Sie sind auf Seite 1von 3

Jenis-jenis Penulisan Refleksi

Kajian oleh Hatton dan Smith (1995) menunjukkan bahawa terdapat empat jenis penulisan
yang telah dikenal pasti dalam penulisan reflektif. Pertama, penulisan deskriptif (descriptive
writing) yang merupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa di bilik darjah
dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan berkenaan sebab, akibat dan
kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan penulis. Contoh Penulisan
Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif)

1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas.
2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa dibatalkan.
3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.
4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada
pengajaranakan datang.

Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) yang merupakan penulisan


jurnal yang mempunyai penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa yang terjadi secara
jelas dengan ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan-
alasan/justifikasi terhadap perkara yang berlaku. Contoh Penulisan Refleksi Tahap Kedua
(penulisan refleksi deskriptif)

1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang
disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa
Melayu.
2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak
menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan
bertanyakan soalan yang berkaitan.

Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) yang merupakan penulisan refleksi
yang mengandungi kata-kata yang merujuk kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yang
sedang direnungkannya melalui siri soal jawab tentang persoalan yang difikirkan.Contoh
Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog)

1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri pada hari ini.
Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan
satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang
persediaan mengenai tajuk yang di ajar.

Keempat, penulisan refleksi kritikal (critical reflection) yang merupakan penulisan


refleksi yang mengaitkan peristiwa di bilik darjah dengan hal-hal di luar rutin bilik darjah
seperti falsafah diri insan guru sendiri, falsafah pendidikan, isu-isu wawasan, perpaduan,
politik, ekonomi dan sosial.

Contoh Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal)

1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu saya suka ketawa
semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa
saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak
mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila
mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakan
pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi
insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar
mempelajari sejarah.

http://zulsophistsaidi.blogspot.com
CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P

1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….


2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir  bab ini / ………….
3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
4. Murid berjaya menguasai konsep ……..
5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan
datang.
7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
9. Perlu memberikan lebih  masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah
kepada tugasan baru.
10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.
13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji
kefahaman mereka.
15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam
P&P akan datang.
18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….
23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..
24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.
25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh.

/www.akademik.kedah.edu.my

Contoh-contoh penulisan refleksi kendiri pelajar selepas pengajaran

REFLEKSI Pelajar A:
Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat memuaskan.

REFLEKSI Pelajar B:
Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya dapat
menyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul belaka.
REFLEKSI Pelajar C:
Saya telah mengajar tajuk ‘Bentuk Muka Bumi’ Tahun 5 Kuning. Hari ini saya
telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya dapati
murid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi respon yang baik dengan
menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya sungguh puas hati.

REFLEKSI Pelajar D:
Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang. Namun
begitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap latar belakang pelajar
saya. Saya patut menjaga hati pelajar saya yang miskin, yang tinggal di rumah
yang tidak mempunyai bekalan air. Saya seharusnya menyatakan juga dalam
pengajaran saya bahawa banyak kebaikan mengambil atau menggunakan air
telaga bukan kerana murah, dan airnya dingin. Apa yang perlu ialah air itu perlu
dimasak. Adalah lebih baik jika saya menyatakan apabila saya pulang ke
kampung saya lebih suka mandi air telaga di rumah nenek saya. Yang penting
ialah kita harus bersyukur mempunyai tempat tinggal berbanding dengan orang di
Bosnia atau Somalia.
Saya telah menggunakan peta yang menunjukkan kedudukan Bosnia dan
Malaysia. Saya minta pelajar-pelajar nyatakan bagaimana kita boleh sampai di
sana, dan memberi pendapat jika Malaysia seperti Bosnia.
Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya akan menggunakan teknik
bercerita untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan datang.

Contoh-contoh Penulisan Refleksi dalam RPH.

Subjek Geograf…….Tajuk Latitud dan Longitud


Penulisan Reflektif: Bagi saya penggunaan kaedah ‘mnemonik’ telah membantu memudahkan
pelajar yang selalunya sukar mengingati fakta-fakta mengingatinya dengan mudah.

Subjek pendidikan Moral…..Tajuk Agama Asas Kesejahteraan Manusia


Penulisan Reflektif: Penggunaan kaedah sumbangsaran telah dapat membantu keseluruhan kelas
aktif memberi pendapat dan seterusnya menampakkan proses pengembangan idea.Ini telah
memudahkan saya meneruskan proses P&P dengan lancar.

Subjek Pendidikan sivik & Kewarganegaraan


Penulisan Reflektif: Pengajaran saya menjadi lebih menarik apabila saya mengaitkan sesi
pengajaran dengan contoh-contoh yang ada kaitan dengan pengalaman hidup pelajar itu sendiri.

Penulisan Refleksi yang kurang tepat.

- Pengajaran hari ini berjalan lancar(WHY?)


- Objektif pengajaran tercapai 75% (WHY? And WHAT about the other 25%?)
- Semua murid telah memberi perhatian dan minat pada pengajar. (WHY?)

Das könnte Ihnen auch gefallen