Sie sind auf Seite 1von 37

1.

0 PENGENALAN

Kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain
serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan
orang laindengan baik dipanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE)

Kecerdasan emosi adalah banyak dipelajari sepanjang hidup kita dan


kompetensi kita di dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup. Seseorang yang
mempunyai kemahiran menangani emosinya beprestasi lebih baik dalam sebarang
jenis ujian dan penilaian. Hal ini kerana terdapat satu perhubungan langsung antara
kecerdasan emosi dan kelakuan konstuktif.

Kegagalan seseorang individu mengawal emosi diri sendiri akan membawa


pelbagai kesan yang negative kepada dirinya sendiri. Hal ini kerana emosi
mempengaruhi segala keputusan yang dibuat oleh kita dengan bantuan fikiran.
Emosilah yang menentukan bahawa kita suka atau sedih mahupun marah pada
sesuatu ketika itu. Kegagalan dalam mengawalnya juga boleh membawa padah seperti
gejala sosial yang semakin berleluasa pada hari ini.

Peranan guru di sekolah dan peranan ibu bapa serta kesedaran mereka dalam
mendidik anak-anak mereka amat penting dalam menjaga bentuk emosi yang dimiliki
oleh mereka. Hal ini kerana pelajar yang prestasinya merosot cenderung emosinya
lebih kurang stabil dari pelajar yang prestasinya cemerlang.
2.0 KONSEP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2.1 Apakah Emosi?

Apakah Kompetensi
Kecerdasan Emosi?

Emosi berasal daripada perkataan latin iaitu emover yang bermaksud bergerak,
kegusaran dan kegembiraan ialah perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, takut, gembira
dan sebagainya (Teuku Iskandar, 2004). Weisenger (2000) menyebutkan bahawa
kecerdasan emosi merupakan kebolehan untuk merasa, memahami dan meng-
aplikasikan kuasa di sebalik emosi dalam hidup manusia sehari-hari. Kecerdasan emosi
berpunca daripada emosi, perasaan dan gelak hati. Emosi bukanlah sesuatu yang
boleh dirasional secara intelek. Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri,
semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan
menghadapi kegagalan. Termasuk pula kesanggupan mengendalikan dorongan hati
dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga
supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca
perasaan terdalam daripada orang lain.

Emosi merupakan suatu perasaan jiwa yang kuat. Kamus Advanced Learner’s
English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja
yang meluap-luap, seperti kasih, gembira, benci, takut dan sebagainya. Mengikut
Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence (1997), emosi merujuk kepada
suatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal, serta ada
kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.
Emosi merangkumi tiga komponen, iaitu :

Komponen Komponen
Komponen Kognitif
Fisiologikal Behavioral
Pengalaman yang Merangsang dan Ciri ekspresi
subjektif di bawah membangkitkan ditunjukkan
keadaan sedar, badan fizikal. secara terbuka.
termasuk aspek
penilaian.

Goleman (1997) berpendapat bahawa manusia bukan sahaja ada emosi tetapi
juga ada kecerdasan dalam emosi serta daya kecerdasan yang menimbulkan emosi.
Gardner (1983) dalam bukunya Frames Of Mind mengenal pasti 7 jenis
kecerdasan manusia yang mana antara dua di antaranya, kecerdasan interpersonal
dan kecerdasan intrapersonal merupakan kecerdasan yang berkaitan rapat dengan
emosi. Menurut Gardner, kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan memahami
orang lain, manakala kecerdasan intrapersonal ialah kebolehan membentuk diri sebagai
model yang sesuai, dan dapat menggunakan model ini beroperasi secara efektif dalam
kehidupannya. Gardner meninjau bahawa kecerdasan interpersonal pula terkandung
keupayaan untuk menilai dengan teliti dan bertindak balas secara berpatutan
berdasarkan perasaan, pembawaan, motivasi dan keinginan orang lain. Di dalam
kecerdasan intrapersonal yang berasaskan ilmu pengetahuan diri sendiri, beliau
menambah daya memperolehi perasaan diri, keupayaan memperbezakan di antara
perasaannya, dan seterusnya membuat pemilihan sebagai panduan untuk bertingkah
laku.

Salovey dan Mayer (1990) memberikan definisi kecerdasan emosi sebagai


kebolehan untuk mengenal pasti makna-makna emosi, menaakul dan menyelesaikan
masalah berdasarkan emosi tersebut. Manakala Weisenger (2000) memberikan
batasan bahawa kecerdasan emosi ialah kepintaran menggunakan emosi secara
sengaja untuk membentuk tingkah laku dan pemikiran ke arah meningkatkan
pencapaian sesuatu matlamat.

Salovey menggunakan kecerdasan peribadi yang dihuraikan oleh Gardner untuk


merangka definisi kecerdasan emosi, dengan mengembangkan kebolehan mereka
pada lima bidang iaitu kebolehan memahami emosi diri sendiri, kebolehan mengurus
emosi, kebolehan memotivasi diri, kebolehan membaca emosi orang lain, dan
kebolehan mengurus hubungan.
Memahami
emosi
sendiri

