You are on page 1of 10

Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung

dalam daerah kecil Chemor di Perak. Beliau menerima pendidikan


awal di Sekolah Melayu. Beliau meneruskan pelajaran di Sekolah
Anderson, Ipoh.Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936
hingga 1941.Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula
menunjukkan minat dengan persatuan pelajar. Beliau sangat kagum
dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20
November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Aminuddiin telah
menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai
Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April
1946.

Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan


Malayan Union. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan
pelajar digalakkan berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh
kerana itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan
untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah
bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada
persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Walau bagaimanapun pada
tahun 1949 Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif dalam persatuan
pelajar kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Dalam tahun
1950, beliau bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua
persatuan. Dalam tahun yang sama beliau telah lulus peperiksaan Sarjana
Sastera dan pada tahun berikutnya, lulus Ijazah Kepujian Sarjana Sastera.

Beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf
di Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, beliau telah berkhidmat
di Sekolah Anderson. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang
pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa
Queen. Aminuddin menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953
dengan mendapat Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan.
Selepas pulang ke tanahair beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab
Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Sumbangan besarnya kepada
pelajar dengan memperkenalkan Sejarah Islam. Pada bulan September
1955 Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak
dan pada tahun 1960 pula beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa
penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman.

Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan
Selangor. Pada masa yang sama beliau aktif dalam persatuan dan
pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman,
Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau
meninggal dunia pada 24 Disember 1965 pada usia muda 39 tahun
c

 
   

     
     c

 
  


c
_  
  
 


Oleh: MOHD ARIF ATAN

SEMALAM genap 42 tahun Allahyarham Aminuddin Baki yang


dianggap sebagai arkitek pendidikan kebangsaan meninggalkan
kita buat selama-lamanya. Namun, adakah wajar semangat pelopor
pendidikan kebangsaan ini dibiarkan terperosok dalam lipatan
sejarah tanpa kesungguhan kita untuk menghayati dan
mengukuhkan usaha yang telah dilakukannya?

Pemergian beliau dalam usia 39 tahun itu merupakan satu


kehilangan yang besar bagi bangsa Malaysia. Malah, Ungku Aziz
berpendapat, Aminuddin Baki dijangka memberi impak yang hebat
dalam negara ini jika beliau masih hidup selepas Tragedi 13 Mei.

Aminuddin Baki yang telah dilahirkan pada 26 Julai 1926 di


Chemor, Perak adalah tokoh pendidikan terulung yang memiliki
iltizam tinggi dalam memperjuangkan pendidikan berkualiti di
kalangan anak-anak Melayu. Beliau yakin bahawa pendidikanlah
pelaburan penting bangsa Melayu bagi mencapai kemajuan.

Beliau juga dikatakan pelopor kepada penulisan esei kritikan yang


lantang dan berani. Terdapat sebuah catatannya bertulisan jawi
yang menggambarkan sikap dan perjuangannya dalam
memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Catatan tersebut yang
masih tersimpan di Arkib Negara diberi tajuk ¶Anak Kandung, Anak
Angkat¶ mungkin novel yang akan dikarangnya. Beliau ingin
menyedarkan masyarakat Melayu supaya menjaga hak dan harta
pusaka yang dimiliki agar tidak tergadai di tangan penjajah dan
kaum pendatang.

Aminuddin Baki bukan sekadar pendidik malah birokrat dan


perancang yang memiliki semangat nasionalis yang tinggi. Pejuang
Melayu tulen ini banyak memberi sumbangan dalam sistem
pendidikan kebangsaan dengan mempelopori pelbagai aspek
pendidikan negara seperti kurikulum, bahasa pengantar,
pentadbiran dan Falsafah Pendidikan Negara.

Tidak hairanlah, Aminuddin Baki dikenal sebagai µensiklopedia


bergerak¶ kerana pelbagai perkara berkaitan pendidikan seperti
latihan perguruan, sistem pelajaran, biasiswa, perpustakaan,
pendidikan teknik dan sebagainya berada di dalam
pengetahuannya. Beliau sememangnya memiliki pengalaman,
minat dan kesungguhan dalam menyediakan tapak kepada sistem
pendidikan kebangsaan.

Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila dalam usia 36 tahun


telah menjadi pegawai termuda untuk jawatan Ketua Penasihat
Pelajaran yang merupakan jawatan tertinggi dalam bidang
pendidikan tanah air. Ternyata, Aminuddin Baki tidak mensia-siakan
kepercayaan yang telah diberikan oleh Tun Abdul Razak yang
ketika itu merupakan Menteri Pelajaran.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) terbina atas


usahanya.

Bersama-sama Abdullah Ayob, mereka mengasaskan GPMS di


Universiti Malaya Singapura sebagai wahana pencetus kesedaran
kepada pentingnya pendidikan di kalangan bangsa Melayu. GPMS
sering mengingatkan ibu bapa Melayu ketika itu supaya mengambil
berat pendidikan anak-anak. Orang Melayu yang berpelajaran tinggi
pula digesa menumpukan perkhidmatan dalam bidang pendidikan.

Aminuddin Baki menyedari kedudukan anak-anak Melayu dalam


bidang pelajaran masih jauh terkebelakang kerana peluang
pendidikan yang amat terhad. Ketika itu, belum wujud lagi sekolah
menengah Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
di sekolah. Sebahagian besar sekolah Melayu cuma menawarkan
tempat sehingga Darjah Lima. Hanya mereka yang tamat Darjah
Enam akan diserap menjadi guru pelatih sekolah Melayu.

Lantaran bimbang dengan pengaruh agama Kristian, tidak ramai ibu


bapa menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris. Sekolah
Inggeris kerajaan juga masih sedikit bilangannya.

Oleh itu, demi memenuhi matlamat perjuangan GPMS, Aminuddin


Baki memilih untuk terus menjadi tenaga pengajar di Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI) walaupun memiliki kelayakan yang
membolehkannya menduduki jawatan yang lebih besar.

Beliau menyedari penglibatan menyeluruh dan kejayaan anak


bangsanya dalam pelajaran bergantung kepada pelaksanaan
sistem pendidikan kebangsaan. Oleh itu, sekolah kebangsaan (SK)
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu
diwujudkan. Selain demi kelangsungan pendidikan anak-anak
Melayu, beliau juga menyedari sistem pendidikan kebangsaan
adalah alat bagi mencapai perpaduan kaum.

Iltizam dan kesungguhan perjuangan mengangkat martabat


pendidikan kebangsaan yang telah dirintis oleh Aminuddin Baki
harus dijadikan pedoman dan terus digilap oleh generasi kini.
Penggubal dasar, golongan pentadbir pendidikan dan para pendidik
sehinggalah para pelajar, ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya
bertanggungjawab melaksanakan amanah dalam memantapkan
sistem pendidikan kebangsaan.

Pemerkasaan sekolah kebangsaan, penekanan kecemerlangan


pendidikan di kalangan anak-anak Melayu serta pengukuhan
kembali fungsi bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan tanah
air haruslah tidak dipinggirkan atas alasan tumpuan menghadapi
arus globalisasi.

Arus globalisasi bukannya penghalang untuk kita memperkasakan


pendidikan kebangsaan. Sebaliknya, manfaat yang ada daripada
dunia tanpa sempadan itu dijadikan alat bagi mencapai matlamat
tersebut. Oleh itu, tekad dan kesungguhan politik di kalangan
pemimpin kini terutama UMNO amat diperlukan.

Pendidikan kebangsaan menyediakan asas yang kukuh bagi


kelangsungan jati diri bangsa Malaysia. Aspek tersebut perlu diberi
penekanan jika kita mahu muncul sebagai pemain global bukan
sekadar hanya tahu menerima dan menggunakan apa sahaja
lambakan nilai globalisasi.

