Sie sind auf Seite 1von 3

· KANDUNGAN ISLAM

1) AKIDAH
· Akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk
natijah hidup seseorang di sisi Allah S.W.T adalah bergantung kepada
akidah yang dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakan
kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak,
tetap dan kukuh dalam jiwa setiap Muslim.
· Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T
secara tepat. Allah S.W.T mempunyai kuasa mutlak dalam kehidupan
makhluk. Dialah yang mencipta manusia, binatang dan tumbuh-
tumbuhan. Dialah juga yang mencipta langit dan bumi serta segala isi
kandungannya dan seluruh makhluk di langit dan di bumi memerlukan
rahmat dan pertolonganNya untuk terus hidup.
· Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya
dari tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama
ada dalam bentuk berjirim ( benda) atau roh yang telah menguasai diri
manusia sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini manusia
meletakkan tempat pergantungan, perlindungan dan pengabdian
hanya kepada Allah S.W.T semata-mata.

· Asas-asas akidah Islam ialah:


· Beriman kepada Allah
· Beriman kepada Malaikat
· Beriman kepada Kitab-Kitab
· Beriman kepada Rasul-rasul
· Beriman kepada Hari Akhirat
· Beriman kepada Qadha’ dan Qadar
· Akidah Islam membebaskan manusia daripada kecelaruan hidup,
yang tidak mempunyai matlamat kehidupan yang jelas. Akidah Islam
membimbing manusia kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu
keredhaan Allah S.W.T.

· Akidah Islam akan melahirkan tamadun yang mantap. Akidah


Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati seseorang
akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita
gariskan seperti berikut:
· Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T
Yang Maha Esa. Keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh
tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari
keredhaan Allah S.W.T.
· Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang
dan terpuji dan tersisih dari sifat-sifat buruk.
· Akidah akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada
diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia dan
tidak lupa mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mendapat
kebahagiaan di akhirat.
· Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh
pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh
dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia
terutama dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi
maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai
yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh
merosakkan keperibadian insan dan masyarakat.
· Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan
masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah
membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu
masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang
digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjat mereka. Mereka
menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai
pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

· Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan


kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan
masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau
pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari
pembalasan.
· Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa
atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan
yang luar biasa.
· Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke
jalan Allah S.W.T walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin
Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya begitu juga
dengan keluarga Ammar bin Yasir. Demikianlah para sahabat yang
lain, sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan
dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari akidah
Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.
· Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu
mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan
sebagaimana umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para
sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu
mereka mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif.
Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari
menghayati akidah Islam yang sebenar.
· Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang melakukan apa yang
diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala jenayah dan
kemungkaran.

Das könnte Ihnen auch gefallen