Sie sind auf Seite 1von 14

SEJARAH MALAYSIA

1. Huraikan secara ringkas DUA daripada perkara-perkara berikut:

a) Suruhanjaya Cobbold
b) Suruhanjaya Reid
c) Sistem Ahli

Jawapan:

a) Suruhanjaya Cobbold

i. Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada tahun 1962


ii. Tujuan Suruhanjaya ini dibentuk untuk meninjau pendapat dan
pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai cadangan
penubuhan Malaysia
iii. Suruhanjaya telah meninjau pandangan berbagai kumpulan dan lapisan
masyarakat selama tiga bulan dari bulan Febuari 1962 hingga April
1962
iv. Dalam rangka tinjauannya, Suruhanjaya telah mengadakan peninjauan
yang meluas dan telah menerima 2,200 memorandum
v. Suruhanjaya telah mengemukakan laporan kepada Kerajaan British di
mana 80% daripada rakyat Sabah dan Sarawak telah menyokong
rancangan penubuhan Malaysia, sementara 20% lagi tidak bersetuju
dengan rancangan tersebut.

b) Suruhanjaya Reid

i. Dipengerusikan oleh Lord Reid dari U.K. Ahli-ahli lain terdiri


daripada Sir Ivor Jennings(U.K), Sir William Mc. Kell(Australia),
B.Malik (India) dan Halim Abdul Hamid (Pakistan)
ii. Suruhanjaya ini ditugaskan meyelia, dan megesyorkan satu
perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan pemerintahan
demokrasi berparlimen.
iii. Suruhanjaya telah menerima 131 memorandum daripada berbagai
pertubuhan dan orang perseorangan
iv. Suruhanjaya telah mengadakan sebanyak 118 persidangan mulai Jun
hingga Oktober 1956
v. Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis Persekutuan
pada 15 Ogos 1957 dan diluluskan pada 27 Ogos 1957

c) Sistem Ahli

i. Dimulakan dalam tahun 1951 di peringkat Persekutuan. Ianya lebih


kurang sama dengan Kabinet yang wujud sekarang
ii. Ianya hanya merupakan suatu cara untuk memberi latihan kepada
pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dalam hal-ehwal
pentadbiran.
iii. Ahli-ahlinya dilantik dan tidak diberi kuasa sepenuhnya untuk
menentukan dasar kerajaan
iv. Dengan wujudnya system ini maka perjalanan pentadbiran tidak lagi
tertumpu kepada Ketua Setiausaha Kerajaan. Beliau kini bertindak
sebagai penyelaras sahaja.
v. Diwujudkan beberapa jabatan dan sesetengahnya diketuai oleh ahli-
ahli tidak rasmi Majlis Perundangan Persekutuan.

2. Campurtangan penjajah British dalam pentadbiran di negeri-negeri


Melayu Bersekutu pada akhir abad ke-19 telah membawa perubahan dalam system
politik dan ekonomi. Huraikan perubahan-perubahan tersebut.

Jawapan:

POLITIK

i. Wujudnya system residen


Sistem ini bermula apabila ditandatangani Perjanjian Pangkor 1874 oleh
Sir Andrew Clarke, Gabenor Inggeris bagi Negeri-negeri Selat
denganRaja Abdullah, bakal Sultan Perak.

ii. Campurtangan Inggeris


Campurtangan yang lebih aktif dalam menentukan dasar-dasar yang
berkaitan dengan pengutipan hasil, undang-undang tanah dan guna tenaga.