Hakikatnya, kita memerlukan lebih ramai insan seperti Aminuddin


Baki bagi menjayakan matlamat pengukuhan dan penstrukturan
semula sistem pendidikan kebangsaan. Diharapkan obor
perjuangannya tidak malap dan padam ditiup oleh pihak yang
pasrah dan taksub dengan fahaman globalisasi dan liberalisasic
  !"#$$#

$ "! "
 " "   
c

c
Mengenang arkitek pendidikan negara

Oleh ROOSFA HASHIM

PADA 9 Disember 2004 telah diadakan suatu majlis perasmian bangunan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Dalam majlis tersebut, salah sebuah pusat di
kampus itu diberikan nama Pusat Global Pendidikan Aminuddin Baki.
Nama 'Aminuddin Baki' begitu menyengat dalam otak Rozeman Abu Hassan, anak muda
berusia 37 tahun yang hadir dalam majlis itu. Siapa gerangan Aminuddin Baki yang disebut-
sebut itu sehinggakan banyak institusi yang memakai namanya? Bermulalah penggalian
beliau akan diri tokoh yang dikatakan amat berjasa kepada sistem pendidikan negara itu.
Pengabdian diri Rozeman keluar masuk arkib dan perpustakaan menemukan beliau
dengan pelbagai dokumen yang memukau minatnya. Semua bahan itu berkaitan
sumbangan Aminuddin berupa artikel, syarahan, catatan, gambar, sijil dan yang paling
autentik adalah buku harian saku milik Aminuddin antara 1961 - 65 dan diari peribadi beliau
yang juga catatan perjalanannya ke United Kingdom.
Kebanyakan buku dan tulisan yang ditemui Rozeman sebelum ini tentang Aminuddin lebih
tertumpu kepada aspek agenda pendidikan yang diperjuangkan oleh tokoh pendidikan itu.
Hal peribadinya, latar belakang keluarganya dan kehidupannya yang membentuk jati dirinya
hampir tidak ada sama sekali.
Rozeman pun menukar arah penggaliannya daripada arkib dan perpustakaan kepada
kampung halaman Aminuddin di Chemor, Perak menemui ahli keluarga dan saudara mara
Allahyarham. Demikianlah bermulanya projek penulisan buku Biografi Aminuddin Baki:
Arkitek Pendidikan Negara yang baru saja diterbitkan. Rozeman menyodorkan buku
barunya ini kepada saya dua hari lalu.
Aminuddin Baki lahir di sebuah perkampungan Mandailing di Chemor, Perak. Keluarganya,
orang Mandailing berasal dari Sumatera dan Aminuddin dibesarkan dalam sebuah keluarga
tujuh adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal dalam suasana sekolah atap dan
mengikuti kelas agama Islam sebelah petang dan malam di bawah bimbingan Ustaz
Dahlan.
Sekolah Anderson di Ipoh kemudian memberi tempat kepada Aminuddin menduduki
Special Malay Class. Sepanjang belajar di Sekolah Anderson, Aminuddin mengayuh
basikal sejah 20 km tiap hari antara Chemor dengan Ipoh.
Kedatangan tentera Jepun telah menghantar pula beliau ke Sekolah Convent, Jalan
Gopeng di Ipoh bagi mempelajari Kamigayo, iaitu pelajaran bahasa Jepun sehingga
melayakkan beliau menjadi guru bahasa Jepun.
Kemudian Aminuddin menjalani latihan perguruan di Hyoin Yosei Jo, di Brewster Road. Di
sinilah Aminuddin mula akrab dengan tokoh-tokoh pendidikan lain seperti Hamdan Sheikh
Tahir dan Abdullah Ayob. Dalam kalangan teman-teman akrabnya, Aminuddin dikenali
dengan sikap dirinya yang jujur, mempunyai keazaman tinggi, berprinsip dalam tindakannya
dan berpegang kuat dengan mengamalkan setiap ajaran Islam.
Selepas tamat perang, Aminuddin kembali menyambung pengajian dan memperoleh
School Certificate pada 1946 dan menyambung pengajian di Raffles College, dan kemudian
ke Universiti Malaya, Singapura. Dalam masa itu juga Aminuddin menimba pengalaman
menjadi guru dengan mengajar di Anglo-Malay Evening School di Singapura antara 1949-
1951.
Bersama Abdullah Majid, Aminuddin mengaturkan pelbagai kelas bahasa Inggeris untuk
anak-anak Melayu di beberapa tempat di Singapura dengan Aminuddin sendiri mengajar di
Sekolah Telok Belangah. Selain seorang pemidato dalam bahasa Melayu yang baik,
Aminuddin boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Inggeris, Jepun, Cina dan Arab.
Dalam biografi ini sikap bencikan sistem penjajah amat kental pada diri Aminuddin. Beliau
dipetik berkata "Saya tidak tahan lebih lama lagi menuntut di sekolah penjajah, saya tidak
mahu menjadi anak jajahan. Bagaimana saya boleh belajar dengan sistem pelajaran
penjajah sekarang ini? Bagaimana saya boleh menimba ilmu dari perigi yang kotor?"
