Sie sind auf Seite 1von 43

 

 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 

 
   
   

Astronomi di benua Islam

Diantara zaman Ptolemy dan zaman Copernicus, dalam satu jangkamasa melebihi seribu tahun,
perkembangan astronomi adalah tidak menggalakkan di benua Eropah. Sebaliknya, di tanah Islam pula,
banyak progres yang penting telah berlaku di antara kurun ke-9 dan kurun ke-11 didalam bidang
peralatan matematik astronomi dan cerapan langit.

Maka bermulalah zaman kegemilangan astronomi Islam dibawah pentadbiran Khalifah Al-Rashid dan
anaknya Al-Mamun. Kedua-duanya menggalakkan usaha saintifik dan budaya dalam pentadbiran
empayarnya. Dalam masa pentadbirannya di Bagdad, antara tahun 813 dan 833, Khalifah Al-Mamun
telah menapakkan satu perpustakaan yang terbesar sejak zaman Alexandria, yang dipanggil "The House Perkembangan Astronomi
of Wisdom". Dia juga telah mengasaskan satu balai cerap tetap yang pertama di dunia.  
Perkembangan Astronomi
 
Satu tokoh yang terkemuka dalam kurun ke-9 ialah seorang intelektual berbangsa Farsi yang dipanggil
Pergerakan ketara planet-planet
Al-Khawarizmi. Dia telah menulis sebuah buku pertama mengenai Algebra yang dipanggil "Hisab al-jabr
Astronomi di benua Islam
w'al-muqabala", sambil memperkenalkan disiplin ini. Dia memperkenalkan dan menyebarkan  
penggunaan nombor yang kita gunakan sekarang ini. Sumbangan utamanya terhadap astronomi adalah Kronologi Astronomi
dalam bentuk buku Sindhind zij yang berdasarkan astronomi India, dimana terdapat jadual kedudukan  
Matahari, Bulan dan planet-planet. Dia juga telah mengkaji berbagai aspek, dari gerhana sehingga fasa- Sebelum kurun ke-17
fasa bulan. Kurun ke-18 hingga ke-19
Kurun ke-20 hingga ke-21
Hampir pada zaman yang sama, pakar astronomi berbangsa Farsi bernama Al-Farghani telah menulis
sebuah buku unsur-unsur astronomi yang dipanggil "Kitab fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-
Nujum". Ia merupakan satu usaha berdasarkan astronomi Ptolemy. Dia juga memperkenalkan beberapa
pandangan baru termasuk precession yang melibatkan kedudukan nyata, bukan saja planet-planet,
malahan bintang-bintang juga. Usaha ini memainkan peranan penting di Eropah Barat apabila ia
diterjemahkan kedalam bahasa Latin dalam kurun ke-12.

Satu kuadran astrolabe (Damas, Siria, 1333-34). Kredit : British Museum

Dipenghujung kurun ke-9, tokoh yang terpengaruh ialah seorang pakar astronomi Arab yang bernama
Al-Battani. Ia mencerap langit dari Syria dan telah membuat beberapa ukuran pada kepersisan amat
tinggi buat zaman tersebut. Dia juga telah menentukan jangkamasa satu tahun solar, ukuran precession
ekuinoks dan kecondongan dataran ecliptik. Dia juga mengambil kesempatan untuk mengasaskan satu
katalog mengandungi 489 bintang-bintang. Dari pandangan yang lebih teoritikal pula, usaha utamanya
yang ditulis di dalam Kitab al-Zij, adalah amat penting sebab ia memperkenalkan buat pertama kali
trigonometri didalam penyelidikan langit. Pendekatan cara baru ini terbukti lebih berkuasa dari kaedah
geometri Ptolemy. Buku ini telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin didalam kurun ke-12. Ia telah
mempengaruhi tokoh-tokoh utama dari Eropah dalam kurun ke-16 hingga ke-17.

Dalam tahun 994, pakar astronomi Al-Khujandi, yang berasal dari Tadjikistan (nama sekarang), telah
mencipta satu sextant dinding yang amat besar di Balai Cerap Ray berhampiran dengan Tehran. Ia
merupakan satu alat yang pertama yang membolehkan sudut diukur dengan lebih persis. Alat ini
digunakannya terutamanya untuk mengukur kecondongan dataran ekliptik dengan lebih persis.

Hampir pada masa yang sama, muncul seorang cendekiawan bernama Al-Biruni, berasal dari kawasan
lautan Aral. Seperti tokoh-tokoh sebelumnya, dia berminat dalam beberapa bidang termasuk matematik
dan geografi. Dalam astronomi, dia terkenal bukan saja disebabkan usaha cerapan bulan dan gerhana,
malahan juga pendekatan secara moden dalam kaedah eksperimennya terutamanya dalam analisis
kiraan ralatnya dan juga kiraan Al-Khujandi.

Satu astrolabe yang dibuat daripada tembaga kuning (Ispahan, Iran, 1712). Kredit : British Museum
Dalam kurun ke-11, seorang tokoh berbangsa Farsi bernama Omar Khayyam, yang pada masa tersebut
terkenal didalam bidang sajak, juga berminat dalam beberapa bidang lain, terutamanya bidang algebra
dan astronomi. Dia telah mencipta jadual astronomi baru yang istimewa disebabkan ukuran tahun solar
pada tahap kepersisan yang tertinggi buat masa itu.