Mengurus Mengurus
Hubungan Emosi
Jenis
Kebolehan

Membaca
Memotivasi
Emosi
Diri
Orang Lain

Kebolehan memahami emosi sendiri membawa maksud kesedaran mengenal


pasti perasaan sebagaimana yang ia berlaku. Manakala, bagi kebolehan yang kedua,
kebolehan mengurus emosi ialah dari segi mengurus perasaan diri supaya menjadi
berpatutan merupakan kebolehan yang dibina berasaskan kesedaran diri, iaitu
kebolehan menenangkan perasaan diri, mengatasi emosi gelisah, sedih, putus asa,
marah dan sebagainya. Kebolehan yang ketiga pula membawa erti kebolehan
mengaturkan emosi ke arah objektif yang ditentukan. Ini adalah perlu bagi menumpu
perhatian motivasi diri dan penguasaan, serta untuk kreativiti. Orang yang mempunyai
kemahiran ini akan menjadi lebih produktif dan efektif dalam mana-mana tugas yang
mereka usahakan.
Empati, iaitu kebolehan membayang dan menghayati emosi atau perasaan
orang lain, merupakan kemahiran asas manusia. Orang yang menguasai kemahiran
empati dapat membawa harmoni dalam interaksi sosial, iaitu menggambarkan apa yang
diperlu atau diingini orang lain. Ini adalah empati yang mencerminkan prinsip
bertimbang rasa, mempertimbangkan kebajikan dan kebahagiaan orang lain sebelum
dirinya. Teknik mengurus hubungan, sebahagian besarnya merupakan kemahiran
mengurus emosi orang lain. Kebolehan ini berkait rapat dengan populariti atau kualiti
disanjungi, kepimpinan, dan kecerdasan interpersonal. Orang yang menguasai baik
sekali kemahiran mengurus hubungan akan dapat melaksanakan dengan licin, apa
mana aktiviti yang bergantung kepada interaksi dengan orang lain. Mereka ialah orang
yang merupakan bintang social orang lain.

Berdasarkan beberapa huraian tersebut, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa


kecerdasan emosi ialah suatu himpunan kemampuan mental yang membantu kita untuk
mengenal pasti, memahami dan meningkatkan kemampuan kita untuk mengawal
perasaan diri sendiri dan perasaan orang lain. Kecerdasan emosi juga merupakan
kemampuan seseorang untuk mengenali emosi diri, mengawal emosi, memotivasi diri
sendiri, mengenali emosi orang lain dan kemampuan untuk membina hubungan dengan
orang lain. Kecerdasan emosi sangat dipengaruhi oleh persekitaran, tidak menetap dan
boleh berubah-ubah pada bila-bila masa. Peranan persekitaran sangat mempengaruhi
dalam pembentukan kecerdasan emosi.
3.0 FAKTOR-FAKTOR PENJELASAN MASALAH EMOSI INDIVIDU

Peristiwa
Dalam Hidup

Pengaruh
Personaliti
Keluarga

FAKTOR-
FAKTOR
PENJELASAN
MASALAH
INDIVIDU Pengaruh
Umur
Sekolah

Pengaruh
Pengaruh
rakan
Persekitaran
sebaya
3.1 Faktor peristiwa dalam hidup

Peristiwa dalam hidup selalunya melibatkan perubahan yang besar dan


memerlukan penyesuaian diri dalam hidup. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat
positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh
peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, perceraian, kemalangan, kematian,
muflis atau hilang pekerjaan, di penjara, penyalahgunaan bahan terlarang, krisis
kewangan dan lain-lain. Selain itu, peristiwa seperti penolakan keluarga dalam
memenuhi kemahuan yang diminta oleh pelajar juga turut menjadi satu peristiwa
negative yang akan mempengaruhi emosi pelajar tersebut sama ada dalam jangka
masa yang pendek atau panjang. Adakalanya, setelah bertahun berlalu, pelajar
tersebut masih mengingati apakah peristiwa yang telah berlaku pada dirinya. Manakala,
peristiwa hidup yang positif adalah seperti majlis perkahwinan, mengandung, kenaikan
pangkat dan berpindah ke rumah baru.

Peristiwa dalam hidup selalunya amat memberi kesan ke atas masalah emosi
seseorang. Peristiwa dalam hidup yang tertekan selalunya mempunyai perkaitan yang
amat rapat dengan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi
emosi, manusia akan merasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah
dan lain-lain. Emosi tersebut boleh menyebabkan demam, selesema, sakit kepala,
susah tidur dan loya. Dari segi tingkah laku, manusia bertindak berlainan di antara satu
dengan lain. Sesetengah dari mereka akan menjadi kaku, manakala yang lain langsung
tidak menunjukkan sebarang emosi, dan yang lain pula lebih cenderung untuk
meluahkan emosi mereka.
3.2 Faktor Pengaruh Keluarga

Kehidupan kanak-kanak biasanya ditentukan oleh ibu bapa mereka. Sekiranya


kanak-kanak atau pelajar atau remaja datang dari sebuah keluarga yang sering
bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak pernah menaruh minat terhadap anak-
anak atau mengambil berat hal anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan,
hal ini akan membawa kepada keadaan emosi danpenyesuaian kanak-kanak yang tidak
stabil.

Sebuah keluarga yang terdiri daripada ahli keluarga yang mesra, demokratik dan
mempunyai ibu bapa yang sentiasa memenuhi keperluan anak-anak mereka akan
meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Justeru, kanak-kanak yang yang
melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih
tinggi, ketabahan dan ketekunan selain lebih gembira dengan kehidupannya.
3.3 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Pada peringkat ini, hubungan sosial bukan sahaja melibatkan ibu bapa tetapi
juga rakan sebaya. Peringkat kanak-kanak yang memiliki rakan sebaya mempunyai
pengaruh yang lebih sedikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai
peranan yang lebih penting. Namun, tetap minat mereka lebih mirip kepada minat rakan
mereka yang sebaya dengan mereka daripada minat ibu bapa mereka sendiri.

Selain itu, perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut
pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.
Remaja yang kadang-kadang memegang kedudukan di pucuk pimpinan di dalam
pimpinannya akan membentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang, suka
membantu, bijak, bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan
aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Remaja seperti ini bersikap ceria,
bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan
idea yang baik.

