Sie sind auf Seite 1von 7

ASSIGNMENT/ TUGASAN

_________________________________________________________________________
BBAW2103
FINANCIAL ACCOUNTING
PERAKAUNAN KEWANGAN
JANUARY SEMESTER 2021

SPECIFIC INSTRUCTION / ARAHAN KHUSUS

1. Answer in Malay or English. /


Jawab dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

2. Submit your assignment ONCE only in a SINGLE file. /


Hantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

3. Submit your assignment ONLINE. /


Tugasan ini dihantar secara ONLINE.

4. Submission date : 14th March 2021. /


Tarikh Penghantaran : 14hb Mac 2021.

5. This assignment accounts for 60% of the total marks for the course. /
Tugasan ini menyumbang sebanyak 60% dari jumlah markah kursus.
ASSIGNMENT QUESTION

PURPOSE

The purpose of this assignment is to enhance learners’ understanding on the qualitative


characteristic of accounting information and enhance learners’ skills to prepare the journal
entry, trial balance and financial statements.

REQUIREMENT

You are required to answer Assignment 1 and Assignment 2. You have to submit both
assignments ONCE only in a single file.

ASSIGNMENT 1: (CLO 1)

Qualitative characteristics of accounting information are important as the basis of financial


statements preparation of a business. Discuss the importance of these qualitative
characteristics and explain how each of the characteristic is useful in interpretation of the
financial statements.
(10 marks)
[Total: 10 marks]
ASSIGNMENT 2: (CLO 2)
Answer all the questions and show your detailed workings clearly and systematically.

Question 1:
Farhad started a business that offers legal services on 1 December 2020. The following are
transactions that occurred during December 2020:
i) Farhad brought in RM50,000 cash and office equipment worth RM12,000 into the
business.
ii) Bought a car for his use worth RM112,000 by paying cash (company’s money) of
RM12,000 and signing a note payable for the balance.
iii) Provided legal services to a client worth RM7,000 and received cash of RM3,000 from the
client.
iv) Purchased office supplies worth RM2,000 cash.
v) Paid RM700 cash for advertising expenses for December 2020.
vi) Sent a bill totalling RM5,000 to a client for the legal service provided and yet to receive
payment.
vii) Received RM3,000 cash as an agreement to start work as a legal advisor for a company
starting January 2021.
viii) Paid RM3,600 cash for employees’ salary.
ix) Paid RM2,400 cash for December office rental.
x) As at 31 December 2020, the office supplies used is RM400.

Based on the above information, you are required to:


a) Show the effects of all the above transactions in the accounting equation
(11.5)
b) Prepare the journal entries to record all transactions
(11.5)
[Total : 23 marks]
Question 2:
Afif Enterprise has operated since 1 January 2017. The following are the accounts’ balance of
Afif Enterprise as at 31 December 2020:
Account Balance (RM)
Cash 18,500
Accounts receivable 15,200
Prepaid insurance 2,400
Inventory at 31/12/2020 22,800
Office supplies 4,500
Prepaid advertising 3,400
Furniture & fittings 22,600
Accumulated Depreciation – furniture & fittings 10,400
Unearned Sales revenue 3,700
Accounts payable 17,500
Long term loan 12,000
Capital - Afif 24,000
Sales revenue 42,000
Salaries expenses 5,800
Rental expenses 13,200
Utilities expenses 1,200

Additional information:
1. Furniture and fittings are depreciated at a rate of 10 per cent annually using the straight-
line method.
2. The balance of office supplies on hand at the end of the year is RM2,500.
3. Rentals for the current year amounting to RM2,200 are not yet paid.
4. RM3,700 of the sales recorded are sales for January 2021. The customer has paid in
advance; however, the goods will be delivered in January 2021.
5. Employees’ salary for December 2020 of RM3,300 is not yet paid.
6. Utility bill for December 2020 of RM350 has been received but is not yet paid.
7. The prepaid advertising includes RM300 for January 2021 advertisement.
8. Expired insurance for the year 2020 is RM1,200.
9. The accrued interest on the long-term loan until 31 December 2020 is RM900.
Based on the above information, you are required to:
a) Prepare an adjusted Trial Balance as at 31 December 2020
(12.5)
b) Prepare an Income Statement for the year ended 31 December 2020
(6)
c) Prepare a Balance Sheet as at 31 December 2020
(8.5)
[Total : 27 marks]
SOALAN TUGASAN

TUJUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar tentang ciri-ciri kualitatif
maklumat perakaunan dan mempertingkatkan kemahiran pelajar untuk menyediakan catatan
jurnal, imbangan duga dan penyata kewangan.

KEPERLUAN

Anda dikehendaki untuk menjawab Tugasan 1 dan Tugasan 2. Anda perlu menghantar kedua-dua
tugasan dalam SATU fail sahaja.