Zaman kegemilangan astronomi di tanah Islam ini berakhir dalam kurun ke-12. Hasil usaha zaman
gemilang ini, sedikit demi sedikit telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin, terutamanya di Toledo
Sepanyol, lalu tersebar di seluruh benua Eropah. Melalui terjemahan tersebutlah tokoh-tokoh intelektual
Eropah, dipenghujung zaman pertengahan, mengkaji semula teori Ptolemy dan mempelajari
perkembangan astronomi hasil sumbangan dunia muslim.

© Zalia & Olivier Esslinger 2003-2009

Penggunaan bertujuan pendidikan dibenarkan jika laman web ini dimaklumkan.

 
 
 

 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 

 
   
 

Perkembangan Astronomi
Perkembangan Astronomi
 
Perkembangan Astronomi
 
Pergerakan ketara planet-planet
Astronomi di benua Islam
 
Kronologi Astronomi
 
Sebelum kurun ke-17
Kurun ke-18 hingga ke-19
Kurun ke-20 hingga ke-21

Empat teleskop bergaris-pusat 8 meter VLT di balai cerapan


Cerro Paranal, Chile. Kredit : VLT

 
 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 

Astronomi sebelum kurun ke-17

Lebih-
kurang Pembinaan Stonehenge
-3000

Lebih- Aristarchus dari Samos telah mencadangkan bahawa Bumi berputar


kurang mengelilingi Matahari. Beliau juga telah memberi ukuran pertama
-280 kejauhan antara Bumi dan Matahari
 
Lebih-
kurang Eratosthene telah membuat ukuran lilitan Bumi
-240

Lebih-
Hipparchus telah menerbitkan katalog bintang-bintang cerah yang
kurang
pertama.
-130

Lebih- Ptolemy telah mencadangkan satu rangka yang meletakkan Bumi di


kurang pertengahan alam semesta dan planet-planet bergerak mengelilinginya
140 secara episikloid

825 Pencipta algebra bernama Al-Khwarizmi telah menerbitkan carta


astronomi di Baghdad

829 Khalifah Al-Mamun telah mengasaskan tapak balai cerapan Baghdad

833 Al-Farghani yang berbangsa Farsi telah menerbitkan Unsur-unsur


astronomi, yang kemudiannya menjadi terkenal di Eropah dalam kurun
ke 12

900 Pakar astronomi arab Al-Battani telah memperkenalkan cara ukuran


trigonometri dalam mengkaji sfera selestial

994 Al-Khujandi telah membina sextant dinding di balai cerapan Ray


berdekatan dengan Tehran dan mengukur kecondongan dataran ekliptik

Lebih-
Al-Biruni, yang berasal di Asia Tengah, telah memperbaiki ukuran jejari
kurang
Bumi
1020

1054 Pakar-pakar astronomi cina telah mencerapi supernova Crab

Lebih-
Omar Khayyam yang berbangsa Farsi telah mengukur dengan akuratnya
kurang
jangka-masa setahun
1075

1543 Copernicus telah menerbitkan Revolutionibus orbium coelestium di mana


beliau mencadangkan bahawa Matahari terletak di pusat alam semesta
dan bukan Bumi

1572 Tycho Brahe telah mencerapi satu supernova di langit dan menghapus
satu konsep langit yang tidak berubah

1576 Tycho Brahe telah terlibat dalam pembinaan balai cerapan Uranieborg

1577 Tycho Brahe telah mencerapi pergerakan komet dan lalu mempastikan
yang langit sentiasa berubah

1582 Pop Gregory XIII telah memperkenalkan kalendar Gregorian


1596 David Fabricius telah mendapati bahawa kecerahan sinaran bintang Mira
adalah tidak tetap

1608 Hans Lippershey telah mencipta teropong

1609 Johannes Kepler telah memperkenalkan dua hukum mengenai


pergerakan planet-planet dalam Astronomia Nova

1610 Galileo menghalakan teropongnya ke langit dan telah mendedahkan


bentuk jelas permukaan bulan, satelit-satelit Musytari dan beberapa
bintang-bintang di Bima Sakti

1619 Johannes Kepler telah menerbitkan hukum ke tiga keatas pergerakan


planet-planet di dalam Harmonices mundi

1632 Galileo telah menerbitkan Dialogo Sopra I Due Massimi Systemi Del
Mondo dimana beliau membandingkan teori-teori Ptolemy dan
Copernicus

1656 Christiaan Huygens telah menerangkan rupa-bentuk gegelang-gegelang


Zuhal

1671 Isaac Newton telah mencipta teleskop yang pertama

1672 Geminiano Montanari telah mendapati bahawa cahaya sinaran bintang


Algol sentiasa berubah

1675 Jean-Dominique Cassini telah mendapati satu renggang di dalam


gegelang-gegelang Zuhal

1676 Olaüs Römer telah mengukur kelajuan cahaya hasil cerapan satelit-
satelit Musytari

1687 Isaac Newton telah menerbitkan teorinya mengenai graviti universal di


dalam Philosophiae Naturalis Principia Mathematica

© Zalia & Olivier Esslinger 2003-2009


Penggunaan bertujuan pendidikan dibenarkan jika laman web ini dimaklumkan.

