computer.
Perniagaan ini beroperasi di Shah Alam, Selangor. Selain daripada aktiviti-aktiviti utama
membeli dan menjual komputer, perkakasan dan perisian, Hazran juga menyediakan latihan
dan perkhidmatan komputer. Perniagaan ini beroperasi sebagai sebuah perniagaan milik
tunggal dengan sumbangan wang tunai sebanyak RM200,000. Beliau menggaji lima belas
orang pekerja termasuk Encik Daniel yang dilantik sebagai akauntan. Encik Daniel dengan
pensijilan profesional bertanggungjawab dalam mengendalikan semua rekod-rekod
perakaunan.
Pada permulaan operasi, Hazran membeli beberapa komputer menggunakan dana daripada
perniagaan dan salah satu daripada komputer tersebut dibawa pulang ke rumah sebagai
hadiah untuk anak lelaki beliau. Semua komputer telah direkod dan disusut nilaikan mengikut
kaedah berkurangan. Walau bagaimanapun, bermula dari 2018, kaedah susut nilai tersebut
akan ditukar kepada asas garis lurus. Hazran menjangka untuk menjual kira-kira 30%
daripada komputer secara tunai. Daripada jualan kredit, 70% dijangka akan dikutip
sepenuhnya dalam bulan jualan dan bakinya pada bulan yang berikut. Apabila Encik Daniel
ragu-ragu tentang jumlah hasil atau belanja, beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik
untuk beliau terkurang nyata daripada terlebih nyata pendapatan bersih.

Sepanjang tiga tahun yang lalu, beberapa perniagaan peruncitan komputer telah menurun
manakala yang lain-lain telah menghentikan operasi mereka. Walau bagaimanapun,
perniagaan Hazran masih dalam kedudukan kewangan yang kukuh, dengan peningkatan 34%
dalam keuntungan kasar dan beliau tidak mempunyai rancangan untuk berhenti beroperasi.
Walau bagaimanapun, Encik Daniel telah menyediakan penyata-penyata kewangan
perniagaan dengan andaian perniagaan mungkin ditutup dan dicairkan pada bila-bila masa. Di
samping itu, Smart Computer mengiktiraf belanja apabila ia berlaku berbanding apabila
dibayar. Hasil diiktiraf apabila ia diperoleh, bukan apabila tunai diterima daripada
pelanggan.

Dikehendaki:

Bincangkan ciri-ciri kualitatif, prinsip-prinsip perakaunan, andaian-andaian dan kekangan-


kekangan yang diaplikasikan dalam kes di atas.

(Jumlah : 16 markah)
QUESTION / SOALAN 2

The following transactions are extracted from the accounting records of Optimus Trading
for the month of January 2018:

2018 Optimus Trading invested RM60,000 cash and computer equipment worth
January RM3,000 into the business.
1
1 Paid RM4,800 rent for the next 3 months.
2 Purchased a one-year insurance policy for RM3,600.
2 Purchased office supplies of RM800 on credit.
3 Paid for an advertisement for RM240 in the local newspaper.
8 Completed a project of RM500 for a client and immediately receives
payment.
12 Received payment of RM1,500 for a project to be completed in February.
17 Signed a contract for RM500 with a client. The work will be started in next
March.
19 Completed a project of RM450 for a client on credit.
24 Received the monthly telephone bill for RM250. The bill needs to be paid by
10 February.
25 The client from the 19 January transaction paid half of the amount due.
30 Paid for the office supplies purchased on 2 January.
30 Paid the clerk’s salary of RM1,500 for the current month.

Required:

a) Record the necessary journal entries for all the above transactions.
(13)
b) Prepare the trial balance of Optimus Trading as at 31 January 2018.
(7)

(Total / Jumlah: 20 marks)


Urus niaga - urus niaga berikut adalah diekstrak dari rekod-rekod perakaunan bagi Optimus
Trading untuk bulan Januari 2018:

2018 Optimus Trading melaburkan RM60,000 tunai dan peralatan komputer bernilai
Januari 1 RM3,000 ke dalam perniagaan.
1 Membayar RM4,800 sewa bagi 3 bulan akan datang.
2 Membeli polisi insurans untuk satu tahun sebanyak RM3,600.
2 Membeli bekalan pejabat bernilai RM800 secara kredit.
3 Membayar untuk satu iklan sebanyak RM240 di dalam surat khabar tempatan.
8 Menyiapkan satu projek sebanyak RM500 untuk seorang klien dan terus
menerima bayaran.
12 Menerima bayaran sebanyak RM1,500 untuk projek yang akan disiapkan pada
Februari.
17 Menandatangani sebuah kontrak untuk RM500 dengan seorang klien. Kerja
tersebut akan dimulakan pada Mac akan datang.
19 Menyiapkan satu projek sebanyak RM450 untuk seorang klien secara kredit.
24 Menerima bil bulanan telefon sebanyak RM250. Bil tersebut perlu dibayar
sebelum 10 Februari.
25 Klien dari urus niaga 19 Januari membayar separuh daripada amaun tertunggak.
30 Membayar bekalan pejabat yang telah dibeli pada 2 Januari.
30 Membayar gaji kerani sebanyak RM1,500 bagi bulan semasa.