III. Penentangan orang Melayu


Kehilangan kuasa ,hak pungutan cukai,pelanggaran adat resam Melayu
oleh Inggeris.

iii. Perubahan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu


Semenjak tahun 1896 pihak Inggeris telah berusaha untuk menyekutukan
negeri-negri Selangor,Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Pelaksanaan
dasar ini mengambil masa 10 tahun untuk dijayakan. Tujuan penyekutuan
ini ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah asas seperti penyelarasan
dasar dan system untuk pengambilan buruh imigran,memperimbangkan
kemajuan perhubungan infrastruktur dan pelaksanaan satu dasar dan
system tanah yang seragam di negeri-negeri tersebut.
Hasil dari persekutuan ini ialah:
 Kemajuan system jalanraya dan keretapi di pantai barat
Semenanjung
 Pembangunan lading-ladang pertanian secara besar-besaran oleh
sector swasta
Mengukuhkan lagi dasar ‘pecah dan perintah’ Inggeris.

EKONOMI

i. Ekonomi penjajah yang bercorak selektif


Iaitu hanya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang memberi
hasil sahaja

ii. Wujud konsep ‘Old Malaya’ dan ‘New Malaya’


Old Malaya – dimana kegiatan ekonominya tertumpu pada pertanian
secara kecil-kecilan dan penangkapan ikan.
New Malaya-kegiatan ekonomi tertumpu kepada kegiatan
perlombongan,pertanian lading,perkilangan serta perdagangan.

iii. Aktiviti ekonomi bersifat ‘export oriented’


di negeri-negeri pantai barat

iv. Aktiviti sara diri dan ekonomi dualisme- di negeri-negeri pantai timur.

v. Perkembangan perusahaan bijih timah

Semakain berkembang pesat semasa pemerintahan Inggeris di Negeri-


Negeri Melayu Bersekutu. Ini disebabkan permintaan yang besar ke atas
bahan tersebut khususnya daripada Great Britain sendiri.

vi. Kegiatan pertanian komersial


Sumber pendapatan tambahan. Gambir dan lada hitam diusahakan oleh
orang Cina di Johor, ubi kayu di Negeri Sembilan, tebu di Perak dan kopi
di Perak dan Selangor.

vii. Perhubungan / infrastruktur

viii. Petempatan semula (Bandar baru,kampong dan estet)

ix. Kemasukan imigran/ masyarakat majmuk.

3. Akibat daripada keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
Kerajaan Inggeris telah mengistiharkan darurat pada tahun 1948. Nyatakan lima (5)
langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Inggeris bagi membenteras kegiatan PKM
di antara tahun 1948 hingga 1960.

Jawapan:

i. Memperkenalkan “Rancangan Briggs” iaitu menempatkan semula


setinggan Cina di kawasan-kawasan terpencil ke kampong-kampung
baru yang dikawal. Tujuannya menyekat bekalan makanan,ubat-
ubatan dan kelengkapan senjata dari jatuh ke tangan komunis.
Sistem ini dikenali sebagai “Min Yuen “
ii. Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kerja perang
iii. Menjalankan operasi-operasi ketenteraan memeriksa kawasan
penempatan Cina dan rondaan ke kawasan-kawasan hutan yang
dianggap tempat perlindungan dan penyembunyian komunis
iv. Menubuhkan sukarelawan untuk serta menentang komunis.
Contohnya pasukan ‘home guard’
v. Melancarkan perang saraf/psikologi , terutama untuk menarik
sokongan Melayu melalui penyebaran risalah,memberi
pengampunan,memberi kemudahan kerakyatan,pemilikan tanah dan
jawatan-jawatan pentadbiran.
vi. Komitmen British memberikan kemerdekaan kepada PTM-melalui
kerjasama dan gabungan antara parti-parti yang mewakili kaum di
Tanah Melayu
vii. Rundingan Baling diadakan antara pemimpin kerajaan dan komunis
sebagai langkah penamatan tuntutan komunis dan pengapunan ahli
komunis yang menyerah diri.
viii. Mengadakan kad pengenalan diri

4. Penjajahan British di Tanah Melayu telah mengakibatkan masalah perpaduan di


antara kaum di Tanah Melayu. Jelaskan factor-faktor yang telah menyumbangkan
kepada masalah perpaduan tersebut.

