Sie sind auf Seite 1von 8

NAMA PELAJAR : SITI ZURAINI BINTI MOHAMAD.

NO. MATRIK : JEA 080178.

SESI : SEMESTER 1 2008/2009.

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD.

NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BT ABD RAHMAN.

FAKULTI/AKADEMI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU.


PERKARA MUKA SURAT

Pengenalan ………………………………………………………………….. 1

Falsafah pemikiran tokoh............………………………………………....... 2- 4

Penutup …………............................………………………………………… 5

Bibliografi ....................................................................................................... 6
PENGENALAN

Nama sebenarnya dikenali sebagai Abu Ali Husen bin Abdullah bin Hassan bin

Ali bin Sina. Nama terkenal beliau ialah Ibnu Sina. Dalam buku-buku Barat pula, beliau

digelar AVICENNA. Ibnu Sina dilahirkan pada 370H/980M di Turki. Semua perkara

tentang Ibnu Sina dijadikan bahan penyelidikan iaitu, bermula daripada nama, kelahiran,

dan seterusnya sehingga meninggal dunia serta soal fahaman dan cara berfikir.

Beliau telah mempelajari ilmu-ilmu asas agama seperti Fikah, Tasawuf, Tauhid

daripada keluarganya sebagai panduan hidup. Selain mempelajari ilmu agama, beliau

juga mempelajari berbagai-bagai ilmu kemahiran seperti Matematik, Fizik, Sains dan

Astronomi. Beliau juga telah mula menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun dan

menjadi doktor ketika berusia 17 tahun. Ketokohan Ibnu Sina terserlah apabila beliau

digelar sebagai ahli falsafah Islam dan berjaya menjadi ahli perubatan yang telah

menghuraikan 760 jenis penyakit serta cara pengubatannya.

Selain mempunyai kepakaran dalam bidang –bidang tertentu, Ibnu Sina juga

digelar sebagai ‘Bapa Perubatan Moden’. Kepintaran dan ingatan yang luar biasa yang

dimiliki oleh Ibnu Sina telah menjadi kekaguman kebanyakan tetangganya. Ibnu Sina

juga telah menyumbang beberapa hasil karangan dalam bidang perubatan iaitu Qanun Fit

At-Tib, Kitab Al-Najah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan dengan alam tabi serta Kitab

As-syifa’ dalam bidang perubatan yang merupakan buku kedoktoran yang menjadi

rujukan utama dari dahulu hingga sekarang.


Selain kemasyhuran di dalam bidang-bidang yang lain, Ibnu Sina sangat masyhur

dalam bidang falsafah. Ibnu Sina telah menyumbangkan beberapa falsafah

pemikirannya, terutama dalam Islam. Sehubungan dengan itu, Ibnu Sina telah

memberikan perhatian yang khusus terhadap perbahasan kejiwaan. Semua ini dapat kita

lihat daripada buku-buku khusus tentang kejiwaan atau berbagai persoalan tentang

falsafah. Memang tidak sukar untuk mencari unsur-unsur fikiran yang membentuk teori

tentang kejiwaan seperti Aristotle dan ahli falsafah lain, namun tidak bererti bahawa Ibnu

Sina tidak mempunyai keperibadian sendiri. Ibnu Sina percaya akan kekuasaan akal

yang tidak terbatas.

Selain itu ,dalam ilmu fizikal pula, ilmu Ibnu Sina sangat berbeza daripada

Aristotle yang hanya mempercayai akan dinamiknya kekuatan. Ibnu Sina pula

menggunakan banyak metode eksperimen dan lebih terpengaruh kepada perbahasan

dalam lapangan kedoktoran. Permikiran terpenting yang dihasilkan oleh Ibnu Sina

adalah falsafah tentang jiwa. Ibnu Sina menganut fahaman pancaran iaitu daripada Tuhan

memancar akal pertama dan dari akal pertama sehingga seterusnya.

Klasifikasi ilmu-ilmu falsafah Ibnu Sina diakui dalam kalangan masyarakat di

Zaman Tengah Eropah dan ia sangat disenangi oleh kaum Scholatic. Selain itu Islam

dalam tafsiran Ibnu Sina bukanlah dapat dijadikan bahan pendebatan tetapi Islam telah

memberi jalan kepada Ibnu Sina merumus falsafahnya. Beliau juga telah berjaya menulis
sebuah buku yang berjudul Al- Najah yang membincangkan tentang falsafah. Falsafah

yang dibawa oleh Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi.

Ibnu Sina memperkenalkan dirinya sebagai muslim yang percaya, namun dia

menempatkan falsafahnya dan hukum syara’ daripada al-Quran dengan tahap yang sama.

Beliau telah membawa aliran agama Islam ke dalam falsafah terutamanya dalam taksiran

tehadap Aristotle, keadaan ini telah menyebabkan pihak Katolik mencurigai Ibnu Sina.

