Sie sind auf Seite 1von 16

BAKTI@MOHD.

BAKTI BIN AHMAD


720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1. SEKAPUR SIRIH 2

2. PENDAHULUAN 3

3. Pengenalan Ilmu Qiraat 4

4. Bentuk-bentuk Qiraat 5
Surah Al-Alaq
5 Surah Al-Qadr 8

6. Bab I: Pendahuluan
Pengajaran dan Pembelajaran Al-Qiraat di Sekolah 10

7 Bab II: Pengenalan Skop / Tempat Kajian 11

8. Bab III:
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Al-Qiraat di Sekolah 12

9. Bab IV: Kesimpulan dan Cadangan 14

10. Rujukan 15

11. Lampiran 16

-1-
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

SEKAPUR SIREH

Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat kami menyiapkan
tugasan yang diberikan dengan izinNya. Walaupun mengalami kekangan masa yang
suntuk, kami berusaha dengan penuh komitmen untuk menyiapkan tugasan peribadi ini
semampu yang mungkin. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada pihak
Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Ketua Sektor Pendidikan Islam dan warga kerjanya,
kepada pihak Institut Perguruan Tun Hussein Onn khususnya kepada Ustaz Mohd. Anuar
bin Hayyan, tutor Pengajian Al-Quran yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan
bimbingan serta rakan-rakan SMP-OUM yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Dengan adanya kerjasama dan komitmen dari rakan-rakan dan keluarga, maka
segala usaha ke arah menyempurnakan tugasan ini dapat berjalan dengan lancar dan
sempurna. Segala kekurangan di dalam tugasan ini kami memohon maaf kepada pihak
tuan. Yang baik itu datangnya dari Allah dan kelemahan yang ada itu datangnya dari diri
dan kelemahan kami sendiri.

Sekian terima kasih.

BAKTI @ MOHD. BAKTI BIN AHMAD & ABDUL RAHMAN BIN MAT
( 720129-01-5509 ) ( 740523-06-5297 )
SPI, JPNJ SK BANDAR RENGAM

-2-
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

PENDAHULUAN

Allah SWT memuji hambaNya yang membaca al-Quran dengan penuh kesungguhan
dalam menyempurnakan hak setiap huruf al-Quran dan menepeti setiap bacaan atau
Qiraat sebagaimana ia diturunkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Syukurlah kita kepada Allah yang tetap memelihara Ilmu ini walaupun bagi sesetengah
manusia, ianya tidak penting dan tidak membawa kemajuan kepada dunia. Sebagai
makhluk, sudah tentu kita wajib mengetahui tuntutan khaliq yakni Allah Taala kepada
kita, dan salah satu tuntutan tersebut ialah sentiasa mengulangi perkataan-perkataan Allah
yang disebut sebagai Kalamullah yang terkandung dalam seratus empat belas buah surah
dalam al Quran.

Membaca al Quran dengan sempurna adalah tuntutan Allah dan tidak mungkin datang
kesempurnaan itu melainkan dengan mempelajari cara bacaan sebagaimana ayat itu
diperturunkan kepada nabi bersama hukum-hukum tajwidnya. Berdasarkan kenyataan
inilah maka sesetengah ulama menghukumkan wajib bagi setiap mukallaf untuk
mempelajari al Quran dan membacanya dengan sempurna.

Kesahihan bacaan dan tepat sebutan ayat suci al-Quran akan memperolehi keredhaan
Allah SWT, sepertimana ayat 121 Surah al-Baqarah yang bermaksud,

“Orang-orang yang telah kami berikan al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan
bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya…..”

Dalam pada itu Rasulullah sering memuji bacaan beberapa orang sahabat yang begitu
baik bacaannya. Baginda pernah bersabda yang bermaksud,;

-3-
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

“Pelajarilah al-Quran daripada empat orang ini iaitu Abdullah ibn Masud, salim, Muaz
dan Ubai bin Kaab” Riwayat al-Bukhari.