Jawapan:

i. Pemisahan tempat tinggal atau petempatan


British mengamalkan dasar pecah dan perintah; jarak social serta
segregasi antara kumpulan-kumpulan etnik sengaja diwujudkan dan
dikekalkan. Menetapkan status dan peranan yang berlaianan bagi
kaum Melayu,Cina dan India.

ii. Perbezaan tumpuan sector ekonomi


Orang-orang Melayu,Cina ,India menjalankan aktiviti ekonomi yang
berlainan.Wujudnya jurang pendapatan yang tidak seimbang antara
kaum. Ini menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di
kalangan kaum tertentu.

iii. Pengasingan system Pendidikan


Tiada terdapat satu system Pendidikan nasional di Tanah Melayu.
Wujud empat aliran system Pendidikan yang berlaianan. Murid-
murid tidak berpeluang bercampur gaul dengan murid dari kumpulan
etnik lain.

iv. Fahaman dan pengaruh politik


Wujudnya berbagai-bagai persatuan politik,social dan ekonomi yang
berasaskan kumpulan etnik telah juga memperkuatkan lagi identity
etnik dan syak wasangka
v. Masalah ekonomi
Orang-orang Melayu menguasai bidang yang mundur dan sector
primer, orang Cina menguasai sector yang lebih maju.
Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui.

vi. Penggunaan akhbar yang berbeza-beza


Akhbar berperanan penting dalam menyemarakkan semangat
perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum. Setiap akhbar
mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara
menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja. Fenomena ini
memperkuatkan semangat kecintaan pada tanah air dan kaum
masing-masing sahaja dan menyulitkan mereka untuk memahami
bahasa, budaya dan sensitivity kaum-kaum lain.

5. Terangkan factor-faktor penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

Jawapan:

a) Pemberian Taraf kerakyatan secara Jus Soli’


 Pemberian taraf kerakyatan secara jus soli kepada kaum bukan Melayu
terutamanya Cina, merupakan factor paling penting yang
menimbulkan bantahan. Menurut perlembagaan Malayan Union, orang
bukan Melayu akan diberikan taraf kerakyatan tanpa syarat.
 Tindakan ini akan menyebabkan kaum bukan Melayu mempunyai hak
yang sama dengan kaum Melayu, sedangkan taat setia mereka kepada
Tanah Melayu belum dapat dipastikan lagi. Selain itu, orang Melayu
akan ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum Cina dan ini
sudah tentu menjadi ancaman yang amat berbahaya kepada ketuanan
politik Melayu.
 Pemimpin-pemimpin Melayu mempunyai kewajaran untuk berasa
khuatir kerana tindakan Malayan Union itu akan hanya menimbulkan
sentiment perkauman yang membara di kalangan kaum Melayu dan
bukan Melayu.

b) Ancaman kepada kuasa dan kedaulatan Sultan Melayu


 Melalui rancangan Malayan Union, kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu
terhapus sepenuhnya. Kuasa sultan hanyalah dalam aspek agama dan
adapt resam sahaja, itu pun dengan kebenaran Gabenor Inggeris yang turut
menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam dan adapt istiadat Melayu.
Tindakan ini amat memalukan orang Melayu
 Dengan penghapusan kuasa sultan, lambing keagungan politik tradisional
Melayu terhapus dan dengan sendirinya Tanah Melayu berstatus Tanah
Jajahan Inggeris.
 Orang Melayu turut membantu tindakan Inggeris menghapuskan hak-hak
keistimewaan ke atas orang Melayu.
c) Tindakan penipuan Harold Mac Michael
 Tindakan Mac Michael mengugut sultan untuk mempersetujui rancangan
Malayan Union telah disepakati oleh sarjana sejarah sebagai factor
kemarahan orang Melayu termasuklah juga daripada raja-raja Melayu
secara tidak langsung
 Menurut JM Gullick, seorang sarjana sejarah politik, tindakan kurang
bijak Harold telah menggagalkan dasar Malayan Union akibat tentangan
hebat daripada orang-orang Melayu