Manakala, remaja yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan


mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Remaja ini
merasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan
sebaya. Remaja yang bersikap agresif, sombong dan terlalu mendesak akan tidak
disukai oleh rakan yang sebaya dengan mereka dan terdapat juga kemungkinan-
kemungkinan dia akan ditolak oleh rakan sebaya mereka. Remaja yang tidak disukai
oleh kawan-kawannya akan merasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah
terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Hal ini boleh membawa kepada
perlakuan jenayah.
3.4 Faktor Pengaruh Sekolah

Guru amat memainkan peranan yang penting dalam personaliti kanak-kanak.


Secara langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri
mereka dengan cara guru membetulkan tingkahlakunya. Mereka mula melihat diri
mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’,‘pengancam’,
‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’.

Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka
membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak
mempedulikan murid mereka akan memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka
akan merasa tersingkir.

Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi personaliti murid.
Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan, tidak
memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik
akan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan lain
serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah peperiksaan akan menentukan
sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau
sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna. Sekiranya murid tersebut mendapat markah
yang rendah, mereka akan merasa rendah diri pada guru mereka dan sebaliknnya
berlaku pada murid yang mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.
3.5 FAKTOR PERSEKITARAN

Tekanan emosi boleh juga disebabkan oleh faktor luaran seperti faktor
persekitaran. Hubungan antara persekitaran dengan tekanan ialah bagaimana
persekitaran yang melingkungi remaja boleh menyebabkan mereka tertekan seperti
persekitaran yang terlalu padat dengan penduduk, pembangunan yang terlalu pesat,
suasana masyarakat yang kurang baik dan suasana yang bising.

Perbandaran yang terlalu pesat yang berlaku merupakan penyebab kepada


tekanan. Peningkatan kos hidup dalam bandar menyebabkan individu berlumba-lumba
meningkatkan pendapatan keluarga. Di samping itu, perbandaran juga menyebabkan
individu banyak menghabiskan masa di jalan raya kerana kesesakan lalu lintas. Situasi
ini memberi kesan kepada hubungan dalam keluarga terutama antara ibu bapa dan
anak-anak. Ibu bapa tidak mempunyai masa yang banyak untuk berinteraksi dengan
anak-anak, menyediakan masakan, bermain, mendidik dan berbual-bual dengan anak-
anak. Keadaan begini menyebabkan anak-anak rasa terpinggir, kecewa dan tidak
dipedulikan. Sekiranya keadaan ini berlarutan dalam tempoh masa yang lama, hal ini
boleh menyebabkan tekanan emosi kepada remaja tersebut.

3.6 FAKTOR UMUR

Konflik di peringkat umur remaja pula seringnya berlaku antara remaja dengan
ibu bapa. Konflik ini timbul mengenai apa yang hendak mereka lakukan pada masa
hadapan, eksploitasi pencapaian akademik yang berbeza antara remaja dan ibu bapa
serta harapan yang terlalu tinggi supaya anak remaja berjaya. Keadaan perbezaan
aspirasi, pandangan dan kehendak menimbulkan konflik. Menurut Habibah Elias (1997:
144), remaja lebih cenderung untuk bertindak, berfikir dan berpakaian seperti rakan
sebaya, ibu bapa pula tidak bersetuju dengan kehendak mereka, maka di sini timbul
konflik. Konflik yang berterusan ini boleh menyebabkan emosi remaja merasa tertekan
kerana setiap apa yang ingin dilakukan olehnya sentiasa mendapat tentangan daripada
ibu bapa mereka.
3.7 FAKTOR PERSONALITI

Personaliti yang dimiliki oleh seseorang turut boleh menjadi punca kepada
tekanan emosi. Personaliti merujuk kepada ciri-ciri keperibadian yang dimiliki oleh
seseorang. Misalnya, penghargaan kendiri, perasaan dan paras kebimbangan. Menurut
Encylopedia Dictionary of Psychology (1992: 874), personality ialah satu konsep yang
global yang mempunyai beberapa makna. Pertama, ia merujuk kepada tingkah laku dan
perangai yang biasanya ada pada setiap individu. Kedua, ia merujuk kepada cantuman
kesedaran diri atau ego. Ketiga, ia adalah topeng bagi sosial. Manakala menurut
Uthman Najati (1993: 188) pula, personaliti bermaksud perangai atau tingkah laku
seseorang hasil daripada faktor luaran dan faktor dalaman yang dipupuk dengan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Faktor luaran seperti kejayaan yang
diperolehi, semangat, pujian dan sebagainya. Faktor dalaman pula, ialah perasaan
cinta kepada Allah, bertakwa, sabar dan segala sifat baik. Hasil daripada gabungan ini
akan mewujudkan seorang pelajar muslim yang berpersonaliti berpandukan al-Quran
dan mampu menghadapi dugaan hidup. Dari perspektif Islam, personaliti lebih dikenali
dengan sahsiah atau secara umumnya disebut sebagai akhlak.

Hubungan personaliti dengan tekanan emosi ialah bagaimana tingkah laku dan
peribadi seseorang boleh mempengaruhi cara mereka menghadapi sesuatu keadaan
sehingga menyebabkan tekanan kepada mereka. Misalnya, remaja yangmempunyai
personaliti yang suka memendam perasaan, sentiasa dalam keadaan takut, rigid dan
terlalu sempit fikiran. Hasil kajian menunjukkan bahawa mereka akan lebih terdedah
kepada tekanan emosi. Begitu juga, individu yang mempunyai personaliti seperti kurang
sabar, ganas, tinggi daya saing serta mudah marah akan menyebabkan mereka lebih
mudah mendapat tekanan emosi. Personaliti negatif seperti terlalu pemalu, bimbang
keterlaluan, kurang yakin diri, pemarah dan kurang sabar boleh menyebabkan remaja
mengalami tekanan emosi apabila mereka berhadapan dengan suatu keadaan yang
bertentangan dengan personaliti mereka atau berhadapan dengan cabaran hidup.
4.0 KES-KES KENAKALAN REMAJA

Remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada
peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihan zaman, antara zaman kanak-kanak
dengan zaman dewasa. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu
mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi
mahupun sosial. Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam
diri remaja. Jika mereka membesar dengan menjalani kehidupan yang sempurna, para
pelajar atau remaja ini sudah tentu akan menyumbang bakti kepada negara kelak.
Namun, bagi yang tidak menjalani kehidupan yang sempurna seperti yan bertuah,
mereka yang lebih bermasalah ini akan menjadi yang sebaliknya.