 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 
 

Astronomi dari kurun ke-18 hingga kurun ke-19

1705 Edmond Halley telah menjangka kepulangan kometnya dalam tahun


1758

1718 Edmond Halley telah membandingkan ukuran kedudukan bintangnya


dengan ukuran Ptolemy dan mendapati pergerakan bintang-bintang
tertentu

1758 Johann Palitzsch telah mencerapi komet Halley seperti yang dijangkakan

1781 William Herschel telah membuat penemuan keatas Uranus; Charles


Messier menerbitkan satu katalog nebula
 
1782 John Goodricke telah mendapati bahawa perubahan kecerahan bintang
Algol yang agak berkala dan menerangkan bahawa ini adalah
disebabkan oleh pergerakan berkala sesuatu objek gelap
mengelilinginya

1784 Edward Piggot telah menemui bintang cepheid yang pertama

1796 Pierre-Simon de Laplace telah mencadangkan teori pembentukan sistem


suria

1800 William Herschel telah menemui sinaran infra-merah

1801 Giuseppe Piazzi telah menemui asteroid yang pertama, Ceres

1814 Joseph von Fraunhofer telah mengesani garisan-garisan hitam didalam


spektra cahaya Matahari
1838 Friedrich Bessel, Friedrich Struve and Thomas Henderson telah
mengukur parallax dari bintang 61 Cygni, Vega dan Alpha Centauri

1842 Christian Doppler telah mendapati kesan efek Doppler keatas bunyi

1843 Samuel Heinrich Schwabe telah menerangkan kitaran bintik-bintik


Matahari

1844 Friedrich Bessel telah menerangkan bahawa ayunan bintang Sirius dan
Procyon adalah akibat tarikan graviti kembarnya dalam orbit

1846 Johann Gottfried Galle telah menemui planet Neptun melalui jangkaan
matematik oleh Urbain Le Verrier

1848 Armand Fizeau telah mendapati bahawa efek Doppler juga


mempengaruhi cahaya

1859 Gustav Kirchhoff and Robert Bunsen telah mendapati bahawak setiap
satu komposisi kimia mengeluarkan satu spektra yang unik

1863 William Huggins mula menggunakan analisis spektral untuk mengkaji


komposisi kimia bintang-bintang

1864 James Clerk Maxwell telah menerbitkan teorinya keatas bidang


elektromagnetik

1868 Pierre Jules César Janssen and Norman Lockyer telah mencerapi
prominen Matahari dan mendapati satu unsur baru di dalam spektra
Matahari iaitu Helium

1872 Henry Draper telah mengambil satu gambar pertama keatas spektra
bintang Vega

1877 Asaph Hall telah menemui 2 satelit-satelit Marikh iaitu Phobos dan
Deimos

1878 Giovanni Schiaparelli telah mencerapi kesan paritan lama di permukaan


Marikh
1895 Wilhelm Röntgen telah menemui sinar-X buat pertama kali

© Zalia & Olivier Esslinger 2003-2009

Penggunaan bertujuan pendidikan dibenarkan jika laman web ini dimaklumkan.

 
Astronomi dari kurun ke-20 hingga kurun ke-21

1905 Albert Einstein telah memperkenalkan teori relativiti terhad

1910 Ejnar Hertzsprung and Henry Russell telah mendapati hubungan antara
kecerahan sinaran bintang-bintang dengan jenis spektranya

1912 Henrietta Leavitt telah menemui kaitan tempoh-kecerahan bintang-


bintang cepheids

1915 Albert Einstein telah menerbitkan satu teori relativiti umum

1917 Vesto Slipher menganalisi spektra galaksi-galaksi terdekat dan Perkembangan Astronomi
 
mendapati bahawa kebanyakannya bergerak menjauhi kita Perkembangan Astronomi
 
Pergerakan ketara planet-planet
1918 Harlow Shapley telah mengasaskan pencerapan bintang-bintang cepheid
Astronomi di benua Islam
di dalam kumpulan globular untuk mengukur saiz sebenar Bimasakti dan  
kedudukan pusatnya; Perbinaan teleskop 2.5 meter di balai cerapan Kronologi Astronomi
Mount Wilson  
Sebelum kurun ke-17
1924 Edwin Hubble telah mengenalpasti bintang-bintang cepheids di dalam Kurun ke-18 hingga ke-19
Kurun ke-20 hingga ke-21
galaksi Andromeda dan menetapkan semula skala jarak extragalaktik;
Arthur Eddington telah mengumumkan kaitan antara jisim dan
kecerahan sinaran bintang-bintang dalam main sequence

1929 Edwin Hubble telah menemui hukum mengenai perkembangan alam


semesta yang mengambil namanya; George Gamow mencadangkan
reaksi pelakuran (fusion) hidrogen mengeluarkan tenaga dari bintang-
bintang

1930 Clyde Tombaugh telah menemui Pluto

1931 Karl Jansky telah mengesani pancaran radio berasal dari luar bumi

1938 Hans Bethe, Carl von Weizsäcker dan Charles Critchfield telah
mengenalpasti beberapa reaksi pelakuran (fusion) yang berlaku di
dalam bintang-bintang

1946 Pancaran radio yang pertama berasal dari luar Bima Sakti telah dikesan

1948 Ralph Alpher, George Gamow dan Robert Herman telah mencipta konsep
Big Bang dan mencadangkan keujudan radiasi latarbelakang kosmik