d) Sokongan bekas pegawai British di Tanah Melayu


 Bekas pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti
Frank Swettenhem, George Maxwell,R.O Winstead dan Sir Cecil
Clementi Smith telah memberikan pandangan mereka yang disiarkan
dalam akhbar Times ke seluruh England.
 Mereka berpendapat bahawa rancangan Malayan Union merupakan
tindakan buruk kerajaan Parti Buruh terhadap Tanah Melayu kerana tidak
langsung menghormati kedaulatan dan keistimewaan peribumi asal yang
telah dijajah oleh Inggeris sejak sekian lama.
 Sokongan ini telah menaikkan semangat perjuangan orang Melayu untuk
menentang perlaksanaan dasar Malayan Union.

6. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penubuhan Malaysia
dalam satu perjumpaan Correspondents Association of Southeast Asia di Singapura.
Beliau mencadangkan kerjasama politik dan ekonomi yang lebih erat antara Tanah
Melayu ,Singapura,Sabah ,Sarawak dan Brunei.
Terangkan sebab-sebab asas mengapa beliau mencadangkan penubuhan Malaysia.

Jawapan:

1. Ancaman Komunis
a) Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara
terutamanya di Singapura telah membinbangkan Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tunku Abdul
Rahman
b) Tunku Abdul Rahman khuatir Singapura akan jatuh ke
tangan komunis dan seterusnya mengancam keselamatan
Persekutuan Tanah Melayu
c) Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa penubuhan
Malaysia dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis
di Singapura dan Sarawak.

2. Keseimbangan Kaum
a) Percantuman Singapura sahaja dengan Persekutuan Tanah
Melayu akan mengancam kedudukan orang Melayu dari segi
bilangan penduduk
b) Lebih kurang 80% penduduk Singapura terdiri daripada
orang bukan Melayu
c) Sabah,Sarawak dan Brunei perlu digabungkan dalam
Malaysia bagi memastikan keseimbangan antara kaum
bumiputera dan bukan bumiputera.
d) Jumlah penduduk bumiputera di negeri-negeri Borneo adalah
kira-kira tiga kali ganda lebih dari jumlah orang Cina.

3. Kemerdekaan segera bagi Singapura,Sabah dan Sarawak


a) Singapura,Sabah dan Sarawak dapat mencapai kemerdekaan
dengan lebih segera lagi menerusi penubuhan Malaysia.
b) Kerajaan British tidak begitu berminat untuk memberi
kemerdekaan kepada Singapura dan wilayah-wilayah Borneo
secara persendirian memandangkan keselamatan negeri-
negeri tersebut mungkin terancam.

4. Perkembangan ekonomi
a) Singapura mempunyai pertalian ekonomi,geografi dan
sejarah yang erat dengan Semenanjung Tanah Melayu
b) Percantuman akan mendatangkan faedah-faedah ekonomi
bagi kedua-dua Negara
c) Ekonomi Sabah dan Sarawak dapat dimajukan melalui
penyertaan dalam Malaysia.
d) Sabah dan Sarawak diberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat
akan membiayai pelbagai projek pembangunan di negeri-
negeri tersebut.

5. Sokongan kerajaan British


a) Sokongan kerajaan British juga penting dalam
mempengaruhi pembentukan Malaysia
b) Kerajaan British menyokong penubuhan Malaysia
memandangkan ia akan menyekat perkembangan pengaruh
komunis di Singapura dan Sarawak serta dapat melindungi
pelaburan British di kawasan-kawasan berkenaan.

6. Peristiwa tuntutan Filipina,Indonesia dan Brunei


terhadap Sabah

7. Terangkan secara ringkas perkembangan politik dan


perlembagaan di Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia
1963.