Ilmu keagamaan yang mendalam daripada Ibnu Sina turut mengambil bahagian

dalam pengaruhnya kepada ilmu falsafah. Pelajaran agama dan pertemuan falsafah,

terutamanya dilapangan metafikasikan menuju kepada tujuan yang sama. Falsafah Ibnu

Sina turut dipengaruhi oleh Peripatetes dan Neo Platoni tetapi konsepnya cukup tegas.

Beliau mendiskusikan ajaran Aristotle sebagai orang sedarjat. Keaslian pemikiran Ibnu

Sina menjadi petunjuk bagi pelapor dari teori-teori ilmu pengetahuan moden.

Ibnu Sina mempunyai pemikiran-pemikiran yang baru, baik didalam menafsir

doktrin yang ditinggalkan oleh Aristotle mahupun penemuan –penemuan yang diperolehi

sendiri. Namun beliau tetap meningkatkan falsafah kepada iman agama iaitu Islam.

Beliau mengatakan bahawa akal mempunyai dua sifat iaitu sifat wajib, wujudnya sebagai

pancaran dari Allah dan sifat mungkin apabila ditinjau pada hakikat sebenar. Beliau juga

menyatakan bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan, tetapi ia

disangkal oleh imam al-Ghazali.

Ibnu Sina menyatakan lagi, setiap individu mempunyai formula keseimbangan

yang berlainan. Walaupun teori tersebut tidak tepat, tetapi dapat meletakkan satu
landasan yang kukuh dalam dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang

dihadapi oleh manusia. Daripada itu, Ibnu Sina telah mengkaji dan menapis teori-teori

kosmogoni Yunani dan seterusnya mengislamkannya.

Pemikiran, falsafah dan konsep ketuhanan yang dicetuskan oleh beliau tentang

adanya susunan akal dan nutus langit serta jirim atasan telah mencetuskan kontrovesi

iaitu disangkal oleh al-Ghazali. Salah satu pencanggahan yang menyebabkan

penyangkalan al-Ghazali ialah terhadap penafian Ibnu Sina mengenai jasad manusia

dengan perasaan kebahagiaan atau kesengsaraan di syurga dan neraka.

Menurut Ibnu Sina, sifat seseorang bergantung kepada jiwa yang sangat

berpengaruh. Menurut beliau lagi, jiwa manusia mempunyai satu unit yang tersendiri dan

mempunyai wujud terlepas dari badan, ia timbul dan tercipta setiap kali ada badan yang

sesuai menerima jiwa. Walaupun jiwa manusia tidak mempunyai fungsi- fungsi fizik

untuk menjalankan tugasnya untuk berfikir maka wujudlah badan untuk membantu jiwa

manusia untuk berfikir.

Dalam aspek lain pula, Ibnu Sina menyifatkan sifat yang paling rendah kepada

Allah kerana sejak awal lagi ia mengambarkan kemestian kepada Allah dari semua sudut.

Allah telah mengurniakan kepada manusia akal metarial yang begitu kuat sehingga tanpa

melalui latihan juga dapat berhubung dengan akal aktif dan dengan mudah menerima

wahyu dari Tuhan.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, falsafah pemikiran yang dimiliki oleh Ibnu Sina tiada

tandingannya dan sangat mendalam. Pemikiran keagamaan yang dimiliki oleh beliau

sangat penting dalam menegakkan Islam. Selain itu, pemahaman yang dimiliki oleh Ibnu

Sina sangat dipengaruhi pandangan falsafahnya. Keistimewaan yang dimiliki oleh beliau

seperti daya fikir yang tajam dan keyakinan yang mendalam dalam bidang agama secara

keseluruhan mewarnai alam fikirannya.

Walaupun pendapat beliau sering disangkal oleh ahli falsafah lain, tetapi semua

itu tidak melemahkan semangat beliau memperjuangkan Islam. Melalui pendapat-

pendapat yang dikemukakan oleh beliau memainkan peranan penting dalam diri

seseorang. Menurut beliau, alam ini dicipta dengan jalan emanasi. Tuhan adalah wujud

pertama immateri dan darinya menghasilkan segalanya. Pemikiran Ibnu Sina tentang

kenabian merupakan manusia paling unggul iaitu lebih unggul dari ilmu falsafah kerana

nabi memiliki akal yang aktual tanpa sebarang latihan. Akhirnya kata falsafah pemikiran

Ibnu Sina memainkan peranan penting dalam memperkukuh segala pendapat beliau

mengenai Islam.
H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina (AVICENNA) Sarjana dan Filosoof

Besar Dunia. Jakarta : Penerbit Bulan Bintang.

http://www.alhakelantan.tripod.com./tokoh/id3.html

http://www.abahsyauqiy.wordpress.com/2007/11/29/filasat.ibnu.sina

http://www.id.wikipedia.org/wiki/ibnu_sina

http://www.freewebs.com.ibnu.sina/

Das könnte Ihnen auch gefallen