1949 Bermulanya pembinaan teleskop 5 meter di balai cerapan Mount


Palomar

1957 Perlancaran Sputnik 1, satelit artifisial pertama

1958 Jan Oort telah mencipta satu carta struktur spiral Bima Sakti hasil
cerapan pancaran radio

1959 Luna 1 menjadi kapal-angkasa pertama meninggalkan Bumi


1960 Allan Sandage dan Thomas Matthews telah menemui quasar-quasar

1961 Sheldon Glashow telah memperkenalkan teori elektro-lemah

1962 Mariner 2 merupakan kapal-angkasa pertama yang menerbang-lintas


planet Zuhrah

1963 Maarten Schmidt telah mendapati bahawa quasar-quasar adalah objek-


objek yang amat jauh

1964 Murray Gell-Mann dan George Zweig telah mencadangkan secara


tersendiri keujudan partikel asas quarks

1965 Mariner 4 merupakan kapal-angkasa pertama yang pernah menerbang-


lintas planet Marikh; Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui
radiasi latarbelakang kosmik

1967 Jocelyn Bell dan Anthony Hewish telah menemui pulsar-pulsar

1969 Neil Armstrong dan Edwin Aldrin telah mendarat di permukaan Bulan

1973 Terbang-lintas Musytari yang pertama oleh Pioneer 10

1974 Terbang-lintas Utarid yang pertama oleh Mariner 10

1978 Penemuan satelit Pluto, Charon

1979 Terbang-lintas Zuhal yang pertama oleh Pioneer 11; Penemuan


gravitational lens buat pertama kali

1981 Alan Guth telah memperkenalkan teori inflasi

1986 Terbang-lintas Uranus pertama oleh Voyager 2; Terbang-lintas komet


Halley oleh beberapa kapal-angkasa

1987 Letupan supernova berdekatan dengan Large Magellanic Cloud

1989 Terbang-lintas Neptun yang pertama oleh Voyager 2

1990 Pelancaran teleskop-angkasa Hubble


1995 Kapal-angkasa Galileo telah sampai di orbit mengelilingi Musytari;
Penemuan planet pertama di luar sistem suria

1998 Dua kumpulan telah mengumumkan bahawa perkembangan alam


semesta adalah pada tahap kelajuan penuh

2003 Satellit WMAP telah menghasilkan satu ukuran radiasi latarbelakang


kosmik yang lebih akurat dan ukuran umur alam semesta

2004 Pengorbit Mars Express, rover Spirit and Opportunity telah memulakan
kajian keatas planet Marikh; Kapal-angkasa Cassini telah sampai di orbit
mengelilingi Zuhal

2005 Probe Huygens telah mendarat di permukaan satelit Titan

© Zalia & Olivier Esslinger 2003-2009

Penggunaan bertujuan pendidikan dibenarkan jika laman web ini dimaklumkan.

 
 

 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 

 
   

Simulasi langit ini memerlukan software Java yang terakhir yang boleh diambil dari sini :

Simulasi langit yang lama juga terdapat di sini.

Applet Java ini membolehkan anda melihat keadaan langit dari mana saja di permukaan Bumi dan pada masa yang anda pilih. Applet ini
menunjukkan kedudukan Matahari, Bulan, Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal. Selain daripada itu, ia juga mempamirkan
kedudukan 1377 bintang-bintang yang tercerah sekali. Untuk mengenali buruj-buruj tertentu, sila klik buruj tersebut. Untuk maklumat
anda, Matahari, Bulan dan planet-planet dipamirkan lebih besar dari saiz yang sepatutnya. Sebagai contoh, Bulan dan Matahari sepatutnya
cuma melibatkan satu atau dua piksel saja.

Semua kiraan dalam applet ini berdasarkan buku 'Calculs Astronomiques à l'usage des Amateurs', Jean Meeus, Société Astronomique de
France, Paris, 1986, yang telah di terjemahkan daripada 'Astronomical Formulae for Calculators', Jean Meeus, Willmann-Bell.

Jika ada masalah atau pertanyaan, sila rujuk bantuan atastalian di bawah, atau hantar emel kepada saya.

Sedikit penjelasan mengenai panel kawalan di sebelah kiri :

Kedudukan objek akan bertukar setiap kali anda menukarkan data, pilihan bandaraya atau klik "check box".

Tarikh hendaklah dimasukkan menurut hari bulan tahun. Masa tempatan hendaklah dimasukkan menurut jam minit saat. Tahun pula
mestilah diantara 1600 dan 2400.

Zon waktu ialah perbezaan waktu berbanding dengan "Greenwich Mean Time (GMT)". Sebagai contoh, 0 untuk London, +1 untuk Paris dan
+8 untuk Kuala Lumpur.

Untuk melibatkan masa musim panas dalam kiraan sila klik "check box" di bawah zon waktu. Ini tidak perlu jika anda mencerap dari
kawasan yang tidak mengalami empat musim setahun. Di Eropah pula, "check box" ini perlu diklikkan diantara hujung bulan Mac dan
hujung bulan Oktober. Perlu dimaklumkan bahawa parameter ini tidak beroperasi secara automatik.

Untuk memilih tempat mencerap, anda boleh memilih bandaraya yang terdekat sekali dari senarai bandaraya-bandaraya yang disediakan,
atau anda boleh memasukkan garis bujur dan garis lingtang bandar anda. Data ini perlu dimasukkan dalam unit darjat dan minit. Garis
bujur negatif ialah untuk tempat di sebelah timur bandaraya London dan garis lintang negatif ialah untuk tempat di selatan khatulistiwa.
Jangan lupa menukarkan zon waktu juga, jika anda tidak memilih tempat mencerap dari senarai yang disediakan.