Maksud baik di sini adalah baik dari sudut bacaan dan bertepatan tajwidnya. Rasulullah
menganugerahi mereka ‘ijazah’ dan keizinan kepeda mereka untuk mengajarkan kepada
orang ramai. Dengan tunjuk ajar tersebut lahirlah ramai ahli ‘Qurra’, di kalangan para
sahabat. Mereka sangat berdamping dengan al-Quran dan mengamalkan ilmu Tajwid.
Pada masa tersebut bacaan bertajwid amat diambil berat di kalangan sahabat dan generasi
selepasnya.

Mengikut sejarah, Qiraat Sab'ah (Tujuh) dibaca dan dipelajari tanpa dibukukan sehingga
berakhirnya kurun ketiga Hijrah. Sejarah perkembangan ilmu Qiraat selepas kurun ketiga
Hijrah telah berubah dan tersebar luas dengan pengumpilan dan penyusunan yang lebih
kemas dan sempurna. Ia semakin mantap apabila seorang imam kelahiran Baghdad yang
terkenal kepakarannya dalam bidang qiraat iaitu Imam Ibn Mujahid Ahmad Ibn Musa Ibn
'Abas. Beliau telah megumpul qiraat imam yang tujuh tersebut dengan memasukkan
nama Imam Al-Kisa'i dan mengeluarkan nama Imam Ya'kub dari senarai Qiraat Tujuh.

Bilangan tujuh qiraat yang dipilih itu sebenarnya adalah secara kebetulan sahaja iaitu
'ittifaq' (setuju) tanpa sebarang niat. Pemilihan imam qiraat bersandarkan perawinya yang
masyhur dengan ingatan yang kuat, amanah, dan kiraan masa kajian dalam bidang qiraat
ini. Qiraat tersebut juga haruslah menepati tiga rukun bacaan iaitu:-
- tidak bercanggah dengan Bahasa Arab
- tidak bercanggah dengan rasm Uthmani
- sanad Qiraat yang 'Mutawatir' iaitu sejumlah perawi yang meriwayatkan
Qiraat tersebut yang ramainya mustahil mereka itu berpakat melakukan
penipuan.

-4-
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

Hasilnya, maka seluruh pendapat digabungkan dan didapati bahawa mempelajari Qiraat
dari imam-imam tersebut ( Qiraat Tujuh ) dan bertalaqqi dengannya adalah dipersetujui
dan disepakati ramai.

(A)
Bentuk-bentuk al-Qiraat berdasarkan surah ( Juzu' Amma )

Surah Al -'Alaq
Khilaf bacaan Al-Quran dalam Surah al-'Alaq
Menurut Imam Nafi'

          
          
           
          
           
            
        
         
  

a. Ayat kedua
Khilaf bacaan adalah pada ( ‫ق اآل ْن َسن‬
َ َ‫خَ ل‬....) iaitu
a.1 Warsh membaca naqal َ َ‫ َخل‬....)
( َ‫ق لن َسن‬
a.2 Qalun membaca tahqiq (‫ق اآل ْن َسن‬
َ َ‫خَ ل‬....)
Demikian juga dengan ( ‫ اَألَ ْك َر ُم‬.. ) menjadi ( ‫ َو َربُّك لَ ْك َر ُم‬: ) ayat tiga dan ( َ‫)االن َسن‬
menjadi ( َ‫إن ل ْن َسن‬
َّ ) ayat 5 dan 6.

-5-
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

b. Ayat ke-6
Khilaf bacaan pada:
b.1 Mad Munfasil ( َّّ ّ‫ َكآل‬...), iaitu
‫إن‬
b.1.1 Warsh membaca mad Enam Harkat
b.1.2 Qalun membaca dengan dua wajah:
i. Qasar dengan dua harakat
ii. Tausit dengan empat harakat
b.2 ْ َ‫ لَي‬iaitu:
Zawatil Ya' ( ( ...‫طغَى‬
b.2.1 Warsh membaca secara taqlil
b.2.2 Qalun membaca secara fathah
Demikian juga dengan ( ‫) إ ْستَ ْغنَى‬, ( ( ‫ ( يَ ْنهَى‬, ‫ ( َوتَ َولَّى ) ألرُّ جْ َعى‬,) ‫صلَّى‬
َ ( ,) dan ( ‫) يَ َرى‬

