Sie sind auf Seite 1von 8

NAMA PELAJAR : SITI ZURAINI BINTI MOHAMAD.

NO. MATRIK : JEA 080178.

SESI : SEMESTER 1 2008/2009.

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD.

NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BT ABD RAHMAN.

FAKULTI/AKADEMI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU.


PERKARA MUKA SURAT

Pengenalan ………………………………………………………………….. 1

Falsafah pemikiran dalam kandungan pantun............…………................ 2- 4

Penutup …………............................………………………………………… 5

Bibliografi......................................................................................................... 6
PENGENALAN

Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di

dalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk

mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan.

Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat

menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan

sendiri.

Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali

dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta pantun dalam bentuk

berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa,

kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya.

Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa

Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri empat baris dan berakhir

dengan pola a-b, a-b. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan, namun

sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis.

Di samping itu juga, pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu pantun

merupakan adat memelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan

menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum

berujar. Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan

memiliki kaitan dengan kata yang lain.

Pantun juga merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan

kata dalam khazanah bahasa melayu memperlihat daya cipta pemikiran dan falsafah

masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni.


Dalam konteks pantun adat pula, ia bermaksud peraturan yang sudah diamalkan

sejak turun temurun, iaitu sejak dahulu kala dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi

hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Selain itu, adat juga diertikan sebagai cara

yang sudah menjadi kebiasaan, semua ini dapat dijelaskan melalui pantun berikut:

Lebat daun bunga tanjung,


Berbau harum bunga cempaka,
Adat dijaga pusaka dijunjung,
Baru terpelihara adat pusaka,

Pantun diatas menghuraikan bahawa orang melayu amat kuat berpegang pada

adat. Dalam konteks ini, cara yang telah menjadi kebiasaan juga merupakan adat. Di sini

juga dapat dijelaskan bahawa adat merupakan peraturan yang telah diturunkan oleh nenek

moyang dahulu. Adat haruslah dijaga, dipelihara, dan dipatuhi oleh masyarakat kerana

ianya sangat penting dalam masyarakat Melayu.

Di samping itu, adat-adat yang masih diamalkan pada zaman sekarang ialah adat

bercukur, adat merisik, adat meminang, dan sebagainya. Contohnya dalam majlis

perkahwinan, yang dijalankan dengan penuh adat supaya majlis tersebut meriah. Adat

didalam majlis perkahwinan masih tidak dapat diteruskan dan diamalkan oleh generasi

baru. Keadaan ini membuktikan bahawa masyarakat melayu begitu memelihara adat

mereka.
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya,

Pantun diatas menghuraikan tentang adat meminang. Dalam pantun tersebut

menerangkan bahawa jika seseorang itu terpikat atau jatuh hati kepada seseorang, beliau

haruslah mengikut adat, iaitu meminang supaya kita dikenali oleh masyarakat seoarang

yang beradat. Dalam konteks ini, adat meminang sangat dititikberatkan oleh masyarakat

Melayu untuk membolehkan pasangan mengenali latarbelakang diri masing-masing.

Dalam masyarakat Melayu, adat meminang sangat penting kerana pada masa

itulah ibu bapa kedua-dua belah pihak dapat berbincang mengenai tarikh perkahwinan

yang akan dilangsungkan, belanja perkahwinan, dan sebagainya. Adat meminang juga

sangat penting untuk memberitahu bahawa gadis tersebut sudah ’berpunya’. Sebelum

adat meminang dilangsungkan, pihak lelaki haruslah merisik terlebih dahulu perempuan

tersebut untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik orang lain.

Anak teruna tiba di darat,


Dari Makasar langsung ke Deli,
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli,

Pantun di atas pula menghuraikan tentang kepentingan sesebuah bahasa. Dalam

konteks ini, pantun tersebut membawa maksud seseorang yang hidup di atas dunia

perlulah berpegang pada adat. Dalam hal ini, adat memainkan peranan penting kepada

sesuatu bahasa kerana bahasa sangat penting dan tidak boleh dijual beli.

Selain itu, bahasa juga adalah lambang kepada sesebuah bangsa. Dalam konteks

ini, bahasa adalah sebahagian daripada budaya yang mempunyai nilai budaya penuturnya.

Bahasa juga merupakan teras dalam kehidupan budaya melayu. Dalam konteks ini juga,
kepentingan bahasa dapat dilihat dengan jelas melalui pantun-pantun, sajak, gurindam,

dan sebagainya yang memperlihatkan bahasa-bahasa yang begitu indah.

Menanam kelapa di Pulau Bukum,


Tinggi sedepa sudah berbuah,
Adat bermula dengan hukum,
Hukum bersandar di Kitab Allah,

Dalam pantun tersebut pula menceritakan tentang hukum Allah. Pantun ini

membawa maksud bahawa adat yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat adalah

berpandukan hukum Allah. Hukum Allah tersebut adalah melalui al-Quran dan as-

Sunnah. Adat yang diamalkan haruslah bersandarkan pada hukum Allah kerana jika

tersilap langkah ia boleh merosakan akidah seseorang. Dalam konteks ini, adat bukanlah

perkara yang boleh dipandang remeh dan boleh diamalkan sesuka hati.

Jika dilihat pada sudut Islam, adat bersanding adalah haram dalam sesebuah

perkahwinan, kerana mempunyai pengaruh kuat dari agama Hindu. Dalam konteks ini,

adat persandingan haram jika diadakan dalam majlis perkahwinan, tetapi ia bergantung

kepada individu tersebut. Hal ini sangat dititikberatkan dalam Islam kerana walaupun

adat merupakan warisan yang diamalkan dari zaman dahulu lagi, namun hukum Allah

tidak diketepikan dalam melaksanakan sesuatu adat.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pantun adat merupakan pantun yang ingin menyampaikan mesej

tentang peraturan-peraturan dalam kehidupan. Selain menjadi peraturan dalam hidup ,


pantun adat juga merupakan cerminan masyarakat Melayu sama ada daripada segi adat

resam, perlakuan, pandangan ataupun pemikiran hidup manusia Melayu itu sendiri.

Selain itu, pantun adat juga adalah bertujuan memartabatkan adat sesebuah

masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat

berpegang pada adat. Dalam konteks ini juga, terdapat banyak pepatah serta ungkapan

yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu, tetapi kebanyakan adat adalah

merujuk kepada peraturan kehidupan.

Dalam hal ini, kita dapat merumuskan bahawa pantun bukan sahaja berfungsi

menyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan sesebuah

masyarakat. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam pantun-pantun tersebut

terdapat banyak nilai-nilai sosiobudaya masyarakat Melayu yang dapat ditelusuri

menerusi karya sastera tradisi yang berbentuk naratif. Sekaligus dapat menilai bentuk

pemikiran masyarakat dalam semua aspek.

Oleh itu, menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (DBP), pantun mempengaruhi

pemikiran, kreativiti, dan peradaban kehidupan masyarakat Melayu. Justeru itu, pantun

perlulah dipertahankan dalam masyarakat, bukan sahaja kerana nilai eksotiknya tetapi

juga sebagai warisan yang tidak ternilai.

Alias Yunos. 1966. Pantun Melayu Sastera Rakyat: Penerbitan Federal Berhad
Puteri Roslina. Eksotiknya Pantun Melayu dlm Dewan Bahasa, Jil.8, Bil 8,

Hlm.17-18,Ogos 2008

http:// www.astech.com.my/adat/.

http:// malaysiana.pnm.my/0101/0120/mel_merisik.htm

http:// penyair.wordpress.com/2007/11/29/pantun_adat/

Das könnte Ihnen auch gefallen