Sie sind auf Seite 1von 14

7.

Cabaran Profesion Keguruan - Presentation Transcript


1. Cabaran Profesion Perguruan
2. CABARAN PROFESION KEGURUAN  Sekolah Berkualiti  Pengurusan perubahan
 Perubahan dalam pendidikan - Pembestarian pendidikan - Globalisasi pendidikan
3. PENGENALAN • Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan
kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih • Cabaran didefinisikan
sebagai sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam
sesuatu aktiviti • Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi
pada masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan
teknologi yang selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
4. Cabaran Profesion Keguruan • Perkembangan bidang sains dan Teknologi pada masa kini
menjadikan kegiatan Pendidikan semakin mencabar dan lebih canggih. • Keadaan ini
seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan
pula, masalah sekolah juga semakin bertambah apabila bilangan murid bertambah di
dalam bilik darjah. • Situasi ini seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru
berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah.
5. Sekolah Berkualiti Reformasi pendidikan merupakan langkah yang konkrit untuk
mencapai matlamat dan wawasan 2020. Ia adalah untuk melahirkan insan yang boleh
memberi sumbangan untuk mencapai matlamat 2020. Di antara intisari Wawasan
Pendidikan ini ialah: • Perpaduan di antara pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa •
Pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dan mengandungi sifat untuk mencuba dan
memikul risiko. • Perkhidmatan penyayang yang mengutamakan penghargaan nilai-nilai
kemurnian. • Empowerment, iaitu berkongsi kuasa dengan anggota-anggota sekolah
untuk melaksanakan program sekolah melalui kaedah reflektif, inovatif, kreatif dan
asertif. • Budaya ilmu yang boleh melahirkan pelajar supaya mencintakan ilmu melalui
budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis
dan budaya berkarya. • Sekolah penyayang yang mengiktiraf harga diri manusia supaya
pelajar mencintai guru, sekolah dan pembelajaran mereka sehingga displin dikurangkan
ke tahap zero defect dan sekolah pun menjadi tempat sebagai ”sekolahku, rumahku”. •
Budaya cemerlang dalam budaya kerja, budaya ilmu, akhlak dan sahsiah peribadi.
6. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Memperkembangkan potensi pelajar secara
menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi, melalui
pendekatan strategik berikut: • Penyediaan kurikulum yang relevan supaya pelajar dapat
memperolehi ilmu pengetahuan yang terkinidan memperkembang sosial serta menguasai
kemahiran yang bernilai dari segi k-ekonomi. • Penyediaan sistem penyampaian yang
berkesan supaya pelajar memperolehi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). •
Penyediaan kurikulum yang menekankan kepada sains dan Teknologi, Pendidikan
Agama, Moral supaya melahirkan lebih ramai tenaga kerja untuk pencapaian taraf negara
maju, disamping memastikan nilai-nilai baik dapat diamalkan dikalangan pelajar dalam
semua aspek kehidupan. • Pemupukan patriotisme melalui penerapan dalam semua mata
pelajaran serta aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat, supaya melahirkan pelajar
yang mempunyai semangat bangga sebagai rakyat Malaysia.
7. 1. Pembangunan sumber pendidikan seperti guru dan prasarana untuk sekolah melalui
pendekatan strategik berikut: – Penyediaan input pendidikan yang mencukupi, lengkap
dan terkini untuk semua peringkat sekolah. – Pelaksanaan program pendidikan mengikut
perancangan dengan memastikan matlamat pendidikan dan Rancangan Malaysia akan
tercapai. – Peningkatan keberkesanan proses pengajaran dengan penyediaan tenaga
pengajar yang berkualiti serta iklim persekolahan yang kondusif supaya bahan pelajaran
bukan sahaja diperolehi daripada buku teks, tetapi juga daripada Internet dan Multimedia.
8. Samb. • Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan,
khasnya dalam bidang kurikulum, pengajaran-pembelajaran dan penguasaan adalah
supaya mencapai matlamat untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan. •
Khasnya meningkatkan kualiti sekolah, guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan
taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan penyelidikan tindakan
kobolarasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan
kemahiran melalui e- pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan kemahiran yang
terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.
9. Pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti • Beberapa definisi pengajaran efektif
yang berbeza telah dikemukakan oleh tokoh pendidikan dari berbagai sudut yang
berlainan. • Mengikut J.M.Cooper dalam bukunya Classroom Teaching Skill, pengajaran
yang efektif ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya.
• Pengajaran efektif sering dikaitkan dengan guru yang berkesan. Ini kerana
keberkesanan pengajaran bergantung semata-mata kepada kecekapan guru dalam