c. ayat ke-7:
Khilaf bacaan pada adalah pada (...ُ‫ر َءاه‬...)
َ iaitu
c.1 Warsh membaca dengan mengithbatkan huruf mad serta taqlil ra' serta alif dan
bitaslith al badal, iaitu:
i. Qasar ( 2 harakat)
ii. Tausit (4 harakat)
iii. Mad Mashbu' (6 harakat)
c.2 Qalun membaca dengan mengithbatkan huruf mad serta fathah ra' dan alif, dan
qasar (dua harakat ) pada mad badal.

d. Ayat ke-9
Khilaf bacaan adalah pada ( َ‫أَ َر َءيْت‬... ), iaitu
d.1 Warsh membaca dengan dua wajah:
d.1.1 Tashil hamzah kedua
d.1.2 Ibdal alif hamzah Kedua ( َ‫) أَ َرآيْت‬

d.2 Qalun membaca tashil hamzah kedua sahaja


-6-
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

Demikian juga dengan ( َ‫أَ َر َءيْت‬... ), dalam ayat ke-11 dan 13dalam surah ini.

e. Ayat ke-10
Khilaf bacaan pada Sakin Mafsul ( ‫ َع ْبدًا إ َذا‬... ), iaitu:
e.1 Warsh membaca dengan naqal ( ‫صلَّى‬
َ ‫) َع ْب َد ن َذا‬
e.2 Qalun membaca tahqiq ( ‫صلَّى‬
َ ‫) َع ْبدًا إ َذا‬
َ •‫ أَوْ أَ َم‬... menjadi ‫•ر‬
Demikian juga dengan ( ‫•ر‬ َ •‫ أَ َو َم‬...) dalam ayat ke-12 dalam surah
Al-'Alaq ini.

Surah AL-Qadr
Khilaf bacaan Al-Quran dalam Surah al-Qadr
Menurut Imam Nafi'
         
         

-7-
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

          
   
a. Ayat pertama
Khilaf bacaan adalah pada Mad Munfasil ( ُْ‫إنَّآ أَ ْن َز ْلنَه‬... ), iaitu
a.1 Warsh membaca dengan mad enam harakat
a.2 Qalun membaca dengan dua wajah:
i. Qasar dua harakat
ii. Tausit Empat harakat
َ ‫) َو َمآ أَ ْد َر‬
Demikian juga dengan Mad Munfasil di dalam ayat yang berikutnya iaitu ( ‫ك‬

b. Ayat kedua
Khilaf bacaan adalah pada ( ... َ‫أ ْد َرك‬...) iaitu
b.1 Warsh membaca secara taqlil
b.2 Qalun membaca fathah

c. Ayat ketiga
Khilaf bacaan adalah pada
c.1 Hukum ra' ( ‫خَ ْي ٌر‬......) iaitu,
c.1.1 Warsh membaca tarqiq ra'
c.1.2 Qalun membaca tafkhim ra'

c.2 Sakin Mafsul ( ‫من أَ ْلف‬......),


ْ iaitu:
c.2.1 Warsh membaca secara naqal ( ‫) منَ ْلف َشه ٍْر‬
c.2.2 Qalun membaca secara tahqiq ( ‫من أَ ْلف َشه ٍْر‬
ْ )

d. Ayat keempat
Khilaf bacaan adalah pada :
d.1 ْ
Mad Muttasil ( ...ُ‫ال َملَئ َكة‬...), iaitu
d.1.1 Warsh membaca Mad Mashbu' enam harakat
d.1.2 Qalun membaca tausit empat harakat
-8-
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

d.2 Mim Jama' ( ...‫ربِّ ِه ْم‬...),


َ iaitu:
d.2.1 Warsh membaca sukun
d.2.2 Qalun membaca dengan dua wajah iaitu:
i. Dhommah serta silah ( ‫ربِّ ِه ُمو‬...
َ )
ii. Sukun ( ‫) َربِّ ِه ْم‬

e. Ayat kelima
ْ ‫ َم‬...), iaitu:
Khilaf bacaan adalah pada hukum Lam ( ...‫طلَ ِع‬
e.1 Warsh membaca dengan taghliz lam
e.2 Qalun membaca dengan tarqiq lam