Jawapan :

1. Dari tahun 1881 hingga tahun 1946, Borneo Utara (sabah)


diperintah oleh Syarikat Borneo Utara British
2. Pada bulan Julai 1946, syarikat tersebut menyerahkan segala
haknya ke atas Sabah kepada Kerajaan British
3. Pada tahun 1950 Kerajaan British memperkenalkan sebuah
perlembagaan baru bagi Sabah
4. Struktur kerajaan terdiri daripada seorang Gabenor British, sebuah
Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Sabah
5. Sabah dibahagikan kepada empat Residensi yang seterusnya
dibahagikan kepada daerah
6. Pilihanraya yang pertama bagi peringkat daerah sahaja telah
diadakan pada bulan Disember 1962- Mei 1963.
7. Ahli Majlis Daerah melantik ahli Majlis Resedensi dan mereka
pula melantik ahli ke Majlis Perundangan Sabah
8. Pilihanraya tersebut dimenangi oleh Parti Perikatan Sabah dengan
majority yang besar.
9. Donald Stephens (kemudiannya dikenali sebagai Tun Fuad
Stephens) dilantik sebagai Ketua Menteri yang pertama pada bulan
Ogos 1963.
10. Sarawak pula diperintah oleh Keluarga Brooke antara tahun 1841-
1946
11. Kerajaan British mengambil alih pemerintahan Sarawak pada
bulan Julai 1946
12. Sarawaak mendapat sebuah perlembagaan baru pada tahun 1956.
13. Struktur kerajaan terdiri daripada Gabenor British, Majlis
Mesyuarat Negeri(badan perundangan) dan Majlis Tertinggi(badan
eksekutif)
14. Dari segi pentadbiran, Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian
dan setiap bahagian pula dibahagikan kepada daerah.
15. Pilihanraya pertama untuk Majlis Daerah sahaja telah diadakan
pada tahun 1959.
16. Ahli-ahli Majlis Daerah memilih wakil-wakil ke Majlis Bahagian
dan mereka pula memilih wakil-wakil ke Majlis Mesyuarat Negeri.
17. Pilihanraya 1963 dimenangi oleh Parti Perikatan Sarawak
18. Datuk Stephen Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri
Sarawak yang pertama.
19. Politik berdasarkan kaum / puak setempat
20. Ada ancaman komunis di Sabah dan Sarawak
21. Wujudnya parti politik yang tersusun dan berorganisasi
22. Sebelum kedatangan syarikat Borneo Utara Sabah di bawah
jajahan Sulu
23. Sebelum kerajaan Brooke Sarawak di bawah Kerajaan Brunei
24. Suruhanjaya Cobbold untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah
dan Sarawak untuk mewakili Malaysia

8. Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak meyertai Malaysia. Huraikan


dengan jelas factor-faktor yang mendorong penyertaan kedua-dua negeri tersebut
ke dalam Malaysia.

Jawapan:

a. Pentadbiran dan keselamatan


i. membolehkan Sabah dan Sarawak mendapatkan kemerdekaan
lebih awal
ii. memperkuat dan memperkukuhkan pertahanan serantau Asia
Tenggara menghadapi ancaman daripada kuasa-kuasa luar.
iii. Melalui penyertaan dalam Malaysia , satu Negara yang lebih kuat
dan kukuh akan dapat diwujudkan. Ini akan dapat menyekat
pengaruh kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan serantau.
iv. Bekerjasama dan mengurangkan ancaman komunis dalam
negeri.Pengalaman dan cara-cara Tanah Melayu menghadapi
ancaman komunis dapat digunakan bagi tujuan yang sama di
Sabah dan Sarawak
v. Latarbelakang pentadbiran yang sama di bawah British
memudahkan penyatuan Sabah dan Sarawak dengan Tanah
Melayu.
vi. Membolehkan wakil-wakil Sabah dan Sarawak dalam cabinet
menteri

b. Ekonomi

i. Sabah dan Sarawak mempunyai sumber-sumber ekonomi yang


sama dengan Tanah Melayu seperti hasil pertanian, kayu balak dan
galian. Oleh itu, tenaga pakar yang sama dapat digunakan untuk
meningkatkan pengeluaran di kedua-dua negeri itu.Dengan itu
projek-projek pembangunan dapat dipesatkan.
ii. Kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dan antara
Sabah,Sarawaak dan Semenanjung akan lebih berkembang.
Eksport dan import akan meningkat.