Dua kotak yang terakhir sekali boleh digunakan untuk mempamirkan atau melindungkan dataran ekliptik dan khatulistiwa langit, mengikut
pilihan anda.
 

 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 

 
   
Pengenalan Astronomi
Perkembangan Astronomi Matahari

Sistem Suria Dalaman Hujung Hayat Bintang

Sistem Suria Luar  


 

 
Sedikit maklumat atas Zalia
Ubahan terbaru : 08/02/2010 (Pergerakan ketara planet-planet)
Simbol kredit : NASA dan ESO
 
 

 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 

 
 
 

Evolusi bintang
Enam jenis evolusi bintang yang boleh berlaku. Kredit : CXC/M. Weiss

Gambar rajah di atas meringkaskan enam jenis evolusi bintang yang boleh
berlaku berdasarkan jisim asal protobintang :

Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Lohong hitam

Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Supernova dan lohong hitam


Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Bintang super-raksasa merah -
Supernova dan bintang neutron

Protobintang - Bintang seperti Matahari - Bintang raksasa merah - Planetari


nebula - Bintang kerdil putih

Protobintang - Bintang kerdil merah - Bintang kerdil putih

Protobintang - Bintang kerdil perang

© Zalia & Olivier Esslinger 2003-2009

Penggunaan bertujuan pendidikan dibenarkan jika laman web ini dimaklumkan.


 

 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 

 
 
 

Matahari
Matahari
 
Matahari
 
Matahari
Permukaan, tompok matahari dan magnetisma
Kromosfera dan korona

Satu imej komposit Matahari hasil beberapa cerapan ultra-


ungu Satelit SOHO dalam tahun 1998. Kredit : SOHO/ESA/NASA
 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 

Asal-usul Bulan
  Agak memeranjatkan, masalah asal-usul Bulan masih belum lagi diselesaikan.
Tiga pendapat berbeza telah lama dibahaskan. Senario pertama adalah
pembentukan Bulan melalui pemecahan. Dipermulaan pembentukannya, Bumi
adalah berbentuk jisim cecair yang berputar agak cepat. Disebabkan kuasa
sentrifugalnya, Bumi telah mengusirkan sebahagian dari jisimnya yang akhirnya
berkumpul membentuk Bulan. Senario kedua mencadangkan pembentukan Bumi
dan Bulan secara serentak dan berpunca dari jenis debu-debu yang sama. Senario
yang ketiga mencadangkan bahawa Bulan telah terbentuk di suatu kawasan lain di
dalam Sistem Suria yang pada suatu ketika dulu telah terperangkap dalam tarikan
graviti Bumi.

Pasangan Bumi-Bulan dari pandangan kapal angkasa Galileo dalam tahun 1990 dari
jarak kejauhan 6 milion km. Kredit : JPL/NASA

Analisis batuan Bulan menunjukkan bahawa komposisi kimianya didapati berbeza


dari komposisi kimia batuan Bumi, terutama sekali nisbah besinya. Oleh yang
demikian, Bulan tidak mungkin terbentuk daripada bahan yang dirampas dari
Bumi dan dia juga tidak mungkin terbentuk di kawasan persekitaran Bumi.
Tambahan pula, senario pertama memerlukan satu kelajuan putaran yang amat
tinggi dan senario kedua pula tidak dapat menjelaskan kenapa Bulan mempunyai
teras yang teramat kecil berbanding Bumi. Akhirnya, senario ketiga susah untuk
diterima bila kita bayangkan betapa susahnya untuk Bumi memerangkap satu
objek sedemikian besar dan membawanya kedalam satu orbit yang stabil.
Tambahan pula, analisis keatas beberapa nuklei yang berlainan menunjukkan satu
kesamaan nisbah yang kuat di antara Bumi dan Bulan, menjadikan senario ini
susah untuk diterangkan bila dua jasad tersebut terbentuk secara berlainan.

Ramai pakar saintis planet mencadangkan dalam tahun 1975 satu senario
keempat yang jauh lebih rumit untuk menerangkan asal-usul Bulan. Menurut
mereka, awal dalam sejarah pembentukan Sistem Suria, satu perlanggaran telah
terjadi diantara Bumi dan satu objek lain sebesar Marikh. Perlanggaran ini
menghasilkan sebahagian daripada bahan-bahan terpisah lalu berkumpul
membentuk Bulan.

Senario terakhir ini dapat menerangkan persamaan dan juga perbezaan antara
Bumi dan Bulan. Semasa perlanggaran tersebut, kebanyakan unsur-unsur besi
telah berkumpul membentuk teras Bumi. Bahan-bahan yang terpisah dari lapisan
mantel pula kurang kandungan besi menerangkan kenapa Bulan mempunya satu
nisbah besi yang rendah. Nisbah beberapa nuklei-nuklei atom yang berlainan
didapati serupa mencadangkan bahawa kedua-dua jasad-jasad tersebut
mempunyai asal-usul yang sama. Akhirnya, sifat rambang perlanggaran inilah
menyebabkan Bumi sebagai satu-satunya planet di Sistem Suria yang mempunyai
satelit sebegitu besar.

© Zalia & Olivier Esslinger 2003-2009

Penggunaan bertujuan pendidikan dibenarkan jika laman web ini dimaklumkan.


