Sie sind auf Seite 1von 1

REFLEKSI ( Masri Bin Muskhatar )

Semasa menerima tugasan ini, saya merasakan sangat teruja kerana saya
ingin mengetahui selok belok bagaimanakah cara untuk memasarkan sesuatu
produk di pasaran. Pemasaran adalah salah satu proses yang paling penting dalam
perniagaan kerana kejayaan sesuatu produk adalah sangat bergantung kepada
proses pemasaran. Oleh itu, saya berasa gembira kerana dapat melaksanakan
tugasan ini sekaligus mengenalkan saya kepada dunia pemasaran di dalam
perniagaan.

Semasa menjalankan tugasan ini, saya tidak mengalami banyak masalah.


Walaubagaimanapun, saya pada awalnya tidak memahami apakah yang
dimaksudkan dengan tindakan dan kawalan di mana bahagian ini adalah bahagian
yang saya perlu laksanakan setelah pembahagian tugas dilakukan. Selain itu,
berlaku kesukaran untuk mendapatkan temu janji yang sesuai dengan syarikat yang
kami ingin temuduga.

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya bertanyakan pensyarah pembimbing


dan rakan-rakan. Selain itu, saya membuat sedikit kajian melalui internet. Setelah itu
saya dapat mengetahui apakah itu kawalan dan tindakan. Berhubung dengan
masalah untuk temuduga, akhirnya kami dapat melakukan temuduga walaupun
terpaksa dilakukan pada waktu malam dan berakhir pada waktu awal pagi. Kami
tetap berasa puas kerana dapat menemuduga pengasas syarikat tersebut.

Sepanjang mejalankan tugasan ini, saya menerima banyak maklumat,


pengetahuan serta pengalaman. Antaranya saya mendapat tahu bagaimana
sesebuah syarikat mempunyai strategi pemasaran yang berbeza-beza dan
mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Selain itu, kami juga dapat
mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang kami pilih dan mengetahui
kelebihanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah, rakan
dan juga pihak syarikat kerana sudi mebimbing kami sepanjang menjalankan
tugasan ini.

Das könnte Ihnen auch gefallen