Kegagalan dalam mengawal emosi sangat memberi implikasi yang buruk dan
tidak sihat kepada remaja atau pelajar ini ke atas perkembangan masa depan mereka.
Akibat mengalami kegagalan dalam mengawal emosi, remaja atau pelajar cenderung
ke arah melakukan kegiatan sosial yang tidak sepatutnya mereka lakukan dan
menyalahi undang-undang sama sekali. Bagi pelajar yang bermasalah seperti ini,
tindakan atau denda yang dikenakan atas mereka sudah tidak menjadi sesuatu yang
pelik pada mereka. Hal ini kerana mereka sudah cukup bermasalah dalam kehidupan
mereka dan mengalami kesulitan dalam mengawal emosi mereka.

Majoriti antara pelajar yang mengalami kesulitan dalam mengawal emosi ini
datang daripada keluarga yang bermasalah. Kemudian, ada antara mereka yang mula
bercampur dengan geng-geng budak nakal malahan diri mereka sendiri akan secara
semula jadi menjadi nakal kerana mereka ingin memuaskan hati mereka dengan
tindakan kenakalan yang dilakukan mereka. Selain itu, pelajar ini juga akan berisiko
dalam melakukan kegiatan jenayah seperti membunuh, merogol, mengambil dadah dan
lain-lain lagi.
Keadaan yang gagal dalam mengawal emosi boleh membawa kepada
kecelaruan identiti kepada mereka sendiri. Mungkin kerana trauma dan tekanan yang
pernah dan dialami oleh mereka ini boleh memandu mereka untuk melakukan sesuatu
dalam keadaan tanpa sedar mereka mencederakan orang lain. Tambahan, ada juga
yang ingin membalas dendam dan melepaskan tekanan diri dengan membuli dan
melakukan penindasan kepada yang lebih lemah dari mereka. Sifat rasional sudah tidak
lagi berada dalam diri mereka kerana yang penting pada mereka hanyalah kepuasan
diri mereka sendiri.

Pelajar atau remaja yang mengalami kegagalan dalam mengawal emosi akan
biasanya akan melakukan kesalahan gejala sosial yang tidak bermoral. Jika hal seperti
ini terjadi, apakah akan terbina modal insan yang didambakan untuk memacu negara di
kemudian hari pada masa hadapan? Jadi, gejala sosial ini mestilah dibendung dari awal
lagi demi mengelakkan negara kita jatuh dari tunggaknya.
4.1 Jenis Kes Kenakalan Remaja

Seks bebas
dan jenayah
seksual

Dadah,
Merokok
Buli
dan Lari dari
rumah

JENIS
KENAKALAN
REMAJA

Black Metal Gangsterism

Ponteng
sekolah dan
kelas
4.1.1 Seks Bebas Dan Jenayah Seksual

Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan
membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota. Apa yang
menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika
mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah
sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan
dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut.

Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah


satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.
Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau
pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan
merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk
minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat
seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajar
terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar
itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim,
jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin
meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan
seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh
mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah
seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan
pelacuran dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya,
sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan
daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang
tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan
dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah
oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan
guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang
dilihatnya dalam sebuah filem lucah bersama-sama ibu bapanya pada malam
sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya
untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah.
Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup
mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-
samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini? Apakah
faktor yang menyebabkan berlakunya semua gejala negatif ini? Adakah anak yang
perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan? Ibu
bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak
kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat ini dan lambakan
bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah
laku anak-anak dan para pelajar.

Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan
penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah
memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda
mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada
masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di
kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan
keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin
menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan
penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu
dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan
memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.
4.1.2 BULI

Buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan (abuse). Buli boleh berlaku
dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal.
Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang
menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.

Isu kes buli dan gangsterisme di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak
selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan
menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka . Kes yang paling
popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam
sesebuah komuniti. Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat
khususnya para ibu bapa.

Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa kematian pelajar Mohd Hadzrin
Mohamad setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran
sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih, meninggal dunia pada 21 Februari 2009.
Banyak faktor yang mempengaruhi kes buli ini antaranya masalah disiplin yang
semakin merosot di kalangan pelajar, kelemahan peraturan sekolah dan sikap
tanggungjawab guru terhadap pelajar, sistem sekolah yang terlalu mementingkan
pencapaian akademik dan mengenepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan
sahsiah dan kerja berpasukan.
Rentetan dari peristiwa itu, timbul pelbagai cadangan sama ada dari jabatan
kerajaan, individu atau pertubuhan bukan kerajaan mengenai langkah-langkah yang
pelu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah
melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Beberapa kemahiran
komunikasi sosial yang diperlukan ialah pengurusan konflik (conflict resolution),
pengurusan kemarahan (anger resolution), kemahiran asertif (assertive skills) dan
kemahiran perundingan (negotiation skills). Setiap sekolah juga perlu menganjurkan
program khas pembentukan peribadi pelajar sebagai usaha menangani gejala buli yang
semakin menular.
4.1.3 GANGSTERISM

Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga


semakin membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang
dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata yang
berbahaya. Berita Harian, 12 Julai 2001 lalu pernah melaporkan dalam tempoh 10
tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar
meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian
Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah
menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan
sedikit dan menunjukkan gejala ini kini berada pada tahap membimbangkan .

Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada
pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun,
mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk,
memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian
membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal
belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh,
merogol dan menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti
mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit
dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan
juga rompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan
di Parlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negara mengikut negeri-
negeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes
bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut
seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu
sendiri. Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan
ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca.
Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya
luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang
porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan
tidak baik di kalangan remaja. Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan meng-
ambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar
kepada permasalahan mereka.
4.1.4 PONTENG SEKOLAH DAN KELAS

Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa


kebenaran (Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga.
Walaupun begitu ada yang tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng
juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan
bermoral rendah.

Ponteng sekolah adalah sejenis penyakit lama yang telah berakar umbi
semenjak masyarakat kita mengenal alam persekolahan. Menurut Rasidah bt Omar
(2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke
sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa yang
sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya
dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di
komplek membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan.

Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa tingkat, dari tingkat bawah
hingga tingkat tertinggi. Antara tingkat-tingkatnya ialah ponteng hati, ponteng kerana
bangun lewat, ponteng kelas dan ponteng sekolah. Walaupun adanya peraturan atau
disiplin sekolah yang ketat tetapi seketat mana pun undang-undang dibuat gejala
ponteng tetap berlaku. Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin telah
menyatakan dan meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama.

Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa fakor. Antaranya


adalah suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari
proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang
terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng
sekolah.
Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan
pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif
menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan , 2006).

Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas
dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan
muda terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada
berlakunya gejala ponteng. Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari
ibu bapa, perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh
menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi.

Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada
permasalahan ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Hussein
(1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram,
kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di
kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan
sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan
perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan
mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya
penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan
stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah
untuk bekerja demi mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam
sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-
pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah.
4.1.5 Black Metal

Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat.
Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang
menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang
terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal.
Semua ini masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah
Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan
adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan yang kaku dan bisu.

Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan
dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah
kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka. Hasil daripada siasatan, polis
mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit
dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit
dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara yang diketuai `tok
guru` yang berselubung hitam.

Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda
Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat
menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini
yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada
simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat
tempat sebagai pegangan hidup kita.

Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak


dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di
kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua
pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan
mana-mana pihak.
4.1.6 Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah

Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari
rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah
yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala
bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan
dalam kalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat
batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah.

Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10


orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam.
Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari
ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000
murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri.

Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan emej yang
hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh
rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi
kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik
untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan
dari rumah semakin membimbangkan. Masalah ini mungkin akan menyebabkan
wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup
setelah lari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau
disco dan sebagainya.
5.0 IMPLIKASI MASALAH EMOSI KANAK-KANAK KE ATAS PERKEMBANGAN
MASA DEPAN

Terdapat perlbagai implikasi masalah emosi kanak-kanak ke atas perkembangan


masa depan mereka. Ada antara mereka yang cenderung memencilkan diri daripada
orang lain kerana merasa adanya satu garis penghalang yang membezakan mereka.
Ada juga antara mereka yang terlibat dengan gejala sosial dan akhirnya berakhir di
pusat pemulihan akhlak atau pun pusat serenti.
Terdapat pelbagai teori yang boleh member penjelasan bagaimana penderaan
emosi boleh membawa padah kepada perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak
dan kesannya pada kanak-kanak tersebut. Antaranya ialah:

5.1 Mengganggu Hubungan dan Jalinan Emosi

Dalam teori perhubungan ikatan oleh Bowlby (1977), cara layanan dan
penjagaan terhadap bayi atau anak-anak oleh ibu bapa atau penjaga menentukan
sama ada akan terlahir atau tidak perasaan keibuan, kebapaan dan perhubungan
emosi yang sihat antara ibu bapa dan anak berkenaan. Jalinan emosi antara ibu bapa
atau penjaga dengan anak semakin kukuh apabila si anak memberi tindak balas yang
bersesuaian. Lama kelamaan hubungan dan kepercayaan antara anak dengan ibu
bapa atau penjaga menjadi lebih terjamin, erat dan kukuh apabila kedua-dua belah
pihak bertindak balas dengan sihat dan bersesuaian. Dalam suasana di mana ibu bapa
atau penjaga mendera emosi anak dalam apa cara jua, ini akan menghalang dan
menyekat pertumbuhan dan perkembangan jalinan emosi antara anak dan ibu bapa
atau penjaga terutama sekali apabila anak merasa keselamatan diri mereka sudah tidak
terjamin lagi. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang mendera emosi anak, boleh
menghancurkan ikatan sedikit demi sedikit, walaupun ikatan tersebut telah terbentuk
dari awal lagi, iaitu semasa anak itu masih kecil (Patterson 1986). Apabila hubungan ini
retak dan putus, kanak-kanak akan membesar dengan perasaan sukar mempercayai
orang lain. Keadaan ini mengakibatkan kanak-kanak mudah mengalami pelbagai
masalah emosi dan tingkah laku yang seterusnya merosakkan diri mereka.
5.2 Melambat dan Merencatkan Perkembangan Psikososial

Mengikut teori yang dihuraikan oleh Erikson dan Maslow setiap orang melalui
perkembangan psikososial yang berbentuk krisis perkembangan. Biasanya dengan
adanya sokongan dan bimbingan yang baik daripada ibu bapa atau penjaga setiap
kanak-kanak melalui tahap atau peringkat perkembangan ini dengan sihat tanpa
mengalami kesan negatif. Kanak-kanak yang didera emosi mereka secara langsung,
tidak mendapat sokongan dan bimbingan yang diharapkan daripada ibu bapa atau
penjaga. Ini akan menghalang dan memperlahankan kanak-kanak tersebut untuk
melangkah ke tahap perkembangan psikososial seterusnya mengikut peredaran
umur mereka kerana masih terkial-kial untuk mengatasi krisis perkembangan dalam
peringkat umur rendah. Kanak-kanak ini seterusnya akan menghadapi gangguan atau
bermasalah dalam perkembangan psikososial mereka.

