Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
Internet.
Pengalaman/kemahiran.
Pengaruh persekitaran.
Faedah sampingan.
Taraf hidup.
Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat dalam aktiviti kokurikulum.
Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap bidang yang diceburi.
UNIT 2: KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
Setiap pelajar pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan dia membuat keputusan yang
bijak, terutamanya semasa memilih jurusan.
Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga perlu dilakukan bagi membantu pelajar
memilih jurusan yang sesuai dengan minat kerjaya.
Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai.
Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu diamalkan semasa membuat keputusan.
PILIHAN JURUSAN
SAINS
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English for Science and
Technology (EST).
TEKNIKAL
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan, EST.
SASTERA
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan Melayu, Sains dan
Pendidikan Seni Visual.
AGAMA
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.
Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.
TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP KELUARGA
Patuh dan taat terhadap ibu bapa.
Hormat kepada ibu bapa dan mendoakan kesejahteraan mereka.
KEPERLUANAHLI KELUARGA
KEPERLUAN FIZIKAL
Tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman, wang perbelanjaan, hiburan dan
perubatan.
KEPERLUAN MENTAL
Ilmu pengetahuan, pendidikan moral, nasihat, dan panduan berhubung sesuatu perkara.
KEPERLUAN EMOSI
Penghargaan berbentuk kata-kata pujian, penghormatan dan kata-kata perangsang.
KEPERLUAN ROHANI
Didikan agama dan nilai-nilai murni.
TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Pemeliharaan alam sekitar- Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
Pemuliharaan alam sekitar- Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar
yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia.
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi dalam
pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara
sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara.
TANGGUNGJAWAB
Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.
Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.
AKTIVITI PERINDUSTRIAN
Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.
KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR
PENCEMARAN UDARA
PUNCA
Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.
KESAN
Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.
PENCEMARAN AIR
PUNCA
Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian
KESAN
Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.
PENCEMARAN DARAT
PUNCA
Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.
KESAN
Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.
PENCEMARAN BUNYI
PUNCA
Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.
KESAN
Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
KAUM CINA
Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat, pemberian angpau.
KAUM MELAYU
Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri arwah, memakai inai untuk
pengantin.
KAUM INDIA
Lidah bayi disapu madu.,Memakai thali., Pemberian dawri oleh pengantin perempuan kepada
pengantin lelaki., Membakar mayat.
KAUM IBAN
Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati melangkah mayat, melukis tatu.
KAUM KADAZAN
Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat bertangis untuk mengucapkan selamat
tinggal kepada pengantin, adat moginupus.
Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat dan
pengajaran.
KAUM MELAYU
Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul.
Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.
KAUM CINA
Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah.
Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.
KAUM INDIA
Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut.
Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.
KAUM IBAN
Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan.
Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.
KADAZAN
Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir.
Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.
TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
YANG DIPERTUAN AGONG- MAJLIS RAJA-RAJA
KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA
BADAN PERUNDANGAN- Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)
BADAN EKSEKUTIF- Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan Berkanun, Badan
Bukan Berkanun.
BADAN KEHAKIMAN- Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Malaya
( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo
( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen)
PERUNDANGAN (Legislatif)
Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang, membahaskan rang undang-
undang.
PELAKSANA (Eksekutif)
Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan, menerima dan
melaksanakan arahan.
KEHAKIMAN (Judisiari)
Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan perbicaraan awam.
SURUHANJAYA DIRAJA
Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada suruhanjaya tentang
sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam.
Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau jabatan kerajaan yang
disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat penambahbaikan.
Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan membuat cadangan untuk
menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih cekap dan bertanggungjawab.
Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada pakar
yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, politik, sosial dan
akademik.
Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan secara terbuka.
KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA
Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia.
Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang timbalan menteri.
Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian menjalankan fungsi-fungsi
tertentu.
Kementerian Kewangan
Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
Kementerian Pertahanan
Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan Latihan Khidmat
Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara diRaja
Malaysia.
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Kementerian Kesihatan
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara,
Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan, Jabatan Kesihatan Awam, Pusat
Penyelidikan Klinikal.
Kementerian Pelancongan
Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.
TEMA 6-CABARAN MASA DEPAN
MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA DAN SEJAGAT
ANCAMAN DALAMAN
Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.
Kumpulan militant atau puak ekstremis.
Kegiatan jenayah.
Kegiatan rasuah.
Pemalsuan dokumen.
Penyalahgunaan teknologi.
ANCAMAN LUARAN
Kegiatan lanun di perairan negara.
Kekacauan politik.
MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (IHL)
DIPRAKTIKKAN
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa diperkenalkan dalam Konvensyen Geneva 1949.
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dilaksanakan bertujuan untuk melindungi orang
awam seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, pelarian, tawanan perang, hal-hal berkaitan
agama.
Tidak boleh menyerang orang awam; harus bezakan antara orang awam dengan tentera.