TUGASAN 1: (CLO 1)

Ciri-ciri kualitatif maklumat perakaunan adalah penting sebagai asas penyediaan penyata-penyata
kewangan bagi sesebuah perniagaan. Bincangkan kepentingan ciri-ciri kualitatif tersebut dan
terangkan bagaimana setiap ciri tersebut berguna dalam penafsiran penyata-penyata kewangan.
(10)
[Jumlah: 10 markah]
TUGASAN 2: (CLO 2)
Jawab semua soalan dan tunjukkan jalan kerja terperinci anda dengan jelas dan sistematik.

Soalan 1:
Farhad memulakan sebuah perniagaan yang menawarkan perkhidmatan guaman pada 1 Disember
2020. Berikut adalah urus niaga – urus niaga yang terlibat sepanjang Disember 2020:
i) Farhad membawa masuk RM50,000 tunai dan peralatan pejabat berjumlah RM12,000 dalam
perniagaan.
ii) Membeli sebuah kereta untuk kegunaan sendiri yang bernilai RM112,000 dengan membayar
tunai (wang syarikat) sebanyak RM12,000 dan menandatangani nota belum bayar untuk baki
selebihnya.
iii) Memberikan perkhidmatan guaman kepada seorang pelanggan bernilai RM7,000 dan
menerima tunai berjumlah RM3,000 daripada pelanggan.
iv) Membeli bekalan pejabat bernilai RM2,000 secara tunai.
v) Membayar RM700 tunai untuk belanja pengiklanan bagi Disember 2020.
vi) Menghantar bil berjumlah RM5,000 kepada seorang pelanggan bagi perkhidmatan guaman
yang telah diberikan tetapi belum menerima bayaran.
vii) Menerima RM3,000 tunai sebagai tanda persetujuan untuk memulakan kerja sebagai
penasihat undang-undang bagi sebuah syarikat bermula Januari 2021.
viii) Membayar RM3,600 tunai untuk gaji pekerja.
ix) Membayar RM2,400 tunai untuk sewa pejabat Disember.
x) Pada 31 Disember 2020, bekalan pejabat yang telah digunakan adalah bernilai RM400.

Berdasarkan maklumat di atas, anda dikehendaki:


a) Tunjukkan kesan semua urus niaga di atas dalam persamaan perakaunan
(11.5)
b) Sediakan catan-catatan jurnal untuk merekodkan semua urus niaga
(11.5)
[Jumlah : 23 markah]
Soalan 2:
Afif Enterprise telah beroperasi semenjak 1 Januari 2017. Berikut adalah baki akaun Afif Enterprise
pada 31 Disember 2020:
Akaun Baki (RM)
Tunai 18,500
Akaun belum terima 15,200
Insurans prabayar 2,400
Inventori pada 31/12/2020 22,800
Bekalan pejabat 4,500
Pengiklanan prabayar 3,400
Perabot & kelengkapan 22,600
Susut nilai terkumpul - peralatan & kelengkapan 10,400
Hasil jualan belum terperoleh 3,700
Akaun belum bayar 17,500
Pinjaman jangka panjang 12,000
Modal - Afif 24,000
Hasil jualan 45,700
Belanja gaji 5,800
Belanja sewa 13,200
Belanja utiliti 1,200
Maklumat tambahan:
1. Perabot dan kelengkapan disusut nilaikan pada kadar 10 peratus setahun menggunakan
kaedah garis lurus.
2. Baki bekalan pejabat di tangan pada akhir tahun ialah RM2,500.
3. Sewa bagi tahun semasa berjumlah RM2,200 masih belum dibayar.
4. RM3,700 daripada jualan yang telah direkodkan adalah untuk jualan bulan Januari 2021.
Pelanggan telah membayarnya terlebih dahulu, tetapi barangan hanya akan dihantar pada
bulan Januari 2021.
5. Gaji pekerja bagi bulan Disember 2020 berjumlah RM3,300 masih belum dibayar.
6. Bil utiliti bagi bulan Disember 2020 berjumlah RM350 telah diterima tetapi masih belum
dibayar.
7. Pengiklanan prabayar adalah termasuk RM300 iklan bagi bulan Januari 2021.
8. Insurans telah luput bagi tahun 2020 adalah RM1,200.
9. Faedah pinjaman jangka panjang yang terakru sehingga 31 Disember 2020 ialah RM900.
Berdasarkan maklumat di atas, anda dikehendaki:
a) Sediakan Imbangan Duga Terlaras pada 31 Disember 2020.
(12.5)
b) Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.
(6)
c) Sediakan Lembaran Imbangan pada 31 Disember 2020.
(8.5)
[Jumlah : 27 markah]

Das könnte Ihnen auch gefallen