Demikianlah antara dua contoh surah yang mempunyai khilaf bacaan pada perawi
khususnya di antara Imam Warsh dan Imam Qalun. Mudah-mudahan ia dapat memberi
sedikit maklumat berkenaan cara pembacaan yang mempunyai keunikan tersendiri dan
perlu dipelajari oleh semua lapisan umat muslim.

(B)
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Al-Qiraat di Sekolah

Bab I: Pendahuluan

Guru Al-Quran adalah jawatan 'over and above" diberi kepada sekolah menengah harian
biasa yang memiliki Kelas Aliran Agama (KAA). Antara tugas dan tanggungjawab guru
KKQ adalah:

-9-
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

- Guru al-Quran yang dilantik diminta melaksanakan kelas KKQ


- Mereka boleh ( dengan budi bicara ) diminta mengajar mata pelajaran lain
seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat
kekosongan dalam jadual PnP mereka
- Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan
al-Quran seperti kelas pemulihan dan sebagainya
Selain itu, walaupun bilangan guru KKQ hanya seorang sahaja bagi setiap sekolah,
Panitia KKQ perlu juga diwujudkan dan dibenarkan juga bernaung di bawah panitia
Pendidikan Islam dengan cara memasukkan KKQ dalam agenda mesyuarat.

Kami, Mohd. Bakti bin Ahmad bersama rakan kumpulan Ustaz Abdul Rahman bin
Mat, telah menjalankan tugasan kami di sebuah sekolah menengah di daerah Batu Pahat
iaitu Sekolah Menengah Dato' Syed Esa, Batu Pahat.

Di sekolah tersebut terdapat kelas KAA yang telah ditubuhkan sejak lapan tahun yang
lalu. Setakat tahun 2009, hanya pelajar tahun satu hingga tiga sahaja yang terlibat dengan
kelas KAA ini kerana pelajar KAA tidak menyambung ke peringkat tingkatan empat.
Hanya tahun ini, pengetuanya Tn. Hj. Fauzan bin Sukimi telah mengambil inisiatif agar
KAA dapat diteruskan ke tingkatan empat dan SPM.

Bab II: Pengenalan Skop / Tempat Kajian

Antara tugas kami di sekolah tersebut adalah mengetahui apakah kaedah pengajaran dan
pembelajaran Al-Qiraat dan berikut adalah apa yang dapat kami rujuk.

Pada tahun ini (2010) terdapat seramai 19 orang pelajar tingkatan empat, 31 orang pelajar
tingkatan tiga, 29 pelajar tingkatan dua dan 30 pelajar tingkatan satu. Walau
bagaimanapun untuk tahun ini, guru KKQ SMKDSE ini Ustaz Jasmi bin Sa'don
- 10 -
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

memaklumkan bahawa untuk tahun ini, beliau telah menumpukan pelajar KAA yang
tinggal di asrama SMKDSE dan pelajar yang berminat sahaja disebabkan jadual
pengajaran beliau yang ketat pada sesi petang serta memegang mata pelajaran teras
Pendidikan Islam Tingkatan Satu.

Ustaz Jasmi menggunakan surau SMKDSE, sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran
(PnP), kerana beliau menggunakan sumber ICT bagi memudahkan pengajaran beliau.

"Penggunaan ICT seperti LCD, CD interaktif, bahan muaturun internet dan sebagainya
lebih digemari kerana pada masa sekarang telah banyak sumber berkenaan cara bacaan
al-Quran, mengenal Qiraat, Tajwid dan Tarannum, serta menjimatkan masa. Maklum
sahaja sekolah kami ada dua sesi, jadi waktu peralihan pelajar tentunya memakan masa",
sebagai memetik kata-kata beliau berkaitan tugasnya di sekolah.