c. Sosial

i. pada amnya rakyat Sabah dan Sarawak adalah daripada satu


rumpun yang sama dengan orang-orang di Tanah Melayu.
ii. Mereka bertutur bahasa dan mengamalkan kebudayaan yang
hamper sama dengan penduduk di Tanah Melayu. Ini memudahkan
integrasi nasional.
iii. Bimbang akan perluasan kuasa Indonesia untuk membentuk
Indonesia Raya
iv. Kepentingan dan keistimewaan bumiputera Sabah dan Sarawak
akan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

9. Jelaskan factor-faktor yang menyebabkan perjuangan PKM gagal mendapatkan


sokongan masyarakat dalam tempoh 1948-1960.

Jawapan :

 ideology komunis bertentangan dengan agama Islam


 keanggotaan Parti Komunis Malaya dikuasai oleh orang Cina
 keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu yang stabil dan memuaskan
 matlamat dan perlembagaan Parti Komunis Malaya tidak jelas dan meragukan
 tindakan keras British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
 tindakan ketenteraan
 penempatan semula penduduk pinggir hutan ke kampong baru
 pengistiharaan darurat
 pengasingan daripada komintang
 taktik Parti Komunis Malaya gagal
 Melancarkan perang saraf / psikologi
 Komitmen Inggeris memberi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

10. Cadangan pembentukan Malaysia telah mendapat tentangan daripada pelbagai


pihak. Nyatakan tiga (3) pihak tersebut dan sebab-sebab penentangan mereka.

Jawapan :

Pihak yang menentang dan sebab-sebab penentangan:

a. Barisan Sosialis Singapura

Barisan sosialis serta parti-parti pembangkang yang lain


menentang gagasan tersebut kerana mahukan Singapura kekal
sebagai negeri yang berasingan
Mereka bercadang untuk menjadikannya sebagai satu pusat
komunis di Asia Tenggara.
BSS menganggap ini adalah satu rancangan British untuk
mengekalkan pengaruh British

b. Parti Rakyat Brunei

AZ Azhari, pemimpin Parti Rakyat Brunei ingin supaya satu


gagasan politik yang dikenali sebagai Kerajaan Borneo Utara
ditubuhkan.
Azahari ingin menubuhkan sebuah kerajaan Kalimantan Utara
yang diketuai oleh Sultan Brunei

c. Indonesia
Walaupun pada mulanya tidak menunjukkan sebarang bantahan
namun kemudiannya menentang dengan alas an gagasan tersebut
berunsur penjajahan.
Malaysia bercadang untuk mengambilalih Sumatera
Malaysia akan menjadi lemah dan akan jatuh ke tangan orang Cina
dan kemudian diperintah komunis
Borneo Utara dan Sarawak telah dipaksa untuk bersatu dengan
Malaysia.

d. Filipina
Kerajaaan Filipina di bawah Macapagal menuntut supaya Borneo
Utara (Sabah) dikembalikan kepadnya.
Menurut mereka, Sabah adalah sebahagian daripada Kerajaan
Sulu. Memandangkan Kerajaan Sulu adalah sebahagian daripada
Filipina maka Sabah perlu dikembalikan kepada mereka.

11. Huraikan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan selepas peristiwa
13 Mei untuk mengembalikan semula perpaduan kaum di Malaysia.