Aminuddin bertekad melanjutkan pengajiannya di Universitas Gadjah Mada di Indonesia.
Beliau mahu menjadi pelajar Melayu pertama di universiti tersebut. Sahabat beliau,
Abdullah Hussain memberi nasihat kepada Aminuddin, "Memang benar perigi itu kotor,
tetapi di dasar perigi itu ada mutiara. Apa salahnya kalau saudara menyelam mengambil
mutiaranya tanpa menggunakan airnya yang kotor itu? Walaupun tubuh saudara akan kotor
tetapi mutiara yang saudara peroleh di dasarnya dapat membersihkan kotoran itu."
Bakat kepimpinan Aminuddin jelas apabila ketika baru berusia 20 tahun beliau menubuhkan
dan memimpin Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Ipoh pada April 1946.
Beliau memperkenalkan perjuangan PERMI dengan slogan "Belajar terus belajar!"
PERMI yang diterajui Aminuddin kemudian berjaya menghimpunkan pemimpin pelajar
Melayu dari seluruh Semenanjung pada 14 dan 15 Ogos 1948 bagi menubuhkan
Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Aminuddin tidak menerima pelantikan sebagai Yang Dipertua GPMS yang pertama, tetapi
selepas itu beliau dilantik dua kali menerajui GPMS. Kepimpinan GPMS terpaksa
ditinggalkan oleh Aminuddin apabila beliau menerima Queen Scholarship bagi melanjutkan
pelajarannya di peringkat sarjana di London. Beliau kemudian dilantik menjadi Penasihat
GPMS sehinggalah beliau meninggal dunia.
Selepas pulang dari London, Aminuddin menjadi pensyarah di Sultan Idris Training College,
Tanjong Malim. Pengalaman beliau dalam PERMI dan GPMS digunakannya bagi
menggerakkan persatuan penuntut di SITC pula.
Ketika berusia 36 tahun pada 1961, Aminuddin merupakan pegawai kerajaan yang termuda
dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran bagi Persekutuan Tanah Melayu. Beliau
berusaha kuat memastikan bangsa Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan bangsa lain di Tanah Melayu.
Jawatan Ketua Penasihat Pelajaran bukanlah diterimanya tanpa cabaran dan salah satu
ujian getir yang dilalui oleh Aminuddin ketika itu ialah dalam menghadapi mogok pelajar
Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) di Tanjong Malim yang menuntut penukaran guru
besarnya. Mogok ini merebak sehingga selama satu setengah bulan sebelum SDAR diarah
tutup.
Sebagai salah seorang yang menggubal Laporan Razak beliau memastikan wujudnya
sekolah menengah aliran Melayu. Keputusan ini membuka laluan dan peluang yang luas
kepada pelajar Melayu mendapat pendidikan tinggi di universiti. Bagi memajukan lagi
perkhidmatan pendidikan negara, Aminuddin memujuk pegawai Melayu menyertai
profesion perguruan. Antaranya termasuklah Abdul Rahman Arshad dan Murad Mohd. Nor
yang kedua-duanya kemudian menjadi Ketua Pengarah Pelajaran.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang digubal seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961
menjadikan tugas Aminuddin semakin berat. Beliau menyusun dan menggerakkan jentera
pelajaran dengan amat berkesan. Beliau merancang beberapa dasar pelajaran dalam
negara untuk digubal dan digunakan sebagai dasar pendidikan kebangsaan.
Dua cabaran yang diatasinya ialah bagi mewujudkan aliran Melayu peringkat sekolah
menengah dan meyakinkan ibu bapa akan keupayaan anak-anak mereka maju dalam
aliran Melayu yang ketika itu tidak diyakini akan dapat memberi peluang kerjaya yang baik.
Satu lagi sumbangan Aminuddin Baki yang penting ialah bagi mewujudkan aliran sains di
sekolah menengah Melayu bagi memperbanyak lulusan aliran ini dalam kalangan anak
Melayu pada peringkat yang lebih tinggi di universiti.
Usaha beliau ini telah berjaya melahirkan graduan Melayu daripada aliran Melayu dan
aliran sains yang sebelum ini dinafikan oleh sistem pendidikan penjajah. Justeru, sesuailah
jolokan 'Arkitek Pendidikan Negara' diberikan kepada beliau.
Secara keseluruhan, buku ini telah berjaya mendokumentasikan dengan lengkap
sumbangan yang telah diberikan oleh Aminuddin dalam sistem pendidikan negara. Buku ini
harus dibaca oleh setiap kita khususnya yang terlibat dalam profesion pendidikan dan
perguruan.
Pada hari pertama bulan Ramadan bersamaan 24 Disember 1965 negara ini kehilangan
puteranya yang muda dan banyak berjasa dalam bidang pendidikan. Aminuddin bin Baki
meninggal dunia pada usia baru mencecah 39 tahun.