merancang dan melaksanakan sesuatu pelajaran. • David Ryans berpendapat guru yang
berkesan ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa,
baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.
10. Samb. • J.M.Cooper pula berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang dapat: •
Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia •
Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan
interaksi yang positif dalam pelbagai hala. • Memperolehi ilmu pengetahuan yang
lengkap dalam matapelajaran yang diajar. • Menggunakan kaedah dan teknik mengajar
yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
11. Samb. Perlakuan mengajar Mempunyai sifat –sifat mengajar yang positif perancangan
GURU YANG Pengajaran BERKESAN efektif Berilmu pengetahuan pelaksanaan
Terlatih dalam pelbagai bidang pendidikan penilaian
12. Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Pelaksanaan • Aktiviti pengajaran dapat
dilaksanakan secara sistematik, langkah demi langkah, iaitu daripada peringkat
permulaan diikuti dengan peringkat perkembangan konsep, penggunaan ilmu
pengetahuan serta kemahiran,dan diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan. •
Di dalam peringkat permulaan, guru berjaya memotivasikan murid-murid dan menarik
perhatian mereka supaya bersedia mengikut pengajaran guru dengan penuh minat. •
Konsep dan kemahiran baru dapat diperkembangkan daripada yang mudah kepada yang
susah daripada yang konkrit kepada abstrak. • Isi pelajaran dapat disampaikan langkah
demi langkah dengan lancar dan sistematik serta mengikut masa yang ditentukan. •
Suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakkansupaya murid- murid menyertai
aktiviti pembelajaran mereka secara aktif dan diberi peluang berinteraksi di dalam
kumpulan mereka untuk mengemukakan idea dan pendapat dalam aktiviti perbincangan.
13. Samb. • Displin arahan diri dan displin arahan kerja di kalangan murid dapat
diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka dapat
mendisplinkan diri dan bekerja bersama-sama dengan rakan sedarjah tanpa kawalan
daripada guru. • Guru menggunakan ABM dengan cekap untuk menyampaikan sesuatu
konsep. Murid-murid boleh menggunakan ABM untuk menjalankan aktivti pembelajaran
yang berkesan. • Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai dan yang
cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid yang lambat dibimbing dengan
aktiviti pemulihan. • Aktiviti pengukuhan dapat membantu murid membuat rumusan dan
menggunakannya untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang baru. • Aktiviti
peneguhan dalam peringkat penutup adalah sesuai dan membawa perasaan kejayaan
kepada murid-murid.
14. Ciri-ciri Pengajaran Efektif Dari Segi Penilaian • Aktiviti soal jawab sering digunakan
untuk membuat penilaian. • Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu
murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta-merta. • Hasil penilaian pula
dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki
pengajaran guru pada masa hadapan.
15. Ciri-ciri Pengajaran Efektif dari Segi Perancangan • Pengajaran efektif mempunyai
objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta
kebolehan murid- murid. • Isi pelajaran dalam rancangan mengajar telah disusun daripada
mudah kepada kompleks, bermakna, relevan serta menarik. • Rancangan mengajar
meliputi penggunaan pelbagai alat bantu mengajar. • Pendekatan pengajaran berpusat
kepada murid adalah diutamakan. Ini bermakna rancangan mengajar menekankan aktiviti
pembelajaran murid. • Rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah mengajar yang
lengkap permulaan, perkembangan dan penutup yang lengkap. • Strategi dan kaedah
mengajar yang dipilih boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
16. Hubungan Konsep Budaya dengan Sekolah Berkualiti • Ahli fungsionalisme melihat
fungsi sekolah sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut
kehendak masyarakat mereka. • Sehubungan ini, sekolah adalah dipandang sebagai
sesuatu institusi yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat. •
Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. • Pendidikan
dianggap sebagai proses membentuk manusia yang berfikir kritis dan mempunyai daya
kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.
17. Budaya dan Iklim Sekolah Berkualiti • Ia dikenali sebagai iklim sekolah, mengandungi
empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan
aspek penggunaan bahasa. • Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti: •
Kebersihan bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah serta anggota sekolah; •
Keselamatan anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan
kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan
seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas; • Kemudahan sekolah
cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat; • Keselesaan seperti ruang
untuk bergerak yang mencukupi, peredaran udara segar yang membawa suasana tenang
dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran: dan • Keindahan sekolah dengan
tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasan yang memberansangkan suasana
keselesaan.
18. Samb. • Aspek sosial merangkumi perkara-perkara seperti: • Hormat-menghormati
diantara anggota sekolah serta mematuhi peraturan sekolah; • Rasa tanggungjawab
terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya; • Berkerjasama diantara anggota
sekolah, bersedia untuk membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa
rungutan. • Perpaduan dimenifestasikan daripada integrasi pelbagai kaum dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum; • Kemesraan dimenifestasikan daripada pergaulan dan
keriangan dalam aktiviti sosial di sekolah; dan • Keadilan dimenifestasikan dalam
hukuman dan ganjaran yang mengikut peraturan, layanan sama serta pengagihan kerja
dan tugas yang adil.
19. Samb. • Aspek perkembangan intelek merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat
ingin belajar, sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. • Aspek
penggunaan bahasa meliputi penggunaannya secara betul dan jitu didalam dan di luar
bilik darjah.
20. Program Meningkatkan Prestasi Budaya Sekolah • Ia biasanya dirancang dan
dilaksanakan oleh Jawatankuasa Budaya Sekolah. Di antara aktiviti yang meliputi semua
aspek budaya sekolah adalah dibincangkan seperti berikut: • Meningkatkan prestasi
dalam aspek fizikal seperti: – Menanam pokok bunga di kawasan sekolah – Melukis
mural sebagai perhiasan sekolah – Mengadakan latihan kecermasan untuk keselamatan –
Membaiki perabot yang rosak seperti meja dan kerusi murid – Mengadakan pertandingan
kebersihan kelas dan perhiasan bilik darjah
21. Samb. Meningkatkan prestasi dalam aspek sosial seperti: – Menganjurkan aktiviti sosial
yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum – Menggubal dan melaksanaaan peraturan
sekolah dengan adil – Mengagihkan kuasa dengan memberi tugas kepada pemimpin
kelab, persatuan, badan unit beruniform semasa menganjur aktiviti Meningkatkan
prestasi dalam aspek budaya ilmu seperti: – Menyebarkan matlamat KBSR atau KBSM
sama ada di dalam perhimpunan atau dipamerkan dalam papan kenyataan –
Menganjurkan aktiviti yang boleh meningkatkan penguasaan ilmu – Melengkapkan
dengan memperbanyakkan buku ilmiah dalam perpustakaan sekolah – Melengkapkan alat
bantu mengajar dan mengalakkan guru menggunakannya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran – Menjalankan pencerapan dan penyeliaan untuk meninkatkan prestasi
guru dalam aktiviti pengajaran – Mengadakan latihan dalaman untuk meningkatkan
kemahiran guru dalam aktiviti pengajaran mereka
22. Samb. Meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa seperti: – Menganjurkan
aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan, dan pidato sebagai galakan penggunaan
bahasa – Mengadakan peraturan yang boleh menghalang murid menggunakan bahasa
dialek di kawasan sekolah
23. Jenis Aktiviti Budaya Sekolah • Aktiviti budaya sekolah merangkumi aktiviti seperti: •
Menyanyi lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik seperti ”Malaysia Berjaya”
dalam perhimpunan sekolah • Membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti Hari Sukan,
perhimpunan Pengakap dan sebagainya • Mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap
hari persekolahan dan perhimpunan sekolah • Menjalankan kempen kebersihan sekolah •
Melaksanakan program Minggu Bahasa Melayu
24. Ciri-Ciri Sekolah Berkualiti: Ciri-Ciri Iklim Persekolahan Iklim sekolah yang baik dan
buruk bergantung kepada gaya pentadbiran seseorang Guru Besar / Pengetua.
Sesungguhnya, iklim persekolahan adalah berhubung rapat dengan displin dan peraturan
sekolah yang sedia ada serta perasaan kekitaan murid- murid dan kakitangan dalam
sekolah mereka. Iklim persekolahan yang dikatakan baik mengandungi beberapa siri
utama seperti: • Perhubungan yng saling hormat-menghormati di antara kakitangan
akademik dengan muridnya • Kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan
sekolah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah • Kewujudan satu keadaan yang
setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan,
termasuk usaha menggunakan bahasa sengan betul dan sesuai • Kewujudan iklim
persekitaran yang bersih, teratur dan tenteram • Kewujudan displin yang baik, dengan
zero defect dalam semua sktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah pengajaran-
pembelajaran, tiada konflik, tiada perlanggaran displin, tiada masalah keceriaan sekolah
dan sebagainya.
25. Samb. • Iklim persekolahan yang dikatakan negatif atau tertutup mengandungi beberapa
ciri utama seperti berikut: • Anggota sekolah sering menghadapi ancaman tekanan dan
konflik keperibadian, serta masalah displin sekolah • Perasaan kekitaan dan semangat
kerjasma diantara anggota sekolah tidak dapat diperlihatkan • Keceriaan sekolah adalah
kurang memuaskan • Keterlibatan dalam dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum
adalah sekadar minimum sahaja • Interaksi sosial di antara anggota sekolah diperlihatkan