Sistem Suria Luar

Satu pandangan Zuhal yang cantik kelihatan dari kapal-


angkasa Cassini dipenghujung tahun 2004. Di hadapan sekali
ialah sistem gegelangnya. Dibelakangnya pula terdapat
bayang-bayang sistem gegelang tersebut yang jatuh
kepermukaan Zuhal. Satelit kecil kelihatan di sini ialah Mimas.
Kredit : NASA/JPL/Space Science Institute
Komet-Komet
Langkah pertama menyelidiki komet telah diambil oleh pakar astronomi inggeris
Edmond Halley. Persamaan diantara penjelmaan komet-komet dalam tahun 1531,
1607 dan 1682 membolehkan dia mencadangkan bahawa laluan-laluan tersebut
adalah dari satu objek selestial yang sama. Dia menggunakan satu undang-
undang yang baru saja diperkenalkan oleh Isaac Newton untuk mengira orbit
komet tersebut dan meramalkan kepulangan komet tersebut dalam tahun 1758,
yang terjadi seperti diramalkan. Komet Halley ini telah mendedahkan sifat semula
jadinya; satu objek yang bergerak dalam satu orbit amat mendatar, dimana
sebahagian besar masanya dihabiskan di penghujung Sistem Suria tetapi ia tetap
kembali mengunjungi Matahari dari masa kesemasa dan nampak kelihatan
semasa dalam kunjungan tersebut.
Satu imej komet Neat yang telah diambil dalam tahun 2004 dari balai cerap Kitt Peak.
Jelas kelihatan di sini nukleus, coma dan bahagian ekor yang terdekat. Kredit :
WIYN/NOAO/AURA/NSF

Komet adalah objek-objek kecil bergaris-pusat beberapa kilometer sahaja. Tiga


suku komposisinya adalah terdiri daripada ais, kebanyakannya air beku, dan
selebihnya adalah terdiri daripada debu penuh dengan karbon. Disebabkan oleh
orbitnya yang amat memanjang, objek-objek ini menghabiskan kebanyakan
masanya di ruang jauh dari Matahari, melebihi kejauhan Neptune dan Pluto. Oleh
yang demikian, objek tersebut adalah amat sejuk and pejal.

Semasa menghampiri Matahari mereka menerima cukup haba untuk membuat


mereka bersinar. Sebenarnya, pada kejauhan beberapa AU sahaja dari Matahari,
dibawah sinaran Matahari, ais di permukaan nukleus komet hangat dan
mengewap, menyebarkan bersamanya debu-debu habuk. Kelihatan mengelilingi
nukleus, tersebar satu selubung gas dan debu yang dipanggil koma, yang makin
mengembang mencapai ukuran 100 000 km dan terus membesar dalam masa
mendekati Matahari. Selubung ini amat berkilau disebabkan oleh gas dan pantulan
cahaya oleh debu-debunya.

Nukleus komet Tempel 1, digambarkan pada 4 July 2005 oleh kapal angkasa Deep
Impact, 67 saat selepas hentaman pelancar berjisim 370 kg, hasil lancaran kapal
angkasa tersebut. Hentaman tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menkaji bahan
dalaman dibawah permukaan. Besar kemungkinan komposisi dalaman komet tersebut
tidak berubah dari lahir. Ini membolehkan kita mengkaji secara dalam keadaan
semasa lahirnya Sistem Suria 4.6 billion tahun yang lepas. Kredit : NASA/JPL-
Caltech/UMD

Bila komet mendekati Matahari satu fenomena lebih menakjubkan terjadi. Angin
solar dan tekanan radiasi Matahari memanjangkan lagi ukurannya mencapai nilai
beberapa juta batu, kadang-kala mencapai satu AU. Inilah yang dipanggil ekor
komet, mungkin satu fenomena astronomi yang paling menakjubkan yang dapat
dilihat dengan mata kasar. Ekor ini diselubungi oleh gas hidrogen yang tidak
ketara, hasil reaksi kimia antara foton Matahari dan molekul air yang terlepas dari
nukleusnya.

Lebih kerap komet mempunyai dua ekor, satu lurus manakala satu lagi
melengkung. Kedua-dua ekor tersebut terdiri daripada unsur yang berbeza. Ekor
pertama adalah terdiri daripada debu tangkisan dari tekanan radiasi foton
Matahari. Proses ini amat perlahan menyebabkan tangkisan debu dipengaruhi oleh
arah pergerakan komet dan menghasilkan lengkungan ekor. Ekor yang kedua
adalah terdiri daripada ion-ion sapuan angin solar. Dalam hal ini, prosesnya ganas
dan cepat disebabkan keringanan ion-ion tersebut, menghasilkan ekor yang lurus
dan menunjuk kearah bertentangan dengan Matahari.
Nukleus komet Wild 2 digambarkan dari kejauhan 500 km semasa terbang-lintas
Stardust Amerika Syarikat pada 2 Januari 2004. Semasa terbang-lintas tersebut, ia
mengambil peluang untuk mengumpul habuk mikroskopik untuk dibawa balik ke Bumi
dan dianalisa dalam tahun 2006. Hasil data kumpulan tersebut patut dapat membantu
kita lebih memahami komet dan sejarah pembentukan Sistem Suria. Kredit : NASA/JPL

Komet yang paling termasyhur ialah komet Halley yang datang mengunjungi Bumi
setiap 76 tahun dimana kunjungan pertama telah dicerapi seawal tahun 240 BC.
Kunjungan terakhir komet Halley telah dicerapi dalam tahun 1986. Ia telah
diterbang-lintasi oleh 5 kapal angkasa yang telah mengumpul sejumlah besar data
mengenai nukleus, koma dan ekor komet tersebut. Terbang-lintas yang terdekat
pada kejauhan 600 km dari nukleus Halley, telah diambil oleh kapal angkasa
Giotto Eropah. Ia telah dapat mengambil imej nukleus, memdedahkan satu jasad
gelap berbentuk kentang, berukuran 16 kali 8 km. Kapal angkasa ini juga telah
mendedahkan kawasan-kawasan dimana terdapat pancutan debu dipermukaan
yang dicerahi oleh cahaya Matahari.

