Sie sind auf Seite 1von 7

     

   Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 4.
   

1. “Wah, _______________ sungguh Menara Berkembar Petronas ini,” kata Zhi Yan.
A. tinggi  B.   rendah               C.  renek  D.  rendang

2. Sambal sotong yang dimasak oleh Celin itu sangat _________   
A. kurus B.   pedas C.  lembab  D.  tajam

3. Rumah baru kami besar dan _______________. 
A. cantik B. bulat C. buruk

4. Yin Ning merebus keladi itu sehingga __________ 
A. mentah B.   empuk C.  nipis  D.  lemau

5. Jia Qin makan _________ roti dan __________ telur semasa sarapan di warung itu.
A. sehelai …… sebiji C.  seekor…… sekeping
B. sekeping ….sebiji  D.  selembar…… sekeping 

6. Menurut Caleb, di dalam laci ini ada beberapa __________ kertas. 

A. buah  B.  helai   C.  biji   D.  ekor


   
7. Yee Han menghadiahi Yen Mei _____________ rantai leher. 
A. seutas B.seulas C. setitik  D.  sepucuk  

8. “Murid­murid _________ meniru semasa peperiksaan dijalankan,” kata Puan Yu Jia. 
A. sila  B. usah C.  tolong
 
9. ___________lah ke majlis hari lahir saya pada hari Ahad nanti. 
A. Minta B  Jemput C.  Usah 
10. __________ berikan wang ini kepada nenek di kampung. 
A. Tolong  B.  Usah  C.  Jemput D.   Jangan  
 
11. “ ____________ duduk. Doktor akan merawat kamu sebentar lagi,” kata jururawat itu 
kepada Yi Yow. 
A. Jangan B.  Minta C.  Sila  D.  Usah
12. ___________ beratur ketika membeli makanan. 
A. Murid­murid C.  Kura­kura
B. Semut­semut   D.   Layang­layang 

13. Rambut datuk kelihatan ____________ kerana beruban.
A. erat­erat B.  lurus­lurus C.   putih­putih  D.   kusut­kusut  

14. Xin Yu berehat di bawah _____________  yang rendang.  
A.  kekura B.  rerambut C.  jejentik  D.  pepohon

15. Ka Hou menyapu ____________ yang bertaburan di halaman rumahnya. 
A. dedaun  B. dedahan C.  bebola  D.  lelangit
 
16. Pokok­pokok itu tumbang ____________ hujan lebat petang semalam. 
A. sejak  B. lalu C.  kerana  

17. Ji Hou menasihati Daren Oi ___________ tidak nakal lagi. 
A. sejak  B. tatkala C.  supaya

18. Shuan Lin berasa amat mengantuk _____________ tertidur di atas sofa itu. 
     A.lalu B. tetapi C.   kalau  D.   kerana

19. Kamal ___________________ buah­buahan ini untuk nenek.
A. membeli   B. dibeli  C. beli D. belian
20. Pulau Langkawi sentiasa ______________ oleh pelancong di dalam dan luar negara. 

A. dipagari  B. diberikan C.  dibasahi  D.  dikunjungi


 
21. Brynt ___________ bahan bacaan tentang H1N1 kepada kawan sekelasnya. 
A. meraikan  B.  mengedarkan  C. menyanyikan
Soalan   22   hingga   23  pilih   perkataan  berlawanan  yang   sesuai   dengan   perkataan 
bergaris. 

22. Mikhail mengikut ibunya membeli ikan di pasar.
A. menjual  B. mengirim C.  memasak  D.  memudahkan

23. Restoran itu baru sahaja ditutup.
A. ditanam  B. disimpan C.  disepak  D.  dibuka

Soalan   24  hingga 25  pilih  ayat­ayat  yang  menggunakan  perkataan   bergaris  dengan  


betul. 

24. I   Kami tetap dengan keputusan kami hendak ke sekolah pagi ini.
II  Jawatan yang dipangku oleh ayah tetap dan berpencen. 
III Majlis perkahwinan Wing Hang tetap akan berlangsung pada bulan ini. 
IV Tarikh lawatan ke Ipoh sudah tetapi. 
A. I dan II sahaja  B. I, II dan III sahaja  C. I, II, III dan IV

25. I    Gambar yang tergantung pada dinding itu seolah­olah hidup. 
II   Cikgu Benjamin tidak biasa dengan cara hidup di desa.
III  Bara api yang di digunakan oleh ibu untuk memanggang ikan itu masih hidup. 
IV  Walaupun Pak Daud sekeluarga miskin tetapi hidupkan mereka bahagia.
A. I sahaja  B.  I, dan III sahaja  C. I, II, III dan IV 
Soalan 26 hingga 27 pilih ayat  yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 

26. “Ibu saya guru di sekolah ini,” kata Zho Hong kepada Zecharia.
A. Zecharia memberitahu Zho Hong bahawa ibunya guru di sekolah ini.
B. Zho Hong memberitahu Zecharia bahawa ibunya guru di sekolah ini. 
C. Ibu Zho Hong memberitahu Zecharia bahawa dia guru di sekolah ini. 
D. Menurut Zho Hong ibu  Zecharia bahawa guru di sekolah ini. 

27. Khalid marah akan Jamil yang bersikap biadab terhadapnya.
A. “Cis, berani kamu bersikap biadab terhadap aku,” kata Jamil kepada Khalid.
B. “Amboi biadabnya kamu ,” kata Jamil kepada Khalid.
C. “Cis, berani kamu bersikap biadab terhadap aku,” kata Khalid kepada Jamil.
D. “Oh, beraninya kamu bersikap biadab kepadaku,” kata Jamil kepada Khalid. 