5.3 Mengubah Proses Kognitif

Perkembangan proses kognitif atau proses analisis seseorang terhadap setiap


keadaan yang dilalui bergantung pada pengalaman lalu. Pengalaman lalu boleh
memberi pengajaran supaya seseorang itu lebih berhati-hati dan berwaspada pada
masa akan datang supaya segala pengalaman tidak berulang lagi. Ini dianggap sebagai
satu kebaikan.
Tetapi Terr (1991) mencadangkan satu teori yang mengatakan bahawa kanak-
kanak yang didera dan mengalami pelbagai jenis trauma, termasuk penderaan emosi,
mempunyai harapan dan tanggapan yang agak berlainan. Terutama sekali tanggapan
mereka tentang perhubungan mereka dengan orang yang penting dalam hidup mereka,
seperti ibu, bapa atau penjaga. Proses kognitif mereka mungkin memberi pendapat
bahawa mereka perlu lebih rapat dengan orang yang mendera mereka ataupun mereka
perlu mengambil alih peranan orang yang mendera mereka. Oleh kerana proses
kognitif yang berlainan ini timbul akibat pengalaman penderaan, perkembangan sosial
anak itu boleh terjejas. Buat masa ini kaitan ini merupakan satu andaian sahaja.
5.4 Mengganggu Perkembangan Fizikal

Akibat deraan emosi kanak-kanak ini tidak membesar seperti kanak-kanak lain.
Ketinggian dan berat badan mereka didapati berada di bawah persentil yang ketiga
untuk umur kanak-kanak (3rd centile for age) dan ini bukan disebabkan masalah
organik. Ini dianggap sebagai satu jenis kekerdilan psikososial (psychosocial dwarfism)
yang dulunya lebih dikenali sebagai non-organic failure to thrive. Ini kerana apabila
kanak-kanak ini ditempatkan dalam suasana yang sihat, diperkayakan dengan kasih
sayang serta mendapat kemudahan dan keperluan fizikal yang lain, perkembangan
mereka akan pulih seperti biasa. Penderaan emosi saolah-olah telah merencatkan
perkembangan fizikal kanak-kanak itu.
Untuk memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak berjalan dengan sihat,
pemberian makanan dan minuman yang cukup sahaja adalah tidak mencukupi. Kasih
sayang dan layanan yang diberi dengan penuh mesra, termasuklah cara komunikasi,
sama ada secara lisan dan bukan lisan yang sihat akan membantu dalam memastikan
perkembangan fizikal anak berjalan dengan sempurna mengikut potensi anak itu.
Keadaan ini mempunyai hubung kait dengan mekanisme kompleks dalam maklum
balas litar kawalan dalam paksi hipopituitari (final common pathway in the hypopituitary
axis). Penderaan emosi dalam apa cara sekalipun boleh menghalang perjalanan sistem
ini dan menggangu perkmbangan fizikal yang sihat.
Antara gangguan yang dimaksudkan adalah kanak-kanak berkenaan hilang seler
makan sekiranya emosi mereka didera. Kekurangan pengambilan makanan secara
langsung boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka.
Pengeluaran hormon lain yang diperlukan untuk tumbesaran kanakkanak secara
meluas akan tergugat dan ini secara terus-menerus menggangu perkembangan fizikal
kanak-kanak.
5.5 Gangguan Psikiatri

Gangguan psikiatri yang timbul akibat penderaan emosi ialah kemurungan,


gangguan reaktif pertalian kasih sayang (reactive attachment disorder), masalah salah
laku (Rabaiah 1994; Kasmini 1991) dan aduan psikosomatik (Kasmini 1992b).
Gangguan negative lain adalah gangguan tingkah laku seksual, penyalahgunaan dadah
dan cuba membunuh diri (Hart, Germain & Brassard 1987). Kanak-kanak yang
mengalami pelbagai jenis penderaan (emosi, fizikal, seksual) didapati mempunyai risiko
tinggi untuk mendapat kemurungan dan distimia (dysthymia) berbanding dengan kanak-
kanak lain apabila umur mereka meningkat (Kaufman 1991).
Dalam siasatan lanjut semasa kanak-kanak ini masih kecil lagi, mereka didapati
kerap datang ke klinik dengan pelbagai masalah tingkah laku dan emosi seperti kerap
kencing malam atau kerap meninggalkan tanda najis dalam seluar (Hart, Germain &
Brassard 1987; Garbarino, Guttman & Sealey 1986). Ada juga menyebabkan keadaan
yang lebih dikenali dahulu sebagai kes kanak-kanak yang tidak membesar bukan
kerana masalah organic (non-organic failure to thrive, NOFT) (Mrazek & Mrazek 1985).
5.6 Gangguan pada Perkembangan Psikologi

Perkembangan psikologi kanak-kanak akibat deraan emosi juga didapati terjejas.