pasif • Kepimpinan Guru Besar / pengetua bercorak autokratik, manakala guru bersikap
acuh tak acuh dan kurang semangat mengajar
26. Organisasi Sekolah Berkualiti dan Iklim Persekolahan Indeks organisasi sekolah yang
sihat boleh dikenalpasti seperti ciri-ciri berikut: • Mempunyai pusat sasaran untuk
pencapaian matlamat sekolah • Kesesuaian menyebar kebudayaan dan ilmu pengetahuan
• Berkongsi kuasa autoriti dalam pengurusan sekolah • Keberkesanan dalam penggunaan
sumber • Mempunyai semangat perpaduan dikalangan anggota sekolah • Anggota
sekolah mempunyai kesedaran terhadap keperluan reformasi pendidikan untuk kemajuan
sekolah • Mempunyai suatu sistem kawalan automatik yang dapat menangani gangguan
dari luar • Mempunyai daya penyesuaian yang berupaya mengubahsuai dan menangani
konflik di antara aspirasi sekolahdengan organisasi luar • Mempunyai organisasi yang
baik serta sistem pengurusan yang rapi untuk menangani konflik dalaman
27. PENGURUSAN PERUBAHAN • Dalam pengurusan perubahan, pihak sekolah perlulah
menghasilkan murid yang cemerlang dalam aspek akhlak dan akademik. Tambahnya lagi,
murid-murid juga mesti mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran kerja tempatan dan
antarabangsa. • Kementerian Pendidikan telah melancarkan satu reformasi pendidikan
dengan mmperkenalkan KBSR pada tahun 1982/1983 diikuti dengan pelaksanaan KBSM
pada tahun 1988/1989 dan pelaksanaan konsep sekolah bestari pada tahun 2000
berlandaskan matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.
28. Wawasan 2020 • Diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Dr Mahathir Mohamad bekas
Perdana Menteri Malaysia pada 28 Febuari 1991. Sembilan cabaran utama ialah: a)
Cabaran 1 - membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa
depan yang dikongsi bersama b) Cabaran 2 - melahirkan masyarakat yang bebas, teguh
dan terbentuk jiwanya c) Cabaran 3 - membentuk dan memperkembangkan sebuah
masyarakat demokrasi yang matang d) Cabaran 4 - membentuk masyarakat yang kukuh
ciri-ciri moral dan etikanya e) Cabaran 5 - membentuk sebuah masyarakat matang yang
bersifat liberal dan toleransi f) Cabaran 6 - membentuk sebuah masyarakat yang bersifat
sains dan progresif serta berdaya cipta g) Cabaran 7 - membentuk masyarakat yang
berbudi bahasa dan berbudaya penyayang h) Cabaran 8 - menjamin terbentuknya sebuah
masyarakat yand adil ekonomi i) Cabaran 9 - membentuk masyarakat yang makmur
29. Perubahan KBSR dan KBSM • Membaiki segala kelemahan tahun 1980an • Reformasi
pendidikan telah dilaksanakan: a) memperkenalkan komputer b) sistem peperiksaan juga
diubah c) sekolah bestari
30. Ciri-ciri Kurikulum Masa Depan • Pendidikan Pra Sekolah - guru akan ditambah - sistem
monitor juga dibuat - kanak-kanak berumur 6-11 tahun untuk mendapatkan pendidikan •
Pendidikan Sekolah Menengah - tahun 2008, tempoh pendidikan sekolah menengah
dikurangkan dari 7 tahun menjadi 6 tahun - Perubahan yang paling penting ialah
membaiki kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris
31. Inovasi Kurikulum dan Reformasi Pendidikan • Inovasi Kurikulum atau reformasi
kurikulum ialah pembaruan, perbaikan, pengubahsuaian atau pemulihan terhadap
kurikulum yang sedia ada • 3 faktor utama: a) perkembangan sains dan teknologi b)
keperluan masyarakat c) perkembangan falsafah dan teori pendidikan • Penerapan nilai-
nilai moral • Kemahiran asas dikuasai guru • Amalan perdagangan diserap dalam
pengajaran dan pembelajaran • Penubuhan Sekolah Bestari - guru perlulah bersedia
dengan cabaran globalisasi pendidikan
32. Ciri-ciri Guru Dalam Alaf Baru • Dahulu, pelajaran sekolah adalah bersifatkan kepada
guru dan buku • Sekarang, pelajaran adalah menjurus kepada pelajar dan komputer •
Guru - memiliki pengetahuan meluas tentang mata pelajaran yang diajar - tahu teknik
pengajarannya - memiliki sifat yang penyayang serta bersabar - memiliki sifat yang
penyayang serta bersabar - kecerdasan emosi dan kekuatan fizikal serta rohani - role
model kepada masyarakat, bangsa dan negara • Sifat-sifat - membina tahap keyakinan
diri • Beriltizam, berwawasan, berpandangan global dan senantiasa berorientasikan
maklumat.
33. Samb. • Guru - sedar perubahan yang berlaku • Berfikiran positif, bersikap fleksibel, ada
sifat kepimpinan dan memahirkan diri menggunakan komputer • Guru bestari -
melahirkan pakar IT dan teknokrat-teknokrat • Aplikasikan pengetahuan yang ada di
dalam bilik darjah
34. PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN Pembestarian Pendidikan • Bestari - maksud
cerdas, berpengetahuan, berpendidikan serta mempunyai budi pekerti yang mulia •
Sekolah bestari - sekolah yang bakal melahirkan pelajar cerdas dan pintar • Objektif -
melatih pelajar guna teknologi dalam pembelajaran • Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Singh
(2005), pula “berpendapat bahawa pembestarian pendidikan ialah untuk mewujudkan
suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di mana guru
bukan lagi sebagai pendeta di atas pentas tetapi sebagai pendidik dan pembimbing kepada
kepada murid-murid” • Komputer dan buku teks – alat bantu mengajar