Jawapan:

Tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan ialah:

i. Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)


ii. kerajaan telah mewujudkan Majlis Muhibah Negara dan Jabatan
Perpaduan Negara untuk menyusun dan melaksanankan dasar serta aktiviti
yang dapat memupuk perpaduan kaum.
iii. Kerajaan juga menubuhkan Majlis Perundingan Negara. Majlis ini
menimbangkan apa-apa perkara berkenaan dengan perpaduan Negara
yang difikirkan oleh Pengarah Gerakan patut dirujukkan kepada Majlis
Gerakan Negara.
iv. Pembentukan Rukun Negara di mana prinsip-prinsipnya mengajak rakyat
Malaysia menyokong cita-cita berikut:-
 Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
 Memelihara cara hidup demokratik
 Mencipta satu masyarakat yang adil dan kemakmuran Negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
 Menjamin satu cara yang lebih liberal terhadap tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai-bagai corak.
v. Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan objektifnya untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

12. Nyatakan perkara-perkara penting yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa


Perundingan Perpaduan Malaysia yang telah ditubuhkan di Singapura pada Julai
1961

Jawapan:

 Perlembagaan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan


Malaysia
 Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dipersetujui.
 Negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa istimewa termasuk dalam bidang
imigresen
 Islam dijadikan agama rasmi
 Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
 Kedudukan istimewa bumiputra Sabah dan Sarawak dikekalkan
 Satu Suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Sarawak dan
Sabah mengenai cadangan penubuhan Malaysia.

13. Huraikan cirri-ciri Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British
di Tanah Melayu dalam tahun 1946.

Jawapan:

Ciri-ciri utama Perlembagaan Malayan Union

i. Semua Negeri Melayu(termasuk Pulau Pinang dan Melaka) disatukan di


bawah satu pemerintahan pusat.
ii. Malayan Union diperintah(diketuai) oleh seorang Gabenor British dengan
bantuan ‘Majlis Mesyuarat Kerja’ dan ‘Majlis Perundangan’.
iii. Singapura tidak dimasukkan dalam Malayan Union tetapi dijadikan
‘Tanah Jajahan Mahkota British’ yang berasingan di bawah kuasa seorang
Gabenor British.
iv. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan dan hanya berkuasa dalam soal-
soal agama Islam. Mereka Cuma menjadi Raja Kehormat sahaja dan
mengetuai ‘Majlis Penasihat Melayu’
v. Majlis-majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan bagi menguruskan hal ehwal
Kerajaan Tempatan dan majlsi-majlis ini diletakkan di bawah kawalan
pemerintahan pusat.
vi. Perlembagaan Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang sama
rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan asal keturunan. Hak-hak
ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan satu undi
dalam pilihanraya umum.
vii. Kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan di
Tanah Melayu dan Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas
dan telah bermastautin di sana untuk selama 10 daripada 15 tahun sebelum
15 Febuari 1942
viii. Hak kerakyatan bagi bukana melayu menerusi prinsip jus soli.
ix. Orang melayu akan hilang hak dan keistimewaan mereka sebagai
bumiputra.

14. Selepas Kerajaan British memberikan komitmen kemerdekaan kepada


Persekutuan Tanah Melayu (PTM) beberapa peristiwa telah berlaku. Jelaskan
peristiwa-peristiwa yang dianggap penting yang berlaku menjelang kemerdekaan
tersebut.

Jawapan:

i. Sistem Ahli 1951


 9 tokoh tempatan dilantik menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan,
antaranya ialah Dato Onn Jaafar,Datuk Thuraisingam dan Tun H.S Lee
 bertaraf menteri
 Tujuannya mendedahkan pemimpin tempatan dalam selok-belok
pentadbiran Negara
 Semua ahli bertanggungjawab kepada pentadbiran Inggeris bukan kepada
Majlis

ii. Pilihanraya Majlis-majlis Tempatan 1951 -52


 Di Pulau Pinang,(1 Disember 1951) Prti Radikal menang majority, iaitu 6
daripada 9, Parti Buruh dan UMNO ikut bertanding.
 Di Kuala Lumpur(16 Febuari 1952), Perikatan UMNO-MCA menang
majority (9 daripada 12). 1 lagi; masing-masing oleh Parti Negara dan
Bebas.
 Di Johor Bahru, Muar dan Melaka dimenangi oleh Perikatan,UMNO dan
MCA.