Mereka tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain.
Sistem dan cara pemakanan juga agak luar biasa. Mereka makan tidak tentu masa dan
gemar mengutip makanan tidak tentu arah. Tingkah laku mereka adalah lebih keanak-
anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka.
Adakalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan
kerap mengamuk. Pemerhatian mereka juga pernah disifatkan sebagai pandangan
radar kerana mempunyai ciri-ciri pemerhatian yang sangat berhati-hati tanpa
mempunyai ciri-ciri penerokaan (Mac-Carthy 1975).
Perkembangan emosi kanak-kanak ini juga tidak stabil. Mereka tidak menunjuk-
kan tindak balas emosi yang bersesuaian. Mereka mempunyai harga diri yang rendah
dan sering menghadapi masalah dalam pergaulan. Kesemua ini menyebabkan
kemerosotan pencapaian akademik mereka (Skuse & Bentovim 1994) dan kerencatan
perkembangan lain secara menyeluruh (Hart & Brassard 1991; Erickson & Egeland
1987).
6.0 KEPENTINGAN PENGAWALAN EMOSI GURU

Memang tidak dinafikan bahawa seorang pelajar memenuhi kebanyakan masa


menuntutnya di bangku sekolah.Jadi ,suasana bilik darjah merupakan suasana penting
dalam memupuk kompetensi–kompetensi kecerdasan emosi selain daripada suasana
keluarga di rumah. Jadi peranan guru dan pihak sekolah menjadi penting dalam
menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemaikan kompetensi-kompetensi tersebut.

Suasana emosi di bilik darjah merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap


guru mereka. Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang
di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik
darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat
seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas
dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih
kasih (Mok Soon Sang, 2008).

Terdapat pelbagai cara yang dapat dilaksanakan oleh guru untuk mengurus
emosi murid di bilik darjah. Antaranya ialah dengan pendidikan melalui teladan,
memperbaiki kemahiran komunikasi dengan pelajar di bilik darjah, sikap dan emosi
guru semasa mengajar, penampilan guru semasa mengajar, dan penyediaan suasana
belajar oleh guru tersebut.

Pendidikan melalui contoh teladan merupakan pendidikan yang penting dalam


membentuk seseorang pelajar agar berbudi pekerti mulia, bermoral tinggi, dan pandai
menyesuaikan diri dalam masyarakat. Dalam hal ini, guru perlu menyediakan dan
menjadikan dirinya sebagai contoh teladan yang paling baik pada pandangan pelajar.
Hal ini demikian kerana pelajar melihat dan memerhatikan segala tindak tanduk guru
mereka. Contoh teladan memainkan peranan yang besar dalam memperbaiki diri
seorang pelajar dan sebaliknya. Sekiranya guru itu bersifat benar, amanah, berakhlak
baik, berani serta memelihara diri daripada perkara-perkara yang haram, maka akan
lahirlah para pelajar yang bersifat demikian. Sekiranya guru bersifat dusta, khianat,
bakhil, rendah akhlak dan penakut, maka akan lahirlah pelajar yang mempunyai sifat
tercela berikut.

Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan


sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang
kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi mood dan minat serta kecergasan
murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi emosi perasaan seperti
marah, bersaing untuk sumber yang terhad,dengki,memfitnah dan lain-lain akan
dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dalam suasana kondusif dan emosi terkawal.

Selain itu, sikap dan emosi guru semasa mengajar juga mat penting bagi
mewujudkan suasana kelas yang kondusif. Justeru, guru mestilah mempunyai
kemahiran komunikasi yang baik dan memperbaiki kemahiran komunikasi yang sedia
ada dengan mood yang bagus semasa mengajar. Antara ciri yang perlu ada pada
seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah:
1. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.
Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki
komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana
yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk
menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun
pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain.
2. Menggunakan bahasa yang berkesan.
Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah.
Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan
bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang
dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya
penyalahan tafsiran.
3. Kesediaan untuk mendengar.
Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima
maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi
maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru
untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik
untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan
mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar.
4. Menghormati perasaan orang lain.
Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan
psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah
menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan
berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan
guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan
iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.
5. Menyesuaikan diri dengan situasi.
Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya
berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang
bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas
adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru
yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan.

Akhir sekali, penampilan guru semasa mengajar juga turut memberI kesan
kepada P & P di dalam kelas. Seseorang guru haruslah bijak dalam memilih pakaian
yang sesuai dengan dirinya untuk menjadi tatapan murid pada waktu mengajar.
Pemilihan warna baju amat penting bagi mencipta mood pelajar yang ceria semasa
dalam pembelajaran. Warna yang cerah dan segar seperti hijau dan ungu yang lebut
amat digalakkan kerana dapat memberi ketenangan kepada murid di dalam kelas.
Selain itu, pemilihan pakaian mestilah sopan kerana guru adalah ‘Role Model’ kepada
pelajarnya. Pelajar lebih cenderung mencontohi apa yang dilakukan oleh guru mereka.
Jadi, guru haruslah bijak dalam ‘tackle’ dan mengajar pelajar.
Antara kesan pengawalan emosi guru terhadap pelajar selain yang terdapat
dalam penerangan di atas ialah :
1. Memperkembangkan pengalaman pelajar
Guru berpeluang menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut
kehendak kurikulum dan ciri-ciri pelajar; Mereka boleh memberi penjelasan serta
memperIuas bahan-bahan bantuan dengan tujuan memperkayakan kurikulum.
2. Penerangan yang jelas dan terperinci
Apabila guru dapat kawal emosi maka,guru dapat menjelaskan apa yang perIu
dipelajari, bagaimana maklumat itu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pada
pelajar dan apa yang akan dipelajari pada masa akan datang.Oleh itu pelajar juga
dapat menerima ilmu dengan mudah.
3. Wujud kerjasama guru dan pelajar.
Pentingnya guru mengawal emosi bilik darjah kerana pelajar berpeluang
berkomunikasi dengan guru. Perhubungan antara guru dengan pelajar di dalam bilik
darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi
ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah Iaku yang efektif dan
berkualiti. Fenomena ini memerIukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang
tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia peIajar
dengan hasrat mempengaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia
peIajar dapat menghasilkan persefahaman dengan pelajar khususnya pada tarat
emosi yang mesra. Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan saling bersedia dalam hal
berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama.