Dikehendaki:

a) Rekod catatan-catatan jurnal yang perlu bagi semua urus niaga di atas.

b) Sediakan imbangan duga untuk Optimus Trading pada 31 Januari 2018.


QUESTION / SOALAN 3

Amanda Beauty Salon's unadjusted trial balance as at 31 December 2017 is as follows:

Debit Credit
RM RM
Cash 5,200
Prepaid Insurance 1,850
Shop supplies 1,250
Shop equipment 4,825
Accumulated depreciation–shop equipment 1,000
Building 71,875
Accumulated depreciation–building 4,800
Land 68,750
Unearned rental revenue 2,000
Notes payable 62,500
Capital, Amanda 62,325
Rental revenue 3,000
Service revenue 29,250
Wages expense 4,000
Utilities expense 875
Property taxes expense 750
Interest expense 5,500
Total 164,875 164,875

Additional information:
i) An insurance policy showed RM1,550 of expired insurance.
ii) An inventory count showed RM250 of unused shop supplies still available.
iii) Depreciation expense on shop equipment, RM500; building RM2,775.
iv) RM250 of accrued revenue was unrecorded at the time the trial balance was prepared.
v) RM1,000 of the unearned rent account balance was earned by year-end.
vi) The only employee, a receptionist, works a five-day workweek at RM62 per day. The
employee was paid last week but has worked four days this week for which she has
not been paid.
vii) Three months' property taxes, totaling RM625 have accrued. This additional amount
of property taxes expense has not been recorded.
viii) One month's interest on the note payable, of RM750 has accrued but is unrecorded.

Required:

a) Prepare the adjusting journal entries for Amanda's Beauty Salon.


(9)

b) Prepare the adjusted trial balance as at 31 December 2017 for Amanda Beauty Salon.
(9)

c) Name two industries in which businesses would have unearned revenue. Explain with the
specific examples and determine when is the revenues recognised.
(5)
(Total / Jumlah : 24 marks)
Imbangan duga tak terlaras Amanda Beauty Salon pada 31 Disember 2017 adalah seperti
berikut:

Debit Kredit
RM RM
Tunai 5,200
Insurans prabayar 1,850
Bekalan kedai 1,250
Peralatan kedai 4,825
Susut nilai terkumpul-Peralatan kedai 1,000
Bangunan 71,875
Susut nilai terkumpul- Bangunan 4,800
Tanah 68,750
Hasil sewa belum diperoleh 2,000
Nota belum bayar 62,500
Modal, Amanda 62,325
Hasil sewa 3,000
Hasil perkhidmatan 29,250
Belanja gaji 4,000
Belanja utiliti 875
Belanja cukai hartanah 750
Belanja faedah 5,500
Jumlah 164,875 164,875

Maklumat-maklumat tambahan:
i) Polisi insurans menunjukkan RM1,550 insurans telah tamat tempoh.
ii) Pengiraan inventori menunjukkan bekalan kedai belum digunakan sebanyak RM250
masih ada lagi.
iii) Belanja susut nilai peralatan kedai, RM500; bangunan RM2,775.
iv) Pendapatan terakru RM250 tidak di rekod pada masa imbangan duga disediakan .
v) RM1,000 baki akaun sewa belum diperoleh telah diperoleh pada akhir tahun.
vi) Seorang pekerja, penyambut tetamu , bekerja lima hari seminggu pada RM62 setiap
hari. Pekerja tersebut telah dibayar minggu lepas tetapi telah bekerja selama empat
hari pada minggu ini yang masih belum dibayar.
vii) Cukai harta selama tiga bulan, berjumlah RM625 telah terakru. Jumlah belanja cukai
hartanah tambahan tidak di rekod.
viii) Satu bulan faedah ke atas nota belum bayar, RM750 telah terakru tetapi tidak di
rekod.

Dikehendaki:

a) Berdasarkan maklumat di atas, sediakan catatan-catatan jurnal pelarasan untuk Amanda


Beauty Salon.
b) Sediakan imbangan duga terlaras pada 31 Disember 2017 untuk Amanda Beauty Salon.
c) Namakan dua industri di mana perniagaan mungkin mempunyai hasil belum diperoleh.
Terangkan dengan contoh-contoh spesifik dan tentukan bila hasil tersebut diiktiraf.
[TOTAL MARKS: 60]

Das könnte Ihnen auch gefallen