35. • Penubuhan Sekolah Bestari - projek daripada Tujuh Flagship Applications dalam
Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Koridor, MSC) • 4 MP utama - Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Matlamat Sekolah Bestari • Budaya
berfikir • Pengurusan yang efektif • Kaedah dan teknik pengajaran dpt ditonjolkan •
Belajar secara pasukan terarah kendiri
36. Prasarana IT (Teknologi Maklumat) dalam Sekolah Bestari • Makmal komputer • Pusat
media • Bilik khidmat • Studio • Pejabat pentadbiran • Prasarana bilik darjah
37. Ciri-ciri Sekolah Bestari • Pelajar - belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya
pembelajaran itu sendiri • Guru - mengadaptasikan kurikulum kebangsaan berdasarkan
keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran individu • Penilaian pembelajaran – on line
38. Tanggungjawab dan Peranan Guru Bestari • Fasilitator • Mengurus rutin harian bilik
darjah • Merancang dan melaksana pembelajaran melalui prasarana IT • Kemahiran dan
penggunaan alat teknologi
39. Keperibadian Guru • Mempunyai nilai moral dan akhlak yang terpuji Sewajarnya perlu
ada kesesuaian di antara kata- kata guru dengan perilakunya yang sebenar. • Memahami
proses perkembangan remaja masa kini yang mudah terikut-ikut kepada unsur dan
budaya negatif tetapi sukar untuk menerima teguran dan nasihat yang membina. • Akhlak
seorang pendidik sesuai dengan ajaran dan pengetahuan yang diajar kepada pelajarnya.
40. Cabaran Profesion Perguruan AKHLAK ILMU TEKNIK & STRATEGI MENGAJAR
STAFF DAN KAKITANGAN SEKOLAH ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
PERLAKSANAAN PENCAPAIAN PENGAJARAN
41. AKHLAK • GURU berakhlak mulia. • GURU menjaga akhlak dan maruah diri. • GURU
mementingkan maruah pendidikan negara. • GURU berhadapan & menangani akhlak
tidak sihat (negatif) murid. • GURU pembentuk akhlak murid. ILMU • Guru sebagai
penyalur budaya dan ilmu. (Berdasarkan pembentukan Model Tret ) • Guru berperanan
sebagai agen penyalur budaya dan ilmu selain peranan institusi keluarga. Dalam konteks
ini, guru cuba memainkan peranan sebagai agen pewarisan budaya yang penting bagi
sesuatu masyarakat • Proses pembelajaran ini mungkin berlaku secara spontan dan
personaliti berubah secara tidak disedari.
42. Teknik & Strategi Mengajar • Guru sebagai penyalur kemahiran dan ketrampilan.
(Berdasarkan pembentukan Model Humanistik) • GURU mesti mencari alternatif terbaik
dalam teknik pengajaran . • GURU mempraktikkan teknik & strategi pengajaran yang
berkesan dan merangsang murid.
43. Staf & Kakitangan sekolah • GURU mesti bersedia dengan karenah staf & kakitangan
sekolah. Pendapat / penerimaan Emosi Kebolehanpercayaan & pentafsiran.
Pentadbiran Kerjasama.
44. Alat Bantu Mengajar (ABM) TIADA peruntukan Keperluan ABM yang TINGGI
Pemilihan ABM yang TEPAT dan BERSESUAIAN.
45. Perlaksanaan • Wujud organisasi Pelaksana. • Perlaksanaan mengikut TERTIB. • Hadapi
kekangan dengan baik.
46. Pencapaian Pengajaran • Berjaya – Guru perlu mengekalkan Prestasi – dihargai oleh
penduduk sekitar. • Tidak berjaya – Guru WAJIB meningkatkan prestasi. – Penduduk
sekitar hilang kepercayaan terhadap profesion Perguruan.
47. Usaha Memartabatkan Profesion Keguruan
48. • Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di
samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan.
Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah: A). Meningkatkan Tahap
Profesionalime 1. Program Diploma Perguruan Khas Diperkenal pada tahun 1996
bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat menengah dengan menyediakan guru
siswazah bagi semua sekolah menengah menjelang tahun 2005. 2. Program Diploma
Perguruan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggantikan Sijil
Perguruan Asas (SPA) kepada Diploma Perguruan Malaysia (DPM) demi untuk
meningkatkan mutu pendidikan di negara kita selaras dengan cabaran dalam dunia
pendidikan hari ini.
49. 3. Program Pensiswazahan Guru Kursus-kursus seperti Program Khas Pensisiwazahan
Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru
siswazah di samping kursus-kursus yang diadakan secara usaha sama dengan Universiti
Terbuka Malaysia (Open University) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut
Aminuddin Baki untuk guru besar. 4. Program Berkembar IAB Dengan Pihak Universiti
• Bidang pendidikan kini sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar
yang dibuat dahulu ada yang tidak sesuai lagi pada alaf ini. Oleh yang demikian dasar
pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian
Pendiidikan Malaysia sentiasa berusaha memastikan mutu pendidikan akan terus dikawal
dan sentiasa berada pada paras yang maksimum telah menjalankan beberapa program
khas untuk memastikan ianya terus berkembang. • Latihan pendidikan yang dijalankan
dengan usaha sama Institut Aminuddin baki dalam bidang pengurusan dan kempimpinan
pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan progam yang disediakan ialah program
kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan universiti-universiti di Britian,