© Zalia & Olivier Esslinger 2003-2009

Penggunaan bertujuan pendidikan dibenarkan jika laman web ini dimaklumkan.


Lingkaran Kuiper dan Awan Oort
Sejak lama dahulu lagi pakar-pakar astronomi telah mengetahui tentang dua
kumpulan komet yang berbeza. Kumpulan yang pertama adalah komet-komet
berjangka-masa pendek, iaitu kurang dari 200 tahun, seperti komet Halley. Arah
pergerakannya terdapat di dataran ekliptik serupa dengan planet-planet.
Kumpulan yang kedua terdiri daripada komet-komet berjangka-masa lebih dari
200 tahun, terutamanya jenis yang telah dicerapi cuma sekali, dimana orbitnya
dijangka bertempoh berjuta tahun. Orbit mereka adalah besar dan tersebar
secara rambang di langit, tanpa arahan tertentu. Dua kumpulan berbeza ini
membolehkan pakar-pakar astronomi mencadang keujudan dua takungan komet
yang berbeza iaitu Lingkaran Kuiper dan Awan Oort, dinamakan sedemikian bagi
menghurmati dua pakar astronomi Gerard Kuiper dan Jan Oort, yang
mencadangkannya dalam tahun 1950an.

Gambar satu objek dalam Lingkaran Kuiper yang dipanggil 2001 KX76, yang telah
diambil menggunakan teleskop 2.2 meter di balai cerap ESO di La Silla, Chile. Objek
tersebut dijangka bergaris-pusat 1200 km, menjadikannya lebih besar daripada Ceres
yang merupakan jasad terbesar di Lingkaran Asteroid. Kredit : WFI/MPG/ESO

Komet-komet berjangka-masa pendek berasal dari Lingkaran Kuiper iaitu satu


kawasan yang terletak di dataran Sistem Suria, di luar orbit Neptun. Lingkaran
Kuiper dijangka bermula pada kejauhan lebih-kurang 30 AU dan berakhir pada
kejauhan beberapa ratus AU. Dijangka lebih 200 juta objek-objek kecil diliputi ais
bertukar menjadi komet-komet. Sebahagian pakar-pakar astronomi percaya
bahawa Triton, Pluto dan Charon pun berasal dari Lingkaran Kuiper, berbeza cuma
disebabkan oleh orbit mereka dan saiz mereka yang luar biasa. Gangguan graviti
akibat pengaruh planet-planet gergasi lah yang dari masa kesemasa mengubah
orbit salah satu dari objek-objek tersebut dan mencetuskan kejatuhannya kearah
Matahari.

Komet berjangka-masa panjang pula berasal dari Awan Oort. Awan Oort pula
terdapat dalam kejauhan antara 30 000 AU dan 100 000 AU. Ia mengandungi
beberapa ratus bilion objek-objek. Di kawasan yang amat jauh ini, nukleus-
nukleus komet-komet terdapat pada sepecahan dari kejauhan antara kita dan
bintang terdekat. Kumpulan terakhir ini memulakan gangguan graviti yang boleh
mencetuskan pergerakan teras Awan Oort masuk kedalam Sistem Suria. Awan
Oort dijangka terdiri daripada objek-objek yang terusir dalam masa beberapa jam
dipermulaan sejarah Sistem Suria oleh satu fenomena seperti gemaan bersama
planet-planet gergasi. Objek-objek dalam Lingkaran Kuiper pula dijangka
terbentuk serta-merta ditempat yang sama.

Satu kejayaan terkini dalam kajian keatas Sistem Suria ialah penemuan objek-
objek kecil diluar orbit Neptun yang mempunyai orbit bulat, membezakannya dari
komet-komet yang biasa kita lihat. Imej-imej langit yang diambil dalam jangka-
masa lama, mulai tahun 1992 telah mendedahkan objek-objek berkejauhan
melebihi 30 AU, kebanyakannya bergaris-pusat beberapa ratus km. Pencerapan-
pencerapan tersebut membuktikan keujudan Lingkaran Kuiper yang sebelum ini
cuma hipotesis sahaja. Pencerapan dari permukaan Bumi tidak dapat
mendedahkan objek-objek yang cukup cerah yang dianggap berjisim tinggi.
Teleskop angkasa Hubble lah yang dalam tahun 1994 telah membuat pencerapan
buat pertama kali objek-objek dari lingkaran ini yang berdimensi kecil, kadang-
kala beberapa km sahaja.
 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 

 
 
 

