Sie sind auf Seite 1von 6

JENIS BATERI UJIAN

Bidang Kemahiran

Menilai Pencapaian Kemahiran Asas – menggunakan Skala Kadar

Skala kadar boleh juga digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani untuk menilai
pembelajaran kemahiran murid-murid. Walaupun penggunaan peralatan skala kadar ini
mempunyai kelemahannya, iaitu ciri subjektifnya, ini boleh diperbaiki dengan
menetapkan syarat atau criteria bagi setiap kadar (angka) yang digunakan itu
CONTOH

Ujian Kemahiran Manipulatif Dalam Permainan

Kemahiran 1. Melantun bola secara bergerak (dinamik) sntara dua tempat yang

ditetapkan

2. Berlari dan menyambut bola dari hadapan.

Skala markah

3 - Baik

Menunjukkan pergerakan yang berkordinasi, kedudukan badan yang sesuai, gerak kaki
yang betul dan mengamalkan butir-butir asas yang telah diajar.

2 - Sederhana

Boleh melalukan pergerakan tersebut, masih memerlukan bimbingan untuk


membetulkan bimbingan untuk membetulkanaspek-aspek tertentu.

1 - Lemah

Tidak dapat menunjukkan kordinasi asas untuk mengawal bola semasa bergerak,
Masih memerlukan latihan dan bimbingan.
Contoh 1

Ujian Kemahiran Manipulatif

Bil Nama Pelajar Pencapaian Kemahiran Asas Manipulasi Catatan

Mengolek Memukul Melambung Mengelecek


bola ke bola ke bola ke bola zig-zag
arah arah dalam
sasaran sasaran bakul

1 Susan Chiew 3 2 3 2

2 Kitty Chu 2 2 3 3

3 Lu Shan Shan 3 3 3 2

Contoh Borang Mencatat Pencapaian manipulasi Alatan


Contoh 2

Ujian Kemahiran Manipulatif – Menggunakan Senarai Semak.

Penggunaan senarai semak adalah satu cara yang mudah bagi guru yang ingin menilai
pencapaian murid-muridnya dalam bidang psikomotor mahupun dalam bidang
perkembangan afektif. Berikut adalah contoh format senarai semak yang dicadangkan
di bawah kurikulum baru Sekolah Rendah.

Bil Pencapaian Kemahiran Asas Manipulasi Catatan


Nama Pelajar
Mengolek Memukul Melambung Mengelecek
bola ke bola ke bola ke bola zig-zag
arah arah dalam
sasaran sasaran bakul

1 Susan Chiew

2 Kitty Chu

3 Lu Shan Shan
Panduan : 1. Isikan tarikh ujian atau pemerhatian dibuat.
2. Tandakan ( ) sekiranya murid tersebut dapat mencapai (boleh
menggunakan ) kemahiran itu.
3. Kosongkan petak jika murid itu masih belum mencapai kemahiran itu
pada tarikh ujian dijalankan.
Senarai Semak yang boleh digunakan sebagai rekod prestasi

Contoh 3

Menilai kemahiran dalam permainan kanak-kanak

Berikut adalah satu contoh penilaian kemahiran psikomotor yang menggunakan skala
kadar. Dalam contoh ini fasa-fasa kemahiran itu disusun secara berterusan. Markah
yang lebih akan diberi kepada aspek yang diutamakan dalam penilaian kemahiran
tersebut.

Bil Nama Pelajar Menggolek bola Catatan


guru
Jumlah
a b c d markah

1 Susan Chiew

2 Kitty Chu

3 Lu Shan Shan

Contoh borang untuk Menilai Kemahiran Manipulatif

Arahan: Beri markah yang ditetapkan jika murid dapat melalukannya.

Fasa a: Lakuan sedia, merendahkan badan dan letakkan bola dengan kedua-dua belah

tangan ke atas lantai dan bersedia untuk mengolek.

Fasa b: Golekan bola dilakukan. Hayunan tangan ke depan dibuat secara lurus dan

pada masa yang sesuai.

Fasa c: badan dalam keadaan seimbang, disokong oleh kaki yang terbuka, berada

dalam kedudukan yang selesa dan stabil.

Fasa d: Ikut lajak dan balik ke kedudukan asal.


Skala Kadar

0 - Tidak boleh menggolekkan bola kea rah sasaran pada jarak 3 meter

1 - Boleh mengolekkan bola ke arah sasaran pada jarak 3 meter

2 - Berjaya menggolekkan bola kea rah sasaran pada jarak 5 meter

3 - Berjaya menggolekkan bola kea rah sasaran pada jarak 6 meter

Skor Keputusan

10-12 Cemerlang

8-9 Baik

5-7 Sederhana

0-4 Lemah

Das könnte Ihnen auch gefallen