Amerika Syarikat dan Australia.
50. B) Ganjaran & Kenaikan Pangkat Selain dari meningkatkan diri dengan
penambahbaikkan dalam bidang ilmu, para pendidik juga ditawarkan dengan ganjaran-
ganjaran dan kenaikan pangkat bagi mereka yang benar-benar layak seperti: •Pengetua
Cemerlang •Guru Cemerlang •Jawatan Naik Pangkat •Skim Gred Diploma
51. Mary Wong Siew Lian Maktab Perguruan Batu Lintang
52.  Tumpuan Asas Sekolah Bestari  Apakah Pembelajaran Bestari?  Jenis-Jenis
Pembelajaran & Strategi P-P Bestari  Penerapan Unsur-Unsur Bestari Dalam P-P Sains
53. Sekolah Bestari Pekerja Berilmu SEKOLAH BESTARI MENYEDIAKAN TENAGA
Perkembangan PEKERJA BERILMU UTK Industri/R&D INDUSTRI TEKNOLOGI
TINGGI
54. KUASA MINDA menjadi modal, BUKAN wang/tanah/pekerja MSC – PUSAT UNTUK
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TEMPATAN BERCORAK TEKNOLOGI TINGGI
SEKOLAH BESTARI PERLU MENGHASILKAN PELAJAR YG BERFIKIRAN
KRITIS, CEKAP, MEMPUNYAI KREATIVITI UNTUK MENCIPTA PRODUK
BARU UNTUK PASARAN DUNIA
55. Pembelajaran di Sekolah Bestari harus dapat mencungkil bakat dan minat pelajar supaya
mereka boleh mencipta produk-produk baru atau mempelopori proses-proses kerja atau
perkhidmatan baru … seperti Wright brothers, Henry Ford, Oppenheimer, Akio Morita,
Bill Gates, Steven Spielberg, dan lain-lain …
56.  Inkuiri penemuan, penyelesaian masalah  Kolaborasi dgn. rakan, bukan berseorangan
 Mengguna pelbagai sumber IT / bukan IT  Merentasi pelbagai bidang ilmu  Dapat
memberi gambaran menyeluruh  Menjana pengetahuan/pemahaman baru
57. Projek, kajian, perbincangan, Tanpa IT kerja lapangan, temu bual, eksperimen, dll
Aktiviti kolaborasi melalui emel /’chat’ Akses maklumat dari internet/TV Dengan IT
CD-ROM/video/rakaman audio Aplikasi sofwer utk laporan, Pembentangan, dll
58. David Perkins & colleagues, Harvard University Two guiding beliefs in their Smart
School Research (Harvard Project Zero): • Learning is a consequence of thinking, and
good thinking is learnable by all students • Learning should include deep understanding,
which involves the flexible, active use of knowledge
59. SMART SCHOOL CLASSROOM CHARACTERISTICS AN ATMOSPHERE OF
RESPECT & RAPPORT . . . . POSITIVE TEACHER-STUDENT STUDENT-
STUDENT SEKOLAH BESTARI . . . INTERACTION
60. MANAGING STUDENT BEHAVIOUR  CLEAR STANDARDS OF CONDUCT
(GROUND RULES)  UNOBSTRUSIVE MONITORING OF STUDENT
BEHAVIOUR  SENSITIVITY TO STUDENTS’ NEEDS
61. ESTABLISHING A CULTURE FOR LEARNING  IMPORTANCE OF A BALANCE
BETWEEN PROCESS & CONTENT  STUDENT PRIDE IN WORK (OWNERSHIP
OF LEARNING)  SELF-REGULATION OF LEARNING
62. RESPECT FOR STUDENT DIFFERENCES PROVIDING CLASSROOM
ENVIRONMENTS WHICH CAN CATER FOR DIFFERENT STUDENT
CHARACTERISTICS: - STUDENT LEARNING STYLES - MULTIPLE
INTELLIGENCES
63. STUDENT LEARNING STYLES Motivational interest or pattern that is preferred when
processing new information or experience (Kenneth & Dunn, 1984) Four Modalities:
Visual Verbal learners Visual Nonverbal learners Auditory learners Kinesthetic/tactile
learners (Learning Styles Survey by Miller, 2000)
64. Model Gaya Pembelajaran (Dunn & Dunn, 1984) -gaya pembelajaran seseorang pelajar
bergantung kpd. unsur-unsur yg disukainya di bawah lima perangsang: Perangsang Unsur
Alam Sekitar Bunyi, cahaya, suhu Emosi Motivasi, ketabahan, tanggungjawab, struktur
Sosiologi Sendiri, pasangan, pasukan, pelbagai cara Fizikal Makan, minum, waktu,
gerakan Psikologi Global/analitik, otak kiri/kanan, impulsif/reflektif
65. MULTIPLE INTELLIGENCES  VERBAL-LINGUISTIC  LOGICAL-
MATHEMATICAL  VISUAL-SPATIAL  BODILY-KINESTHETIC  MUSICAL-
RHYTHMIC  INTERPERSONAL  INTRAPERSONAL  NATURALIST
66. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pembelajaran Bersifat Individu Pembelajaran Berdaya
Fikir Pembelajaran Berbantukan Teknologi
67. • Guru sebagai fasilitator • Aktiviti p-p dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif
dalam proses p-p • Pelajar diberi lebih banyak peluang utk: - memilih tugasan & strategi
pembelajaran - menguruskan masa - membuat penilaian kendiri - mendapatkan sokongan
rakan sebaya & guru
68. - Berkait rapat dengan pembelajaran berpusatkan pelajar - Mementingkan perbezaan
individu pelajar • Pembelajaran Masteri • Pembelajaran Kadar Kendiri • Pembelajaran
Akses Kendiri • Pembelajaran Terarah Kendiri
69. - Proses p-p yg memberi penekanan kpd. mewujudkan iklim bilik darjah yg
menggalakkan pelajar berfikir MEMPROSES MAKLUMAT SECARA KOGNITIF -
berfikir dengan kritis & kreatif - mengenalpasti isi-isi yg penting - memilih maklumat -
menyusun maklumat - membuat penilaian kendiri & rakan sebaya - melakukan refleksi
70. Mengguna pelbagai jenis teknologi dalam proses p-p: - alat visual (OHP, kamera) - alat
audio (radio, rakaman kaset) - alat audio visual (TV, video, slaid, filem) - komputer (CD-
Rom, internet, modul interaktif, emel, buletin board, dll) untuk menjadikan p-p lebih
menarik dan berkesan
71. STRATEGI DIREKTIF Murid diarah mematuhi langkah-langkah pembelajaran yg diberi
oleh guru STRATEGI PEMERHATIAN Pelajar membuat pemerhatian terhadap