iii. Pilihanraya Persekutuan (Pertama) 1955


 Pada 27 Julai 1955
 Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) menang majority (51 daripada 52). 1
lagi dimenangi oleh PAS. Ikut bertanding Parti Negara(IMP), Parti Buruh
dan Parti Progresif Rakyat.

iv. Rombongan Merdeka 1956 ke London


 8 wakil Persekutuan Tanah Melayu hadir, iaitu 4 wakil Raja-raja Melayu
dan 4 lagi Perikatan. Diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
 Rundingan pada 18 Januari hingga 8 Febuari 1956. Keputusannya:

a. British setuju beri kemerdekaan pada 31 Ogos 1957


b. Mengarahkan ditubuh Suruhanjaya Reid untuk merangka
perlembagaan PTM

v. Suruhanjaya Reid

 Pengerusi Lord Reid. Bersidang sebanyak 118 kali dan menerima 131
memorandum bertulis daripada pertubuhan dan individu.
 Tugas, merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
 Rang perlembagaan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada 15 Ogos
1957 dan berkuatkuasa 27 Ogos 1957.

15. Pada tahun 1962, atas cadangan Tunku Abdul Rahman Kerajaan British bersetuju
membebaskan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak dengan syarat negeri-negeri
tersebut bergabung dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia.
Tiap-tiap pihak di atas mendapati konsep Malaysia menarik dengan alas an-alasan
tersendiri. Huraikan dengan jelas alas an-alasan yang telah mendorong
penerimaan konsep Malaysia oleh Persekutuan Malaya, Sinagpura, Sabah dan
Sarawak.

Jawapan:

Setiap pihak mendapati konsep Malaysia menarik dengan alas an-alasan


tersendiri. Persekutuan Malaya menerima konsep Malaysia kerana
i. kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia akan dapat
membendung perkembangan komunis di sekitarnya
ii. kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia akan dapat mengimbangkan
penduduk Cina yang lebih besar di Singapura dengan penduduk yang
kurang di Borneo.
iii. Percantuman dengan negeri-negeri baru itu akan menghasilkan faedah-
faedah ekonomi tertentu

Singapura menerima konsep Malaysia kerana

i. negeri itu akan dapat mencapai kemerdekaannya lebih awal


ii. negeri itu akan dapat membendung ancaman komunis yang berkembang di
pulau itu.

Sabah dan Sarawak menerima konsep Malaysia kerana

i. yakin akan dapat mencapai kemerdekaan masing-masing menerusi


Malaysia
ii. negeri-negeri itu belum boleh lagi merdeka dengan sendirinya apabila
pihak British berundur pada tahun 1962.

Secara umumnya Malaysia telah ditubuhkan dengan mengambilkira factor-faktor


berikut:

i. ancaman komunis di Singapura dan Persekutuan Malaya


ii. ketidakseimbangan penduduk Cina dan Melayu antara Singapura dan
Persekutuan Malaya
iii. ketidak seimbangan antara golongan pribumi dengan orang Melayu di
Sabah dan Sarawak
iv. ketidakseimbangan antara penduduk pribumi di Sabah, Sarawak dan
Malaya
v. kemerdekaan dapat dipercepatkan bagi Si ngapura, Sabah,Sarawak dan
Malaya menerusi satu persekutuan yang lebih besar.
vi. Sokongan kerajaan British terhadap pembentukan Malaysia untuk
melindungi dan memperkukuhkan pelaburan British di bekas tanah
jajahan.

Das könnte Ihnen auch gefallen