Soalan 28 dan 29  pilih ayat yang  betul. 

28. A.   Surat itu yang saya poskan  sudah menerimakah?
B. “Beta ingin melihat rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan damai,” titah 
Sultan Shah Bandar.
C. Rancangan itu kami akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

29. A.  Cis, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan­rakan kamu itu! 
B   Amboi, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan­rakan kamu itu! 
C    Oh, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan­rakan kamu itu! 
D   Nah, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan­rakan kamu itu!

Soalan 30  pilih ayat­ayat  yang  betul. 

30.  I   Siapakah nama arnab peliharaan kamu?
II  Banjir itu telah memusnahkan tanaman penduduk kampung. 
III Penanda buku ini dibuat oleh John Lim untuk rakan baiknya. 
IV Yanti kepada bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Mala.
A. I dan III sahaja  C.  II dan III sahaja
B. I, II dan III sahaja  D.  I, II, III dan I

Soalan 31 hingga 35  
Baca surat di bawah dan kemudian jawab soalan­soalan berikutnya.   
303 Kampung Indah,
Jalan Bunga Melur,
33040 Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.

29 September 2009.
Menemui  ayahanda  yang  kini  berada  di  Kuala  Lumpur,  semoga  berada  dalam  keadaan 
sihat sejahtera selalu.
  
Tujuan  anakanda  menulis  surat  ini  adalah  untuk  memberitahu  bahawa  anakanda  ingin 
menyertai  rombongan  sekolah  melawat  Melaka.  Lawatan  tersebut  akan  diadakan  pada  12 
September  2009.  Bagi  pengetahuan  ayahanda,  lawatan  tersebut  diadakan  untuk  melahirkan  rasa 
kagum terhadap keindahan tanah air, menyemaikan perasaan cinta terhadap negara dan menimba 
 
ilmu.
Antara  tempat  menarik  yang  akan  anakanda  lawati  ialah  Taman  Mini  Malaysia,  Taman 
Buaya,  Kota  A  Famosa,  Makam  Hang  Tuah  dan  Makam  Hang  Jebat.  Selain  itu,  anakanda 
memerlukan  RM100.00  sebagai  bayaran  lawatan  dan  RM80.00  untuk  perbelanjaan  anakanda. 
Anakanda berharap ayahanda membenarkan anakanda menyertai rombongan tersebut dan  dapat 
mengirimkan wang itu ke kampung secepat mungkin.
Akhir  kata  sambutlah  salam  sayang  dari  anakanda.  Nenda  juga  mengirim  salam  buat 
ayahanda. Sekian, terima kasih. 
Anakandamu, 
   
31. Apakah hubungan antara penulis dengan ‘ayahanda’ ?
A. Adik  B.  Saudara C.   Rakan  D.   Anak
 
32. Maksud menyemaikan dalam petikan ialah 
A. memupuk C.   melonggokkan
B. menyemarakkan  D.   menaburkan

33. Kesemua yang berikut ialah tempat menarik yang akan dilawati oleh penulis kecuali 
A. Taman Buaya C.   Taman Rama­Rama
B. Makam Hang Tuah  D.   Taman Mini Malaysia 

34. Berapakah jumlah wang yang diperlukan oleh penulis? 
A. RM 80.00
B. RM 100.00
C. RM 150.00
D. RM 180.00

35. Di kampung, penulis tinggal dengan 
A. abang  B. nenek  C.   ayah  D.   adik
 
Soalan 36 hingga 40  
Baca pantun  di bawah dan kemudian jawab soalan­soalan berikutnya. 

Cuaca panas perit tekak,
Sungguh subur padi Pak Tani,
Apabila batuk sakit dada,
Sekali pandang seperti taman,
Wahai adik kesayangan kakak,
Dengarlah sedikit nasihat ini,
Permata ayahanda, kemanjaan bonda.
Pesanan kakak sebagai pedoman

Wajahmu suram hilang seri,       Ekspedisi mendaki Gunung Tahan,
Mandi bunga di tepi perigi,        Menguji ketahanan fizikal dan mental, 
Janganlah leka menghibur diri,        Dunia sekarang penuh dugaan,
Hingga terlupa cita­cita nan tinggi.                      Hadapilah dengan semangat kental.
Pergi ke bandar tidak lama, Cikgu Siti sedang mengajar,
Singgah sebentar di pasar raya, Nampak cantik berbaju belang,
Ilmu di dada senjata utama, Wahai adik, tekunlah belajar,
Mengangkat diri ke mercu jaya. Kelak hidup pasti cemerlang

36. Siapakah yang menyampaikan nasihat tersebut?
A. adik  B.  kakak C.   ayah  D.   ibu  

37. Apakah perkara yang boleh melalaikan seseorang daripada mengejar cita­citanya? 
A. selalu ke pasar raya C.   menyertai ekspedisi mendaki gunung
B. leka dengan keseronokan D.   menjadi anak kesayangan keluarga 

38. Perkataan kental dalam petikan sama maksudnya dengan 
A. sihat B. padat  C.   jelas D.   kuat

39. Apakah yang diperlukan untuk mengangkat diri ke mercu kejayaan? 
A. duit  B.  ilmu  C.   bunga  D.   lembing

40. Semua penyataan berikut tidak benar kecuali
A. nasihat tersebut disampaikan oleh ibu kepada anaknya
B. kehidupan akan cemerlang jika kita sering berhibur 
C. kehidupan akan cemerlang jika kita mempunyai ilmu  

Das könnte Ihnen auch gefallen