perlakuan orang lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiran
72. STRATEGI MEDIATIF Guru tidak terus memberitahu sesuatu Guru berperanan sebagai
‘mediator’, menggunakan dialog dalam membimbing pemikiran pelajar kearah
memahami konsep atau pengetahuan STRATEGI GENERATIF Menggalakkan pelajar
supaya kreatif melalui aktiviti sumbangsaran, inkuiri-penemuan, soalan yg terbuka
73. STRATEGI KOPERATIF & KOLABORATIF Satu proses pembelajaran yg membantu
pelajar berinteraksi dlm atau antara kumpulan kecil utk mencapai satu matlamat khusus
STRATEGI KONTEKS LUAR Pelajar melakukan aktiviti di luar bilik darjah, seperti
menghadiri seminar, bengkel, Melakukan temu bual, lawatan sambil belajar, dll yg
berkaitan dengan kandungan pelajaran
74. STRATEGI METAKOGNITIF Mementingkan pelajar berfikir tentang apa yg
difikir/melakukan refleksi, menilai diri sendiri, & memikirkan tindakan selanjutnya
STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN Mendidik pelajar supaya bersedia menghadapi
cabaran & perubahan (konsep KMD) Melibatkan pengumpulan maklumat, analisis
trenda, ramalan, imaginasi, strategi mengatasi cabaran, proses inovasi sosial, membina
senario, dsbgnya
75. APPROACH TEACHER MENTOR FACILITA STUDENT STRATEGY -CENTRED
-TOR -CENTRED DIRECTIVE OBSERVATIONAL MEDIATIVE PE M E AK NG
NA TI LI MB F D BA A GENERATIVE LM TA HK . A N S AN KT EC
COOPERATIVE/ IV A R COLLABORATIVE IT A IP -P OUTSIDE- CONTEXT
METACOGNITIVE KAJIAN MASA DEPAN
76. PENERAPAN UNSUR BESTARI DALAM P-P SAINS SEKUEN PENGAJARAN
PENDEKATAN KONSTRUKTIVIST (Scott, 1987)
77. FASA 1 - ORIENTASI TUJUAN AKTIVITI P-P Menimbulkan demonstrasi, minat
pelajar ilustrasi, soal-jawab, terhadap perbualan, petikan tajuk surat khabar, kuiz,
pelajaran teka-teki, dll
78. FASA 2 - PENCETUSAN IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Mengenal soal-jawab, pasti
perbincangan, pengetahuan pembentangan sedia ada pelajar
79. FASA 3 - PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P
Menimbulkan perbincangan, kesedaran eksperimen, input tentang idea guru,
pemerhatian, baru / konflik pembelajaran kognitif kendiri, mengesan maklumat dari CD,
80. TUJUAN AKTIVITI P-P Menguji, buku rujukan, mengkaji idea internet, majalah, baru
dan sumber lain Perubahan konseptual - penerimaan idea baru
81. AKTIVITI & SUMBER P-P PELBAGAI AKTIVITI P-P: • STESEN DINAMIK /
STATIK • PERBINCANGAN KUMPULAN • PROJEK • EKSPERIMEN • KAJIAN
LAPANGAN • KUIZ SAINS • LAWATAN • MEMBINA LAMAN WEB •
PORTFOLIO
82. PELBAGAI SUMBER P-P: • AUDIO/VISUAL - TV, RADIO, KASET, VIDEO,
SLAID, PITA RAKAMAN, OHP • OBJEK 3D - MODEL, SPESIMEN • BAHAN
BERCETAK - MAJALAH, BUKU, ENSAIKLOPEDIA, SURAT KHABAR, CARTA,
DLL • MEDIA KOMPUTER – CD-ROM, MODUL PEMBELAJARAN, INTERNET,
EMEL
83. AKTIVITI YG MELIBATKAN PEMIKIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS
KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF METAKOGNISI (refleksi, catatan jurnal,
penilaian kendiri) JANGAN DILUPAKAN . . . KEMAHIRAN PROSES SAINS
KEMAHIRAN MANIPULATIF
84. ‘HANDS-ON & MINDS-ON’ PELAJAR BUKAN SAHAJA TERLIBAT SECARA
AKTIF DARI SEGI FIZIKAL TETAPI DARI SEGI MENTAL / KOGNITIF JUGA
PEMBELAJARAN YG BERMAKNA
85. FASA 4 - APLIKASI IDEA TUJUAN AKTIVITI P-P Mengukuhkan kuiz, lembaran idea
baru kerja, soal-jawab, melalui penyelesaian aplikasi dlm masalah situasi baru / seharian
86. FASA 5 - REFLEKSI TUJUAN AKTIVITI P-P Merenung menulis jurnal / tentang idea
membuat catatan baru yg telah refleksi, berkongsi dipelajari dengan kawan, jawab
lembaran kerja
87. Globalisasi Pendidikan • Bermaksud merentasi sempadan atau media - memdapatkan
maklumat melalui internet Kepentingan Globalisasi Dalam Pendidikan • Pelajar -
mendapat maklumat dan dikumpul dan disebar dengan pantas dan meluas • Interaksi
antara murid dan guru serta orang ramai
88. Guru dan Cabaran Dalam Globalisasi Pendidikan • Peka kepada persekitaran sekolah •
Kenalpasti setiap perubahan yang berlaku • Menghadiri kursus • Memupuk nilai budaya
ilmu pelajar • Meningkatkan hubungan interpersonal • Merebut peluang Pendidikan a)
Pendidikan Terbuka b) Pendidikan Jarak Jauh
89. Pekerja Ilmu • Tugas guru adalah amat mecabar menjelang tahun 2010 •
Mengintergrasikan teknologi maklumat • Meningkatkan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi di kalangan murid-murid • Melahirkan pekerja ilmu untuk
pembangunan negara
90. KESIMPULAN • Perkembangan yang begitu pesat dalam ilmu pengetahuan hampir
sampai ke tahap meledak • Guru mestilah sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan
bidang yang semakin kompleks dan canggih ini tidak kira di mana mereka berada •
Mengejar ilmu pengetahuan melalui Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme
Keguruan • Menguasai kemahiran inovasi • Jayakan program pendidikan dalam era
teknologi maklumat dan komunikasi yang kian mencabar • Sesungguhnya, proses
pendidikan seseorang tidak berhenti dari semasa ke semasa tetapi terus beroperasi seumur
hidup
Kecekapan pendidik penting untuk bentuk generasi masa depan: Rosmah