Titan
Satelit Zuhal yang terbesar sekali ialah Titan. Ia telah dikenali buat pertama
kalinya oleh pakar astronomi Belanda Christiaan Huygens dalam tahun 1655.
Dengan garis-pusat yang mencapai 5150 km, Titan merupakan satelit yang kedua
besarnya di dalam sistem suria kita, kurang sedikit besarnya dari satelit
Ganymede, tahap yang melebihi saiz Utarid dan Pluto. Putarannya mengelilingi
Zuhal dan pusingan diatas paksinya membentuk satu period yang serentak iaitu
iaitu masa 15 hari dan 23 jam Bumi. Oleh yang demikian, permukaan yang sama
sentiasa menghadap Zuhal, seperti Bulan kita.
Satu imej Titan diambil dari kapal angkasa Cassini dalam bulan Julai 2004. Satelit ini
menunjukkan satu aspek warna jingga yang terkenal. Tetapi filter ultra-unggu telah
digunakan untuk mendedahkan lapisan stratosfera (kelihatan unggu). Kredit :
NASA/JPL/Space Science Institute

Gambar-gambar pertama dalam perjalanan menghampiri Titan telah diambil oleh


kapal angkasa Voyager 1 dalam tahun 1980. Ia telah menunjukkan atmosfera
yang berwarna jingga dan lapisan dalaman yang legap dari pandangan. Kajian
spektral mendedahkan bahawa udaranya adalah terdiri terutamanya daripada
Nitrogen (seperti Bumi) dengan sedikit gas methane dan argon. Juga terdapat
sedikit kesan ethane, karbon-monoksida. Permukaan Titan telah dijangka
mencapai kesejukan -178 selsius dan kepadatan udara 1.5 Bar.
Satu imej Titan dalam warna buatan yang diambil dari kapal angkasa Cassini dalam
bulan Oktober 2004. Cerapan ini telah dibuat dalam bahagian infra-merah, cara yang
sesuai supaya atmosfera tersebut kelihatan lut sinar. Zon yang ditunjuk didalam kotak
adalah tempat Huygens telah mendarat. Kredit : NASA/JPL/University of Arizona

Sekarang ini, cerapan keatas permukaan Titan telah dapat dibuat dalam
gelombang panjang seperti infra-merah dimana atmosferanya akan kelihatan lut
sinar. Dengan menggunakan cara inilah, teleskop angkasa lepas telah dapat
mencerap imej-imej pertama dalam tahun 1994 dan menunjukkan satu zon cerah
berluasan 4000 km yang dinamakan Xanadu. Dengan ketibaan Cassini dalam
tahun 2004, zon ini dapat diselidiki dengan lebih teliti. Satu demi satu
penerbangan lintas dapat membentuk satu imej permukaan Titan yang lebih
tepat. Ia telah mengesahkan keujudan zon cerah tersebut, dan seterusnya
mendedahkan struktur baru, terutamanya bentukan jaluran panjang.
Hasil gabungan imej permukaan Titan yang telah diambil dari kapal angkasa Huygens
semasa turun. Kredit : ESA/NASA/JPL/University of Arizona

Satu kajian keatas permukaan Titan yang dapat dijalankan ialah tempatnya
mendarat. Ini telah dapat dicapai pada 14 Januari 2005 yang lepas dimana kapal
angkasa Huygens dari ESA, selepas satu perjalanan yang jauh, yang mengambil
masa 7 tahun bersama Cassini. Pendaratan Huygens telah mengeluarkan satu
gambar yang amat menakjubkan, hasil keujudan gas methane yang mempunyai
fungsi yang penting, sepenting fungsi air di permukaan Bumi. Imej zon gelap,
dijangka tasik yang telah kering dan zon cerah pula dijangka terdiri daripada
bahagian tinggi dimana bermulanya haliran sungai-sungai. Perhubungan secara
terus dengan permukaan Titan telah dapat mendedahkan bahawa ketumpatannya
permukaannya menyerupai pasir lembut dan diliputi lapisan nipis permukaan yang
agak keras.
Permukaan Titan diambil dari kapal angkasa Huygens pada 14 Jamuari 2005. Sebagai
ukuran, objek di tengah dan sedikit kekiri berada dikedudukan 85 cm dan bergaris-
pusat 15 cm. Permukaannya terdiri daripada satu campuran air dan hidrokarbon. Juga
kelihatan kesan hakisan yang dapat boleh dijelaskan oleh keujudan unsur cair. Kredit :
NASA/JPL/University of Arizona

© Zalia & Olivier Esslinger 2003-2009

Penggunaan bertujuan pendidikan dibenarkan jika laman web ini dimaklumkan.


 

 
ASTRONOMI     KANDUNGAN     SIMULASI LANGIT     PAUTAN
 

 
 
Laman Web umum : Astronomy Now
  Images of the Solar System
  Solar System Dynamics
Institusi dan balai cerap bumi : ESO
  Keck
  Gemini
  SkyView : Virtual Telescope
Misi angkasa lepas di dalam sistem suria : SOHO : Sun
  Mars Exploration Rovers : Mars
  Mars Express : Mars
    Galileo : Jupiter
  Cassini-Huygens : Saturn
  Rosetta : Comet
Misi angkasa lepas yang lain : Spitzer : Infrared
Télescope spatial Hubble : Visible
  XMM-Newton : X-Rays
  Chandra : X-Rays
  Integral : Gamma Rays
Misi angkasa lepas akan datang : Messenger : Mercury
  Venus Express : Venus
  Bepi Colombo : Mercury
 

Das könnte Ihnen auch gefallen