Manakala, guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan pula akan memberi
kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga
profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah
masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikannya.
7.0 RUMUSAN / CADANGAN

Keluarga merupakan sebuah institusi yang dinamik. Dalam masyarakat tradisi


peranan keluarga dalam semua aspek menjadi lebih ketara, dan kedudukan keluarga
sebagai sebuah institusi lebih penting. Keluarga bertindak sebagai pendorong dan
pembantu kepada anak-anak dalam proses pencapaian pengetahuan atau sesuatu
kemahiran. Ibu bapa lebih gigih untuk melengkapkan anak-anak dengan pengetahuan
dan ilmu secukupnya agar anak-anak tersebut dapat merancang masa depan mereka
dengan lebih yakin.

Masalah emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak tanpa
mengira usia. Ibu bapa juga perlu memahami dan mengenali ciri-ciri masalah emosi di
kalangan kanak-kanak. Maka didikan daripada ibu bapa sangat penting di mana ibu
bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh
membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka. Dengan ini, ciri-ciri positif yang
dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai
kecemerlangan.

Untuk melahirkan anak yang baik personalitinya maka ibu bapa harusmemberi
perhatian dan ,mendengar masalah anak dengan teliti dan membantu menyelesaikan
masalah itu. Perlu juga menjelaskan mengenai tindakan yang dilakukan kepada anak-
anak. Misalnya,kenapa sesuatu hukuman harus dikenakan terhadap tindakan yang
salah oleh anak-anak. Ibu bapa perlu memberi latihan anak-anak dengan kemahiran
sosial supaya dia dapat berinteraksi dengan kawan-kawanatau gurunya dengan
berkesan.

Selain itu ibu bapa juga harus memberi dorongan kepada anak-anak serta
mengatasi kelemahannya untuk membolehkan anak-anak berjaya mencapai cita-cita
yang diharapkan. Pendedahan kepada pelbagai bidang yang mungkin diminati oleh
anak-anak juga harus ibu bapa ambil peduli.Ibu bapa harus sentiasa melakukan hal-hal
yang positif yang akan dijadikan teladan kepada anak-anak. Ibu bapa harus sentiasa
mempamerkan kasih sayang agar anak-anak berasa selamat dan dikasihi. Ibu bapa
harus memupuk kasih sayang dan sikap bertolak ansur di antara anak-anak supaya
mereka dapat berkongsi fikiran dan melahirkan sikap bantu membantu di antara adik-
beradik. Oleh itu, kehebatan personaliti anak mencerminkan kehebatan personaliti ibu
bapa yang mendidiknya ,begitu juga sebaliknya.

Selain itu, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan keberkesanan


proses pengajaran dan pembelajaran. Cadangan yang telah dikenal pasti ialah:

i. Para guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi kelebihan-kelebihan


yang terdapat pada setiap dimensi kecerdasan emosi pelajar. Oleh sebab kecerdasan
emosi merupakan satu sifat yang boleh dipupuk dan dikembangkan, guru perlu ada
pengetahuan tentang kecerdasan emosi agar dapat membantu meningkatkan
kecerdasan emosi pelajarnya.

ii. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang strategi mengendalikan
masalah emosi, cara bekerjasama dengan orang lain, membantu pelajar mengenal
pasti kelebihan dan kelemahan pada dirinya. Apabila pelajar berupaya mengawal emosi
mereka akan dapat memberikan penumpuan terhadap proses pembelajarannya.

iii. Pendidik hendaklah mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan seperti
mengadakan perbincangan kumpulan supaya pelajar boleh berinteraksi antara satu
sama lain. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar mengetahui perasaan rakan dan
mendapat maklum balas terhadap tindakan yang diambil iaitu perasaan empati. Pelajar
yang mempunyai empati lebih mudah memenuhi permintaan dan kehendak pendidik
serta memberi tindak balas dengan segera.

iv. Ibu bapa adalah berperanan penting dalam menentukan proses perkembangan
emosi pelajar menjadi sempurna. Kesedaran ibu bapa terhadap kecerdasan emosi
anak-anak mereka akan dapat membantu meningkatkan tahap kecerdasan yang
dimiliki.
8.0 KESIMPULAN

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata


dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-
mata, malah kawalan emosi bilik darjah perlu di ambil kira serta kualiti peribadi dan
sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Selain itu,kehebatan pengajaran
guru juga bergantung pada beberapa aspek seperti, kejelasan suara, gaya pengajaran
yang menarik, tidak membosankan, inovasi, kreatif, pengurusan masa yang berkesan,
pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid dan
penglibatan murid.

Pengawalan emosi amat penting dalam diri setiap orang pelajar kerana emosi
merupakan satu titik besar sama ada membawa perubahan kepada diri pelajar itu
ataupun tidak. Ada pelajar yang beremosi lebih bermotivasi dalam menguruskan diri
mereka namun ramai yang lebih cenderung kearah gejala social yang membawa kepad
arosaknya seseorang pelajar tersebut dari segi akhlak mahupun fizikal bergantung
kepada gejala sosila yang diceburi.

Oleh itu, pelajar haruslah tahu cara-cara untuk mengawal emosi dari
mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial yang hanya membinasakan diri
sendiri. Selain itu, peranan guru dan kerjasama darinya amatlah penting kepada pelajar
dalam memberi motivasi dan nasihat kepada pelajar tersebut sekiranya mereka
mempunyai masalah dan kesulitan.

Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah memainkan pernaan mereka sebagai insan
yang paling dekat dengan pelajar tersebut yaitu anak-anak mereka. Hal ini kerana ibu
bapa turut memberi kesan dan impak yang besar kepada anak mereka sama ada
mempraktikkan nilai-nilai positif atau nilai-nilai negatif dalam kehidupan.

Das könnte Ihnen auch gefallen