2011/01/09

RIYADH: Antara cabaran paling besar yang dihadapi guru dan pendidik masa kini ialah sama ada mereka
memiliki kecekapan yang secukupnya dalam mempersiapkan dan membentuk generasi akan datang,
kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, profesion sebagai pendidik pada era globalisasi berdepan dengan cabaran yang lebih
besar berbanding pada era sebelum ini.

"Berlalu sudah zaman di mana pelajar menjadi pendengar setia, tanpa banyak benda lain yang boleh
menarik tumpuan mereka daripada memberi perhatian kepada guru dan buku.

"Hari ini, dengan revolusi yang dibawa oleh ICT (Teknologi Komuniksi Maklumat), pengajaran dan
pembelajaran tidak lagi terkepung di dalam bilik darjah semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya bertajuk "Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi
Akang Datang" pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di sini hari ini.

Dalam ucaptama 30 minit itu, Rosmah yang juga pengerusi jawatankuasa kerja dasar Permata Negara,
berkata kecekapan pada abad ke-21 menuntut guru memiliki kecekapan di luar batas bidang kandungan
atau pengetahuan serta kemahiran mudah untuk membolehkan mereka memenuhi tuntutan
kontemporari dan masa depan yang kompleks.

"Kecekapan ini termasuk berhubung pemikiran kritis dan penyelesaian masalah kreativiti dan inovasi,
ketangkasan dan kebolehsesuaian, kepintaran dan keusahawanan, semangat ingin tahu dan imaginasi
untuk meningkatkan keupayaan dalam urusan pembelajaran sepanjang hayat," katanya.

Di samping itu, katanya, guru juga perlu memiliki pengetahuan dan kepakaran untuk membentuk
pengalaman pembelajaran bersifat produktif serta mampu mengenal pasti gaya pemikiran dan
pembelajaran pelajar.
Beliau berkata, oleh kerana dalam bidang pendidikan tidak wujud pendekatan yang mampu memenuhi
keperluan semua kelompok pelajar, maka seseorang guru yang cekap perlu memahami dan mampu
memenuhi keperluan pelbagai gaya pembelajaran pelajar.

Sesetengah pelajar mampu memahami pelajaran lebih cepat daripada pelajar lain, manakala pelajar
istimewa pula mampu menyempurkan silibus dalam masa separuh daripada tempoh biasa yang
diperlukan.

"Oleh itu, guru perlu memiliki kepekaan tinggi tentang kadar penyerapan ilmu yang berbeza antara
pelajar dan perlu memiliki kemampuan untuk mengendalikan kelas secara interaktif, menarik dan
berkesan.

"Ini membabitkan penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran, termasuk peralatan
teknologi komunikasi maklumat," katanya.

Rosmah berkata, generasi hari esok perlu sedar tentang tentang isu kemasyarakatan yang bersifat
global, faham tentang integrsi ekonomi, menghargai hubung kait dan keperluan pergantungan antara
manusia, menghormati dan memelihara kepelbagaian budaya serta memahami tentang kesan tindakan
manusia terhadap alam sekitar.

"Persoalannya ialah sudahkah kita memupuk pengetahuan yang diperlukan itu dalam diri anak-anak kita
untuk membolehkan mereka menjadi pemimpin dan warga yang baik serta bertanggungjawab untuk
membentuk masa depan dunia?

"Adakah kita mendidik mereka supaya berusaha ke arah mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan
teknologi serta memupuk dan membentuk masyarakat yang harmoni, yang mengambil kira kebajikan
anggotanya?," katanya.

Rosmah berkata, pendekatan pendidikan ini memerlukan kefahaman lebih mendalam tentang masalah
global dan mengutamakan cara beretika untuk memajukan, mengguna pakai dan mengamalkan
teknologi serta komited terhadap tadbir urus yang betul dan amalan terbaik secara global.
"Untuk membentuk hari esok yang lebih baik, kita perlu memulakan langkah hari ini juga dan kita perlu
memastikan anak-anak kita dipersiapkan sepenuhnya untuk menghadapi sebarang cabaran yang
mungkin mereka hadapi.

"Oleh kerana guru mempunyai peranan amat penting dalam aspek ini, kita perlu memantapkan
kecekapan mereka agar mereka mampu memberi yang terbaik dalam apa jua perkara yang mereka
lakukan," katanya.

Persidangan itu dianjurkan Kementerian Pelajaran Arab Saudi di bawah naungan Penjaga Dua Masjid
Suci, Raja Abdullah Bin Abdul Aziz, yang bertujuan mengeratkan gandingan antara kerajaan, pertubuhan
awam dan sektor swasta untuk

menyokong TQM dalam Pendidikan K-12. - BERNAMA

Das könnte Ihnen auch gefallen