Sebelum kami keluar melaksanakan tugasan ini kami telah meneliti begitu banyak laman
web dan blog berkenaan KKQ seperti Kelas Kemahiran Al-Quran Maahad Muar,
Bahagian Pendidikan Islam, BPI JAPIM, Gerbang KKQ dan sebagainya. Dan dengan itu
kami tidak menafikan kenyataan Ustaz Jasmi tersebut.

Bab III: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Qiraat

Kelas Kemahiran al-Quran


Tajuk : Al-Qiraat as-Sab'ah – Surah al-Fatihah
Tarikh : 01.02.2010
Masa : 4.50 – 5.50 petang
Sasaran: 22 orang pelajar KKQ Tingkatan Satu
Tempat: Surau Luqmanul Hakim, SMK DSE
Pengetahuan Sedia Ada:
- 11 -
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

- Pendedahan awal selepas proses pendaftaran dan Minggu Suai kenal KKQ
- Pelajar mengikuti secara tidak langsung pelajar tingkatan dua dan tiga
mempelajari KKQ di asrama
Kemahiran:
: Talaqi wa Musyafahah
Bahan bantu mengajar:
: ws-Power point bertajuk "Pengenalan qiraat Sab'ah"
: Komputer dan LCD, CD atau pita rakaman
: Kad Imbasan dan Carta Jadual Qiraat Sab'ah- Surah al-Fatihah
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ('PnP'):
1. Merujuk Sukatan pelajaran dan buku panduan pelaksanaan Kemahiran al-Quran
Tingkatan satu, dua dan tiga. Mencatat nota penting untuk PnP
2. Masuk ke kelas memberi salam dan pelajar menjawab salam serta berdoa
Langkah 1:
1. Guru memulakan pengajaran dan pembelajaran
2. Menerangkan isi dan aktiviti kepada pelajar secara kelas
3. Menunjukkan carta jadual qiraat sab'ah – Surah al-Fatihah dan bersoal jawab
berkaitan imam-imam perawi yang terlibat
4. Membaca secara kelas surah al-Fatihah mengikut riwayat Imam Hafs ibn 'Asim
5. Berdasarkan jadual, pelajar dikehendaki menyesuaikan bacaan Surah al-Fatihah
mengikut imam perawi pada khilaf pertama dalam ayat keempatyang iaitu ( ‫ك‬
ِ ِ‫) َمل‬
Penilaian Aras 1: Kepada individu tertentu dikehendaki membaca Surah al-Fatihah
dengan tartil dan lancar mengikut cara bacaan imam yang berbeza.

Langkah 2:
1. Selepas penilaian aras pertama, guru menunjukkan khilaf bacaan yang kedua dari
Surah al-Fatihah iaitu ( َ‫ص َرط‬ َ ‫صرآ‬
ِ , ‫ط‬ ِ ‫ – ) ال‬guna kad imbasan
2. Menerangkan cara bacaan imam Qunbul, ( ‫ س••راط‬/ ‫) الس••راط‬, imam Khallad
membaca dengan Isymam – guna kad imbasan
3. Pelajar membaca dan guru mendengar bacaan qiraat secara kelas dan kumpulan
- 12 -
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

4. Guru menyemak dan memperbaiki mutu bacaan pelajar mengikut qiraat yaang
berkenaan

Penilaian Aras 2: Pelajar yang terpilih menjawab soalan lisan dari guru, berkenaan cara
bacaan imam rawi secara individu – guna 'M/s Power point'