! #
%&
$ "! "  "  "#  
c

 cc

Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung dalam daerah kecil Chemor
di Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor dari tahun 1932 hingga
1936. c
c
Selepas lulus peperiksaan darjah lima beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson,
Ipoh. Sekolah tersebut merupakan sekolah Inggeris terbaik dan mempunyai guru yang baik dan
berpengalaman. Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941. c
c
Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar.
Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20
November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. c
c
Pada ketika itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudiannya menjadi Kesatuan
Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu yang ditubuhkan pada 11 Februari 1946. Kesatuan ini
telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyatukan semua persatuan pelajar di negara ini
dan Aminuddin telah dilantik sebagai setiausaha. c
c
Pada masa yang sama beliau telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali
sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946. Namun begitu
penglibatannya hanya sementara kerana pada bulan Oktober 1947 beliau diterima sebagai
pelajar di Raffles College, sebuah kolej termasyhur. c
c
Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union. Dalam
masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar digalakkan berusaha ke arah
pencapaian matlamat mereka. c
c
Oleh kerana itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk
menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di
Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar
Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. c
c
Walau bagaimanapun pada tahun 1949 Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif dalam
persatuan pelajar kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu beliau
hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh sahaja. c
c
Semasa di universiti beliau berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman beliau telah
mendaftar sebagai guru sambilan di Anglo-Malay Evening School. Beliau telah mengajar di
sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. c
c
Dalam tahun 1950, beliau bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua
persatuan. Dalam tahun yang sama beliau telah lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada
tahun berikutnya, lulus Ijazah Kepujian Sarjana Sastera.

Selepas menamatkan pelajarannya, beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah
Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, beliau telah
berkhidmat di Sekolah Anderson. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan
di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Queen. c
c
Beliau meninggalkan Pulau Pinang dengan menaiki kapal SS Canton pada 12 Julai 1952.
Aminuddin menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953 dengan mendapat Ijazah Master
of Methods dalam bidang pendidikan. Selepas pulang ke tanahair beliau ditawarkan jawatan
Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. c
c
Sumbangan besarnya kepada pelajar dengan memperkenalkan Sejarah Islam tetapi tidak
termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955 Aminuddin terlibat dalam
menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula beliau dipilih sebagai ahli
jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman.

Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor. Pada
masa yang sama beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti
Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Dengan usaha beliau juga peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diwujudkan. c
c
Beliau telah menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963. Aminuddin Baki
meninggal dunia pada 24 Disember 1965 kerana diserang penyakit jantung selepas
menunaikan sembahyang. Pada ketika itu memegang jawatan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia

  $! #


&
$ "!  
c