Langkah 3:
1. Selepas penilaian dan latihan pengukuhan aras 2, guru membentangkan khilaf
bacaan yang ketiga dari Surah al-Fatihah iaitu ( ( ‫َعلَ ْي ِه ْم‬
2. Menjelaskan perbezaan cara bacaan (Khusus yang tertentu):-
2.1 Imam Qalun ( ‫ َعلَ ْي ِه ُمو‬/ ‫) َعلَ ْي ِه ْم‬
2.2 Imam Ibn Kathir ( /( ‫َعلَ ْي ِه ُمو‬
2.3 Imam Khalaf dan Khallad ( ‫) َعلَ ْيهُ ْم‬
Penilaian Aras 3: Pelajar diberi peluang berbincang dan bersedia sebelum penilaian
tasmik bacaan satu persatu bersama guru

Rumusan:
1. Guru membuat pengukuhan isi pelajaran Qiraat berdasarkan Surah al-Fatihah,
dari sudut tajwid dan makhraj huruf
2. Mengedarkan soalan lembaran kerja berkenaan menulis semula surah al-
Fatihah menurut riwayaat Imam As-Susu –Abu Umar dan Imam Khalaf
3. Memberi galakan kepada pelajar yang telah menguasai tajuk pada hari ini.
Rumusan / kesimpulan

Dari apa yang dipaparkan di atas, menunjukkan bahawa pengajian Qiraat adalah suatu
ilmu yang sangat unik. Walaupun bacaan secara riwayat Imam Hafs Ibn 'Asim adalah

- 13 -
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

memadai, tetapi kemahiran dalam ilmu qiraat memberi satu nilai tambah kepada
pengkaji, pengajar dan pelajarnya.

Mempelajari ilmu qiraat juga melatih seseorang untuk muhasabah diri supaya
memantapkan lagi cara bacaan al-Quran mengikut imam-imam qiraat yang muktabar dan
tidak mudah melatah jika ada imam dan orang ramai sebagainya yang mempertikai cara
bacaan mengikut qiraat sab'ah sedangkan di dalam diri kita hanya 'kosong dada', tidak
mengambil peluang untuk belajar sepertimana orang-orang terdahulu bermujahadah
keluar mencari ilmu.

Oleh itu kami menyeru kepada diri kami serta rakan-rakan supaya dapat menruskan usaha
dalam mencari dan mendalami ilmu –ilmu yang berkaitan dengan Al-Quraan dan
seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharaian. Jika berpeluang dapatlah pula
diajarkan kepada anak murid dan masyarakat setempat sebagai amalan kebaikan yang
berterusan sehingga hari kiamat sebagai sedekah jariah, insya Allah....

RUJUKAN

Abd. Rahman Abd. Ghani (2006). Metodologi Bacaan al-Quran. Kuala Lumpur: Mashi
Publications Sdn. Bhd.

Abdullah Hj Salleh (1994). Al-Qiraat: Sejarah dan Bacaannya. Kuala Lumpur: Pustaka
Al-Azim.

Hj. Norakyairee Mohd Raus & Khairul Anuar Mohamad al-Bakri (2007). Al-Qiraat.

- 14 -
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

Kuala Lumpur: Pusat Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi, OUM.

Ismail. Sya’ban Muhammad (1993). al-Qiraatu Ahkamuha wa Mashdaruha Terjemahan


Husin Al-Munawar dkk. Semarang: Dina Utama.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kurikulum Kelas Khas Kemahiran Al-Quraan.


Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral, JAPIM.

Mohd Rahim Jusoh (2001). Pengenalan Ilmu Qiraat. Batu Caves: Mahsuri Timur.

Salih Muhammad Sali `Athiyyah. (2005). Rasm al-Mushaf: Ihsa’ wa Dirasah. Libya:
Jam`iyyah al-Da`wah al-Islamiyyah al-`Alamiyyah.

Ustaz Shahrul Nizam Bin Haji Mohd. Sukarman (2001). Qiraat Sab’ah: Kaedah Bacaan.
Selangor: Darul Syarah.

LAMPIRAN
- 15 -
BAKTI@MOHD. BAKTI BIN AHMAD
720129-01-5509

ABDUL RAHMAN BIN MAT


HBQE AL-QIRAAT 740523-06-5297

- 16 -

Das könnte Ihnen auch gefallen